SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
TAJUK : KESULTANAN MELAYU MELAKA 
KUMPULAN 8 
1.ASMA BINTI HILMI 
D20141068120 
2.MARYAM 'AQILA BINTI ISMAWADEE 
D20141068136 
3.MIZA AMANI BINTI MOHAMAD NORDIN 
D20141068140 
4.NORFARHANI BINTI JANUN 
D20141067215 
5.NUR ELIDA BINTI SALIMI 
D20141067223 
6.NUR SURIANI BINTI MOHD RUSMAN 
D20141067225 
7.NURAYUNI BINTI NOORDIHAN 
D20141067200 
8.SITI MARYAM BINTI HUSAIN 
D20141068079 
9.TENGKU NORHUDA BINTI ENGKU HADI 
D20141068080 
10.UMMI SYAHIRAH BINTI MOHD ALI 
D20141068135
LATAR BELAKANG 
PARAMESWARA
• Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara 
di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. 
• Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. 
Hal ini berubah pada tahun 1409, apabila Parameswara 
berkahwin dengan puteri dari Pasai. 
• Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan 
Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. 
• Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan 
selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di 
tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de 
Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah 
merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. 
• Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin 
Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi 
mewarisi Kesultanan Melaka.
• Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan 
sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir 
yang berasal dari keturunan Srivijaya. 
• Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bintan 
bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek 
dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. 
• Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf 
sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja 
China pada tahun 1366. 
• Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang 
Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri 
Buana bermaksud “Yang Dipertuan kepada tiga dunia” 
melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, 
Bintan dan Temasek.
• Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan 
baginda yang memerintah Singapura iaitu, 
Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), 
Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399) dan 
yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara 
(1399 – 1401). 
• Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang 
Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, 
Sang Rajuna Tapa. 
• Parameswara telah berjaya melarikan diri 
menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu 
untuk membuka ibu negeri yang baru.
• Menurut “Suma Oriental”, Parameswara ialah seorang 
raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja 
Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara 
Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai 
Mjeura (“orang yang berani”). 
• Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke 
Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam 
(bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi 
pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama 
kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak 
Siam tidak lama selepas itu. 
• Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai 
barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat 
perlindungan yang baru.
• Menurut Sejarah Melayu (“Malay Annals”) yang 
dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, 
Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi 
diganggu oleh biawak yang tidak terkira 
banyaknya. 
• Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok 
juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka 
cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. 
Kemudian Parameswara berpindah ke Sening 
Ujong. 
• Setelah berada di sana, beliau melantik seorang 
menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya 
beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan 
persisiran pantai.
• Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ 
dan mereka meminta Parameswara menjadi raja. 
• Semasa berburu di muara Sungai Bertam, 
Parameswara ternampak seekor pelanduk 
menendang salah seekor daripada anjing-anjing 
pemburunya. 
• Parameswara tertarik dengan kegagahan 
pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina 
sebuah penempatan di kawasan tersebut. 
• Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) 
yang diteduhnya, Parameswara menamakan 
tempat itu “Melaka”.
• Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 
dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja 
Iskandar Syah. 
• Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, 
Indonesia. 
• Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho 
telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan 
beliau untuk meneroka dunia. 
• Pada 1411, Parameswara telah membuat 
pelayaran melawat negara China dengan 
rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk 
pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.
LATAR BELAKANG 
MELAKA
• Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat 
pada tahun 1414 dan diwarisi oleh 
anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414- 
1424. 
• Baginda kemudian digantikan dengan putera 
baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya 
mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, 
Melaka" (1424-1444).
• Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, 
beliau diganti oleh putera bongsunya dari 
isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja 
Ibrahim. 
• Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah 
oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar 
Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja 
Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran 
"Sultan Abu Syahid".
• Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri 
pertama Tun Wati, menaiki takhta pada 
tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan 
Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan 
mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi 
negeri. 
• Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh 
Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti 
Jawa, Borneo dan Filipina. 
• Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada 
ketika itu beragama Hindu. 
• Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat 
dua serangan ke atas Melaka.
• Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui 
darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh 
Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh 
dari Muar. 
• Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua 
pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, 
dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan 
mereka dan kali ini, dengan mudah. 
• Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak 
lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu 
Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan 
gelaran "Bendahara Paduka Raja". 
• Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan 
merupakan tulang belakang kepada perkembangan 
Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
ISLAM TERSEBAR DI MELAKA
• Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad 
ke-15. 
• Megat Iskandar Shah yang juga merupakan 
putera kepada Parameswara merupakan Sultan 
Melaka yang pertama memeluk agama Islam. 
• Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi 
pusat penyebaran agama Islam. . Pada zaman 
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) 
Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. 
• Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang 
Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun 
Melaka
• Faktor yang menyebabkan agama Islam dapat 
berkembang di Melaka. 
• Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau 
Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke- 
13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah 
berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama 
Islam. 
• Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di 
samping berdagang di Melaka, mereka turut 
menyebarkan agama Islam. 
• Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus 
Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh 
pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz 
dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri 
Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
• Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk 
tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang 
subur di Melaka. 
• Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam 
rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk 
agama Islam. 
• Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang 
berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama 
mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di 
Melaka dan mengajar di surau dan madrasah. 
• Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta 
meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat 
golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama 
Islam.
Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam 
• Melaka menjadi pusat penyebaran dan 
pengajian Islam serta tempat pertemuan 
ulama dan pendakwah. 
• Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan 
sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk 
bertanyakan hal-hal agama. 
• Masjid, madrasah dan surau diwujudkan 
untuk mempelajari agama dan membaca al- 
Quran.
• Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. 
Ahli tasawauf yang terkenal ialah Abdul Karim 
Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil. 
• Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, 
menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam. 
• Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat 
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali 
Hanafiah. 
• Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti 
musyawarrah iaitu berbincang bersama 
pembesar dalam urusan pentadbiran.
KEGEMILANGAN MELAKA
• Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat 
perdagangan baru 
menggantikan Srivijayapada Abad ke-15, Melaka 
telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar 
kesan daripada faktor perdagangan yang semakin 
berkembang pesat. 
• Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di 
Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan 
kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. 
• Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah 
kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil 
alih peranan pusat perdagangan yang dulunya 
dipegang oleh Srivijaya.
• Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari 
Srivijaya ini telah mengangkat martabat 
Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada 
zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja 
yang mampu untuk mengendalikan pusat 
perdagangan yang cekap dan berupaya 
menyediakan kemudahan infrastruktur yang 
moden.
• Keupayaan Melaka telah menyebabkan 
sebilangan negeri yang dulunya berada di 
bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah 
meminta naungan dan perlindungan daripada 
kekuasaan Melaka. 
• Contoh negeri tersebut ialah 
seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai 
Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela 
datang mendapatkan nobat daripada Melaka.
• Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam 
perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim 
salam’ dengan Melaka. 
• Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa 
besar yang baru ialah Melaka telah dua kali 
berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya 
berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke- 
16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat 
dengan Siam. 
• Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja 
berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam 
perdagangan tetapi juga dari segi perluasan 
wilayah.
• Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai 
sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga 
bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau 
pembeli barang-barangan, menjadi pengantara 
menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk 
Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar 
barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke 
tempat lain. 
• Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, 
namun pencapaian Melaka adalah berbeza 
daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan 
tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang 
menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan 
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini
• Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki 
takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka 
menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. 
• Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, 
Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang 
Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur 
Shah. 
• Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga 
menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring 
ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka 
pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. 
• Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada 
peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu 
hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina 
dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali 
sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
• Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, 
empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya 
dan terdiri daripada Semenanjung 
Malaysia, Singapura, dan sebahagian 
besar Sumatera. 
• Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara 
dan Majapahit di selatan. 
• Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak 
kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada 
kurun ke-15. 
• Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga 
kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut 
telah gagal.
KEJATUHAN MELAKA
• Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi 
Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan 
merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia 
Tenggara. 
• Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, 
telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. 
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami 
rancangan jahat dan pilih kasih. 
• Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi 
beliau juga seorang mangsa keadaan. 
Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat 
pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki 
takhta ketika masih kanak-kanak.
• Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan 
sebuah empayar luar negeri. 
• Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 
buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di 
Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama 
yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" 
oleh orang tempatan. 
• Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di 
Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, 
disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah 
kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang 
Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis 
diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
• Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis 
yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de 
Albuquerque kembali ke Melaka. 
• Albuquerque membuat beberapa permintaan 
membina markas Portugis di Melaka tetapi 
permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud 
Shah. 
• Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis 
berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. 
Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri 
kePahang di pantai timur di mana beliau gagal 
dalam percubaannya mendapat pertolongan 
daripada negara China.
• Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke 
selatan dan mengasaskan Kesultanan 
Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada 
Melaka. 
• Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang 
terletaknya berdekatan dengan Temasik 
(Singapura), beliau terus menerima ufti dan 
kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang 
diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan 
Melaka. 
• Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan 
Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka
• Pada tahun 1525, Laksamana Hang 
Nadim berjaya mengepung Kota A 
Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa 
membuat catuan makanan dari Goa. 
• Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan 
seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro 
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota 
Bentan. 
• Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, 
Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin 
Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai 
sebuah empayar yang berkuasa dan yang 
mencapai keunggulannya pada abad ke- 
18 dan ke-19.
• Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud 
Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh 
orang-orang utara untuk menjadi sultan 
mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan 
Perak. 
• Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun 
kemudian di Kampar pada tahun 1526.
TAMAT…

