SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
AL-DHARURIYAT AL-KHAMS, KONSEP, SKOP SERTA APPLIKASINYA
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
1.0 PENDAHULUAN
Islam merupakan mesej Allah SWT kepada seluruh umat manusia di serata dunia dan
di setiap zaman. Berteraskan wahyu melalui dua sumber utamanya yang suci iaitu al- Quran
dan al-sunnah Islam tetap unggul dan bertahan sepanjang zaman semenjak dari zaman awal
kemunculannya sehingga kini. Ini semua kembali kepada tabiat Islam itu sendiri yang bersifat
dinamik dan mempunyai objektif atau maqasid yang jelas dan bertepatan dengan hidup
manusia sejagat.
Tabiat ini Allah SWT ciptakan sesuai dengan tujuan dan hikmah seuatu kejadian.
Mustahil bagi Allah SWT menjadikan suatu perkara itu tanpa arah tujuan dan matlamatnya.
Segala ciptaan Allah SWT adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia. Untuk
memahami hakikat ini, Allah SWT memerintahkan manusia agar bertadabbur dan bertafakur
di samping melihat hikmah di sebalik penciptaannya. Allah SWT mencipta manusia dengan
tujuan menjadikan mereka sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang
bermaksud:





“...Dia Telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu
pemakmurnya, Kerana itu mohonlah ampunan kepadaNya, Kemudian bertobatlah kepada-
Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmatNya) lagi memperkenankan (doa
hambaNya)." (Surah Nuhh: Ayat 61)
Bagi membantu manusia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah, Allah
SWT menurunkan syariatnya yang wajib dipatuhi. Memang diakui di kalangan ulamak,
umara’ dan ummah bahawa terdapat tujuan di sebalik setiap pensyariatan. Dan seperti yang
dinyatakan di atas ada yang dapat difahami secara jelas dan ada yang menjadi rahsia Allah.
Tujuan atau matlamat ini disebut sebagai maqasid. Maqasid syariah adalah tujuan-tujuan yang
dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum atau sebahagian besar daripadanya.
Sesungguhnya Allah SWT apabila mensyariatkan hukum, sebenarnya adalah bertujuan
memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka
dan mengangkat kemudaratan.
Melalui penelitian secara konprehensif dan suri teladan terhadap sumber-sumber
syariat Islam telah disahkankan bahawa maqasid utama syariat Islam ialah untuk memberi
kemaslahatan kepada manusia samada membawa maslahah (manfaat) tersebut atau menolak
keburukan (mudharat) daripada manusia. Oleh itu jelaslah bahawa semua hukum syara’
bernaung di bawah konsep jaminan maslahah kepada manusia bukan sahaja di dunia malah
menjangkaui alam akhirat. Pendapat ini bersesuaian dengan pandangan al-’Izz Abdu al-Salam
bahawa Islam itu semuanya maslahah, samada dengan mendatangkan maslahah mahupun
mengelakkan mudharat.
Bagi menjelaskan rahsia kejadian dan ciptaan Allah SWT maka artikel ini merupakan
antara artikel ringkas yang menghurai mengenai makna maqasid, konsepnya dan
kedudukannya dalam memahami Al-Dharuriyat Al-Khams. Ia juga turut menghuraikan
pelbagai pengkategorian maqasid menurut perspektif yang berbeza, faedah-faedah memahami
maqasid dan kaedah mengenali maqasid. Kemudian penulis cuba menilai sejauh mana
kepentingan maqasid syaraiah dalam menilai sesuatu hukum.
2.0 KONSEP MAQASID
2.1 Definisi Maqasid
Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu.
Dalam konteks ini maqasid yang dimaksudkan ialah maqasid atau objektif yang
diletakkan oleh syara’ dalam mensyariatkan hukum. Antara istilah popular yang
digunakan ialah maqasid syariah, maqasid al-Syari’(Allah) dan maqasid syara’ atau di
dalam Bahasa Arabnya maqasid al-syariah, maqasid al-Syari’ dan al-maqasid al-
syar’iyyah (Ahmad al-Raisuni, 1992).
Terdapat pelbagai definisi yang telah dilontarkan oleh ulamak usul fiqh tentang
istilah maqasid. Ulamak klasik tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik
terhadap maqasid, malah al-Syatibi yang terkenal sebagai pelopor ilmu maqasid
(Hammad al-Obeidi, 1992) pun tidak pernah memberikan definisi tertentu kepadanya.
Namun ini tidak bermakna mereka mengabaikan maqasid syara’ di dalam hukum-
hukum syara’. Pelbagai tanggapan terhadap maqasid dapat dilihat di dalam karya-
karya mereka. Kita akan dapati tanggapan ulamak klasik yang pelbagai inilah yang
menjadi unsur di dalam definisi-definisi yang dikemukakan oleh ulamak mutakhir
selepas mereka. Apa yang pasti ialah nilai-nilai maqasid syara’ itu terkandung di
dalam setiap ijtihad dan hukum-hukum yang dikeluarkan oleh mereka. Ini kerana
nilai-nilai maqasid syara’itu sendiri memang telah terkandung di dalam Al-Quran dan
al-Sunnah (Muhammad Fathi al-Duraini, 1997). Sebagai contoh, dalam persoalan
solat, Allah SWT jelas menyatakan matlamat dari pensyariatannya adalah supaya
dapat mencegah manusia itu dari melakukan maksiat dan penderhakaan kepada Allah
SWT dalam kehidupan mereka. Firman Allah SWT:
Sesungguhnya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
(al-Ankabut: 45)
Ramai di kalangan ulamak yang menganggap maqasid ialah maslahah itu sendiri,
samada menarik maslahah atau menolak mafsadah. Ini ditegaskan oleh Ibn al-Qayyim
di dalam kitab beliau iaitu I’lam al-Muwaqqi’in bahawa syariah itu berasaskan kepada
hikmah-hikmah dan maslahah-maslahah untuk manusia samada di dunia atau di
akhirat. Perubahan hukum yang berlaku berdasarkan perubahan zaman dan tempat
adalah untuk menjamin syariah dapat mendatangkan kemaslahatan kepada manusia
(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, 1996). Sementara Al-Izz bin Abdul Salam juga
berpendapat sedemikian apabila beliau mengatakan “Syariat itu semuanya maslahah,
samada menolak kejahatan atau menarik kebaikan…” (Al-Izz Abdul Salam m.s.9).
Ada juga yang menyifatkan maqasid sebagai mengelakkan kemudaratan. Al-Qadi
I’yad telah berkata “berhukum untuk mengelakkan kemudaratan adalah wajib”.Ada
juga yang menyifatkan maqasid sebagai mengelakkan kesusahan atau masyaqqah.Ini
sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibn al-Arabi dengan kata-katanya ” Tidak harus
membebankan seseorang dengan apa yang ia tidak mampu”. (Nuruddin Mukhtar,
1998)
Ada juga yang memahami maqasid sebagai lima prinsip Islam yang asas iaitu
menjaga agama, jiwa, akal , keturunan dan harta.Di satu sudut yang lain, ada juga
ulamak klasik yang menganggap maqasid itu sebagai logik pensyariatan sesuatu
hukum (Nuruddin Mukhtar, 1998).
Manakala ulamak-ulamak mutakhirin seperti al-Imam al-Syatibi yang sinonim
kepada ilmu maqasid tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik untuk istilah
maqasid. Ini mungkin disebabkan beliau merasakan bahawa umum sudah
memahaminya (Dr. I’wad Muhammad al-Qarni, 1419H).
Adapun al-Qaradawi mentakrifkan makna maqasid Syari’ah (maksud-maksud
Syari’ah) sebagai tujuan yang menjadi tujuan teks dan hukum-hukum untuk
direalisasikan dalam hubungan manusia baik berupa perintah, larangan atau harus
sama ada untuk individu, keluarga, bangsa dan umat. Maksud-maksud ini juga boleh
diertikan sebagai hikmah-hikmah yang menjadi tujuan ditetapkan hukum yang
disyariatkan oleh Allah untuk hambaNya (al-Qaradawi, 2006: 20).
Ibn Asyur mendefinisikan maqasid sebagai “Segala pengertian yang dapat dilihat
pada hukum-hukum yang disyariatkan pada keseluruhannya atau sebahagian
besarnya” (Mohammad al-Tahir al-Misawi, 1998). Ini bermakna maqasid bukanlah
pengertian yang dapat dilihat pada hukum – hukum tertentu secara khusus. Contohnya
melahirkan kebaikan, menolak kejahatan dan konsep kesamarataan antara manusia
yang ada pada setiap pensyariatan hukum-hukum syara’.
Ibn Asyur telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan
mengkategorikannya kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus. Menurut
beliau maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum-hukum yang
wajib dan melibatkan semua individu secara umum. Manakala maqasid khusus pula
ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum
melalui tindak- tanduk perseorangan. Contohnya hukum merekodkan perjanjian
hutang dalam bidang muamalat.
I’lal al-Fasi mendefinisikan maqasid sebagai “matlamat syariah dan rahsia-rahsia
pensyariatan setiap hukum (Islam)”. Beliau juga telah membahagikan maqasid kepada
dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus. Maqasid umum ialah matlamat syariah
secara umum, manakala maqasid khusus ialah rahsia di sebalik setiap hukum.
Walaubagaimanapun definisi ini telah dikritik oleh Dr. Iwad bin Muhmmad al- Qarni.
Beliau mengkritik pendefinisian ini dengan mengatakan bahawa perkataan rahsia
adalah kurang sesuai digunakan kerana rahsia bukanlah maqasid secara mutlak. Ada
kalanya sesuatu rahsia itu menjadi maqasid dan pada ketika lain ia bukanlah maqasid
kepada sesuatu (Dr. I’wad Muhammad al-Qarni, 1419H)
Ahmad Al-Raisuni mendefinisikan maqasid sebagai “matlamat-matlamat yang
ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia”. Beliau telah
membahagikan maqasid dengan lebih teliti lagi berbanding dengan Ibn al-’Asyur iaitu
dengan membahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu maqasid umum, maqasid
khusus dan maqasid serpihan (juziyy). Menurut beliau maqasid umum ialah objektif
yang diambilkira oleh syara’ dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum
syara’, contohnya konsep keadilan dan kesamarataan (al-Musawah) yang terdapat
dalam semua hukum syara’. Maqasid khusus ialah yang diambilkira oleh syariah
dalam menentukan sesuatu atau beberapa kelompok hukum tertentu, contohnya hukum
kekeluargaan. Manakala maqasid serpihan ialah yang diambilkira oleh syariah dalam
menentukan sesuatu hukum tertentu, contohnya hukum sunat berkahwin. Namun apa
yang menjadi topik perbincangan ilmu usul fiqh dan ilmu maqasid khasnya ialah
maqasid umum. Manakala maqasid khusus menjadi topik perbincangan para fuqaha.
(Ahmad al-Raisuni, 1992). Jika diteliti definisi-definisi yang dikemukakan oleh para
ulamak tersebut, definisi yang paling tepat, padat dan merangkumi seluruh konsep
maqasid ialah definisi yang dikemukakan oleh al-Raisuni.
Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati Imam Syartibi dan al-Ghazali
bahawa matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat
mustahak iaitu Hifz al-Din (agama), Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Mal (harta), Hifz al-
Nafs (nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu mesti
bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan
nasab atau keturunan umat manusia.
Kesimpulannya maqasid syariah ialah “matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh
syariat demi kepentingan umat manusia”. Komponen penting maqasid ini
membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup lengkap, komprehensif, relevan pada
bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan.
Garis panduan ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan
aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip
maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan
kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia.
2.2 Istilah-Istilah Lain Berkaitan Maqasid
2.2.1 al-Hikmah
Ibn Rusyd menyifatkan maqasid sebagai hikmah pensyariatan hukum Al-
hikmah membawa erti yang sama dengan maqasid. Istilah al-hikmah lebih kerap
digunakan oleh fuqaha. Contohnya Ibn Farhun berkata:”Dan adapun hikmah qada
ialah mengangkat kacau bilau, menolak bala bencana, mencegah orang zalim,
membantu yang dizalimi, memutuskan pertikaian,menyuruh yang ma’ruf dan
mencegah kemungkaran”.( Muhammad Farhun, 1301H)
Manakala di kalangan para fuqaha, para ulamak usul istilah ini merujuk
samada kepada maqasid sesuatu hukum ataupun kesesuaian (relevensi) sesuatu
hukum (al-makna al-munasib). Contohnya mengelakkan masyaqqah adalah
hikmah kepada adanya hukum rukhsah.
2.2.3 Al-’illat
Ada sebahagian ulamak yang menganggap bahawa maqasid itu ialah’illlah-
‘illat yang terkandung di dalam pensyariatan hukum. Al-Ilah ialah sifat zahir yang
tekal yang ada pada sesuatu hukum syara (Wahbah al-Zuhaili, 1986). Sifat yang
ada pada sesuatu hukum itu seolah-olah menggambarkan maqasid syara.Ini
menjadikan al-’illat dan maqasid membawa pengertian yang sama.Atau dengan
kata lain, maqasid sesuatu hukum dapat difahami daripada kefahaman terhadap
‘illatnya.Istilah ini lebih banyak digunakan di dalam bidang tafsir ayat dan hadith
yang berkaitan dengan hukum-hukum syara’ (Ahmad al-Raisuni, 1992).
2.2.3 Al-ma’na
Dari segi penggunaannya, istilah al-ma’na adalah sinonim kepada maqasid
kecuali al-ma’na lebih popular digunakan oleh fuqaha terdahulu seperti al-Syatibi,
al- Ghazali dan al-Tabari.
2.3 Kategori – Kategori Maqasid
Maqasid boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori yang berbeza berdasarkan
kepada perspektif yang berbeza. Kategori maqasid berdasarkan puncanya terbahagi
kepada dua (al-Syatibi, 1996):
2.3.1Maqasid Syari’(Allah)
Iaitu maqasid yang diletakkan oleh Allah dalam mensyariatkan hukum. Ianya
berpusat kepada menarik kebaikan dan menolak kejahatan di dunia dan di akhirat.
Menurut al-Syatibi, Maqasid Syari’ terbahagi kepada empat bahagian (al-Syatibi,
1996):
a. Tujuan Syari’ (Allah) mencipta Syariat itu sendiri.
b. Tujuan Syari’ (Allah) menciptakan Syariat untuk difahami.
c. Tujuan Syari’ (Allah) menjadikan Syariat untuk dipraktikkan.
d. Tujuan Syari’ (Allah) meletakkan mukallaf di bawah hukum Syarak.
2.3.2 Tujuan Allah mencipta Syariat.
Pada pandangan al-Syatibi, Allah mencipta syariat dengan tujuan untuk
merealisasikan maqasidnya untuk sekelian manusia iaitu untuk memberikan
kebaikan (maslahah) kepada mereka dan mengelakkan kerosakan atau keburukan
(mafsadah) daripada menimpa mereka. Menururtnya segala apa yang disyariatkan
tidak terlepas daripada maqasid ini yang dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:
2.4 Faktor-Faktor Asas Penentuan Maslahah
Kepentingan utama sebagai asas kepada keperluan biasa dan keperluan mewah.
Kerosakan kepentingan asas menyebabkan kerosakan kepada keperluan yang lain.
Lazimnya berlaku kerosakan keperluan lain sekiranya berlaku kerosakkan kepentingan
asas. Kerosakan keperluan biasa atau keperluan mewah mungkin boleh menyebabkan
kerosakan kepada kepentingan asas. Wajib menjaga keperluan biasa dan keperluan
mewah bagi tujuan menjaga keperluan asas.
2.4.1 Menjadikan Syariat Mudah Difahami
Al-Syatibi menyatakan, syariat yang diturunkan oleh Allah SWT adalah untuk
difahami oleh manusia untuk mereka melaksanakanya, jika ianya tidak dapat
difahami oleh manusia, tiada erti pada penurunan syariat tersebut. Bukti mengenai
kenyataan tersebut ialah penurunan Al-Quran itu sendiri dalam bahasa arab sesuai
dengan suasana arab lewat penurunannya dan juga isi kandungan Al-Quran yang
