Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya pendidikan Al-Quran bagi umat Islam. Al-Quran dapat mendidik manusia untuk berakhlak mulia dan merupakan sumber utama ajaran Islam. Pendidikan Al-Quran perlu dimulai sejak dini dan merupakan kewajiban bagi umat Islam.
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Pendidikan_Al-Quran_Penting_Bagi_Umat_Islam
1. PENDIDIKAN AL-QURAN
Pendidikan Al-Quran amat penting bagi semua umat Islam. Al-Quran dapat
mendidik manusia untuk berakhlak mulia. Antara cirri-ciri Al-quran itu adalah:
1. Al-Quran adalah kalamullah
2. Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan kepada nabi dan rasul terakhir
Muhammad (saw)melalui Jibrail alaihissalam.
3. Al-Quran dihimpunkan dalam sebuah mashaf.
4. Al-Quran disampaikan kepada umat Islam secara mutawatir.
5. Membaca Al-Quran dikira ibadah
6. Susunan surah-surah Al-Quran dimulaidengan surah Al –Fatihah dan diakhiri
dengan surah An –Nas.
Al- Quran Sumber Utama Pendidikan
Didalam Islam Al-Quran merupakan sumber utama untuk dirujuk. Selepas Al-
quran diikuti pula dengan As Sunnah iaitu hadis Rasulullahsaw.Membaca Al-Quran
adalah pembentukan kepada jiwa yang tunduk kepada perintah dan larangan Allah.
Pengajaran Al-Quran
Pengajaran al-Quran adalah peradaban manusia yang paling lama. Bermula
daripada kejadian nabi Adam Alaihissalaamdan Allah mengajarnya nama bagi semua
benda yang ada dibumimelalui firmannya:
م لث َاهم لُك ِءاَ مْسألا َمَداَء َمَّلَعَو
َ ميِقِدصا م لُتمنلكمنِا ِءَئواله ِءاَ مْسأأِب ِوِنلئِبمنأأ الَقَف لئكةَمملا عىل ملمهَضَرَع
Bermaksud: dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama benda sekeliannya
kemudian mengemukakan kepada para malaikat lalu berfirman :Sebutkanlah kepada
Ku nama benda-benda itujika kamu orang-orang yang benar.(Al-Baqarah:31)
Mengajar Al-Quran pada kanak-kanak adalah syiar Islam. Merupakan mata pelajaran
yang wajib didedahkan kepada kanak-kanak.Didalam Al-Quran ada semua ilmu yang
diperlukan oleh manusia.
2. Matlamat Pendidikan Al-Quran
Perkara utama yang ditegaskan didalam Al-Quran adalah menuntut ilmu iaitu
pendidikan.
.خلق اذلي بكر بسم اءرقا
Yang bermaksud: bacalah dengan (menyebut)nama tuhanmu yang menciptakan.
Hokum Pendidikan Al- Quran
Fardhu Ain bagi setiap umat Islam. Membaca, memahami tafsiran dan
menghafaz.Ganjaran pahala membacanya serta khusyuk didalam solat jika memahami
maksudnya.Selain itu melahirkan rasa ikhlas dan membolehkan kita menghayati
amalan didalam kehidupan yang sebenar.
Pendidikan Al-Quran ini perlu dimulakan daripada bayi didalam kandungan sehingga
akhir hayat mengikut kesesuaian peringkat umur.
Penurunan Al-Quran
Proses penurunan Al-Quran adalah lebih baik disampaikan dengan cara bercerita. Ini
boleh menarik minat pelajar dan menimbulkan rasa kagum mereka kepada Al-
Quran.Ada dua peringkat penurunan Al-Quran iaitu yang pertama diBaitul Izzah
dimalam Lailatul Qadar secara sekali gus. Peringkat kedua kepada nabi Muhammad
sawmelalui malaikat Jibrail Alaihissalam selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan
10 tahun di Madinah.Secara berperingkat-peringkat.Hikmah penurunan Al-Quran
Hikmah penurunan Al-Quran secara berperingkat:
1. Memudahkan para sahabat memahami Al-Quran dengan baik yang berkaitan
dengan kehidupan mereka.
2. Memudahkan Al –Quran terus dihafal sejurus penurunannya.
3. Memudahkan pelaksannan hukumnya secara langsung.