SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
83
TAHAP KEBIMBANGAN GURU SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN
TERHADAP PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK
AZIZAH RAJAB
Y_azie@yahoo.com
HAMIDAH ABDUL RAHMAN
WAN ZARINA WAN ZAKARIA
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia
ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
memerlukan kemahiran dan strategi pengajaran berkesan menghasilkan pendidikan yang
sempurna. Untuk mencapai misi ini, guru mestilah mempunyai tahap pencapaian yang
tinggi dalam penggunaan bahasa Inggeris bagi merealisasikan pembelajaran
menggunakan bahasa tersebut dalam kedua-dua subjek ini. Kementerian Pelajaran telah
dan sedang melaksanakan pelbagai program latihan untuk membantu guru-guru untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun program yang dirangka
menjanjikan satu pencapaian yang baik, keberkesanannya masih terlalu awal untuk
dilihat terutama dari aspek kebimbangan guru itu sendiri terhadap pengajaran
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kedua-dua subjek
tersebut. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guru
Matematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu terhadap pengajaran subjek
tersebut di dalam bahasa Inggeris. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan
kaedah soal selidik English Language Anxiety Scale (ELAS) (Horwitz, et.al., 1986) yang
melibatkan 75 orang guru Matematik dan Sains dari 18 buah sekolah kebangsaan di
sekitar Johor Bahru. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kebimbangan guru
matematik dan sains adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa tahap kebimbangan terhadap tiga sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor
demografi seperti jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan umur adalah
pada tahap sederhana.
PENGENALAN
Kebimbangan ialah “perasaan tertekan, ketakutan, gementar dan bimbang yang boleh
membangkitkan atau menimbulkan perasaan gementar secara automatik” (Horwitz, et.al.,
1986:125). Prince (2002) menjelaskan kebimbangan tidak seperti tanda-tanda stres yang
lain kerana kebimbangan menghasilkan bahan toksik. Apabila dilanda kebimbangan
seseorang akan hilang kawalan emosi. Dengan perkataan lain, kebimbangan dalam kajian
di sini membawa maksud satu perbezaan yang kompleks tentang persepsi diri,
kepercayaan, perasaan dan tingkah laku berhubung dengan penggunaan bahasa kedua
sebagai alat komunikasi dalam bilik darjah.
84
Proses pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) dalam bilik
darjah boleh menimbulkan satu trauma kepada kebanyakan guru Matematik dan Sains.
Dengan memiliki sedikit atau tiada langsung bahan pengajaran dalam bahasa Inggeris
boleh meningkatkan trauma ini. Kebolehan berbahasa Inggeris sebagaimana yang
diperlukan untuk mengajar secara berkesan adalah satu cabaran baru kepada guru-guru
tersebut. Walaupun tidak dapat dinafikan terdapat guru-guru yang memiliki kemahiran
bahasa Inggeris yang baik tetapi mereka masih bergelut dengan bentuk bahasa akademik
yang diperlukan untuk pengajaran yang berkesan (Cummins, 1978 & 2000). Situasi yang
memerlukan interaksi dengan pelajar boleh menimbulkan perasaan tertekan dan
kebimbangan yang amat sangat kepada guru yang terlibat. Sebahagian mereka mungkin
mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pengalaman atau kurang latihan
menggunakan bahasa tersebut. Tidak kira bagaimana sempurna pun seseorang itu sebagai
penutur bahasa kedua, dia akan menghadapi sedikit sebanyak keresahan berkaitan tahap
kemahiran bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, tidak banyak kajian tentang
kebimbangan dan stres di kalangan guru yang mengajar Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris kerana ia sesuatu yang baru di Malaysia. Dari itu tidak banyak yang
dapat dibincangkan mengenai tahap kebimbangan mereka.
Dari aspek pembelajaran bahasa asing untuk menguji tahap kebimbangan, kajian-kajian
lepas mendapati bahawa pelajar perempuan lebih kerap atau lebih ramai yang mengalami
kebimbangan dan perasaan cemas berbanding pelajar lelaki (Chang, 1997; Daly, et.al.,
1994; Felson & Trudeau, 1991; Onwuegbuzie, et.al., 1997). Kajian-kajian ini mendapati
bahawa pelajar lelaki dan perempuan memberi tindakbalas dan reaksi yang berbeza
kepada situasi yang sama. Wigfield dan Eccles (1989) menyatakan bahawa transisi dari
satu tahap ke tahap yang lain boleh menimbulkan perasaan cemas dan meningkatkan
kebimbangan seseorang. Tekanan ini akan menjadi lebih buruk dan mencabar apabila
guru terpaksa bertukar dari satu subjek kepada subjek yang lain dalam pengajaran.
Pertukaran dari keadaan biasa iaitu dengan penggunaan bahasa Melayu kepada bahasa
Inggeris akan menimbulkan trauma kepada guru-guru yang terlibat. Oleh itu tahap
kebimbangan boleh meningkat daripada keadaan yang selesa kepada satu situasi baru
yang mencabar dan tertekan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
1. untuk mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains
sekolah rendah kebangsaan tahun satu.
2. untuk melihat sama ada jantina dan pengalaman mengajar memainkan peranan ke
atas tahap kebimbangan guru.
3. untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains.
85
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah kajian tinjauan kes di mana pengumpulan data
dilakukan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik dihantar kepada
responden melalui pos.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik English Language Anxiety Scale (ELAS)
yang dibangunkan berdasarkan kepada soal selidik Foreign Language Classroom Anxiety
Scale - FLAS (Horwitz, et.al., 1986). ELAS merangkumi 33 item skala Likert dalam
bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang berkehendakkan
responden memberi maklum balas tentang perasaan mereka terhadap pengajaran
Matematik atau Sains dalam bahasa Inggeris. Skala yang digunakan adalah dari Sangat
Setuju kepada Sangat Tidak Setuju dengan pembahagian skor 1-5.
SKALA TAHAP KESETUJUAN
1 Sangat Setuju
2 Setuju
3 Kurang Setuju
4 Tidak Setuju
5 Sangat Tidak Setuju
Pembahagian skor atau markat adalah mengikut tiga pembahagian tahap berbeza iaitu
Tahap Tinggi (3.67 – 5), Sederhana (2.34 – 3.66) dan Rendah (1.00 – 2.33). ELAS telah
diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahannya berdasarkan kajian Foreign Language
Classroom Anxiety Scale (FLAS) (Horwitz, et.al., 1986).
SKALA MARKAT TAHAP
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.66 Sederhana
3.67-5.00 Tinggi
Satu aspek penting yang membezakan ELAS dengan FLAS ialah ELAS menghendaki
responden memberi maklum balas terhadap pengajaran Matematik dan Sains yang
menyediakan maklumat tentang perbezaan subjek yang digunakan oleh guru dalam
kandungan pengajarannya di dalam bilik darjah. Kriteria yang berbeza ini diperlukan
bagi kajian seperti ini kerana FLAS menguji perbezaan antara tahap kebimbangan
penggunaan bahasa Inggeris dalam kelas bahasa Inggeris. Manakala kajian ini pula
berbeza sedikit kerana ia dibina bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebimbangan di
kalangan guru sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
untuk mengajar subjek Matematik dan Sains. 3 sub-skala penting dalam instrumen kajian
86
ini adalah kebimbangan komunikasi, kebimbangan terhadap penilaian negatif dalam
pengajaran subjek Matematik dan Sains, ujian kebimbangan dan kebimbangan secara
keseluruhan.
RESPONDEN
Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru Matematik dan Sains Tahun Satu, di
Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Johor Bahru. Responden kajian ini adalah seramai
75 orang iaitu 63 orang (84%) guru perempuan dan 12 orang (16%) guru lelaki (rujuk
Jadual 1). Responden diambil dari 18 buah sekolah rendah kebangsaan di sekitar Johor
Bahru. 42 responden (56%) mengajar subjek Matematik dan 33 responden (44%)
mengajar subjek Sains. Dari segi status, seramai 48 responden (64%) sudah berkahwin
dan selebihnya iaitu 27 orang (36%) masih bujang. Dari segi pengalaman kerja, 36
responden (48%) mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 5 tahun, 18 orang (24%)
dari 6-10 tahun, 11 orang (14.7%) antara 11-15 tahun, manakala hanya 10 orang (13.3%)
mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 15 tahun. Majoriti responden iaitu 35 orang
(46.7%) berumur di bawah 30 tahun, manakala hanya 7 orang (9.3%) responden berumur
lebih daripada 40 tahun.
87
Jadual 1: Demografi Responden
Kriteria Kumpulan Bilangan Peratus %
Jantina Lelaki 12 16.0
Perempuan 63 75.0
Status Diri Berkahwin 48 64.0
Bujang 27 36.0
Subjek Matematik 42 56.0
Sains 33 44.0
Pengalaman Mengajar Bawah 5 tahun 36 48.0
6 – 10 tahun 18 24.0
11 – 15 tahun 11 14.7
Lebih 15 tahun 10 13.3
Umur Bawah 30 tahun 35 46.7
31 – 35 tahun 20 26.7
36 – 40 tahun 13 17.3
Lebih 40 tahun 7 9.30
Guru Sains & Matematik SK Skudai Baru 2 2.7
SK Pengkalan Rinting 6 8.0
SK Mutiara Rini 4 5.3
SK Senai 3 4.0
SK Tmn. Universiti 1 4 5.3
SK Angkatan Tentera 4 5.3
SK Majidi Baru 3 4.0
SK Sri Skudai 3 4.0
SK Tmn. Universiti 4 4 5.3
SK Bandar Baru Uda 2 4 5.3
SK Kangkar Pulai 3 4.0
SK Kg. Maju Jaya 5 6.4
SK Skudai Batu 10 6 8.0
SK Tmn. Universiti 3 4 5.3
SK Tmn. Sri Pulai 7 9.3
SK Kompleks Uda 6 8.0
SK Tmn. Universiti 2 6 8.0
SK Tmn. Desa Skudai 1 1.3
88
ANALISIS DATA
Penganalisisan data dalam kajian ini menggunakan kaedah peratusan, pengukuran
deskriptif, jadual silang dan analisis inferensi Mann-Whitney U untuk menentukan sama
ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap setiap sub-skala kebimbangan di
kalangan guru Matematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu. 3 sub-skala
tersebut ialah kebimbangan komunikasi, kebimbangan terhadap penilaian negatif dalam
pengajaran Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris, ujian kebimbangan dan
kebimbangan secara keseluruhan.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap kebimbangan responden
lelaki dan perempuan adalah pada tahap sederhana.
Jadual 2: Taburan Guru Tahun 1 Sekolah Rendah Kebangsaan
Mengikut Subjek dan Tahap Kebimbangan Keseluruhan
Tahap kebimbangan
Subjek
Tinggi Sederhana Rendah
Jumlah
Matematik
1
2.4%
34
81.0%
7
16.7%
42
56.0%
Sains -
27
81.8%
6
18.2%
33
44.0%
Jumlah
1
1.3%
61
81.3%
13
17.3%
75
100%
Pada keseluruhannya tahap kebimbangan yang dialami oleh guru Tahun Satu yang
mengajar Matematik dan Sains di sekolah rendah kebangsaan adalah pada tahap
sederhana seperti dalam Jadual 2. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 34 orang (81.0%)
guru Matematik dan 27 orang (81.8%) guru sains dari jumlah keseluruhan 75 orang
menyatakan bahawa tahap kebimbangan mereka adalah sederhana.
Jadual 3: Tahap Kebimbangan Keseluruhan Berdasarkan Jantina
Tahap Kebimbangan Keseluruhan
Kelas Jantina
Tinggi Sederhana Rendah
Jumlah
Lelaki
1
8.3%
10
83.3%
1
8.3%
12
100.0%
Tahun 1
Perempuan -
51
81.0%
12
19.0%
63
100.0%
89
Dapatan kajian seperti dalam jadual 3 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara
di antara jantina guru Matematik dan Sains terhadap tahap kebimbangan mengajar subjek
tersebut di dalam bahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kebimbangan responden lelaki dan perempuan adalah sederhana.
Jadual 4 : Tahap Kebimbangan Keseluruhan Berdasarkan Taraf Perkahwinan
Tahap Kebimbangan Keseluruhan
Kelas Status Diri
Tinggi Sederhana Rendah
Jumlah
Berkahwin -
38
79.2%
10
20.8%
48
100.0%
Tahun 1
Bujang
1
3.7%
23
