SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 
( PPG ) 
PENGAJIAN JARAK JAUH ( PJJ ) 
HNS 2013 - KENEGARAAN 
NAMA : 
MOHD. AMERI BIN MAT SAAT 
NO MATRIK UPSI : 
D20102045507 
TAJUK TUGASAN 2: 
Kegemilangan Empayar Melaka melambangkan pencapaian Tamadun Melayu pada 
abad ke-15. Bincangkan. 
KUMPULAN KULIAH / TEMPAT / MASA : 
K 03 / POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, 
JITRA, KEDAH / JAM 8.00AM – 01.00 PM 
NO. TUGASAN : 
SOALAN 3 / TUGASAN INDIVIDU 
NO. TEL : 
012-4435470 / 019-6173452 
NAMA PENSYARAH : 
DR. HAJI AHMAD SOHAIMI BIN LAZIM 
1
ISI KANDUNGAN 
BIL. PERKARA MUKA SURAT 
1. Definisi Tamadun 1 
2. Salasilah Nama Melaka 1 – 3 
3. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka 3 
4. Kejayaan Melaka 3 – 4 
5. Pengaruh Agama Islam 5 – 7 
6. Ekonomi 7 – 10 
7. Pentadbiran Dan Perundangan 10 – 12 
8. Hubungan Diplomatik / Politik 13 – 15 
9. Perkembangan Sosial / Sosiobudaya 15 - 16 
10. Kesenian Dan Kemahiran 16 - 20 
11. Pendidikan 20 – 21 
12. Kesimpulan 21 
13. Bibliografi 22 
2
3 
HNS 2013 – KENEGARAAN 
TUGASAN INDIVIDU ( 20% ) 
SOALAN 3 : Kegemilangan Empayar Melaka melambangkan pencapaian Tamadun Melayu 
pada abad ke-15. Bincangkan. 
DEFINISI EMPAYAR DAN TAMADUN 
Menurut Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan empayar 
bermaksud negeri-negeri ( biasanya luas ) yang di bawah pemerintahan seseorang atau sesebuah 
negeri yang berdaulat ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:390 ) manakala tamadun pula 
bererti keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan 
kebendaan serta perkembangan pemikiran ( sosial, budaya, politik dan lain-lain ) yang tinggi, 
peradaban ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1583 ). Kedua-dua istilah ini amatlah berkait 
rapat dengan tajuk tugasan ini iaitu “Keagungan Empayar Melaka melambangkan pencapaian 
Tamadun Melayu pada abad ke-15 ”. Mari kita lihat kepada ringkasan sejarah tertubuhnya 
kerajaan Negeri Melaka pada awal kurun ke-14. 
SALASILAH NAMA MELAKA 
Terdapat dua sumber tentang pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Menurut catatan 
Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires, seorang berbangsa Portugis dan Sejarah Melayu 
yang ditulis oleh Tun Sri Lanang, Melaka diasaskan oleh Parameswara. Parameswara adalah 
seorang putera raja Palembang iaitu sebuah kerajaan di timur Sumatera (Jasiman Ahmad:2006). 
Terdapat pelbagai pendapat tentang asal-usul nama Melaka. Ada pendapat yang menyatakan 
nama Melaka diambil sempena nama pokok Melaka. Ini kerana pada suatu hari, Parameswara 
yang bersandar pada sebatang pokok terkejut melihat seekor pelanduk menendang seekor anjing 
ke dalam sungai. Apabila baginda bertanyakan nama pokok tempat bersandar,baginda diberitahu 
bahawa pokok itu ialah pokok Melaka.Oleh itu Parameswara terus menamakan tempat itu 
sebagai Melaka ( Nurul Hanim Ismail:2007 ). Mengikut catatan Tom Pires juga,raja yang datang 
membuka negeri Melaka ditulis sebagai Paramicura (ahli-ahli sejarah kini telah membetulkan 
ejaan namanya kepada Parameswara) beliau adalah raja Palembang yang pada masa itu di bawah 
takluk kerajaan Hindu Majapahit (Cheah Boon Kheng:1985).
