SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
1.0 PENDIDIKAN ABAD KE -21




        Pendidikan adalah merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh semua

lapisan masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha untuk membangunkan

generasi alaf baru seiring dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Matlamat untuk

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic

excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini memerlukan

usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya

ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat memperoleh status "World Class Education" (Pendidikan

Bertaraf Dunia).

        Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangan

dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti,

kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat

antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’

bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang dalam cabaran untuk mempelopori

perubahan dan kemajuan dinamik dalam membangunkan sektor pendidikan iaitu terdiri

daripada:

  i.    Pembangunan tenaga manusia

  ii.   Kepesatan pertumbuhan ekonomi

 iii.   Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

 iv.    Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat


                                                1
v.    Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

 vi.   Pembangunan teknologi dan sains




1.1 Cabaran Alaf Baru




       Pendidikan   abad   ke-21   merupakan       satu   transformasi   yang   dilakukan   dalam

memperbaharui taraf pendidikan sedia ada yang mana sistem pendidikan abad ke-21 adalah

lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam menangani dunia yang semakin

pesat membangun, pendidikan harus di struktur semula untuk memenuhi keperluan pelajar

dalam dunia abad ke-21. Sebagai contoh, setiap sekolah perlu didedahkan dengan kurikulum

berasaskan projek berkaitan kehidupan bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam menangani

masalah dunia sebenar dan isu-isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu

bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan

persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan individu, keperluan

masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha penambahbaikan dan

perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi keperluan semasa. Ini

membolehkan pelajar sentiasa didedahkan dengan perkara-perkara yang berada di sekeliling

mereka.




       Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka negara kita juga

tidak terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam bidang pendidikan. Tuntutan abad

ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Malah, abad Ke


                                               2
21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan

menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam “open sky technology ”

membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia

yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan

pantas. Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi

komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul,

menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat

seperti Internet Atau Multimedia Atau Hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia

berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih

sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.




       Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, penggunaan teknologi komputer

menyemarakkan pengetahuan pelajar untuk menyusun maklumat dan pada masa yang sama

mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Oleh itu, semua sekolah di Malaysia

akan dihubungkan antara satu sama lain melalui Jaring dan seterusnya Internet. Dengan

adanya teknologi pendidikan abad 21 membolehkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran

secara ‘global classroom'. Di sini mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang

apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia.




       Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat serta

negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain seperti Amerika dan


                                              3
Jepun. Seperti yang kita ketahui, dengan perkembangan zaman maklumat ini, ia telah memberi

ruang kepada kita untuk memperolehi pengetahuan secara mudah dan cepat. Selain itu juga, ia

turut memberi peluang kepada kita mengembangkan bakat yang sedia ada serta potensi

melalui kemahiran teknologi ini serta memberi mereka peluang dalam mengikuti pendidikan

sepanjang hayat. Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja.




       Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti

hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan

ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya

maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur

dan murni (termasuk penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan

keterampilan.




       Dalam menentukan pendidikan berkualiti tersebut dapat direalisasikan, maka para

pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut iaitu para guru

haruslah menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketerampilan dalam pedagogi

(pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka,

memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), memiliki kemahiran kaunseling,

menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan

mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan

terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.




                                               4
Dalam memenuhi tuntutan globalisasi abad ke-21, sistem pendidikan negara juga sering

melaksanakan lonjakan dengan menyediakan satu sistem pendidikan yang berkualiti kerana

kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia perlu terus berkembang

supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang kian meningkat dan juga dapat bersaing dengan

negara lain yang setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini memerlukan pesaing yang

mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, atas daya maju

yang tinggi, Kementerian telah bekerja keras untuk membina Pelan Pembangunan Pendidikan

melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta pelibatan meluas pihak awam.

       Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dan

cabaran yang bakal ditempuhi, Pelan ini bermatlamat mengukuhkan visi dan aspirasi sistem

pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025. Pelan ini juga menyediakan hala tuju dasar dan

inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi mencapai matlamat sistem

pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua. Bagi

memperkemaskan sistem pendidikan negara dalam menghadapi arus globalisasi ini,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif memperkasakan sekolah-

sekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-

2010 (Malaysia, 2007) yang telah diperkenalkan yang menjuruskan kepada beberapa aspirasi

antaranya ialah bagi mewujudkan sekolah kebangsaan yang mampu menyediakan generasi

masa hadapan yang bersaing di persada antarabangsa. Selaras dengan perkembangan

teknologi pula, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan seperti Projek Rintas

Sekolah Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan,

Pembekalan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran, pengenalan mata pelajaran ICT, latihan


                                             5
ICT untuk guru-guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam Pendidikan ( Nor Asikin,

2009) .




           Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Taklimat Perkembangan Baru

Pendidikan 2010-2012, Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang dasar-dasar baru yang

dilakukan oleh kerajaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani perubahan

dan cabaran baru di peringkat global. Salah satu dasar yang baru diumumkan oleh menteri

pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pelaksanaan Transformasi kurikulum bagi

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih kreatif dan

inovatif    serta   mampu   menarik   minat   pelajar-pelajar.   Pelan   ini   memfokuskan   cara

membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan

secara berterusan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, proses pembelajaran ini lebih

mementingkan interaksi di antara murid, guru dan rakan sekelas yang diharap membantu

percambahan idea yang kreatif dan inovatif. Tambah beliau lagi budaya kreativiti dan inovasi

juga boleh dipupuk melalui bengkel, seminar dan pertandingan.




           Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif ini adalah

bermula daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek budaya berfikir dan penjanaan

ilmu. Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan pendidikan sempurna dan

lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memberi sumbangan kepada diri dan

masyarakat. Transformasi pendidikan diteruskan lagi dengan wujudnya Pelan Pembangunan




                                                6
Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Blueprint) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan

strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.




         Melalui pelan itu, penekanan akan diberi kepada melengkapkan generasi muda dengan

enam kualiti iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran

dwibahasa, etika dan kerohanian serta memiliki identiti kebangsaan melalui 3 Gelombang

Transformasi iaitu dalam Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki

sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas, Gelombang 2

(2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem dan Gelombang 3 (2021-2025) ke

arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Menurut YAB Dato’ Seri Mohd Najib

bin Tun Abdul Razak (2012), bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran

global yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan

transformasi sistem pendidikan yang menyeluruh”.




