Puisi ini membahas tentang perpaduan dan kerukunan antar bangsa di Malaysia. Pewaris perpaduan dan pengukir wawasan berdiri teguh mempertahankan perpaduan negara dari ancaman yang dapat memecah belah. Sejarah perpaduan dibangun dari pengorbanan leluhur. Kerukunan antar budaya, agama, dan adat istiadat dijaga demi kemajuan tanah air yang dicintai.
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
PEWARIS AMANAH PERPADUAN.docx
1. Assalamualaikum wbt. Salam puisi. Terimalah...
PEWARIS AMANAH PERPADUAN
KARYA : RAZALI MOHD YUSOF
Di atas ukiran negara ini
kami, pewaris perpaduan dan pengukir wawasan
berdiri teguh dan kukuh
merentang tegar dan kental
membenteng tebing mahligaimu
dari lolongan dan pekikkan sumbang.
Biar denyut dan degup menyatu
watan ini tetap bersatu
berdiri teguh di bawah bendera keramat
di mana bertandang duduk
di situ setia tersemat.
Di sini sejarah terbina
dari linangan darah dan air mata
di sini jantung bergegar
dari degupan jiwa dan semangat yang kental
di sini perpaduan terpelihara
dari sentuhan budaya, adat dan agama.
Bagai aur dengan tebing
bagai pasir dengan pantai
bagai tapik dengan simpai
begitulah kami menyalakan bara perjuangan.
Megah bersatu kami berdiri
menyimpul ikatan dan harapan
menitip kemesraan – menolak curiga
demi kejayaan nusa tercinta.
Inilah mercu tanda negara
lambang kebanggaan tanah merdeka
inilah untaian bangsa
lambang keharmonian rakyat Malaysia
inilah episod cinta
perkongsian rakyat pelbagai budaya.