85.2%
3
11.1%
27
100.0%
Keputusan kajian juga menujukkan bahawa status perkahwinan tidak membezakan tahap
kebimbangan guru Matematik dan Sains. Sama ada sudah berkahwin atau masih bujang,
kedua-dua faktor tersebut tidak mempengaruhi tahap kebimbangan guru. Jadual di atas
menunjukkan tahap kebimbangan guru-guru ini berada pada tahap sederhana.
Jadual 5: Tahap Kebimbangan Keseluruhan Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Tahap Kebimbangan Keseluruhan
Kelas
Pengalaman
Mengajar
Tinggi Sederhana Rendah
Jumlah
Bawah 5 tahun
1
2.8%
33
91.7%
2
5.6%
36
100.0%
6 - 10 tahun -
13
72.2%
5
27.8%
18
100.0%
11 - 15 tahun -
8
72.7%
3
27.3%
11
100.0%
Tahun 1
Lebih daripada 15
tahun
-
7
70.0%
3
30.0%
10
100.0%
Pengalaman kerja yang lama tidak semestinya menyebabkan tahap kebimbangan guru
Matematik dan Sains berada di tahap rendah kerana keputusan kajian menunjukkan
bahawa guru-guru berada pada tahap sederhana mengikut faktor tersebut (Jadual 5).
Tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara guru yang mempunyai pengalaman
mengajar berbanding dengan guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang dari
lima tahun.
90
Jadual 6: Tahap Kebimbangan Keseluruhan Berdasarkan Umur Guru
Tahap Kebimbangan Keseluruhan
Kelas Umur
Tinggi Sederhana Rendah
Jumlah
Bawah 30 tahun
1
2.9%
31
88.6%
3
8.6%
35
100.0%
31 - 35 tahun -
14
70.0%
6
30.0%
20
100.0%
36 - 40 tahun -
11
84.6%
2
15.4%
13
100.0%
Tahun 1
Lebih 40 tahun -
5
71.4%
2
28.6%
7
100.0%
Faktor umur di kalangan responden menunjukkan ia tidak memberi kesan kepada tahap
kebimbangan guru-guru tersebut kerana hampir keseluruhan mereka berada pada tahap
sederhana (Jadual 6).
Dari itu kesemua dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan di kalangan guru
Matematik dan Sains Tahun Satu di sekolah rendah kebangsaan terhadap 3 sub-skala
kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, status perkahwinan,
pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana seperti dalam jadual 7.
Jadual 7: Taburan Guru Tahun 1 Sekolah Rendah Kebangsaan Mengikut
Subjek dan Tahap Kebangsaan Keseluruhan
Tahap kebimbangan
Subjek
Tinggi Sederhana Rendah
Jumlah
Matematik
1
2.4%
34
81.0%
7
16.7%
42
56.0%
Sains -
27
81.8%
6
18.2%
33
44.0%
Jumlah
1
1.3%
61
81.3%
13
17.3%
75
100%
PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN ANTARA GURU MATEMATIK
DENGAN GURU SAINS
Analisis Ujian Mann-Whitney U telah dibuat untuk melihat perbandingan tahap
kebimbangan di antara guru Sains dan Matematik terhadap setiap 3 sub-skala
kebimbangan iaitu kebimbangan komunikasi, kebimbangan terhadap penilaian negatif
dalam pengajaran Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris dan kebimbangan
terhadap penilaian secara keseluruhan.
91
Jadual 8: Perbandingan Antara Guru Sains Dengan Guru Matematik
Sekolah Rendah Kebangsaan Terhadap Setiap Sub-Skala Kebimbangan
Min rank
Sub-skala Kebimbangan
Matematik Sains
Mann-
Whitney
U
z sig.
1. Kebimbangan
Berkomunikasi
67.11 72.61 2153.50 -0.80 0.42
2.
Kebimbangan Terhadap
Penilaian Negatif Dalam
Bahasa Inggeris
70.87 67.72 2233.50 -0.46 0.65
3.
Kebimbangan Terhadap
Penilaian
68.47 70.83 2260.00 -0.34 0.73
Kebimbangan Keseluruhan 69.28 69.78 2323.00 -0.07 0.94
*signifikan pada aras 0.05
Jadual 8 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara guru Sains dengan
guru Matematik sekolah kebangsaan terhadap kebimbangan berkomunikasi,
kebimbangan terhadap penilaian negatif dalam bahasa Inggeris, kebimbangan terhadap
penilaian dan kebimbangan keseluruhan kerana nilai signifikan yang diperolehi ialah
antara 0.42 hingga 0.94. Kesemua nilai signifikan di atas adalah tinggi daripada aras
signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 dan ia tidak menunjukkan sebarang kecenderungan
ke arah yang signifikan.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Dapatan kajian mendapati bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap kebimbangan
guru Matematik dan Sains Tahun Satu di peringkat sekolah rendah kebangsaan.
Keputusan kajian ini adalah tidak konsisten dengan dapatan kajian tahap kebimbangan
lain yang mendapati kebimbangan responden perempuan adalah lebih tinggi dari
responden lelaki (Bernstein et.al., 1989; Gierl dan Rogers, 1996; Plancherel dan
Bolognini, 1995). Ini juga bersamaan dengan dapatan kajian Padilla et.al., (1988) yang
mendapati responden perempuan lebih bimbang terhadap kesukaran berbahasa
berbanding responden lelaki. Oleh itu, dapatan kajian ini menolak persamaan dapatan-
dapatan kajian tersebut.
Sejak pelaksanaan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, kajian
menunjukkan pelajar-pelajar telah mendapat keputusan peperiksaan yang baik
sebagaimana yang diterangkan oleh P. Komala Dewi, Setiausaha Parlimen Kementerian
Pelajaran. Ini berpandukan kepada dua kajian terhadap pelajar Tahun Satu dan Tingkatan
Satu pada 2003 (The Malay Mail, 15 September 2004). Dapatan kajian tersebut
mendapati keputusan akademik pelajar di dalam kedua-dua subjek adalah melebihi 70
peratus. Walau bagaimanapun, kajian terhadap tahap kebimbangan guru-guru yang
mengajar kedua-dua subjek ini tidak dijalankan untuk memastikan tahap sebenar
kebimbangan guru terhadap pengajaran kedua-dua subjek tersebut.
92
Kajian yang dijalankan oleh Aris dan Azizuddin (2003) terhadap persepsi 50 guru
Tingkatan 1, di sekolah-sekolah di Pontian, Johor mendapati guru-guru sangat berminat,
bersedia dan sanggup untuk mengajar subjek Matematik dan Sains dengan menggunakan
bahasa Inggeris. Kajian ini menunjukkan guru memberi reaksi positif guru terhadap
penggunaan bahasa Inggeris. Mereka percaya bahawa bahasa Inggeris penting dan boleh
mempertingkatkan potensi mereka dalam pengajaran di samping pembangunan lain yang
