SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)



 PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN
                                       DI SEKOLAH

PENDAHULUAN


       Facebook menjadi fenomena di Malaysia pada hari ini yang mana hampir setiap
individu pastinya mempunyai akaun Facebook tanpa mengira peringkat usia sama ada remaja
mahupun dewasa. Malah, penggunaan Facebook ini melangkaui status ekonomi tanpa
mengira petani, pelajar, golongan profesional mahupun korporat. Bahkan, faktor geografi
juga tidak menjadi penghalang asal dengan syarat individu tersebut mempunyai kemudahan
komputer dan internet. Hal ini membuktikan pernyataan umum bahawa teknologi maklumat
dan komunikasi telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dalam kehidupan manusia hari ini.


       Laman SocialBakers.com telah melaporkan statistik yang menyenaraikan kedudukan
Malaysia sebagai negara ke-17 tertinggi dalam penggunaan Facebook di dunia. Jumlah
pengguna Facebook di Malaysia telah mencecah 12 juta orang iaitu 45.17% populasi negara
dengan kadar penembusan 69.91% pengguna internet. Angka yang besar ini dilihat sebagai
suatu pencapaian atau tahap literasi internet yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia,
sebuah negara yang sedang membangun. Hakikat ini seharusnya diambil peluang yang sihat
secara berhemah oleh semua pihak dalam memajukan sesuatu bidang atau sektor menerusi
teknologi internet secara maya.


       Rangkaian sosial seperti Facebook ini pada awal penggunaannya berfungsi sebagai
alat perhubungan, komunikasi dan sosial sesama manusia. Namun, kepelbagaian aplikasi
yang ditawarkan dalam laman sosial ini mampu memberi impak yang besar kepada sesuatu
perkaraseperti halnya yang berlaku di Mesir. Facebook telah menjadi medium interaksi
dengan komuniti untuk melancarkan gerakan revolusi bagi menggulingkan kerajaan yang
memerintah Mesir ketika itu. Kemampuan rangkaian sosial ini bertindak tidak seharusnya
dipandang enteng dan kelebihan ini sewajarnya disalurkan oleh sesebuah organisasi komuniti
ke arah kebaikan serta mendatangkan manfaat kepada masyarakat umumnya seperti institusi
pendidikan sekolah.




1|Page
Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)


FACEBOOK


       Sumber Wikipedia memperkatakan bahawa rangkaian sosial seperti Facebook
merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian
sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada
mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Kebanyakan
perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara
interaksi antara pengguna.


       Menurut sumber yang sama lagi, menyelusuri sejarah awalnya pada tahun 2004,
Facebook mula diasaskan oleh Mark Zuckerberg dan tiga rakan-rakannya ( Eduardo Saverin,
Dustin Moskovitz dan Chris Hughes) iaitu penuntut kursus sains komputer di Universiti
Harvard. Pembinaan Facebook pada mulanya hanyalah untuk rangkaian sosial dalam
kalangan penuntut Universiti Harvard sahaja. Namun, perluasannya berterusan dengan
pembukaan ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf Liga Ivy dan di kawasan Boston,
diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat. Dalam masa yang singkat
iaitu beberapa bulan, Facebook telah menawan hati setiap penggunanya.


       Walaupun pengasasnya berdepan dengan pelbagai tuduhan yang melibatkan
penganiayaan, pencabulan keselamatan, hak cipta dan privasi serta berhadapan dengan
tuntutan mahkamah dan hampir dibuang daripada universiti, hakikatnya Facebook membawa
era baru dalam dunia maya. Penggunaan asalnya sebagai buku panduan pelajar yang diisi
dengan maklumat asas di Universiti Harvard, kini berkembang sebagai alat pembelajaran
sosial dalam dunia pendidikan menerusi pelbagai aplikasi yang sering diperbaharui dan
ditambahbaik dari semasa ke semasa.


       Era 2012, Facebook telah melakukan pembaharuan dengan adanya timeline pada
setiap akaun yang membuka dimensi baru pada laman profil individu. Timelinemerekodkan
aktiviti Facebook individu dari mula akaun dibuka. Malah, Facebook kini membolehkan
penggunanya membina Group sendiri yang mengehadkan perbincangan dan perkongsian
kepada ahli-ahli Groupnya sahaja. Perkara ini memberikan privasi kepada mana-mana
organisasi seperti organisasi pendidikan di sekolah untuk menggunakannya dengan bebas
tanpa bimbang tentang pendedahan maklumat kepada orang umum.



