SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY
PENGAJIAN ISLAM ( MPW2143 )
ASSIGNMENT FORUM BICARA AD – DEEN
PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN UMMAH
1BME 2
NATASHA NABILA BINTI RANI ( 53259313224 )
FORUM BICARA AD – DEEN
PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN UMMAH
5 OKTOBER 2013 ( SABTU )
8.00 MALAM HINGGA 10.00 MALAM
MULTIPURPOSE HALL UNIKL MIAT
ANJURAN BERSAMA UNIKL MIAT DAN IKIM FM
MODERATOR : ENCIK SYAFIQ ZULAKIFLI
PENERBIT RANCANGAN FORUM BICARA AD –
DEEN IKIM FM
PANEL 1 : USTAZ TENGKU SAIPULIZAN BIN TENGKU
HUSSAIN
PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM UNIKL MIAT
PANEL 2 : PUAN ZARITA BINTI HAJI KASIM
FELO PUSAT PERUNDANGAN DAN LATIHAN IKIM
Moderator memulakan forum pada malam ini dengan mengaitkan tafsir dari surah Al
- Baqarah ayat ke 30 bagi memberikan gambaran awal berkenaan pemimpin dan kepimpinan.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat
ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya".
( Al - Baqarah 2:30 )
Moderator juga menyatakan bahawa pada zaman dahulu, para nabi dan para rasul diangkat
menjadi pemimpin dan kemudiaannya para Khulafa Ar – Rasyidin pula yang menggantikan
tampuk kepimpinan pemerintahan Islam. Kini, tanpa kita sedar, jika diperhalusi secara dalam,
dapat disimpulkan juga bahawa seorang mahasiswa mahupun mahasiswi itu juga merupakan
khalifah sama ada dalam konteks memimpin diri sendiri mahupun memimpin rakan – rakan.
Bagi mengupas dengan lebih lanjut isu pada malam ini, moderator mengajukan soalan kepada
panel 1 yakni apakah definisi mahasiswa dan apakah peranan seorang mahasiswa.
Panel 1 memulakan perbincangan dengan memberikan defini khalifah. Khalifah ialah
golongan manusia yang menjalankan tanggungjawab di muka bumi ini. Panel 1 membuat
sedikit gambaran awal perbezaan antara mahasiswa zaman dahulu dan zaman sekarang. Pada
era ibu bapa kita, sesiapa yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, dia
dikira hebat, berilmu dan senang mendapat pekerjaan kerana peluang itu jarang sekali untuk
diperolehi. Oleh sebab itu, bagi mereka yang memperolehi peluang tersebut akan berusaha
bersungguh – sungguh untuk berjaya. Berbeza sekali dengan situasi zaman sekarang yang
mana kebanyakkan mahasiswa menganggur dan cepat berputus asa setelah tamat pengajian.
Ini terjadi kerana rata – rata pelajar mudah melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian
tinggi. Umumnya, mahasiswa merupakan satu kelompok pelajar yang menuntut ilmu.
Panel 1 mengulas tafsir ayat dari surah Al – Imran ayat ke 190 hingga 191 untuk
mengupas persoalan mengenai peranan mahasiswa.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-
orang yang berakal;
( A - li'Imraan 3:190 )
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari azab neraka.
( A - li'Imraan 3:191 )
Panel 1 menyimpulkan bahawa mahasiswa perlu mengaitkan sesuatu ilmu mahupun
kejadian dengan kekuasaan Allah SWT. Mahasiswa beragama Islam perlulah berfikir
seperti Ulul Albab yakni berfikir menggunakan mata hati. Mahasiswa juga harus
mendampingkan diri dengan Allah SWT untuk membina peribadi yang unggul. Dikatakan
bahawa Rasulullah SAW merupakan seorang mahasiswa kerana baginda menerima ilmu dari
Allah SWT secara terus dan baginda juga merupakan mahasiswa transformasi kerana berani
mengambil risiko membawa pembaharuan. Maka, wajarlah mahasiswa dewasa kini
mencontohi dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai Uswatun Hasanah dan sentiasa
berdamping dengan Allah SWT supaya dapat memupuk sifat berani dan mampu untuk
melakukan transformasi.
Moderator menambah bahawa sejak Al – Quran di turunkan lagi pada zaman
Rasulullah SAW, telah banyak dibincangkan mengenai Sains dan Islam seperti yang
tergambar dalam surah Al – Buruj, surah Al – Sham, surah Al – Qamar dan banyak lagi.
Moderator meneruskan forum dengan mengajukan soalan kepada panel 2 mengenai
bagaimana cara mahasiswa kini untuk cemerlang dan dapat membangunkan ummah.
Panel 2 menyatakan pendapat bahawa untuk mahasiswa itu dapat membangunkan
ummah, mereka haruslah perbaiki diri dahulu dan oleh sebab itu, beliau akan berkongsi ilmu
bagaimana caranya untuk mahasiswa perbaiki diri dan secara tak langsung akhirnya dapat
membangunkan ummah. Kita perlu mengenal pasti dahulu akan kesedaran diri kita bahawa
kita bukan sekadar menuntut ilmu tetapi mencintai ilmu. Kita juga perlu mengenal pasti sama
ada memasuki universiti sebagai satu keperluan ataupun kehendak. Dapat disimpulkan
bahawa cara yang pertama ialah dengan mencintai ilmu untuk kita berjaya kelak dan dengan
itu memasuki universiti merupakan satu keperluan bagi menuntut dan mencintai ilmu itu.
Maka dengan ini kita dapat cemerlang dunia dan akhirat sebagai hamba Allah SWT dan
sebagai khalifah. Oleh sebab ilmu itu konsepnya suci maka perlulah seimbang antara baik
dan cerdik hasil dari ilmu tersebut. Imam Syafie ada berpesan bahawa;
Sesiapa yang berkehendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa
berkehendak kepada akhirat juga, hendaklah ia mencari ilmu.
Ilmu itu rezeki dari Allah SWT. Analoginya, seperti kita mencelupkan jari telunjuk ke arah
pantai dan tatkala kita mengangkat jari tersebut, ternyata sedikit sahaja pasir yang melekat
berbanding seluasnya pasir yang ada di pantai itu. Natijahnya, ilmu yang kita perolehi itu
barulah sedikit kuantitinya berbanding ilmu Allah SWT yang maha luas untuk kita terokai.
Maka apabila kita memperolehi sesuatu ilmu tersebut, perlulah kita mengamalkannya dan
dalam pada masa yang sama perlulah kita sebarkannya agar peroleh keberkatan.
Cara kedua untuk seorang mahasiswa itu berjaya adalah dengan menekankan aspek
keterampilan dan kewibawaan. Takdir Allah SWT tiada siapa yang tahu kerana ada sahaja
orang yang tidak memasuki universiti mampu berjaya dalam hidup dan ada sahaja orang yang
memasuki universiti tetapi tidak mengecapi kejayaan dalam hidup. Perlu ditegaskan agar kita
