SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
PELAJAR - GURU - PENDIDIKAN "21st Century Skills"
KEMAHIRAN ABAD KE-21
 Kemahiran abad ke-21 ialah belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dan
menyumbang menerusi teknologi adalah kemahiran penting dalam pendidikan
berasaskan pengetahuan.
Kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21:
 Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
 Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology
skills)
 Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)
Aspek dalam kemahiran abad ke-21 ialah :
1. Cara pemikiran baru - Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat
keputusan dan pembelajaran.
2. Cara bekerja - Komunikasi dan kerjasama
Alat untuk bekerja. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat
literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (Information, Communications and
Technology) (ICT Literacy)
3. Kemahiran untuk hidup di dunia - Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan
tanggungjawab peribadi dan sosial. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan
menyesuaikan diri, berinisiatif dan mempunyai haluan diri. Kemahiran sosial dan
antara-budaya. Produktiviti dan akauntabiliti. Kepimpinan dan tanggungjawab
Ciri-Ciri Guru Abad ke-21
 Menguasai pelbagai bidang. Seorang guru memerlukan ilmu yang pelbagai
untuk menjadikan mereka berkebolehan dalam semua bidang yang diceburi dan
bidang yang tidak diceburinya. Seseorang guru itu perlu berani untuk mencuba
sesuatu yang baru. Sebagai contohnya, seorang guru yang mengajar subjek
sejarah juga memerlukan ilmu pengajaran dalam subjek lain. Bagi memastikan
pendidik menguasai semua bidang ia memerlukan pendidik tersebut mengaplikasi
pembelajaran secara berterusan untuk membolehkan pendidik tersebut bersedia
menghadapi sebarang perubahan dalam dunia pendidikan yang selaras dengan
era pemodenan masa ini.
 Mengikut perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan. Perkembangan
tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia pendidikan perlu dikuasai
oleh pendidik untuk memastikan profesion perguruan dapat dijalankan dengan
lancer melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi melahirkan generasi
berkualiti seorang pendidik perlulah mempunyai sifat berwibawa dengan
memahami dengan dasar-dasar seperti sains dan teknologi (sekolah berasaskan
ICT).
 Mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Seorang pendidik
perlu mempunyai kemahiran pedagogi untuk melahirkan generasi yang
berkemahiran abad ke 21. Kemahiran pedagogi ini bukan sahaja berasakan
pengalaman ia juga memerlukan seorang pendidik mempunyai kemahiran dalam
mengaplikasi pedagogi berbentuk inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran.Sebagai contoh menggunakan alat bantuan mengajar seperti
komputer. Kaedah ini member kesan positif kepada perkembangan dan prestasi
pelajar.
 Menggunakn teknologi terkini. Dunia sekarang adalah dunia teknologi. Seorang
pendidik juga harus seiring dengan perkembangan dunia teknologi ini untuk
membolehkan diri mereka bersedia dalam penguasaan dan penggunaan
teknologi semasa. Penguasaan ini bukan sahaja diaplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan seharian.
 Menerapkan nilai-nilai murni(akhlak). Pendedahan teknologi pendidik juga
perlulah selari dengan penerapan nilai-nilai murni. Seorang pendidik perlulah
beretika untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara, ia juga
penting dalam menjaga hubungan sesama manusia.
Ciri-Ciri Pelajar Abad ke-21
Berupaya membuat hubung kait
Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Mengambil risiko
Dahagakan ilmu
Perasaaan ingin tahu
Dapat menjana idea
Fleksibel
Tidak mudah berputus asa
Dapat mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
Murid berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Mampu membuat perubahan
Mampu bekerja dengan orang lain
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi
KEMAHIRAN BARU YANG DIPERLUKAN DALAM ABAD KE-21
Kajian tentang kemahiran dan tahap kompentasi talah dilakukan oleh D’Andrea dan
Daniels(2002) mengatakan bahawa mahasisiwa memerlukan kemahiran baru untuk
lebih berjaya dalam dunia pendidikan mahupun dunia seharian.
Jenis Kemahiran
1. Komunikasi- pertukaran idea dan pemikiran menerusi tulisan dan lisan.
2. Kepekaan silang budaya- dapat bekerjasama dan memahami dalam pelbagai
budaya, tambahan pula di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.
3. Pelbagai bahasa- keupayaan untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa telah
memberikan kita keistimewaan.
4. Kemahiran mengurus - keupayaan membantu dan mengurus orang lain
melaksanakan, menyelesaikan konflik dan masalah.
5. Kerja berpasukan- Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu
matlamat dengan jayanya
6. Kreativiti- dapat menyumbangkan kreatif dan artistik dalam menyelesaikan
sesuatu masalah
7. Keupayaan untuk menyesuaikan diri- mempunyai kemampuan
untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan
8. Sifat empati- kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain
daripada pelbagai sudut.
9. Pengurusan stress- berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan
mengenal pasti punca stress
10.Etika bekerja- dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi.
11.Disiplinkan diri- dapat mengawal dan mengawal tingkah laku dalam kaunseling
dan hal peribadi.
12.Tanggungjawab- mempunyai aspirasi tahap akauntabiliti.
13.Pemikiran diskriminasi- keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran
yang berbeza.
14.Kemahiran tatabahasa- mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan
pandangan dan idea yang lebih baik.
15. Kemahiran analitikal- kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan
abstrak.
16.Ekonomi dan pengurusan- kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip
ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan.
17.Kemahiran matematik- keuapyaan untuk mengunakan dan mengaplikasikan
teori asas matwematik dalam kehidupan.
18.Kemahiran komputer- keupayaan untuk menggunakan komputer dalam
perkhidmatan kaunseling.
19.Telekomunikasi- keupayaan untuk menggunakn talian komunikasi sebagai alat
perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling.
CABARAN SISTEM PENDIDIKAN PADA ABAD KE-21
 Guru masih terikat dengan pengajaran yang berasaskan tradisional.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kurang diaplikasikan
dalam pendidikan terutamanya, di kawasan luar bandar.
 Kaedah seperti mengambil nota menggunakan kertas adalah contoh satu cara
yang menghalang perkembangan teknologi dalam pendidikan. Salah satu cara
untuk mengintegrasi teknologi dalam pendidikan adalah pengumpulan data dan
menganalisis perlulah menggunakan perisian.
 Sistem pendidikan pada masa ini yang sering berubah dari segi penilaian,
standard, kurikulum, pengajaran, pembangunan profesional. Sistem pendidikan
yang cekap dan sistematik perlulah diasaskan untuk memastikan sistem
pendidikan sepanjang hayat dapat diterapkan
Profesion Perguruan dari Kaca Mata "21st Century Skills"
Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta
sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara.
Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang
dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun
disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini
adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M
(membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.
Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai
kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :
1) Menguasai Pelbagai Bidang.
 Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi
menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini
kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik
berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja.
Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’
mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains
(Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi
memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang,
mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru
sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa
bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
2) Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.
 Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan
yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan
dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta
perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar
sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi
membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan
generasi yang berkualiti dan berkemahiran.
3) Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran dan Pembelajaran).
 Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi
berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu
menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah
berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang
mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centred)
 .Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini,
seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi
teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini
kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang
inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian
pelajar.
4) Menggunakan Teknologi Terkini.
 Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang
untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia
menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam
pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu
mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi
menyelesaikan urusan harian.
5) Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).
 Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan
masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di
samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus
menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam
hubungannya sesama insan.
Rujukan
=> http://www.ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_content&view=article&i
d=432:kemahiran-abad-21-tanggungjawab-pendidik-&catid=53:artikrl-
pilihan&Itemid=278
Rupa Bentuk Kurikulum Abad Ke-21
PENGENALAN
Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan
pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma
serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat
untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain.
Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara.
[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan]
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan
keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan.
Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan
(dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan
teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik
supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara
Malaysia.
Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan
dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya
merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat
sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka
dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar
dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus
pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan
kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
 kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
 kemahiran berkomunikasi secara berkesan
 kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
 kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
 kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
 kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
 kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut :
(a) Pembelajaran Koperatif
Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan
oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan.
Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat
keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli
kumpulan.
(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan
berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya
mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan
tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru.
(c) Pengembangan Kreativiti
Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir
secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-
kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan.
(d) Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran generik boleh guna dapat menyediakan tenaga pekerja yang
mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang
berketrampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang
kepada pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan
begitu mobile dan kerap bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi
peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.
(e) ‘Multilinggualism’
Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk
Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa
Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan
segala maklumat dalam pelbagai bahasa.
(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan.
Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi
identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral
tinggi.
(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di samping
nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab dan bermoral tinggi
mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan agama, akhlak dan
kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi
melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta
alam sekelilingnya.
(h) Pelbagai Kecerdasan
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai. Kesemua
potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple
Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic,
inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang
holistik dan seimbang.
(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar
Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu
mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk,
membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi
penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ORGANISASI KURIKULUM
Pendidikan Prasekolah
Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di samping menurut
'graded objectives' (konsep Mastery Learning) dan 'activity-based'. Program yang anjal,
(flexible) dan tidak formal. Proses pembelajaran secara tidak formal melalui konsep
bermain sambil belajar. Bermain-menjalankan aktiviti secara terancang dan tidak
tirancang (bebas) mengikut objektif yang disarankan dalam garis kurikulum.
Pembelajaran berlaku semasa aktiviti dijalnkan sama ada dalam bentuk pengalaman,
hasil kerja dan lain-lain. Penekanan kesediaan yan kukuh bagi kemahiran 3M
(membaca, menulis, mengira) melalui bermain. Ini merupakan kesediaan bagi kanak-
kanak yang akan menghadapi ujian diagnostik pada tahun 3 (program Lompat Kelas).
Kawalan harus dititikberatkan supaya gugu tidak mengajar 3M 'right away'.
Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1 dijalankan agar pengalaman
prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. Kemahiran yang telah dikuasai oleh kanak-
kanak prasekolah patut disambung di tahun 1, serta diulang dan dipulihkan pada tahun
1 jika kanak-kanak tidak menguasainya. Bagi mereka yang telah bersedia, pengukuhan
dijalankan untuk mngayakan pengalaman mereka di samping mengurangkan
kebosanan mempelajari perkara yang sama.
Pendidikan Rendah
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Keanjalan tempoh
belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintar menamatkan pendidikan
rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak yang kurang berkeupayaan dalam
tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun, umumnya, tempoh pendidikan rendah adalah 6
tahun.
Matlamat
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh dan seimbang. Aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani diperkembang ke arah melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.
Struktur Organisasi
Struktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen yang membantu
perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. Komponen-komponen yang
dicadangkan ialah :
 Komunikasi
 Matematik, sains dan teknologi
 Kerohanian, nilai dan sikap
 Kemanusiaan dan kesenian
 Perkembangan diri
 Kokurikulum
i. Komunikasi
Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur, membaca dan
menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalam bahasa pengantar sekolah
(Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Kemahiran-kemahiran asas
dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.
ii. Matematik, Sains dan Teknologi
Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik, kemahiran proses
sains dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberi perhatian.
iii. Kerohanian, Nilan dan Sikap
Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat. Pengetahuan
dan amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala.
iv. Kemanusiaan dan Kesenian
Ilmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan setempat dan
global didedahkan. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya appresiasi
dipupuk.
v. Perkembangan Diri
Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental. Perkembangan
mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah dan membuat keputusan
gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum.
vi. Kokurikulum
Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk pelbagai aktiviti. Keigatan-
kegiatan persatuan, sukan dan pasukan pakaian seragam dilanjutkan.
Oleh sebab tempoh persekolahan lebih anjal, dicadangkan supaya kandungan
kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut :
Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah]
Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan sederhana]
Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances)
Pendidikan Menengah
Pendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima tahun. Pelajar diberi peluang
bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supaya lebih bersedia untuk memasuki
pasaran pekerjaan. Ia memberi peluang murid-murid mengikuti beberapa jenis kursus
agar dalam tahun-tahun kesepuluh mereka boleh belajar berdasarkan bakat dan
kemampuan serta menentukan bidang pekerjaannya untuk masa depan.
Matlamat
Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu
secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah
melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan berketrampilan untuk
pembangunan negara.
Struktur Organisasi
Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu :
Kursus Peringkat Asas :
 Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif
 Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam
pekerjaan
Kursus Peringkat Umum
 Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan aplikasi
praktikal
 Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam
pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di peringkat
maktab/politeknik
Kursus Peringkat Tinggi
 Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal dan isi
kandungan kursus pengajian
 Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian tinggi
Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan
1. Kumpulan Teras
 Komunikasi
 Matematik, sains dan teknologi
 Kerohanian, nilai dan sikap
 Perkembangan diri
2. Kumpulan Elektif
Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alam pekerjaan.
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.
Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan
untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan
secara meluas.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan
dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multi media,
cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk
digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada
abad ke 21 dibantuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantukan
guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada
pelajar.
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi
komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas
dan tepat seperti INTERNET atau MULTIMEDIA atau HYPERMEDIA untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia
berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih
canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu
setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu
pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua
sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.
Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan penguasaan
pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan lebih
kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malah penggunaan CD-ROM dalam
menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu.
Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING
dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'.
Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan
mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan teknologi komputer
menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa yang sama mencari
suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas.
(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan
pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru
memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar
sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah.
Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan
berperanan sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina
dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya
bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya
sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan
meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru
di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang
pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar.
Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan
amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar.
(c) Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam
pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah
dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi.
Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
mengambil kira faktor-faktor berikut :
 Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari
seminggu)
 Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
 Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk
pelajar
 Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
 Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui
struktur modular
 Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi
objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas
pelajar.
(d) Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam
bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini
disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang
disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di
institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut
tahap kebolehan pelajar.
(e) Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu
perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian
diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya
kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.
(f) 'Tracking' dan 'Banding'
Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam
beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau
kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding
iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut
kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh
mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik
Tahun 2.
(g) Sistem Kredit
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk
menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian.
Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan,
kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran
yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.
PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap
penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan
pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur
dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar.
(a) Penilaian Berasaskan Sekolah
Sekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya sendiri. Ini
memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaian muridnya.
Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. Pelajar cemerlang akan naik ke tahap
yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana dan lemah diberi tindakan susulan
melalui program pemulihan dan pengayaan.
(b) Penilaian Berterusan
Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benar sudah
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery learning). Penilaian
bertgerusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan pelajar supaya kelemahan pelajar
diatasi dan tidak terhimpun sehingga akhir pembelajaran.
(c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen, selain daripada
pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjek perlu diberi penekanan
untuk menilai sama ada pelajar benar-benar mengetahui dan menguasai subjeknya.
Misalnya dalam subjek Pengajian Kejuruteraan Awam, elemen-elemen seperti
kebolehan berkomunikasi, kebolehan mereka (design), kebolehan praktik, kebolehan
menyiasat, kebolehan mengurus dan kebolehan membuat anggara dinilai bersama
dengan pengetahuan.
(d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil
Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai. Sekarang ini
penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpa mengambilkira prosesnya. Sebagai
contoh jika seseorang murid dikehendaki membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai
penyelia, guru perlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempoh
praktikalnya. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan dan bidang yang
dinilai.
(e) 'Authentic Assessment'
'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai mengikut perilaku yang
dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa yang dikehendaki daripada mereka
dan bagaimana mereka akan dinilai. Penilaian ini menonjolkan kekuatan murid-murid
dan intergrasi antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber.
Satu penilaian individu dan rakan sebaya menggunakan folio, ujian amali dan penilaian
berasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep, pengetahuan dan kemahiran berfikir
yang tinggi.
(f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh diukur
ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada sesuatu peringkat
persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran menerangkan tahap pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai. Kriteria-kriteria tahap penguasaan
dikenalpasti dan penilaian menggunakan Ujian Rujukan Kriteria (CRT).
(g) 'Bench Marking'
'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil, proses dan prestasi
ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan tinggi. Penilaian dibuat secara
berterusan sehinggalah pelajar sudah dapat mencapai satu tahap penguasaan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaannya. Tahap pencapaian
boleh ditetapkan di peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun negara.
(h) Ujian / Peperiksaan Secara On-Line
Ujian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang dibuat berdasarkan
kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Peratusan pelajar yang dapat mencapai
atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi petunjuk kepada kualiti
pembelajaran. Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa tinggi, pelajar digalakkan
menduduki ujian penilaian apabila mereka sudah bersedia dan sudah menguasai hasil
pembelajaran yang ditetapkan.
PERANAN GURU DALAM MENUJU ‘21ST CENTURY SKILL’ DALAM PENDIDIKAN
Bertindak sebagai penyebar ilmu
 Fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah.Para guru
haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas,
sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan
menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di
sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu.
Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu
kepada para pelajar bagi melahirkan insane dan warganegara yang berilmu.
Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi
pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial)
bagi mencapai pendidikan bertaraf alaf 21.
Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

