SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
49
KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI
ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA
Rusnadewi Abdul Rashid,1
Rohayati Hussin,2
Noor Inayah Yaakub3
Abstrak
Isu pencerobohan tanah wakaf adalah merupakan salah satu faktor penyumbang kepada
kegagalan pembangunan tanah wakaf di Malaysia. Permasalahan ini sangat berkait rapat
dengan kekurangan dan kelemahan undang-undang sedia ada dari sudut kawalan,
penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman. Kertas kerja ini bertujuan merungkai
persoalan tentang kekurangan dan kelemahan dalam peruntukan perundangan sedia ada
dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman bagi pencerobohan
tanah wakaf. Selain itu, ketiadaan prosedur dan tatacara yang khusus dalam isu ini serta
ketidakcukupan dan ketidakselarasan hukuman dan penalti yang dikenakan bagi kes
pencerobohan tanah wakaf juga telah menyebabkan masalah ini masih tidak dapat
diselesaikan. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada objektif untuk mengkaji kekurangan
dan kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada dalam isu kawalan,
penguatkuasaan, pendakwaan serta remedi bagi pencerobohan tanah wakaf di negara ini.
Mengaplikasikan kaedah penyelidikan undang-undang tulen yang mengetengahkan
kajian berbentuk kualitatif, kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah
penambahbaikan pengurusan tanah wakaf di negara ini.
Kata Kunci: pencerobohan tanah; wakaf; undang-undang
1
Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis.
E-mail: rusnadewi@perlis.uitm.edu.my
2
Pensyarah, Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. E-mail:
roha427@kedah.uitm.edu.my
2
Prof Dato’ Dr. Universiti Islam Malaysia. E-mail: inayah@uim.edu.my
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
50
PENGENALAN
Masalah pencerobohan tanah wakaf seringkali dibangkitkan terutama apabila isu
pengurusan dan pembangunan tanah wakaf dibincangkan. Antara faktor yang dilihat
menjurus kepada fenomena ini adalah kekurangan dan kelemahan peruntukan undang-
undang sedia ada. Ini adalah kerana, dalam situasi masa kini, undang-undang merupakan
satu mekanisme bagi pencegahan, penguatkuasaan, hukuman dan tuntutan pampasan
yang berkesan. Melihat dari aspek ini, artikel ini bertujuan untuk mengupas lebih lanjut
tentang permasalahan pencerobohan tanah wakaf di negara ini.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu melalui kaedah kajian undang-undang tulen.
Kajian undang-undang tulen merujuk kepada pengumpulan data melalui kajian
perpustakaan (library research). Kajian perpustakaan pula adalah melibatkan
pengumpulan data secara komprehensif terhadap sumber-sumber sekunder seperti Akta,
buku-buku ilmiah, jurnal, artikel seminar dan laporan yang terdapat di beberapa
perpustakaan terpilih. Kajian perpustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para
penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai konsep, kaedah, pengolahan dan
penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian tindakan mereka.
Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu membanding dan
membezakan, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis.
KAJIAN LITERATUR
Wakaf merupakan salah satu daripada ibadat penting dalam Islam yang mempunyai
signifikan dalam konteks ekonomi negara dan pembangunan ekonomi ummah. Ia telah
menjadi mekanisme pengagihan kekayaan dan pembasmian kemiskinan di kalangan
rakyat di dunia. Justeru itu, peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam di
Malaysia juga telah tidak dapat dinafikan lagi. Dalam aspek pengurusan wakaf di
Malaysia, ia berada di bawah tanggungjawab pihak Majlis Agama Negeri-negeri
(MAIN) (Ramli & Ayob, 2005). Tujuan perlantikan majlis sebagai pemegang amanah
tunggal harta wakaf ini adalah untuk memastikan harta wakaf diurus dan ditadbir dengan
baik dan efisyen dalam menjana hasil yang lumayan bagi kebajikan rakyat. Lazimnya
pentadbir memainkan peranan penting dalam pengurusan tanah wakaf (Isa et al., 2011).
Namun demikian, pengurusan wakaf antara negeri-negeri adalah berbeza kerana faktor
undang-undang, bidang kuasa dan tanggungjawab masing-masing.
Pengurusan tanah wakaf menjadi begitu penting dalam pembangunan hartanah wakaf di
Malaysia. Ini adalah kerana kejayaan dalam pengurusan mampu menjana pendapatan
yang tinggi kepada penduduk setempat (Kahf, 2003). Menurut Sadeq (2002)
pembangunan hartanah yang berjaya seharusnya dapat membangunkan ekonomi rakyat
sekaligus mengurangkan masalah kemiskinan. Dengan erti kata lain, pembangunan
tanah wakaf yang efisyen seharusnya dilaksanakan bagi menjana faedah bersama umat
Islam (Hassan & Abdullah, 2008). Namun menurut Abul Hassan dan Mohammad Abdus
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
51
Shahid (2010), kebanyakan harta wakaf yang baik dan berpotensi tidak dijaga dan
diuruskan dengan sempurna. Pendapat yang sama telah dikongsi oleh Ihsan & Mohamed
Ibrahim (2011) yang menyebut bahawa hartanah wakaf di Malaysia turut berhadapan
dengan masalah pengurusan dan pentadbiran. Masalah prosedur dan perundangan juga
seringkali wujud dalam pengurusan tanah wakaf bagi negeri-negeri (Abdul Rahman &
Othman, 2006) seperti aktiviti pencerobohan ke atas tanah wakaf. Dapatan kajian
membuktikan bahawa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) berhadapan dengan masalah
pengurusan tanah wakaf dari aspek pencerobohan. Hal demikian berlaku ekoran
tiadanya tindakan tatatertib oleh pentadbiran ke atas penceroboh (Rohayu et.al. 2014).
Selain itu, terdapat hartanah wakaf telah diceroboh, disalahgunakan atau disewakan
kepada orang bukan Islam. Mereka bukan sahaja menduduki tanah wakaf, tetapi telah
tidak bekerjasama untuk mengosongkannya apabila tanah itu perlu dibangunkan. Selain
itu, ada pula antara penceroboh yang membuat tuntutan yang bukan-bukan kepada pihak
MAIN sebagai pemegang amanah wakaf (Rohayu et.al. 2014). Situasi ini menjadi
halangan bagi MAIN merancang pembangunan serta bercanggah dengan tujuan wakaf
itu sendiri. Tambahan pula, terdapat di kalangan mereka (penceroboh harta tanah wakaf)
yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dan diharamkan oleh Islam (Rohayu et.al,
2014).
Sebenarnya, jika pihak penceroboh enggan mematuhi arahan pihak berkuasa, Seksyen
425(1) dan 1(A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa
mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sebagai yang ditakrifkan oleh KTN
1965 jika disabitkan kesalahannya, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi
RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya (Azizi, 2013). Sungguhpun begitu, bentuk pendaftaran yang berbeza
kepada tanah-tanah wakaf (Sallehudin, 2013) serta kegagalan mendaftar tanah wakaf
boleh memberikan kesan terhadap isu ketuanpunyaan seterusnya menyebabkan
kekaburan terhadap isu tentang peruntukan undang-undang yang mana perlu digunakan
(Rusnadewi, 2015). Jika tanah wakaf dikategorikan sebagai tanah kerajaan, pihak yang
bertanggungjawab untuk mengawal masalah pencerobohan adalah Pihak Berkuasa
Negeri. Menurut Asiah (2006), ketidaktegasan undang-undang dari Pihak Berkuasa telah
menyebabkan beberapa pihak mengambil kesempatan menceroboh tanah kerajaan.
Merungkai persoalan tentang pihak manakah yang perlu mengawal masalah ini, ada
yang berpendapat bahawa MAIN adalah badan yang bertanggungjawab bagi mengambil
langkah mengawal aktiviti pencerobohan. Justeru itu, terdapat cadangan agar
pemantauan secara berkala dan menyeluruh terhadap tanah-tanah wakaf di bawah
kawalan MAIN perlu dibuat untuk menangani isu tersebut (Rohayu et.al. 2014). Ini