2.0 KEMAHIRAN ABAD KE -21


Dalam menuju ke arah pendidikan abad ke-21, pelbagai kemajuan yang dikecapi oleh setiap

individu secara global mahupun local. Profesion perguruan adalah yang bertanggungjawab

dalam melaksanakan dasar sistem pendidikan yang berpandukan Falsafah Pendidikan Negara

(FPN).    Dalam menjana dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu juga, FPN juga memberi penekanan kepada

kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), sejajar dengan itu juga kemahiran baru




                                             7
seperti sains dan teknologi, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal

juga amat penting di era ini.


       Bagi mencapai dan merealisasikan pelan-pelan pendidikan yang telah diuar-uarkan oleh

Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj.

Muhyiddin Yassin dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Beliau telah

menekankan bahawa kesamarataan pendidikan kepada setiap murid yang berada di Malaysia,

tidak kira di mana kedudukan geografinya, budayanya dan bangsanya, serta sosio ekonominya.

Kualiti pendidikan yang diterima dan bangunkan adalah berdasarkan kualiti pengajaran yang

berkesan untuk mentransformasi pendidikan ke arah abad ke-21. Menurut beliau lagi,

kementerian     beriltizam      untuk   meningkatkan   kualiti   pengajaran   sekolah   dengan

memperkukuhkan amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti

dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.


       Dalam membentuk sesuatu persekitaran yang baru bagi menghasilkan satu alaf yang

baru yang memerlukan anjakan, maka persediaan yang secukupnya amat penting bagi semua

komponen yang mengambil bahagian dalam pendidikan secara langsung mahupun tidak

langsung. Maka bukan sahaja kementerian, institusi persekolahan dan pelajar yang bertungkus-

lumus dalam merealisasikan idea-idea ini, namun, keprihatinan daripada pihak ibu bapa juga

memberi kesan yang besar dalam perubahan menuju pendidikan abad ke-21. Antara anjakan

yang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah seperti

kesamarataan akses dalam pendidikan bertaraf antarabangsa, melahirkan rakyat Malaysia

yang menghayati nilai, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, memastikan pemimpin



                                                8
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah dan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan

kualiti pembelajaran di Malaysia.


        Sebagai menyahut baik anjakan transformasi sistem pendidikan ini, kemahiran abad ke-

21 secara tidak langsung dititik beratkan oleh kementerian bagi mencapai tujuan pelan dan

melahirkan generasi pemangkin negara yang ideal. Menurut kajian yang dijalankan oleh

D’Andrea dan Daniels (2002), mendapati bahawa standard pelajar di abad ke-21 adalah

memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia pendidikan

dan juga kehidupan seharian. Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam

menghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global. Justeru itu

juga, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajaran

kolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi pemikiran

aras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk mengsintesis dan menilai maklumat dalam

menyelesaikan masalah.




        Kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dapat dinyatakan secara umum adalah seperti

jadual berikut :-




N             Jenis Kemahiran                                Huraian

o


                                              9
1.   Komunikasi                       Pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan

                                      tulisan
2.   Kepekaan Silang Budaya           Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai

                                      budaya
3.   Pelbagai Bahasa                  Keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan lebih

                                      dari satu bahasa
4.   Kemahiran Mengurus               Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang

                                      lain melaksanakan, menyelesaikan masalah dan

                                      konflik
5.   Kerja Berpasukan                 Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk

                                      mencapai sesuatu matlamat
6.   Kreativiti                       Dapat menyumbangkan pemikiran yang berbentuk

                                      kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu

                                      masalah
7.   Keupayaan Untuk Menyesuaikan     Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan

     Diri                             menyesuaikan diri dengan perubahan
8.   Empati                           Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea

                                      orang lain dari sudut pandangan mereka
9.   Pengurusan Stress (Relaxation)   Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan

                                      mengenal pasti punca stress
10. Etika Kerja                       Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang

                                      baik dan tinggi
11. Disiplin Diri                     Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam

                                      kaunseling dan hal peribadi
12. Tanggungjawab                     Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap

                                      akauntabiliti yang tinggi
                                           10
13. Pemikiran Diskriminatif              Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan

                                         pemikiran yang berbeza
14. Kemahiran Tatabahasa                 Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan

                                         pandangan dan idea yang lebih baik
15. Kemahiran Analitikal                 Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik

                                         dan abstrak
16. Ekonomi & Perniagaan                 Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip

                                         ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan
17. Kemahiran Matematik                  Keupayaan untuk menggunakan dan

                                         mengaplikasikan teori asas matematik dalam

                                         kehidupan
18. Kemahiran Komputer                   Keupayaan untuk menggunakan computer dalam

                                         perkhidmatan kaunseling
19. Telekomunikasi                       Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi

                                         sebagai satu alat perhubungan dalam perkhidmatan

                                         kaunseling




       Selain itu juga, elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 adalah

kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, komunikasi dan kolaborasi,

literasi maklumat, literasi media, literasi teknologi maklumat dan komunikasi, keupayaan

menyesuaikan diri (fleksibiliti), produktiviti dan akauntibiliti serta bertanggungjawab. Elemen-

elemen ini telah lama wujud secara semula jadi bagi setiap individu, namun, kemahiran tersebut

memerlukan peneguhan yang konsisten dan lebih jelas tujuannya. Kemahiran-kemahiran ini

adalah subjektif, pengukuhan yang diberi adalah untuk membentuk perihal yang lebih

                                              11
sistematik. Sebagai contoh, dalam mendedahkan pelajar dalam dunia siber yang berteraskan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), nilai-nilai positif seharusnya ditekankan bagi

menerapkan kesedaran di kalangan mereka.


       Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap

ICT, berbanding dahulu di mana literasi Cuma merangkumi membaca, menulis dan mengira,

manakala di abad 21 ini melibatkan literasi digital. Guru-guru memainkan peranan dalam

membimbing pelajar-pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian

yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga dapat

memberi kesedaran secara global kepada era digital sepatutnya mudah dicapai dan

seharusnya meningkat. Dalam mencetuskan pendidikan abad ke-21, ‘softskill’ amat diperlukan

untuk memudahkan mereka berkomunikasi dalam perbincangan yang menggalakkan mereka

berinteraksi sesama mereka. Komunikasi interaktif bukan sahaja berlaku secara bersemuka

(face to face) pada hari ini, bahkan komunikasi tersebut berlanjutan sehingga ke alam maya

seperti dalam facebook dan edmodo.


       Di samping itu juga, dengan ada nya gabungan kemahiran-kemahiran di atas juga dapat

menyatukan masyarakat majmuk di negara kita, seterusnya dapat mewujudkan gagasan 1

Malaysia yang berilmu dan bermatlamat yang futuristic. Kita sememangnya tidak dapat

merealisasikan sesebuah sistem pendidikan yang ideal tanpa tunggak utama barisan pendidik.

Bagi mencapai hasrat negara membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21,

seseorang guru itu perlu komited dalam menguasai pelbagai bidang ilmu bagi menjadikan

mereka relevan dan sesuai dengan arus perubahan yang berlaku. Selain itu, guru juga perlulah

mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan semasa, mahir dalam pedagogi
                                             12
seperti menggunakan teori konstruktivisme dan tidak terlalu bergantung kepada guru (teacher

centered). Guru juga mestilah melengkapkan diri dengan persediaan yang terkini dalam

penggunaan teknologi terkini dan penerapan nilai-nilai murni (akhlak) mestilah diteruskan tidak

kira di mana atau bila situasinya.


       Secara ringkasnya, kemahiran abad 21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan

pada pendekatan pendidikan, yang berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Maka,

kesedaran dan kemahiran guru dan pentadbir dalam menyusun program latihan untuk guru

dan juga pengisian yang mantap untuk pelajar akan merealisasikan perubahan yang positif.


3.0 PEMBELAJARAN ABAD KE-21


3.1 Pengenalan


Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi

mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu

dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini

sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga

rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja

yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.


       Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan

pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan

tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat

dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.

                                              13
Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik

supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa

arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa

depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan

nilai-nilai semasa.


3.2 Fokus/Penekanan Kurikulum


Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan

kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan

diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum

semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada

penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-


•      kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif


•      kemahiran berkomunikasi secara berkesan


•      kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni


•      kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan


•      kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat


•      kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain


                                                14
•      kemahiran kepimpinan dan pengurusan


3.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.

Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk

membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara

meluas.


Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan

teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan

corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar.

Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh

komputer. Ini bukan bertujuan membantu guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk

menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan

lebih bermakna kepada pelajar.


(a) Teknologi Maklumat/Komputer


Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau

sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses,

menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau

multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi



                                              15
dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam

bentuk data teks, imej atau suara.


Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap

pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran.

Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah,

menengah dan lepasan menengah.




(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar


Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar.

Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan

peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif

dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan

sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.


Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan

mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima

pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu

dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.


Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di

sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu


                                              16
guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan

dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan

mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.


(c) Pendidikan Jarak Jauh


Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri

abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah

lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses

pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut:


•      Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)


•      Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer


•      Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar


•      Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu


•      Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur

       modular


•      Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif

       yang jelas, alat ujian kendiri, aktiviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.


(d) Pendekatan Modular



                                               17
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk

bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua

mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.


Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan

tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian

tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.


(e) Mastery Learning


Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu perkara yang

diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan

susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak

terhimpun di akhir setiap pembelajaran.


(f) 'Tracking' dan 'Banding'


Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa

kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju

(advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan

'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran.

Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia

sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2.




                                              18
(g) Sistem Kredit


Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk

menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja

kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal

dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang

ditetapkan.


3.4 Penilaian


Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan,

kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk

untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan

perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan

keupayaan pelajar seperti berikut


   a) Penilaian Berasaskan Sekolah

   b) Penilaian Berterusan


   c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek


   d) Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil


   e) Authentic Assessment



                                             19
f)   Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)


   g) Bench Marking


   h) Ujian/ Peperiksaan Secara Online


3.5 PENUTUP


Perlu ditegaskan bahawa apa pun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat

hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain,

kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang

berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari,

tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan

latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan

pihak swasta, ibu bapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.


4.0 GURU ABAD KE- 21


4.1 Pengenalan

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat

dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh

hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr

Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan

pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan

                                             20
mampu memainkan peranan dalam masyarakat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik

dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri

Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail

Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia ke arah Pembestarian

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan pendidikan

bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses

pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-

sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.




4.2 Ciri- ciri guru berkualiti




Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsur, tanda) yang khusus pada

sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti

sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula

mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu

barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk

menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi

keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran,

kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi

menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah:

       4.2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu




                                              21
Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu

pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para

guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup

berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan

seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap

dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu

sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi

melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan

guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta

memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi,

Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.




4.2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model




   Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut

Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang

mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah

moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan

kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan

tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-

murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar.

Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan


                                        22
diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan

menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan

akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di

dalam bilik darjah.




4.2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu




       Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan

ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat

kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan

luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan

budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan

bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru

akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke

arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu

harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi

para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar

dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi

teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.




                                     23
4.2.3 Mengamalkan kemahiran profesional




              Guru   merupakan   tenaga    ikhtisas   di   dalam   bidang   perguruan   yang

     dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang

     mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan

     peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,

     berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini

     penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf

     dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran

     berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir

     tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan

     mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan

     pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa

     (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

     Kementerian Pendidikan Malaysia).




             4.2.4 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan

pendidikan




        Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional,

     seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang

     profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan


                                            24
terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang

(2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran

menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik

dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan

internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di

dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan

meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word

processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur

a/p Joginder Sigh, 2007).




4.2.5 Mengamalkan pengajaran efektif




   Mak Soon Sang (2007) mengenal pasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi

   perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran.




        (a)Perancangan pengajaran

       Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung

       kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif

       pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu

       ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987)

       selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat

       refleksi   kendiri   untuk   menilai   objektif   pengajarannya   setelah   selesai


                                        25
melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam

memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk

melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik

mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana

pemilihan   kaedah    dan   teknik   mengajar   yang   sesuai   akan   menjamin

keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.