mudah difahami oleh manusia.
2.4.2 Allah Mencipta Syariat Untuk Dilaksanakan
Syariat yang diturunkan oleh Allah kepada manusia adalah untuk dipraktikkan.
Tanggung jawab untuk mempraktikkannya ini dipanggil taklif. Taklif menurut al-
Syatibi hendaklah mampu dipikul oleh manusia, malah para ulamak telah berijma’
tiada taklif di luar kemampuan manusia.
Oleh yang demikian, jika ada taklif yang pada zahirnya dilihat seperti tidak
mampu dipikul oleh mukallaf, maqasid syariat pada kes tersebut bukan terletak
kepada hasil atau natijah kepada pelaksanaannya , tetapi pada usaha untuk
merealisasikannya. Seperti suruhan berlaku adil di antara para isteri bagi suami
yang berpoligami, ia adalah sesuatu di luar kemampuan manusia untuk berlaku
adil 100% terutamanya dalam bab kasih sayang. Oleh itu yang menjadi maqasid
syara’ pada waktu itu ialah usaha untuk merealisasikan keadilan tersebut dan
bukannya natijah daripada usaha tersebut.
Dalam buku “al-Muwafaqat”, al-Syatibi telah memperluaskan lagi contoh–
contoh bagi kes seumpama ini. Beliau juga membangkitkan persoalan beban yang
terhasil daripada taklif secara keseluruhannya. Kata beliau, bukanlah tujuan syariat
untuk membebankan dan menyusahkan manusia (ini dapat dilihat melalui dalil–
dalil yang menolak keadaan serba salah (al-haraj) dan menegaskan kemudahan
serta toleransi (al-taysir dan al-samah). Walaubagaimanapun, beban yang
munasabah dalam kadar yang normal hasil daripada taklif tidak dapat dielakkan,
kerana itu merupakan tabiat taklif. Dengan itu, beban yang terhasil itu bukanlah
maqasid syariat . Yang menjadi maqasid syariat ialah maslahah disebalik bebanan
itu sendiri, samada kesenangan di dunia mahupun di akhirat menurut neraca
keperluan asas yang telah diperbincangkan.
Al-Syatibi juga dalam bab ini memberikan alasan mengapa syariat Islam
sentiasa menghindarkan kebersalahan (al-haraj) dan beban yang berat, yang
pertamanya untuk mengelakkan kebosanan dan rasa benci mukallaf terhadap taklif
dan yang keduanya, untuk menghindarkan daripada menganggu tugas–tugas hidup
yang lain seperti mencari nafkah, menjaga anak isteri dan sebagainya demi untuk
menumpukan perhatian kepada menyempurnakan taklif.
Di bawah tajuk ini juga, al-Syatibi menghuraikan jenis beban atau masyaqqah
yang hendak dihindarkan oleh syariat daripada manusia dan jenis yang
sebaliknya.Beliau juga menegaskan bahawa berat atau ringannya masyaqqah itu
adalah bersifat relatif. Ia perlu berasaskan kerja sebenar yang perlu dilakukan dan
sejauhmana kepentingannya dalam hidup.
2.4.3 Meletakkan Mukallaf Di Bawah Hukum Syara’.
Dalam bab ini al-Syatibi menegaskan keumuman syara’ dan sifatnya yang
menyeluruh. Syariat Islam juga merangkumi alam syahadat dan alam ghaib bagi
setiap mukallaf. Tegasnya lagi, tujuan meletakan mukallaf di bawah hukum
Syariat ialah untuk mengelakkan semua manusia dari terikut–ikut dengan hawa
nafsu agar dengan itu mereka akan menjadi hamba Allah dengan penuh sukarela.
2.4.4 Maqasid Mukallaf (hamba)
Iaitu maqasid atau tujuan mukallaf dalam melakukan sesuatu perbuatan. Maqasid
mukallaf berperanan menentukan sah atau batal sesuatu amalan. Berasaskan
prinsip di atas beliau menyimpulkan beberapa kaedah, seperti Qasad mukallaf
hendaklah selari dengan qasd syariah itu sendiri. Sesiapa yang berhasrat untuk
mencapai sesuatu yang lain daripada maksud awal pensyariatannya, sesuatu itu
dianggap telah menyalahi syariat.
2.5 Kaedah-Kaedah Khusus Mengenali Maqasid
Untuk menentukan sesuatu itu adalah maqasid yang dikehendaki oleh syari’
bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu ulamak telah menggariskan beberapa
kaedah untuk mengenali maqasid syara’ Menurut al-Syatibi, terdapat tiga cara untuk
kita mengenali maqasid syara’ (al-Syatibi).
2.5.1Penelitian Kuantitatif
Umumnya kaedah ini melibatkan penelitian secara deduktif terhadap dalil-dalil
yang mensabitkan maqasid syara’. Penelitian ini boleh berlaku dalam dua keadaan
samada penelitian terhadap semua dalil yang ada ataupun sebahagian
daripadanya.Penelitian terhadap semua dalil sudah tentu akan menghasilkan
natijah yang qat’ie manakala penelitian terhadap sebahagiannya pula akan
menghasilkan natijah yang zanni.kaedah kedua ini lebih popular digunakan oleh
fuqaha.Kesahihan kaedah ini terletak pada hakikat bahawa ia boleh memberi
maklumat secara terperinci (al-Syatibi).
2.5.2 Penelitian Terhadap Ilat Hukum
Kaedah ini melibatkan penelitian terhadap ilat-ilat hukum-hukum syara’.
Kaedah ini tertumpu kepada usahsa untuk mengetahui rahsia di sebalik setiap
hukum atau lebih dikenali sebagai masalik al-’illat di dalam ilmu usul fiqh.Secara
umumnya terdapat sembilan cara untuk menentukan ilat sesuatu hukum iaitu ijma’
ulamak terhadap sesuatu ‘illat, nas Al-Quran, isyarat, kemunasabahan,
memerhatikan keserupaan antara hukum dan sebagainya (al-Syaukani, 1994).
2.5.3 Penelitian Terhadap Suruhan Atau Larangan Allah Taala
Kaedah ini berasaskan kepada kefahaman ada maqasid tertentu di sebalik
suruhan dan larangan. Maqasid di sebalik suruhan ialah melakukannya sementara
maqasid di sebalik larangan ialah meninggalkan yang dilarang itu (al-Syatibi).
3.0 KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH
Berdasarkan neraca ini, kategori yang paling popular di dalam ilmu ini telah
dipelopori oleh al-Imam al-Haramayn di dalam bukunya al-Burhan pada peringkat awal
perbincangan mengenai maqasid. Kemudian pembahagian ini menjadi ikutan kepada ulamak
selepas beliau seperti al-Ghazali, al-Izz bin Abdul Salam, al-Qurafi, Ibn Taimiyyah, Ibn
Qayyim dan al-Syatibi yang telah mengupas persoalan ini dengan lebih mendalam. Merujuk
kepada neraca matlamat utama hukum Islam adalah bagi memelihara kemaslahatan
(kepentingan) masyarakat maka ianya dibahagikan kepada tiga bentuk kepentingan;
3.1 Maqasid Umum (maqasid ammah)
Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan semua atau sebahagian
besar hukum-hukumnya. Contohnya menegakkan keadilan, menghasilkan kebaikan,
menolak keburukan dan kesamarataan antara manusia (Muhammad Uqlah, 1991).
3.2 Maqasid Khusus (maqasid khassah)
Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu atau
sekelompok hukum-hukum tertentu. Contohnya hukum-hukum muamalat, munakahat,
jenayah dan sebagainya.
3.3 Maqasid Serpihan (maqasid juz’iyyah)
Iaitu yang diambil kira oleh syariah dalam menentukan sesuatu hukum tertentu.
Contohnya sunat berkahwin, makruh bercerai dan wajib membayar hutang.
Menurut beliau lagi, yang menjadi asas kepada semua kepentingan tadi adalah
kepentingan asas. Sedangkan kepeluan biasa sebagai pendokong kepadanya, sementara
keperluan mewah sebagai pendokong kepada keperluan biasa. Kedudukan ini perlu diambil
kira dalam menentukan keutamaan hukum atau dalam memberi keutamaan kepada mana–
mana maslahah apabila berlaku percanggahan antara satu sama lain. Selayaknya tiga
keutamaan hukum ini diklasifikasikan kepada tiga kategori.
3.4 Kepentingan Asas (al-Dharuriyyat)
Iaitu segala apa yang paling penting dalam kehidupan manusia samada bagi
tujuan kebaikan agama dan hidup di dunia. Kehidupan manusia akan menjadi rosak
samada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak ada atau tidak dipenuhi.
Maslahah asas ini melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, jiwa, akal,
kehormatan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan
asasi yang tidak dapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia, di dalam kehidupan
bermasyarakat. Seandainya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi,
kehidupan manusia akan pincang maka sudah tiada ertinya lagi. Sebarang perkara dan
tindakan yang mencabul kelima-lima perkara ini akan dianggap sebagai mafsadah.
3.5 Keperluan Biasa (al-Hajiyat)
Ia merupakan keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan
akhirat, yang mana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi tidak sempurna dan
mengalami kesempitan ataupun tidak sampai ke tahap rosak. Maslahah ini melibatkan
semua yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan
dalam menjalankan tugas dalam kehidupan. Walaupun ianya tidak sampai kepada
tahap keperluan asasi yang boleh menyebabkan kebinasaan hidup manusia, tetapi
ianya diperlukan bagi mengelakkan kesusahan hidup di dalam masyarakat.
3.6 Keperluan Mewah (al-Tahsiniyat)
Iaitu keperluan yang tidak sampai ke tahap kedua di atas. Ianya hanya untuk
tujuan keselesaan dan kecantikan. Contohnya: adat, akhlak dan etika. Maslahah ini
diperlukan untuk menjaga kehormatan hidup manusia (Tahsiniyyah) yang melibatkan
kemuliaan akhlak dan adat yang baik. Semuanya diperlukan bagi menjamin kelancaran
hidup manusia dalam masyarakat.
Berasaskan prinsip induktif beliau membahagikan kepentingan asas kepada
lima, iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan akal. Menurut beliau, semua
agama memandang perkara ini sebagai kepentingan asas. Menurut al-Syatibi lagi,
Syariat Islam menjaga menjaga kepentingan asas ini melalui dua cara:
3.6.1 Secara positif
Dengan menentukan hukum yang boleh melahir dan menjaga kewujudannya.
Contohnya bagi menjaga agama diwujudkan akidah, ibadat, ijtihad dan
sebagainya. Begitulah juga hukum–hukum adat dan muamalat diwujudkan bagi
mewujudkan kesempuraan dan kebaikan hidup manusia.
3.6.2 Secara negatif
Iaitu dengan menghalang apa–apa yang yang boleh menghapus, merosak atau
menganggu kepentingan itu. Contohnya, diwajibkan hukum bunuh ke atas orang
murtad bagi menjaga kepentingan agama, sementara hukum – hukum adat dan
muamalat bagi menjaga kepentingan yang lain. Demikian juga fatwa yang
dikeluarkan oleh Mufti Mesir (ketika itu) tentang keharusan gambar fotografi
kerana ‘illah hukum bagi larangan taswir adalah kerana ada unsur menandingi
ciptaan Allah SWT, sedangkan taswir dalam bentuk fotografi tidak boleh
dianggap sedemikian, kerana ia masih merupakan ciptaan Allah SWT yang
diulang dalam bentuk foto (al-Qardawi, 1993).
Dalam memahami maqasid Syari’ah ini, al-Qaradawi melakukan beberapa hal seperti
meneliti sebab-sebab (ta’lilat) dalam al-Quran, meneliti setiap hukum Syari’ah yang
mengandungi nilai-nilai yang tinggi, membaca karya-karya ulamak tentang maqasid al-
Syari’ah dan bersetuju dengan para ulamak yang menerima pakai kaedah maqasid Syari‘ah ini.
Penelitian kepada hukum-hukum Islam telah menambahkan keyakinannya bahawa syariat
Islam dibina atas dasar kemaslahatan, manusia di dunia dan akhirat dan syariat mengandungi
keadilan, rahmah dan , kemaslahatan dan hikmat. Berdasarkan kepada fahaman maqasid ini,
al-Qaradawi berfikir dan berijtihad (al-Qaradawi, 2006).
4.0 FAEDAH-FAEDAH MEMAHAMI MAQASID
Memahami maqasid syara’ merupakan unsur penting dalam mengeluarkan hukum.Ini
kerana maqasid ialah paksi yang akan memastikan setiap hukum itu akan seiring dengan
kehendak dan matlamat Allah mensyariatkannya ke atas manusia. Dengan memahami
maqasid atau maqasid syara’ dapat menjelaskan lagi tujuan dan hikmah pensyariatan sesuatu
hukum samada secara keseluruhannya atau sebahagiannya. Selain itu ia juga dapat
memperkembangkan lagi topik-topik perbincangan di dalam perkara-perkara ilmu maqasid
seperti maslahah, qiyas, sadda zarai’e dan sebagainya.
Menurut al-Qaradawi, bahawa jalan untuk mengetahui maqasid syariat tidak
semestinya mengikut jalan yang dirintis oleh Imam al-Ghazali dengan kategori darurat,
hajiyat dan tahsinat. Malah ia boleh diketahui dengan jalan-jalan yang lain. Antara jalan
menuju maksud-maksud syariat ialah:
i. Meneliti setiap illat teks al-Quran dan al-Sunnah agar kita boleh mengetahui
maksud-maksud dan tujuan–tujuan Islam seperti ayat dalam surah al-Hadid
ayat 25 yang menjelaskan kedatangan syariat Islam yang mengandungi nilai-
nilai keadilan yang amat tinggi.
ii. Meneliti, mengikuti dan memikirkan hukum-hukum dan kemudian
menyatukan satu hukum dengan hukum-hukum yang lain agar dari penelitian
itu kita dapat menyimpulkan maksud-maksud Syari’ah yang menjadi maksud
Allah dalam membuat hukum-hukum tersebut. Bagi al-Qaradawi, maksud-
maksud syariat itu bukan hanya terhad kepada al-Kulliyat al-Khams .tetapi ia
lebih luas dari catatan di atas. (al-Qaradawi, 2006: 27)
Apa yang menarik ialah jurang perselisihan pendapat antara fuqaha dan mujtahid dapat
dikurangkan lantas membuang perasaan taasub mazhab yang sebenarnya merugikan umat
sendiri. Apa yang penting dalam setiap hukum yang dikeluarkan ialah ianya dapat mencapai
dan selari dengan maqasid syara’.
Akhirnya, memahami maqasid akan meyakinkan lagi bahawa Islam itu datang untuk
memberi maslahah dan kebaikan kepada manusia di dunia dan di akhirat.Justeru, individu
muslim akan lebih rasional dan bersemangat dalam melakukan suruhan Allah Taala
(Nuruddin Mukhtar, 1998).
5.0 MENILAI SESUATU HUKUM MELALUI KAEDAH MAQASID SYARA’
5.1 Maqasid Menurut Perspektif Syara’
Sebagaimana yang telah dimaklumkan ,sesungguhnya dalil-dalil syariat Islam
menegaskan bahawa setiap hukum-hukumnya mempunyai maqasid dan maksud yang
tertentu (38). Sehubungan dengan itu, sudah menjadi makluman umum bahawa
sesungguhnya tujuan pensyariatan itu ialah untuk kemaslahatan manusia di dunia dan
di akhirat (Wahbah al-Zuhaili, 1986).
Maqasid syara’ merupakan kayu ukur dalam menilai sesuatu. Dengan kata lain,
dalam memahami sesuatu hukum ianya mestilah seiring dengan maqasid yang telah
digariskan oleh syara’. Fenomena ini jelas dilihat di dalam Al-Quran dan al-Sunnah.
Jumhur ulamak telah berpendapat bahawa hukum-hukum syara’ mengandungi
hikmah dan maqasidnya yang tersendiri yang mana ianya berkisar tentang menjaga
kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat (Yusuf al-Qardawi, 1993). Pengamatan
terhadap hukum-hukum ini telah menghasilkan satu jalinan kaitan yang rapat antara
hukum syara’ dan maqasidnya (al-Misawi,)
Justeru dalam proses memahami hukum, seorang faqih bukan sahaja perlu
memahami dalil-dalil hukum tersebut, malah perlu memandang lebih jauh lagi iaitu
aspek maqasid hukum tersebut disyariatkan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan
hukum fiqh tanpa maqasid sama seperti jasad yang tiada ruhnya. Antara dalil-dalil
yang mengukuhkan kedudukan maqasid sebagai hujah yang mengikat ialah:
5.1.1 Tinjauan Al-Quran Al-Karim
Al-Quran al-Karim yang merupakan sumber primer maqasid syara’ samada
secara langsung ataupun tidak, telah mengajar pengamalnya tentang setiap perkara itu
haruslah bermatlamat. Daripada Al-Quran kita dapat mengetahui maqasid pengutusan
rasul-rasul, penurunan Al-Quran, pentaklifan mukallaf dengan tanggungjawab dan
pembalasannya dan maqasid kejadian alam dan manusia .Al-Quran telah menjelaskan
maqasid penciptaan manusia ialah untuk pengabdian kepada Allah.