2|Page
Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)


ORGANISASI PENDIDIKAN DI SEKOLAH&GROUP FACEBOOK


       Griffiths (1959) dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan bahawa
pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia
merupakan proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945)
dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas
dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses
merancang,mengelola,memimpin,mengawal         daya    usaha   ahli-ahli   organisasi   dan
menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.


       Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu
masyarakat.Sekolah sebagai institusi pendidikan tidak terlepas daripada mewujudkan
pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep
tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai
warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu
menikmati kehidupan yang baik.


       Oleh hal yang demikian, perkembangan Facebook hari ini dengan kewujudan aplikasi
Group Facebook menjadi satu alternatif yang menarik untuk dinikmati oleh organisasi
sekolah. Facebook dilihat mampu memberikan kelebihan yang berganda kepada
penggunanya sekiranya digunakan secara bijak dan berhemah. Malah, aplikasi ini turut
membantu dalam proses pentadbiran dan pengurusan organisasi sekolah secara formal
mahupun tidak.Pembudayaan dalam pentadbiran yang sihat mampu merangsang kecekapan
dalam pengurusan organisasi yang melibatkan tenaga kerja manusia pelbagai ragam.


       Faktor kerahsiaan dalam penggunaan aplikasi ini daripada pengunjung awam juga
tidak perlu dipertikaikan apabila privasi Group Facebook ini boleh ditetapkan. Aplikasi ini
boleh mengehad kelompok individu yang berkepentingan dalam organisasi sahaja, terlibat
dalam ruangannya. Oleh itu, maklumat-maklumat dan sebarang perkongsian dalam organisasi
dapat dipelihara daripada penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.




3|Page
Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)


OBJEKTIF KAJIAN


       Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat gelagat penggunaanGroup
Facebook:Staf SMK LKTP Tersang dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan di
sekolah. Gelagat yang dirujuk melihat pada penglibatan ahli-ahlinya, tujuan penggunaan,
maklumat yang disampaikan menerusi medium ini dan impak yang terhasil daripada
penubuhannya.




KAEDAH KAJIAN


       Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk tinjauan. Kajian dijalankan
ke atas Group Facebook: Staf SMK LKTP Tersang yang ahlinya terdiri daripada 65 orang
guru. Kajian yang dijalankan melihat kepada gelagat penggunaGroup Facebook tersebut
sepanjang kewujudannya.




HASIL TINJAUAN

       Menerusi pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan Group Facebook yang
telah dibangunkan, mendapati aplikasi ini banyak digunakan untuk tujuan hebahan maklumat
kepada semua komuniti sekolah tersebut. Hebahan maklumat yang dilakukan adalah tidak
berpusat kepada seseorang, malah semua ahli melibatkan diri secara aktif dalam
memaklumkan pelbagai perkara yang telah berlaku dan bakal berlaku di sekolah mahupun di
luar sekolah. Hal ini kerana setiap guru dan kakitangan sekolah pastinya memikul tugas rasmi
masing-masing sama ada dalam bidang pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid mahupun
kokurikulum. Malah, kakitangan ini juga terlibat dengan pertubuhan komuniti seperti
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), dan Kelab Guru & Kakitangan (KGKT).




4|Page
Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)


       Hebahan maklumat melibatkan perkongsian fail, gambar, video rakaman dan aktiviti
yang berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah. Hebahan maklumat di Group
Facebook ini dilakukan apabila jarak dan waktu menghalang guru-guru untuk bersemuka di
sekolah. Waktu bekerja rasmi di sekolah adalah sekitar 7.30 pagi sehingga 2.50 petang iaitu
kira-kira 7 jam 20 minit setiap hari. Manakala waktu mengajar maksimum setiap guru
bersama pelajar adalah selama 4 jam. Waktu yang selebihnya pula, dipenuhi dengan pelbagai
tugas di luar bilik darjah seperti hal-hal pengurusan fail PBS, pengurusan kelas, jadual waktu
ganti, guru bertugas mingguan, pengurusan unit-unit Kokurikulum, HEM & Kokurikulum,
pemeriksaan buku latihan pelajar dan sebagainya. Malah, waktu cuti sekolah yang panjang
juga menyukarkan hebahan maklumat secara bersemuka. Oleh hal yang demikian, Group
Facebook ini dilihat sangat membantu dalam aktiviti hebahan maklumat penting sekolah.