menjaga adab ketika menuntut ilmu kerana tokoh - tokoh Islam yang berjaya menjaga adab
mereka ketika menuntut ilmu. Antara adab yang perlu diberi perhatian ialah membetulkan
niat untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT, bersabar ketika berada dalam majlis ilmu,
menjauhi perkara – perkara yang merosakkan akhlak, menghormati guru dan ahli akademik,
mengikhlaskan jiwa dan berpegang kepada amanah serta beberapa adab – adab yang lain
ketika menuntut ilmu.
Moderator kembali menyimpulkan perkongsian dari panel 2 dengan sedikit kisah di
antara Imam Syafie dan Tok gurunya iaitu Imam Waqi’;
Pada suatu hari, Imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah
aku mengalami kesukaran untuk menghafal?
Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan
diberi tunjuk kepada pembuat maksiat”.
Perkongsian ilmu diteruskan lagi dengan soalan tokoh yang maju dalam Islam dan wajar
diteladani kepada panel 1 untuk dikupas dengan lebih lanjut.
Panel 1 telah membuka minda hadirin pada malam itu kerana beliau menyatakan
bahawa kebanyakan teori yang terkenal dari tokoh barat sebenarnya telah lama dipelajari dan
diterokai oleh para Ilmuwan Islam sejak beratus mahupun beribu tahun yang lalu. Ilmu –
ilmu teknologi pada zaman ini merupakan gabungan ilmu asas Sarjana Islam yang telah
dikembangkan bagi memenuhi kehendak semasa. Maka dapat kita lihat bahawa Islam ini
hebat dan unggul sepanjang zaman. Antara tokoh yang istimewa dipilih adalah Ibn Al –
Firnas ataupun nama sebenarnya, Abbas Qasim Ibn Firnas yang merupakan orang pertama
mencipta ‘glider’. Beliau merupakan seorang ahli kimia, fizik dan astronomi di Sepanyol.
Seterusnya, Saidina Umar Al – Khattab merupakan seorang Khulafa Ar – Rasyidin
yang banyak membawa pembaharuan di zaman pemerintahannya dan ia juga masih diguna
pakai hingga ke zaman ini. Sebagai contoh, sistem cukai, kem tentera, sistem perparitan serta
cukai tanah yang diperkenalkan pada zaman beliau diguna pakai hingga ke hari ini. Umat
Islam semakin hari semakin diperkecilkan kehebatannya dan dihina. Hal ini berlaku kerana
umat Islam sendiri tidak mengaplikasikan apa yang telah diamalkan oleh sarjana Islam yang
terkenal satu ketika dahulu. Oleh kerana itulah, kita semakin mundur sedangkan kita telahpun
berjaya sejak ribuan tahun yang lalu tetapi kini kembali mundur atas keangkuhan kita sendiri.
Selain itu, tokoh Suhaib Bin Sinan Ar – Rumi juga wajar diteladani. Diceritakan
oleh Ibnu Abbas r.a bahawa;
setelah Suhaib bin Sinan Ar-Rumi memeluk Islam di Mekah, ia akan berhijrah
membawa harta kekayaannya ke Madinah. Ia kemudiannya ditentang oleh kaum
Quraisy dan apabila Suhaib bin Sinan Ar-Rumi ingin berangkat pergi berhijrah,
hendaklah berangkat sendiri tanpa membawa harta kekayaannya itu, jika Suhaib bin
Sinan Ar-Rumi sanggup melakukan sedemikian, kaum Quraisy rela melepaskannya.
Maka Suhaib bin Sinan Ar-Rumi tidak keberatan melepaskan segala - gala harta
kekayaannya itu asalkan ia dapat berhijrah.
dapat disimpulkan bahawa kejayaan yang sebenar ialah apabila kita mengejar perkara hakiki
atau perkara yang kekal yakni Syurga di akhirat. Suhaib Ar – Rumi sanggup meninggalkan
segala kekayaannya yang diperolehi semasa usia mudanya demi mengejar kekayaan akhirat.
Tariq ibn Ziyad merupakan seorang lagi tokoh yang wajar diteladani. Beliau
merupakan seorang pemuda kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika dan merupakan
seorang panglima perang di zaman Khalifah Umayyah Al-Walid I. Tariq merupakan timbalan
kepada ketua panglima Islam iaitu Musa ibn Nusair ketika tentera Islam membina benteng
pertahanan di utara Afrika. Atas perintah Musa ibn Nusair, Tariq berjaya menyebarkan Islam
di negara Sepanyol dan seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah. Tentera
Tariq yang terdiri daripada 7000 orang mendarat di Gibraltar, dan dikatakan Musa
menghantar 5000 orang tentera lagi bagi memperkukuhkan kedudukan tentera Islam. Bagi
menghadapi ancaman Tariq, raja Visigoth, Raja Roderic, dikatakan telah mengumpulkan
tentera seramai 100,000 orang. Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth dalam
pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku
di Sungai Guadalete itu, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth dan
seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah. Kemenangan ini dikatakan
berpunca atas kegerunan tentera kafir kepada akhlak tentera Islam kerana mereka tetap
beradab ketika berperang. Tentera Islam tidak memerangi golongan tua, kaum wanita serta
kanak – kanak seperti yang di amalkan oleh Rasulullah SAW.
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
( An - Nuur 24:37 )
Berdasarkan kisah beberapa tokoh tersebut, panel 1 menyimpulkan bahawa untuk menjadi
mahasiswa berjaya, kita perlulah menjaga adab, mempunyai semangat jihat yang tinggi
dan kental, berani melakukan sesuatu serta mengikuti jejak langkah umat terdahulu
demi mempertingkatkan iman dan mengukuhkan ketakwaan kepada Allah SWT sesuai
dengan tafsir dari Surah An – Nur ayat ke 37 seperti di atas. Beliau juga sempat menyatakan
kekesalannya terhadap mahasiswa zaman ini kerana kebanyakan mereka mengabaikan
panggilan Allah SWT untuk menyegerakan dalam menunaikan solat bahkan mereka lebih
senang untuk menunaikan kewajipan bersolat dihujung waktu pula.
Moderator mengulas kembali apa yang telah dikatakan oleh panel 1 bahawa
mahasiswa kini amat berbeza pandangannya sehinggakan 15 kali setiap hari ( untuk satu solat
fardhu terdapat dua kali seruan mengerjakan solat di dalam azan dan sekali di dalam iqamat
dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 15 kali untuk 5 kali solat fardhu dalam masa
sehari ) diseru Allah SWT untuk menunaikan solat tetapi amat jarang mahasiswa yang
mengerjakan dengan segera suruhan Allah SWT. Majlis ilmu ini diteruskan dengan
moderator menanyakan soalan kepada panel 2 mengenai bagaimana mahasiswa kini juga
mampu cemerlang seperti mahasiswa yang terdahulu dengan kualiti yang ada dan
