Penulisan Ilmiah

4,846 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,846
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
139
Actions
Shares
0
Downloads
113
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Penulisan Ilmiah

  1. 1. PengenalanMenurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984),teknologi pendidikan adalah satu cabang disiplinpendidikan yang mengutamakan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam bidangpendidikan dan latihan. Di dalam teknologi pendidikan diutamakan penggunaan media dankaedah-kaedah lain dan penggunaan persekitaran pelajar untuk menghasilkanpembelajaran.Dalam teknologi pendidikan,pembelajaran adalah dipentingkan kerana termasuk dalamteknologi pendidikan ialah semua ikhtiar yang dapat menghasilkan pembelajaran. DiAmerika Syarikat, teknologi pendidikan mula diperbincangkan pada awal tahun enampuluhan lagi. Pada mulanya, seperti di dalam bidang pengetahuan lain, terdapat perbezaanpendapat mengenai isi bidang ini. Pakar-pakar pendidikan biasanya menerima pengertianistilah teknologi pendidikan sahaja sebagai sama dengan proses mekanikal sepertipenggunaan mesin. Pengertian yang seperti ini juga terdapat di negara kita,Malaysia.Mengikut pengertian ini, apabila kita menggunakan sesuatu mesin ketika mengajar,kita dikatakan telah mengajar dengan menggunakan teknologi pendidikan. Ini adalahpengertian yang salah kerana teknologi telah tidak diberikan pengertian sebagai suatuproses yang cukup abstrak.Jika teknologi pengajaran diberikan pengertian ini,pengajaran ituhanya merupakan aktiviti dengan menggunakan mesin semata-mata.Pendidikan Abad ke-21 "Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.Justeru itu,pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkangenerasi alaf baru.Dalam usaha membangunkan insan ini,sistem pendidikan negaramemerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dankemampuan amalannya terhadap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani 1
  2. 2. cabaran-cabaran abad ke-21.Dalam abad ke-21 ini sistem pendidikan berubah sejajardengan perubahan aspek ekonomi,budaya dan politik. Intellectual Capital akan menjadiasas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah,wang atau bahan mentah.Budayakorperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hirakitradisional. Prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organisasiataupun negara. Oleh itu, sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapiperubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepadapembangunan bangsa dan negara.Bekas Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dalam ucapanmenyambut perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-40 suatu ketika dulu pernah memintarakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyatperlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskanteknologi tinggi, sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwamasing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidakakan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain.Beliau mahukan pembangunannegara mestilah seiring dengan pembagunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapatmemenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani. Perdana Menteri turutkerap dalam ucapannya memberi ingatan “kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kitasendiri”Dalam Persidangan Pendidikan Nasional ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijahpersidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentukglobal dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakatmadani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat.Malaysia melalui sistempendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaanmasyarakat.Pembinaan Budaya IlmuIlmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagian individu dan kejayaanserta kekuatan sesuatu bangsa dan negara.Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikirtinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa. Semua agamadan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untukkebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya 2
  3. 3. Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diribaik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiapkesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatahlagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan."Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asaskepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu,keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usahanegara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik,maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapikemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiranteknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluanurusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untukberfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yangglobal dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan danperubahan masa kini.Pembudayaan Masyarakat MalaysiaPerkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jikatidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dankebudayaan yang terpelihara. Mengikut takrif masyarakat madani ialah: “suatu sistem sosialyang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antarakebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat.”Masyarakat yang mendorong dayausaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi.Sistemsosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undangdan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan (predictability) sertaketelusan(transprency) sistem.Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah,seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani denganbijaksana.Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang(opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulumpersekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadiindikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluantenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang 3
  4. 4. berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduanrakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalahwahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi abad ke-21.Kemahiran Abad ke-21Seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam dunia global, bidang pendidikan turuttidak terkecuali.Beberapa kajian tentang kemahiran dan tahap kompetensi seseorangmahasiswa dalam abad ke-21 ini telah dilakukan di serata dunia. Kajian yang telahdijalankan oleh D‟Andre dan Daniels(2002) misalnya mendapati mahasiswa memerlukankemahiran baru untuk lebih berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kemahiran seharian.Kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dimaksudkan adalah seperti Jadual 1.Jadual 1: Kemahiran-kemahiran abad ke-21.No Jenis Kemahiran Huraian1 Komunikasi Pertukaran pemikiran dan idea melalui lisan dan tulisan.2 Kepekaan silang Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya. budaya3 Pelbagai Bahasa Keupayaan berkomunikasi menggunakan lebih daripada satu bahasa.4 Kemahiran Mengurus Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan,menyelesaikan masalah dan konflik.5 Kerja Berpasukan Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat.6 Kreativiti Dapat menyumbang pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.7 Keupayaan untuk Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri menyesuaikan diri dengan perubahan. 4