adalah kerana pasukan penguatkuasaan yang ditubuhkan oleh MAIN boleh menjamin
keselamatan harta wakaf daripada diceroboh atau disalahgunakan (Rohayu et.al. 2014).
Namun, perlu diperjelaskan bahawa tindakan yang dibuat mestilah melalui proses
perundangan yang tepat. Bagi masalah pencerobohan tanah wakaf, kaedah pendaftaran
sesuatu tanah wakaf akan menentukan pihak yang mempunyai kuasa terhadap kawalan,
pendakwaan dan pampasan terhadap pencerobohan tanah tersebut. Adalah menjadi
keperluan bagi pihak MAIN sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan
dan pentadbiran tanah wakaf untuk menentukan siapa yang mempunyai kuasa untuk
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
52
berbuat demikian. Ini adalah kerana kegagalan menentukan pihak yang mempunyai
locus standi dalam pendakwaan dan penguatkuasaan pencerobohan akan menyebabkan
tindakan yang diambil menemui kegagalan dari sudut perundangan.
Hasil dari kajian literatur mendapati bahawa kedapatan perbincangan yang dibuat dalam
mengupas aspek pencerobohan tanah wakaf. Namun, kekeliruan wujud tentang pihak
mana yang bertanggungjawab terhadap isu kawalan, penguatkuasaan serta pendakwaan.
Juga didapati tiada kajian dibuat bagi melihat solusi terhadap ketidakselarasan hukuman
dan ketidakseragaman aplikasi undang-undang yang dipakai. Justeru itu, satu kajian
menyeluruh perlu dibuat bagi menjawab permasalahan yang tidak terungkai dalam isu
pencerobohan tanah wakaf di Malaysia dalama agenda memperbaiki kelemahan
pengurusan.
PERBINCANGAN
Masalah kawalan
Masalah pencerobohan tanah wakaf tidak boleh dipandang ringan kerana tanah yang
diceroboh bukan sekadar untuk tujuan penempatan, malah ada yang digunakan untuk
membina premis-premis perniagaan. Ini bermakna, ada pihak yang mengambil
kesempatan atas tanah wakaf yang pada hukumnya telah menjadi hak Allah SWT.
Masalah ini boleh menjadi berlarutan kerana kekurangan dan kelemahan undang-undang
dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman. Dari sudut kawalan,
pemantauan secara berkala dan menyeluruh terhadap tanah-tanah wakaf di bawah
kawalan MAIN hendaklah dilakukan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku ke
atas setiap harta wakaf. Pemantauan sepatutnya tidak hanya dilakukan berdasarkan
aduan orang ramai. Pasukan penguatkuasaan yang ditubuhkan oleh MAIN boleh
menjamin keselamatan harta wakaf daripada diceroboh atau disalahgunakan. Oleh itu,
lokasi tanah wakaf hendaklah dikenal pasti oleh MAIN berdasarkan tinjauan dan
lawatan. Selain itu, bagi mengelakkan pencerobohan terhadap harta tanah wakaf,
keperluaan kepada pewartaan amat penting. Tindakan pewartaan harta wakaf hendaklah
diambil serius oleh pengurusan MAIN bagi mengemaskini senarai harta wakaf bagi
memastikan tindakan pemantauan boleh dilakukan.
Masalah penguatkuasaan dan pendakwaan
Jika dilihat di bawah peruntukan undang-undang Islam, sebagai contoh dalam Enakmen
Wakaf (Negeri Selangor), seksyen 45 menyebut tentang pencerobohan ke atas tanah
wakaf di negeri itu. Namun malangnya, seksyen tersebut hanyalah menerangkan tentang
maksud pencerobohan serta denda yang bakal dikenakan. Tiada apa-apa prosedur serta
tatacara tentang bagaimana kawalan, penguatkuasaan serta pendakwaan perlu dilakukan.
Ketiadaan peruntukan prosedur yang khusus menyebabkan MAIN hanya bergantung
kepada amalan biasa yang dilakukan sebelum ini. Perkara ini sudah pasti boleh menjadi
satu kesulitan kepada kakitangan yang baharu mengendalikan isu ini. Dalam perkara ini,
pihak Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) memang ada mengeluarkan satu
manual berkaitan tatacara bagi pengendalian kes pencerobohan tanah wakaf, namun
sejauhmana pemakaian manual ini menjadi tanda tanya. Ini adalah kerana manual ini
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
53
hanyalah satu garispanduan yang tidak mempunyai autoriti dari sudut perundangan.
Justeru itu, pihak MAIN tidak terikat untuk mengikuti garispanduan tersebut.
Kelemahan yang ada ini akan memberikan satu masalah yang besar kerana kesilapan
prosedur dalam tindakan akan mengakibatkan kegagalan dalam tindakan undang-
undang. Memang diketahui bahawa telah menjadi tanggungjawab bagi setiap negeri
melalui MAIN untuk mengambil tindakan dan menuntut ganti rugi (Mohammad Tahir
Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar, 2005) terhadap mana-mana
pencerobohan tanah wakaf. Namun, perlu diperjelaskan bahawa tindakan yang dibuat
mestilah melalui proses perundangan yang tepat.
Undang-undang tentang pencerobohan ke atas tanah wakaf di negara ini telah
diperuntukan dalam undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Menyentuh dari
sudut undang-undang sivil, ia dapat dilihat menerusi beberapa seksyen dalam Kanun
Tanah Negara 1965 serta undang-undang torts. Bagi aspek undang-undang Islam pula,
enakmen wakaf dan enakmen pentadbiran agama Islam negeri juga ada menyediakan
peruntukan bagi isu pencerobohan tanah wakaf. Melalui undang-undang sivil yang ada,
kekaburan peruntukan dalam Kanun Tanah Negara melalui seksyen 425 hanya boleh
digunapakai jika tanah yang diceroboh telah didaftarkan di atas nama Majlis Agama
Islam Negeri (MAIN). Pada hakikatnya, terdapat masih banyak tanah-tanah wakaf yang
masih tidak didaftarkan di atas nama MAIN. Ini adalah kerana pendaftaran tanah wakaf
ke atas nama MAIN menjadikan tanah tersebut termasuk dalam kategori tanah kerajaan.
Ini memandangkan takrifan tanah kerajaan telah diperluaskan skopnya di bawah seksyen
425(2) KTN kepada semua tanah yang dipegang oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau
Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa berkanun yang
menjalankan kuasa yang terletakhak kepadanya oleh undang-undang persekutuan atau
negeri atau memegang bagi pihak agensi yang tersebut. Seksyen 425(1) dan 1(A) Kanun
Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang
melakukan pencerobohan sebagai yang ditakrifkan oleh KTN 1965 jika disabitkan
kesalahannya, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00 atau
dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kegagalan berbuat demikian akan menafikan hak untuk menguatkuasa dan mendakwa
penceroboh.
Namun demikian, kesan pendaftaran yang menjadikan tanah wakaf tertakluk kepada
kategori tanah kerajaan pula akan menjadikan pihak yang bertanggungjawab untuk
mengawal masalah pencerobohan adalah Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan bukannya
MAIN. Persoalannya, adakah pihak PBN mampu menjalankan tanggungjawab tersebut
kerana seksyen 4 (2) (e) Kanun Tanah Negara menyatakan bahawa tiada apa jua dalam
akta tersebut boleh menyentuh peruntukan berhubung dengan wakaf. Ini memberikan
implikasi seolah-olah PBN tidak mempunyai bidang kuasa dalam isu wakaf melainkan
diperuntukkan secara nyata. Dalam keadaan demikian, secara praktisnya, sudah tentu
tiada kawalan, penguatkuasaan dan tindakan pendakwaan akan dilakukan oleh PBN
dalam isu pencerobohan tanah wakaf walaupun ia telah dikategorikan sebagai tanah
kerajaan melalui pendaftaran. Manakala, bagi pihak MAIN pula, fungsi tersebut tidak
dapat dijalankan kerana di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara, hanya pihak PBN
yang mempunyai kuasa terhadap tanah kerajaan. Perkara ini menjadi satu halangan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
54
perundangan yang sangat besar kerana ketiadaan kuasa boleh menjadikan tindakan
kawalan, penguatkuasaan dan pendakwaan tidak sah dan boleh dicabar oleh pihak yang
menceroboh. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika MAIN mengambil pendekatan
untuk memilih solusi menggunapakai peruntukan yang terdapat dalam enakmen wakaf