(b)Pelaksanaan pengajaran

Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan

kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti

menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan

seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-

bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian

untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan

dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam

rancangan mengajar.




(c) Penilaian pengajaran

Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj

mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti

untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian

sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya


                                26
pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana

              setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar

              dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.




4.3 KESIMPULAN




Oleh itu, dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam

merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang

lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah

bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,

mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan

mengamalkan kemahiran profesional mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi

kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran

teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan

urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad

bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan

Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak

manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.


5.0 PELAJAR ABAD KE -21

       Dunia pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mencapai kemajuan

pada tahap tertinggi. Setiap ahli komuniti dalam sesebuah masyarakat atau negara itu, perlu

bersaing untuk menghadapi cabaran tersebut. Pelajar juga merupakan golongan komuniti yang

                                            27
perlu bersedia berhadapan dengan cabaran dan persaingan pada abad ke 21. Terdapat

pelbagai pendapat yang telah mencirikan pelajar abad ke 21 ini. Terdapat 19 ciri-ciri pelajar

abad ke 21 iaitu     berupaya membuat hubung-kait, bijak menyoal, yakin berkomunikasi,

mengambil risiko, dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak berputus asa,

mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, berani

mencuba, mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif, mampu bekerja dengan orang lain,

membuat perubahan, berintegriti dan berkeperibadian tinggi.


       Abad ke 21 lebih merujuk kepada waktu berlakunya revolusi teknologi yang amat

pantas. Masyarakat dunia kini hidup dalam suasana yang global dan kompleks yang dikelilingi

dengan kemudahan teknologi yang mampu memberikan impak dan transformasi kepada

masyarakat kepada dunia ICT. Dalam konteks ini, pelajar turut terlibat dalam mengalami arus

perubahan ini, di mana pelajar   perlu dibantu guru dengan membentuk serta mengekalkan

minat pelajar untuk belajar bersedia untuk berhadapan dengan dunia sebenar. Pelajar juga

perlu mempunyai rasa ingin tahu untuk mempelajari sesuatu sebagai pembelajaran jangka

masa panjang. Tujuan pemupukan rasa minat dan ingin tahu pelajar adalah perlu untuk

membolehkan pelajar boleh memberikan kesinambungan untuk pembelajaran meski pun

berada di luar institusi persekolahan. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai ciri fleksibel untuk

mempelajari sesuatu ilmu dan demi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

http://www.21stcenturyschools.com/what_is_21st_century_education.htm


       Generasi pelajar pada era milinieum lahir sekitar tahun 1980-an sehingga kini. Menurut

John Seely Brown melalui Learning in a Digital Age, pada hari ini pelajar beranggapan bahawa

ICT merupakan sesuatu yang seakan oksigen bagi mereka untuk bernafas dan merujuk kepada
                                             28
bagaimana     untuk   mereka       hidup.   Pandangan   tersebut   jelas   menunjukkan   bahawa

perkembangan teknologi yang pesat berlaku kini menunjukkan kepentingan teknologi dalam

kehidupan pelajar pada hari ini.


       Secara umumnya terdapat beberapa karakter atau ciri yang menunjukkan pelajar abad

ke 21. Antaranya adalah:


(i) Pelajar suka berada dalam kawalan


       Dalam era masa kini pelajar masa kini tidak lagi mahu belajar secara tradisional dan

tidak berkeinginan untuk sentiasa belajar di dalam kelas. Ini kerana pelajar lebih senang

menggunakan teknologi sedia ada yang membolehkan mereka belajar pada bila-bila masa dan

boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja mengikut cara mereka sendiri. Contohnya

menggunakan kemudahan internet dengan pengaplikasian i-pad, facebook atau skype ketika

sesi p&p.


(ii) Pelajar boleh membuat pilihan


       Pembelajaran masa kini juga menuntut pelajar untuk meneroka sendiri bahan yang

boleh dijadikan sumber. Secara tidak langsung membolehkan pelajar untuk membuat pilihan

dalam melaksanakan tugasan mereka. Dengan menggunakan kemudahan teknologi pelajar

mampu menyempurnakan tugasan dengan pendekatan yang baharu malah lebih kreatif

mengikut cara mereka sendiri.


(iii) Pelajar belajar berorientasikan kumpulan dan sosial.




                                                 29
Pelajar juga mampu memperkenalkan diri dengan menggunakan media elektronik yang

sememangnya mempunyai rangkaian sosial. Dengan menggunakan rangkaian atas talian

(online) pelajar berpeluang untuk mengenali individu lain sama ada dalam skala yang kecil,

mengikuti dengan sesuatu pertubuhan komuniti dan berhubung dengan orang lain di seluruh

dunia. Kemudahan teknologi seperti ini menggalakkan pelajar untuk berkolaborasi, berkongsi

ilmu, pendapat serta pandangan dengan rakan lain dan seterusnya mampu membentuk identiti

pelajar itu sendiri.




(iv)Pelajar adalah inklusif


        Pelajar pada era 21 ini juga mampu bertoleransi dengan semua lapisan masyarakat

sama ada dari segi kepelbagaian kaum, kepercayaan dan jantina. Informasi yang dikongsikan

meliputi pelbagai sudut dengan menggunakan pelbagai carian ensiklopedia dan topik.

Pencarian maklumat juga turut diperluaskan pelajar, sama ada menggunakan sumber laman

web atau rangkaian tertentu yang boleh diaplikasikan daripada pencarian asal dan belajar

mempelajari sesuatu yang baru.


(v) Pelajar sentiasa cuba menggunakan teknologi digital.


        Pendedahan terhadap media digital kepada pelajar zaman sekarang dilihat semakin

meluas. Ini menyebabkan sebahagian daripada kehidupan pelajar terdedah kepada ICT yang

perlu diakses oleh pelajar untuk menyokong pembelajaran serta memudahkan mereka untuk

mendapatkan apa yang diinginkan pelajar. Di samping itu juga pelajar boleh menggunakan

kemudahan ICT seperti komputer riba, telefon tangan, radio dan sebagainya untuk dijadikan
                                           30
sebagai fungsi untuk mendapatkan maklumat. ICT yang ada juga mampu berperanan sebagai

penambahbaikan bahasa pelajar, membuat jadual sendiri serta menjadi alat komunikasi pelajar

dalam kehidupan seharian pelajar.