       Perkongsian fail melibatkan pelbagai bentuk Microsoft Office seperti Word,
Powerpoint dan Excel. Pelbagai dokumen telah dikongsi untuk panduan, rujukan dan
tindakan guru-guru di sekolah ini. Antara fail yang telah dimuat turun ke Group Facebook ini
ialah jadual waktu bertugas SPM. Fail tersebut merupakan jadual bertugas guru-guru subjek
sewaktu peperiksaan SPM berlangsung ketika cuti akhir tahun persekolahan. Guru-guru juga
dimaklumkan tentang skop tugas yang perlu dilakukan semasa menguruskan calon-calon
SPM sekolah. Skop tugasnya seperti memastikan kehadiran semua calon SPM, tindakan
lanjutan sekiranya ada calon yang tidak hadir, dan tiada/tertinggal slip serta kad pengenalan.
Malah, laporan bertugas juga perlu ditulis dan soalan peperiksaan perlu diminta daripada
ketua pengawas peperiksaan. Dengan adanya maklumat seperti ini, guru-guru jelas tentang
perjalanan tugas yang perlu dilakukan walaupun tidak berada di sekolah ketika itu.


       Bukan itu sahaja, masalah ketidakjelasan guru-guru dengan Penilaian Berasaskan
Sekolah (PBS) juga dapat diselesaikan dengan muat turun fail-fail yang berguna. Dalam hal
ini, setiausaha PBS sekolah akan memainkan peranan dalam memberikan maklumat terkini
tentang pelaksanaan PBS yang pastinya menjadi tumpuan kepada guru-guru hari ini. Malah,
setiausaha PBS sekolah akan bertindak sebagai panduan dan pemudahcara kepada guru-guru
terhadap pelaksanaan PBS yang masih baru ini. Sebarang kesulitan mengenainya tidak hanya
diselesaikan di sekolah malah tidak mengira lokasi dan waktu guru itu berada. Tarikh-tarikh
penting PBS juga turut dimaklumkan untuk pengetahuan dan tindakan guru-guru yang
terlibat. Begitu jugalah yang sama berlaku kepada unit-unit lain dalam sekolah, turut
menggunakan medium ini semaksimum mungkin.

5|Page
Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)


       Perkongsian aktiviti, gambar dan video rakaman juga tidak ketinggalan dalam
mewarnai Group Facebook ini. Umum sedia maklum bahawa sekolah pastinya menjalankan
pelbagai aktiviti untuk merangsang pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Temasya Sukan Sekolah, Program Motivasi, Sambutan
Kemerdekaan, Ceramah Keagamaan, Hari Keluarga dan sebagainya. Group Facebook ini
juga dijadikan seperti laporan aktiviti yang berlangsung di samping gambar-gambar sebagai
bukti dan kenangan kepada warga kakitangan sekolah. Langkah ini dilihat menjadi rutin
kepada setiap ahli apabila apa-apa aktiviti berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah
yang melibatkan komuniti sekolah tersebut.


       Selain menjadi sebagai hebahan maklumat, Group Facebook ini juga menjadi
landasan sosial antara kakitangan sekolah yang masih berkhidmat di situ mahupun berpindah
ke sekolah lain. Dengan kewujudannya, hubungan silaturahim antara kakitangan tidak
terputus walaupun jarak dan tugas telah memisahkan. Malah, hubungan yang erat telah
terjalin antara kakitangan sekolah seperti sebuah keluarga yang saling menyokong antara satu
sama lain. Keakraban ini memberi impak yang besar pada perjalanan tugas di sekolah apabila
situasi ini merangsang produktiviti dan keseronokan dalam memberi perkhidmatan yang
efektif. Dengan cara ini juga, bekas kakitangan sekolah tidak terlepas dengan setiap perkara
yang berlaku di sekolah.


       Landasan sosial yang terbina ini turut tidak mengabaikankebajikan semua kakitangan
sekolah ini. Semua perihal mengenai berita gembira dan duka kakitangan sekolah tidak
terlepas daripada dipaparkan termasuklah berita kelahiran anak, tahap kesihatan yang tidak
memuaskan, berita kematian kakitangan mahupun ahli keluarganya, kemalangan dan
sebagainya. Dengan berita-berita sebegini, pastinya kebajikan ahli terjaga dengan menjadikan
Group Facebook ini sebagai saluran bantuan, nasihat, berita perkembangan dan ucapan
tahniah mahupun takziah. Langkah mudah ini mampu memberi sinar kegembiraan kepada
setiap kakitangannya. Justeru, pembinaan Group Facebook ini juga dapat menyokong aktiviti
Kelab Guru & Kakitangan (KGKT) sekolah.




