SlideShare a Scribd company logo
CINTA WAJA WARGA MERDEKA 
Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana 
menjulang jalur gemilang bersama sejarah 
Yang tertarik ceritera luka bersama air mata 
dari simbahan maruah moyang berzaman 
inilah bisikan cinta kami 
istana kasih yang kukuh 
merangkul mesra di persada visi 
menganyam janji pada diri. 
Meski telah kami punahkan sejarah berdarah 
dalam zikir kasih menyusur perjuangan 
namun segala yang pernah musnah 
membangkitkan urat nadi pembela pertiwi 
menjunjung martabat bangsa bermaruah 
kerana, kamilah warisan turun temurun 
memadu sumpah buat dititipkan 
pada seluruh cakerawala setia 
– akan kami laungkan keamanan 
– akan kami nyanyikan semangat merdeka. 
Di maya ini, kami tafsir segala peradaban 
menyirami kuntum perkasihan di laman 
telah kami baja keakraban pengalaman 
misteri ngeri luka silam masih mengimbau 
menggamit sejuta pesona waspada 
akan kami tangkis durjana menepis 
mengikis tapak sengsara di mata 
di sini, kamilah anak merdeka 
melangkah maju tidak gementar 
membentuk wawasan tidak gegar. 
Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki 
melaut kasih pada keharmonian 
kamilah pejuang pembangunan abadi 
akan kami cincang cabaran merentang 
akan kami tentang jejak melentang 
kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan 
dengan benteng sejuta pagar keamanan 
akan kami wangikan seluruh maya 
menabur bunga bijaksana bangsa 
atas gemala cita menyatu sejahtera 
tidak akan rebah dimamah sejarah 
tidak akan goyah dipatah dugaan 
kami abadikan seluruh degup jantung 
membina cinta waja dalam sumpah 
– kami anak merdeka 
ada misi membentuk kemenangan 
ada visi membentuk kemahuan. 
Karya: Sabariah Bahari
AKSARA MERDEKA 
Setelah sekian lama kita menyusun dan 
mewarnakan aksara merdeka, 
kenapa masih ada lagi warga tanah 
bersejarah ini yang kenal huruf tetapi 
terlupa maknanya 
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya 
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya 
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya 
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya 
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya. 
Setelah sekian lama kita membaca dan 
menghafal aksara merdeka, 
kenapa masih ada lagi 
warga tanah tercinta ini 
yang cerah mata tetapi gelap hati 
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi 
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap 
yang lembut budi tetapi keras lagak 
yang merdu suara tetapi sumbang bicara. 
Setelah sekian lama kita mencatat dan 
merakam 
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi 
warga tanah pusaka ini 
yang impikan kemajuan tetapi menolak 
teknologi 
yang impikan kemakmuran tetapi 
membelakangkan ekonomi 
yang impikan kesejahteraan tetapi 
mencetuskan pergolakan 
yang impikan kegemilangan tetapi 
meremehkan wawasan. 
Setelah sekian lama kita menganalisis dan 
mentafsir aksara merdeka, 
kenapa masih ada lagi 
warga tanah bertuah ini 
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan 
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa 
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita. 
Setelah sekian lama kita menjulang dan 
memarbatkan aksara merdeka, 
kenapa masih ada lagi 
warga tanah bertuah ini 
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan 
pemimpin 
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan 
fatwa. 
Setelah sekian lama menghargai dan 
menghormati aksara merdeka, 
kenapa masih ada lagi 
warga tanah berdaulat ini 
yang menanam bunga tetapi menabur duri. 
Karya: Wadi Leta S.A
TANAH JANTUNG 
Ini negeri kita 
Negeri kasih 
Kasih kita pada yang tak berbelah 
Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah 
Kita genggam sejarah 
Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah 
Gundah beradap akhirnya terlerai 
Telah kita redahi pahit getir di lembah dan 
ngarai 
Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa 
Jatuh dan bangun anak ank bangsa 
Kenal makna fahami erti slogan warga 
Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan 
perkasa 
Ini ibu pertiwi kita 
negeri tercinta 
Cinta kita yang setia terukir 
Berdenyut di nadi bersama merah darah 
mengalir 
Alirnya memercikkan cita 
Cita kita memercukan jaya 
Jaya ini kelak menjulangkan maruah 
Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah 
Selamatlah kau tanah jantungku yang indah 
Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua 
Petamu keplaj sudah 
Udaramu camilha akhirnya 
Melindung memayungi 
Bumi kekasih ini 
Ini negeri kita 
Diukir ikrar dan kata 
Dikibar jalur gemilang merata 
Senandung dan nyanyi bernafas setia 
Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk 
tanah jantung 
Dari perut laut hingga ke puncak gunung 
Awan-gemawan tanah air gemilang 
Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya 
untuk kau negeri yang kukasihi.
BAPA KEBEBASAN 
(Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul 
Rahman Putra) 
Dialah yang memugar rimba sejarah 
dan meletakkan batu tanda bertatah indah 
dialah yang membina sempadan gagah 
antara musim terjajah 
dan gerbang waktu melepas gundah. 
Dialah yang bergelar bapa 
mewariskan sebidang tanah menganjur, 
dengan bukit-bukau hijau mengimbau 
disuburi jernih air sungai masyhur 
bumi subur warisan leluhur. 
Dalam lembut bicara semanis kata-kata, 
dia menolak cengkam tajam 
dari kuku-kuku hitam yang kejam 
mengikis karat musibat 
dengan minda yang padat berkat 
lalu dia kembali melepaskan merpati 
melayah di mega pelangi. 
Dia yang meletakkan makna merdeka 
dalam kamus peradaban bangsa 
lalu kita meluaskan aksara 
mencanai istilah bertuah 
sehingga anak-anak warisanmu 
berdiri di persada mercu restu 
menjamah madu syahdu 
dari embun di rumput baldu 
31 Ogos tanggal keramat 
dia meletak tapak kebebasan di bumi warisan 
tahun demi tahun kita kenang dalam insaf 
betapa hidup terjajah berbaur seribu 
masalah. 
Dialah bapa ! 
yang telah mewariskan pada kita 
sebuah kemerdekaan 
yang perlu dipertahankan. 
Ghazali Lateh 
Banting, 11 Jun 2000