  5. 5. 8 Empati Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka.9 Pengurusan stress Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenalpasti punca stress. (Relaxation)10 Etika kerja Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi.11 Disiplin diri Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi.12 Tanggungjawab Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi.13 Pemikiran deskriminitif Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza14 Kemahiran Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan tatabahasaa idea yang lebih baik.15 Kemahiran analitikal Keupayaan untuk menggunakan emikiran logik dan abstrak.16 Ekonomi dan Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan perniagaan dalam perhubungan.17 Kemahiran matematik Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan.18 Kemahiran komputer Keupayaan untuk menggunakan komputer dalam perkhidmatan kaunseling.19 Kemahiran Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai telekomunikasi satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling. 5
  6. 6. Guru Abad Ke-21Kerjaya guru adalah amat memerlukan komitmen dan kesungguhan daripadapenjawatnya.Oleh yang demikian, perguruan dianggap satu profesion.Hasil komitmen yangpenuh dan kesungguhan yang kuat maka terhasillah anak didik yang berjaya dalamkehidupan.Seseorang guru adalah lahir daripada pengalaman, kematangan dan sedikitdaripada sifat semulajadi atau genetik.Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi,seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat,sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberipengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar denganpembelajaran.Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalammenggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat,kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikanberhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.Dengan demikian, seseorang guru perlu sentiasa bersiap sedia dengan segala perubahandalam sistem pendidikan sebagai pelaksana dalam memajukan pendidikan dan pelajarnyasecara khasnya.Seseorang guru itu perlu sentiasa menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuanbaru selari dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesatpenggunaannya dalam pendidikan di negara kita.Sebagai golongan orang-orang yangberilmu pengetahuan dan terlatih guru-guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidangmasing-masing tetapi juga mestilah berkebolehan menggunakan teknologi komputer secarakreatif dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satupeluang untuk meningkatkan kualtiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancamankepada masa depan karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000).Oleh yang demikian, menyediakan diri menjadi guru yang perkasa perlukan latihan danlatihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada peluang dankesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagimemperlengkapkan diri sahajalah seseorang itu guru itu mampu menyesuaikan dirinyadengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalamproses peningkatan dan pembaharuan seperti tersirat di dalam Standard Tinggi KualitiPendidikan hari ini. 6
  7. 7. Guru abad ke21 yang dihasratkan oleh sistem pendidikan malaysia ialah seorang guru yangmemiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemainilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang palingpenting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru ynagperkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapiseorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun,sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji; tetap tidak akanmengkhianati tugasnya atau murid-muridnya..Pelajar Abad Ke21Selari dengan tuntutan abad ke-21 yang berlandaskan wawasan 2020 dan wawasan, makatanggungjawab pendidikan terutamanya pendidik adalah menyediakan sumber manusiaberkualiti.Pendidikan perlu melahirkan pelajar yang kaya dengan maklumat termasukpenguasaan sepenuhnya berkaitan sains dan teknologi.Perubahan diperlukan untukmemenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia tanpasempadan disebabkan pembangunan teknologi.Jika pendidikan selama 150 tahun yang laludisediakan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi kehidupan kerjaya dalam bidang"Ekonomi Perindustrian".Pengubahsuaian dalam pendidikan perlu seiring dengan perubahanpesat dalam dunia teknologi bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing dalam bidang"Ekonomi Maklumat/Pengetahuan"(Knowledge Economy). Maka,pendidikan abad ke-21perlu diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan cabaran abad ke-21.Seperti yang diketahui abad ke-21 adalah era maklumat maka amatlah perlu kita dapat"melihat jauh ke depan" dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yangdibawa oleh era cyberspace, dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang bermindasaintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir, di samping berakhlakdan beradab (Wan Liz Ozman Wan Omar, 2000).Pembaharuan perlukan perubahan.Perubahan yang sangat utama dan penting ialahperubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi danbersaing secara cekap dan berketrampilan. Satu daripadanya ialah konsep belajarsepanjang hayat perlu menjadi amal budaya setiap pelajar menguasai belajar cara belajar. 7
  8. 8. Pengertian TeoriTeori berasal dari perkataan Yunani iaitu “therio” yang membawa maksud pandangan.Teorimerupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologipendidikan.Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepadaaspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsiptertentu.Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah sering kita digunakansecara tidak langsung dalam percakapan atau perbualan dan tingkah laku seharian.Walaubagaimanapun, penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidakmenepati maksud teori yang sebenar.Pendekatan penggunaan teori pengajaran danpembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatupengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan.Teori pembelajaran memainkanperanan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahamiproses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yangmempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu, guruakan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari prosespengajaran dan pembelajaran. Antara teori-teori pembelajaran yang sering digunakan olehguru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Behaviorisme, TeoriFungsionalisme dan Teori Konstruktivisme.Teori BehaviolismeTeori Behaviorisme adalah teori belajar yang lebih menekankan pada tingkah laku manusia.Memandang individu sebagai makhluk reaktif yang memberirespon terhadaplingkungan.Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku mereka. Tokoh-tokohbehaviorisme seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaranmerupakan suatu tingkahlaku yang nampak, dapat diukur, dan diramal hasil interaksi antarastimulus dan respon.Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkandaripada pengalaman atau latihan.Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilakumereka. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan perananpengalaman dalam mengawal tingkahlaku.Dari perspektif behaviorisme, pembelajaranhanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi.Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (samaada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabilaperubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. 8