6|Page
Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)




KESIMPULAN


       Seiring dengan perubahan teknologi hari ini, corak pentadbiran dan pengurusan
sesebuah organisasi seharusnya berubah ke arah yang lebih maju. Organisasi pendidikan di
sekolah dilihat tidak ketinggalan dalam mengejar pengaplikasian teknologi hari ini. Komuniti
pendidik yang mempunyai literasi komputer dan internet yang tinggi seharusnya tidak
menghadapi masalah dalam penggunaan Group Facebook yang diutarakan dalam tinjauan ini.
Pelbagai tujuan Group Facebook digunakan oleh kelompok organisasi pendidikan bagi
kelancaran pengurusan dan pentadbiran di sekolah melalui hebahan maklumat, perkongsian
dokumen, memelihara kebajikan dan bersosial sesama ahli dalam organisasi. Malahan,
aplikasi ini dilihat melibatkan peringkat atasan organisasi sehingga peringkat bawahan. Hasil
daripadanya, mewujudkan peningkatan dalam produktiviti perkhidmatan pengurusan
organisasi pendidikan.




RUJUKAN


Facebook Statistics by Country. URL: www.SocialBakers.com


Facebook. URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Facebook


Staf SMK LKTP TERSANG. URL: https://www.facebook.com/groups/189109157832953/


Definisi Pentadbirandan Pengurusan Sekolah.
       URL:https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:NMzoHYDK5qEJ:ilmu.edublogs
     .org/files/2011/11/Definisi-Pentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah-
     2dhc8gv.docx+Definisi-Pentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah-
     2dhc8gv&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESjNQTrbU52YOIWvYuMpzY4q67X
     kqKUq8qC2WbtDnyNHgtpj2iTtSjlX_ywGY426BLnijkAPpbOCs9eQ4OgPNof1Rc3St
     dgIxZeYIufIh85Ac04gkE37cv9A-
     8a7VhnOkJyDhD50&sig=AHIEtbQJkTgaa_OQjxEOHtm2nBhsDHdMYg


7|Page

More Related Content

What's hot

Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumnoorqaseh_ramadhan
 
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaanWiween Mihad
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifHaryati Ismail
 
6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulumStar Ng
 
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam perhebatkan dirimu
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam    perhebatkan dirimuCabaran norma baharu guru pendidikan islam    perhebatkan dirimu
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam perhebatkan dirimuMaisarahHannan
 
Slot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistanaSlot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistanaSaadah Maiden
 
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamidamuradhamid edidik edu my
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKnelson fredoline
 
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PPengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PFadzliaton Zainudin
 
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptxAnalisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptxkelipmalam1
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSiti Mariam
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Sherly Jewinly
 

What's hot (20)

Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Keluarga
KeluargaKeluarga
Keluarga
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Teori Kematangan
Teori KematanganTeori Kematangan
Teori Kematangan
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
 
6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum
 
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam perhebatkan dirimu
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam    perhebatkan dirimuCabaran norma baharu guru pendidikan islam    perhebatkan dirimu
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam perhebatkan dirimu
 
Slot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistanaSlot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistana
 
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
 
Tajuk : Kod etika keguruan
Tajuk : Kod etika keguruanTajuk : Kod etika keguruan
Tajuk : Kod etika keguruan
 
Etika Guru
Etika GuruEtika Guru
Etika Guru
 
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PPengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
 
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptxAnalisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 5-6.pptx
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
 
Keluarga saya
Keluarga sayaKeluarga saya
Keluarga saya
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 

Similar to Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6ongheakin
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...eimmie82
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
HPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENERHPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENERhudanadia
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
Ulasan jurnalkpt6044 baru
Ulasan jurnalkpt6044 baruUlasan jurnalkpt6044 baru
Ulasan jurnalkpt6044 barusalwa76
 
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044Nor Sazlin Kusai
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Ulasan jurnal kpt6044 baru
Ulasan jurnal kpt6044 baruUlasan jurnal kpt6044 baru
Ulasan jurnal kpt6044 barusalwa76
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 

Similar to Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan (20)