 Nilai merupakan criteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Setiap guru
harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai
nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama,
terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibubapa kedua kepada
murid-murid, segala nilai dan tingkahlaku guru menjadi contoh teladan kepada
para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak
langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Guru yang beriltizam akan menjadi
role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan
akan dapat memupuk beberapa cirri peribadi yang positif melalui amalan-
amalannya di dalam bilik darjah.
Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu
 iLmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta
semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua
aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal Ilmu
perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati,
berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman
baru. Dalam P&P, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab
murid, serta member petunjuk kearah kebenaran sebagai seorang pengamal
ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi criteria utama dan harus
dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya.
Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu
matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi
teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.
Mengamalkan kemahiran profesional
 Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru
yang mempunyai kemahiran professional serta kecerdasan emosi yang tinggi
memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,
berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara
Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf alaf ke-21. Antara kemahiran yang
perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar
mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan
pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual
tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan
 Untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap
inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang professional juga sentiasa mengikuti
perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan
pengetahuan dan kemahiran P&P guru. Dalam konteks ini, guru hendaklah
melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk
memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi
pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan
internet sebagai P&P. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat
(ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment)
yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan
ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop
publishing, dan graphing.
Mengamalkan pengajaran efektif
 Ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian
pengajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan,
pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu,
mengenal pasti objektif pengajaran merupakan salah satu cirri kualiti pengajaran
yang diperlukan dalam perancangan. Selanjutnya menyokong pendapat ini
dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif
pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus
mempunyai kemahiran dalam memilih strategi P&P yang sesuai kerana ia
merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti P&P juga mahir dalam
penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran
dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar
yang sesuaiakan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian
objektifnya secara optimum.
Pelaksanaan pengajaran
 Peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan
pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi
kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri
dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran,
merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk
mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubah suaian dalam rancangan
mengajar.
Penilaian pengajaran
 Penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk
mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu
objektif P&P. Oleh itu, pendidik disarankan supaya membuat penilaian dan
menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan
menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh member pengalaman
pembelajaran kepada masing-masing.