  9. 9. Teori FungsionalismeTeori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan EmileDurkheim.Mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturansosial dan perubahan semasa.Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiaporgan mempunyai peranan yang tersendiri.Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atauinstitusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.Teorifungsionalisme ini juga lebih menekankan kepentingan persefahaman dan kestabilanmasyarakat.Mengikut pemikiran ahli fungsionalisme, kita harus memerhati terlebih dahulufenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial. Brinkerhoff & White (1989: dalam AmirHasan Dawi, 2009), telah merumuskan terdapat tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalismeiaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti adalah kriteria untuk menilai tahap kefungsiansesebuah masyarakat. Harmoni pula merujuk kepada cara semua bahagian dan strukturdalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai matlamat. Evolusi menggambarkanperubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat.Teori ini mementingkanpersefahaman anggota masyarakarnya atau konsesus untuk mencapai keharmonian dankestabilan.Perspektif teori sangat penting dalam analisis sosial termasuk dalam bidangpendidikan.Pendidikan merupakan salah satu profesion yang berada dalam masyarakat danberkhidmat untuk masyarakat.Oleh yang demikian, pendidik perlu memahami teoripendidikan untuk menyediakan diri dalam masyarakat.Teori fungsionalisme melihat aspekpendidikan dalam skop yang luas iaitu menghubungkan pendidikan dengan keseluruhanmasyarakat iaitu menghubungkan sekolah kepada keperluan-keperluan masyarakat.Menurutteori fungsionalisme, pendidikan berfungsi untuk merekrut dan menempatkan manusiadalam kedudukan yang pelbagai dalam masyarakat berdasarkan kepakaran, bakat dankebolehan masing-masing.Hal ini kerana masyarakat dicirikan oleh ketidaksamaan dari segikebolehan dan bakat.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pendidik atau guru boleh mengaplikasikanteori fungsionalisme ini terutamanya dalam subjek bahasa. Menurut teori fungsional,pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih mementingkan fungsi sosial.Fungsi sesuatubahasa boleh diajar berdasarkan situasi.Pelajar dikehendaki menulis ayat berdasarkansituasi.Contohnya, situasi bagi perkataan „beratur‟. Kemudian pelajar akan membuat ayattunggal bagi menerangkan situasi perkataan „beratur‟. Dengan cara pengajaran dan 9
  10. 10. pembelajaran ini akan membuatkan pelajar lebih mahir untuk menggunakan atau bertuturdengan perkataan yang diberikan dengan baik mengikut fungsi sosial bahasa tersebut.Teori KonstruktivismeTeori konstruktivisme dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Piaget (1970), Brunner dan Brand(1966), Dewey (1938), dan Ausubel (1963).Teori konstruktivisme ini adalah satu pandanganbaru tentang pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaranberasaskan teori konstruktivisme bukan satu konsep yang baru tetapi telah digunakansecara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam matapelajaran sains dan matematik sejak tahun 1980-an lagi. Penggunaan teori konstruktivismedalam pendidikan merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatanbehaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan kognitif.Menurut Caprio (1994: dalam Subadrah Nair & Malar a/p Muthiah, 2005), teori inimempunyai kelebihan terhadap pelajar, di mana pelajar berpeluang membina pengetahuansecara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu denganpembelajaran baru. Dengan kata lain, pelajar akan mengaitkan pengetahuan sedia merekadengan pembelajaran yang baru dipelajari. Hal ini seperti mana hasil kajian yang dilakukanoleh Rumelhart dan Norman (1978), bahawa seseorang akan dapat membina konsep dalamstruktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sediaada. Proses ini juga dikenali sebagai accretion. Pengetahuan tersebut juga boleh berubahselaras dengan pengalaman baru yang dikenali sebagai penalaan atau tuning.Selain itu,pelajar boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakananalogi berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka yang dikenali sebagai parcing.Kajian yang dilakukan oleh Caprio (1994), telah membuktikan pendekatan konstruktivismedalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk mendapatkanpemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan. Proses penggunaan teorikonstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapatdijelaskan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham seperti berikut: a. Orientasi (engage) Fasa ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dalam bilik darjah. Guru 10
  11. 11. perlumenyediakan suasana yang dapat menarik meminat pelajar terhadap pelajaran. Misalnya menggunakan cara tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya. Aktiviti ini mampu merangsang perasaan ingin tahu pelajar terhadap pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru.b. Pencetusan idea (explore) Dalam fasa ini, guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru dipelajari. Pelajar berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing kepada pelajar dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk mencapai pembelajaran inkuiri.Semasa pelajaran inipelajar akanlebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan.c. Penstrukturan semula idea (explain) Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan berserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Guru perlu menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea 11
  12. 12. secaraberurutan. Peranan guru pada fasa ini adalah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat. d. Aplikasi Idea (evaluate) Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan dan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Hasil daripada fasa ini akan mewujudkan pemahaman baru dan menggalakkan inkuiri di kalangan pelajar. Pelajar juga akan lebih mengingati apa yang dipelajari disebabkan mereka terlibat secara aktif semasa membina pengetahuan baru tersebut. e. Refleksi Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai samaada idea terdahulu telah berubah atau tidak. Dalam fasa ini guru boleh menggunakan cara bersoal jawab, penulisan kendiri, dan catatan peribadi pelajar untuk menilai tahap pemahaman pelajarnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Pelajar juga boleh membandingkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru serta merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka.Apa itu Web ?Tahun 1980 dunia mengalami permulaan era penggunaan PC sehingga tahun 1990. Padamasa itu teknologi yang digunakan adalah email, FTP, IRC, Usenet dan PC‟s. Makapenggunaan web adalah terhad dan terbatas dalam pencarian maklumat di alam maya.Penggunaan teknologi PC ini adalah yang berkualiti pada masa itu dan bersesuaian denganharga yang murah dan cara bekerja yang lebih fleksibel dengan setiap penggunanya. Initelah mendorong pekerjaan yang lebih kompetitif dan berkolaboratif.Pada tahun 1998, Google telah dilancarkan dan mebuatkan internet menjadi semakin mudahuntuk digunakan. Waktu itu potensi laman web dengan format portal dengan berita dankedai-kedai online seperti amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur-pelabur. DiAmerika, berbillion dollar telah dilaburkan untuk memasuki bidang jaringan online web ini 12