Tugasan 1 web
Tugasan 1 webTugasan 1 web
Tugasan 1 web
 
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Perkembangan persekitaran pembelajaran
Perkembangan persekitaran pembelajaranPerkembangan persekitaran pembelajaran
Perkembangan persekitaran pembelajaran
 
38520944 perkembangan-persekitaran-pembelajaran
38520944 perkembangan-persekitaran-pembelajaran38520944 perkembangan-persekitaran-pembelajaran
38520944 perkembangan-persekitaran-pembelajaran
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Tugasan 1 KPT6044
Tugasan 1 KPT6044Tugasan 1 KPT6044
Tugasan 1 KPT6044
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
HPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENERHPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENER
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Ulasan jurnalkpt6044 baru
Ulasan jurnalkpt6044 baruUlasan jurnalkpt6044 baru
Ulasan jurnalkpt6044 baru
 
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Ulasan jurnal kpt6044 baru
Ulasan jurnal kpt6044 baruUlasan jurnal kpt6044 baru
Ulasan jurnal kpt6044 baru
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 

More from NURUL HUDA

Designing and Planning Technology Enhanced Instruction
Designing and Planning Technology Enhanced InstructionDesigning and Planning Technology Enhanced Instruction
Designing and Planning Technology Enhanced InstructionNURUL HUDA
 
Theoretical Foundations
Theoretical FoundationsTheoretical Foundations
Theoretical FoundationsNURUL HUDA
 
Introduction to Personal Computers in the Classroom
Introduction to Personal Computers in the ClassroomIntroduction to Personal Computers in the Classroom
Introduction to Personal Computers in the ClassroomNURUL HUDA
 
Penilaian kendiri teks: Chapter 6 - Connecting Learners Using Web 2.0 Tools
Penilaian kendiri teks: Chapter 6 - Connecting Learners Using Web 2.0 ToolsPenilaian kendiri teks: Chapter 6 - Connecting Learners Using Web 2.0 Tools
Penilaian kendiri teks: Chapter 6 - Connecting Learners Using Web 2.0 ToolsNURUL HUDA
 
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...NURUL HUDA
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...NURUL HUDA
 

More from NURUL HUDA (6)

Designing and Planning Technology Enhanced Instruction
Designing and Planning Technology Enhanced InstructionDesigning and Planning Technology Enhanced Instruction
Designing and Planning Technology Enhanced Instruction
 
Theoretical Foundations
Theoretical FoundationsTheoretical Foundations
Theoretical Foundations
 
Introduction to Personal Computers in the Classroom
Introduction to Personal Computers in the ClassroomIntroduction to Personal Computers in the Classroom
Introduction to Personal Computers in the Classroom
 
Penilaian kendiri teks: Chapter 6 - Connecting Learners Using Web 2.0 Tools
Penilaian kendiri teks: Chapter 6 - Connecting Learners Using Web 2.0 ToolsPenilaian kendiri teks: Chapter 6 - Connecting Learners Using Web 2.0 Tools
Penilaian kendiri teks: Chapter 6 - Connecting Learners Using Web 2.0 Tools
 