More Related Content

What's hot

RPH PEND AGAMA tahun 4 BERSUCI
RPH PEND AGAMA  tahun 4  BERSUCIRPH PEND AGAMA  tahun 4  BERSUCI
RPH PEND AGAMA tahun 4 BERSUCIismailsktb12
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeAsyrafRidzuan
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan KurikulumArthur Jupong
 
Laluan kerjaya guru
Laluan kerjaya guruLaluan kerjaya guru
Laluan kerjaya guruharleyhanis
 
Rancangan pengajaran permainan bola tampar
Rancangan pengajaran permainan bola tamparRancangan pengajaran permainan bola tampar
Rancangan pengajaran permainan bola tamparMein Za
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin SekolahPelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin SekolahMohd Abdul Nasir
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996yim96kim
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRirna zuzy
 
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Zuelaikha Rahim
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
Unit 13 (persediaan sebagai guru)
Unit 13 (persediaan sebagai guru)Unit 13 (persediaan sebagai guru)
Unit 13 (persediaan sebagai guru)Yayasan Negeri
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaanshare with me
 

What's hot (20)

RPH PEND AGAMA tahun 4 BERSUCI
RPH PEND AGAMA  tahun 4  BERSUCIRPH PEND AGAMA  tahun 4  BERSUCI
RPH PEND AGAMA tahun 4 BERSUCI
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Laluan kerjaya guru
Laluan kerjaya guruLaluan kerjaya guru
Laluan kerjaya guru
 
Rancangan pengajaran permainan bola tampar
Rancangan pengajaran permainan bola tamparRancangan pengajaran permainan bola tampar
Rancangan pengajaran permainan bola tampar
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin SekolahPelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
 
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis3
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Unit 13 (persediaan sebagai guru)
Unit 13 (persediaan sebagai guru)Unit 13 (persediaan sebagai guru)
Unit 13 (persediaan sebagai guru)
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
 

Similar to Pelajar guru 21st century

Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Nor Saidah
 
5125-12285-1-SM.pdf
5125-12285-1-SM.pdf5125-12285-1-SM.pdf
5125-12285-1-SM.pdfIrwan233605
 
MEMBEDAH KISI KISI UP TKI - 2020/2021
MEMBEDAH KISI KISI UP TKI - 2020/2021MEMBEDAH KISI KISI UP TKI - 2020/2021
MEMBEDAH KISI KISI UP TKI - 2020/2021Walid Umar
 
Hmef5083
Hmef5083Hmef5083
Hmef5083latiba
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Deny HY
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisLSP3I
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypesahronzulkepli
 
keperluan perubahan abad21
keperluan perubahan abad21keperluan perubahan abad21
keperluan perubahan abad21Jaf Hussin
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanGayatri Gayu
 
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.pdf
Pentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.pdfPentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.pdf
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.pdfZukét Printing
 
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.docx
Pentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.docxPentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.docx
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.docxZukét Printing
 
Perubahan mindset dalam Kurikulum 2013
Perubahan mindset dalam Kurikulum 2013Perubahan mindset dalam Kurikulum 2013
Perubahan mindset dalam Kurikulum 2013kurtilas789
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullazryna81
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21Kau Ilhamku
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21bibahfayyadh
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21bibahfayyadh
 

Similar to Pelajar guru 21st century (20)

Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
5125-12285-1-SM.pdf
5125-12285-1-SM.pdf5125-12285-1-SM.pdf
5125-12285-1-SM.pdf
 
MEMBEDAH KISI KISI UP TKI - 2020/2021
MEMBEDAH KISI KISI UP TKI - 2020/2021MEMBEDAH KISI KISI UP TKI - 2020/2021
MEMBEDAH KISI KISI UP TKI - 2020/2021
 
Hmef5083
Hmef5083Hmef5083
Hmef5083
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skype
 
keperluan perubahan abad21
keperluan perubahan abad21keperluan perubahan abad21
keperluan perubahan abad21
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
 
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.pdf
Pentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.pdfPentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.pdf
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.pdf
 
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.docx
Pentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.docxPentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.docx
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.docx
 
Perubahan mindset dalam Kurikulum 2013
Perubahan mindset dalam Kurikulum 2013Perubahan mindset dalam Kurikulum 2013
Perubahan mindset dalam Kurikulum 2013
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
 
Wawasan guru
Wawasan guruWawasan guru
Wawasan guru
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21
 

Recently uploaded

Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxDewiUmbar
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 