atau enakmen pentadbiran agama Islam bagi menangani masalah ini.
Selain itu, masalah juga timbul apabila tanah yang diceroboh belum lagi didaftarkan ke
atas nama MAIN. Ia menjadikan tanah tersebut masih di bawah hakmilik persendirian
(pewakaf) dan pendakwaan hanya boleh dibuat oleh tuanpunya melalui undang-undang
torts dan tindakan hanya boleh diambil alih oleh pihak MAIN menurut enakmen wakaf
atau enakmen pentadbiran agama Islam selepas keputusan mahkamah mengisytiharkan
tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Hal ini menyebabkan tambahan kos serta masa
untuk tujuan pendakwaan kerana melibatkan dua tindakan undang-undang iaitu, pertama
bagi mendapat pengisytiharan tanah tersebut sebagai tanah wakaf serta keduanya adalah
tindakan terhadap penceroboh.
Masalah hukuman atau penalti
Memandangkan pengurusan setiap MAIN adalah di bawah kuasa negeri masing-masing,
dan enakmen yang dipakai adalah juga berbeza, perkara ini menimbulkan masalah dari
sudut ketidakselarasan dalam hukuman yang diperuntukkan. Sebagai contoh, Majlis
Agama Islam Terengganu melalui Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak menetapkan
bahawa hukuman bagi pencerobohan tanah wakaf ialah denda tidak melebihi RM3,000
atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Manakala, Enakmen Majlis
Agama Islam Kedah pula memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000
atau penjara tidak melebihi 2 bulan atau kedua-duanya sekali.
Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa negeri yang mempunyai enakmen wakaf
yang khusus iaitu Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan yang telah memperuntukan
kesalahan menceroboh atau mengambil hasil dari tanah wakaf. Begitu juga bagi negeri-
negeri yang hanya menggunapakai Enakmen Pentadbiran Islam masing-masing,
peruntukan undang-undang mengenai pencerobohan tanah wakaf ada juga disebut.
Namun, adalah sangat mendukacitakan bahawa hukuman yang diberikan adalah tidak
setimpal dengan kerugian yang ditanggung. Sebagai contoh, di negeri Johor, kesalahan
bagi pencerobohan tanah wakaf hanya akan dikenakan hukuman tidak melebihi
RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan sahaja. Mengambilkira situasi ekonomi di
negeri tersebut, penalti tersebut adalah sangat tidak munasabah. Ini belum lagi dikira
tempoh pencerobohan, keluasan tanah yang diceroboh, nilai pasaran semasa tanah yang
diceroboh, jumlah keuntungan yang diperolehi oleh penceroboh, kerugian yang
ditanggung oleh pihak MAIN, serta kos-kos yang ditanggung sepanjang tuntutan,
pendakwaan dan penguatkuasaan kes tersebut. Lebih malang lagi, hukuman ini juga
tidak langsung memberi refleksi terhadap kerugian dan kecederaan yang ditanggung dari
sudut nilai sentimental dan perasaan pewakaf atau warisnya. Oleh yang demikian, adalah
amat perlu bahawa peruntukan yang dibuat berkenaan hukuman atau penalti ini lebih
realistik serta munasabah bagi meremedikan kerugian yang ditanggung. Selain itu,
hukuman yang akan dikenakan juga mestilah mampu bertindak sebagai satu teladan bagi
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
55
memberi pengajaran untuk seluruh masyarakat bagi menegah perbuatan ini dari terus
berlaku.
Untuk mengatasi masalah ketidakcukupan kepada hukuman atau penalti yang
dikenakan, alternatif kepada pendakwaan di bawah undang-undang torts mungkin boleh
membantu. Ini adalah kerana dalam tindakan melalui undang-undang torts, gantirugi am
dan teladan boleh diperolehi mengikut kadar yang munasabah. Namun demikain, jika
tindakan dibawa mengikut undang-undang ini, pihak MAIN akan perlu menanggung kos
guaman yang tinggi selain ia juga memakan masa yang lebih lama.
KESIMPULAN
Kekaburan dan ketidakseragaman dalam aspek kawalan, penguatkuasaan dan tindakan
terhadap pencerobohan tanah wakaf serta ketidakcukupan dalam hukuman menyebabkan
timbul keperluan bagi mewujudkan satu akta khusus berkaitan wakaf. Akta yang perlu
dicadangkan perlulah lebih komprehensif dan seragam bagi menentukan pihak yang
mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas pencerobohan tanah wakaf dan
menyelaraskan hukuman atau penalti yang ada dalam isu tersebut. Ini adalah kerana
buat masa ini, walaupun negeri-negeri telah mempunyai peruntukan bagi masalah ini
sama ada melalui enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam, namun ia
masih belum mencukupi malah tidak seragam antara negeri-negeri tersebut (Mohd
Afendi, 2012).
RUJUKAN
Abdul Majid, R & Said. R. (2014). Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di
Malaysia. International Surveying Research Journal (ISrJ) Volume 4 Number 1,
29-43.
Abdul Rahman, A. R.; Bakar, M. D. & Ismail, Y. (1999) Current Practices and
Administration of Waqf In Malaysia: A Preliminary Study. Unpublished
Manuscript. A Waqf Report (27 July 1999). Universiti Teknologi MARA,
Malaysia.
Abul Hassan & Mohammad Abdus Shahid. (2010). Management and Development of
the Awqaf Assets. Seventh International Conference – The Tawhidi
Epistemology: Zakat and Waqf Economy.
Azizi Zakaria. (2013). Pencerobohan Tanah Kerajaan – Tinjauan Dari Sudut
Perundangan Tanah. Jurnal Pentadbiran Tanah. , (3) bil. 1, 54-61.
Harun, R., Mohamed Isa, Z. & Ali, N. (2012) Preliminary Finding on Waqf
Management Practices among selected Muslim Countries, Proceedings of 2012
International Conference on Economics Marketing and Mangement IPEDR Vol
28. LACSIT Press, Singapore.
Hassan, Z.; Abdullah & M. N. (2008).The investment of waqf Land as Instruments of
Muslim’s Economic Development in Malaysia, Proceeding at The Dubai
International Conference on Endowments’s Investment organized by Awaqf and
Minor Affair Foundation Dubai, United Arab Emirates. 4-6 February 2008.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
56
Ihsan, H.; Mohamed Ibrahim & S. H. (2011) Waqf accounting and Management in
Indonesian Waqf Institution. Humanaomics. 27(4), 252-269.
Isa, Z. M.; Ali N. & Harun, R. (2011).A Comparative Study of Waqf Management in
Malaysia. Proceeding of 2011 International Conference on Sociality and
Economic: Development IPEDR Vol 10 . LACSIT Press Singapore.
Kahf, M. (2003). The Role of Waqf in Improving the Ummah Welfare. Proceeding
paper in International Seminar on Waqf as a Private legal Body, organized by the
Islamic University of North Sumatra, Medan, Indonesia. 6-7 January 2003.
Mohammad Tahir Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar. (2005). An Ideal
Financial Mechanism for the Development of the Waqf Properties in Malaysia.
Mohd Afendi Mat Rani. (2012). Pencerobohan Tanah Wakaf: Pelaksanaan Undang-
Undang dari Perspektif Islam dan Aplikasinya di Malaysia.
Ramli, A. H.; Ayob & A. C. (2005).Islam Hadhari: Pengukuhan Institusi Baitulmal dan
Wakaf di Malaysi. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM Shah Alam.
Rusnadewi Abdul Rashid; Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub. (2015).
Pencerobohan Tanah Wakaf dari Aspek Perundangan, Prosiding International
Conference on Waqf 2015, Anjuran UNISZA Terengganu, Malaysia. 10-11 May
2015.
Sadeq, A. H. M. (2002) Waqf, perpetual charity and poverty alleviation. International
Journal of Social Economics. 29 (1), 135-151.
Sallehuddin Ishak. (2013). Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan
Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia.
Jurnal Pentadbiran Tanah. (3) bil. 1, 1-24.
PENGHARGAAN
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan geran LRGS
(LRGS/2013/UKM-UKM/SI/03) di bawah tajuk ‘Pelestarian Institusi Wakaf Untuk
Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara’. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kerana
tajaan dan pembiayaan penyelidikan ini.