  13. 13. walaupun didapati tidak semua laman web dengan modal yang amat besar dan kos yangtinggi berjaya dihasilkan.“Web Definition has always been, and continues to be, our go-to-source for all aspects ofour Web Design and Management. The team is always friendly, creative, effective, on-timeand on-budget.” President Porter Hill, Inc. (Tecnology)Pertengahan tahun 2000, gelembungan dana (bubble) yang masuk ke jaringan pecah(burst). Dana ini tiada pusingan untuk menjana keuntungan tetapi untuk mendapatkanperkhidmatan web yang lebih canggih. Dengan berbagai pengetahuan proses bisnis danketerampilan teknik, Web akan memberi impak dan mempengaruhi pasaran perniagaan ahliperniagaan kerana dengan perkembangan Web ini mereka dapat merekabentuk web danpengembangan, komunikasi pemasaran, iklan online, media cetak dan banyak lagi.Era perkembangan web di seluruh dunia berkembang dengan pesatnya iaitu era Web 1.0antara tahun 1990 hingga 2000, Web 2.0 antara tahun 2000 hingga 2010, Web 3.0 pulaantara tahun 2010 hingga 2020 dan dijangkakan Web 4.0 yang lebih canggih akan berlakusekitar tahun 2020 sehingga 2030. 13
  14. 14. Perkembangan Web 1.0, Web 2.0, web 3.0 dan web 4.0Rajah 1 : Era perkembangan Web 14
  15. 15. Rajah 2 : Perkembangan perubahan Web Ciri-ciri Web 1.0 Web 2.0 Web 3.0The mostly read only web The wildly read-write-web The portable personel web45million global users (1996) 1 billion+ global users (2006) Focus untuk individuFocosud on companies Fokus untuk masyarakat LifestreamHome pages Blog Consolidating dynamic contentOwning content Pengkongsian maklumat Web semanticBritannica online Wikipedia Widgets, drag & drop mashupsHTML, portal XML, RSS User behaviour(me-onomy)Borang Web (Web forms) Aplikasi web Igoogle, NetvibesDirektori (taksonomi) Tagging (folksonomy) User engagementNetscape Google advertainmentPages views Cost per clickPengiklanan Word of mouthJadual 2 : Ciri-ciri web 15
  16. 16. Apakah itu Web 1.0Era web 1.0 bermula dari awal tahun 1990 sehingga tahun 2000. Web ini merupakangenerasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yangbersifat satu arah. Ini kerana segala isi kandungan dan maklumat hanya dapat diakses dandibawah kawalan penciptanya sahaja. Pengguna web 1.0 hanya boleh melayari internetsahaja untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu orang yang melayari internet hanya dapatmelihat kandungan dari laman web tersebut tanpa dapat memberi komen mahupunpandangan.Ini mengakibatkan pengguna web 1.0 menjadi bosan dan web 1.0 tidak dapatmenarik minat penggunanya.Web 1.0 merupakan teknologi Web pertama yang merupakan revolusi baru di dunia Internetkerana ia telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya, Websiteyang dibangunkan pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untukpengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Web 1.0 ini merupakan“world wide web” yang terdiri daripada Windows, SGML, MMQ‟S, SQL disamping ianyamenyediakan khidmat database, “file servers” dan “groupware”. Berbagai Website sepertiberita “cnn.com” atau bisne secara online “Bhinneka.com” dapat dikategorikan ke dalamjenis ini. Secara umum, Web 1.0 dikembangkan untuk pengaksesan maklumat dan memilikisifat yang sedikit interaktif.Secara teorinya, Web 1.0 adalah pengguna komputer hanya dapat melayari website.Selepas pengguna melayari website - Tinggalkan website - tutup browser 16
  17. 17. Rajah 3 : Contoh paparan web 1.0Apakah itu Web 2.0Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O‟Reilly Media pada tahun 2004 sebagaiteknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsianmaklumat secara online. Menurut Tim O‟Reilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai berikut:“Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan olehpenggunaan internet sebagai platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahamipelbagai peraturan bagi mencapai keberhasilan pada platform baru tersebut.Pada umumnya, Website yang dibangun dengan menggunakan teknologi Web 2.0 memilikiciri-ciri berikut:• CSS (Cascading Style Sheets) 17
  18. 18. • Aplikasi Rich Internet atau berbasis Ajax• Markup XHTML• Sindikasi dan agregasi data menggunakan RSS/Atom• URL yang valid• Folksonomies• Aplikasi wiki pada sebagian atau seluruh Website• XML Web-Service APIWeb 2.0 ini ini lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadikeperluan sehingga era Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri yang boleh berkongsi maklumat(share), berkerjasama dan mengeksploitasi. (Rujuk Rajah 1)Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsianmaklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dankerjasama di “World Wide Web”. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untukberinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagaipencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Ini berbeza denganlaman web 1.0 di mana pengguna adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandunganyang diciptakan untuk mereka.Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, youtube,wiki, laman perkongsian video, blog, Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web,Mashup, folksonomies dan sebagainya. 18
  19. 19. Rajah 4: Rangkaian Web 2.0Web 2.0 ini telah mengubah dunia teknologi internet di seluruh dunia.Ini menyebabkaninternet menjadi kegilaan ramai oleh pengguna internet. Misalnya penggunaan halaman webfacebook dan twitter yang sangat popular pada masa ini. Seluruh masyarakat dunia setiaphari melayari facebook mereka untuk berkongsi maklumat, ilmu, gambar, aktiviti merekaseharian.Dalam bidang pendidikan, teknologi Web 2.0 telah menyediakan guru-guru mengenai satukaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang lebih bermakna. Pelajarlahir dizaman teknologi media baru ini kurang minat untuk menyiapkan lembaran kerja danmendengar ceramah yang diberikan oleh guru mereka.Ini kerana pelajar-pelajar telahterlibat di peringkat sejagat (global).Kekurangan penyertaan dalam bilik darjah tradisionaltelah menahan banyak fakta sebaliknyapelajar berpeluang menerima maklum balas ataufakta yang lebih baik melalui atas talian (online). 19
  20. 20. Dalam siaran TV Pendidikan di Malaysia, web 2.0 juga berkembang dengan pesatnya iaitudengan kemunculan eduwebTV. Sejarah awal TV Pendidikan bermula pada tahun 1972-1999di mana ia disiarkan melalui TV2 sahaja. Manakala dari tahun 2000 ke 2006 TV Pendidikanditayangkan melalui Astro Channel 13.Tahun 2007-2008 pula siarannya adalah di MediaPrima TV9. Keseluruhannya TV Pendidikan ini disiarkan secara “terrestrial” TV. Ini telahmenyebabkan masalah penjadualan pelajar yang menonton adalah sukar diselaraskankerana satu kelas hanya boleh menonton dalam satu masa.Pada tahun 2008 eduwebTV diperkenalkan dan ia boleh dilayari melalui internet. EduwebTVmerupakan medium terbaru dalam penyiaran pendidikan di mana ia mensasarkan PendidianDigital untuk semua. Berdasarkan “streaming” dan muat turun video pendidikan melaluiinternet ia boleh memuat turun latihan, pemindahan teknologi, kandungan dan editorial. Inidapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajarnya disampingmenyediakan perkhidmatan penyampaian maklumat pendidikan yang berkesan. Selain itupelajar boleh melayari, melihat, memuat turun maklumat yang mereka inginkan dengantidak mengira masa dan di mana mereka berada asalkan mereka mendapat akses jaringaninternet. EduwebTV boleh dilayari melalui www.eduwebtv.comKemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawaperubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0. Seperti yang telahdihuraikan, e-pembelajaran Web 1.0 pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategipenyebaran maklumat.E-pembelajaran 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspekrenungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi.E-pembelajaran 2.0 menekankan aspek pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar didalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking). E-pembelajaran 2.0 turut menyenaraikan ciri-ciri yang bersifat digital, saling berkaitan,peribadi , ciptaan dan terbuka . 20