          Gambar 1: Pelajar menggunakan kemudahan teknologi dalam p&p




(vi)Pelajar berfikir dengan cara yang berbeza.


       Sebagai pelajar yang hidup pada era globalisasi, seharusnya pelajar perlu memahami

bagaimana teknologi baru boleh diterima dan diguna pakai. Contohnya dalam mencari sesuatu

maklumat, tidak sekadar menggunakan satu tapak medium sahaja seperti menggunakan

“google” sahaja, tetapi sepatutnya mempelbagaikan dan memperluaskan pencarian maklumat

tersebut dengan menerokanya dengan lebih mendalam.


(vii) Pelajar berani mengambil risiko


                                                 31
Pelajar alaf 21 ini berani mengambil risiko terhadap apa yang dilakukan, malah sanggup

mencuba sekiranya apa yang dilakukan tidak memberikan hasil yang memuaskan. Ini

bermaksud pelajar telah beralih daripada mentaliti biasa kepada mentalilti yang sanggup

menanggung risiko dan akibat.


(viii)Pelajar lebih menghargai masa dalam kehidupan


       Apabila wujudnya kemudahan teknologi, maka lebih mudah pelajar untuk mengetahui

apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini secara tidak langsung telah mendidik pelajar untuk

menghargai masa dalam kehidupan yang ada. Pelajar juga mampu menguruskan masa dengan

melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah dan memberi kesan yang positif kepada

mereka.


       Kelahiran pelajar yang berfikiran serta bermotivasikan     alaf 21 mampu membawa

pendidikan negara maju seiring dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju

mengikut acuan sendiri. Ciri-ciri pelajar abad 21 sememangnya perlu diterapkan dalam pelajar

Malaysia pada hari ini tanpa mengabaikan nilai-nilai insaniah bagi memastikan pelajar Malaysia

mampu maju dari pelbagai aspek.




                                             32

More Related Content

What's hot

Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12ammart852
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2013
Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2013Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2013
Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2013Wiyanto Hardjono
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuitikrys73
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 
Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)Irma Rahmawati
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanHelman Talib
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanmuhammad
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...Afaf CyNofa
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Shima Mashi
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Isu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negaraIsu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negaraAnyu 1996
 
Presentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikanPresentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikanyelti
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Nor Saidah
 

What's hot (20)

Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2013
Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2013Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2013
Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2013
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0
 
PPPM 2013-2015
PPPM 2013-2015PPPM 2013-2015
PPPM 2013-2015
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Isu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negaraIsu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negara
 
Presentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikanPresentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikan
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21
 

Similar to PendidikanAbadKe21

PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21Kau Ilhamku
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanBayu Anggara
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiashamville
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiwmzuri
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiwmzuri
 
Buku panduan kreativiti DSV Tahun 2
Buku panduan kreativiti DSV Tahun 2Buku panduan kreativiti DSV Tahun 2
Buku panduan kreativiti DSV Tahun 2marshiza
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiZOol Fayniz
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitishare with me
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiaishahrol2005
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitianggerikvilla
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitikumasitah
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitipoo_raman
 
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaEman Syukur
 
Tantangan pendidikan revolusi vivi f.o
Tantangan pendidikan revolusi  vivi f.oTantangan pendidikan revolusi  vivi f.o
Tantangan pendidikan revolusi vivi f.oViviFransischaotl
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiyatt87
 
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013Nurul Azzahra
 

Similar to PendidikanAbadKe21 (20)

Edu
EduEdu
Edu
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti DSV Tahun 2
Buku panduan kreativiti DSV Tahun 2Buku panduan kreativiti DSV Tahun 2
Buku panduan kreativiti DSV Tahun 2
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Forum 2
Forum 2Forum 2
Forum 2
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti p&p
Buku panduan kreativiti p&pBuku panduan kreativiti p&p
Buku panduan kreativiti p&p
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
 
Tantangan pendidikan revolusi vivi f.o
Tantangan pendidikan revolusi  vivi f.oTantangan pendidikan revolusi  vivi f.o
Tantangan pendidikan revolusi vivi f.o
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuiti
 