More Related Content

What's hot

Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Iswan Basro
 
Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlis
sifusains
 
Cerita tahap 1
Cerita tahap 1Cerita tahap 1
Cerita tahap 1
Anis Suhaily Md Noordin
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikSalmah Md Amin
 
Sajak merdeka
Sajak merdekaSajak merdeka
Sajak merdeka
Mohd Yusri
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
Mohamed Naim Daipi
 
Sebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermulaSebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermulaDayang Aimi
 
Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlisskjap
 
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
BalqisAbdul
 
Lirik lagu pengakap
Lirik lagu pengakapLirik lagu pengakap
Lirik lagu pengakapSK Shah Alam
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
Suhaida Anior
 
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
nurraihan15
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Nurulhuda Sharif
 
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Golden Rose
 
Adab dengan rakan
Adab dengan rakanAdab dengan rakan
Adab dengan rakan
shahakim
 
Sajak terima kasih cikgu
Sajak terima kasih cikguSajak terima kasih cikgu
Sajak terima kasih cikgu
Nur Shuhada Ibrahim
 
Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Teks maulidurrasul
Teks maulidurrasulTeks maulidurrasul
Teks maulidurrasul
ziha mohamad
 

What's hot (20)

Sajak buat mama
Sajak buat mamaSajak buat mama
Sajak buat mama
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
 
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
 
Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlis
 
Cerita tahap 1
Cerita tahap 1Cerita tahap 1
Cerita tahap 1
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasik
 
Sajak merdeka
Sajak merdekaSajak merdeka
Sajak merdeka
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
 
Sebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermulaSebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermula
 
Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlis
 
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
 
Lirik lagu pengakap
Lirik lagu pengakapLirik lagu pengakap
Lirik lagu pengakap
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
 
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
 
Adab dengan rakan
Adab dengan rakanAdab dengan rakan
Adab dengan rakan
 
Sajak terima kasih cikgu
Sajak terima kasih cikguSajak terima kasih cikgu
Sajak terima kasih cikgu
 
Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
 
Teks maulidurrasul
Teks maulidurrasulTeks maulidurrasul
Teks maulidurrasul
 

Similar to Cinta waja warga merdeka

PEWARIS AMANAH PERPADUAN.docx
PEWARIS AMANAH PERPADUAN.docxPEWARIS AMANAH PERPADUAN.docx
PEWARIS AMANAH PERPADUAN.docx
misraini
 
Powerpoint muzik
Powerpoint muzikPowerpoint muzik
Powerpoint muzik
1980nadhia
 
1.docx
1.docx1.docx
1.docx
animasi4
 
Lirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangLirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilang
was_4411
 
Lirik lagu mengheningkan cipta
Lirik lagu mengheningkan ciptaLirik lagu mengheningkan cipta
Lirik lagu mengheningkan ciptaArifah Bachmid
 
Interaksi 05 - Tapak Pembelajaran
Interaksi 05 - Tapak PembelajaranInteraksi 05 - Tapak Pembelajaran
Interaksi 05 - Tapak PembelajaranChang Vr
 
Lirik padamu negeri
Lirik padamu negeriLirik padamu negeri
Lirik padamu negeri
gembook
 
ceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsaceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsa
imam1407
 