  21. 21. Rajah 5 : Kerangka Kerja Web 2.0Rajah 6: Rangkaian Web 2.0 21
  22. 22. Secara ringkasnya, Web 2.0 adalah pengguna komputer akan melihat RSS reader. Penggunamelayari website dan mereka dapat membaca, melihat, menulis komen, pandangan,mengedit kandungan dan memuat turun gambar. Selain daripada itu juga, pengguna bolehmelihat, memberi komen dalam paparan rakan yang lain dan membalas komen.Apakah itu Web 3.0Menurut John Markoff (2006), akan muncul sebuah web masa hadapan yang mempunyaiperkembangan teknologi web yang lebih maju dan canggih jika dibandingkan denganweb2.0. Web ini dikenali sebagai web 3.0.Web 3.0 berkonsepkan “smart internet experienceatau intelligent internet experience”. Berdasarkan Rajah 1: Era perkembangan web, Web 3.0berlaku di antara tahun 2010 ke 2030. Komponen yang paling utama dalam Web 3.0 adalahSemantik Web.Rajah 7 : Web 3.0 22
  23. 23. Web 3.0 adalah sebagai sebuah mesin untuk membaca halaman-halaman Web generasiketiga dari layanan internet dengan tujuan mesin akan memiliki kemampuan membaca Websama seperti yang manusia dapat lakukan sekarang ini. Web 3.0 berkaitan dengan konsepWeb Semantik yang dilayari website yang tidak hanya dalam bahasa asli pengguna, tapijuga dalam bentuk format yang boleh di akses oleh berbagai software.Rajah 8 : Rangkaian Web 3.0Konsep Web 3.0 adalah dimana manusia dapat berkomunikasi dengan mesinpencari.Pengguna boleh memohon Web untuk mencari suatu data spesifik tanpa bersusah-susah mencari satu per satu dalam carian Web.Web 3.0 juga mampu menyediakanketerangan-keterangan yang relevan tentang informasi yang ingin kita cari, bahkan tanpakita minta. Web 3.0 menawarkan metod yang efisen dalam membantu komputermengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data online. Web 3.0 juga memungkinkan Webmenjadi sebuah bahan untuk penyimpanan data dengan kapasiti yang sangat besar.Web 3.0sendiri terdiri dari Web semantik, Format mikro, pencarian dalam bahasa pengguna,penyimpanan data dalam jumlah besar, pembelajaran melalui mesin, agen rekomen, yangmerujuk pada kecerdasan buatan Web.Web 3.0 juga memiliki beberapa standard pengoperasian yang boleh menjalankan fungsinyadalam menampung metadata. 23
  24. 24. Antara ciri-ciri khas web 3.0i. Tranformation : Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu.ii. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi/maklumat diakses menjadi mediaiii. Network Computing : Perisian adalah sebagai model-model perniagaan,perkhidmatan halaman web yang mempunyai dua sistem atau lebih untuk bekerjasama secara harmoni, pengedaran komputer, pengelasan komputer,menaiktarafkomputer.iv. Open Technologies : Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platformsumber terbuka atau secara percumav. Open Identity and Open ID : seluruh maklumat adalah bebasvi. The interligent Web : Sebagai Teknologi Semantic Web termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantik, dan pernyataanpenyimpanan data.vii. Distributed Database : Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database)viii. Aplikasi bersifat pintar dan bijakApakah itu Web 4.0Era perkembangan web semakin canggih, dijangkakan menjelang tahun 2020 ke 2030 Web4.0 akan menggantikan web3.0. Web 4.0 dikenali sebagai "Web simbiotik". Idea menjadiweb simbiotik adalah metadata yang dianjurkan (web 3.0), dimana manusia dan mesinboleh berinteraksi dalam simbiosis.Boleh kita tafsirkan bahawa teknologi web 4.0 inirangkaian nya lebih canggih sistemnya. Walaupun begitu, masih kurang jelas mengenaitafsiran sebenar web 4.0 yang dikhabarkan tentang kecerdasan webOS, ambien,kecerdasan buatan. Tetapi ia adalah baik untuk mengetahui bahawa terdapat banyakprojek-projek yang berlaku di dalam dunia web. Manusia dan mesin boleh berinteraksi 24
  25. 25. dalam simbiosis seperti muka minda dikawal (web simbiotik). Web 4,0 atau webOS akanseperti „middleware‟ yang akan mulai berfungsi seperti sistem operasi.Apa perbezaan di antara Web 1.0 dengan 2.0Terdapat beberapa perbezaan di antara web 1.0 dan 2.0. Secara asasnya web 2.0 adalahkesinambungan daripada web 1.0 itu sendiri.Namun begitu terdapat perbezaan antarakeduanya. Dalam web 2.0, pengguna tidak perlu melawat satu-satu laman web yang khususjika hendak mengetahui sebarang maklumat mengenai sesuatu perkara. Maklumat tersebutboleh didapati pada mana-mana laman web yang ada menyediakan perkhidmatan dancapaian untuk laman web lain.Tidak seperti web 1.0, kita perlu buka laman web yang betul atau sama jika inginmendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh jika kita inginmendapatkan maklumat mengenai telefon Samsung, kita perlu pergi ke laman webSamsung. Ini adalah ciri web 1.0. berbeza berbanding web 2.0, kita sudah tidak semestinyaperlu pergi ke laman web Samsung jika ingin mendapatkan sebarang maklumat. Kita bolehmelayari laman web Samsung melalui laman web lain yang ada menyediakan perkhidmatancapaian yang mudah. Kita juga mampu melihat sebarang maklumat berkaitan tanpa perlumelayari laman web tersebut.Aplikasi web 1.0 lebih terbatas.Pengguna perlu melawat lamanweb tertentu jika ingin mendapatkan maklumat.Ia lebih sukar dan tidak mesra pelanggan.Web 1.0 juga mempunyai aplikasi yang terbatas berbanding web 2.0. Jadual 2 : Perbezaan Web 1.0 dengan Web 2.0 25
  26. 26. Rajah 9 : Perbezaan Website 1.0 dengan Website 2.0Dapat kita ringkaskan bahawa Web 1.0 dengan Web 2.0 ialah :• web 2.0 mewakili jumlah perubahan yang berlaku semenjak web 1.0 diperkenalkanpada pertama kali.• web 2.0 bersifat dinamik manakala web 1.0 adalah statik.• web 1.0 lebih ke arah pelayaran halaman manakala web 2.0 menuntut aktiviti yanglebih.• aliran dan sebaran maklumat web 1.0 adalah lebih linear berbanding web 2.0 26
  27. 27. Perbezaan utama dalam Web 2.0 dan Web 1.0 adalah keterbatasan pada Web 1.0 yangmengharuskan pengguna internet untuk datang ke dalam website tersebut dan melihat satupersatu isi kandungan di dalamnya. Sedangkan Web 2.0 menghendaki pengguna internetdapat melayari semua maklumat dalam website tanpa harus berkunjung ke alamat yangberkaitan.Apa perbezaan di antara Web 2.0 dengan 3.0Pada era web 2.0, apabila kita melayari atau mengakses internet untuk mencari maklumat,secara tidak langsung kita akan berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar-tukarbuah fikiran dengan pengguna internet lain. Ini akan menyebabkan maklumat yang inginkita perolehi adalah lebih lengkap. Contohnya, sebelum ini ensiklopedia.com menyediakanperkhidmatan maklumat yang kita perlukan, namun kini wikipedia.com telah menyediakanmaklumat keseluruhan pengetahuan yang kita ketahui kepada orang lain. Selain itu, setiaporang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka pada laman tersebut danmenjadikan maklumat semakin padat dan lengkap. Rajah 10 : Perbezaan Web 1.0, 2.0 dan 3.0 27