Namun mengikut sumber Arab pula, Melaka berasal daripada perkataan Arab ‘Malakat’ 
yang bermaksud ‘pasar’. Nama itu dianggap sesuai kerana Melaka adalah sebuah ‘pasar 
antarabangsa’ pada abad ke-15 (Jasiman Ahmad : 2006). Pada awalnya Melaka sebuah kampung 
nelayan yang dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400 (Ahmad Sohaimi Lazim : 2011). 
Mengikut laporan Yung-lo Shih Lu (Rekod-rekod Maharaja Ming di China) Parameswara ( 
Iskandar Syah) dan Megat Iskandar Syah adalah orang yang berlainan. Oleh yang demikian, raja 
Melaka yang pertama memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah pada usia baginda 72 tahun dan 
bukannya Parameswara (Cheah Boon Kheng:1985) ( W.G.Shellabea : 1896 ). Terdapat juga 
persamaan pendapat mengenai perkara tersebut tetapi gelaran bagi anak kepada Parameswara 
berlainan sedikit. Petikan ini menerangkan perkara tersebut. “Walaupun Parameswara 
menggunakan gelaran Raja Iskandar Syah tetapi baginda tidak memeluk Islam. Sultan Mahkota 
Iskandar Syah iaitu putera P arameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk 
Islam. Sultan Mahkota Iskandar Syah menjadi Sultan Melaka pada tahun 1414 selepas 
kemangkatan ayahanda baginda, Parameswara ( Malaysia Kita : 2007 ).” Selepas memeluk 
Islam, baginda menggunakan gelaran Raja Iskandar Syah (Mahayudin Hj.Yahaya : 2001). 
Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka pada zaman 
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Baginda memerintah dari tahun 1445 hingga tahun 1459. 
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah 
Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan 
Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera 
baginda yang bernama Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi 
mewarisi Kesultanan Melaka. Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi 
sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan 
pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada 
negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi 
Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai 
perdagangan dunia" ( He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice ). 
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju 
adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun 
4
Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di 
Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan 
Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang 
mempunyai “feng shui” yang terbaik pada masa itu. 
KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA 
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan 
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. 
Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah 
menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan 
Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun 
Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po 
tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. 
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya 
kelompok kaum Peranakan iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina 
dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya 
pada hari ini.Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak 
kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar 
Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit 
kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali 
tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal. 
5 
KEJAYAAN MELAKA 
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baharu menggantikan 
Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan 
daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai 
kuasa besar di Kepulauan Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, 
dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan 
mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan
menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap 
yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk 
mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan 
infrastruktur yang moden. 
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah 
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan 
Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, 
dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai 
pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa “berkirim salam” dengan 
Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baharu ialah Melaka telah dua 
kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang 
kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan 
Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari 
segi perluasan wilayah. 
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat 
dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi 
pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak 
sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka 
merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya 
kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi 
menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini. 
Keagungan Melaka dilihat sebagai sebuah pusat perdagangan, perkembangan agama 
Islam, Bahasa Melayu menjadi “lingua franca” berserta tulisan Jawi, keluasan tanah jajahan dan 
mempunyai hubungan politik antarabangsa seperti dengan negara China ( Modul HNS 2013 
Kenegeraan :2011 ) 
6
7 
PENGARUH AGAMA ISLAM 
Melalui perkembangan agama Islam, ia telah mencatatkan perubahan yang agak besar 
dalam aspek agama dan kepercayaan pada zaman tersebut. Zaman sebelum kedatangan agama 
Islam bermula dengan kepercayaan agama Hinddu-Buddha hasil pengaruh kerajaan Majapahit 
dan Srivijaya. Islam tiba di beberapa kawasan lain di Asia Tenggara lebih awal sebelum ianya 
sampai di Melaka. Buktinya ialah penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1303 yang 
menandakan Islam telah tiba di situ. Sebelum itu, Islam telah bertapak di Pasai pada kurun ke-13. 
Ketika itu, kerajaan Melaka belum lagi ditubuhkan. Berdasarkan catatan buku Nota Lengkap 
STPM, Tamadun Islam, Melaka turut menjalankan perluasan kuasa ke kawasan lain seperti 
Pahang, Aru, Siak dan sebagainya serta turut menyebarkan Islam di setiap negeri yang 
dijajahnya. Di samping itu, Melaka terkenal sebagai sebuah negeri Islam. Dengan pengaruh ini, 
kuasa politik dapat dimantapkan dan agama Islam dapat disebarkan (Mahayudin Haji Yahaya : 
2001 ). 