Pelajar guru 21st century

  • 1. PELAJAR - GURU - PENDIDIKAN "21st Century Skills" KEMAHIRAN ABAD KE-21  Kemahiran abad ke-21 ialah belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dan menyumbang menerusi teknologi adalah kemahiran penting dalam pendidikan berasaskan pengetahuan. Kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21:  Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)  Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)  Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills) Aspek dalam kemahiran abad ke-21 ialah : 1. Cara pemikiran baru - Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan pembelajaran. 2. Cara bekerja - Komunikasi dan kerjasama Alat untuk bekerja. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (Information, Communications and Technology) (ICT Literacy) 3. Kemahiran untuk hidup di dunia - Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan sosial. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri, berinisiatif dan mempunyai haluan diri. Kemahiran sosial dan antara-budaya. Produktiviti dan akauntabiliti. Kepimpinan dan tanggungjawab
  • 2. Ciri-Ciri Guru Abad ke-21  Menguasai pelbagai bidang. Seorang guru memerlukan ilmu yang pelbagai untuk menjadikan mereka berkebolehan dalam semua bidang yang diceburi dan bidang yang tidak diceburinya. Seseorang guru itu perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contohnya, seorang guru yang mengajar subjek sejarah juga memerlukan ilmu pengajaran dalam subjek lain. Bagi memastikan pendidik menguasai semua bidang ia memerlukan pendidik tersebut mengaplikasi pembelajaran secara berterusan untuk membolehkan pendidik tersebut bersedia menghadapi sebarang perubahan dalam dunia pendidikan yang selaras dengan era pemodenan masa ini.  Mengikut perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan. Perkembangan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia pendidikan perlu dikuasai oleh pendidik untuk memastikan profesion perguruan dapat dijalankan dengan lancer melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi melahirkan generasi berkualiti seorang pendidik perlulah mempunyai sifat berwibawa dengan memahami dengan dasar-dasar seperti sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT).  Mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Seorang pendidik perlu mempunyai kemahiran pedagogi untuk melahirkan generasi yang berkemahiran abad ke 21. Kemahiran pedagogi ini bukan sahaja berasakan pengalaman ia juga memerlukan seorang pendidik mempunyai kemahiran dalam mengaplikasi pedagogi berbentuk inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh menggunakan alat bantuan mengajar seperti komputer. Kaedah ini member kesan positif kepada perkembangan dan prestasi pelajar.  Menggunakn teknologi terkini. Dunia sekarang adalah dunia teknologi. Seorang pendidik juga harus seiring dengan perkembangan dunia teknologi ini untuk membolehkan diri mereka bersedia dalam penguasaan dan penggunaan
  • 3. teknologi semasa. Penguasaan ini bukan sahaja diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan seharian.  Menerapkan nilai-nilai murni(akhlak). Pendedahan teknologi pendidik juga perlulah selari dengan penerapan nilai-nilai murni. Seorang pendidik perlulah beretika untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara, ia juga penting dalam menjaga hubungan sesama manusia. Ciri-Ciri Pelajar Abad ke-21 Berupaya membuat hubung kait Bijak menyoal Yakin berkomunikasi Mengambil risiko Dahagakan ilmu Perasaaan ingin tahu Dapat menjana idea Fleksibel Tidak mudah berputus asa Dapat mendengar dan membuat refleksi Berkemahiran kritis Menguasai kemahiran literasi Murid berani mencuba Mampu berfikir sendiri Mampu membuat perubahan Mampu bekerja dengan orang lain Berintegriti Berkeperibadian tinggi
  • 4. KEMAHIRAN BARU YANG DIPERLUKAN DALAM ABAD KE-21 Kajian tentang kemahiran dan tahap kompentasi talah dilakukan oleh D’Andrea dan Daniels(2002) mengatakan bahawa mahasisiwa memerlukan kemahiran baru untuk lebih berjaya dalam dunia pendidikan mahupun dunia seharian. Jenis Kemahiran 1. Komunikasi- pertukaran idea dan pemikiran menerusi tulisan dan lisan. 2. Kepekaan silang budaya- dapat bekerjasama dan memahami dalam pelbagai budaya, tambahan pula di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. 3. Pelbagai bahasa- keupayaan untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa telah memberikan kita keistimewaan. 4. Kemahiran mengurus - keupayaan membantu dan mengurus orang lain melaksanakan, menyelesaikan konflik dan masalah. 5. Kerja berpasukan- Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat dengan jayanya 6. Kreativiti- dapat menyumbangkan kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah 7. Keupayaan untuk menyesuaikan diri- mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan 8. Sifat empati- kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain daripada pelbagai sudut. 9. Pengurusan stress- berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti punca stress 10.Etika bekerja- dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi. 11.Disiplinkan diri- dapat mengawal dan mengawal tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi. 12.Tanggungjawab- mempunyai aspirasi tahap akauntabiliti.
  • 5. 13.Pemikiran diskriminasi- keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza. 14.Kemahiran tatabahasa- mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik. 15. Kemahiran analitikal- kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan abstrak. 16.Ekonomi dan pengurusan- kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan. 17.Kemahiran matematik- keuapyaan untuk mengunakan dan mengaplikasikan teori asas matwematik dalam kehidupan. 18.Kemahiran komputer- keupayaan untuk menggunakan komputer dalam perkhidmatan kaunseling. 19.Telekomunikasi- keupayaan untuk menggunakn talian komunikasi sebagai alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling. CABARAN SISTEM PENDIDIKAN PADA ABAD KE-21  Guru masih terikat dengan pengajaran yang berasaskan tradisional. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kurang diaplikasikan dalam pendidikan terutamanya, di kawasan luar bandar.
  • 6.  Kaedah seperti mengambil nota menggunakan kertas adalah contoh satu cara yang menghalang perkembangan teknologi dalam pendidikan. Salah satu cara untuk mengintegrasi teknologi dalam pendidikan adalah pengumpulan data dan menganalisis perlulah menggunakan perisian.  Sistem pendidikan pada masa ini yang sering berubah dari segi penilaian, standard, kurikulum, pengajaran, pembangunan profesional. Sistem pendidikan yang cekap dan sistematik perlulah diasaskan untuk memastikan sistem pendidikan sepanjang hayat dapat diterapkan Profesion Perguruan dari Kaca Mata "21st Century Skills" Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :
  • 7. 1) Menguasai Pelbagai Bidang.  Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran. 2) Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.  Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran. 3) Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran dan Pembelajaran).  Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centred)  .Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar. 4) Menggunakan Teknologi Terkini.