bukannya atas nilai kuantiti yang ada sahaja.
Panel 2 memulakan perbincangan dengan menunjukkan perbandingan antara
mahasiswa zaman dahulu dengan mahasiswa pada masa kini. Mahasiswa dahulu menyalin
nota semasa pensyarah mengajar tetapi kini pelajar hanya meminta pada pensyarah. Dahulu,
mahasiswa yang meminta kelas tambahan tetapi pelajar kini mahu membatalkan kelas. Jika
ingin berjumpa pensyarah di luar waktu kuliah, mahasiswa perlu membuat temujanji dahulu
dan sentiasa menunggu sedangkan pada zaman ini pelajar hanya perlu menelefon ataupun
menghantar mesej pesanan ringkas sahaja. Mahasiswa dahulu membuat rujukan di
perpustakaan tetapi pelajar sekarang hanya menggunakan enjin pencarian web internet sahaja
untuk memperolehi maklumat. Dahulu juga mahasiswa hanya berjalan kaki untuk ke kelas
demi perjuangan menuntut ilmu tetapi pelajar sekarang hanya menaiki kenderaan. Betapa
besarnya jurang perbezaan di antara pengorbanan mahasiswa zaman dahulu berbanding
mahasiswa zaman ini.
Panel 2 berpesan agar mahasiswa perlu belajar untuk bersabar dan menghormati
orang lain. Kita juga perlu membezakan layanan terhadap rakan – rakan dan layanan terhadap
ahli akademik. Dapat juga kita lihat dari perbandingan sebelum ini bahawa mahasiswa kini
tidak bersikap matang. Selain itu, beliau mengatakan bahawa hanya manusia yang matang
mampu membaikkan manusia yang lain. Seterusnya, kita perlulah berusaha untuk
mendapatkan rezeki kerana ilmu itu juga merupakan satu bentuk rezeki dari Allah SWT.
Mahasiswa dahulu berfikiran matang kerana kondisi kehidupan pada zaman dahulu serba
kekurangan. Apabila kehidupan sukar, maka kita akan lebih menghargai sesuatu.
Kematangan ini dapat kita ukur dari segi menilai, berfikir, membuat keputusan, kepercayaan
dan ilmu.
Sebaik – baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.
Orang yang matang merupakan orang yang bertanggungjawab untuk berusaha dengan
bersusah – payah. Sebagai contoh, Sultan Muhammad al-Fatih menaiki takhta sebagai
sultan seawal usianya 19 tahun dan kemudiannya pada umur 21 tahun beliau berjaya
menawan Kota Konstantinopel. Beliau juga merupakan contoh teladan yang wajar diambil
oleh umat Islam kerana seawal usia mudanya berjaya menawan kota tersebut dan
menyebarkan Islam. Namun, apakah yang berjaya kita tawan kini ketika seusia itu? Jika kita
hendak menjadi orang yang berjaya, kita perlulah mengambil teladan daripada kejayaan
orang yang terdahulu. Kesimpulannya, kita perlulah pandai menilai perkara yang baik
untuk diamalkan serta mula membuat “bench mark” dalam kehidupan.
Moderator bersetuju dengan hujah tersebut dan mengatakan kita perlulah membina
individu yang mempunyai kualiti agar dapat melakukan sesuatu perubahan di masa hadapan.
Satu soalan telah diajukan oleh seorang penonton iaitu apakah silibus atau modul – modul
pengajaran yang diajar di sekolah bersesuaian dengan zaman sekarang dan mampu
mencapai tahap yang dinyatakan oleh Imam Ghazali? Moderator memberikan peluang
kepada panel 1 untuk menjawab soalan tersebut dan seterusnya panel 2 untuk membuat
kesimpulan bagi forum bicara pada malam ini.
Panel 1 menyatakan untuk berjaya kita perlulah ada perasaan mencintai ilmu.
Aspek silibus adalah satu perkara yang termaktub dalam buku teks. Sebagai analoginya,
terdapat satu syarikat yang sangat berjaya setelah produk yang dihasilkannya mendapat
sambutan, maka syarikat lain turut ingin membina empayar kejayaan seperti itu. Syarikat lain
tersebut hanya meniru produk itu tanpa mengetahui cara penghasilannya. Itulah fenomena
mahasiswa yang dapat kita lihat kini dengan jelas. Mereka hanya meniru secara membuta –
tuli tanpa mempelajari sesuatu kejadian proses tersebut. Halangan juga memainkan peranan
penting dalam hal ini oleh kerana ramai musuh yang memusuhi agama Islam. Rasulullah
SAW ada bersabda iaitu;
"Seorang mukmin terpaksa mengharungi 5 halangan utama : iaitu golongan yang
hasad dengki kepadanya , golongan munafik yang memarahinya , golongan kafir yang
memeranginya , syaitan yang ingin menyesatkannya dan hawa nafsu yang
menyentapnya.”
Maka sebagai seorang mahasiswa yang beragama Islam, wajarlah untuk kita jadikan
halangan tersebut sebagai batu loncatan untuk kita berjaya. Diingatkan bahawa halangan
ini bukan untuk melemahkan kita tetapi untuk menandakan tahap kekuatan kita yang sebenar.
Panel 2 menyimpulkan majlis ilmu pada malam ini dengan menyatakan kita perlulah
menghargai masa muda kerana tempoh kita menjadi belia merupakan tempoh yang paling
lama dalam kehidupan dan ketika inilah kita lebih bertenaga untuk melakukan sesuatu.
Walaupun kita sering dikaitkan dengan berdarah muda yakni lebih agresif dalam sesuatu
tindakan namun, kita perlulah mengawal nafsu agar dapat kita mengawal hala tuju masa
hadapan. Selain itu, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa usia kita jika berada di
Syurga adalah sekitar 37 tahun yang mana ia merupakan usia seorang belia. Belia juga
banyak diceritakan di dalan kalam suci Al – Quran dan kebanyakan panglima perang pada
zaman dahulu juga merupakan dari kalangan belia. Oleh itu, kita perlulah mendapatkan
sebanyak mungkin ilmu dalam masa yang ada untuk bekalan di akhirat. Jika mahu
memartabatkan ummah, kita perlu melalui beberapa lapisan dahulu yang bermula dengan
lapisan diri kita sendiri, lapisan keluarga, lapisan masyarakat dan akhirnya lapisan ummah.
Maka memang wajarlah kita membetulkan dan mempersiapkan dahulu diri kita sebelum kita
membangunkan ummah. Beliau juga sempat berpesan dengan memetik satu madah iaitu “the
road of education is to replace an empty mind with the open one but the road of religious is
to replace an empty heart with an open heart”.
Moderator menutup forum bicara dengan mengatakan kita perlu berusaha untuk
menimba ilmu dan beliau juga sempat membacakan tafsir surah As – Saff ayat ke 2 sebagai
penutup bicaranya pada malam ini.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu
tidak melakukannya!
(As-Saff 61:2)
SEKIAN.