Al-Quran juga telah mengisbatkan prinsip utama Islam diturunkan iaitu untuk
menjaga agama, jiwa, akal ,keturunan dan harta.Jika diteliti kesemua hukum Islam
beredar di bawah naungan lima prinsip utama ini (al-Misawi,).
Al-Quran juga telah menentukan banyak maqasid dan hikmah sesuatu hukum
disyariatkan yang seterusnya membentuk teori maqasid itu sendiri. Contohnya
Maqasid larangan bersetubuh dengan isteri ketika haid ialah untuk mengelakkan
penyakit, maqasid ibadat haji ialah mendapat faedah yang banyak antaranya penyatuan
umat Islam, maqasid perkahwinan ialah memelihara diri, dapat hidup dalam kasih
sayang dan keharmonian, maqasid ibadat puasa ialah menjana sifat ketakwaan,
maqasid larangan mendekati zina ialah kerana buruk akibatnya dan lain-lain maqasid
yang banyak dinyatakan di dalam Al-Quran (Nuruddin Mukhtar,).
Daripada Al-Quran juga satu rumusan tentang berbagai kaedah fiqh “qawaid
fiqhiyyah” dapat dibentuk. Kaedah fiqh ini penting dalam memahami hukum dan
mempunyai kaitan rapat dengan maqasid syar’iyyah itu sendiri (Sidqi al-Borno, 1996).
Antaranya “Darurat (kes kesusahan) mengharuskan yang haram”, “setiap kesusahan
atau masyaqqah itu diukur dengan seada-adanya”, “setiap kesusahan ada
kesenangannya”, Ini bermakna maqasid mempunyai kedudukan yang kukuh dan nilai
autoriti yang kuat dalam menilai sesuatu (Muhammad al-Zuhayli, 1998).
Hukum-hukum syara’ bukan diturunkan secara serentak dan pelaksanaannya
juga adalah secara berperingkat-peringkat. Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah
untuk memastikan sesuatu hukum itu akan sampai kepada matlamat ianya disyariatkan
(Mana’ al-Qutan, 1993). Sesuatu hukum tidak akan mencapai maqasidnya seikiranya
dijalankan pada masa yang salah atau dalam keadaan umat yang masih belum dapat
menerima hukum itu.Contohnya pengharaman arak adalah secara berperingkat-
peringkat ialah untuk memlihara maslahat umat pada ketika itu yang mana minuman
arak adalah adat yang sukar untuk ditinggalkan secara sekaligus.Jika pengharaman
dibuat secara drastik, kemungkinan umat Islam pada ketika itu tidak dapat mentaati
larangan Allah itu dan maqasid pengharamannya tidak dapat dicapai.
Jika diteliti ayat-ayat yang berkait dengan hukum-hukum fiqh, boleh dikatakan
ada terselit maqasid di sebalik pensyariatan hukum tersebut. Bukan setakat itu sahaja,
ilmu usul fiqh pula telah menyediakan pelbagai instrumen seperti qiyas dan al-zarai’
yang boleh digunakan untuk meluaskan lagi aplikasi objekif di dalam sesuatu hukum
kepada hukum yang lain. Walaupun tidak ada dalil yang khusus di dalam Al-Quran
yang menyatakan setiap hukum ada maqasidnya tetapi berdasarkan dalil-dalil secara
umumnya dapat kita simpulkan bahawa Al-Quran sentiasa mengambil kira aspek
maqasid dalam menyatakan sesuatu hukum.( Nuruddin Mukhtar,)
5.1.2 Al-Sunnah
Merupakan sumber kedua terpenting selepas Al-Quran mempunyai peranan
penting dalam menguatkan lagi apa yang dibawa oleh Al-Quran, mentafsirkan al-
Quran, menjelaskan dan menghuraikannya agar lebih jelas dan mudah dipraktikkan.
Begitu juga di dalam bidang maqasid, al-Sunnah berperanan menguatkan lagi
kedudukan maqasid dalam menilai sesuatu hukum. Sebahagian al-sunnah yang
menerangkan tentang sesuatu hukum turut menekankan aspek maqasid hukum tersebut
(Yusuf al-Qardawi, 1997). Contohnya hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama itu mudah” (Sahih al-Bukhari, jil. 1, m.s. 23).
Dalam hadith ini, dengan jelas ianya menunjukkan antara maqasid atau objektif
syariat, iaitu memudahkan ummat, tidak membebankan dan senang untuk diamalkan.
Begitu juga dengan sabda baginda : “Rasulullah S.A.W jika diberikan peluang untuk
memilih antara dua perkara, maka baginda tidak akan memilih kecuali yang paling
mudah selagimana ianya tidak berdosa..” (Sahih al-Bukhari, jil. 3, m.s. 305).
Ianya membawa objektif bahawa Islam amat mementingkan kemudahan
kepada umatnya. Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika tidak kerana menyusahkan umatku nescaya sudah aku suruh mereka
bersiwak untuk setiap kali solat” (Sahih al-Bukhari, jil. 2, m.s. 682).
Dari hadith ini jelas menunjukkan syariat Islam bukan bertujuan untuk
menyusahkan umat malah menyenangkan dan memastikan kemaslahatan mereka
terjamin.
Autoriti maqasid syara’ dalam menilai sesuatu tidak perlu dipertikaikan lagi
kerana maqasid syara’ bukanlah sesuatu yang asing dari dalil-dalil syara’ malah ianya
terkandung di dalam dalil-dalil itu sendiri samada secara langsung atau tidak
(Muhammad Fathi al-Duraini). Hasil penelitian secara kuantitatif dan deduktif
terhadap dalil-dalil ini menunjukkan setiap hukum yang disyariatkan mempunyai
maqasid yang tersendiri yang akhirnya tertumpu kepada menjaga kemaslahatan
manusia sejagat (Ramadan al-Buti, 1990).
5.1.3 Tinjauan Zaman Sahabat
Golongan Sahabat telah mengaplikasikan konsep maqasid syara’ di dalam
setiap ijtihad yang mereka lakukan (Dr. Yusuf al-Qardawi, 1997). Jika dibandingkan
dengan zaman Rasulullah s.a.w penggunaan konsep ini agak lebih meluas
memandangkan banyak perkara-perkara baru yang tiada nas mula timbul hasil
daripada peredaran zaman dan perkembangan semasa (Nuruddin Mukhtar,)
Kefahaman para sahabat terhadap Al-Quran adalah istimewa berbanding
dengan kefahaman orang lain kerana mereka bukan sahaja memahami zahir Al-Quran
malah menjangkau tujuan di sebalik penurunannya itu.
Justeru kita dapati ijtihad-ijtihad mereka bertepatan dengan kehendak syara’
untuk menjamin kemaslahatan umat sejagat. Ahmad b. Hanbal menegaskan perbuatan
para sahabat ini berpunca daripada pemahaman mereka tentang maqasid syara’ itu
sendiri. Antara contoh yang jelas ialah ijtihad mereka untuk mengumpulkan Al-Quran
di dalam satu mashaf, menjatuhkan talak tiga dengan satu lafaz, tidak membahagikan
tanah rampasan perang kepada tentera dan banyak lagi.
Begitu juga keadaannya pada zaman tabi’in yang sempat hidup bersama
sahabat.Mereka mewarisi secara praktikal pengambilkiraan maqasid syara’ dalam
mengeluarkan hukum yang berpusat kepada menarik maslahah dan menolak mafsadah
( Abdul Karim Zaidan, 1990).
Seterusnya corak berijtihad seumpama ini diwarisi sehingga ke zaman imam
mujtahid dan hari ini.
5.1.4 Tinjaun Zaman Mutaahirin
Jumhur ulamak usul dan furu’ lebih lebih lagi apabila ulamak usul telah
mensyaratkan untuk seorang mujtahid melakukan ijtihad mestilah memahami maqasid
syar’iyyah. Sehubungan dengan itu, pentafsiran nas secara lateral semata-mata a tanpa
melihat kepada maqasid syara’ di sebaliknya adalah bertentangan dengan tabiat
tasyri’itu sendiri (Al-Duraini,).
Al-Qurafi bukan sahaja mensyaratkan mujtahid memahami maqasid syara’,
malah faqih muqallid juga mesti memahami maqasid syara’ (al-Raisuni,)
Al-Imam al-Syafi’e mengambil langkah merujuk kepada maqasid syara’
sebagai satu kaedah dalam berijtihad apabila tiada nas dari Al-Quran atau al-Sunnah
atau hadith ahad. Seterusnya, sekiranya beliau tidak mendapati apa-apa maslahah
umum atau kepentingan umum beliau akan berpindah kepada sumber ijma’. Al-Imam
al-Ghazali juga mengambil kira aspek maslahah sekiranya ada tanda-tanda ianya
adalah maqasid syara’. (al-Ghazali, 1400H)
Para ulamak usul umumnya menyentuh kedudukan maqasid syara’ dalam
membuat apa-apa penilaian apabila mereka membincangkan masalah tarjih.Menurut
mereka dalam proses mentarjih antara pendapat ulamak ada beberapa neraca antaranya
lebih memudahkan manusia dan lebih hampir dengan maqasid syara’ (Yusuf al-
Qardawi, 1994).
Al-Imam al-Syatibi dilihat lebih tegas dalam hal ini apabila beliau menyifatkan
mujtahid yang cuai dalam aspek maqasid syara’ sebagai ulamak yang menyeleweng
dari agama (al-Syatibi,). Menurut beliau , memahami maqasid syara’ adalah prasyarat
utama dalam berijtihad. (Dr. Qutub Mustafa Sanu, m.s.83)
Menurut Ilal al-Fasi, peranan maqasid syara’ bukan sahaja pada kes-kes yang
tidak dinaskan malah menjangkaui huku-hukum yang dinaskan sebagaimana yang
berlaku dalam kes penundaan Umar hukum hudud bagi mencuri pada tahun kelaparan.
Ibn A’syur pula bersependapat sedemikian dan mengukuhkan kepentingan
memahami maqasid syara’ dalam mengeluarkan hukum.Menurut beliau, proses untuk
melakukan ijtihad lima perkara:
i. Memahami nas berdasarkan pengertian bahasa dan istilah syara’.
ii. Meneliti kemungkinan nas berkenaan dinasakh atau ditaqyid atau di
takhsis atau ada nas lain yang lebih utama daripadanya.
iii. Mengenali ‘illat hukum dan melakukan qiyas berasaskannya.
iv. Menentukan hukum bagi kes yang tidak dinaskan dengan menggunakan
kaedah qiyas.
v. Menentukan hukum ta’abbudi seada-adanya.
Pendapat ini turut disokong oleh al-Misawi, “seorang mujtahid perlu
memahami maqasid syara’ dalam semua peringkat di atas”.
Menurut Dr. Yusuf Hamid al-Alim, (1991) “memahami maqasid syara’ bukan
sahaja penting bagi mujtahid malah meliputi semua mukallaf agar kehendak mereka
dalam tindak tanduk mereka selari dengan kehendak syara”.
5.2 Mengaplikasi Maqasid Syara’ Dalam Ijtihad
Selepas memahami makna sebenar maqasid, hakikatnya dan juga
kedudukannya dalam syariat, tindakan selanjutnya pula ialah melihat kepada
pengaplikasiannya terhadap hukum–hukum ijtihad. Ini kerana memahami maqasid
adalah di antara syarat terpenting bagi seorang mujtahid untuk berijtihad dan bagi
seorang mufti untuk berfatwa. Menurut al-Syatibi dan diiktiraf oleh jumhur ulamak
terkemudian. Ini kerana sebarang ijtihad dan fatwa yang sepi daripada maqasid akan
menyebabkan penyimpangan ijtihad ataupun fatwa tersebut daripada landasan syariat,
kerana maqasid seperti yang telah kita katakan ialah himpunan pemahaman terhadap
sejumlah besar daripada dalil–dalil syara’.
Pengaplikasian maqasid dalam ijtihad juga amat penting kerana ianya akan
menuju ruh syara’ yang bertepatan dengan tabiat dalil–dalil dan syariat itu sendiri
yang sentiasa mengambilkira persoalan menjaga kemaskahatan ummah dan
mengelakkan mereka daripada mudharat. Prinsip ini juga merupakan asas atau tunjang
kepada tasyri’ itu sendiri. Oleh itu pengaplikasian ini amat–amat penting. Menurut al-
Khadimi Peringkat pengaplikasian maqasid pula boleh kita bahagikan kepada empat
peringkat :
i. Memahami maqasid juz’i ataupun illat hukum dan menetapkannya.
ii. Melihat kepada pengaplikasian maqasid juz’i atau hukum lain yang
boleh diaplikasikan ke atasnya maqasid tersebut.
iii. Memahami maqasid kulliy dan menetapkannya dalam semua keadaan
hukum melalui kaedah deduktif.
iii. Melihat kepada kes–kes baru yang memerlukan hukum dan
mempertimbangkannya menurut neraca maqasid kulliyah melalui kaedah
masalih mursalah dan istihsan, sehingalah mujtahid sampai kepada hukum
yang benar-benar menepati maqasid tersebut.
Dalam kes ini, Ibn Asyur telah mengkhususkan satu tajuk dalam bukunya yang beliau
namakan sebagai : “Hukum – hakam Syara’ yang boleh menerima kaedah qiyas berdasarkan
illat – illat dan maqasid yang rapat dan paling hampir dengannya”.
6.0 KESIMPULAN
Maqasid Syara’ atau lebih popular dengan istilah maqasid syar’iyyah merupakan
matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syara’ dalam pensyariatan hukum. Umumnya
maqasid ini tertumpu kepada menarik maslahah dan menolak mafsadah daripada manusia
sejagat. Maqasid syariah merupakan penaung kepada dalil-dalil syara’, ia bukannya sesuatu
yang asing dari dalil-dalil syara’ malah terkandung di dalamnya samada secara langsung atau
tidak.
Islam sebagai satu cara hidup adalah sesuai untuk semua bangsa dan setiap ketika
bersumberkan wahyu yang berupa dalil-dalil yang terkandung di dalam Al-Quran dan al-
Sunnah. Dalil-dalil yang terbatas kuantitinya tidak akan terbatas aplikasinya sekiranya
seorang mujtahid itu tidak hanya memahami dalil secara lateral semata-mata , malah melihat
kepada aspek maqasid syara’ di sebalik pensyariatan sesuatu hukum.
Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka
masa panjang atau pendek, maka tiga kategori ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama
dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutama apabila melibatkan aspek agama,
jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah pembentukan institusi
masyarakat madani yang adil dan progresif. Kepentingan memahami maqasid syara’ bagi
seorang mujtahid dan pengkaji hukum tidak boleh dikesampingkan untuk memastikan
penilaian yang dibuat terhadap sesuatu itu selari dengan kehendak al-Syari’ah .
BIBLIOGRAFI
Abdul Karim Zaidan, al-Madkhal li Dirasati al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut, Muassasah al-
Risalah, 1990M.
Ahmad al-Raisuni, Nazariyyat al-Maqasid I’nda al-Imam al-Syatibi, Beirut, al- Maahad al-
Alami li al-Fikr al-Islami, 1992M.
Al-Ghazali, al-Mankhul, Tahqiq:Muhammad Hasan Hito, Beirut, Dar al-Fikr, 1400H.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1996M.
I’wad bi Muhammad al-Qarni, al-Mukhtasar al-Wajiz fi Maqasid al-Tasyri’, Jeddah, Dar al-
andalus al-Khadra’, 1419H
Al-Izz bin Abdul Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Beirut,Dar al- Ma’rifah.
Mana’ al-Qutan, Tarikh al-Tasyri’ al-Islami, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1993M.
Mohammad al-Tahir al-Misawi, Ibn Asyur wa Kitabuhu Maqasid al-Syariah al- Islamiyyah,
Kuala Lumpur, Al-Basyair li al-Intaj al-Ilmi, 1998M.
Muhammad bin Farhun, Tabsirah al-Hukkam, Mesir, Dar al-Maktabah al-Ilmiyyah, 1301H.
Muhammad Fathi al-Duraini, al-Manahij al-usuliyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1997.
Muhammad Sidqi al-Borno, al-Wajiz fi Idhah Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah, Muassasah al-
Risalah, Beirut, 1996M.
Muhammad Uqlah, al-Islam Maqasiduhu wa Khasaisuhu, Amman, Maktabah al- Risalah al-
Hadisah, 1991M.
Muhammad al-Zuhayli, Maqasid al-Syariah, Dar al-Maktabi, Damsyik, 1998M.
Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, al-Ijtihad al-Maqasidi,Qatar , 1998M.
Dr. Qutub Mustafa Sanu, Adawat al-Nazar al-Ijtihadi al-Mansyud, Beirut, Dar al- Fikr,
2000M.
Ramadan al-Buti, Dawabit al-Maslahah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1990M.
Al-Syatibi, al-Muwafaqat, Beirut, Dar al-Ma’rifah, 1996M.
Al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1994M.
Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyik, Dar al-Fikr, 1986M.
Yusuf Hamid al-Alim, al-Maqasid al-Aamah li al-Syariah al-Islamiyyah, USA, al-Maahad al-
Alami li al-Fikr al-Islami, 1991M.
Yusuf al-Qardawi, al-Ijtihad al-Muasir baina al-Indibat wa al-Infirat, Kaherah, Dar al-Tauzi’,
1994M.
Yusuf al-Qardawi, Madkhal li Dirasat al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah,
1993M.
Yusuf al-Qardawi, al-Sunnah Masdaran li al-ma’rifah wa al-hadarah, Kaherah, Dar al-Syuruq,
1997M.