  • 8.  Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian. 5) Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).  Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungannya sesama insan. Rujukan => http://www.ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_content&view=article&i d=432:kemahiran-abad-21-tanggungjawab-pendidik-&catid=53:artikrl- pilihan&Itemid=278 Rupa Bentuk Kurikulum Abad Ke-21 PENGENALAN Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. [ Malaysia Melangkah Ke Hadapan]
  • 9. Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa. FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-  kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif  kemahiran berkomunikasi secara berkesan  kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni  kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan  kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat  kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain  kemahiran kepimpinan dan pengurusan Dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut :
  • 10. (a) Pembelajaran Koperatif Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. (b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru. (c) Pengembangan Kreativiti Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti- kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan. (d) Kemahiran Generik Kemahiran-kemahiran generik boleh guna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerap bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan. (e) ‘Multilinggualism’ Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa. (f) Patriotisme dan Ketatanegaraan
  • 11. Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi. (g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab dan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta alam sekelilingnya. (h) Pelbagai Kecerdasan Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai. Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang. (i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ORGANISASI KURIKULUM Pendidikan Prasekolah Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di samping menurut 'graded objectives' (konsep Mastery Learning) dan 'activity-based'. Program yang anjal, (flexible) dan tidak formal. Proses pembelajaran secara tidak formal melalui konsep bermain sambil belajar. Bermain-menjalankan aktiviti secara terancang dan tidak tirancang (bebas) mengikut objektif yang disarankan dalam garis kurikulum. Pembelajaran berlaku semasa aktiviti dijalnkan sama ada dalam bentuk pengalaman, hasil kerja dan lain-lain. Penekanan kesediaan yan kukuh bagi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) melalui bermain. Ini merupakan kesediaan bagi kanak- kanak yang akan menghadapi ujian diagnostik pada tahun 3 (program Lompat Kelas). Kawalan harus dititikberatkan supaya gugu tidak mengajar 3M 'right away'.
  • 12. Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1 dijalankan agar pengalaman prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. Kemahiran yang telah dikuasai oleh kanak- kanak prasekolah patut disambung di tahun 1, serta diulang dan dipulihkan pada tahun 1 jika kanak-kanak tidak menguasainya. Bagi mereka yang telah bersedia, pengukuhan dijalankan untuk mngayakan pengalaman mereka di samping mengurangkan kebosanan mempelajari perkara yang sama. Pendidikan Rendah Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Keanjalan tempoh belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintar menamatkan pendidikan rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak yang kurang berkeupayaan dalam tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun, umumnya, tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun. Matlamat Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh dan seimbang. Aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembang ke arah melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Struktur Organisasi Struktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen yang membantu perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. Komponen-komponen yang dicadangkan ialah :  Komunikasi  Matematik, sains dan teknologi  Kerohanian, nilai dan sikap  Kemanusiaan dan kesenian  Perkembangan diri  Kokurikulum
  • 13. i. Komunikasi Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalam bahasa pengantar sekolah (Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan. ii. Matematik, Sains dan Teknologi Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik, kemahiran proses sains dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberi perhatian. iii. Kerohanian, Nilan dan Sikap Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat. Pengetahuan dan amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala. iv. Kemanusiaan dan Kesenian Ilmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan setempat dan global didedahkan. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya appresiasi dipupuk. v. Perkembangan Diri Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental. Perkembangan mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah dan membuat keputusan gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum. vi. Kokurikulum Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk pelbagai aktiviti. Keigatan- kegiatan persatuan, sukan dan pasukan pakaian seragam dilanjutkan. Oleh sebab tempoh persekolahan lebih anjal, dicadangkan supaya kandungan kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut : Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah] Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan sederhana] Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances) Pendidikan Menengah Pendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima tahun. Pelajar diberi peluang bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supaya lebih bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ia memberi peluang murid-murid mengikuti beberapa jenis kursus agar dalam tahun-tahun kesepuluh mereka boleh belajar berdasarkan bakat dan kemampuan serta menentukan bidang pekerjaannya untuk masa depan. Matlamat Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah
  • 14. melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan berketrampilan untuk pembangunan negara. Struktur Organisasi Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu : Kursus Peringkat Asas :  Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif  Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan Kursus Peringkat Umum  Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan aplikasi praktikal  Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di peringkat maktab/politeknik Kursus Peringkat Tinggi  Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal dan isi kandungan kursus pengajian  Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian tinggi Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan 1. Kumpulan Teras  Komunikasi  Matematik, sains dan teknologi  Kerohanian, nilai dan sikap  Perkembangan diri 2. Kumpulan Elektif Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alam pekerjaan. PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
