1. Kisah Nabi Ibrahim vs raja Namrud
Posted on Mac 11, 2009 by sulaiman
Nabi Ibrahim berbahas dengan Raja Namrud tentang
Tuhan
Baqarah [258] Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai
Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi
Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana
Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika
Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan
dan Yang mematikan.
Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan
mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh
dan seorang lagi dibiarkan hidup)
Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah
menerbitkanmatahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia
dari barat?
Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam
membisu)dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan
petunjuk kepada kaum yang zalim. …Baqarah [258]
Nabi Ibrahim dibakar
Akhirnya Raja Namrud mengambil keputusan agar Nabi
Ibrahim dibakar dengan api atau unggun yang besar. Maka
Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya agar
menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-
burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang
juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar
itu.
Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun
duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api
yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan
yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati
dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang
yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.
2. Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-
akan lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan
ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut melihat Nabi
Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu tenang
sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan.
Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi
Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh
berjalan ke sana sini pula dalam api tersebut.
Al Anbiyaa[69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk
serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!
Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi
Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud.
Namrud Berlawan Dengan Tentera Nyamuk
Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu
penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud
berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu
mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk
berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”
Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi
sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu
kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada mereka
tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”
Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang
yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari
lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi
permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya:
“Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?”
Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua
pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”
Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada
nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut
menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah
mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar
menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat
melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-
3. nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat
pulang ke istana.
Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa
tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku,
sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya
mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan
yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya
berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk,
tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”
Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah
memerintahkan seekor nyamuk tempang sahaja untuk
menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di
sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari,
maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang
hidungnya. Namrud merasa sakit dan mengarahkan rakyat
yang menghadapnya mengetuk kepalanya dengan kasut.
Bila diketuk dengan kasut dia berasa lega. Akhirnya nyamuk
tempang itu memakan otak Namrud selama 40 hari.
Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT.
Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih
diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan
terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud
untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah
Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai
Allah SWT.