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
 
KERTAS KERJA PROJEK.pdf
KERTAS KERJA PROJEK.pdfKERTAS KERJA PROJEK.pdf
KERTAS KERJA PROJEK.pdf
 

PendidikanAbadKe21

  • 1. 1.0 PENDIDIKAN ABAD KE -21 Pendidikan adalah merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh semua lapisan masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha untuk membangunkan generasi alaf baru seiring dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat memperoleh status "World Class Education" (Pendidikan Bertaraf Dunia). Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang dalam cabaran untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik dalam membangunkan sektor pendidikan iaitu terdiri daripada: i. Pembangunan tenaga manusia ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat 1
  • 2. v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual vi. Pembangunan teknologi dan sains 1.1 Cabaran Alaf Baru Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam memperbaharui taraf pendidikan sedia ada yang mana sistem pendidikan abad ke-21 adalah lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam menangani dunia yang semakin pesat membangun, pendidikan harus di struktur semula untuk memenuhi keperluan pelajar dalam dunia abad ke-21. Sebagai contoh, setiap sekolah perlu didedahkan dengan kurikulum berasaskan projek berkaitan kehidupan bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam menangani masalah dunia sebenar dan isu-isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha penambahbaikan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi keperluan semasa. Ini membolehkan pelajar sentiasa didedahkan dengan perkara-perkara yang berada di sekeliling mereka. Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka negara kita juga tidak terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam bidang pendidikan. Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Malah, abad Ke 2
  • 3. 21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam “open sky technology ” membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti Internet Atau Multimedia Atau Hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, penggunaan teknologi komputer menyemarakkan pengetahuan pelajar untuk menyusun maklumat dan pada masa yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Oleh itu, semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui Jaring dan seterusnya Internet. Dengan adanya teknologi pendidikan abad 21 membolehkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran secara ‘global classroom'. Di sini mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat serta negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain seperti Amerika dan 3
  • 4. Jepun. Seperti yang kita ketahui, dengan perkembangan zaman maklumat ini, ia telah memberi ruang kepada kita untuk memperolehi pengetahuan secara mudah dan cepat. Selain itu juga, ia turut memberi peluang kepada kita mengembangkan bakat yang sedia ada serta potensi melalui kemahiran teknologi ini serta memberi mereka peluang dalam mengikuti pendidikan sepanjang hayat. Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan keterampilan. Dalam menentukan pendidikan berkualiti tersebut dapat direalisasikan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut iaitu para guru haruslah menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), memiliki kemahiran kaunseling, menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik. 4
  • 5. Dalam memenuhi tuntutan globalisasi abad ke-21, sistem pendidikan negara juga sering melaksanakan lonjakan dengan menyediakan satu sistem pendidikan yang berkualiti kerana kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia perlu terus berkembang supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang kian meningkat dan juga dapat bersaing dengan negara lain yang setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, atas daya maju yang tinggi, Kementerian telah bekerja keras untuk membina Pelan Pembangunan Pendidikan melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta pelibatan meluas pihak awam. Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dan cabaran yang bakal ditempuhi, Pelan ini bermatlamat mengukuhkan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025. Pelan ini juga menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua. Bagi memperkemaskan sistem pendidikan negara dalam menghadapi arus globalisasi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif memperkasakan sekolah- sekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006- 2010 (Malaysia, 2007) yang telah diperkenalkan yang menjuruskan kepada beberapa aspirasi antaranya ialah bagi mewujudkan sekolah kebangsaan yang mampu menyediakan generasi masa hadapan yang bersaing di persada antarabangsa. Selaras dengan perkembangan teknologi pula, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan seperti Projek Rintas Sekolah Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan, Pembekalan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran, pengenalan mata pelajaran ICT, latihan 5
  • 6. ICT untuk guru-guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam Pendidikan ( Nor Asikin, 2009) . Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Taklimat Perkembangan Baru Pendidikan 2010-2012, Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang dasar-dasar baru yang dilakukan oleh kerajaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global. Salah satu dasar yang baru diumumkan oleh menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pelaksanaan Transformasi kurikulum bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mampu menarik minat pelajar-pelajar. Pelan ini memfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, proses pembelajaran ini lebih mementingkan interaksi di antara murid, guru dan rakan sekelas yang diharap membantu percambahan idea yang kreatif dan inovatif. Tambah beliau lagi budaya kreativiti dan inovasi juga boleh dipupuk melalui bengkel, seminar dan pertandingan. Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif ini adalah bermula daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek budaya berfikir dan penjanaan ilmu. Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan pendidikan sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memberi sumbangan kepada diri dan masyarakat. Transformasi pendidikan diteruskan lagi dengan wujudnya Pelan Pembangunan 6
  • 7. Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Blueprint) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara. Melalui pelan itu, penekanan akan diberi kepada melengkapkan generasi muda dengan enam kualiti iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta memiliki identiti kebangsaan melalui 3 Gelombang Transformasi iaitu dalam Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas, Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Menurut YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (2012), bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan transformasi sistem pendidikan yang menyeluruh”. 2.0 KEMAHIRAN ABAD KE -21 Dalam menuju ke arah pendidikan abad ke-21, pelbagai kemajuan yang dikecapi oleh setiap individu secara global mahupun local. Profesion perguruan adalah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar sistem pendidikan yang berpandukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dalam menjana dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu juga, FPN juga memberi penekanan kepada kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), sejajar dengan itu juga kemahiran baru 7
  • 8. seperti sains dan teknologi, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di era ini. Bagi mencapai dan merealisasikan pelan-pelan pendidikan yang telah diuar-uarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Beliau telah menekankan bahawa kesamarataan pendidikan kepada setiap murid yang berada di Malaysia, tidak kira di mana kedudukan geografinya, budayanya dan bangsanya, serta sosio ekonominya. Kualiti pendidikan yang diterima dan bangunkan adalah berdasarkan kualiti pengajaran yang berkesan untuk mentransformasi pendidikan ke arah abad ke-21. Menurut beliau lagi, kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran sekolah dengan memperkukuhkan amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka. Dalam membentuk sesuatu persekitaran yang baru bagi menghasilkan satu alaf yang baru yang memerlukan anjakan, maka persediaan yang secukupnya amat penting bagi semua komponen yang mengambil bahagian dalam pendidikan secara langsung mahupun tidak langsung. Maka bukan sahaja kementerian, institusi persekolahan dan pelajar yang bertungkus- lumus dalam merealisasikan idea-idea ini, namun, keprihatinan daripada pihak ibu bapa juga memberi kesan yang besar dalam perubahan menuju pendidikan abad ke-21. Antara anjakan yang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah seperti kesamarataan akses dalam pendidikan bertaraf antarabangsa, melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, memastikan pemimpin 8