  • 15. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multi media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantukan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. (a) Teknologi Maklumat/Komputer Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti INTERNET atau MULTIMEDIA atau HYPERMEDIA untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malah penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu. Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan teknologi komputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. (b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.
  • 16. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. (c) Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut :  Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)  Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer  Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar  Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu  Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular  Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar. (d) Pendekatan Modular Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan. Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar. (e) Mastery Learning
  • 17. Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran. (f) 'Tracking' dan 'Banding' Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2. (g) Sistem Kredit Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan. PENILAIAN Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar. (a) Penilaian Berasaskan Sekolah Sekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya sendiri. Ini memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaian muridnya. Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. Pelajar cemerlang akan naik ke tahap yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana dan lemah diberi tindakan susulan melalui program pemulihan dan pengayaan. (b) Penilaian Berterusan
  • 18. Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery learning). Penilaian bertgerusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan pelajar supaya kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehingga akhir pembelajaran. (c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen, selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjek perlu diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benar mengetahui dan menguasai subjeknya. Misalnya dalam subjek Pengajian Kejuruteraan Awam, elemen-elemen seperti kebolehan berkomunikasi, kebolehan mereka (design), kebolehan praktik, kebolehan menyiasat, kebolehan mengurus dan kebolehan membuat anggara dinilai bersama dengan pengetahuan. (d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai. Sekarang ini penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpa mengambilkira prosesnya. Sebagai contoh jika seseorang murid dikehendaki membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai penyelia, guru perlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempoh praktikalnya. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan dan bidang yang dinilai. (e) 'Authentic Assessment' 'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai mengikut perilaku yang dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa yang dikehendaki daripada mereka dan bagaimana mereka akan dinilai. Penilaian ini menonjolkan kekuatan murid-murid dan intergrasi antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. Satu penilaian individu dan rakan sebaya menggunakan folio, ujian amali dan penilaian berasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang tinggi. (f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes) Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh diukur ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada sesuatu peringkat persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran menerangkan tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai. Kriteria-kriteria tahap penguasaan dikenalpasti dan penilaian menggunakan Ujian Rujukan Kriteria (CRT). (g) 'Bench Marking' 'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan tinggi. Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah pelajar sudah dapat mencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaannya. Tahap pencapaian boleh ditetapkan di peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun negara. (h) Ujian / Peperiksaan Secara On-Line
  • 19. Ujian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang dibuat berdasarkan kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Peratusan pelajar yang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi petunjuk kepada kualiti pembelajaran. Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa tinggi, pelajar digalakkan menduduki ujian penilaian apabila mereka sudah bersedia dan sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. PERANAN GURU DALAM MENUJU ‘21ST CENTURY SKILL’ DALAM PENDIDIKAN Bertindak sebagai penyebar ilmu  Fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah.Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insane dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf alaf 21. Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model 
  • 20.  Nilai merupakan criteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Setiap guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibubapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkahlaku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa cirri peribadi yang positif melalui amalan- amalannya di dalam bilik darjah. Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu  iLmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal Ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru. Dalam P&P, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta member petunjuk kearah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi criteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. Mengamalkan kemahiran profesional
  • 21.  Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran professional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf alaf ke-21. Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan  Untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang professional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran P&P guru. Dalam konteks ini, guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai P&P. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing. Mengamalkan pengajaran efektif  Ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenal pasti objektif pengajaran merupakan salah satu cirri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi P&P yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti P&P juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuaiakan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.
  • 22. Pelaksanaan pengajaran  Peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubah suaian dalam rancangan mengajar. Penilaian pengajaran  Penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif P&P. Oleh itu, pendidik disarankan supaya membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh member pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.