More Related Content

What's hot

Kerajaan melayu awal.pptx u7
Kerajaan melayu awal.pptx u7Kerajaan melayu awal.pptx u7
Kerajaan melayu awal.pptx u7sunmuglvadivu
 
Pengasas Melaka
Pengasas MelakaPengasas Melaka
Pengasas MelakaHamizan Md
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKAhamdan che hassan
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)nur_waniatul
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameriameri57
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah Ku Azirah
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)Nursyuhadah Rahwi
 
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri MelayuBab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayunieda79iman
 
Topik 1 sejarah
Topik 1 sejarahTopik 1 sejarah
Topik 1 sejarahSuet Yet
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2VisharaamBalaMurugan
 
Topik 4 sejarah
Topik 4 sejarahTopik 4 sejarah
Topik 4 sejarahSuet Yet
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalFara Dianna
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melakafiro HAR
 
Kegemilangan melaka
Kegemilangan melaka Kegemilangan melaka
Kegemilangan melaka firo HAR
 
BAB 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
BAB 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu MelakaBAB 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
BAB 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu MelakaRedwan Haris
 

What's hot (19)

Kerajaan melayu awal.pptx u7
Kerajaan melayu awal.pptx u7Kerajaan melayu awal.pptx u7
Kerajaan melayu awal.pptx u7
 
Pengasas Melaka
Pengasas MelakaPengasas Melaka
Pengasas Melaka
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
 
Sejarah bab 1
Sejarah bab 1Sejarah bab 1
Sejarah bab 1
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah
 
Majapahit
MajapahitMajapahit
Majapahit
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri MelayuBab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
 
Topik 1 sejarah
Topik 1 sejarahTopik 1 sejarah
Topik 1 sejarah
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
 
Topik 4 sejarah
Topik 4 sejarahTopik 4 sejarah
Topik 4 sejarah
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awal
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
 
Kegemilangan Melaka
Kegemilangan MelakaKegemilangan Melaka
Kegemilangan Melaka
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Kegemilangan melaka
Kegemilangan melaka Kegemilangan melaka
Kegemilangan melaka
 
BAB 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
BAB 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu MelakaBAB 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
BAB 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
 

Similar to Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...bracelyn
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameriameri57
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka KhaiKerr1
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2Biru Langit
 
(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14sadn1013
 
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaPeranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaHalim Sallehuddin
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZairol83
 
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113NursKitchen
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaSyahirah AH
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraHakim Yusof
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
KemerdekaanFishy Yi
 
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanOha Gozaimasu
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Datoknye
 
Nota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis MalaysiaNota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis MalaysiaNaimAlmashoori
 

Similar to Kegemilangan melaka (UPSI 2014) (20)

BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
BAB 1 .pdf
BAB 1 .pdfBAB 1 .pdf
BAB 1 .pdf
 
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2
 
(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14
 
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaPeranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
 