More Related Content

What's hot

Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqhcikmelly
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.jimoh370
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Ijtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat KewanganIjtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat KewanganIlaa Pilus
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirshashahussein
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'salmy1001
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMAina Zambry
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanAffwan Lokman
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Ciri-ciri Syariah.pptx
Ciri-ciri Syariah.pptxCiri-ciri Syariah.pptx
Ciri-ciri Syariah.pptxSallyYeo9
 

What's hot (20)

Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqh
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
Ijtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat KewanganIjtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat Kewangan
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Definisi Bay Al' Tawarruq
Definisi Bay Al' TawarruqDefinisi Bay Al' Tawarruq
Definisi Bay Al' Tawarruq
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalan
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Ciri-ciri Syariah.pptx
Ciri-ciri Syariah.pptxCiri-ciri Syariah.pptx
Ciri-ciri Syariah.pptx
 
Piagam madinah
Piagam madinahPiagam madinah
Piagam madinah
 

Viewers also liked (20)

Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyat
 
Fiqh aulawiyat
Fiqh aulawiyatFiqh aulawiyat
Fiqh aulawiyat
 
The Companions are the Stars of Guidance
The Companions are the Stars of GuidanceThe Companions are the Stars of Guidance
The Companions are the Stars of Guidance
 
03 mpw1143 bab 1
03 mpw1143 bab 103 mpw1143 bab 1
03 mpw1143 bab 1
 
Sistem muamalah islam
Sistem muamalah islamSistem muamalah islam
Sistem muamalah islam
 
Thabat wal murunah
Thabat wal murunahThabat wal murunah
Thabat wal murunah
 
Makalah muamalah
Makalah muamalahMakalah muamalah
Makalah muamalah
 
Presentation ult 2132
Presentation ult 2132Presentation ult 2132
Presentation ult 2132
 
Mafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wah
Mafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wahMafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wah
Mafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wah
 
Maqasid shariah
Maqasid shariahMaqasid shariah
Maqasid shariah
 
Matlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islamMatlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islam
 
Maqashid al-Syariah
Maqashid al-SyariahMaqashid al-Syariah
Maqashid al-Syariah
 
[Slideshare]fiqh course#3-maqasid shariah(2011)
[Slideshare]fiqh course#3-maqasid shariah(2011)[Slideshare]fiqh course#3-maqasid shariah(2011)
[Slideshare]fiqh course#3-maqasid shariah(2011)
 