More Related Content

What's hot

Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editSK Batu Sembilan
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..asyikin hashim
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insanSeredup Maya
 
Khairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah OthmanKhairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah Othmanidmac2015
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insanNorFatin Amira
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 

What's hot (10)

Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insan
 
Khairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah OthmanKhairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah Othman
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insan
 
Daesh mediasosial
Daesh mediasosialDaesh mediasosial
Daesh mediasosial
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 

Viewers also liked

Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah YaakubRohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakubidmac2015
 
Program dela rektorja univerze 2013–2017 - Ivan Svetlik
Program dela rektorja univerze 2013–2017 - Ivan SvetlikProgram dela rektorja univerze 2013–2017 - Ivan Svetlik
Program dela rektorja univerze 2013–2017 - Ivan Svetlikivansvetlik
 
Strategia EUROPA 2020 e opportunità di finanziamento per l'economia sociale
Strategia EUROPA 2020 e opportunità di finanziamento per l'economia socialeStrategia EUROPA 2020 e opportunità di finanziamento per l'economia sociale
Strategia EUROPA 2020 e opportunità di finanziamento per l'economia socialeaiccon
 
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awalidmac2015
 
Progetto ICARO: Presentazione del Prodotto
Progetto ICARO: Presentazione del ProdottoProgetto ICARO: Presentazione del Prodotto
Progetto ICARO: Presentazione del ProdottoConsorzio.IT
 