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
 

Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

  • 1. Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044) PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN DI SEKOLAH PENDAHULUAN Facebook menjadi fenomena di Malaysia pada hari ini yang mana hampir setiap individu pastinya mempunyai akaun Facebook tanpa mengira peringkat usia sama ada remaja mahupun dewasa. Malah, penggunaan Facebook ini melangkaui status ekonomi tanpa mengira petani, pelajar, golongan profesional mahupun korporat. Bahkan, faktor geografi juga tidak menjadi penghalang asal dengan syarat individu tersebut mempunyai kemudahan komputer dan internet. Hal ini membuktikan pernyataan umum bahawa teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dalam kehidupan manusia hari ini. Laman SocialBakers.com telah melaporkan statistik yang menyenaraikan kedudukan Malaysia sebagai negara ke-17 tertinggi dalam penggunaan Facebook di dunia. Jumlah pengguna Facebook di Malaysia telah mencecah 12 juta orang iaitu 45.17% populasi negara dengan kadar penembusan 69.91% pengguna internet. Angka yang besar ini dilihat sebagai suatu pencapaian atau tahap literasi internet yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, sebuah negara yang sedang membangun. Hakikat ini seharusnya diambil peluang yang sihat secara berhemah oleh semua pihak dalam memajukan sesuatu bidang atau sektor menerusi teknologi internet secara maya. Rangkaian sosial seperti Facebook ini pada awal penggunaannya berfungsi sebagai alat perhubungan, komunikasi dan sosial sesama manusia. Namun, kepelbagaian aplikasi yang ditawarkan dalam laman sosial ini mampu memberi impak yang besar kepada sesuatu perkaraseperti halnya yang berlaku di Mesir. Facebook telah menjadi medium interaksi dengan komuniti untuk melancarkan gerakan revolusi bagi menggulingkan kerajaan yang memerintah Mesir ketika itu. Kemampuan rangkaian sosial ini bertindak tidak seharusnya dipandang enteng dan kelebihan ini sewajarnya disalurkan oleh sesebuah organisasi komuniti ke arah kebaikan serta mendatangkan manfaat kepada masyarakat umumnya seperti institusi pendidikan sekolah. 1|Page
  • 2. Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044) FACEBOOK Sumber Wikipedia memperkatakan bahawa rangkaian sosial seperti Facebook merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna. Menurut sumber yang sama lagi, menyelusuri sejarah awalnya pada tahun 2004, Facebook mula diasaskan oleh Mark Zuckerberg dan tiga rakan-rakannya ( Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes) iaitu penuntut kursus sains komputer di Universiti Harvard. Pembinaan Facebook pada mulanya hanyalah untuk rangkaian sosial dalam kalangan penuntut Universiti Harvard sahaja. Namun, perluasannya berterusan dengan pembukaan ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf Liga Ivy dan di kawasan Boston, diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat. Dalam masa yang singkat iaitu beberapa bulan, Facebook telah menawan hati setiap penggunanya. Walaupun pengasasnya berdepan dengan pelbagai tuduhan yang melibatkan penganiayaan, pencabulan keselamatan, hak cipta dan privasi serta berhadapan dengan tuntutan mahkamah dan hampir dibuang daripada universiti, hakikatnya Facebook membawa era baru dalam dunia maya. Penggunaan asalnya sebagai buku panduan pelajar yang diisi dengan maklumat asas di Universiti Harvard, kini berkembang sebagai alat pembelajaran sosial dalam dunia pendidikan menerusi pelbagai aplikasi yang sering diperbaharui dan ditambahbaik dari semasa ke semasa. Era 2012, Facebook telah melakukan pembaharuan dengan adanya timeline pada setiap akaun yang membuka dimensi baru pada laman profil individu. Timelinemerekodkan aktiviti Facebook individu dari mula akaun dibuka. Malah, Facebook kini membolehkan penggunanya membina Group sendiri yang mengehadkan perbincangan dan perkongsian kepada ahli-ahli Groupnya sahaja. Perkara ini memberikan privasi kepada mana-mana organisasi seperti organisasi pendidikan di sekolah untuk menggunakannya dengan bebas tanpa bimbang tentang pendedahan maklumat kepada orang umum. 2|Page