More Related Content

What's hot

Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)hudhud321
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malikAngah Rahim
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamPeranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamNur Paşa
 
FI’IL MA’LUM DAN MAJHUL
FI’IL MA’LUM DAN MAJHULFI’IL MA’LUM DAN MAJHUL
FI’IL MA’LUM DAN MAJHULzakwan azhar
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNAanuar2u
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahFuad Ee
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamYu Diey
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWHalim Sallehuddin
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamMahyuddin Khalid
 
Calon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan NerakaCalon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan NerakaTazkirah PTAR
 
3.1 Nabi & Rasul
3.1 Nabi & Rasul3.1 Nabi & Rasul
3.1 Nabi & Rasulwk_aiman
 
Maf’ul Mutlak
Maf’ul MutlakMaf’ul Mutlak
Maf’ul MutlakUniSZA
 
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulung
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulungPel. 19 saidina umar pentadbir ulung
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulungIzzat Hakim
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Kronologi perjanjian hudaibiyah
Kronologi perjanjian hudaibiyahKronologi perjanjian hudaibiyah
Kronologi perjanjian hudaibiyahZuhaida Shofa
 

What's hot (20)

Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malik
 
Rasulullah peribadi unggul
Rasulullah peribadi unggulRasulullah peribadi unggul
Rasulullah peribadi unggul
 
Penghayatan Maqasid Surah Hud
Penghayatan Maqasid Surah HudPenghayatan Maqasid Surah Hud
Penghayatan Maqasid Surah Hud
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Perang hunain
Perang hunainPerang hunain
Perang hunain
 
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamPeranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
 
FI’IL MA’LUM DAN MAJHUL
FI’IL MA’LUM DAN MAJHULFI’IL MA’LUM DAN MAJHUL
FI’IL MA’LUM DAN MAJHUL
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Calon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan NerakaCalon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan Neraka
 
3.1 Nabi & Rasul
3.1 Nabi & Rasul3.1 Nabi & Rasul
3.1 Nabi & Rasul
 
Maf’ul Mutlak
Maf’ul MutlakMaf’ul Mutlak
Maf’ul Mutlak
 
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulung
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulungPel. 19 saidina umar pentadbir ulung
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulung
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Kronologi perjanjian hudaibiyah
Kronologi perjanjian hudaibiyahKronologi perjanjian hudaibiyah
Kronologi perjanjian hudaibiyah
 

Viewers also liked

Viewers also liked (6)

Accepted Kertas Kerja Forum 3 Generasi
Accepted Kertas Kerja Forum 3 GenerasiAccepted Kertas Kerja Forum 3 Generasi
Accepted Kertas Kerja Forum 3 Generasi
 
Aktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruang
Aktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruangAktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruang
Aktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruang
 
Forum
ForumForum
Forum
 
Teks forum remaja
Teks forum remajaTeks forum remaja
Teks forum remaja
 
Market structure
Market structureMarket structure
Market structure
 
Industri mee segera new
Industri mee segera newIndustri mee segera new
Industri mee segera new
 

Similar to PERAN MAHASISWA

SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docxSKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docxSitiAzziraIdris
 
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1Phujie FaHrani
 
MAKALAH ILMU DAN WAKTU.docx
MAKALAH ILMU DAN WAKTU.docxMAKALAH ILMU DAN WAKTU.docx
MAKALAH ILMU DAN WAKTU.docxRismanGinanjar1
 
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUANMEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUANFirstky Firstky
 
Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]KRFlamenco
 
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDAKapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDAWandi Budiman
 
fdokumen.com_islam-pada-masa-modern KELOMPOK 5.pptx
fdokumen.com_islam-pada-masa-modern KELOMPOK 5.pptxfdokumen.com_islam-pada-masa-modern KELOMPOK 5.pptx
fdokumen.com_islam-pada-masa-modern KELOMPOK 5.pptxBagasyudhaWiratama
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islamKebudayaan islam
Kebudayaan islammuhfachrul3
 
Syarifudin ambon, fiqh dakwah
Syarifudin ambon, fiqh dakwahSyarifudin ambon, fiqh dakwah
Syarifudin ambon, fiqh dakwahSyarifudin Amq
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxAthoillahAR
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxAbuAtheea
 
5 sebab utama mengapa sebahagian umat islam terpedaya
5 sebab utama mengapa sebahagian umat islam terpedaya5 sebab utama mengapa sebahagian umat islam terpedaya
5 sebab utama mengapa sebahagian umat islam terpedayaAbdullahMasod
 
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptxEtika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptxMuhammadSyauqiMubaro
 
PENTINGNYA MENGETAHUI TEKNOLOGI KEL.3.pptx
PENTINGNYA MENGETAHUI TEKNOLOGI KEL.3.pptxPENTINGNYA MENGETAHUI TEKNOLOGI KEL.3.pptx
PENTINGNYA MENGETAHUI TEKNOLOGI KEL.3.pptxJimatul Arrobi
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Reefear Ajang
 

Similar to PERAN MAHASISWA (20)

SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docxSKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
 