Buku tersebut juga menyatakan Sultan Mudzaffar Syah ( 1445 – 1459 ) telah menjadikan 
agama Islam sebagai agama rasmi negeri Melaka. Pada zaman pemerintahan beliau, agama Islam 
telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Hampir seluruh rakyat Melaka telah memeluk 
agama Islam ketika itu. Dari Melaka, ajaran agama Islam terus tersebar ke seluruh Empayar 
Melayu. Proses penyebaran ini berlaku dalam beberapa cara. Penaklukan negeri –negeri di 
Kepulauan Melayu telah memperluaskan lagi kuasa Kerajaan Melaka. Di bawah kepimpinan Tun 
Perak, Bendahara Melaka, Islam terus berkembang ke jajahan takluk Kerajaan Melaka. Pada 
asalnya, agama Islam telah disebarkan menerusi proses perdagangan. Pengaruh agama ini 
bertambah kukuh apabila ramai saudagar Islam berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. 
Kerajaan Melaka juga telah mengutuskan beberapa orang pendakwah dan Mubaligh Islam ke 
Sumatera, Pulau Jawa, Kalimantan dan Filipina untuk menyebarkan agama Islam ( Malaysia Kita 
: 2007 ) 
Kedatangan Islam ke Melaka mendapat sambutan yang menggalakkan oleh Sultan, 
pembesar dan juga rakyat Melaka. Peranan terpenting dalam perkembangan Islam di Melaka 
dimainkan oleh Sultan. Ada riwayat mengatakan beliau pernah menjemput ulama dan mengajar
agama Islam di Melaka. Selain itu, Istana Melaka juga dijadikan tempat untuk menuntut ilmu 
tentang agama Islam. Istana juga menjadi tempat penterjemahan ayat-ayat suci Al-Quran dan 
juga pengumpulan kitab-kitab agama. Hasil dari pengajaran agama Islam di istana telah 
membawa perkembangannya ke surau, madrasah dan juga masjid. Tempat ini seterusnya 
menjadi pusat pengajian agama Islam bagi lapisan hamba rakyat di negeri Melaka. Dengan 
tersebarnya agama Islam di Melaka telah merubah aspek kepercayaan dan ketuhanan kepada 
rakyat Melaka. Ini mencakupi aspek pemikiran, pentadbiran,perundangan dan nilai hidup 
masyarakat di Negeri Melaka. Menurut pendapat Van Leur, proses pengislaman di Nusantara 
tidak membawa apa-apa perubahan asasi kepada masyarakat ini. Pendapat ini berdasarkan tulisan 
Snouck Hurgronje. Walau bagai manapun, pendapat ini disangkal oleh sarjana tempatan iaitu 
Syed Naquib al-Attas yakni proses pengislaman di Nusantara menandakan kedatangan zaman 
baharu dan permulaan kepada zaman moden sebagaimana pengaruh Islam di Eropah( Mahayudin 
Haji Yahaya : 2001 ). 
Misalannya, agama Islam telah menjadi agama rasmi di Melaka pada zaman pemerintahan 
Sultan Muzaffar Syah (1445-1459). Ketika negeri Melaka di bawah pengaruh agama Hinddu dan 
Buddha, pemerintah memakai gelaran “Raja” dan apabila pengaruh Islam telah tersebar di 
Melaka, pemerintah Melaka menggunakan gelaran “Sultan”. Semua rakyat di Melaka akan 
menggelarkan Sultan mereka sebagai khalifah Allah iaitu sebagai wakil Allah yang diberi 
mandat untuk memakmurkan dan mentabdbir alam ini. 
Pemerintahan Melaka mengikut lunas pemerintahan Islam terutamanya dalam urusan 
pentadbiran. Misalnya Sultan Mansur Syah mengarahkan pembesar berbincang dan bermuafakat 
dalam menjalankan tugas mereka. Ini bersesuaian dengan konsep musyawarah yang terkandung 
di dalam ajaran Islam.Sultan Alauddin Riayat Syah, mencontohi pentadbiran khalifah Islam 
kedua iaitu Sayidina Umar al-Khattab. Pada masa pemerintahan Sayidina Umar, baginda sering 
menyamar diri keluar pada waktu malam untuk mengetahui keadaan sebenar umat Islam. Sultan 
Alauddin Riayat Syah mencontohi Sayidina Umar untuk membasmi kegiatan mencuri di Melaka. 