Advisory how to deal with teenage anger
Advisory   how to deal with teenage angerAdvisory   how to deal with teenage anger
Advisory how to deal with teenage angerThalia Longoria
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Tawazun - Keseimbangan
Tawazun - KeseimbanganTawazun - Keseimbangan
Tawazun - KeseimbanganTaufik Piyak
 
Partnership accounts
Partnership accountsPartnership accounts
Partnership accountsSam Catlin
 

Viewers also liked (19)

KPMG_Testimonial
KPMG_TestimonialKPMG_Testimonial
KPMG_Testimonial
 
Recommendation_2
Recommendation_2Recommendation_2
Recommendation_2
 
Final draft
Final draftFinal draft
Final draft
 
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah YaakubRohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
 
Program dela rektorja univerze 2013–2017 - Ivan Svetlik
Program dela rektorja univerze 2013–2017 - Ivan SvetlikProgram dela rektorja univerze 2013–2017 - Ivan Svetlik
Program dela rektorja univerze 2013–2017 - Ivan Svetlik
 
Menu semaine 5
Menu semaine 5 Menu semaine 5
Menu semaine 5
 
Strategia EUROPA 2020 e opportunità di finanziamento per l'economia sociale
Strategia EUROPA 2020 e opportunità di finanziamento per l'economia socialeStrategia EUROPA 2020 e opportunità di finanziamento per l'economia sociale
Strategia EUROPA 2020 e opportunità di finanziamento per l'economia sociale
 
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
 
Biodata
BiodataBiodata
Biodata
 
q42005.PDF
q42005.PDFq42005.PDF
q42005.PDF
 
Strategie lll
Strategie lllStrategie lll
Strategie lll
 
словник
словниксловник
словник
 
Progetto ICARO: Presentazione del Prodotto
Progetto ICARO: Presentazione del ProdottoProgetto ICARO: Presentazione del Prodotto
Progetto ICARO: Presentazione del Prodotto
 
Advisory how to deal with teenage anger
Advisory   how to deal with teenage angerAdvisory   how to deal with teenage anger
Advisory how to deal with teenage anger
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Poesia infantil
Poesia infantilPoesia infantil
Poesia infantil
 
Tawazun - Keseimbangan
Tawazun - KeseimbanganTawazun - Keseimbangan
Tawazun - Keseimbangan
 
Sts II 1-b la planeación
Sts II 1-b la planeaciónSts II 1-b la planeación
Sts II 1-b la planeación
 
Partnership accounts
Partnership accountsPartnership accounts
Partnership accounts
 

More from idmac2015

Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahriidmac2015
 
Nor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul ShahNor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul Shahidmac2015
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoffidmac2015
 

More from idmac2015 (20)

Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahri
 
Nor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul ShahNor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul Shah
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoff
 

