1. Rancangan Pengajaran Harian || KSSR Tahun 1
Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
Kelas Tahun 1 (30 orang murid)
Masa 60 minit
Standard 4.1.2 – menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian
Pembelajaran dan gerak laku secara didik hibur.
1.5.1 – bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
pembelajaran I. Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melalui
nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
II. Menamakan buah-buahan yang terdapat dalam gambar dengan betul.
Aktiviti 1. Guru memaparkan gambar pada papan tulis
2. Murid diminta menamakan buah-buahan yang terdapat pada gambar
tersebut. Contoh: rambutan, durian, belimbing dan lain-lain.
3. Guru memaparkan seni kata lagu ‘ Musim buah-buahan’ dan
membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.
4. Murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu yang
diperdengarkan.
5. Murid menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan aksi yang sesuai
dengan iringan muzik yang dimainkan secara kumpulan dan kelas.
6. Murid memadankan perkataan berdasarkan gambar yang tetera di skrin
dengan betul.
7. Murid menyebut dan mengeja nama buah-buahan dengan betul.
8. Murid diminta bercerita tentang buah-buahan yang telah disebut tadi.
Contoh: warna, bentuk,rasa dan sebagainya.
9. Murid diminta menyanyikan semula lagu ‘Musim buah-buahan’ dengan
sebutan yang betul dan intonasi dan gaya yang sesuai sebagai penutup.
10. Aktiviti pengayaan: cari perkataan dalam himpunan abjad berdasarkan
gambar (lembaran kerja).
EMK Nilai murni: bekerjasama, keberanian
TMK : belajar melalui TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
KBT – KB- menjana idea, KP – muzik
Bahan Bantu Komputer, slaid PowerPoint seni kata lagu, slaid PowerPoint gambar buah-
Mengajar buahan, lagu kanak-kanak, slaid PowerPoint aktiviti murid dan lembaran kerja.
Penilaian Murid mengenali keistimewaaan buah-buahan yang dinyatakan dengan betul.
Pengajaran dan
Pembelajaran
Refleksi