  • 3. Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044) ORGANISASI PENDIDIKAN DI SEKOLAH&GROUP FACEBOOK Griffiths (1959) dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan bahawa pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia merupakan proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Sekolah sebagai institusi pendidikan tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Oleh hal yang demikian, perkembangan Facebook hari ini dengan kewujudan aplikasi Group Facebook menjadi satu alternatif yang menarik untuk dinikmati oleh organisasi sekolah. Facebook dilihat mampu memberikan kelebihan yang berganda kepada penggunanya sekiranya digunakan secara bijak dan berhemah. Malah, aplikasi ini turut membantu dalam proses pentadbiran dan pengurusan organisasi sekolah secara formal mahupun tidak.Pembudayaan dalam pentadbiran yang sihat mampu merangsang kecekapan dalam pengurusan organisasi yang melibatkan tenaga kerja manusia pelbagai ragam. Faktor kerahsiaan dalam penggunaan aplikasi ini daripada pengunjung awam juga tidak perlu dipertikaikan apabila privasi Group Facebook ini boleh ditetapkan. Aplikasi ini boleh mengehad kelompok individu yang berkepentingan dalam organisasi sahaja, terlibat dalam ruangannya. Oleh itu, maklumat-maklumat dan sebarang perkongsian dalam organisasi dapat dipelihara daripada penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 3|Page
  • 4. Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044) OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat gelagat penggunaanGroup Facebook:Staf SMK LKTP Tersang dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan di sekolah. Gelagat yang dirujuk melihat pada penglibatan ahli-ahlinya, tujuan penggunaan, maklumat yang disampaikan menerusi medium ini dan impak yang terhasil daripada penubuhannya. KAEDAH KAJIAN Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk tinjauan. Kajian dijalankan ke atas Group Facebook: Staf SMK LKTP Tersang yang ahlinya terdiri daripada 65 orang guru. Kajian yang dijalankan melihat kepada gelagat penggunaGroup Facebook tersebut sepanjang kewujudannya. HASIL TINJAUAN Menerusi pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan Group Facebook yang telah dibangunkan, mendapati aplikasi ini banyak digunakan untuk tujuan hebahan maklumat kepada semua komuniti sekolah tersebut. Hebahan maklumat yang dilakukan adalah tidak berpusat kepada seseorang, malah semua ahli melibatkan diri secara aktif dalam memaklumkan pelbagai perkara yang telah berlaku dan bakal berlaku di sekolah mahupun di luar sekolah. Hal ini kerana setiap guru dan kakitangan sekolah pastinya memikul tugas rasmi masing-masing sama ada dalam bidang pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid mahupun kokurikulum. Malah, kakitangan ini juga terlibat dengan pertubuhan komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), dan Kelab Guru & Kakitangan (KGKT). 4|Page
  • 5. Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044) Hebahan maklumat melibatkan perkongsian fail, gambar, video rakaman dan aktiviti yang berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah. Hebahan maklumat di Group Facebook ini dilakukan apabila jarak dan waktu menghalang guru-guru untuk bersemuka di sekolah. Waktu bekerja rasmi di sekolah adalah sekitar 7.30 pagi sehingga 2.50 petang iaitu kira-kira 7 jam 20 minit setiap hari. Manakala waktu mengajar maksimum setiap guru bersama pelajar adalah selama 4 jam. Waktu yang selebihnya pula, dipenuhi dengan pelbagai tugas di luar bilik darjah seperti hal-hal pengurusan fail PBS, pengurusan kelas, jadual waktu ganti, guru bertugas mingguan, pengurusan unit-unit Kokurikulum, HEM & Kokurikulum, pemeriksaan buku latihan pelajar dan sebagainya. Malah, waktu cuti sekolah yang panjang juga menyukarkan hebahan maklumat secara bersemuka. Oleh hal yang demikian, Group Facebook ini dilihat sangat membantu dalam aktiviti hebahan maklumat penting sekolah. Perkongsian fail melibatkan pelbagai bentuk Microsoft Office seperti Word, Powerpoint dan Excel. Pelbagai dokumen telah dikongsi untuk panduan, rujukan dan tindakan guru-guru di sekolah ini. Antara fail yang telah dimuat turun ke Group Facebook ini ialah jadual waktu bertugas SPM. Fail tersebut merupakan jadual bertugas guru-guru subjek sewaktu peperiksaan SPM berlangsung ketika cuti akhir tahun persekolahan. Guru-guru juga dimaklumkan tentang skop tugas yang perlu dilakukan semasa menguruskan calon-calon SPM sekolah. Skop tugasnya seperti memastikan kehadiran semua calon SPM, tindakan lanjutan sekiranya ada calon yang tidak hadir, dan tiada/tertinggal slip serta kad pengenalan. Malah, laporan bertugas juga perlu ditulis dan soalan peperiksaan perlu diminta daripada ketua pengawas peperiksaan. Dengan adanya maklumat seperti ini, guru-guru jelas tentang perjalanan tugas yang perlu dilakukan walaupun tidak berada di sekolah ketika itu. Bukan itu sahaja, masalah ketidakjelasan guru-guru dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) juga dapat diselesaikan dengan muat turun fail-fail yang berguna. Dalam hal ini, setiausaha PBS sekolah akan memainkan peranan dalam memberikan maklumat terkini tentang pelaksanaan PBS yang pastinya menjadi tumpuan kepada guru-guru hari ini. Malah, setiausaha PBS sekolah akan bertindak sebagai panduan dan pemudahcara kepada guru-guru terhadap pelaksanaan PBS yang masih baru ini. Sebarang kesulitan mengenainya tidak hanya diselesaikan di sekolah malah tidak mengira lokasi dan waktu guru itu berada. Tarikh-tarikh penting PBS juga turut dimaklumkan untuk pengetahuan dan tindakan guru-guru yang terlibat. Begitu jugalah yang sama berlaku kepada unit-unit lain dalam sekolah, turut menggunakan medium ini semaksimum mungkin. 5|Page