9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal
9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal
9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal
 
Maqashid Syariah
Maqashid SyariahMaqashid Syariah
Maqashid Syariah
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Maqasid as shariah
Maqasid as shariahMaqasid as shariah
Maqasid as shariah
 
Pengertian qawaid fiqhiyyah
Pengertian qawaid fiqhiyyahPengertian qawaid fiqhiyyah
Pengertian qawaid fiqhiyyah
 
Fatwa & mujtahid
Fatwa & mujtahidFatwa & mujtahid
Fatwa & mujtahid
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
 

Similar to Al dharuriyat al-khams, konsep, skop serta applikasinya dalam kehidupan seharian

TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsTBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsDiyana Arus
 
Tbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayuTbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayuFairul
 
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqhPerbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqhmynasir hassan
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaahmuzani anh
 
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...surrenderyourthrone
 
Muamalah menurut islam
Muamalah menurut islamMuamalah menurut islam
Muamalah menurut islamFatin Liyana
 
Minggu 3 Maqasid Syariah.pptx
Minggu 3 Maqasid Syariah.pptxMinggu 3 Maqasid Syariah.pptx
Minggu 3 Maqasid Syariah.pptxSallyYeo9
 
9 pemerintahan & politik islam
9  pemerintahan & politik islam9  pemerintahan & politik islam
9 pemerintahan & politik islamNur Az
 
Nota Ringkas Tafsir Al-Maudhui
Nota Ringkas Tafsir Al-MaudhuiNota Ringkas Tafsir Al-Maudhui
Nota Ringkas Tafsir Al-MaudhuiMiss Imagine
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikFarid Hasan
 
1 a kump 3_bab 4_bimbingan hadis
1 a kump 3_bab 4_bimbingan hadis1 a kump 3_bab 4_bimbingan hadis
1 a kump 3_bab 4_bimbingan hadis8arbi8
 
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan MetodologiTajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan MetodologiMahyuddin Khalid
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...surrenderyourthrone
 
1 a kump 2_bab 2_memahami konsep kejadian insan dan alam
1 a kump 2_bab 2_memahami konsep kejadian insan dan alam 1 a kump 2_bab 2_memahami konsep kejadian insan dan alam
1 a kump 2_bab 2_memahami konsep kejadian insan dan alam 8arbi8
 

Similar to Al dharuriyat al-khams, konsep, skop serta applikasinya dalam kehidupan seharian (20)

TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsTBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
 
Tbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayuTbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayu
 
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqhPerbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
 
Kaedah kelima
Kaedah kelimaKaedah kelima
Kaedah kelima
 
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
 
Bab 4 ctu 211
Bab 4 ctu 211Bab 4 ctu 211
Bab 4 ctu 211
 
Muamalah menurut islam
Muamalah menurut islamMuamalah menurut islam
Muamalah menurut islam
 
Minggu 3 Maqasid Syariah.pptx
Minggu 3 Maqasid Syariah.pptxMinggu 3 Maqasid Syariah.pptx
Minggu 3 Maqasid Syariah.pptx
 
9 pemerintahan & politik islam
9  pemerintahan & politik islam9  pemerintahan & politik islam
9 pemerintahan & politik islam
 
Nota Ringkas Tafsir Al-Maudhui
Nota Ringkas Tafsir Al-MaudhuiNota Ringkas Tafsir Al-Maudhui
Nota Ringkas Tafsir Al-Maudhui
 
Syariat dan Hakikat
Syariat dan HakikatSyariat dan Hakikat
Syariat dan Hakikat
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnik
 
Pengenalan Kaedah FIqh.pptx
Pengenalan Kaedah FIqh.pptxPengenalan Kaedah FIqh.pptx
Pengenalan Kaedah FIqh.pptx
 
1 a kump 3_bab 4_bimbingan hadis
1 a kump 3_bab 4_bimbingan hadis1 a kump 3_bab 4_bimbingan hadis
1 a kump 3_bab 4_bimbingan hadis
 
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan MetodologiTajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
 
Titas 3
Titas 3Titas 3
Titas 3
 
1 a kump 2_bab 2_memahami konsep kejadian insan dan alam
1 a kump 2_bab 2_memahami konsep kejadian insan dan alam 1 a kump 2_bab 2_memahami konsep kejadian insan dan alam
1 a kump 2_bab 2_memahami konsep kejadian insan dan alam
 

Recently uploaded

Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxFauziEding2
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docxSuriaHussin2
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaankalpanz
 

Recently uploaded (7)

Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 

Al dharuriyat al-khams, konsep, skop serta applikasinya dalam kehidupan seharian

  • 1. AL-DHARURIYAT AL-KHAMS, KONSEP, SKOP SERTA APPLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 1.0 PENDAHULUAN Islam merupakan mesej Allah SWT kepada seluruh umat manusia di serata dunia dan di setiap zaman. Berteraskan wahyu melalui dua sumber utamanya yang suci iaitu al- Quran dan al-sunnah Islam tetap unggul dan bertahan sepanjang zaman semenjak dari zaman awal kemunculannya sehingga kini. Ini semua kembali kepada tabiat Islam itu sendiri yang bersifat dinamik dan mempunyai objektif atau maqasid yang jelas dan bertepatan dengan hidup manusia sejagat. Tabiat ini Allah SWT ciptakan sesuai dengan tujuan dan hikmah seuatu kejadian. Mustahil bagi Allah SWT menjadikan suatu perkara itu tanpa arah tujuan dan matlamatnya. Segala ciptaan Allah SWT adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia. Untuk memahami hakikat ini, Allah SWT memerintahkan manusia agar bertadabbur dan bertafakur di samping melihat hikmah di sebalik penciptaannya. Allah SWT mencipta manusia dengan tujuan menjadikan mereka sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:      “...Dia Telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, Kerana itu mohonlah ampunan kepadaNya, Kemudian bertobatlah kepada- Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmatNya) lagi memperkenankan (doa hambaNya)." (Surah Nuhh: Ayat 61) Bagi membantu manusia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah, Allah SWT menurunkan syariatnya yang wajib dipatuhi. Memang diakui di kalangan ulamak, umara’ dan ummah bahawa terdapat tujuan di sebalik setiap pensyariatan. Dan seperti yang
  • 2. dinyatakan di atas ada yang dapat difahami secara jelas dan ada yang menjadi rahsia Allah. Tujuan atau matlamat ini disebut sebagai maqasid. Maqasid syariah adalah tujuan-tujuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum atau sebahagian besar daripadanya. Sesungguhnya Allah SWT apabila mensyariatkan hukum, sebenarnya adalah bertujuan memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan mengangkat kemudaratan. Melalui penelitian secara konprehensif dan suri teladan terhadap sumber-sumber syariat Islam telah disahkankan bahawa maqasid utama syariat Islam ialah untuk memberi kemaslahatan kepada manusia samada membawa maslahah (manfaat) tersebut atau menolak keburukan (mudharat) daripada manusia. Oleh itu jelaslah bahawa semua hukum syara’ bernaung di bawah konsep jaminan maslahah kepada manusia bukan sahaja di dunia malah menjangkaui alam akhirat. Pendapat ini bersesuaian dengan pandangan al-’Izz Abdu al-Salam bahawa Islam itu semuanya maslahah, samada dengan mendatangkan maslahah mahupun mengelakkan mudharat. Bagi menjelaskan rahsia kejadian dan ciptaan Allah SWT maka artikel ini merupakan antara artikel ringkas yang menghurai mengenai makna maqasid, konsepnya dan kedudukannya dalam memahami Al-Dharuriyat Al-Khams. Ia juga turut menghuraikan pelbagai pengkategorian maqasid menurut perspektif yang berbeza, faedah-faedah memahami maqasid dan kaedah mengenali maqasid. Kemudian penulis cuba menilai sejauh mana kepentingan maqasid syaraiah dalam menilai sesuatu hukum. 2.0 KONSEP MAQASID 2.1 Definisi Maqasid Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu. Dalam konteks ini maqasid yang dimaksudkan ialah maqasid atau objektif yang diletakkan oleh syara’ dalam mensyariatkan hukum. Antara istilah popular yang digunakan ialah maqasid syariah, maqasid al-Syari’(Allah) dan maqasid syara’ atau di dalam Bahasa Arabnya maqasid al-syariah, maqasid al-Syari’ dan al-maqasid al- syar’iyyah (Ahmad al-Raisuni, 1992).
  • 3. Terdapat pelbagai definisi yang telah dilontarkan oleh ulamak usul fiqh tentang istilah maqasid. Ulamak klasik tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik terhadap maqasid, malah al-Syatibi yang terkenal sebagai pelopor ilmu maqasid (Hammad al-Obeidi, 1992) pun tidak pernah memberikan definisi tertentu kepadanya. Namun ini tidak bermakna mereka mengabaikan maqasid syara’ di dalam hukum- hukum syara’. Pelbagai tanggapan terhadap maqasid dapat dilihat di dalam karya- karya mereka. Kita akan dapati tanggapan ulamak klasik yang pelbagai inilah yang menjadi unsur di dalam definisi-definisi yang dikemukakan oleh ulamak mutakhir selepas mereka. Apa yang pasti ialah nilai-nilai maqasid syara’ itu terkandung di dalam setiap ijtihad dan hukum-hukum yang dikeluarkan oleh mereka. Ini kerana nilai-nilai maqasid syara’itu sendiri memang telah terkandung di dalam Al-Quran dan al-Sunnah (Muhammad Fathi al-Duraini, 1997). Sebagai contoh, dalam persoalan solat, Allah SWT jelas menyatakan matlamat dari pensyariatannya adalah supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan maksiat dan penderhakaan kepada Allah SWT dalam kehidupan mereka. Firman Allah SWT: Sesungguhnya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 45) Ramai di kalangan ulamak yang menganggap maqasid ialah maslahah itu sendiri, samada menarik maslahah atau menolak mafsadah. Ini ditegaskan oleh Ibn al-Qayyim di dalam kitab beliau iaitu I’lam al-Muwaqqi’in bahawa syariah itu berasaskan kepada hikmah-hikmah dan maslahah-maslahah untuk manusia samada di dunia atau di akhirat. Perubahan hukum yang berlaku berdasarkan perubahan zaman dan tempat adalah untuk menjamin syariah dapat mendatangkan kemaslahatan kepada manusia (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, 1996). Sementara Al-Izz bin Abdul Salam juga berpendapat sedemikian apabila beliau mengatakan “Syariat itu semuanya maslahah, samada menolak kejahatan atau menarik kebaikan…” (Al-Izz Abdul Salam m.s.9). Ada juga yang menyifatkan maqasid sebagai mengelakkan kemudaratan. Al-Qadi I’yad telah berkata “berhukum untuk mengelakkan kemudaratan adalah wajib”.Ada juga yang menyifatkan maqasid sebagai mengelakkan kesusahan atau masyaqqah.Ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibn al-Arabi dengan kata-katanya ” Tidak harus
  • 4. membebankan seseorang dengan apa yang ia tidak mampu”. (Nuruddin Mukhtar, 1998) Ada juga yang memahami maqasid sebagai lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga agama, jiwa, akal , keturunan dan harta.Di satu sudut yang lain, ada juga ulamak klasik yang menganggap maqasid itu sebagai logik pensyariatan sesuatu hukum (Nuruddin Mukhtar, 1998). Manakala ulamak-ulamak mutakhirin seperti al-Imam al-Syatibi yang sinonim kepada ilmu maqasid tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik untuk istilah maqasid. Ini mungkin disebabkan beliau merasakan bahawa umum sudah memahaminya (Dr. I’wad Muhammad al-Qarni, 1419H). Adapun al-Qaradawi mentakrifkan makna maqasid Syari’ah (maksud-maksud Syari’ah) sebagai tujuan yang menjadi tujuan teks dan hukum-hukum untuk direalisasikan dalam hubungan manusia baik berupa perintah, larangan atau harus sama ada untuk individu, keluarga, bangsa dan umat. Maksud-maksud ini juga boleh diertikan sebagai hikmah-hikmah yang menjadi tujuan ditetapkan hukum yang disyariatkan oleh Allah untuk hambaNya (al-Qaradawi, 2006: 20). Ibn Asyur mendefinisikan maqasid sebagai “Segala pengertian yang dapat dilihat pada hukum-hukum yang disyariatkan pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya” (Mohammad al-Tahir al-Misawi, 1998). Ini bermakna maqasid bukanlah pengertian yang dapat dilihat pada hukum – hukum tertentu secara khusus. Contohnya melahirkan kebaikan, menolak kejahatan dan konsep kesamarataan antara manusia yang ada pada setiap pensyariatan hukum-hukum syara’. Ibn Asyur telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus. Menurut beliau maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum-hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum. Manakala maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum melalui tindak- tanduk perseorangan. Contohnya hukum merekodkan perjanjian hutang dalam bidang muamalat.
  • 5. I’lal al-Fasi mendefinisikan maqasid sebagai “matlamat syariah dan rahsia-rahsia pensyariatan setiap hukum (Islam)”. Beliau juga telah membahagikan maqasid kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus. Maqasid umum ialah matlamat syariah secara umum, manakala maqasid khusus ialah rahsia di sebalik setiap hukum. Walaubagaimanapun definisi ini telah dikritik oleh Dr. Iwad bin Muhmmad al- Qarni. Beliau mengkritik pendefinisian ini dengan mengatakan bahawa perkataan rahsia adalah kurang sesuai digunakan kerana rahsia bukanlah maqasid secara mutlak. Ada kalanya sesuatu rahsia itu menjadi maqasid dan pada ketika lain ia bukanlah maqasid kepada sesuatu (Dr. I’wad Muhammad al-Qarni, 1419H) Ahmad Al-Raisuni mendefinisikan maqasid sebagai “matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia”. Beliau telah membahagikan maqasid dengan lebih teliti lagi berbanding dengan Ibn al-’Asyur iaitu dengan membahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu maqasid umum, maqasid khusus dan maqasid serpihan (juziyy). Menurut beliau maqasid umum ialah objektif yang diambilkira oleh syara’ dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum syara’, contohnya konsep keadilan dan kesamarataan (al-Musawah) yang terdapat dalam semua hukum syara’. Maqasid khusus ialah yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu atau beberapa kelompok hukum tertentu, contohnya hukum kekeluargaan. Manakala maqasid serpihan ialah yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu hukum tertentu, contohnya hukum sunat berkahwin. Namun apa yang menjadi topik perbincangan ilmu usul fiqh dan ilmu maqasid khasnya ialah maqasid umum. Manakala maqasid khusus menjadi topik perbincangan para fuqaha. (Ahmad al-Raisuni, 1992). Jika diteliti definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulamak tersebut, definisi yang paling tepat, padat dan merangkumi seluruh konsep maqasid ialah definisi yang dikemukakan oleh al-Raisuni. Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati Imam Syartibi dan al-Ghazali bahawa matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu Hifz al-Din (agama), Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Mal (harta), Hifz al- Nafs (nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu mesti bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.
  • 6. Kesimpulannya maqasid syariah ialah “matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia”. Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia. 2.2 Istilah-Istilah Lain Berkaitan Maqasid 2.2.1 al-Hikmah Ibn Rusyd menyifatkan maqasid sebagai hikmah pensyariatan hukum Al- hikmah membawa erti yang sama dengan maqasid. Istilah al-hikmah lebih kerap digunakan oleh fuqaha. Contohnya Ibn Farhun berkata:”Dan adapun hikmah qada ialah mengangkat kacau bilau, menolak bala bencana, mencegah orang zalim, membantu yang dizalimi, memutuskan pertikaian,menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran”.( Muhammad Farhun, 1301H) Manakala di kalangan para fuqaha, para ulamak usul istilah ini merujuk samada kepada maqasid sesuatu hukum ataupun kesesuaian (relevensi) sesuatu hukum (al-makna al-munasib). Contohnya mengelakkan masyaqqah adalah hikmah kepada adanya hukum rukhsah. 2.2.3 Al-’illat Ada sebahagian ulamak yang menganggap bahawa maqasid itu ialah’illlah- ‘illat yang terkandung di dalam pensyariatan hukum. Al-Ilah ialah sifat zahir yang tekal yang ada pada sesuatu hukum syara (Wahbah al-Zuhaili, 1986). Sifat yang ada pada sesuatu hukum itu seolah-olah menggambarkan maqasid syara.Ini menjadikan al-’illat dan maqasid membawa pengertian yang sama.Atau dengan
  • 7. kata lain, maqasid sesuatu hukum dapat difahami daripada kefahaman terhadap ‘illatnya.Istilah ini lebih banyak digunakan di dalam bidang tafsir ayat dan hadith yang berkaitan dengan hukum-hukum syara’ (Ahmad al-Raisuni, 1992). 2.2.3 Al-ma’na Dari segi penggunaannya, istilah al-ma’na adalah sinonim kepada maqasid kecuali al-ma’na lebih popular digunakan oleh fuqaha terdahulu seperti al-Syatibi, al- Ghazali dan al-Tabari. 2.3 Kategori – Kategori Maqasid Maqasid boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori yang berbeza berdasarkan kepada perspektif yang berbeza. Kategori maqasid berdasarkan puncanya terbahagi kepada dua (al-Syatibi, 1996): 2.3.1Maqasid Syari’(Allah) Iaitu maqasid yang diletakkan oleh Allah dalam mensyariatkan hukum. Ianya berpusat kepada menarik kebaikan dan menolak kejahatan di dunia dan di akhirat. Menurut al-Syatibi, Maqasid Syari’ terbahagi kepada empat bahagian (al-Syatibi, 1996): a. Tujuan Syari’ (Allah) mencipta Syariat itu sendiri. b. Tujuan Syari’ (Allah) menciptakan Syariat untuk difahami. c. Tujuan Syari’ (Allah) menjadikan Syariat untuk dipraktikkan. d. Tujuan Syari’ (Allah) meletakkan mukallaf di bawah hukum Syarak.
  • 8. 2.3.2 Tujuan Allah mencipta Syariat. Pada pandangan al-Syatibi, Allah mencipta syariat dengan tujuan untuk merealisasikan maqasidnya untuk sekelian manusia iaitu untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada mereka dan mengelakkan kerosakan atau keburukan (mafsadah) daripada menimpa mereka. Menururtnya segala apa yang disyariatkan tidak terlepas daripada maqasid ini yang dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu: 2.4 Faktor-Faktor Asas Penentuan Maslahah Kepentingan utama sebagai asas kepada keperluan biasa dan keperluan mewah. Kerosakan kepentingan asas menyebabkan kerosakan kepada keperluan yang lain. Lazimnya berlaku kerosakan keperluan lain sekiranya berlaku kerosakkan kepentingan asas. Kerosakan keperluan biasa atau keperluan mewah mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada kepentingan asas. Wajib menjaga keperluan biasa dan keperluan mewah bagi tujuan menjaga keperluan asas. 2.4.1 Menjadikan Syariat Mudah Difahami Al-Syatibi menyatakan, syariat yang diturunkan oleh Allah SWT adalah untuk difahami oleh manusia untuk mereka melaksanakanya, jika ianya tidak dapat difahami oleh manusia, tiada erti pada penurunan syariat tersebut. Bukti mengenai kenyataan tersebut ialah penurunan Al-Quran itu sendiri dalam bahasa arab sesuai dengan suasana arab lewat penurunannya dan juga isi kandungan Al-Quran yang mudah difahami oleh manusia. 2.4.2 Allah Mencipta Syariat Untuk Dilaksanakan