  • 9. berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah dan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Sebagai menyahut baik anjakan transformasi sistem pendidikan ini, kemahiran abad ke- 21 secara tidak langsung dititik beratkan oleh kementerian bagi mencapai tujuan pelan dan melahirkan generasi pemangkin negara yang ideal. Menurut kajian yang dijalankan oleh D’Andrea dan Daniels (2002), mendapati bahawa standard pelajar di abad ke-21 adalah memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kehidupan seharian. Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam menghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global. Justeru itu juga, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajaran kolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk mengsintesis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dapat dinyatakan secara umum adalah seperti jadual berikut :- N Jenis Kemahiran Huraian o 9
  • 10. 1. Komunikasi Pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan 2. Kepekaan Silang Budaya Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya 3. Pelbagai Bahasa Keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa 4. Kemahiran Mengurus Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan, menyelesaikan masalah dan konflik 5. Kerja Berpasukan Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat 6. Kreativiti Dapat menyumbangkan pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah 7. Keupayaan Untuk Menyesuaikan Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan Diri menyesuaikan diri dengan perubahan 8. Empati Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka 9. Pengurusan Stress (Relaxation) Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti punca stress 10. Etika Kerja Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi 11. Disiplin Diri Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi 12. Tanggungjawab Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi 10
  • 11. 13. Pemikiran Diskriminatif Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza 14. Kemahiran Tatabahasa Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik 15. Kemahiran Analitikal Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan abstrak 16. Ekonomi & Perniagaan Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan 17. Kemahiran Matematik Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan 18. Kemahiran Komputer Keupayaan untuk menggunakan computer dalam perkhidmatan kaunseling 19. Telekomunikasi Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling Selain itu juga, elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 adalah kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, komunikasi dan kolaborasi, literasi maklumat, literasi media, literasi teknologi maklumat dan komunikasi, keupayaan menyesuaikan diri (fleksibiliti), produktiviti dan akauntibiliti serta bertanggungjawab. Elemen- elemen ini telah lama wujud secara semula jadi bagi setiap individu, namun, kemahiran tersebut memerlukan peneguhan yang konsisten dan lebih jelas tujuannya. Kemahiran-kemahiran ini adalah subjektif, pengukuhan yang diberi adalah untuk membentuk perihal yang lebih 11
  • 12. sistematik. Sebagai contoh, dalam mendedahkan pelajar dalam dunia siber yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), nilai-nilai positif seharusnya ditekankan bagi menerapkan kesedaran di kalangan mereka. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT, berbanding dahulu di mana literasi Cuma merangkumi membaca, menulis dan mengira, manakala di abad 21 ini melibatkan literasi digital. Guru-guru memainkan peranan dalam membimbing pelajar-pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga dapat memberi kesedaran secara global kepada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Dalam mencetuskan pendidikan abad ke-21, ‘softskill’ amat diperlukan untuk memudahkan mereka berkomunikasi dalam perbincangan yang menggalakkan mereka berinteraksi sesama mereka. Komunikasi interaktif bukan sahaja berlaku secara bersemuka (face to face) pada hari ini, bahkan komunikasi tersebut berlanjutan sehingga ke alam maya seperti dalam facebook dan edmodo. Di samping itu juga, dengan ada nya gabungan kemahiran-kemahiran di atas juga dapat menyatukan masyarakat majmuk di negara kita, seterusnya dapat mewujudkan gagasan 1 Malaysia yang berilmu dan bermatlamat yang futuristic. Kita sememangnya tidak dapat merealisasikan sesebuah sistem pendidikan yang ideal tanpa tunggak utama barisan pendidik. Bagi mencapai hasrat negara membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru itu perlu komited dalam menguasai pelbagai bidang ilmu bagi menjadikan mereka relevan dan sesuai dengan arus perubahan yang berlaku. Selain itu, guru juga perlulah mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan semasa, mahir dalam pedagogi 12
  • 13. seperti menggunakan teori konstruktivisme dan tidak terlalu bergantung kepada guru (teacher centered). Guru juga mestilah melengkapkan diri dengan persediaan yang terkini dalam penggunaan teknologi terkini dan penerapan nilai-nilai murni (akhlak) mestilah diteruskan tidak kira di mana atau bila situasinya. Secara ringkasnya, kemahiran abad 21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan, yang berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Maka, kesedaran dan kemahiran guru dan pentadbir dalam menyusun program latihan untuk guru dan juga pengisian yang mantap untuk pelajar akan merealisasikan perubahan yang positif. 3.0 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 3.1 Pengenalan Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. 13
  • 14. Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa. 3.2 Fokus/Penekanan Kurikulum Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :- • kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif • kemahiran berkomunikasi secara berkesan • kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni • kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan • kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat • kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain 14
  • 15. kemahiran kepimpinan dan pengurusan 3.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan membantu guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. (a) Teknologi Maklumat/Komputer Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi 15
  • 16. dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. (b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu 16
  • 17. guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. (c) Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut: • Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu) • Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer • Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar • Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu • Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular • Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktiviti pembelajaran dan maklum balas pelajar. (d) Pendekatan Modular 17
  • 18. Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan. Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar. (e) Mastery Learning Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran. (f) 'Tracking' dan 'Banding' Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2. 18
  • 19. (g) Sistem Kredit Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan. 3.4 Penilaian Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut a) Penilaian Berasaskan Sekolah b) Penilaian Berterusan c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek d) Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil e) Authentic Assessment 19
  • 20. f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes) g) Bench Marking h) Ujian/ Peperiksaan Secara Online 3.5 PENUTUP Perlu ditegaskan bahawa apa pun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibu bapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini. 4.0 GURU ABAD KE- 21 4.1 Pengenalan Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan 20