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
 
Anjuran menuntut ilmu
Anjuran menuntut ilmuAnjuran menuntut ilmu
Anjuran menuntut ilmu
 
MAKALAH ILMU DAN WAKTU.docx
MAKALAH ILMU DAN WAKTU.docxMAKALAH ILMU DAN WAKTU.docx
MAKALAH ILMU DAN WAKTU.docx
 
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUANMEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
 
Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]
 
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDAKapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
Kapita Selekta Islamiyah FKIP UNIDA
 
Lembaga pendidikan islam
Lembaga pendidikan islamLembaga pendidikan islam
Lembaga pendidikan islam
 
fdokumen.com_islam-pada-masa-modern KELOMPOK 5.pptx
fdokumen.com_islam-pada-masa-modern KELOMPOK 5.pptxfdokumen.com_islam-pada-masa-modern KELOMPOK 5.pptx
fdokumen.com_islam-pada-masa-modern KELOMPOK 5.pptx
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islamKebudayaan islam
Kebudayaan islam
 
Fiqh dakwah
Fiqh dakwahFiqh dakwah
Fiqh dakwah
 
Syarifudin ambon, fiqh dakwah
Syarifudin ambon, fiqh dakwahSyarifudin ambon, fiqh dakwah
Syarifudin ambon, fiqh dakwah
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
 
5 sebab utama mengapa sebahagian umat islam terpedaya
5 sebab utama mengapa sebahagian umat islam terpedaya5 sebab utama mengapa sebahagian umat islam terpedaya
5 sebab utama mengapa sebahagian umat islam terpedaya
 
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptxEtika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
 
Etos Kerja
Etos KerjaEtos Kerja
Etos Kerja
 
PENTINGNYA MENGETAHUI TEKNOLOGI KEL.3.pptx
PENTINGNYA MENGETAHUI TEKNOLOGI KEL.3.pptxPENTINGNYA MENGETAHUI TEKNOLOGI KEL.3.pptx
PENTINGNYA MENGETAHUI TEKNOLOGI KEL.3.pptx
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
 
Islam pada masa modern
Islam pada masa modernIslam pada masa modern
Islam pada masa modern
 

More from Natasha Nabila

Menu makanan latihan medan
Menu makanan latihan medan Menu makanan latihan medan
Menu makanan latihan medan Natasha Nabila
 
Complete tentatif latihan medan
Complete tentatif latihan medanComplete tentatif latihan medan
Complete tentatif latihan medanNatasha Nabila
 
Kem latihan medan unikl miat julai 2015
Kem latihan medan unikl miat julai 2015Kem latihan medan unikl miat julai 2015
Kem latihan medan unikl miat julai 2015Natasha Nabila
 
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES Natasha Nabila
 
Human Factor Study Case
Human Factor Study CaseHuman Factor Study Case
Human Factor Study CaseNatasha Nabila
 
Assignment on cargo compartment classification
Assignment on cargo compartment classification Assignment on cargo compartment classification
Assignment on cargo compartment classification Natasha Nabila
 
Mechanical properties
Mechanical properties Mechanical properties
Mechanical properties Natasha Nabila
 
History of aircraft complete
History of aircraft complete History of aircraft complete
History of aircraft complete Natasha Nabila
 
Reading and evaluating electronic sources
Reading and evaluating electronic sources Reading and evaluating electronic sources
Reading and evaluating electronic sources Natasha Nabila
 
Foreign Object Damage/Debris
Foreign Object Damage/DebrisForeign Object Damage/Debris
Foreign Object Damage/DebrisNatasha Nabila
 
Contoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianContoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianNatasha Nabila
 
Bahasa kebangsaan - analisis debat
Bahasa kebangsaan - analisis debatBahasa kebangsaan - analisis debat
Bahasa kebangsaan - analisis debatNatasha Nabila
 
kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahNatasha Nabila
 

More from Natasha Nabila (19)

Menu makanan latihan medan
Menu makanan latihan medan Menu makanan latihan medan
Menu makanan latihan medan
 
Complete tentatif latihan medan
Complete tentatif latihan medanComplete tentatif latihan medan
Complete tentatif latihan medan
 
Kem latihan medan unikl miat julai 2015
Kem latihan medan unikl miat julai 2015Kem latihan medan unikl miat julai 2015
Kem latihan medan unikl miat julai 2015
 
GST
GSTGST
GST
 
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
HUMAN FACTORS REPORT STUDY CASES
 
Human Factor Study Case
Human Factor Study CaseHuman Factor Study Case
Human Factor Study Case
 
Assignment on cargo compartment classification
Assignment on cargo compartment classification Assignment on cargo compartment classification
Assignment on cargo compartment classification
 
Aerodynamics
Aerodynamics Aerodynamics
Aerodynamics
 
Mechanical properties
Mechanical properties Mechanical properties
Mechanical properties
 
History of aircraft complete
History of aircraft complete History of aircraft complete
History of aircraft complete
 
Reading and evaluating electronic sources
Reading and evaluating electronic sources Reading and evaluating electronic sources
Reading and evaluating electronic sources
 
Foreign Object Damage/Debris
Foreign Object Damage/DebrisForeign Object Damage/Debris
Foreign Object Damage/Debris
 
Ulasan bajet 2014
Ulasan bajet 2014Ulasan bajet 2014
Ulasan bajet 2014
 
Contoh surat rasmi
Contoh surat rasmi Contoh surat rasmi
Contoh surat rasmi
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerja Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
Contoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianContoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmian
 
Bahasa kebangsaan - analisis debat
Bahasa kebangsaan - analisis debatBahasa kebangsaan - analisis debat
Bahasa kebangsaan - analisis debat
 
Miat presentation
Miat presentationMiat presentation
Miat presentation
 
kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiah
 

Recently uploaded

Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 

Recently uploaded (20)

Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 

PERAN MAHASISWA

  • 1. UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY PENGAJIAN ISLAM ( MPW2143 ) ASSIGNMENT FORUM BICARA AD – DEEN PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN UMMAH 1BME 2 NATASHA NABILA BINTI RANI ( 53259313224 )
  • 2. FORUM BICARA AD – DEEN PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN UMMAH 5 OKTOBER 2013 ( SABTU ) 8.00 MALAM HINGGA 10.00 MALAM MULTIPURPOSE HALL UNIKL MIAT ANJURAN BERSAMA UNIKL MIAT DAN IKIM FM MODERATOR : ENCIK SYAFIQ ZULAKIFLI PENERBIT RANCANGAN FORUM BICARA AD – DEEN IKIM FM PANEL 1 : USTAZ TENGKU SAIPULIZAN BIN TENGKU HUSSAIN PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM UNIKL MIAT PANEL 2 : PUAN ZARITA BINTI HAJI KASIM FELO PUSAT PERUNDANGAN DAN LATIHAN IKIM
  • 3. Moderator memulakan forum pada malam ini dengan mengaitkan tafsir dari surah Al - Baqarah ayat ke 30 bagi memberikan gambaran awal berkenaan pemimpin dan kepimpinan. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". ( Al - Baqarah 2:30 ) Moderator juga menyatakan bahawa pada zaman dahulu, para nabi dan para rasul diangkat menjadi pemimpin dan kemudiaannya para Khulafa Ar – Rasyidin pula yang menggantikan tampuk kepimpinan pemerintahan Islam. Kini, tanpa kita sedar, jika diperhalusi secara dalam, dapat disimpulkan juga bahawa seorang mahasiswa mahupun mahasiswi itu juga merupakan khalifah sama ada dalam konteks memimpin diri sendiri mahupun memimpin rakan – rakan. Bagi mengupas dengan lebih lanjut isu pada malam ini, moderator mengajukan soalan kepada panel 1 yakni apakah definisi mahasiswa dan apakah peranan seorang mahasiswa. Panel 1 memulakan perbincangan dengan memberikan defini khalifah. Khalifah ialah golongan manusia yang menjalankan tanggungjawab di muka bumi ini. Panel 1 membuat sedikit gambaran awal perbezaan antara mahasiswa zaman dahulu dan zaman sekarang. Pada era ibu bapa kita, sesiapa yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, dia dikira hebat, berilmu dan senang mendapat pekerjaan kerana peluang itu jarang sekali untuk diperolehi. Oleh sebab itu, bagi mereka yang memperolehi peluang tersebut akan berusaha bersungguh – sungguh untuk berjaya. Berbeza sekali dengan situasi zaman sekarang yang mana kebanyakkan mahasiswa menganggur dan cepat berputus asa setelah tamat pengajian. Ini terjadi kerana rata – rata pelajar mudah melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Umumnya, mahasiswa merupakan satu kelompok pelajar yang menuntut ilmu. Panel 1 mengulas tafsir ayat dari surah Al – Imran ayat ke 190 hingga 191 untuk mengupas persoalan mengenai peranan mahasiswa. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang- orang yang berakal; ( A - li'Imraan 3:190 ) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. ( A - li'Imraan 3:191 )
  • 4. Panel 1 menyimpulkan bahawa mahasiswa perlu mengaitkan sesuatu ilmu mahupun kejadian dengan kekuasaan Allah SWT. Mahasiswa beragama Islam perlulah berfikir seperti Ulul Albab yakni berfikir menggunakan mata hati. Mahasiswa juga harus mendampingkan diri dengan Allah SWT untuk membina peribadi yang unggul. Dikatakan bahawa Rasulullah SAW merupakan seorang mahasiswa kerana baginda menerima ilmu dari Allah SWT secara terus dan baginda juga merupakan mahasiswa transformasi kerana berani mengambil risiko membawa pembaharuan. Maka, wajarlah mahasiswa dewasa kini mencontohi dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai Uswatun Hasanah dan sentiasa berdamping dengan Allah SWT supaya dapat memupuk sifat berani dan mampu untuk melakukan transformasi. Moderator menambah bahawa sejak Al – Quran di turunkan lagi pada zaman Rasulullah SAW, telah banyak dibincangkan mengenai Sains dan Islam seperti yang tergambar dalam surah Al – Buruj, surah Al – Sham, surah Al – Qamar dan banyak lagi. Moderator meneruskan forum dengan mengajukan soalan kepada panel 2 mengenai bagaimana cara mahasiswa kini untuk cemerlang dan dapat membangunkan ummah. Panel 2 menyatakan pendapat bahawa untuk mahasiswa itu dapat membangunkan ummah, mereka haruslah perbaiki diri dahulu dan oleh sebab itu, beliau akan berkongsi ilmu bagaimana caranya untuk mahasiswa perbaiki diri dan secara tak langsung akhirnya dapat membangunkan ummah. Kita perlu mengenal pasti dahulu akan kesedaran diri kita bahawa kita bukan sekadar menuntut ilmu tetapi mencintai ilmu. Kita juga perlu mengenal pasti sama ada memasuki universiti sebagai satu keperluan ataupun kehendak. Dapat disimpulkan bahawa cara yang pertama ialah dengan mencintai ilmu untuk kita berjaya kelak dan dengan itu memasuki universiti merupakan satu keperluan bagi menuntut dan mencintai ilmu itu. Maka dengan ini kita dapat cemerlang dunia dan akhirat sebagai hamba Allah SWT dan sebagai khalifah. Oleh sebab ilmu itu konsepnya suci maka perlulah seimbang antara baik dan cerdik hasil dari ilmu tersebut. Imam Syafie ada berpesan bahawa; Sesiapa yang berkehendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga, hendaklah ia mencari ilmu. Ilmu itu rezeki dari Allah SWT. Analoginya, seperti kita mencelupkan jari telunjuk ke arah pantai dan tatkala kita mengangkat jari tersebut, ternyata sedikit sahaja pasir yang melekat berbanding seluasnya pasir yang ada di pantai itu. Natijahnya, ilmu yang kita perolehi itu barulah sedikit kuantitinya berbanding ilmu Allah SWT yang maha luas untuk kita terokai. Maka apabila kita memperolehi sesuatu ilmu tersebut, perlulah kita mengamalkannya dan dalam pada masa yang sama perlulah kita sebarkannya agar peroleh keberkatan. Cara kedua untuk seorang mahasiswa itu berjaya adalah dengan menekankan aspek keterampilan dan kewibawaan. Takdir Allah SWT tiada siapa yang tahu kerana ada sahaja orang yang tidak memasuki universiti mampu berjaya dalam hidup dan ada sahaja orang yang memasuki universiti tetapi tidak mengecapi kejayaan dalam hidup. Perlu ditegaskan agar kita menjaga adab ketika menuntut ilmu kerana tokoh - tokoh Islam yang berjaya menjaga adab mereka ketika menuntut ilmu. Antara adab yang perlu diberi perhatian ialah membetulkan niat untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT, bersabar ketika berada dalam majlis ilmu,