  • 9. Syariat yang diturunkan oleh Allah kepada manusia adalah untuk dipraktikkan. Tanggung jawab untuk mempraktikkannya ini dipanggil taklif. Taklif menurut al- Syatibi hendaklah mampu dipikul oleh manusia, malah para ulamak telah berijma’ tiada taklif di luar kemampuan manusia. Oleh yang demikian, jika ada taklif yang pada zahirnya dilihat seperti tidak mampu dipikul oleh mukallaf, maqasid syariat pada kes tersebut bukan terletak kepada hasil atau natijah kepada pelaksanaannya , tetapi pada usaha untuk merealisasikannya. Seperti suruhan berlaku adil di antara para isteri bagi suami yang berpoligami, ia adalah sesuatu di luar kemampuan manusia untuk berlaku adil 100% terutamanya dalam bab kasih sayang. Oleh itu yang menjadi maqasid syara’ pada waktu itu ialah usaha untuk merealisasikan keadilan tersebut dan bukannya natijah daripada usaha tersebut. Dalam buku “al-Muwafaqat”, al-Syatibi telah memperluaskan lagi contoh– contoh bagi kes seumpama ini. Beliau juga membangkitkan persoalan beban yang terhasil daripada taklif secara keseluruhannya. Kata beliau, bukanlah tujuan syariat untuk membebankan dan menyusahkan manusia (ini dapat dilihat melalui dalil– dalil yang menolak keadaan serba salah (al-haraj) dan menegaskan kemudahan serta toleransi (al-taysir dan al-samah). Walaubagaimanapun, beban yang munasabah dalam kadar yang normal hasil daripada taklif tidak dapat dielakkan, kerana itu merupakan tabiat taklif. Dengan itu, beban yang terhasil itu bukanlah maqasid syariat . Yang menjadi maqasid syariat ialah maslahah disebalik bebanan itu sendiri, samada kesenangan di dunia mahupun di akhirat menurut neraca keperluan asas yang telah diperbincangkan. Al-Syatibi juga dalam bab ini memberikan alasan mengapa syariat Islam sentiasa menghindarkan kebersalahan (al-haraj) dan beban yang berat, yang pertamanya untuk mengelakkan kebosanan dan rasa benci mukallaf terhadap taklif dan yang keduanya, untuk menghindarkan daripada menganggu tugas–tugas hidup yang lain seperti mencari nafkah, menjaga anak isteri dan sebagainya demi untuk menumpukan perhatian kepada menyempurnakan taklif. Di bawah tajuk ini juga, al-Syatibi menghuraikan jenis beban atau masyaqqah yang hendak dihindarkan oleh syariat daripada manusia dan jenis yang
  • 10. sebaliknya.Beliau juga menegaskan bahawa berat atau ringannya masyaqqah itu adalah bersifat relatif. Ia perlu berasaskan kerja sebenar yang perlu dilakukan dan sejauhmana kepentingannya dalam hidup. 2.4.3 Meletakkan Mukallaf Di Bawah Hukum Syara’. Dalam bab ini al-Syatibi menegaskan keumuman syara’ dan sifatnya yang menyeluruh. Syariat Islam juga merangkumi alam syahadat dan alam ghaib bagi setiap mukallaf. Tegasnya lagi, tujuan meletakan mukallaf di bawah hukum Syariat ialah untuk mengelakkan semua manusia dari terikut–ikut dengan hawa nafsu agar dengan itu mereka akan menjadi hamba Allah dengan penuh sukarela. 2.4.4 Maqasid Mukallaf (hamba) Iaitu maqasid atau tujuan mukallaf dalam melakukan sesuatu perbuatan. Maqasid mukallaf berperanan menentukan sah atau batal sesuatu amalan. Berasaskan prinsip di atas beliau menyimpulkan beberapa kaedah, seperti Qasad mukallaf hendaklah selari dengan qasd syariah itu sendiri. Sesiapa yang berhasrat untuk mencapai sesuatu yang lain daripada maksud awal pensyariatannya, sesuatu itu dianggap telah menyalahi syariat. 2.5 Kaedah-Kaedah Khusus Mengenali Maqasid Untuk menentukan sesuatu itu adalah maqasid yang dikehendaki oleh syari’ bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu ulamak telah menggariskan beberapa kaedah untuk mengenali maqasid syara’ Menurut al-Syatibi, terdapat tiga cara untuk kita mengenali maqasid syara’ (al-Syatibi). 2.5.1Penelitian Kuantitatif
  • 11. Umumnya kaedah ini melibatkan penelitian secara deduktif terhadap dalil-dalil yang mensabitkan maqasid syara’. Penelitian ini boleh berlaku dalam dua keadaan samada penelitian terhadap semua dalil yang ada ataupun sebahagian daripadanya.Penelitian terhadap semua dalil sudah tentu akan menghasilkan natijah yang qat’ie manakala penelitian terhadap sebahagiannya pula akan menghasilkan natijah yang zanni.kaedah kedua ini lebih popular digunakan oleh fuqaha.Kesahihan kaedah ini terletak pada hakikat bahawa ia boleh memberi maklumat secara terperinci (al-Syatibi). 2.5.2 Penelitian Terhadap Ilat Hukum Kaedah ini melibatkan penelitian terhadap ilat-ilat hukum-hukum syara’. Kaedah ini tertumpu kepada usahsa untuk mengetahui rahsia di sebalik setiap hukum atau lebih dikenali sebagai masalik al-’illat di dalam ilmu usul fiqh.Secara umumnya terdapat sembilan cara untuk menentukan ilat sesuatu hukum iaitu ijma’ ulamak terhadap sesuatu ‘illat, nas Al-Quran, isyarat, kemunasabahan, memerhatikan keserupaan antara hukum dan sebagainya (al-Syaukani, 1994). 2.5.3 Penelitian Terhadap Suruhan Atau Larangan Allah Taala Kaedah ini berasaskan kepada kefahaman ada maqasid tertentu di sebalik suruhan dan larangan. Maqasid di sebalik suruhan ialah melakukannya sementara maqasid di sebalik larangan ialah meninggalkan yang dilarang itu (al-Syatibi). 3.0 KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH Berdasarkan neraca ini, kategori yang paling popular di dalam ilmu ini telah dipelopori oleh al-Imam al-Haramayn di dalam bukunya al-Burhan pada peringkat awal perbincangan mengenai maqasid. Kemudian pembahagian ini menjadi ikutan kepada ulamak selepas beliau seperti al-Ghazali, al-Izz bin Abdul Salam, al-Qurafi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan al-Syatibi yang telah mengupas persoalan ini dengan lebih mendalam. Merujuk
  • 12. kepada neraca matlamat utama hukum Islam adalah bagi memelihara kemaslahatan (kepentingan) masyarakat maka ianya dibahagikan kepada tiga bentuk kepentingan; 3.1 Maqasid Umum (maqasid ammah) Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum-hukumnya. Contohnya menegakkan keadilan, menghasilkan kebaikan, menolak keburukan dan kesamarataan antara manusia (Muhammad Uqlah, 1991). 3.2 Maqasid Khusus (maqasid khassah) Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu atau sekelompok hukum-hukum tertentu. Contohnya hukum-hukum muamalat, munakahat, jenayah dan sebagainya. 3.3 Maqasid Serpihan (maqasid juz’iyyah) Iaitu yang diambil kira oleh syariah dalam menentukan sesuatu hukum tertentu. Contohnya sunat berkahwin, makruh bercerai dan wajib membayar hutang. Menurut beliau lagi, yang menjadi asas kepada semua kepentingan tadi adalah kepentingan asas. Sedangkan kepeluan biasa sebagai pendokong kepadanya, sementara keperluan mewah sebagai pendokong kepada keperluan biasa. Kedudukan ini perlu diambil kira dalam menentukan keutamaan hukum atau dalam memberi keutamaan kepada mana– mana maslahah apabila berlaku percanggahan antara satu sama lain. Selayaknya tiga keutamaan hukum ini diklasifikasikan kepada tiga kategori. 3.4 Kepentingan Asas (al-Dharuriyyat)
  • 13. Iaitu segala apa yang paling penting dalam kehidupan manusia samada bagi tujuan kebaikan agama dan hidup di dunia. Kehidupan manusia akan menjadi rosak samada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak ada atau tidak dipenuhi. Maslahah asas ini melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang tidak dapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia, di dalam kehidupan bermasyarakat. Seandainya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, kehidupan manusia akan pincang maka sudah tiada ertinya lagi. Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-lima perkara ini akan dianggap sebagai mafsadah. 3.5 Keperluan Biasa (al-Hajiyat) Ia merupakan keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan akhirat, yang mana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi tidak sempurna dan mengalami kesempitan ataupun tidak sampai ke tahap rosak. Maslahah ini melibatkan semua yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan. Walaupun ianya tidak sampai kepada tahap keperluan asasi yang boleh menyebabkan kebinasaan hidup manusia, tetapi ianya diperlukan bagi mengelakkan kesusahan hidup di dalam masyarakat. 3.6 Keperluan Mewah (al-Tahsiniyat) Iaitu keperluan yang tidak sampai ke tahap kedua di atas. Ianya hanya untuk tujuan keselesaan dan kecantikan. Contohnya: adat, akhlak dan etika. Maslahah ini diperlukan untuk menjaga kehormatan hidup manusia (Tahsiniyyah) yang melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik. Semuanya diperlukan bagi menjamin kelancaran hidup manusia dalam masyarakat. Berasaskan prinsip induktif beliau membahagikan kepentingan asas kepada lima, iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan akal. Menurut beliau, semua agama memandang perkara ini sebagai kepentingan asas. Menurut al-Syatibi lagi, Syariat Islam menjaga menjaga kepentingan asas ini melalui dua cara:
  • 14. 3.6.1 Secara positif Dengan menentukan hukum yang boleh melahir dan menjaga kewujudannya. Contohnya bagi menjaga agama diwujudkan akidah, ibadat, ijtihad dan sebagainya. Begitulah juga hukum–hukum adat dan muamalat diwujudkan bagi mewujudkan kesempuraan dan kebaikan hidup manusia. 3.6.2 Secara negatif Iaitu dengan menghalang apa–apa yang yang boleh menghapus, merosak atau menganggu kepentingan itu. Contohnya, diwajibkan hukum bunuh ke atas orang murtad bagi menjaga kepentingan agama, sementara hukum – hukum adat dan muamalat bagi menjaga kepentingan yang lain. Demikian juga fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Mesir (ketika itu) tentang keharusan gambar fotografi kerana ‘illah hukum bagi larangan taswir adalah kerana ada unsur menandingi ciptaan Allah SWT, sedangkan taswir dalam bentuk fotografi tidak boleh dianggap sedemikian, kerana ia masih merupakan ciptaan Allah SWT yang diulang dalam bentuk foto (al-Qardawi, 1993). Dalam memahami maqasid Syari’ah ini, al-Qaradawi melakukan beberapa hal seperti meneliti sebab-sebab (ta’lilat) dalam al-Quran, meneliti setiap hukum Syari’ah yang mengandungi nilai-nilai yang tinggi, membaca karya-karya ulamak tentang maqasid al- Syari’ah dan bersetuju dengan para ulamak yang menerima pakai kaedah maqasid Syari‘ah ini. Penelitian kepada hukum-hukum Islam telah menambahkan keyakinannya bahawa syariat Islam dibina atas dasar kemaslahatan, manusia di dunia dan akhirat dan syariat mengandungi keadilan, rahmah dan , kemaslahatan dan hikmat. Berdasarkan kepada fahaman maqasid ini, al-Qaradawi berfikir dan berijtihad (al-Qaradawi, 2006). 4.0 FAEDAH-FAEDAH MEMAHAMI MAQASID Memahami maqasid syara’ merupakan unsur penting dalam mengeluarkan hukum.Ini kerana maqasid ialah paksi yang akan memastikan setiap hukum itu akan seiring dengan kehendak dan matlamat Allah mensyariatkannya ke atas manusia. Dengan memahami maqasid atau maqasid syara’ dapat menjelaskan lagi tujuan dan hikmah pensyariatan sesuatu
  • 15. hukum samada secara keseluruhannya atau sebahagiannya. Selain itu ia juga dapat memperkembangkan lagi topik-topik perbincangan di dalam perkara-perkara ilmu maqasid seperti maslahah, qiyas, sadda zarai’e dan sebagainya. Menurut al-Qaradawi, bahawa jalan untuk mengetahui maqasid syariat tidak semestinya mengikut jalan yang dirintis oleh Imam al-Ghazali dengan kategori darurat, hajiyat dan tahsinat. Malah ia boleh diketahui dengan jalan-jalan yang lain. Antara jalan menuju maksud-maksud syariat ialah: i. Meneliti setiap illat teks al-Quran dan al-Sunnah agar kita boleh mengetahui maksud-maksud dan tujuan–tujuan Islam seperti ayat dalam surah al-Hadid ayat 25 yang menjelaskan kedatangan syariat Islam yang mengandungi nilai- nilai keadilan yang amat tinggi. ii. Meneliti, mengikuti dan memikirkan hukum-hukum dan kemudian menyatukan satu hukum dengan hukum-hukum yang lain agar dari penelitian itu kita dapat menyimpulkan maksud-maksud Syari’ah yang menjadi maksud Allah dalam membuat hukum-hukum tersebut. Bagi al-Qaradawi, maksud- maksud syariat itu bukan hanya terhad kepada al-Kulliyat al-Khams .tetapi ia lebih luas dari catatan di atas. (al-Qaradawi, 2006: 27) Apa yang menarik ialah jurang perselisihan pendapat antara fuqaha dan mujtahid dapat dikurangkan lantas membuang perasaan taasub mazhab yang sebenarnya merugikan umat sendiri. Apa yang penting dalam setiap hukum yang dikeluarkan ialah ianya dapat mencapai dan selari dengan maqasid syara’. Akhirnya, memahami maqasid akan meyakinkan lagi bahawa Islam itu datang untuk memberi maslahah dan kebaikan kepada manusia di dunia dan di akhirat.Justeru, individu muslim akan lebih rasional dan bersemangat dalam melakukan suruhan Allah Taala (Nuruddin Mukhtar, 1998). 5.0 MENILAI SESUATU HUKUM MELALUI KAEDAH MAQASID SYARA’ 5.1 Maqasid Menurut Perspektif Syara’
  • 16. Sebagaimana yang telah dimaklumkan ,sesungguhnya dalil-dalil syariat Islam menegaskan bahawa setiap hukum-hukumnya mempunyai maqasid dan maksud yang tertentu (38). Sehubungan dengan itu, sudah menjadi makluman umum bahawa sesungguhnya tujuan pensyariatan itu ialah untuk kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat (Wahbah al-Zuhaili, 1986). Maqasid syara’ merupakan kayu ukur dalam menilai sesuatu. Dengan kata lain, dalam memahami sesuatu hukum ianya mestilah seiring dengan maqasid yang telah digariskan oleh syara’. Fenomena ini jelas dilihat di dalam Al-Quran dan al-Sunnah. Jumhur ulamak telah berpendapat bahawa hukum-hukum syara’ mengandungi hikmah dan maqasidnya yang tersendiri yang mana ianya berkisar tentang menjaga kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat (Yusuf al-Qardawi, 1993). Pengamatan terhadap hukum-hukum ini telah menghasilkan satu jalinan kaitan yang rapat antara hukum syara’ dan maqasidnya (al-Misawi,) Justeru dalam proses memahami hukum, seorang faqih bukan sahaja perlu memahami dalil-dalil hukum tersebut, malah perlu memandang lebih jauh lagi iaitu aspek maqasid hukum tersebut disyariatkan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hukum fiqh tanpa maqasid sama seperti jasad yang tiada ruhnya. Antara dalil-dalil yang mengukuhkan kedudukan maqasid sebagai hujah yang mengikat ialah: 5.1.1 Tinjauan Al-Quran Al-Karim Al-Quran al-Karim yang merupakan sumber primer maqasid syara’ samada secara langsung ataupun tidak, telah mengajar pengamalnya tentang setiap perkara itu haruslah bermatlamat. Daripada Al-Quran kita dapat mengetahui maqasid pengutusan rasul-rasul, penurunan Al-Quran, pentaklifan mukallaf dengan tanggungjawab dan pembalasannya dan maqasid kejadian alam dan manusia .Al-Quran telah menjelaskan maqasid penciptaan manusia ialah untuk pengabdian kepada Allah. Al-Quran juga telah mengisbatkan prinsip utama Islam diturunkan iaitu untuk menjaga agama, jiwa, akal ,keturunan dan harta.Jika diteliti kesemua hukum Islam beredar di bawah naungan lima prinsip utama ini (al-Misawi,).