Recently uploaded

MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 

KONTROL PENCEROBOHAN TANAH WAKAF

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 49 KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA Rusnadewi Abdul Rashid,1 Rohayati Hussin,2 Noor Inayah Yaakub3 Abstrak Isu pencerobohan tanah wakaf adalah merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan pembangunan tanah wakaf di Malaysia. Permasalahan ini sangat berkait rapat dengan kekurangan dan kelemahan undang-undang sedia ada dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman. Kertas kerja ini bertujuan merungkai persoalan tentang kekurangan dan kelemahan dalam peruntukan perundangan sedia ada dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman bagi pencerobohan tanah wakaf. Selain itu, ketiadaan prosedur dan tatacara yang khusus dalam isu ini serta ketidakcukupan dan ketidakselarasan hukuman dan penalti yang dikenakan bagi kes pencerobohan tanah wakaf juga telah menyebabkan masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada objektif untuk mengkaji kekurangan dan kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada dalam isu kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan serta remedi bagi pencerobohan tanah wakaf di negara ini. Mengaplikasikan kaedah penyelidikan undang-undang tulen yang mengetengahkan kajian berbentuk kualitatif, kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah penambahbaikan pengurusan tanah wakaf di negara ini. Kata Kunci: pencerobohan tanah; wakaf; undang-undang 1 Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis. E-mail: rusnadewi@perlis.uitm.edu.my 2 Pensyarah, Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. E-mail: roha427@kedah.uitm.edu.my 2 Prof Dato’ Dr. Universiti Islam Malaysia. E-mail: inayah@uim.edu.my
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 50 PENGENALAN Masalah pencerobohan tanah wakaf seringkali dibangkitkan terutama apabila isu pengurusan dan pembangunan tanah wakaf dibincangkan. Antara faktor yang dilihat menjurus kepada fenomena ini adalah kekurangan dan kelemahan peruntukan undang- undang sedia ada. Ini adalah kerana, dalam situasi masa kini, undang-undang merupakan satu mekanisme bagi pencegahan, penguatkuasaan, hukuman dan tuntutan pampasan yang berkesan. Melihat dari aspek ini, artikel ini bertujuan untuk mengupas lebih lanjut tentang permasalahan pencerobohan tanah wakaf di negara ini. METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu melalui kaedah kajian undang-undang tulen. Kajian undang-undang tulen merujuk kepada pengumpulan data melalui kajian perpustakaan (library research). Kajian perpustakaan pula adalah melibatkan pengumpulan data secara komprehensif terhadap sumber-sumber sekunder seperti Akta, buku-buku ilmiah, jurnal, artikel seminar dan laporan yang terdapat di beberapa perpustakaan terpilih. Kajian perpustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian tindakan mereka. Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu membanding dan membezakan, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis. KAJIAN LITERATUR Wakaf merupakan salah satu daripada ibadat penting dalam Islam yang mempunyai signifikan dalam konteks ekonomi negara dan pembangunan ekonomi ummah. Ia telah menjadi mekanisme pengagihan kekayaan dan pembasmian kemiskinan di kalangan rakyat di dunia. Justeru itu, peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia juga telah tidak dapat dinafikan lagi. Dalam aspek pengurusan wakaf di Malaysia, ia berada di bawah tanggungjawab pihak Majlis Agama Negeri-negeri (MAIN) (Ramli & Ayob, 2005). Tujuan perlantikan majlis sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf ini adalah untuk memastikan harta wakaf diurus dan ditadbir dengan baik dan efisyen dalam menjana hasil yang lumayan bagi kebajikan rakyat. Lazimnya pentadbir memainkan peranan penting dalam pengurusan tanah wakaf (Isa et al., 2011). Namun demikian, pengurusan wakaf antara negeri-negeri adalah berbeza kerana faktor undang-undang, bidang kuasa dan tanggungjawab masing-masing. Pengurusan tanah wakaf menjadi begitu penting dalam pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Ini adalah kerana kejayaan dalam pengurusan mampu menjana pendapatan yang tinggi kepada penduduk setempat (Kahf, 2003). Menurut Sadeq (2002) pembangunan hartanah yang berjaya seharusnya dapat membangunkan ekonomi rakyat sekaligus mengurangkan masalah kemiskinan. Dengan erti kata lain, pembangunan tanah wakaf yang efisyen seharusnya dilaksanakan bagi menjana faedah bersama umat Islam (Hassan & Abdullah, 2008). Namun menurut Abul Hassan dan Mohammad Abdus
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 51 Shahid (2010), kebanyakan harta wakaf yang baik dan berpotensi tidak dijaga dan diuruskan dengan sempurna. Pendapat yang sama telah dikongsi oleh Ihsan & Mohamed Ibrahim (2011) yang menyebut bahawa hartanah wakaf di Malaysia turut berhadapan dengan masalah pengurusan dan pentadbiran. Masalah prosedur dan perundangan juga seringkali wujud dalam pengurusan tanah wakaf bagi negeri-negeri (Abdul Rahman & Othman, 2006) seperti aktiviti pencerobohan ke atas tanah wakaf. Dapatan kajian membuktikan bahawa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) berhadapan dengan masalah pengurusan tanah wakaf dari aspek pencerobohan. Hal demikian berlaku ekoran tiadanya tindakan tatatertib oleh pentadbiran ke atas penceroboh (Rohayu et.al. 2014). Selain itu, terdapat hartanah wakaf telah diceroboh, disalahgunakan atau disewakan kepada orang bukan Islam. Mereka bukan sahaja menduduki tanah wakaf, tetapi telah tidak bekerjasama untuk mengosongkannya apabila tanah itu perlu dibangunkan. Selain itu, ada pula antara penceroboh yang membuat tuntutan yang bukan-bukan kepada pihak MAIN sebagai pemegang amanah wakaf (Rohayu et.al. 2014). Situasi ini menjadi halangan bagi MAIN merancang pembangunan serta bercanggah dengan tujuan wakaf itu sendiri. Tambahan pula, terdapat di kalangan mereka (penceroboh harta tanah wakaf) yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dan diharamkan oleh Islam (Rohayu et.al, 2014). Sebenarnya, jika pihak penceroboh enggan mematuhi arahan pihak berkuasa, Seksyen 425(1) dan 1(A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sebagai yang ditakrifkan oleh KTN 1965 jika disabitkan kesalahannya, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya (Azizi, 2013). Sungguhpun begitu, bentuk pendaftaran yang berbeza kepada tanah-tanah wakaf (Sallehudin, 2013) serta kegagalan mendaftar tanah wakaf boleh memberikan kesan terhadap isu ketuanpunyaan seterusnya menyebabkan kekaburan terhadap isu tentang peruntukan undang-undang yang mana perlu digunakan (Rusnadewi, 2015). Jika tanah wakaf dikategorikan sebagai tanah kerajaan, pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal masalah pencerobohan adalah Pihak Berkuasa Negeri. Menurut Asiah (2006), ketidaktegasan undang-undang dari Pihak Berkuasa telah menyebabkan beberapa pihak mengambil kesempatan menceroboh tanah kerajaan. Merungkai persoalan tentang pihak manakah yang perlu mengawal masalah ini, ada yang berpendapat bahawa MAIN adalah badan yang bertanggungjawab bagi mengambil langkah mengawal aktiviti pencerobohan. Justeru itu, terdapat cadangan agar pemantauan secara berkala dan menyeluruh terhadap tanah-tanah wakaf di bawah kawalan MAIN perlu dibuat untuk menangani isu tersebut (Rohayu et.al. 2014). Ini adalah kerana pasukan penguatkuasaan yang ditubuhkan oleh MAIN boleh menjamin keselamatan harta wakaf daripada diceroboh atau disalahgunakan (Rohayu et.al. 2014). Namun, perlu diperjelaskan bahawa tindakan yang dibuat mestilah melalui proses perundangan yang tepat. Bagi masalah pencerobohan tanah wakaf, kaedah pendaftaran sesuatu tanah wakaf akan menentukan pihak yang mempunyai kuasa terhadap kawalan, pendakwaan dan pampasan terhadap pencerobohan tanah tersebut. Adalah menjadi keperluan bagi pihak MAIN sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf untuk menentukan siapa yang mempunyai kuasa untuk