  28. 28. Dengan kewujudkan Web 3.0, yang lebih berkonsepkan Web Semantik yang dilengkapidengan ciri komputer yang dapat berfikir.Misalnya apabila kita ingin mencari sebuahperkataan, contohnya “burung”. Kita akan memperolehi semua maklumat atau data biologitentang spesies burung. Contohnya permainan berbentuk burung, DVD tentang burung,jenis-jenis burung dan sebagainya yang berkaitan dengan burung.Pada Web semantikdiharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisisdan menentukan” maklumat yang dicari.Dapat kita simpulkan bahawa Web 2.0membincangkan komunikasi 2 hala dan web 3.0 adalah membincangkan mengenai Websemantik iaitu web cerdas yang boleh memahami keperluan pengguna berdasarkan sejarahaktivitinya di jaringan.Apa perbezaan di antara Web 3.0 dengan 4.0Walaupun Web 4.0 masih agak jauh iaitu bermula pada tahun 2020, namun ianya semakinmenghampiri kepada pergerakan yang lebih praktikal.Web 3.0 berkonsepkan Web Semantikmanakala Web 4.0 adalah berkonsepkan The WebOS.Apa itu Skype?Skype adalah sebuah perisian komunikasi percuma yang membolehkan pengguna membuatpanggilan, menghantar mesej secara segera dan melakukan panggilan video dalam talian.Ia merupakan satu perkhidmatan yang terbaik dalam talian suara melalui internet dan telahdicipta pada tahun 2003 oleh Hy Niklas Zennstrom dan Janus Friis tetapi kemudian telahdimiliki oleh microsoft khususnya dalam tahun 2011. Skype mempunyai lebih 663 000 000pengguna berdaftar setakat september 2011 meletakkan ia berada pada kedudukan teratassama dengan Facebook dan Twitter. Jika dibandingkan software serupa, Skype memilikikualiti IP yang lebih baik. Selain untuk panggilan, Skype juga dapat digunakan untukberbual (chatting), kirim SMS, persidangan, pemindahan maklumat, panggilan suara hinggaCall Forward. 28
  29. 29. Ciri-ciri utama SkypePengguna berdaftar Skype dikenalpasti melalui nama Skype yang unik, yang disenaraikanatau didaftarkan didalam direktori Skype.Skype akan membenarkan pengguna mendaftar dan berkomunikasi diantara satu sama lainmelalui pesanan ringkasan (instant messaging) atau perbualan suara (voice chat). Perbualansuara membolehkan pengguna berdaftar dengan Skype berbual di antara satu sama laindengan menggunakan kaedah “audio códec”. Manakala perbualan melalui teks pulamembolehkan sekumpulan pengguna yang berdaftar dengan Skype berbual diantara satusama lain di dalam kelompok atau kumpulan pada satu masa dengan menggunakan aplikasiemosi (emoticons), menyimpan rekod perbualan dan melakukan edit kepada perbualan teksyang lepas (secara offline).Penggunaan skype juga boleh berkongsi fail diantara satu sama lain walaupun merekaberada pada jarak beribu batu jauhnya. Meraka boleh berkongsi semua jenis fail sepertidata sulit, fail pejabat dan juga gambar dengan pemindahan ini dijamin akankeselamatannya.Pada Januari, 2006 Skype telah memperkenalkan perbualan koferansi secara video diantara dua pengguna yang melibatkan pengguna platform Windows dan Mac OS X.Manakala Skype 2.0 untuk Linux pula telah diperkenalkan pada 13 Mac 2008, jugamempunyai ciri-ciri yang menyokong perbualan konferansi secara video. Versi 5 beta 1untuk Windows, telah digunakan dipasaran bermula pada 13 Mei 2010, yang menawarkanperbualan konferensi video sehingga lima orang pengguna dalam satu-satu masa. Melaluipanggilan video ini, satu kebolehan skype dimana pemanggil bukan sahaja boleh membuatpanggilan, tetapi mereka berpeluang untuk melihat orang yang menjawab panggilan.Penggunaan Skype video ini, sangat penting dalam pendidikan terutamanya apabila iamelibatkan pendidikan jarak jauh, guru atau pelajar yang tidak dapat menghadiri sesipembelajaran dan pengajaran di sekolah, contohnya pelajar sakit dan berada di hospital.Skype untuk Windows, bermula dengan versi terbaharu 3.6.0.216, sesuai untuk kualiti danciri-ciri “Video Berkualiti Tinggi” seperti skrin penuh atau bentuk skrin di dalam skrin, samaseperti sistem konferensi video tahap pertengahan. Audio Skype dapat menampungperbualan secara audio sehingga 25 orang, termasuk hos.Nombor atas talian atau SkypeIn, adalah perkhidmatan yang membenarkan penggunaSkype untuk menerima panggilan melalui komputer pengguna, dari talian telefon tetap (fix 29
  30. 30. line) pengguna yang berdaftar dengan Skype. Tetapi perkhidmatan ini hanya terdapat dinegara-negara seperti Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Denmark, RepublikDominican, Estonia, Finland, Perancis, German, Hong Kong, Hungary, Ireland, Itali, Jepun,Mexico, New Zealand, Poland, Romania, Afrika Selatan, Korea Selatan, Switzerland, Turki,Belanda, England dan Amerika Syarikat. Pengguna Skype boleh memiliki nombor telepontempatan di negara berkenaan, dan kadar panggilan adalah sama dengan kadar panggilantalian tetap di negara tersebut.Walau bagaimanapun, Skype tidak mempunyai keupayaan untuk membuat panggilankecemasan, misalnya 911 di Amerika Syarikat dan Kanada atau 999 di Great Britain. Inikerana Federal Communications Commission Amerika Syarikat (FCC) telah menolak, atastujuan seksyen 255, Akta Telekomunikasi, bahawa Skype bukanlah “pembekal Voip Suara”.Skype WiFi pula membenarkan pengguna berdaftar untuk membayar per minit untukmenggunakan Internet di tempat-tempat pusat perniagaan tanpa wayar menggunakanKredit Skype. Di samping itu, juga dengan adanya panggilan percuma sesama penggunaskype dengan telefon mudah alih amat menyenangkan serta mesra pengguna danmenjimatkan kos panggilan. Sehingga Mei 2010, senarai Skype yang menggunakan taliantanpa wayar ini berjumlah lebih daripada 100 rangkaian.Ciri-ciri aplikasiWeb “Skype Toolbar” boleh mengenalpasti telepon dan nombor Skype, dan didapati hanyauntuk Internet Explorer dan Mozilla Firefox untuk Window. Nombor di dalam laman webberkenaan akan digantikan dengan ikon yang boleh di-klik untuk menghubungi nombormenggunakan Skype atau klik kanan untuk memberikan lebih banyak pilihan, contohnyamenambahkan nombor ke dalam senarai Skype. “Toolbar” Skype akan mengesan nombortelepon secara automatik. Fail log akan diwujudkan di dalam senarai kenalan pengguna, danakan disimpan untuk pengguna yang sah mempunyai kenalan ini sahaja.Di dalam Window, Skype boleh digunakan secara terus dari USB flash drive, tanpa memuat-turun di dalam komputer hos. Manakala di dalam Mac OX X, muat-turun aplikasi Skype kedalam komputer hos adalah tidak perlu. 30
  31. 31. Apa yang diperlukan untuk menggunakan Skype di dalam KomputerPengguna perlu bersedia untuk memuat-turun perisian Skype melalui alamat websitehttp://www.skype.com, untuk membuat akaun secara percuma.Untuk sesi perbualan,pengguna perlu ada mikropon, manakala untuk berinteraksi secara video, pengguna mestiada kemudahan webcam.Dua hala untuk menjayakan program Skype kepada pengguna dari komputer atau telepondengan perisian Skype. Memulakan dari komputer adalah cara yang paling senang iaituhanya memerlukan mesin yang mampu menjayakan program Skype sambungan Internetdan pembesar suara.Selepas berjaya memuat-turun Skype, pengguna boleh membuka akaun peribadi yang bolehdibuat secara percuma. Menggunakan akaun yang telah dibuat, pengguna bolehlahberinteraksi secara teks atau membuat panggilan ke pengguna Skype yang lain, menerusimikropon yang biasanya telah dipasang di dalam komputer riba.Berikut adalah beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan skype : 1. Buka skype dan log masuk. Klik di sini untuk sign in.2. Tujukan tetikus kita pada menu navigasi pada pilihan "GET SKYPE", kita perlu memilihberdasarkan O.S (Operating System) yang sedang kita gunakan misalnya kita menggunakankomputer atau notebook dengan O.S (windows XP/Vista/Seven 7/Windows 8). Oleh itu kitamemilih windows. 31
  32. 32. 2. Kemudian klik "Download Skype".3. Setelah kita klik pautan tersebut, ia akan memuat turun secara automatik.4. Setelah proses memuat turun selesai, kita boleh membuka apa yang telah kita muat turun tadi. 32
  33. 33. 6. Proses memasang skype seperti berikut:Pada contoh gambar di atas klik butang "Saya setuju-berikutnya".Proses memuat turun dilakukan dan tunggu hingga selesai (jangan matikan akses internet). 33