  • 21. mampu memainkan peranan dalam masyarakat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia ke arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah- sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu. 4.2 Ciri- ciri guru berkualiti Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah: 4.2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu 21
  • 22. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. 4.2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid- murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan 22
  • 23. diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. 4.2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. 23
  • 24. 4.2.3 Mengamalkan kemahiran profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia). 4.2.4 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan 24
  • 25. terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007). 4.2.5 Mengamalkan pengajaran efektif Mak Soon Sang (2007) mengenal pasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. (a)Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai 25
  • 26. melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. (b)Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan- bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. (c) Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya 26
  • 27. pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing. 4.3 KESIMPULAN Oleh itu, dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. 5.0 PELAJAR ABAD KE -21 Dunia pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mencapai kemajuan pada tahap tertinggi. Setiap ahli komuniti dalam sesebuah masyarakat atau negara itu, perlu bersaing untuk menghadapi cabaran tersebut. Pelajar juga merupakan golongan komuniti yang 27
  • 28. perlu bersedia berhadapan dengan cabaran dan persaingan pada abad ke 21. Terdapat pelbagai pendapat yang telah mencirikan pelajar abad ke 21 ini. Terdapat 19 ciri-ciri pelajar abad ke 21 iaitu berupaya membuat hubung-kait, bijak menyoal, yakin berkomunikasi, mengambil risiko, dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak berputus asa, mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, berani mencuba, mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif, mampu bekerja dengan orang lain, membuat perubahan, berintegriti dan berkeperibadian tinggi. Abad ke 21 lebih merujuk kepada waktu berlakunya revolusi teknologi yang amat pantas. Masyarakat dunia kini hidup dalam suasana yang global dan kompleks yang dikelilingi dengan kemudahan teknologi yang mampu memberikan impak dan transformasi kepada masyarakat kepada dunia ICT. Dalam konteks ini, pelajar turut terlibat dalam mengalami arus perubahan ini, di mana pelajar perlu dibantu guru dengan membentuk serta mengekalkan minat pelajar untuk belajar bersedia untuk berhadapan dengan dunia sebenar. Pelajar juga perlu mempunyai rasa ingin tahu untuk mempelajari sesuatu sebagai pembelajaran jangka masa panjang. Tujuan pemupukan rasa minat dan ingin tahu pelajar adalah perlu untuk membolehkan pelajar boleh memberikan kesinambungan untuk pembelajaran meski pun berada di luar institusi persekolahan. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai ciri fleksibel untuk mempelajari sesuatu ilmu dan demi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. http://www.21stcenturyschools.com/what_is_21st_century_education.htm Generasi pelajar pada era milinieum lahir sekitar tahun 1980-an sehingga kini. Menurut John Seely Brown melalui Learning in a Digital Age, pada hari ini pelajar beranggapan bahawa ICT merupakan sesuatu yang seakan oksigen bagi mereka untuk bernafas dan merujuk kepada 28
  • 29. bagaimana untuk mereka hidup. Pandangan tersebut jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi yang pesat berlaku kini menunjukkan kepentingan teknologi dalam kehidupan pelajar pada hari ini. Secara umumnya terdapat beberapa karakter atau ciri yang menunjukkan pelajar abad ke 21. Antaranya adalah: (i) Pelajar suka berada dalam kawalan Dalam era masa kini pelajar masa kini tidak lagi mahu belajar secara tradisional dan tidak berkeinginan untuk sentiasa belajar di dalam kelas. Ini kerana pelajar lebih senang menggunakan teknologi sedia ada yang membolehkan mereka belajar pada bila-bila masa dan boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja mengikut cara mereka sendiri. Contohnya menggunakan kemudahan internet dengan pengaplikasian i-pad, facebook atau skype ketika sesi p&p. (ii) Pelajar boleh membuat pilihan Pembelajaran masa kini juga menuntut pelajar untuk meneroka sendiri bahan yang boleh dijadikan sumber. Secara tidak langsung membolehkan pelajar untuk membuat pilihan dalam melaksanakan tugasan mereka. Dengan menggunakan kemudahan teknologi pelajar mampu menyempurnakan tugasan dengan pendekatan yang baharu malah lebih kreatif mengikut cara mereka sendiri. (iii) Pelajar belajar berorientasikan kumpulan dan sosial. 29
  • 30. Pelajar juga mampu memperkenalkan diri dengan menggunakan media elektronik yang sememangnya mempunyai rangkaian sosial. Dengan menggunakan rangkaian atas talian (online) pelajar berpeluang untuk mengenali individu lain sama ada dalam skala yang kecil, mengikuti dengan sesuatu pertubuhan komuniti dan berhubung dengan orang lain di seluruh dunia. Kemudahan teknologi seperti ini menggalakkan pelajar untuk berkolaborasi, berkongsi ilmu, pendapat serta pandangan dengan rakan lain dan seterusnya mampu membentuk identiti pelajar itu sendiri. (iv)Pelajar adalah inklusif Pelajar pada era 21 ini juga mampu bertoleransi dengan semua lapisan masyarakat sama ada dari segi kepelbagaian kaum, kepercayaan dan jantina. Informasi yang dikongsikan meliputi pelbagai sudut dengan menggunakan pelbagai carian ensiklopedia dan topik. Pencarian maklumat juga turut diperluaskan pelajar, sama ada menggunakan sumber laman web atau rangkaian tertentu yang boleh diaplikasikan daripada pencarian asal dan belajar mempelajari sesuatu yang baru. (v) Pelajar sentiasa cuba menggunakan teknologi digital. Pendedahan terhadap media digital kepada pelajar zaman sekarang dilihat semakin meluas. Ini menyebabkan sebahagian daripada kehidupan pelajar terdedah kepada ICT yang perlu diakses oleh pelajar untuk menyokong pembelajaran serta memudahkan mereka untuk mendapatkan apa yang diinginkan pelajar. Di samping itu juga pelajar boleh menggunakan kemudahan ICT seperti komputer riba, telefon tangan, radio dan sebagainya untuk dijadikan 30
  • 31. sebagai fungsi untuk mendapatkan maklumat. ICT yang ada juga mampu berperanan sebagai penambahbaikan bahasa pelajar, membuat jadual sendiri serta menjadi alat komunikasi pelajar dalam kehidupan seharian pelajar. Gambar 1: Pelajar menggunakan kemudahan teknologi dalam p&p (vi)Pelajar berfikir dengan cara yang berbeza. Sebagai pelajar yang hidup pada era globalisasi, seharusnya pelajar perlu memahami bagaimana teknologi baru boleh diterima dan diguna pakai. Contohnya dalam mencari sesuatu maklumat, tidak sekadar menggunakan satu tapak medium sahaja seperti menggunakan “google” sahaja, tetapi sepatutnya mempelbagaikan dan memperluaskan pencarian maklumat tersebut dengan menerokanya dengan lebih mendalam. (vii) Pelajar berani mengambil risiko 31
  • 32. Pelajar alaf 21 ini berani mengambil risiko terhadap apa yang dilakukan, malah sanggup mencuba sekiranya apa yang dilakukan tidak memberikan hasil yang memuaskan. Ini bermaksud pelajar telah beralih daripada mentaliti biasa kepada mentalilti yang sanggup menanggung risiko dan akibat. (viii)Pelajar lebih menghargai masa dalam kehidupan Apabila wujudnya kemudahan teknologi, maka lebih mudah pelajar untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini secara tidak langsung telah mendidik pelajar untuk menghargai masa dalam kehidupan yang ada. Pelajar juga mampu menguruskan masa dengan melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah dan memberi kesan yang positif kepada mereka. Kelahiran pelajar yang berfikiran serta bermotivasikan alaf 21 mampu membawa pendidikan negara maju seiring dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Ciri-ciri pelajar abad 21 sememangnya perlu diterapkan dalam pelajar Malaysia pada hari ini tanpa mengabaikan nilai-nilai insaniah bagi memastikan pelajar Malaysia mampu maju dari pelbagai aspek. 32