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 52 berbuat demikian. Ini adalah kerana kegagalan menentukan pihak yang mempunyai locus standi dalam pendakwaan dan penguatkuasaan pencerobohan akan menyebabkan tindakan yang diambil menemui kegagalan dari sudut perundangan. Hasil dari kajian literatur mendapati bahawa kedapatan perbincangan yang dibuat dalam mengupas aspek pencerobohan tanah wakaf. Namun, kekeliruan wujud tentang pihak mana yang bertanggungjawab terhadap isu kawalan, penguatkuasaan serta pendakwaan. Juga didapati tiada kajian dibuat bagi melihat solusi terhadap ketidakselarasan hukuman dan ketidakseragaman aplikasi undang-undang yang dipakai. Justeru itu, satu kajian menyeluruh perlu dibuat bagi menjawab permasalahan yang tidak terungkai dalam isu pencerobohan tanah wakaf di Malaysia dalama agenda memperbaiki kelemahan pengurusan. PERBINCANGAN Masalah kawalan Masalah pencerobohan tanah wakaf tidak boleh dipandang ringan kerana tanah yang diceroboh bukan sekadar untuk tujuan penempatan, malah ada yang digunakan untuk membina premis-premis perniagaan. Ini bermakna, ada pihak yang mengambil kesempatan atas tanah wakaf yang pada hukumnya telah menjadi hak Allah SWT. Masalah ini boleh menjadi berlarutan kerana kekurangan dan kelemahan undang-undang dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman. Dari sudut kawalan, pemantauan secara berkala dan menyeluruh terhadap tanah-tanah wakaf di bawah kawalan MAIN hendaklah dilakukan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku ke atas setiap harta wakaf. Pemantauan sepatutnya tidak hanya dilakukan berdasarkan aduan orang ramai. Pasukan penguatkuasaan yang ditubuhkan oleh MAIN boleh menjamin keselamatan harta wakaf daripada diceroboh atau disalahgunakan. Oleh itu, lokasi tanah wakaf hendaklah dikenal pasti oleh MAIN berdasarkan tinjauan dan lawatan. Selain itu, bagi mengelakkan pencerobohan terhadap harta tanah wakaf, keperluaan kepada pewartaan amat penting. Tindakan pewartaan harta wakaf hendaklah diambil serius oleh pengurusan MAIN bagi mengemaskini senarai harta wakaf bagi memastikan tindakan pemantauan boleh dilakukan. Masalah penguatkuasaan dan pendakwaan Jika dilihat di bawah peruntukan undang-undang Islam, sebagai contoh dalam Enakmen Wakaf (Negeri Selangor), seksyen 45 menyebut tentang pencerobohan ke atas tanah wakaf di negeri itu. Namun malangnya, seksyen tersebut hanyalah menerangkan tentang maksud pencerobohan serta denda yang bakal dikenakan. Tiada apa-apa prosedur serta tatacara tentang bagaimana kawalan, penguatkuasaan serta pendakwaan perlu dilakukan. Ketiadaan peruntukan prosedur yang khusus menyebabkan MAIN hanya bergantung kepada amalan biasa yang dilakukan sebelum ini. Perkara ini sudah pasti boleh menjadi satu kesulitan kepada kakitangan yang baharu mengendalikan isu ini. Dalam perkara ini, pihak Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) memang ada mengeluarkan satu manual berkaitan tatacara bagi pengendalian kes pencerobohan tanah wakaf, namun sejauhmana pemakaian manual ini menjadi tanda tanya. Ini adalah kerana manual ini
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 53 hanyalah satu garispanduan yang tidak mempunyai autoriti dari sudut perundangan. Justeru itu, pihak MAIN tidak terikat untuk mengikuti garispanduan tersebut. Kelemahan yang ada ini akan memberikan satu masalah yang besar kerana kesilapan prosedur dalam tindakan akan mengakibatkan kegagalan dalam tindakan undang- undang. Memang diketahui bahawa telah menjadi tanggungjawab bagi setiap negeri melalui MAIN untuk mengambil tindakan dan menuntut ganti rugi (Mohammad Tahir Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar, 2005) terhadap mana-mana pencerobohan tanah wakaf. Namun, perlu diperjelaskan bahawa tindakan yang dibuat mestilah melalui proses perundangan yang tepat. Undang-undang tentang pencerobohan ke atas tanah wakaf di negara ini telah diperuntukan dalam undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Menyentuh dari sudut undang-undang sivil, ia dapat dilihat menerusi beberapa seksyen dalam Kanun Tanah Negara 1965 serta undang-undang torts. Bagi aspek undang-undang Islam pula, enakmen wakaf dan enakmen pentadbiran agama Islam negeri juga ada menyediakan peruntukan bagi isu pencerobohan tanah wakaf. Melalui undang-undang sivil yang ada, kekaburan peruntukan dalam Kanun Tanah Negara melalui seksyen 425 hanya boleh digunapakai jika tanah yang diceroboh telah didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Pada hakikatnya, terdapat masih banyak tanah-tanah wakaf yang masih tidak didaftarkan di atas nama MAIN. Ini adalah kerana pendaftaran tanah wakaf ke atas nama MAIN menjadikan tanah tersebut termasuk dalam kategori tanah kerajaan. Ini memandangkan takrifan tanah kerajaan telah diperluaskan skopnya di bawah seksyen 425(2) KTN kepada semua tanah yang dipegang oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletakhak kepadanya oleh undang-undang persekutuan atau negeri atau memegang bagi pihak agensi yang tersebut. Seksyen 425(1) dan 1(A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sebagai yang ditakrifkan oleh KTN 1965 jika disabitkan kesalahannya, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kegagalan berbuat demikian akan menafikan hak untuk menguatkuasa dan mendakwa penceroboh. Namun demikian, kesan pendaftaran yang menjadikan tanah wakaf tertakluk kepada kategori tanah kerajaan pula akan menjadikan pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal masalah pencerobohan adalah Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan bukannya MAIN. Persoalannya, adakah pihak PBN mampu menjalankan tanggungjawab tersebut kerana seksyen 4 (2) (e) Kanun Tanah Negara menyatakan bahawa tiada apa jua dalam akta tersebut boleh menyentuh peruntukan berhubung dengan wakaf. Ini memberikan implikasi seolah-olah PBN tidak mempunyai bidang kuasa dalam isu wakaf melainkan diperuntukkan secara nyata. Dalam keadaan demikian, secara praktisnya, sudah tentu tiada kawalan, penguatkuasaan dan tindakan pendakwaan akan dilakukan oleh PBN dalam isu pencerobohan tanah wakaf walaupun ia telah dikategorikan sebagai tanah kerajaan melalui pendaftaran. Manakala, bagi pihak MAIN pula, fungsi tersebut tidak dapat dijalankan kerana di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara, hanya pihak PBN yang mempunyai kuasa terhadap tanah kerajaan. Perkara ini menjadi satu halangan