  34. 34. Jika proses install sudah selesai, maka secara automatik „skype run‟ muncul pada desktopanda (kalau tidak run secara automatik, kita boleh membuka secara manual). Akhirnya kitatelah memuat turun skype.Cara menguji mikropon dan pembesar suara anda bekerja dengan baik atautidak.1. Klik Echo/Sound Test Service 34
  35. 35. 2. Lalu klik butang pembesar suara yang berwarna kuning3. Kemudian klik pada bahagian Pembesar Suara, dan cuba bercakap di depan mikroponskype. Dalam masa yang sama cuba perhatikan tanda mikropon ada atau tidak.Permasalahan: Jika suara mikropon tidak dikesan, cuba pilih „combo box‟ yang ada disamping tulisan mainkan, kemungkinan anda menggunakan lebih dari satu soundcard padakomputer anda, oleh itu anda perlu memilih dan sesuaikan dengan soundcard yang sedangaktif. 35
  36. 36. Faedah/Kebaikan Menggunakan Skype1. Mudah untuk digunakan.• Penciptaan telah membuatkan komunikasi lebih mesra pengguna dalam pelbagaibidang seperti pendidikan, hiburan, pelancongan dan perniagaan. Skype juga mudah untukdipasang sendiri oleh pengguna. Mudah berhubung dengan orang lain di menggunakankomputer dan telefon bimbit.2. Panggilan Video.• Skype mempunyai keupayaan untuk membuat panggilan video. Denganmenggunakan skype pemanggil dan penerima panggilan boleh melihat antara satu samalain. Skype alat yang sangat penting bagi individu yang mempunyai dua tugas di tempatyang berbeza.Misalnya mengadakan mesyuarat, pengajaran guru dan sebagainya.3. Pemindahan Maklumat.• Pengguna Skype boleh berkongsi fail atau maklumat dengan mudah melalui akaunmasing-masing. Ia menyokong jenis fail seperti data sulit, data pejabat dan gambar.Pemindahan juga boleh digunakan menggunakan keselamatan relatif.4. Kos murah• Panggilan percuma di mana pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan Skypedalam jangka masa yang panjang.Kepentingan Skype dalam PendidikanBerikut adalah kepentingan skype sebagai alat dalam pendidikan:• Skype merupakan penggunaan komunikasi yang mudah dan murah dan diguna pakaidi seluruh dunia. Skype membolehkan meningkatkan penglibatan dan kefahaman pelajardalam pelbagai aktiviti.• Membantu pelajar memahami perbezaan budaya dan belajar tentang sejarah sertanorma-norma sosial. Hal ini dengan menggunakan skype, pelajar boleh berhubung denganindividu dari pelbagai latarbelakang budaya. 36
  37. 37. • Sesuai bagi pelajar yang ingin atau sedang mendalami bahasa baru. Skype bolehmenghubungkan mereka dengan penutur asal bahasa yang dipelajari dan membolehkanpelajar mendalami bahasa baru.• Pembelajaran akan menjadi lebih sahih, berinspirasi dan menarik apabila melampauibatas bilik darjah.• Skype menawarkan cara mudah untuk pelajar dan pengajar untuk melibatkan diridalam komunikasi segerak.Tips Skype untuk GuruBayangkan menghubungkan dengan kelas lain di seluruh dunia tanpa pernah meninggalkanbatasan sekolah seperti tiada bentuk realiti, tiada kos untuk ibu bapa atau sekolah dan tiadabersusah-payah ke lawatan lapangan. Skype telah mencipta satu komponen pendidikanyang dipanggil Skype di dalam kelas yang membolehkan guru-guru berhubung denganpendidik lain di seluruh dunia dalam persekitaran maya. Dengan lebih daripada 28,000pendidik menyertai sejak Mei 2012, perkhidmatan ini percuma menawarkan pelbagai projekkerjasama dan hubungan budaya. Fikirkan ia sebagai satu program sahabat pena untukabad ke-21. (Lauren M. Bronson, Elementary School Teacher, Hillsborough County, Florida).Berikut adalah antara tips untuk guru jika ingin menggunakan skype dalam prosespengajaran dan pembelajaran.1. Projek: Meneliti Perbezaan BudayaSkype di dalam kelas mempunyai satu forum di mana guru-guru boleh mengepos ideaprojek untuk orang lain untuk menyertai sebagai peserta. Dalam satu contoh, seorang gurusekolah tinggi di Norway mencatatkan satu projek yang bertajuk "Menggambarkanbagaimana Perbezaan Budaya dan Sistem Nilai berbeza boleh Kesan Komunikasi," yangmemberikan pelajar peluang untuk menangani halangan dalam komunikasi di kalanganbangsa yang berbeza. 37
  38. 38. Setelah pelajar mendapat tanggapan bahawa remaja di negara-negara lain adalah samaseperti diri mereka sendiri, ia boleh membuka kefahamanyang baru dan penghargaanterhadap orang-orang yang latar belakang yang berbeza.2. Projek: Perbandingan cuaca di seluruh GlobeDalam satu projek, guru gred pertama di Chicago cuba untuk menyambung dengan kelas-kelas yang lain untuk membandingkan keadaan cuaca selama dua minggu. Para pelajardapat belajar tentang keadaan cuaca di negara-negara yang berbeza dan langkah berjaga-jaga tentang cuaca yang berkaitan dengan pelajar-pelajar.Pelajar yang mengalami salji lebatdi Chicago boleh berkomunikasi melalui Skype dengan anak-anak muda di Costa Rica yangserentak mengalami hujan lebat dan suhu panas.3. Projek: Pembelajaran BahasaDicipta oleh seorang guru di Argentina, "Projek Perkongsian - Bahasa Inggeris danSepanyol" menerima sokongan dari pendidik AS dari New York ke Wisconsin yang inginuntuk memberi pelajar mereka peluang untuk mengamalkan bahasa asing. Apa cara yanglebih baik untuk mengamalkan sebutan yang betul berbanding dengan penutur asli umuryang sama?Skype di dalam kelas juga membolehkan guru-guru untuk menyambung dengan pendidiklain untuk membincangkan kurikulum, berkongsi idea atau mendapatkan nasihat. Disamping itu, ramai guru menghantar permintaan untuk penceramah jemputan yang relevankepada subjek mereka.Seorang guru sekolah tinggi di Amerika Syarikat memintapenceramah tetamu yang boleh berkongsi pengetahuan yang berkaitan dengan industrifilem untuk kelas filem yang maju. Dalam satu lagi posting, seorang guru kanak-kanakautistik bertanya pendidik lain untuk berkongsi buku-buku kegemaran klasik mereka semasacerita.Dengan kira-kira 1,900 projek disediakan untuk pelajar berusia 3-18, guru mungkin untukmencari sumber bernilai menembusi melalui Skype di dalam kelas, sama ada ia berkaitandengan matematik, pendidikan jasmani, seni, bahasa, membaca, menulis, sains, kajiansosial atauteknologi. Terdapat juga pilihan untuk mewujudkan projek dari awal danmenjemput orang lain untuk menyertai 38
  39. 39. Dengan penyelidikan yang menunjukkan bahawa tangan-aktiviti boleh meningkatkanpembelajaran, guru-guru yang menggabungkan teknologi seperti Skype di dalam kelas kedalam pelajaran mereka boleh bersedia untuk melihatprestasi yang lebih baik di kalanganpelajar mereka.Aplikasi Skype dalam bilik darjahDengan menyediakan satu cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan oranglain di serata dunia, skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkanketerlibatan dan kefahaman pelajar. Interaksi dengan pelajar daripada negara lain akanmembantu pelajar untuk memahami perbezaan budaya, mempelajari sejarah dan norma-norma sosial serta mengasah kemahiran bahasa asing. Pembelajaran akan menjadi lebihautentik kerana ia menjangkau ke luar bilik darjah dan kebolehan untuk berbual melaluitelefon atau video dengan seseorang dari negara lain menjadikan pengalaman pembelajaranlebih menarik. Alat yang murah dan mudah diperoleh seperti skype juga menggalakkankakitangan fakulti dan pelajar untuk mencuba teknik-teknik baharu bagi memudahkanpenglibatan. Bagi pendidikan jarak jauh, skype menawarkan cara yang mudah untuk pelajardan pengajar yang berlainan untuk mengambil bahagian dalam komunikasi segerak(Educause 2007).Skype boleh digunakan oleh para guru di dalam kelas untuk proses pengajaran danpembelajaran untuk mengawal kelas. Ini penting terutamanya apabila seseorang guruberada di luar sekolah untuk urusan-urusan tertentu. Melalui skype,guru masih berpeluangatau boleh mengadakan kelas melalui skype misalnya daripada hotelnya. Komunikasiinteraktif ini menyediakan hubungan audio dan visual dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus secara jarak jauh kerana guru boleh mendengar dan melihatpelajarnya secara serentak walaupun di lokasi lain, di samping penggunaan bahasa isyaratbadan bagi menambahkan lagi keberkesanan komunikasi.Sebagai medium komunikasi yang interaktif, skype menyediakan pelbagai faedah kepadapengguna. Easton(1983), menyatakan kelebihan sidang video kepada pelajar sebagaimenjimatkan masa kepada semua peserta, menjimatkan kos dari segi tambang danpenginapan, menambahkan kesan komunikasi kerana semua yang hadir mendapatmaklumat yang sama, lebih ramai peserta dapat dilibatkan tanpa mengira statuskekananan(seniority), memudahkan penjadualan dari segi masa dan tempat bagi 39