  • 17. Al-Quran juga telah menentukan banyak maqasid dan hikmah sesuatu hukum disyariatkan yang seterusnya membentuk teori maqasid itu sendiri. Contohnya Maqasid larangan bersetubuh dengan isteri ketika haid ialah untuk mengelakkan penyakit, maqasid ibadat haji ialah mendapat faedah yang banyak antaranya penyatuan umat Islam, maqasid perkahwinan ialah memelihara diri, dapat hidup dalam kasih sayang dan keharmonian, maqasid ibadat puasa ialah menjana sifat ketakwaan, maqasid larangan mendekati zina ialah kerana buruk akibatnya dan lain-lain maqasid yang banyak dinyatakan di dalam Al-Quran (Nuruddin Mukhtar,). Daripada Al-Quran juga satu rumusan tentang berbagai kaedah fiqh “qawaid fiqhiyyah” dapat dibentuk. Kaedah fiqh ini penting dalam memahami hukum dan mempunyai kaitan rapat dengan maqasid syar’iyyah itu sendiri (Sidqi al-Borno, 1996). Antaranya “Darurat (kes kesusahan) mengharuskan yang haram”, “setiap kesusahan atau masyaqqah itu diukur dengan seada-adanya”, “setiap kesusahan ada kesenangannya”, Ini bermakna maqasid mempunyai kedudukan yang kukuh dan nilai autoriti yang kuat dalam menilai sesuatu (Muhammad al-Zuhayli, 1998). Hukum-hukum syara’ bukan diturunkan secara serentak dan pelaksanaannya juga adalah secara berperingkat-peringkat. Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan sesuatu hukum itu akan sampai kepada matlamat ianya disyariatkan (Mana’ al-Qutan, 1993). Sesuatu hukum tidak akan mencapai maqasidnya seikiranya dijalankan pada masa yang salah atau dalam keadaan umat yang masih belum dapat menerima hukum itu.Contohnya pengharaman arak adalah secara berperingkat- peringkat ialah untuk memlihara maslahat umat pada ketika itu yang mana minuman arak adalah adat yang sukar untuk ditinggalkan secara sekaligus.Jika pengharaman dibuat secara drastik, kemungkinan umat Islam pada ketika itu tidak dapat mentaati larangan Allah itu dan maqasid pengharamannya tidak dapat dicapai. Jika diteliti ayat-ayat yang berkait dengan hukum-hukum fiqh, boleh dikatakan ada terselit maqasid di sebalik pensyariatan hukum tersebut. Bukan setakat itu sahaja, ilmu usul fiqh pula telah menyediakan pelbagai instrumen seperti qiyas dan al-zarai’ yang boleh digunakan untuk meluaskan lagi aplikasi objekif di dalam sesuatu hukum kepada hukum yang lain. Walaupun tidak ada dalil yang khusus di dalam Al-Quran yang menyatakan setiap hukum ada maqasidnya tetapi berdasarkan dalil-dalil secara
  • 18. umumnya dapat kita simpulkan bahawa Al-Quran sentiasa mengambil kira aspek maqasid dalam menyatakan sesuatu hukum.( Nuruddin Mukhtar,) 5.1.2 Al-Sunnah Merupakan sumber kedua terpenting selepas Al-Quran mempunyai peranan penting dalam menguatkan lagi apa yang dibawa oleh Al-Quran, mentafsirkan al- Quran, menjelaskan dan menghuraikannya agar lebih jelas dan mudah dipraktikkan. Begitu juga di dalam bidang maqasid, al-Sunnah berperanan menguatkan lagi kedudukan maqasid dalam menilai sesuatu hukum. Sebahagian al-sunnah yang menerangkan tentang sesuatu hukum turut menekankan aspek maqasid hukum tersebut (Yusuf al-Qardawi, 1997). Contohnya hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya agama itu mudah” (Sahih al-Bukhari, jil. 1, m.s. 23). Dalam hadith ini, dengan jelas ianya menunjukkan antara maqasid atau objektif syariat, iaitu memudahkan ummat, tidak membebankan dan senang untuk diamalkan. Begitu juga dengan sabda baginda : “Rasulullah S.A.W jika diberikan peluang untuk memilih antara dua perkara, maka baginda tidak akan memilih kecuali yang paling mudah selagimana ianya tidak berdosa..” (Sahih al-Bukhari, jil. 3, m.s. 305). Ianya membawa objektif bahawa Islam amat mementingkan kemudahan kepada umatnya. Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah S.A.W bersabda: “Jika tidak kerana menyusahkan umatku nescaya sudah aku suruh mereka bersiwak untuk setiap kali solat” (Sahih al-Bukhari, jil. 2, m.s. 682). Dari hadith ini jelas menunjukkan syariat Islam bukan bertujuan untuk menyusahkan umat malah menyenangkan dan memastikan kemaslahatan mereka terjamin. Autoriti maqasid syara’ dalam menilai sesuatu tidak perlu dipertikaikan lagi kerana maqasid syara’ bukanlah sesuatu yang asing dari dalil-dalil syara’ malah ianya terkandung di dalam dalil-dalil itu sendiri samada secara langsung atau tidak (Muhammad Fathi al-Duraini). Hasil penelitian secara kuantitatif dan deduktif terhadap dalil-dalil ini menunjukkan setiap hukum yang disyariatkan mempunyai
  • 19. maqasid yang tersendiri yang akhirnya tertumpu kepada menjaga kemaslahatan manusia sejagat (Ramadan al-Buti, 1990). 5.1.3 Tinjauan Zaman Sahabat Golongan Sahabat telah mengaplikasikan konsep maqasid syara’ di dalam setiap ijtihad yang mereka lakukan (Dr. Yusuf al-Qardawi, 1997). Jika dibandingkan dengan zaman Rasulullah s.a.w penggunaan konsep ini agak lebih meluas memandangkan banyak perkara-perkara baru yang tiada nas mula timbul hasil daripada peredaran zaman dan perkembangan semasa (Nuruddin Mukhtar,) Kefahaman para sahabat terhadap Al-Quran adalah istimewa berbanding dengan kefahaman orang lain kerana mereka bukan sahaja memahami zahir Al-Quran malah menjangkau tujuan di sebalik penurunannya itu. Justeru kita dapati ijtihad-ijtihad mereka bertepatan dengan kehendak syara’ untuk menjamin kemaslahatan umat sejagat. Ahmad b. Hanbal menegaskan perbuatan para sahabat ini berpunca daripada pemahaman mereka tentang maqasid syara’ itu sendiri. Antara contoh yang jelas ialah ijtihad mereka untuk mengumpulkan Al-Quran di dalam satu mashaf, menjatuhkan talak tiga dengan satu lafaz, tidak membahagikan tanah rampasan perang kepada tentera dan banyak lagi. Begitu juga keadaannya pada zaman tabi’in yang sempat hidup bersama sahabat.Mereka mewarisi secara praktikal pengambilkiraan maqasid syara’ dalam mengeluarkan hukum yang berpusat kepada menarik maslahah dan menolak mafsadah ( Abdul Karim Zaidan, 1990). Seterusnya corak berijtihad seumpama ini diwarisi sehingga ke zaman imam mujtahid dan hari ini. 5.1.4 Tinjaun Zaman Mutaahirin Jumhur ulamak usul dan furu’ lebih lebih lagi apabila ulamak usul telah mensyaratkan untuk seorang mujtahid melakukan ijtihad mestilah memahami maqasid syar’iyyah. Sehubungan dengan itu, pentafsiran nas secara lateral semata-mata a tanpa
  • 20. melihat kepada maqasid syara’ di sebaliknya adalah bertentangan dengan tabiat tasyri’itu sendiri (Al-Duraini,). Al-Qurafi bukan sahaja mensyaratkan mujtahid memahami maqasid syara’, malah faqih muqallid juga mesti memahami maqasid syara’ (al-Raisuni,) Al-Imam al-Syafi’e mengambil langkah merujuk kepada maqasid syara’ sebagai satu kaedah dalam berijtihad apabila tiada nas dari Al-Quran atau al-Sunnah atau hadith ahad. Seterusnya, sekiranya beliau tidak mendapati apa-apa maslahah umum atau kepentingan umum beliau akan berpindah kepada sumber ijma’. Al-Imam al-Ghazali juga mengambil kira aspek maslahah sekiranya ada tanda-tanda ianya adalah maqasid syara’. (al-Ghazali, 1400H) Para ulamak usul umumnya menyentuh kedudukan maqasid syara’ dalam membuat apa-apa penilaian apabila mereka membincangkan masalah tarjih.Menurut mereka dalam proses mentarjih antara pendapat ulamak ada beberapa neraca antaranya lebih memudahkan manusia dan lebih hampir dengan maqasid syara’ (Yusuf al- Qardawi, 1994). Al-Imam al-Syatibi dilihat lebih tegas dalam hal ini apabila beliau menyifatkan mujtahid yang cuai dalam aspek maqasid syara’ sebagai ulamak yang menyeleweng dari agama (al-Syatibi,). Menurut beliau , memahami maqasid syara’ adalah prasyarat utama dalam berijtihad. (Dr. Qutub Mustafa Sanu, m.s.83) Menurut Ilal al-Fasi, peranan maqasid syara’ bukan sahaja pada kes-kes yang tidak dinaskan malah menjangkaui huku-hukum yang dinaskan sebagaimana yang berlaku dalam kes penundaan Umar hukum hudud bagi mencuri pada tahun kelaparan. Ibn A’syur pula bersependapat sedemikian dan mengukuhkan kepentingan memahami maqasid syara’ dalam mengeluarkan hukum.Menurut beliau, proses untuk melakukan ijtihad lima perkara: i. Memahami nas berdasarkan pengertian bahasa dan istilah syara’. ii. Meneliti kemungkinan nas berkenaan dinasakh atau ditaqyid atau di takhsis atau ada nas lain yang lebih utama daripadanya. iii. Mengenali ‘illat hukum dan melakukan qiyas berasaskannya.
  • 21. iv. Menentukan hukum bagi kes yang tidak dinaskan dengan menggunakan kaedah qiyas. v. Menentukan hukum ta’abbudi seada-adanya. Pendapat ini turut disokong oleh al-Misawi, “seorang mujtahid perlu memahami maqasid syara’ dalam semua peringkat di atas”. Menurut Dr. Yusuf Hamid al-Alim, (1991) “memahami maqasid syara’ bukan sahaja penting bagi mujtahid malah meliputi semua mukallaf agar kehendak mereka dalam tindak tanduk mereka selari dengan kehendak syara”. 5.2 Mengaplikasi Maqasid Syara’ Dalam Ijtihad Selepas memahami makna sebenar maqasid, hakikatnya dan juga kedudukannya dalam syariat, tindakan selanjutnya pula ialah melihat kepada pengaplikasiannya terhadap hukum–hukum ijtihad. Ini kerana memahami maqasid adalah di antara syarat terpenting bagi seorang mujtahid untuk berijtihad dan bagi seorang mufti untuk berfatwa. Menurut al-Syatibi dan diiktiraf oleh jumhur ulamak terkemudian. Ini kerana sebarang ijtihad dan fatwa yang sepi daripada maqasid akan menyebabkan penyimpangan ijtihad ataupun fatwa tersebut daripada landasan syariat, kerana maqasid seperti yang telah kita katakan ialah himpunan pemahaman terhadap sejumlah besar daripada dalil–dalil syara’. Pengaplikasian maqasid dalam ijtihad juga amat penting kerana ianya akan menuju ruh syara’ yang bertepatan dengan tabiat dalil–dalil dan syariat itu sendiri yang sentiasa mengambilkira persoalan menjaga kemaskahatan ummah dan mengelakkan mereka daripada mudharat. Prinsip ini juga merupakan asas atau tunjang kepada tasyri’ itu sendiri. Oleh itu pengaplikasian ini amat–amat penting. Menurut al- Khadimi Peringkat pengaplikasian maqasid pula boleh kita bahagikan kepada empat peringkat : i. Memahami maqasid juz’i ataupun illat hukum dan menetapkannya.
  • 22. ii. Melihat kepada pengaplikasian maqasid juz’i atau hukum lain yang boleh diaplikasikan ke atasnya maqasid tersebut. iii. Memahami maqasid kulliy dan menetapkannya dalam semua keadaan hukum melalui kaedah deduktif. iii. Melihat kepada kes–kes baru yang memerlukan hukum dan mempertimbangkannya menurut neraca maqasid kulliyah melalui kaedah masalih mursalah dan istihsan, sehingalah mujtahid sampai kepada hukum yang benar-benar menepati maqasid tersebut. Dalam kes ini, Ibn Asyur telah mengkhususkan satu tajuk dalam bukunya yang beliau namakan sebagai : “Hukum – hakam Syara’ yang boleh menerima kaedah qiyas berdasarkan illat – illat dan maqasid yang rapat dan paling hampir dengannya”. 6.0 KESIMPULAN Maqasid Syara’ atau lebih popular dengan istilah maqasid syar’iyyah merupakan matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syara’ dalam pensyariatan hukum. Umumnya maqasid ini tertumpu kepada menarik maslahah dan menolak mafsadah daripada manusia sejagat. Maqasid syariah merupakan penaung kepada dalil-dalil syara’, ia bukannya sesuatu yang asing dari dalil-dalil syara’ malah terkandung di dalamnya samada secara langsung atau tidak. Islam sebagai satu cara hidup adalah sesuai untuk semua bangsa dan setiap ketika bersumberkan wahyu yang berupa dalil-dalil yang terkandung di dalam Al-Quran dan al- Sunnah. Dalil-dalil yang terbatas kuantitinya tidak akan terbatas aplikasinya sekiranya seorang mujtahid itu tidak hanya memahami dalil secara lateral semata-mata , malah melihat kepada aspek maqasid syara’ di sebalik pensyariatan sesuatu hukum. Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, maka tiga kategori ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutama apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah pembentukan institusi
  • 23. masyarakat madani yang adil dan progresif. Kepentingan memahami maqasid syara’ bagi seorang mujtahid dan pengkaji hukum tidak boleh dikesampingkan untuk memastikan penilaian yang dibuat terhadap sesuatu itu selari dengan kehendak al-Syari’ah . BIBLIOGRAFI Abdul Karim Zaidan, al-Madkhal li Dirasati al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut, Muassasah al- Risalah, 1990M. Ahmad al-Raisuni, Nazariyyat al-Maqasid I’nda al-Imam al-Syatibi, Beirut, al- Maahad al- Alami li al-Fikr al-Islami, 1992M. Al-Ghazali, al-Mankhul, Tahqiq:Muhammad Hasan Hito, Beirut, Dar al-Fikr, 1400H. Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1996M. I’wad bi Muhammad al-Qarni, al-Mukhtasar al-Wajiz fi Maqasid al-Tasyri’, Jeddah, Dar al- andalus al-Khadra’, 1419H Al-Izz bin Abdul Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Beirut,Dar al- Ma’rifah. Mana’ al-Qutan, Tarikh al-Tasyri’ al-Islami, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1993M. Mohammad al-Tahir al-Misawi, Ibn Asyur wa Kitabuhu Maqasid al-Syariah al- Islamiyyah, Kuala Lumpur, Al-Basyair li al-Intaj al-Ilmi, 1998M. Muhammad bin Farhun, Tabsirah al-Hukkam, Mesir, Dar al-Maktabah al-Ilmiyyah, 1301H. Muhammad Fathi al-Duraini, al-Manahij al-usuliyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1997. Muhammad Sidqi al-Borno, al-Wajiz fi Idhah Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah, Muassasah al- Risalah, Beirut, 1996M. Muhammad Uqlah, al-Islam Maqasiduhu wa Khasaisuhu, Amman, Maktabah al- Risalah al- Hadisah, 1991M.
  • 24. Muhammad al-Zuhayli, Maqasid al-Syariah, Dar al-Maktabi, Damsyik, 1998M. Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, al-Ijtihad al-Maqasidi,Qatar , 1998M. Dr. Qutub Mustafa Sanu, Adawat al-Nazar al-Ijtihadi al-Mansyud, Beirut, Dar al- Fikr, 2000M. Ramadan al-Buti, Dawabit al-Maslahah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1990M. Al-Syatibi, al-Muwafaqat, Beirut, Dar al-Ma’rifah, 1996M. Al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1994M. Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyik, Dar al-Fikr, 1986M. Yusuf Hamid al-Alim, al-Maqasid al-Aamah li al-Syariah al-Islamiyyah, USA, al-Maahad al- Alami li al-Fikr al-Islami, 1991M. Yusuf al-Qardawi, al-Ijtihad al-Muasir baina al-Indibat wa al-Infirat, Kaherah, Dar al-Tauzi’, 1994M. Yusuf al-Qardawi, Madkhal li Dirasat al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1993M. Yusuf al-Qardawi, al-Sunnah Masdaran li al-ma’rifah wa al-hadarah, Kaherah, Dar al-Syuruq, 1997M.