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 54 perundangan yang sangat besar kerana ketiadaan kuasa boleh menjadikan tindakan kawalan, penguatkuasaan dan pendakwaan tidak sah dan boleh dicabar oleh pihak yang menceroboh. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika MAIN mengambil pendekatan untuk memilih solusi menggunapakai peruntukan yang terdapat dalam enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam bagi menangani masalah ini. Selain itu, masalah juga timbul apabila tanah yang diceroboh belum lagi didaftarkan ke atas nama MAIN. Ia menjadikan tanah tersebut masih di bawah hakmilik persendirian (pewakaf) dan pendakwaan hanya boleh dibuat oleh tuanpunya melalui undang-undang torts dan tindakan hanya boleh diambil alih oleh pihak MAIN menurut enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam selepas keputusan mahkamah mengisytiharkan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Hal ini menyebabkan tambahan kos serta masa untuk tujuan pendakwaan kerana melibatkan dua tindakan undang-undang iaitu, pertama bagi mendapat pengisytiharan tanah tersebut sebagai tanah wakaf serta keduanya adalah tindakan terhadap penceroboh. Masalah hukuman atau penalti Memandangkan pengurusan setiap MAIN adalah di bawah kuasa negeri masing-masing, dan enakmen yang dipakai adalah juga berbeza, perkara ini menimbulkan masalah dari sudut ketidakselarasan dalam hukuman yang diperuntukkan. Sebagai contoh, Majlis Agama Islam Terengganu melalui Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak menetapkan bahawa hukuman bagi pencerobohan tanah wakaf ialah denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Manakala, Enakmen Majlis Agama Islam Kedah pula memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 2 bulan atau kedua-duanya sekali. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa negeri yang mempunyai enakmen wakaf yang khusus iaitu Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan yang telah memperuntukan kesalahan menceroboh atau mengambil hasil dari tanah wakaf. Begitu juga bagi negeri- negeri yang hanya menggunapakai Enakmen Pentadbiran Islam masing-masing, peruntukan undang-undang mengenai pencerobohan tanah wakaf ada juga disebut. Namun, adalah sangat mendukacitakan bahawa hukuman yang diberikan adalah tidak setimpal dengan kerugian yang ditanggung. Sebagai contoh, di negeri Johor, kesalahan bagi pencerobohan tanah wakaf hanya akan dikenakan hukuman tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan sahaja. Mengambilkira situasi ekonomi di negeri tersebut, penalti tersebut adalah sangat tidak munasabah. Ini belum lagi dikira tempoh pencerobohan, keluasan tanah yang diceroboh, nilai pasaran semasa tanah yang diceroboh, jumlah keuntungan yang diperolehi oleh penceroboh, kerugian yang ditanggung oleh pihak MAIN, serta kos-kos yang ditanggung sepanjang tuntutan, pendakwaan dan penguatkuasaan kes tersebut. Lebih malang lagi, hukuman ini juga tidak langsung memberi refleksi terhadap kerugian dan kecederaan yang ditanggung dari sudut nilai sentimental dan perasaan pewakaf atau warisnya. Oleh yang demikian, adalah amat perlu bahawa peruntukan yang dibuat berkenaan hukuman atau penalti ini lebih realistik serta munasabah bagi meremedikan kerugian yang ditanggung. Selain itu, hukuman yang akan dikenakan juga mestilah mampu bertindak sebagai satu teladan bagi
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 55 memberi pengajaran untuk seluruh masyarakat bagi menegah perbuatan ini dari terus berlaku. Untuk mengatasi masalah ketidakcukupan kepada hukuman atau penalti yang dikenakan, alternatif kepada pendakwaan di bawah undang-undang torts mungkin boleh membantu. Ini adalah kerana dalam tindakan melalui undang-undang torts, gantirugi am dan teladan boleh diperolehi mengikut kadar yang munasabah. Namun demikain, jika tindakan dibawa mengikut undang-undang ini, pihak MAIN akan perlu menanggung kos guaman yang tinggi selain ia juga memakan masa yang lebih lama. KESIMPULAN Kekaburan dan ketidakseragaman dalam aspek kawalan, penguatkuasaan dan tindakan terhadap pencerobohan tanah wakaf serta ketidakcukupan dalam hukuman menyebabkan timbul keperluan bagi mewujudkan satu akta khusus berkaitan wakaf. Akta yang perlu dicadangkan perlulah lebih komprehensif dan seragam bagi menentukan pihak yang mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas pencerobohan tanah wakaf dan menyelaraskan hukuman atau penalti yang ada dalam isu tersebut. Ini adalah kerana buat masa ini, walaupun negeri-negeri telah mempunyai peruntukan bagi masalah ini sama ada melalui enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam, namun ia masih belum mencukupi malah tidak seragam antara negeri-negeri tersebut (Mohd Afendi, 2012). RUJUKAN Abdul Majid, R & Said. R. (2014). Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia. International Surveying Research Journal (ISrJ) Volume 4 Number 1, 29-43. Abdul Rahman, A. R.; Bakar, M. D. & Ismail, Y. (1999) Current Practices and Administration of Waqf In Malaysia: A Preliminary Study. Unpublished Manuscript. A Waqf Report (27 July 1999). Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Abul Hassan & Mohammad Abdus Shahid. (2010). Management and Development of the Awqaf Assets. Seventh International Conference – The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy. Azizi Zakaria. (2013). Pencerobohan Tanah Kerajaan – Tinjauan Dari Sudut Perundangan Tanah. Jurnal Pentadbiran Tanah. , (3) bil. 1, 54-61. Harun, R., Mohamed Isa, Z. & Ali, N. (2012) Preliminary Finding on Waqf Management Practices among selected Muslim Countries, Proceedings of 2012 International Conference on Economics Marketing and Mangement IPEDR Vol 28. LACSIT Press, Singapore. Hassan, Z.; Abdullah & M. N. (2008).The investment of waqf Land as Instruments of Muslim’s Economic Development in Malaysia, Proceeding at The Dubai International Conference on Endowments’s Investment organized by Awaqf and Minor Affair Foundation Dubai, United Arab Emirates. 4-6 February 2008.
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 56 Ihsan, H.; Mohamed Ibrahim & S. H. (2011) Waqf accounting and Management in Indonesian Waqf Institution. Humanaomics. 27(4), 252-269. Isa, Z. M.; Ali N. & Harun, R. (2011).A Comparative Study of Waqf Management in Malaysia. Proceeding of 2011 International Conference on Sociality and Economic: Development IPEDR Vol 10 . LACSIT Press Singapore. Kahf, M. (2003). The Role of Waqf in Improving the Ummah Welfare. Proceeding paper in International Seminar on Waqf as a Private legal Body, organized by the Islamic University of North Sumatra, Medan, Indonesia. 6-7 January 2003. Mohammad Tahir Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar. (2005). An Ideal Financial Mechanism for the Development of the Waqf Properties in Malaysia. Mohd Afendi Mat Rani. (2012). Pencerobohan Tanah Wakaf: Pelaksanaan Undang- Undang dari Perspektif Islam dan Aplikasinya di Malaysia. Ramli, A. H.; Ayob & A. C. (2005).Islam Hadhari: Pengukuhan Institusi Baitulmal dan Wakaf di Malaysi. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM Shah Alam. Rusnadewi Abdul Rashid; Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub. (2015). Pencerobohan Tanah Wakaf dari Aspek Perundangan, Prosiding International Conference on Waqf 2015, Anjuran UNISZA Terengganu, Malaysia. 10-11 May 2015. Sadeq, A. H. M. (2002) Waqf, perpetual charity and poverty alleviation. International Journal of Social Economics. 29 (1), 135-151. Sallehuddin Ishak. (2013). Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia. Jurnal Pentadbiran Tanah. (3) bil. 1, 1-24. PENGHARGAAN Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan geran LRGS (LRGS/2013/UKM-UKM/SI/03) di bawah tajuk ‘Pelestarian Institusi Wakaf Untuk Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara’. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kerana tajaan dan pembiayaan penyelidikan ini.