Rangkaian pelajaran harian bahasa Malaysia tahun 1 membincangkan tema kebersihan. Objektifnya adalah untuk menjawab soalan pemahaman berdasarkan seni kata lagu "Sekolahku Bersih" dan menyebut seni kata lagu itu dengan betul. Pelajaran ini menggunakan tatabahasa, antonim, mendengar, membaca dan menulis. Ia melibatkan aktiviti seperti mengeja, menyanyi lagu dan menjawab soalan.
Rancangan pelajaran harian bahasa malaysia tahun 1
1. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Tema Kebersihan
Tajuk Menjaga kebersihan
Standard Pembelajaran; 4.1.1
Objektif ; 1. Menjawab lima soalan pemahaman berdasarkan seni kata lagu.
2. Dapat menyebut seni kata lagu “Sekolahku Bersih” dengan betul.
Sistem Bahasa: Tatabahasa-Antonim
Kemahiran Bahasa: Mendengar, membaca, menulis
Pengisian Kurikulum: Nilai-Bersih/kerjasama
Ilmu- Sains/P. Islam/muzik
KBT- Kecerdasan Pelbagai
Media: Bahan maujud, komputer riba, lembaran kerja
Aktiviti: Set Induksi-Soal jawab mengenai benda-benda maujud yang
ditunjukkan(bakul sampah, penyapu,dll.
Langkah 1: Mengeja dan menyebut nama bahan maujud yang ditunjukkan.
Langkah 2: Guru menayangkan seni kata lagu SekolahkuBersih ,
Murid membaca seni kata lagu.
Murid menyanyikan lagu bersama-sama guru.
Langkah3: Murid membacakan perkataan yang ditunjukkan pada kad imbasan.
Murid mencari kata lawan dengan bimbingan guru.
Langkah 4: Guru mengedarkan lembaran kerja
Pengayaan- Menjawab lima soalan pemahaman dengan betul.
Pemulihan-Memadankan perkataan berlawan.
2. Penutup: Murid menyanyi bersama-sama dan mnyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam
lagu secara lisan.
Lembaran Kerja (Pengayaan)
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan seni kata lagu “Sekolahku Bersih”
1. Siapakah yang perlu menjaga kebersihan sekolah?
2. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sekolah?
3. Bagaimanakah cara kamu menjaga kebersihan sekolah?
4. Bilakah kamu perlu menjaga kebersihan?
5. Sebutkan dua alat yang digunakan untuk membersihkan kelas?