  • 5. menjauhi perkara – perkara yang merosakkan akhlak, menghormati guru dan ahli akademik, mengikhlaskan jiwa dan berpegang kepada amanah serta beberapa adab – adab yang lain ketika menuntut ilmu. Moderator kembali menyimpulkan perkongsian dari panel 2 dengan sedikit kisah di antara Imam Syafie dan Tok gurunya iaitu Imam Waqi’; Pada suatu hari, Imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah aku mengalami kesukaran untuk menghafal? Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat”. Perkongsian ilmu diteruskan lagi dengan soalan tokoh yang maju dalam Islam dan wajar diteladani kepada panel 1 untuk dikupas dengan lebih lanjut. Panel 1 telah membuka minda hadirin pada malam itu kerana beliau menyatakan bahawa kebanyakan teori yang terkenal dari tokoh barat sebenarnya telah lama dipelajari dan diterokai oleh para Ilmuwan Islam sejak beratus mahupun beribu tahun yang lalu. Ilmu – ilmu teknologi pada zaman ini merupakan gabungan ilmu asas Sarjana Islam yang telah dikembangkan bagi memenuhi kehendak semasa. Maka dapat kita lihat bahawa Islam ini hebat dan unggul sepanjang zaman. Antara tokoh yang istimewa dipilih adalah Ibn Al – Firnas ataupun nama sebenarnya, Abbas Qasim Ibn Firnas yang merupakan orang pertama mencipta ‘glider’. Beliau merupakan seorang ahli kimia, fizik dan astronomi di Sepanyol. Seterusnya, Saidina Umar Al – Khattab merupakan seorang Khulafa Ar – Rasyidin yang banyak membawa pembaharuan di zaman pemerintahannya dan ia juga masih diguna pakai hingga ke zaman ini. Sebagai contoh, sistem cukai, kem tentera, sistem perparitan serta cukai tanah yang diperkenalkan pada zaman beliau diguna pakai hingga ke hari ini. Umat Islam semakin hari semakin diperkecilkan kehebatannya dan dihina. Hal ini berlaku kerana umat Islam sendiri tidak mengaplikasikan apa yang telah diamalkan oleh sarjana Islam yang terkenal satu ketika dahulu. Oleh kerana itulah, kita semakin mundur sedangkan kita telahpun berjaya sejak ribuan tahun yang lalu tetapi kini kembali mundur atas keangkuhan kita sendiri. Selain itu, tokoh Suhaib Bin Sinan Ar – Rumi juga wajar diteladani. Diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a bahawa; setelah Suhaib bin Sinan Ar-Rumi memeluk Islam di Mekah, ia akan berhijrah membawa harta kekayaannya ke Madinah. Ia kemudiannya ditentang oleh kaum Quraisy dan apabila Suhaib bin Sinan Ar-Rumi ingin berangkat pergi berhijrah, hendaklah berangkat sendiri tanpa membawa harta kekayaannya itu, jika Suhaib bin Sinan Ar-Rumi sanggup melakukan sedemikian, kaum Quraisy rela melepaskannya. Maka Suhaib bin Sinan Ar-Rumi tidak keberatan melepaskan segala - gala harta kekayaannya itu asalkan ia dapat berhijrah.
  • 6. dapat disimpulkan bahawa kejayaan yang sebenar ialah apabila kita mengejar perkara hakiki atau perkara yang kekal yakni Syurga di akhirat. Suhaib Ar – Rumi sanggup meninggalkan segala kekayaannya yang diperolehi semasa usia mudanya demi mengejar kekayaan akhirat. Tariq ibn Ziyad merupakan seorang lagi tokoh yang wajar diteladani. Beliau merupakan seorang pemuda kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika dan merupakan seorang panglima perang di zaman Khalifah Umayyah Al-Walid I. Tariq merupakan timbalan kepada ketua panglima Islam iaitu Musa ibn Nusair ketika tentera Islam membina benteng pertahanan di utara Afrika. Atas perintah Musa ibn Nusair, Tariq berjaya menyebarkan Islam di negara Sepanyol dan seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah. Tentera Tariq yang terdiri daripada 7000 orang mendarat di Gibraltar, dan dikatakan Musa menghantar 5000 orang tentera lagi bagi memperkukuhkan kedudukan tentera Islam. Bagi menghadapi ancaman Tariq, raja Visigoth, Raja Roderic, dikatakan telah mengumpulkan tentera seramai 100,000 orang. Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku di Sungai Guadalete itu, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth dan seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah. Kemenangan ini dikatakan berpunca atas kegerunan tentera kafir kepada akhlak tentera Islam kerana mereka tetap beradab ketika berperang. Tentera Islam tidak memerangi golongan tua, kaum wanita serta kanak – kanak seperti yang di amalkan oleh Rasulullah SAW. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. ( An - Nuur 24:37 ) Berdasarkan kisah beberapa tokoh tersebut, panel 1 menyimpulkan bahawa untuk menjadi mahasiswa berjaya, kita perlulah menjaga adab, mempunyai semangat jihat yang tinggi dan kental, berani melakukan sesuatu serta mengikuti jejak langkah umat terdahulu demi mempertingkatkan iman dan mengukuhkan ketakwaan kepada Allah SWT sesuai dengan tafsir dari Surah An – Nur ayat ke 37 seperti di atas. Beliau juga sempat menyatakan kekesalannya terhadap mahasiswa zaman ini kerana kebanyakan mereka mengabaikan panggilan Allah SWT untuk menyegerakan dalam menunaikan solat bahkan mereka lebih senang untuk menunaikan kewajipan bersolat dihujung waktu pula. Moderator mengulas kembali apa yang telah dikatakan oleh panel 1 bahawa mahasiswa kini amat berbeza pandangannya sehinggakan 15 kali setiap hari ( untuk satu solat fardhu terdapat dua kali seruan mengerjakan solat di dalam azan dan sekali di dalam iqamat dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 15 kali untuk 5 kali solat fardhu dalam masa sehari ) diseru Allah SWT untuk menunaikan solat tetapi amat jarang mahasiswa yang mengerjakan dengan segera suruhan Allah SWT. Majlis ilmu ini diteruskan dengan moderator menanyakan soalan kepada panel 2 mengenai bagaimana mahasiswa kini juga mampu cemerlang seperti mahasiswa yang terdahulu dengan kualiti yang ada dan bukannya atas nilai kuantiti yang ada sahaja.