Ini membuktikan bahawa Melaka telah melaksanakan undang-undang jenayah Islam dalam 
pentadbirannya. 
8
Kemajuan agama Islam di Melaka dibuktikan lagi apabila turut mempengaruhi undang-undang 
Melaka. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah gabungan 
hukum adat tempatan dengan undang-undang Syariah dan nilai Islam. Hukum Kanun Melaka 
Fasal 30, contohnya menjelaskan tentang hukum dan tatacara berniaga serta barang yang boleh 
diperniagakan mengikut cara Islam.Selain itu, terdapat banyak lagi perkembangan dan kemajuan 
dari aspek agama Islam di Melaka yang mempengaruhi gaya hidup rakyatnya. Contohnya, 
Kalendar Hijrah mula digunakan oleh kerajaan Melaka. Tulisan Arab pula disesuaikan dan 
dijadikan tulisan jawi. Contoh yang seterusnya ialah pengajian Al-Quran dijadikan asas dalam 
sistem pendidikan masyarakat Melaka. Upacara seperti berkhatam al-Quran, kenduri arwah dan 
kesyukuran juga mulai menjadi amalan masyarakat Melaka. Pada abad ke-15, Melaka muncul 
sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama Islam di Gugusan Kepulauan Melayu ( Malaysia 
Kita : 2007 ) 
9 
EKONOMI 
Melaka berjaya menjadi sebuah empayar perdagangan yang besar dan amat terkenal.dan 
ini secara tidak langsung telah menonjolkan kemajuan dan aspek ekonominya. 
Kedudukannya ditengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat telah menjadikannya 
sebagai pusat perdagangan yang penting. Keadaan ini memberikan keselesaan kepada pedagang 
untuk singgah di situ sama ada untuk berdagang, mendapatkan bekalan makanan dan minuman 
atau bagi membaiki kapal.Kedudukan Melaka juga adalah terlindung daripada tiupan angin 
monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa, dan daripada angin Monsun Barat Daya oleh 
Pulau Sumatera. Justeru itu, persekitarannya menjadi aman dan lautnya tenang kerana tiada 
gangguan ombak besar di kawasan itu. Keadaan lautnya yang dalam telah memudahkan kapal 
dagang yang berlabuh dengan selamat. Selain dari itu, perairan Selat Melaka yang sempit juga 
memudahkan kerajaan Melaka mengawal kapal yang lalu di persekitarannya. 
Catatan Jasiman Ahmad menyatakan Kesultanan Melayu Melaka telah mengadakan 
hubungan baik dengan negara-negara jiran. Ramai para pedagang Barat yang datang ke Melaka 
ialah Arab, India, Ceylon, Myanmar. Pedagang- pedagang dari sebelah Timur pula ialah dari 
Jepun dan Filipina. Pedagang-padagang dari Kepulauan Maluku ialah dari Sumatera, Jawa,
Borneo, Sulawesi dan Kepulauan Rempah. Para pedagang dari Siam juga turut pergi berdagang 
ke Melaka. Pedagang dari India membawa kain, ubat-ubatan, minyak wangi dan candu. 
Pedagang China pula membawa teh, kain sutera, kain benang emas, kain satin, besi, tembaga dan 
tembikar. Pedagang yang membawa permata, barang-barang perak, beras, kain bulu dan batu 
delima ialah para pedagang dari Myanmar. Pedagang Siam pula memperdagangkan beras, arak, 
ikan kering, batu delima dan permata. Pedagang Filipina membawa emas, hasil-hasiln hutan, 
bahan makanan dan gula ke Melaka. Pedagang Indonesia membawa beras, lada hitam dan 
rempah. Manakala para pedagang dari Jepun pula membawa kain satin, pinggan mangkuk, 
tempayan dan pedang ( Sejarah Negara Malaysia : 2006 ) 
Setiap orang pedagang dari serata dunia akan menunggu pertukaran angin Monsun di 
Melaka untuk pulang ke destinasi masing-masing. Pedagang dari Timur mengikut angin Monsun 
Barat Daya Laut dan pedagang dari Barat pula mengikut angin Monsun Timur Laut. Keadaan 
Melaka yang sebeginilah menyebabkan ia menjadi pusat pertemuan kapal dagang dari serata 
pelusuk dunia.Selain dari itu,terdapat faktor lain juga yang turut membantu memajukan Melaka 
sehingga menarik kedatangan pedagang-pedagang dari luar. 