  • 6. Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044) Perkongsian aktiviti, gambar dan video rakaman juga tidak ketinggalan dalam mewarnai Group Facebook ini. Umum sedia maklum bahawa sekolah pastinya menjalankan pelbagai aktiviti untuk merangsang pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Temasya Sukan Sekolah, Program Motivasi, Sambutan Kemerdekaan, Ceramah Keagamaan, Hari Keluarga dan sebagainya. Group Facebook ini juga dijadikan seperti laporan aktiviti yang berlangsung di samping gambar-gambar sebagai bukti dan kenangan kepada warga kakitangan sekolah. Langkah ini dilihat menjadi rutin kepada setiap ahli apabila apa-apa aktiviti berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah yang melibatkan komuniti sekolah tersebut. Selain menjadi sebagai hebahan maklumat, Group Facebook ini juga menjadi landasan sosial antara kakitangan sekolah yang masih berkhidmat di situ mahupun berpindah ke sekolah lain. Dengan kewujudannya, hubungan silaturahim antara kakitangan tidak terputus walaupun jarak dan tugas telah memisahkan. Malah, hubungan yang erat telah terjalin antara kakitangan sekolah seperti sebuah keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain. Keakraban ini memberi impak yang besar pada perjalanan tugas di sekolah apabila situasi ini merangsang produktiviti dan keseronokan dalam memberi perkhidmatan yang efektif. Dengan cara ini juga, bekas kakitangan sekolah tidak terlepas dengan setiap perkara yang berlaku di sekolah. Landasan sosial yang terbina ini turut tidak mengabaikankebajikan semua kakitangan sekolah ini. Semua perihal mengenai berita gembira dan duka kakitangan sekolah tidak terlepas daripada dipaparkan termasuklah berita kelahiran anak, tahap kesihatan yang tidak memuaskan, berita kematian kakitangan mahupun ahli keluarganya, kemalangan dan sebagainya. Dengan berita-berita sebegini, pastinya kebajikan ahli terjaga dengan menjadikan Group Facebook ini sebagai saluran bantuan, nasihat, berita perkembangan dan ucapan tahniah mahupun takziah. Langkah mudah ini mampu memberi sinar kegembiraan kepada setiap kakitangannya. Justeru, pembinaan Group Facebook ini juga dapat menyokong aktiviti Kelab Guru & Kakitangan (KGKT) sekolah. 6|Page
  • 7. Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044) KESIMPULAN Seiring dengan perubahan teknologi hari ini, corak pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi seharusnya berubah ke arah yang lebih maju. Organisasi pendidikan di sekolah dilihat tidak ketinggalan dalam mengejar pengaplikasian teknologi hari ini. Komuniti pendidik yang mempunyai literasi komputer dan internet yang tinggi seharusnya tidak menghadapi masalah dalam penggunaan Group Facebook yang diutarakan dalam tinjauan ini. Pelbagai tujuan Group Facebook digunakan oleh kelompok organisasi pendidikan bagi kelancaran pengurusan dan pentadbiran di sekolah melalui hebahan maklumat, perkongsian dokumen, memelihara kebajikan dan bersosial sesama ahli dalam organisasi. Malahan, aplikasi ini dilihat melibatkan peringkat atasan organisasi sehingga peringkat bawahan. Hasil daripadanya, mewujudkan peningkatan dalam produktiviti perkhidmatan pengurusan organisasi pendidikan. RUJUKAN Facebook Statistics by Country. URL: www.SocialBakers.com Facebook. URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Facebook Staf SMK LKTP TERSANG. URL: https://www.facebook.com/groups/189109157832953/ Definisi Pentadbirandan Pengurusan Sekolah. URL:https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:NMzoHYDK5qEJ:ilmu.edublogs .org/files/2011/11/Definisi-Pentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah- 2dhc8gv.docx+Definisi-Pentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah- 2dhc8gv&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESjNQTrbU52YOIWvYuMpzY4q67X kqKUq8qC2WbtDnyNHgtpj2iTtSjlX_ywGY426BLnijkAPpbOCs9eQ4OgPNof1Rc3St dgIxZeYIufIh85Ac04gkE37cv9A- 8a7VhnOkJyDhD50&sig=AHIEtbQJkTgaa_OQjxEOHtm2nBhsDHdMYg 7|Page