  • 7. Panel 2 memulakan perbincangan dengan menunjukkan perbandingan antara mahasiswa zaman dahulu dengan mahasiswa pada masa kini. Mahasiswa dahulu menyalin nota semasa pensyarah mengajar tetapi kini pelajar hanya meminta pada pensyarah. Dahulu, mahasiswa yang meminta kelas tambahan tetapi pelajar kini mahu membatalkan kelas. Jika ingin berjumpa pensyarah di luar waktu kuliah, mahasiswa perlu membuat temujanji dahulu dan sentiasa menunggu sedangkan pada zaman ini pelajar hanya perlu menelefon ataupun menghantar mesej pesanan ringkas sahaja. Mahasiswa dahulu membuat rujukan di perpustakaan tetapi pelajar sekarang hanya menggunakan enjin pencarian web internet sahaja untuk memperolehi maklumat. Dahulu juga mahasiswa hanya berjalan kaki untuk ke kelas demi perjuangan menuntut ilmu tetapi pelajar sekarang hanya menaiki kenderaan. Betapa besarnya jurang perbezaan di antara pengorbanan mahasiswa zaman dahulu berbanding mahasiswa zaman ini. Panel 2 berpesan agar mahasiswa perlu belajar untuk bersabar dan menghormati orang lain. Kita juga perlu membezakan layanan terhadap rakan – rakan dan layanan terhadap ahli akademik. Dapat juga kita lihat dari perbandingan sebelum ini bahawa mahasiswa kini tidak bersikap matang. Selain itu, beliau mengatakan bahawa hanya manusia yang matang mampu membaikkan manusia yang lain. Seterusnya, kita perlulah berusaha untuk mendapatkan rezeki kerana ilmu itu juga merupakan satu bentuk rezeki dari Allah SWT. Mahasiswa dahulu berfikiran matang kerana kondisi kehidupan pada zaman dahulu serba kekurangan. Apabila kehidupan sukar, maka kita akan lebih menghargai sesuatu. Kematangan ini dapat kita ukur dari segi menilai, berfikir, membuat keputusan, kepercayaan dan ilmu. Sebaik – baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang matang merupakan orang yang bertanggungjawab untuk berusaha dengan bersusah – payah. Sebagai contoh, Sultan Muhammad al-Fatih menaiki takhta sebagai sultan seawal usianya 19 tahun dan kemudiannya pada umur 21 tahun beliau berjaya menawan Kota Konstantinopel. Beliau juga merupakan contoh teladan yang wajar diambil oleh umat Islam kerana seawal usia mudanya berjaya menawan kota tersebut dan menyebarkan Islam. Namun, apakah yang berjaya kita tawan kini ketika seusia itu? Jika kita hendak menjadi orang yang berjaya, kita perlulah mengambil teladan daripada kejayaan orang yang terdahulu. Kesimpulannya, kita perlulah pandai menilai perkara yang baik untuk diamalkan serta mula membuat “bench mark” dalam kehidupan. Moderator bersetuju dengan hujah tersebut dan mengatakan kita perlulah membina individu yang mempunyai kualiti agar dapat melakukan sesuatu perubahan di masa hadapan. Satu soalan telah diajukan oleh seorang penonton iaitu apakah silibus atau modul – modul pengajaran yang diajar di sekolah bersesuaian dengan zaman sekarang dan mampu mencapai tahap yang dinyatakan oleh Imam Ghazali? Moderator memberikan peluang kepada panel 1 untuk menjawab soalan tersebut dan seterusnya panel 2 untuk membuat kesimpulan bagi forum bicara pada malam ini.
  • 8. Panel 1 menyatakan untuk berjaya kita perlulah ada perasaan mencintai ilmu. Aspek silibus adalah satu perkara yang termaktub dalam buku teks. Sebagai analoginya, terdapat satu syarikat yang sangat berjaya setelah produk yang dihasilkannya mendapat sambutan, maka syarikat lain turut ingin membina empayar kejayaan seperti itu. Syarikat lain tersebut hanya meniru produk itu tanpa mengetahui cara penghasilannya. Itulah fenomena mahasiswa yang dapat kita lihat kini dengan jelas. Mereka hanya meniru secara membuta – tuli tanpa mempelajari sesuatu kejadian proses tersebut. Halangan juga memainkan peranan penting dalam hal ini oleh kerana ramai musuh yang memusuhi agama Islam. Rasulullah SAW ada bersabda iaitu; "Seorang mukmin terpaksa mengharungi 5 halangan utama : iaitu golongan yang hasad dengki kepadanya , golongan munafik yang memarahinya , golongan kafir yang memeranginya , syaitan yang ingin menyesatkannya dan hawa nafsu yang menyentapnya.” Maka sebagai seorang mahasiswa yang beragama Islam, wajarlah untuk kita jadikan halangan tersebut sebagai batu loncatan untuk kita berjaya. Diingatkan bahawa halangan ini bukan untuk melemahkan kita tetapi untuk menandakan tahap kekuatan kita yang sebenar. Panel 2 menyimpulkan majlis ilmu pada malam ini dengan menyatakan kita perlulah menghargai masa muda kerana tempoh kita menjadi belia merupakan tempoh yang paling lama dalam kehidupan dan ketika inilah kita lebih bertenaga untuk melakukan sesuatu. Walaupun kita sering dikaitkan dengan berdarah muda yakni lebih agresif dalam sesuatu tindakan namun, kita perlulah mengawal nafsu agar dapat kita mengawal hala tuju masa hadapan. Selain itu, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa usia kita jika berada di Syurga adalah sekitar 37 tahun yang mana ia merupakan usia seorang belia. Belia juga banyak diceritakan di dalan kalam suci Al – Quran dan kebanyakan panglima perang pada zaman dahulu juga merupakan dari kalangan belia. Oleh itu, kita perlulah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu dalam masa yang ada untuk bekalan di akhirat. Jika mahu memartabatkan ummah, kita perlu melalui beberapa lapisan dahulu yang bermula dengan lapisan diri kita sendiri, lapisan keluarga, lapisan masyarakat dan akhirnya lapisan ummah. Maka memang wajarlah kita membetulkan dan mempersiapkan dahulu diri kita sebelum kita membangunkan ummah. Beliau juga sempat berpesan dengan memetik satu madah iaitu “the road of education is to replace an empty mind with the open one but the road of religious is to replace an empty heart with an open heart”. Moderator menutup forum bicara dengan mengatakan kita perlu berusaha untuk menimba ilmu dan beliau juga sempat membacakan tafsir surah As – Saff ayat ke 2 sebagai penutup bicaranya pada malam ini. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As-Saff 61:2) SEKIAN.