Faktor tersebut ialah kerajaan Melaka mempunyai jentera pentadbiran yang teratur untuk 
membantu menguruskan pelabuhan dan kegiatan perdagangan. Sultan telah melantik Syahbandar 
untuk menguruskan pentadbiran di pelabuhannya. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang 
Laut Melaka telah digubal oleh kerajaan Melayu Melaka untuk memastikan perdagangan 
berjalan dengan lancar, kestabilan dan keamanan negeri sentiasa dijaga dan terpelihara. 
Selain itu, pemerintah Melaka telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan untuk para 
pedagang di pelabuhan Melaka. Di antara kemudahan yang disediakan adalah seperti gudang-gudang 
besar untuk menyimpan barang, kemudahan pengangkutan ( kapal, perahu, jong, lancara, 
gajah ) dan pekerja. Tidak ketinggalan juga kemudahan membaiki kapal dan tempat tinggal 
untuk para pedagang turut disediakan oleh kerajaan Melayu Melaka. 
Kemajuan sistem kewangan juga berlaku pada zaman ini. Urusniaga di Melaka dijalankan 
melalui sistem pertukaran barang dan penggunaan mata wang. Wang logam digunakan dalam 
urus niaga di Melaka. Wang ini diperbuat daripada timah. Berdasarkan catatan buku Sejarah 
Negara Malaysia, Melaka mempunyai mata wang dalam urusan jual belinya. Melaka mempunyai 
10
wang syiling sendiri yang diperbuat daripada timah, emas dan perak. Wang emas dikenali 
sebagai dinar. Sistem cukai di Melaka dinamakan Sistem Cukai Berkeutamaan. Pedagang yang 
datang ke Melaka dikenakan dua jenis cukai iaitu cukai rasmi (duti import) dan cukai tidak rasmi 
(dalam bentuk hadiah kepada Sultan dan pembesar). Bagi negara yang mempunyai hubungan 
baik dengan Melaka,ia hanya dikenakan cukai yang rendah. Ada juga di kalangan pedagang yang 
tidak perlu membayar cukai tetapi menggantikannya dengan pemberian hadiah-hadiah. 
Pedagang-pedagang dari Sri Lanka, Pegu dan India dikenakan cukai sebanyak 6, pedagang 
tempatan 3% manakala pedagang Jawa, Maluku dan China memadai hanya membawa hadiah 
sahaja ( Jasiman Ahmad : 2006 ). 
Rakyat Melaka pada ketika itu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan 
mereka. Para pedagang berminat datang ke Melaka kerana mereka mudah berurusan dengan 
pegawai Melaka dan pedagang di Melaka dengan menggunakan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu 
telah digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu dan menjadi “lingua franca” di pelabuhan 
Melaka pada zamannya.Oleh kerana kerajaan Melaka telah mengamalkan prinsip saling 
menguntungkan dalam bidang ekonomi, ianya telah menempatkan Melaka menjadi poros 
perdagangan yang paling penting di kawasan Dunia Melayu pada masa itu. Bangsa Arab, Cina, 
India dan Eropah telah menjalinkan hubungan dagang dengan Sultan Melaka dan seterusnya 
telah berhasil merangsang, menghidupkan pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung dan di Pantai 
Timur, Utara Sumatera. Sebagai pelabuhan bebas, Melaka telah menjadi simbol kemegahan 
bangsa Melayu di atas kemajuan dalam berbagai bidang yang dicapainya. 