Bab 5. new
Bab 5. newBab 5. new
Bab 5. new
 
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggara
 
Syahirah
SyahirahSyahirah
Syahirah
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
Kemerdekaan
 
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
 
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptxBAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
 
KMM
KMMKMM
KMM
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
 
Nota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis MalaysiaNota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis Malaysia
 

More from TG Huda EG Hadi

المصدر الصناعي في الصرف العربي
المصدر الصناعي في الصرف العربيالمصدر الصناعي في الصرف العربي
المصدر الصناعي في الصرف العربيTG Huda EG Hadi
 
كان و أخواتها
كان و أخواتهاكان و أخواتها
كان و أخواتهاTG Huda EG Hadi
 
Detik kewatan rasulullah
Detik kewatan rasulullah Detik kewatan rasulullah
Detik kewatan rasulullah TG Huda EG Hadi
 
المبتدأ و الخبر
المبتدأ و الخبرالمبتدأ و الخبر
المبتدأ و الخبرTG Huda EG Hadi
 

More from TG Huda EG Hadi (7)

المصدر الصناعي في الصرف العربي
المصدر الصناعي في الصرف العربيالمصدر الصناعي في الصرف العربي
المصدر الصناعي في الصرف العربي
 
كان و أخواتها
كان و أخواتهاكان و أخواتها
كان و أخواتها
 
Detik kewatan rasulullah
Detik kewatan rasulullah Detik kewatan rasulullah
Detik kewatan rasulullah
 
Hari kantin huda
Hari kantin hudaHari kantin huda
Hari kantin huda
 
المبتدأ و الخبر
المبتدأ و الخبرالمبتدأ و الخبر
المبتدأ و الخبر
 
ناحو
ناحوناحو
ناحو
 
Hns2013 kenegaraan
Hns2013 kenegaraan Hns2013 kenegaraan
Hns2013 kenegaraan
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (11)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

  • 1. TAJUK : KESULTANAN MELAYU MELAKA KUMPULAN 8 1.ASMA BINTI HILMI D20141068120 2.MARYAM 'AQILA BINTI ISMAWADEE D20141068136 3.MIZA AMANI BINTI MOHAMAD NORDIN D20141068140 4.NORFARHANI BINTI JANUN D20141067215 5.NUR ELIDA BINTI SALIMI D20141067223 6.NUR SURIANI BINTI MOHD RUSMAN D20141067225 7.NURAYUNI BINTI NOORDIHAN D20141067200 8.SITI MARYAM BINTI HUSAIN D20141068079 9.TENGKU NORHUDA BINTI ENGKU HADI D20141068080 10.UMMI SYAHIRAH BINTI MOHD ALI D20141068135
  • 3. • Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. • Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409, apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. • Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. • Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. • Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
  • 4. • Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. • Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bintan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. • Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. • Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud “Yang Dipertuan kepada tiga dunia” melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.
  • 5. • Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 – 1401). • Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. • Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.
  • 6. • Menurut “Suma Oriental”, Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura (“orang yang berani”). • Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. • Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
  • 7. • Menurut Sejarah Melayu (“Malay Annals”) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. • Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. • Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai.
  • 8. • Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja. • Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. • Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. • Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu “Melaka”.
  • 9. • Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. • Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. • Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. • Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.
  • 11. • Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414- 1424. • Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444).
  • 12. • Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. • Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
  • 13. • Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. • Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. • Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. • Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka.
  • 14. • Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. • Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. • Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". • Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
  • 16. • Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. • Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. • Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. . Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. • Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka
  • 17. • Faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. • Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke- 13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam. • Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. • Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
  • 18. • Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka. • Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam. • Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah. • Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
  • 19. Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam • Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah. • Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama. • Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al- Quran.
  • 20. • Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah Abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil. • Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam. • Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. • Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.
  • 22. • Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijayapada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. • Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. • Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
  • 23. • Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
  • 24. • Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. • Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka.
  • 25. • Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. • Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke- 16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. • Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
  • 26. • Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. • Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini
  • 27. • Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. • Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. • Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. • Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
  • 28. • Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. • Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. • Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. • Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
  • 30. • Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. • Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. • Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak.
  • 31. • Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri. • Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. • Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
  • 32. • Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. • Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. • Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri kePahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
  • 33. • Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. • Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. • Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka
  • 34. • Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa. • Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. • Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke- 18 dan ke-19.
  • 35. • Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak. • Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.