memihak kepada mereka. Persepsi 50 guru ini mungkin dikongsi bersama oleh guru-
guru sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu di dalam kajian ini memandangkan tahap
kebimbangan mereka adalah pada tahap sederhana dan bukannya pada tahap tinggi.
Dari dapatan kajian ini, guru-guru Matematik dan Sains di peringkat sekolah rendah
kebangsaan Tahun Satu dipercayai mempunyai cara dan strategi mereka sendiri untuk
menguasai dan mengatasi masalah kebimbangan dalam diri mereka. Strategi dan cara ini
telah menjadikan kebimbangan mereka hanya di tahap sederhana dan bukan pada tahap
tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa jantina, status perkahwinan,
pengalaman bekerja dan umur tidak memainkan peranan yang penting di dalam
menentukan tahap kebimbangan guru seperti mana yang mungkin dianggap oleh ramai
orang sebelum kajian ini dijalankan.
Dapatan kajian ini berkemungkinan bersesuaian dengan langkah yang telah diambil oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), di mana Kementerian Pelajaran telah mewujudkan
jaringan kerjasama profesional dan perkongsian idea dengan pensyarah serta guru-guru
bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains
(Berita Harian, 15 September 2004).
Beberapa program latihan yang telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan
Jemaah Nazir bukan hanya berpusat kepada latihan guru biasa tetapi juga merangkumi
Kursus Kemahiran Kod Braille Sains Dalam Bahasa Inggeris, Kod Tangan Sains Dalam
Bahasa Inggeris, Kursus Kemahiran Kod Braille Matematik, Kod Tangan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris (116) dan Kursus Kefasihan Bahasa Inggeris Bagi Guru Sains
Tahun Satu dan Tingkatan Satu (139) (Berita Harian, 15 April 2003). Latihan-latihan
lain termasuk juga latihan terhadap kurikulum, peralatan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran, buku teks, langkah
pemantapan dan juga bimbingan.
Kesemua program latihan dan penyediaan sokongan yang telah dilaksanakan
berkemungkinan menolong memantapkan kefasihan, kefahaman dan kewibawaan guru
Matematik dan Sains untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Ini bertepatan dengan
dapatan kajian yang mendapati tahap kebimbangan mereka adalah pada tahap sederhana.
Walau bagaimanapun, program-program latihan yang terancang dan sistematik perlu
diteruskan dari semasa ke semasa untuk membantu guru-guru mencapai tahap
kebimbangan pada tahap rendah dan bukan hanya pada tahap sederhana. Dari itu pihak
Kementerian Pelajaran perlu membuat pemantauan berterusan terhadap program yang
telah dilaksanakan sama ada ia berjaya atau tidak mencapai objektif untuk membantu
guru-guru memperbaiki tahap pencapaian maksimum bahasa Inggeris. Kerjasama antara
93
guru dan badan-badan yang bertanggungjawab membantu mereka harus diselaraskan
dengan lebih jelas dan terperinci agar tahap kebimbangan guru berada pada tahap paling
rendah atau tidak wujud sama sekali. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa isu
kebimbangan atau keresahan di kalangan guru tidak akan menjadi batu penghalang
khususnya untuk kemajuan pendidikan demi kejayaan pelajar keseluruhannya.
RUJUKAN:
Aris, A.P., dan Azizuddin, N., (2003). Persepsi Guru-guru Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Sains dan
Matematik Tingkatan Satu. Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Bernstein, G.A., Garfinkel, B.D. and Hoberman, H.M., (1989). Self-reported Anxiety in
Adolescents. American Journal of Psychiatry, 146 (3): 384-386.
Chang, J.I., (1997). Contexts of Adolescent Worries: Impacts of Ethnicity, Gender,
Family Structure, and Socioeconomic Status. Paper presented at the annual meeting of
NCFR Fatherhood and Motherhood in a Diverse and Changing World, Arlington, VA.
Cummins, J. (1978). Educational Implications of Mother Tongue Maintenance in
Minority Language Groups. The Canadian Modern Language Review, 34(13): 395-416.
Cummins, J., (2000). Language, Power and Pedagogy: Bilingual Children in the
Crossfire. Toronto: Multilingual Matters.
Daly, J.A., Kreiser, P.O. and Rogharr, L.A., (1994). Question-asking Comfort:
Explorations of the Demography of Communication in the Eighth-grade Classroom.
Communication Education, 43: 27-41.
Felson, R.B. and Trudeau, L., (1991). Gender Differences in Mathematics Performance.
Social Psychology Quarterly, 54(2): 113-126.
Gierl, M.J. and Rogers, W.T., (1996). A Confirmatory Factor Analysis of the Test
Anxiety Inventory Using Canadian High School Students. Educational and
Psychological Measurement, 56(2): 315-324.
Horwitz, M.B., Horwitz, E.K., and Cope, J.A., (1986). Foreign Language Classroom
Anxiety. The Modern Language Journal, 70(2): 125-132.
Onwuegbuzie, A.J., Bailey, P. and Daley, C.E., (1997). Foreign Language Anxiety
Among College Students. Paper Presented at Annual Meeting of the Mid-South
Educational Research Association, Memphis.
94
Padilla, A.M., Cervantes, R.C., Maldonado, M. and Garcia, R.E., (1988). Coping
Responses to Psychosocial Stressors Among Mexican and Central American Immigrants.
Journal of Community Psychology, 16(4): 418-427.
Plancerel, B., and Bolognini, N., (1995). Coping and Mental Health in Early
Adolescence. Journal of Adolescence, 18 (4): 459-474.
Prince, G.M., (2002). Anxiety: Definition and Strategies. Prentice Hall: New York.
Wigfield, A. and Eccles, J.S., (1989). Test Anxiety in Elementary and Secondary
Schools. Educational Psychologist, 24(2): 159-183.
Akhbar
Berita Harian, (15 September 2004). BPG, Pensyarah Kerjasama Tingkat Pengajaran
Matematik.
Berita Harian, (15 April 2003). Guru Pendidikan Khas Ikuti Latihan Bahasa Inggeris.
The Malay Mail, (15 September 2004). Better Results in Maths and Science After Switch
to English.