  40. 40. penceramah atau pakar yang dijemput. Melalui Skype juga,seorang guru boleh menjemputpakar dalam satu-satu bidang untuk ditemubual tanpa perlunya tetamu tersebut berada didalam kelas. Ini membolehkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan penceramah secaralangsung.Contohnya, guru dalam sastera boleh menjemput penyajak atau penyair untukkarya-karya tertentu bercakap secara terus dengan pelajar.Melalui skype, pelajar berpeluangmenyaksikan dan mendengar penyajak bersajak secara langsung membolehkan pelajar lebihmenghayati sesuatu karya.Skype turut memberi manfaat kepada guru-guru kerana mereka berpeluang untukmenjemput ahli panel terdiri daripada guru-guru lain daripada tempat yang berlainan untukterlibat sama dalam perbincangan dengan kelasnya. Ini memberi manfaat kepada gurumahupun pelajarnya kerana boleh mendengar pelbagai pendapat dan idea yang pelbagaitentang topik yang dibincangkan.Cadangan serta idea-idea yang diberikan semasaperbincangan juga boleh dibahaskan bersama-sama pelajar.Melalui penggunaan skype ini,para pelajar mahupun guru berpeluang bertanya terus atau meminta pandangan ahli panelatau guru-guru lain tadi tentang sesuatu isu yang dibincangkan.Skype juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru terutama semasa terlibat dengan lawatanlapangan.Contohnya, lawatan ke tempat-tempat bersejarah serta muzium. Guru bolehmemanfaatkan skype agar boleh berhubung dengan ahli arkeologi untuk memberipenerangan serta maklumat tentang apa yang dilihat atau dilakukan oleh pelajar-pelajartersebut. Berbekalkan pengetahuan dan maklumat yang ada, para pelajar akan lebih fahamdan jelas tentang apa yang sedang berlaku di dalam kelas. Malah para pelajar turutberpeluang bertanya terus soalan-soalan yang dirasakan perlu kepada ahli arkeologitersebut sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan. Kemudahan video dan audio inimembuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada pelajar mahupun guru untukmendapat maklumat-maklumat daripada pakar dari luar tanpa perlu berada bersama-samadi lokasi yang sama. Sidang video membolehkan perhubungan antara pelajar dengan pakardi lokasi geografi yang berlainan berlaku di samping dapat menyokong penggunaan mediaseperti papan kapur, dokumen bercetak dan video (Shaffebin Mohd Daud,2005).Skype turut membantu pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk turut sertadalam perbincangan kelas pada hari tersebut.Pelajar yang tidak dapat hadir kelas keranamasalah kesihatan ataupun terlibat dengan aktiviti luar sekolah masih boleh mengikutipembelajaran melalui sambungan skype.Keadaan ini sedikit sebanyak membantu pelajaragar tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah walaupun tidak dapat hadir ke 40
  41. 41. kelas.Guru-guru terlibat turut boleh berhubung dengan pelajar terbabit melalui panggilanvideo sekiranya pelajar tersebut ingin bertanyakan soalan ataupun guru tersebut inginmemberi penjelasan lanjut tentang isi pembelajaran pada hari tersebut walaupun kedua-duanya tidak berapa di lokasi yang sama. Selain itu, Skype boleh digunakan untuk tujuanlatihan bahasa dengan padankan pelajar dengan sukarelawan daripada negara lain untukberbual.Skype juga boleh digunakan dalam melakukan kerja kumpulan. Pelajar bolehberhubung antara satu sama lain di luar kelas untuk bekerjasama untuk satu projek.Skypeturut berguna ketika waktu pejabat bagi menganjurkan pertemuan dengan pelajar atau sesibantuan dari pejabat atau rumah anda.Kerjasama antara dua pihak juga boleh diwujudkanmenggunakan Skype bagi tujuan berkongsi projek pengumpulan data dengan pelajar daritempat lain.Skype juga boleh digunakan untuk persembahan misalnya tayangkanpersembahan,sketsa atau persembahan pelajar kepada penilai yang pakar.Secara kesimpulannya, teknologi pendidikan sangat berguna sebagai alat untukmerevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan teknologi,menstrukturkan organisasi sekolah agar lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebiherat antara sekolah dan masyarakat serta meningkatkan penguasaan pelajar.PenutupSebagai kesimpulan, kehadiran aplikasi Web 2.0 ini dilihat sebagai revolusi untukmenyebarkan maklumat secara meluas khususnya dalam bidang pendidikan. TeknologiWeb 2.0 menyediakan guru-guru satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnyadengan cara yang bermakna. Oleh itu, penggunaan laman-laman web bercirikan web 2.0dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah harus dikaji dengan lebih mendalammemandangkan penggunaannya dalam bidang pendidikan masih di peringkat rendah dinegara ini. Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi Internet dari webberbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel.Kandungan yangdipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai serta menekankan konsep komunikasi websecara dua hala.Web 2.0 diperkenalkan dalam O‟ Reilly Media Web 2.0 Conference padatahun 2004.Skype yang merupakan satu perisian komputer yang inovatif dan membolehkan penggunauntuk membuat panggilan percuma secara dalam talian kepada pengguna Skype lain diseluruh dunia. Perisian ini boleh didapatkan secara percuma dari laman web Skype dan 41
  42. 42. boleh digunakan dengan hampir semua sistem pengendalian dan komputer. Skype mudahdigunakan kerana komunikasi menjadi lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidangmisalnya bidang pendidikan. 42
  43. 43. RujukanAmir Hasan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjung Malim: Quantum Books.Easton,A.T.(1983). The satellite TV Handbook.Indiana.Howard W. Sams & Co. Inc.Caprio, M. W. (1994). Easing into constructivism connecting meaningful learning with students experience. Journal of College Science Teaching, 23(4), 210-212.http://www.scribd.com/doc/61049448/Aplikasi-Teori-Fungsional-Dalam-P-Phttp://www.educatorstechnology.com/2012/06/complete-guide-to-use-of-skype-in.htmlhttp://thepaisano.wordpress.com/2008/03/08/web-20-vs-web-30/http://pakdhe.febri.web.id/?p=28http://id.wikipedia.org/wiki/Web_3.0http://webtrends.about.com/od/web20/a/what-is-web-30.htmhttp://willscullypower.wordpress.com/2008/10/21/who-will-control-your-data-in-the-web-30-world/Shaffe bon Mohd daud. 2005.Sidang Video dalam Pendidikan JArak Jauh.Karisma Publications Sdn Bhd,Selangor Darul Ehsan.Subadrah Nair & Malar a/p Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa needham dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 20, 21-41.Rumelhart, D. E., dan Norman, D. A. (1978). Accretion, tuning and restructuring: Three models learning. Dalam Anderson, R. C., Spiro, R.J. dan Montague, W.E. (ed.).Semantic factors in cognition. Hilldale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. 43

×