2. KOD KURSUS:
IUS 4163
TASAWUF PERBANDINGAN
NAMA PELAJAR:
NURUL NAJWA IZZATI BT AZIZ
NO MATRIK:
034503
KOS:
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM
(USULUDDIN)
NAMA PENSYARAH:
PROF. DR SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR
4. Makna Syariat
Undang-undang atau garis-garis yang
telah ditentukan oleh Allah SWT
berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis
yang mana di dalam nya termasuk
hukum-hukum halal dan haram, yang
wajib, yang sunnah, yang makruh,
mahupun yang mubah.
5. 1. Ta’abbudi
Merupakan amal syariat yang
bersifat ibadat semata-mata.
Contohnya ibadat solat, puasa,
zakat, haji dan sebagainya.
Menurut al-Syatibi, ta’abbudi
adalah “hanya mengikuti apa yang
telah ditetapkan oleh syarak” atau
“sesuatu yang secara khusus
menjadi hak Allah SWT”.
Bahagian Syariat
2. Ta’aqquli
Merupakan suatu amaI
syariat yang
pelaksanaannya dapat
ditimbang dan
difikirkan oleh akal
serta boleh berubah-
ubah.
Contohnya suatu
hukum hasil ijtihad para
Ulama’.
6. Contoh Syariat
Kewajipan anak untuk berbakti kepada
kedua ibubapa adalah merupakan salah
satu syariat Islam yang wajib dipatuhi
kerana ia merupakan salah satu bentuk
akhlak yang bersifat qat’i iaitu tidak
terbuka peluang untuk anak menderhaka
kepada kedua ibubapa. .
7. Makna Hakikat
Iaitu kebenaran sejati
dan mutlak, sesuatu
puncak atau sumber
asal dari sesuatu.
Dalam dunia sufi, hakikat
diertikan sebagai aspek lain
daripada syariah yang
bersifat lahiriah iaitu rahsia
yang paling dalam daripada
segala amal, intipati
daripada syariat dan
pengakhiran perjalanan yang
ditempuh oleh seorang sufi.
8. Matlamat Hakikat
Untuk ma’rifat (mengenal) atau mengetahui
sesuatu yang bersifat rohaniah. Rohaniah adalah
sesuatu rahsia kebatinan (tersembunyi) yang tidak
mudah diketahui melalui pancaindera, yang mana
yang mengetahuinya ialah melalui sifat batiniah
sahaja yang dapat menjangkau perkara-perkara
ghaib iaitu yang tidak dilihat melalui pancaindera.
9. Contoh Hakikat
Dalam soal ibadat iaitu melaksanakan solat. Menurut
hakikat, apabila kita melaksanakan solat kita
menyembah Allah SWT seolah-olah Allah SWT itu
melihat kita. Berdasarkan hadis Nabi, “Sembahlah
Tuhanmu, seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau
tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihat
engkau”.
10. KATA-KATA ULAMA’
TENTANG SYARIAT
DAN HAKIKAT
Berkata Syeikh Abdul
Qadir al-Jilani:
“Syariat dengan tiada
hakikat hampa dan
hakikat (kebenaran)
dengan tiada syariat
(perundangan)
batal/tidak sah.
Kata beliau lagi :
Tiap-tiap hakikat
yang tidak
mempunyai
syariat maka
adalah zindik.
11. HUBUNGAN ANTARA
SYARIAT DAN
HAKIKAT
Sebahagian Ulama’ tasawuf berpendapat bahawa
“Sesungguhnya hakikat tanpa syariat adalah batal, syariat
tanpa hakikat adalah tidak beerti.
Contohnya, seseorang yang berzakat semata-mata untuk
mendapat pujian daripada orang lain. Sudah jelas bahawa
Allah SWT memerintahkan kita untuk menunaikan zakat
(ini sebagai syariatnya), akan tetapi Allah SWT
memerintahkan kita untuk berzakat adalah agar kita lebih
mensyukuri nikmat-Nya dan atas rezeki yang kita perolehi
menjadi berkat dan bermanfaat, bukan semata-mata
kerana ingin mendapat pujian.
Syariat dilaksanakan tetapi dari segi hakikatnya tidak
dilaksanakan, maka syariat itu menjadi tidak beerti.
12. KESIMPULA
N
1. Syariat merupakan undang-undang
atau garis-garis yang telah ditentukan
berdasarkan nas Al-quran dan Al-hadis
yang mana di dalamnya termasuk
hukum-hukum halal dan haram, yang
wajib, yang sunnah, yang
makruh,mahupun yang mubah.
2. Hakikat adalah keadaan Salik sampai pada
tujuan iaitu ma’rifat billah dan musyahadati
nurit tajalli atau terbukanya nur cahaya yang
ghaib bagi hati seseorang. Hakikat juga beerti
kebenaran sejati dan mutlak, sebagai akhir
dari semua perjalanan, tujuan segala jalan
(tarekat)
3. Syariat dan hakikat memiliki hubungan
yang tidak dapat dipisahkan. Syariat
merupakan peraturan dan hukum
Allah SWT menjadi kewajiban umat
Islam, terutama yang berkaitan dengan
ibadah madhlah(ibadah murni), ibadah
yang berhubungan langsung dengan Allah
SWT. Tarekat adalah pelaksanaan dari
peraturan dari hukum Allah SWT
(syariat), menyelami dan mendalami apa
yang tersirat dan tersurat dalam syariat,
sebagai tugas menjalankan perintah
Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.