More Related Content

What's hot

Ulasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanUlasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanrozi ahmad
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) Muhammad Affrini Azim Zahari
 
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)krys73
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmhaidah888
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahFarah Waheeda
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAdam Amsyar
 
Kerja kursus model assure
Kerja kursus model assureKerja kursus model assure
Kerja kursus model assureHermi Amy
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanFreedy Kalang
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)must2ra86
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesionalkrys73
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuitikrys73
 

What's hot (16)

Ulasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanUlasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakan
 
Esegment mei 2014
Esegment mei 2014Esegment mei 2014
Esegment mei 2014
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bm
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
 
Kerja kursus model assure
Kerja kursus model assureKerja kursus model assure
Kerja kursus model assure
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 

Viewers also liked

KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)Wak Sekawi
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Amie Joan Juanis
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedAmie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Amie Joan Juanis
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 

Viewers also liked (15)

KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
 
Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Language of instruction 3
Language of instruction 3Language of instruction 3
Language of instruction 3
 
Math anxiety 1
Math anxiety 1Math anxiety 1
Math anxiety 1
 
Timss 2
Timss 2Timss 2
Timss 2
 
Timss 3
Timss 3Timss 3
Timss 3
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
 
Timss 1
Timss 1Timss 1
Timss 1
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 

Similar to KEBIMBANGAN GURU

Strategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlangStrategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlangSuraya Hanis
 
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...Arvina Frida Karela
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Cahaya Cita-Cita
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Izawati Saat
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanaksitinurnadirahibrahi
 
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-16 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1Ubay Siernine
 
Sme6044 tugasan 2 timss
Sme6044 tugasan 2 timssSme6044 tugasan 2 timss
Sme6044 tugasan 2 timssLing Leh
 
Penyusunan tes diagnostik 1
Penyusunan tes diagnostik 1Penyusunan tes diagnostik 1
Penyusunan tes diagnostik 1Sugiatno Sakidin
 
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...Azhar Al Munawwarah
 

Similar to KEBIMBANGAN GURU (20)

Tesis 1
Tesis 1Tesis 1
Tesis 1
 
Strategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlangStrategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlang
 
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
 
Agen Milagros Lerepkebumen
Agen Milagros LerepkebumenAgen Milagros Lerepkebumen
Agen Milagros Lerepkebumen
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
(Group 18) pck
(Group 18) pck(Group 18) pck
(Group 18) pck
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Tugas ii
Tugas iiTugas ii
Tugas ii
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-16 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1
 
Sme6044 tugasan 2 timss
Sme6044 tugasan 2 timssSme6044 tugasan 2 timss
Sme6044 tugasan 2 timss
 
Penyusunan tes diagnostik 1
Penyusunan tes diagnostik 1Penyusunan tes diagnostik 1
Penyusunan tes diagnostik 1
 
Mini riset
Mini risetMini riset
Mini riset
 
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
 
559
559559
559
 
Pengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sainsPengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sains
 
Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08
 
Proposal mimi yuni
Proposal mimi yuniProposal mimi yuni
Proposal mimi yuni
 

More from Amie Joan Juanis (12)

Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
 
Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
 
Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
Curriculum 3
Curriculum 3Curriculum 3
Curriculum 3
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
Curriculum 1
Curriculum 1Curriculum 1
Curriculum 1
 

Recently uploaded

KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 

Recently uploaded (20)

KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 

KEBIMBANGAN GURU

  • 1. 83 TAHAP KEBIMBANGAN GURU SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TERHADAP PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK AZIZAH RAJAB Y_azie@yahoo.com HAMIDAH ABDUL RAHMAN WAN ZARINA WAN ZAKARIA Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK Pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris memerlukan kemahiran dan strategi pengajaran berkesan menghasilkan pendidikan yang sempurna. Untuk mencapai misi ini, guru mestilah mempunyai tahap pencapaian yang tinggi dalam penggunaan bahasa Inggeris bagi merealisasikan pembelajaran menggunakan bahasa tersebut dalam kedua-dua subjek ini. Kementerian Pelajaran telah dan sedang melaksanakan pelbagai program latihan untuk membantu guru-guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun program yang dirangka menjanjikan satu pencapaian yang baik, keberkesanannya masih terlalu awal untuk dilihat terutama dari aspek kebimbangan guru itu sendiri terhadap pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kedua-dua subjek tersebut. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu terhadap pengajaran subjek tersebut di dalam bahasa Inggeris. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik English Language Anxiety Scale (ELAS) (Horwitz, et.al., 1986) yang melibatkan 75 orang guru Matematik dan Sains dari 18 buah sekolah kebangsaan di sekitar Johor Bahru. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kebimbangan guru matematik dan sains adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap tiga sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana. PENGENALAN Kebimbangan ialah “perasaan tertekan, ketakutan, gementar dan bimbang yang boleh membangkitkan atau menimbulkan perasaan gementar secara automatik” (Horwitz, et.al., 1986:125). Prince (2002) menjelaskan kebimbangan tidak seperti tanda-tanda stres yang lain kerana kebimbangan menghasilkan bahan toksik. Apabila dilanda kebimbangan seseorang akan hilang kawalan emosi. Dengan perkataan lain, kebimbangan dalam kajian di sini membawa maksud satu perbezaan yang kompleks tentang persepsi diri, kepercayaan, perasaan dan tingkah laku berhubung dengan penggunaan bahasa kedua sebagai alat komunikasi dalam bilik darjah.
  • 2. 84 Proses pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) dalam bilik darjah boleh menimbulkan satu trauma kepada kebanyakan guru Matematik dan Sains. Dengan memiliki sedikit atau tiada langsung bahan pengajaran dalam bahasa Inggeris boleh meningkatkan trauma ini. Kebolehan berbahasa Inggeris sebagaimana yang diperlukan untuk mengajar secara berkesan adalah satu cabaran baru kepada guru-guru tersebut. Walaupun tidak dapat dinafikan terdapat guru-guru yang memiliki kemahiran bahasa Inggeris yang baik tetapi mereka masih bergelut dengan bentuk bahasa akademik yang diperlukan untuk pengajaran yang berkesan (Cummins, 1978 & 2000). Situasi yang memerlukan interaksi dengan pelajar boleh menimbulkan perasaan tertekan dan kebimbangan yang amat sangat kepada guru yang terlibat. Sebahagian mereka mungkin mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pengalaman atau kurang latihan menggunakan bahasa tersebut. Tidak kira bagaimana sempurna pun seseorang itu sebagai penutur bahasa kedua, dia akan menghadapi sedikit sebanyak keresahan berkaitan tahap kemahiran bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, tidak banyak kajian tentang kebimbangan dan stres di kalangan guru yang mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris kerana ia sesuatu yang baru di Malaysia. Dari itu tidak banyak yang dapat dibincangkan mengenai tahap kebimbangan mereka. Dari aspek pembelajaran bahasa asing untuk menguji tahap kebimbangan, kajian-kajian lepas mendapati bahawa pelajar perempuan lebih kerap atau lebih ramai yang mengalami kebimbangan dan perasaan cemas berbanding pelajar lelaki (Chang, 1997; Daly, et.al., 1994; Felson & Trudeau, 1991; Onwuegbuzie, et.al., 1997). Kajian-kajian ini mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan memberi tindakbalas dan reaksi yang berbeza kepada situasi yang sama. Wigfield dan Eccles (1989) menyatakan bahawa transisi dari satu tahap ke tahap yang lain boleh menimbulkan perasaan cemas dan meningkatkan kebimbangan seseorang. Tekanan ini akan menjadi lebih buruk dan mencabar apabila guru terpaksa bertukar dari satu subjek kepada subjek yang lain dalam pengajaran. Pertukaran dari keadaan biasa iaitu dengan penggunaan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris akan menimbulkan trauma kepada guru-guru yang terlibat. Oleh itu tahap kebimbangan boleh meningkat daripada keadaan yang selesa kepada satu situasi baru yang mencabar dan tertekan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah: 1. untuk mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan tahun satu. 2. untuk melihat sama ada jantina dan pengalaman mengajar memainkan peranan ke atas tahap kebimbangan guru. 3. untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains.
  • 3. 85 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah kajian tinjauan kes di mana pengumpulan data dilakukan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik dihantar kepada responden melalui pos. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik English Language Anxiety Scale (ELAS) yang dibangunkan berdasarkan kepada soal selidik Foreign Language Classroom Anxiety Scale - FLAS (Horwitz, et.al., 1986). ELAS merangkumi 33 item skala Likert dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang berkehendakkan responden memberi maklum balas tentang perasaan mereka terhadap pengajaran Matematik atau Sains dalam bahasa Inggeris. Skala yang digunakan adalah dari Sangat Setuju kepada Sangat Tidak Setuju dengan pembahagian skor 1-5. SKALA TAHAP KESETUJUAN 1 Sangat Setuju 2 Setuju 3 Kurang Setuju 4 Tidak Setuju 5 Sangat Tidak Setuju Pembahagian skor atau markat adalah mengikut tiga pembahagian tahap berbeza iaitu Tahap Tinggi (3.67 – 5), Sederhana (2.34 – 3.66) dan Rendah (1.00 – 2.33). ELAS telah diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahannya berdasarkan kajian Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLAS) (Horwitz, et.al., 1986). SKALA MARKAT TAHAP 1.00-2.33 Rendah 2.34-3.66 Sederhana 3.67-5.00 Tinggi Satu aspek penting yang membezakan ELAS dengan FLAS ialah ELAS menghendaki responden memberi maklum balas terhadap pengajaran Matematik dan Sains yang menyediakan maklumat tentang perbezaan subjek yang digunakan oleh guru dalam kandungan pengajarannya di dalam bilik darjah. Kriteria yang berbeza ini diperlukan bagi kajian seperti ini kerana FLAS menguji perbezaan antara tahap kebimbangan penggunaan bahasa Inggeris dalam kelas bahasa Inggeris. Manakala kajian ini pula berbeza sedikit kerana ia dibina bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guru sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk mengajar subjek Matematik dan Sains. 3 sub-skala penting dalam instrumen kajian
