Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
FANA BAQA
1. Tajuk:
FANA WAL BAQA
NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR
NAMA PELAJAR:
SITI SURAIYA BINTI ZUBAIDI (035604)
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN
SESI 2016/2017
SEMESTER 7
2. KONSEP FANA DAN BAQA
Diperkenalkan oleh golongan
Khazariyyah
Dinisbahkan kepada
Abi Sa’id al Kharraz
r.a
3. DEFINISI FANA DAN BAQA
FANA:-
Dari segi bahasa, fana' berasal dari kata faniya yang bermaksud musnah
atau lenyap.
Dalam istilah tasawuf pula, fana bermaksud sebagai keadaan moral yang
luhur.
Fana juga bermaksud proses memusnahkan diri agar dapat mendekatkan
lagi diri kepada Allah S.W.T.
Menurut pendapat yang lain, Fana juga dapat didefinikan sebagai
bergantinya sifat-sifat kemanusiaan dan sifat-sifat ketuhanan serta
hilangnya sifat-sifat cela dalam diri.
Bagi seorang SUFI, fana adalah tidak dikenalinya sifat-sifat seseorang yang
bersangkutan dengan dirinya.
Dalam Risalah Qusyairiyyah, fana adalah menghilangkan sifat-sifat cela.
4. DEFINISI BAQA
BAQA:-
Perkataan baqa berasal dari kata baqiya yang bermaksud tetap.
Sedangkan berdasarkan istilah tasawuf pula ialah mendirikan sifat-sifat
terpuji kepada Allah.
Baqa adalah sifat yang mengiringi dari proses fana dalam menghancurkan
diri untuk mencapai makrifat.
Baqa juga adalah pengenalan hal serupa dengan sifat Tuhan, seseorang
hamba juga tidak memiliki kesedaran tentang dirinya sendiri yang
bersangkutan yang merasa ada, akan tetapi hanya menyedari sekadar “
yang mewujudkan, yang diwujudkan dan perwujudan”.
Dalam Risalah Qusyairiyyah, baqa adalah mendirikan sifat-sifat terpuji.
Jika sifat-sifat tercela menguasai diri maka tertutuplah sifat-sifat terpuji.
5. FANA DAN BAQA MENURUT TOKOH-TOKOH ISLAM
1. Al-Qusyairi
Fana adalah gugurnya sifat-sifat tercela, sedangkan baqa pula berdirinya
sifat-sifat terpuji.
2. Junaid al-Baghdadi
Tauhid boleh dicapai dengan membuat diri fana dari dirinya sendiri dan
alam sekitarnya, sehingga keinginannya dicapai oleh Allah S.W.T.
3. Abu Sa’id al-Kharraz
Tanda keluhuran seseorang SUFI adalah keluhuran nya dari hasratnya akan
dunia ini dan dunia nanti, kecuali hasratnya dengan Tuhan.
6. TUJUAN DAN KEDUDUKAN FANA DAN BAQA
o Tujuan untuk mencapai penyatuan secara ruhaniyah dan batiniyah dengan
Tuhan sehingga yang disedarinya hanyalah Tuhan di dalam dirinya.
o Manakala kedudukan fana dan baqa pula ialah merupakan hal, kerana hal
yang demikian itu terjadi terus menerus dan juga kerana dilimpahkan oleh
Allah S.W.T.
7. KESIMPULAN
Apabila penghayatan kita terhadap fana dan baqa itu betul maka barulah
penghayatan kita terhadap tasawuf kita betul.
Barangsiapa yang fana daripada kehendaknya maka ia kekal dengan
kehendak Allah S.W.T.
Seseorang itu hilang sifat Basyariyyah dalam dirinya dan kekal dengan
sifat-sifat Allah S.W.T.