Kumpulan lirik lagu wajib kebangsaan indonesia
Kumpulan lirik lagu wajib kebangsaan indonesiaKumpulan lirik lagu wajib kebangsaan indonesia
Kumpulan lirik lagu wajib kebangsaan indonesia
acilpi
 
Lirik sehati sejiwa dan jalur gemilang
Lirik sehati sejiwa dan jalur gemilangLirik sehati sejiwa dan jalur gemilang
Lirik sehati sejiwa dan jalur gemilang
fikri fattah
 
7076858 kumpulan-lagu-keroncong
7076858 kumpulan-lagu-keroncong7076858 kumpulan-lagu-keroncong
7076858 kumpulan-lagu-keroncongIda Komariana
 
Merahmu bara semangat waja
Merahmu bara semangat wajaMerahmu bara semangat waja
Merahmu bara semangat wajanajwaadim
 
Gelanggang
GelanggangGelanggang
Gelanggang
Imtiyaz 99
 
Puisi penyisian fl2sn 2017
Puisi penyisian fl2sn 2017Puisi penyisian fl2sn 2017
Puisi penyisian fl2sn 2017
andika dika
 
Lagu Hari Kebangsaan.docx
Lagu Hari Kebangsaan.docxLagu Hari Kebangsaan.docx
Lagu Hari Kebangsaan.docx
ROHAFIZAHTAIB1
 
97327588 kumpulan-lirik-lagu-wajib-nasional
97327588 kumpulan-lirik-lagu-wajib-nasional97327588 kumpulan-lirik-lagu-wajib-nasional
97327588 kumpulan-lirik-lagu-wajib-nasionalDen Bagus
 

Similar to Cinta waja warga merdeka (20)

PEWARIS AMANAH PERPADUAN.docx
PEWARIS AMANAH PERPADUAN.docxPEWARIS AMANAH PERPADUAN.docx
PEWARIS AMANAH PERPADUAN.docx
 
Powerpoint muzik
Powerpoint muzikPowerpoint muzik
Powerpoint muzik
 
1.docx
1.docx1.docx
1.docx
 
SAJAK PAHLAWAN KEMERDEKAAN.docx
SAJAK PAHLAWAN KEMERDEKAAN.docxSAJAK PAHLAWAN KEMERDEKAAN.docx
SAJAK PAHLAWAN KEMERDEKAAN.docx
 
Lirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangLirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilang
 
Lirik lagu mengheningkan cipta
Lirik lagu mengheningkan ciptaLirik lagu mengheningkan cipta
Lirik lagu mengheningkan cipta
 
Interaksi 05 - Tapak Pembelajaran
Interaksi 05 - Tapak PembelajaranInteraksi 05 - Tapak Pembelajaran
Interaksi 05 - Tapak Pembelajaran
 
Lirik padamu negeri
Lirik padamu negeriLirik padamu negeri
Lirik padamu negeri
 
ceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsaceritera pohon bangsa
ceritera pohon bangsa
 
Lirik lagu patriotik
Lirik lagu patriotikLirik lagu patriotik
Lirik lagu patriotik
 
Kumpulan lirik lagu wajib kebangsaan indonesia
Kumpulan lirik lagu wajib kebangsaan indonesiaKumpulan lirik lagu wajib kebangsaan indonesia
Kumpulan lirik lagu wajib kebangsaan indonesia
 
Lirik sehati sejiwa dan jalur gemilang
Lirik sehati sejiwa dan jalur gemilangLirik sehati sejiwa dan jalur gemilang
Lirik sehati sejiwa dan jalur gemilang
 
Sajak pengetua
Sajak pengetuaSajak pengetua
Sajak pengetua
 
7076858 kumpulan-lagu-keroncong
7076858 kumpulan-lagu-keroncong7076858 kumpulan-lagu-keroncong
7076858 kumpulan-lagu-keroncong
 
Merahmu bara semangat waja
Merahmu bara semangat wajaMerahmu bara semangat waja
Merahmu bara semangat waja
 
Gelanggang
GelanggangGelanggang
Gelanggang
 
Puisi penyisian fl2sn 2017
Puisi penyisian fl2sn 2017Puisi penyisian fl2sn 2017
Puisi penyisian fl2sn 2017
 
Lagu Hari Kebangsaan.docx
Lagu Hari Kebangsaan.docxLagu Hari Kebangsaan.docx
Lagu Hari Kebangsaan.docx
 
Lirik bcl
Lirik bclLirik bcl
Lirik bcl
 
97327588 kumpulan-lirik-lagu-wajib-nasional
97327588 kumpulan-lirik-lagu-wajib-nasional97327588 kumpulan-lirik-lagu-wajib-nasional
97327588 kumpulan-lirik-lagu-wajib-nasional
 