  • 4. 86 ini adalah kebimbangan komunikasi, kebimbangan terhadap penilaian negatif dalam pengajaran subjek Matematik dan Sains, ujian kebimbangan dan kebimbangan secara keseluruhan. RESPONDEN Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru Matematik dan Sains Tahun Satu, di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Johor Bahru. Responden kajian ini adalah seramai 75 orang iaitu 63 orang (84%) guru perempuan dan 12 orang (16%) guru lelaki (rujuk Jadual 1). Responden diambil dari 18 buah sekolah rendah kebangsaan di sekitar Johor Bahru. 42 responden (56%) mengajar subjek Matematik dan 33 responden (44%) mengajar subjek Sains. Dari segi status, seramai 48 responden (64%) sudah berkahwin dan selebihnya iaitu 27 orang (36%) masih bujang. Dari segi pengalaman kerja, 36 responden (48%) mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 5 tahun, 18 orang (24%) dari 6-10 tahun, 11 orang (14.7%) antara 11-15 tahun, manakala hanya 10 orang (13.3%) mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 15 tahun. Majoriti responden iaitu 35 orang (46.7%) berumur di bawah 30 tahun, manakala hanya 7 orang (9.3%) responden berumur lebih daripada 40 tahun.
  • 5. 87 Jadual 1: Demografi Responden Kriteria Kumpulan Bilangan Peratus % Jantina Lelaki 12 16.0 Perempuan 63 75.0 Status Diri Berkahwin 48 64.0 Bujang 27 36.0 Subjek Matematik 42 56.0 Sains 33 44.0 Pengalaman Mengajar Bawah 5 tahun 36 48.0 6 – 10 tahun 18 24.0 11 – 15 tahun 11 14.7 Lebih 15 tahun 10 13.3 Umur Bawah 30 tahun 35 46.7 31 – 35 tahun 20 26.7 36 – 40 tahun 13 17.3 Lebih 40 tahun 7 9.30 Guru Sains & Matematik SK Skudai Baru 2 2.7 SK Pengkalan Rinting 6 8.0 SK Mutiara Rini 4 5.3 SK Senai 3 4.0 SK Tmn. Universiti 1 4 5.3 SK Angkatan Tentera 4 5.3 SK Majidi Baru 3 4.0 SK Sri Skudai 3 4.0 SK Tmn. Universiti 4 4 5.3 SK Bandar Baru Uda 2 4 5.3 SK Kangkar Pulai 3 4.0 SK Kg. Maju Jaya 5 6.4 SK Skudai Batu 10 6 8.0 SK Tmn. Universiti 3 4 5.3 SK Tmn. Sri Pulai 7 9.3 SK Kompleks Uda 6 8.0 SK Tmn. Universiti 2 6 8.0 SK Tmn. Desa Skudai 1 1.3
  • 6. 88 ANALISIS DATA Penganalisisan data dalam kajian ini menggunakan kaedah peratusan, pengukuran deskriptif, jadual silang dan analisis inferensi Mann-Whitney U untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap setiap sub-skala kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu. 3 sub-skala tersebut ialah kebimbangan komunikasi, kebimbangan terhadap penilaian negatif dalam pengajaran Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris, ujian kebimbangan dan kebimbangan secara keseluruhan. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap kebimbangan responden lelaki dan perempuan adalah pada tahap sederhana. Jadual 2: Taburan Guru Tahun 1 Sekolah Rendah Kebangsaan Mengikut Subjek dan Tahap Kebimbangan Keseluruhan Tahap kebimbangan Subjek Tinggi Sederhana Rendah Jumlah Matematik 1 2.4% 34 81.0% 7 16.7% 42 56.0% Sains - 27 81.8% 6 18.2% 33 44.0% Jumlah 1 1.3% 61 81.3% 13 17.3% 75 100% Pada keseluruhannya tahap kebimbangan yang dialami oleh guru Tahun Satu yang mengajar Matematik dan Sains di sekolah rendah kebangsaan adalah pada tahap sederhana seperti dalam Jadual 2. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 34 orang (81.0%) guru Matematik dan 27 orang (81.8%) guru sains dari jumlah keseluruhan 75 orang menyatakan bahawa tahap kebimbangan mereka adalah sederhana. Jadual 3: Tahap Kebimbangan Keseluruhan Berdasarkan Jantina Tahap Kebimbangan Keseluruhan Kelas Jantina Tinggi Sederhana Rendah Jumlah Lelaki 1 8.3% 10 83.3% 1 8.3% 12 100.0% Tahun 1 Perempuan - 51 81.0% 12 19.0% 63 100.0%
  • 7. 89 Dapatan kajian seperti dalam jadual 3 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara jantina guru Matematik dan Sains terhadap tahap kebimbangan mengajar subjek tersebut di dalam bahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebimbangan responden lelaki dan perempuan adalah sederhana. Jadual 4 : Tahap Kebimbangan Keseluruhan Berdasarkan Taraf Perkahwinan Tahap Kebimbangan Keseluruhan Kelas Status Diri Tinggi Sederhana Rendah Jumlah Berkahwin - 38 79.2% 10 20.8% 48 100.0% Tahun 1 Bujang 1 3.7% 23 85.2% 3 11.1% 27 100.0% Keputusan kajian juga menujukkan bahawa status perkahwinan tidak membezakan tahap kebimbangan guru Matematik dan Sains. Sama ada sudah berkahwin atau masih bujang, kedua-dua faktor tersebut tidak mempengaruhi tahap kebimbangan guru. Jadual di atas menunjukkan tahap kebimbangan guru-guru ini berada pada tahap sederhana. Jadual 5: Tahap Kebimbangan Keseluruhan Berdasarkan Pengalaman Mengajar Tahap Kebimbangan Keseluruhan Kelas Pengalaman Mengajar Tinggi Sederhana Rendah Jumlah Bawah 5 tahun 1 2.8% 33 91.7% 2 5.6% 36 100.0% 6 - 10 tahun - 13 72.2% 5 27.8% 18 100.0% 11 - 15 tahun - 8 72.7% 3 27.3% 11 100.0% Tahun 1 Lebih daripada 15 tahun - 7 70.0% 3 30.0% 10 100.0% Pengalaman kerja yang lama tidak semestinya menyebabkan tahap kebimbangan guru Matematik dan Sains berada di tahap rendah kerana keputusan kajian menunjukkan bahawa guru-guru berada pada tahap sederhana mengikut faktor tersebut (Jadual 5). Tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara guru yang mempunyai pengalaman mengajar berbanding dengan guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang dari lima tahun.
  • 8. 90 Jadual 6: Tahap Kebimbangan Keseluruhan Berdasarkan Umur Guru Tahap Kebimbangan Keseluruhan Kelas Umur Tinggi Sederhana Rendah Jumlah Bawah 30 tahun 1 2.9% 31 88.6% 3 8.6% 35 100.0% 31 - 35 tahun - 14 70.0% 6 30.0% 20 100.0% 36 - 40 tahun - 11 84.6% 2 15.4% 13 100.0% Tahun 1 Lebih 40 tahun - 5 71.4% 2 28.6% 7 100.0% Faktor umur di kalangan responden menunjukkan ia tidak memberi kesan kepada tahap kebimbangan guru-guru tersebut kerana hampir keseluruhan mereka berada pada tahap sederhana (Jadual 6). Dari itu kesemua dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains Tahun Satu di sekolah rendah kebangsaan terhadap 3 sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana seperti dalam jadual 7. Jadual 7: Taburan Guru Tahun 1 Sekolah Rendah Kebangsaan Mengikut Subjek dan Tahap Kebangsaan Keseluruhan Tahap kebimbangan Subjek Tinggi Sederhana Rendah Jumlah Matematik 1 2.4% 34 81.0% 7 16.7% 42 56.0% Sains - 27 81.8% 6 18.2% 33 44.0% Jumlah 1 1.3% 61 81.3% 13 17.3% 75 100% PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN ANTARA GURU MATEMATIK DENGAN GURU SAINS Analisis Ujian Mann-Whitney U telah dibuat untuk melihat perbandingan tahap kebimbangan di antara guru Sains dan Matematik terhadap setiap 3 sub-skala kebimbangan iaitu kebimbangan komunikasi, kebimbangan terhadap penilaian negatif dalam pengajaran Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris dan kebimbangan terhadap penilaian secara keseluruhan.
  • 9. 91 Jadual 8: Perbandingan Antara Guru Sains Dengan Guru Matematik Sekolah Rendah Kebangsaan Terhadap Setiap Sub-Skala Kebimbangan Min rank Sub-skala Kebimbangan Matematik Sains Mann- Whitney U z sig. 1. Kebimbangan Berkomunikasi 67.11 72.61 2153.50 -0.80 0.42 2. Kebimbangan Terhadap Penilaian Negatif Dalam Bahasa Inggeris 70.87 67.72 2233.50 -0.46 0.65 3. Kebimbangan Terhadap Penilaian 68.47 70.83 2260.00 -0.34 0.73 Kebimbangan Keseluruhan 69.28 69.78 2323.00 -0.07 0.94 *signifikan pada aras 0.05 Jadual 8 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara guru Sains dengan guru Matematik sekolah kebangsaan terhadap kebimbangan berkomunikasi, kebimbangan terhadap penilaian negatif dalam bahasa Inggeris, kebimbangan terhadap penilaian dan kebimbangan keseluruhan kerana nilai signifikan yang diperolehi ialah antara 0.42 hingga 0.94. Kesemua nilai signifikan di atas adalah tinggi daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 dan ia tidak menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah yang signifikan. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Dapatan kajian mendapati bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap kebimbangan guru Matematik dan Sains Tahun Satu di peringkat sekolah rendah kebangsaan. Keputusan kajian ini adalah tidak konsisten dengan dapatan kajian tahap kebimbangan lain yang mendapati kebimbangan responden perempuan adalah lebih tinggi dari responden lelaki (Bernstein et.al., 1989; Gierl dan Rogers, 1996; Plancherel dan Bolognini, 1995). Ini juga bersamaan dengan dapatan kajian Padilla et.al., (1988) yang mendapati responden perempuan lebih bimbang terhadap kesukaran berbahasa berbanding responden lelaki. Oleh itu, dapatan kajian ini menolak persamaan dapatan- dapatan kajian tersebut. Sejak pelaksanaan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, kajian menunjukkan pelajar-pelajar telah mendapat keputusan peperiksaan yang baik sebagaimana yang diterangkan oleh P. Komala Dewi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran. Ini berpandukan kepada dua kajian terhadap pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu pada 2003 (The Malay Mail, 15 September 2004). Dapatan kajian tersebut mendapati keputusan akademik pelajar di dalam kedua-dua subjek adalah melebihi 70 peratus. Walau bagaimanapun, kajian terhadap tahap kebimbangan guru-guru yang mengajar kedua-dua subjek ini tidak dijalankan untuk memastikan tahap sebenar kebimbangan guru terhadap pengajaran kedua-dua subjek tersebut.
  • 10. 92 Kajian yang dijalankan oleh Aris dan Azizuddin (2003) terhadap persepsi 50 guru Tingkatan 1, di sekolah-sekolah di Pontian, Johor mendapati guru-guru sangat berminat, bersedia dan sanggup untuk mengajar subjek Matematik dan Sains dengan menggunakan bahasa Inggeris. Kajian ini menunjukkan guru memberi reaksi positif guru terhadap penggunaan bahasa Inggeris. Mereka percaya bahawa bahasa Inggeris penting dan boleh mempertingkatkan potensi mereka dalam pengajaran di samping pembangunan lain yang memihak kepada mereka. Persepsi 50 guru ini mungkin dikongsi bersama oleh guru- guru sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu di dalam kajian ini memandangkan tahap kebimbangan mereka adalah pada tahap sederhana dan bukannya pada tahap tinggi. Dari dapatan kajian ini, guru-guru Matematik dan Sains di peringkat sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu dipercayai mempunyai cara dan strategi mereka sendiri untuk menguasai dan mengatasi masalah kebimbangan dalam diri mereka. Strategi dan cara ini telah menjadikan kebimbangan mereka hanya di tahap sederhana dan bukan pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa jantina, status perkahwinan, pengalaman bekerja dan umur tidak memainkan peranan yang penting di dalam menentukan tahap kebimbangan guru seperti mana yang mungkin dianggap oleh ramai orang sebelum kajian ini dijalankan. Dapatan kajian ini berkemungkinan bersesuaian dengan langkah yang telah diambil oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), di mana Kementerian Pelajaran telah mewujudkan jaringan kerjasama profesional dan perkongsian idea dengan pensyarah serta guru-guru bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains (Berita Harian, 15 September 2004). Beberapa program latihan yang telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Jemaah Nazir bukan hanya berpusat kepada latihan guru biasa tetapi juga merangkumi Kursus Kemahiran Kod Braille Sains Dalam Bahasa Inggeris, Kod Tangan Sains Dalam Bahasa Inggeris, Kursus Kemahiran Kod Braille Matematik, Kod Tangan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (116) dan Kursus Kefasihan Bahasa Inggeris Bagi Guru Sains Tahun Satu dan Tingkatan Satu (139) (Berita Harian, 15 April 2003). Latihan-latihan lain termasuk juga latihan terhadap kurikulum, peralatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran, buku teks, langkah pemantapan dan juga bimbingan. Kesemua program latihan dan penyediaan sokongan yang telah dilaksanakan berkemungkinan menolong memantapkan kefasihan, kefahaman dan kewibawaan guru Matematik dan Sains untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Ini bertepatan dengan dapatan kajian yang mendapati tahap kebimbangan mereka adalah pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, program-program latihan yang terancang dan sistematik perlu diteruskan dari semasa ke semasa untuk membantu guru-guru mencapai tahap kebimbangan pada tahap rendah dan bukan hanya pada tahap sederhana. Dari itu pihak Kementerian Pelajaran perlu membuat pemantauan berterusan terhadap program yang telah dilaksanakan sama ada ia berjaya atau tidak mencapai objektif untuk membantu guru-guru memperbaiki tahap pencapaian maksimum bahasa Inggeris. Kerjasama antara
  • 11. 93 guru dan badan-badan yang bertanggungjawab membantu mereka harus diselaraskan dengan lebih jelas dan terperinci agar tahap kebimbangan guru berada pada tahap paling rendah atau tidak wujud sama sekali. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa isu kebimbangan atau keresahan di kalangan guru tidak akan menjadi batu penghalang khususnya untuk kemajuan pendidikan demi kejayaan pelajar keseluruhannya. RUJUKAN: Aris, A.P., dan Azizuddin, N., (2003). Persepsi Guru-guru Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik Tingkatan Satu. Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bernstein, G.A., Garfinkel, B.D. and Hoberman, H.M., (1989). Self-reported Anxiety in Adolescents. American Journal of Psychiatry, 146 (3): 384-386. Chang, J.I., (1997). Contexts of Adolescent Worries: Impacts of Ethnicity, Gender, Family Structure, and Socioeconomic Status. Paper presented at the annual meeting of NCFR Fatherhood and Motherhood in a Diverse and Changing World, Arlington, VA. Cummins, J. (1978). Educational Implications of Mother Tongue Maintenance in Minority Language Groups. The Canadian Modern Language Review, 34(13): 395-416. Cummins, J., (2000). Language, Power and Pedagogy: Bilingual Children in the Crossfire. Toronto: Multilingual Matters. Daly, J.A., Kreiser, P.O. and Rogharr, L.A., (1994). Question-asking Comfort: Explorations of the Demography of Communication in the Eighth-grade Classroom. Communication Education, 43: 27-41. Felson, R.B. and Trudeau, L., (1991). Gender Differences in Mathematics Performance. Social Psychology Quarterly, 54(2): 113-126. Gierl, M.J. and Rogers, W.T., (1996). A Confirmatory Factor Analysis of the Test Anxiety Inventory Using Canadian High School Students. Educational and Psychological Measurement, 56(2): 315-324. Horwitz, M.B., Horwitz, E.K., and Cope, J.A., (1986). Foreign Language Classroom Anxiety. The Modern Language Journal, 70(2): 125-132. Onwuegbuzie, A.J., Bailey, P. and Daley, C.E., (1997). Foreign Language Anxiety Among College Students. Paper Presented at Annual Meeting of the Mid-South Educational Research Association, Memphis.
  • 12. 94 Padilla, A.M., Cervantes, R.C., Maldonado, M. and Garcia, R.E., (1988). Coping Responses to Psychosocial Stressors Among Mexican and Central American Immigrants. Journal of Community Psychology, 16(4): 418-427. Plancerel, B., and Bolognini, N., (1995). Coping and Mental Health in Early Adolescence. Journal of Adolescence, 18 (4): 459-474. Prince, G.M., (2002). Anxiety: Definition and Strategies. Prentice Hall: New York. Wigfield, A. and Eccles, J.S., (1989). Test Anxiety in Elementary and Secondary Schools. Educational Psychologist, 24(2): 159-183. Akhbar Berita Harian, (15 September 2004). BPG, Pensyarah Kerjasama Tingkat Pengajaran Matematik. Berita Harian, (15 April 2003). Guru Pendidikan Khas Ikuti Latihan Bahasa Inggeris. The Malay Mail, (15 September 2004). Better Results in Maths and Science After Switch to English.