2. Kumpulan budi bahasa
Ketua: Nur Aisyah Fatehah bt.Nor Ashidi
Ahli: Tharunkiriraj Somasundaram
Arysha Mazlin bt.Ahmad Zuhairi
3. Sinopsis
Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima orang perdana menteri: manusia, jin ifrit, unggas, landak dan pelanduk.
Perdana menteri paling bijak ialah pelanduk yang bergelar Syah Alam di Rimba (SAR). Suatu hari SAR terjumpa
lubang memerang dengan 7 ekor anak yang ditinggalkan ibu bapa yang keluar mencari ikan. Kebetulan Sang Bubut
memukul gendang perang, lalu SAR membuka pencak silat sehingga terpijak semua anak memerang hingga mati
belaka. Apabila ibu bapa memerang balik, mereka mengenali bekas tapak kaki SAR, lantas berpakat menghadap
Nabi Sulaiman.
Berdasarkan aduan memerang, Nabi Sulaiman menitahkan belatuk memanggil SAR menghadap, lalu ditanyakan
motif tindakan itu. SAR menjelaskan dia menyangka Sang Bubut memukul gendang perang, maka secara tidak
sengaja dia terpijak anak memerang. Sang Bubut yang dipanggil memberitahu dia melihat biawak berlari-lari
sambil membawa pedang terhunus. Sang biawak pula memberitahu dia melihat labi-labi berenang secara senget
sambil membawa perisai. Sang labi-labi melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Sang udang berbuat
demikian kerana melihat Sang Seberau mudik berikat pinggang melengkung.
Sang Seberau memaklum sembah kepada Nabi Sulaiman perihal anak bininya dianiaya Sang Memerang. Baginda
murka terhadap memerang yang akhirnya mengaku salah. Nabi Sulaiman membuat keputusan bahawa tindakan
SAR sebagai diat (nyawa dobalas nyawa) dan pesalah sebenar ialah memerang.
4. Tema
Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.Hal ini
digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak2 Sang
Seberau.Sebagai balasannya,dengan takdir Allah Subhanahuwataala,anak2
Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba
ketika Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan
gendang perang yang dilakukan oleh Sang Bubut.
5. Persoalan
A)Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya
tanpa memikirkan nasib pihak lain
B)Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang berkuasa.
C)Pengadilan memerlukan saksi.
D)Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
E)Bercakap benar di hadapan pemerintah.
F)Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.
H)Mengakui kesalahan yang telah dilakukan.
6. Latar
Latar Tempat
A) Hutan Rimba.Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke kawasan wilayah
pemerintahannya.
B) Lubang.Tempat tinggal mak,bapa,dan anak-anak memerang.
C) Kota Istana.Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
D) Lubuk.Tempat tinggal Sang Seberau dan anak-anak Sang Seberau di dalam lubuk.
Latar Masa
A) Pada Zaman Dahulu.Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada zaman
dahulu.
B) Siang.Contohnya,mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.
C) Petang.Contohnya,mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu petang
D) Malam.Contohnya,mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta membuat keputusan
untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam.
7. Latar Masyarakat
A) Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
B) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
C) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
D) Masyarakat yang patuh akan pemerintah.
E) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.
F) Masyarakat yang cepat bertindak.
G) Masyarakat yang mengaku kesilapan diri.
H) Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah.
Pelanduk (Syah Alam di Rimba)
A) Menteri Nabi Allah Sulaiman
B) Menteri yang paling termasyhur
C) Bijak memberi kesedaran
D) Pandai bersilat
Watak dan Perwatakan
8. E) Sentiasa mengambil berat akan kehidupan rakyat
F) Taat kepada pemerintah
G) Mudah berasa risau
H) Jujur
Sang Memerang
A) Mempunyai tujuh orang anak
B) Menjadikan ikan sebagai makanan
C) Tamak
D) Bertanggungjawab
E) Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiaman
F) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan
Nabi Allah Sulaiman
A) Pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia,jin,dan binatang.
B) Melantik lima Perdan Menteri
C) Bijak menyelesaikan masalah
9. D) Tidak terburu-buru
E) Adil
F) Tegas
Ayat,Contohnya:
Ayat Pendek : “Hatta seketika lagi hari pun petanglah.” [hlm.36]
Ayat Panjang : “… Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya
iu,putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu.”
[hlm.36]
Diksi,Contohnya:
A) Penggunaan Bahasa Arab. “Nabi Allah Sulaiman alaihissalam”[hlm.35]
B) Penggunaan Bahasa Istana. “Bersemayam” [hlm.37]
C) Penggunaan Bahasa Klasik. “Sebermula” [hlm.35]
Gaya Bahasa
10. Sinkope.Contohnya, “… Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;jadi kepada…” [hlm.40]
Repetisi.Contohnya, “… Sebab pun Sang Biawak memalu gendang perang itu,oleh kerana engkau
membawa pedang bercabut konon;jikalau begitu engkau membawa pedang bercabut itu,musuh mana
akan datang melanggar beta ini?”[hlm 40]
A) Keberanian
B) Keadilan
C) Kejujuran
D) Kebijaksanaan
E) Keprihatinan
F) Tanggunjawab
G) Kepatuhan
H) Kesedaran
Nilai
11. Pengajaran
A) Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat.
B) Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman daripada pihak musuh.
C) Sebagai rakyat,kit hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah.
D) Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil.
E) Kita hendaklah mencari bukti-bukti yang jelas lebih dahulu sebelum membuat keputusan terhadap
sesuatu perkara.
F) Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab
G) Sebagai pemerintah,kitamestlah bijak untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan baik.
H) Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.
I) Kita hendaklah sedar akan kesalahan yang telah kita dilakukan.