Cinta waja warga merdeka

  • 1. CINTA WAJA WARGA MERDEKA Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana menjulang jalur gemilang bersama sejarah Yang tertarik ceritera luka bersama air mata dari simbahan maruah moyang berzaman inilah bisikan cinta kami istana kasih yang kukuh merangkul mesra di persada visi menganyam janji pada diri. Meski telah kami punahkan sejarah berdarah dalam zikir kasih menyusur perjuangan namun segala yang pernah musnah membangkitkan urat nadi pembela pertiwi menjunjung martabat bangsa bermaruah kerana, kamilah warisan turun temurun memadu sumpah buat dititipkan pada seluruh cakerawala setia – akan kami laungkan keamanan – akan kami nyanyikan semangat merdeka. Di maya ini, kami tafsir segala peradaban menyirami kuntum perkasihan di laman telah kami baja keakraban pengalaman misteri ngeri luka silam masih mengimbau menggamit sejuta pesona waspada akan kami tangkis durjana menepis mengikis tapak sengsara di mata di sini, kamilah anak merdeka melangkah maju tidak gementar membentuk wawasan tidak gegar. Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki melaut kasih pada keharmonian kamilah pejuang pembangunan abadi akan kami cincang cabaran merentang akan kami tentang jejak melentang kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan dengan benteng sejuta pagar keamanan akan kami wangikan seluruh maya menabur bunga bijaksana bangsa atas gemala cita menyatu sejahtera tidak akan rebah dimamah sejarah tidak akan goyah dipatah dugaan kami abadikan seluruh degup jantung membina cinta waja dalam sumpah – kami anak merdeka ada misi membentuk kemenangan ada visi membentuk kemahuan. Karya: Sabariah Bahari
  • 2. AKSARA MERDEKA Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan aksara merdeka, kenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah ini yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya yang kenal angka tetapi terlupa nilainya yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya. Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal aksara merdeka, kenapa masih ada lagi warga tanah tercinta ini yang cerah mata tetapi gelap hati yang cerdik minda tetapi dungu peribadi yang cantik bahasa tetapi buruk sikap yang lembut budi tetapi keras lagak yang merdu suara tetapi sumbang bicara. Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam aksara merdeka,kenapa masih ada lagi warga tanah pusaka ini yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan. Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir aksara merdeka, kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini yang terlepas kaki tetapi terikat tangan yang terlepas mata tetapi terikat jiwa yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita. Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan aksara merdeka, kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa. Setelah sekian lama menghargai dan menghormati aksara merdeka, kenapa masih ada lagi warga tanah berdaulat ini yang menanam bunga tetapi menabur duri. Karya: Wadi Leta S.A
  • 3. TANAH JANTUNG Ini negeri kita Negeri kasih Kasih kita pada yang tak berbelah Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah Kita genggam sejarah Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah Gundah beradap akhirnya terlerai Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa Jatuh dan bangun anak ank bangsa Kenal makna fahami erti slogan warga Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa Ini ibu pertiwi kita negeri tercinta Cinta kita yang setia terukir Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir Alirnya memercikkan cita Cita kita memercukan jaya Jaya ini kelak menjulangkan maruah Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah Selamatlah kau tanah jantungku yang indah Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua Petamu keplaj sudah Udaramu camilha akhirnya Melindung memayungi Bumi kekasih ini Ini negeri kita Diukir ikrar dan kata Dikibar jalur gemilang merata Senandung dan nyanyi bernafas setia Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantung Dari perut laut hingga ke puncak gunung Awan-gemawan tanah air gemilang Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya untuk kau negeri yang kukasihi.
  • 4. BAPA KEBEBASAN (Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra) Dialah yang memugar rimba sejarah dan meletakkan batu tanda bertatah indah dialah yang membina sempadan gagah antara musim terjajah dan gerbang waktu melepas gundah. Dialah yang bergelar bapa mewariskan sebidang tanah menganjur, dengan bukit-bukau hijau mengimbau disuburi jernih air sungai masyhur bumi subur warisan leluhur. Dalam lembut bicara semanis kata-kata, dia menolak cengkam tajam dari kuku-kuku hitam yang kejam mengikis karat musibat dengan minda yang padat berkat lalu dia kembali melepaskan merpati melayah di mega pelangi. Dia yang meletakkan makna merdeka dalam kamus peradaban bangsa lalu kita meluaskan aksara mencanai istilah bertuah sehingga anak-anak warisanmu berdiri di persada mercu restu menjamah madu syahdu dari embun di rumput baldu 31 Ogos tanggal keramat dia meletak tapak kebebasan di bumi warisan tahun demi tahun kita kenang dalam insaf betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah. Dialah bapa ! yang telah mewariskan pada kita sebuah kemerdekaan yang perlu dipertahankan. Ghazali Lateh Banting, 11 Jun 2000