Berdasarkan catatan buku Tamadun Islam STPM, selain daripada ekonomi perdagangan, 
ekonomi orang Melayu Melaka juga melibatkan ekonomi sara diri. Di Melaka, ekonomi sara diri 
boleh dilihat melalui kegiatan pertanian, berdusun, memburu, menternak dan lain-lain. Kegiatan 
pertanian di Melaka boleh dilihat melalui aktiviti menanam padi. Kegiatan berdusun dijelaskan 
lagi dengan kenyataan Tom Pires bahawa Raja Iskandar Syah bersama seribu orang pengikutnya 
telah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun. Antara tanaman yang ditanam 
seperti tebu, pisang, keladi, nenas dan lain-lain. Kegiatan ekonomi sara diri lain yang turut 
dijalankan oleh masyarakat Melaka ialah menangkap ikan. Selain itu terdapat juga aktiviti 
11
berburu. Masyarakat Melaka juga menternak binatang seperti lembu, kerbau dan kambing. 
Kegiatan ekonomi sara diri memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu 
kerana kehidupan mereka sangat bergantung kepada sungai, pinggir laut, hutan dan tanah 
pertanian (Mahayudin Haji Yahaya : 2001) 
12 
PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN 
Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan Melayu tradisional yang terawal dan 
merupakan pengasas kepada sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia pada masa kini. Penubuhan 
institusi kesultanan menandakan bermulanya zaman pemerintahan beraja di negara kita. 
Walaupun kekal untuk satu abad sahaja namun ianya telah meninggalkan warisan dan pengaruh 
kebudayaan serta sistem pemerintahan yang amat penting ( Sejarah Malaysia : 2000 ). 
Sistem pentadbiran Melaka berbentuk hierarki dan mempunyai sistem pentadbiran yang 
teratur dan sistematik. Sultan memegang kuasa tertinggi dan dibantu oleh Bendahara, Penghulu 
Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka 
telah wujud sistem pentadbiran yang sistematik termasuk sistem perundangan. Sultan bertindak 
sebagai hakim dan penggubal undang-undang kerana sultan mempunyai kuasa mutlak. Dalam 
hubungan pemerintah dengan rakyat, sultan berhak mengeluarkan perintah, kerah dan titah serta 
menjatuhkan hukuman.Walaupun begitu, konsep musyawarah tetap diamalkan dan diutamakan 
sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan.Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka terbahagi 
kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Perundangan yang 
diamalkan di Melaka mempunyai pengaruh Islam sahaja dan tidak semuanya selari dengan 
prinsip-prinsip Islam. 
Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang 
Darat Melaka. Hukum Kanun Melaka telah wujud sejak zaman Sultan Muhammad Syah (Raja 
Kecil Besar). Naskhah asal Hukum Kanun ini mengandungi 19 fasal. Menurut catatan buku 
Tamadun Islam STPM, naskhah asal tersebut kemudiannya bertambah kepada 44 fasal. 
Kandungan utama Undang-undang Laut Melaka meliputi hal-hal peraturan pelayaran, bidang 
kuasa, nakhoda dan pekerja-pekerja seperti kiwi, maulana kiwi, malim, tukang gantung, jurubatu 
dan serang, hukuman kesalahan di laut serta peraturan berjual-beli di atas kapal (Mahayudin Haji
Yahaya : 2001 ). Hukum Kanun Melaka berkuatkuasa di Melaka pusat dan juga kawasan-kawasan 
yang menjadi takluknya. Antara lain kandungannya adalah mengenai tanggungjawab 
raja serta pembesar, pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, penghukum kesalahan 
jenayah dan awam, undang-undang keluarga, permasalahan ibadat dan muamalat. 
Daripada 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka, hanya 40.95% atau 18 fasal sahaja yang 
menurut undang-undang Islam. Sementara dalam Undang-Undang Laut Melaka hanya 
mengandungi 1 fasal daripada 24 fasal yang menurut undang-undang Islam iaitu hukum zina. 
Pengaruh Islam yang paling jelas mengikut sistem perundangan Islam adalah berkaitan dengan 
undang-undang keluarga – undang-undang perkahwinan. Antaranya ialah menerangkan orang 
yang berhak menjadi wali bagi perempuan yang akan berkahwin, syarat dan tatacara ijab dan 
qabul dalam nikah, syarat menjadi saksi dalam upacara nikah, pembatalan nikah hukum talak 
serta syarat-syarat serta soalan berhubung dengan melakukan “cina buta”. Contoh-contoh 
Hukum jenayah yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka ialah pertama jenayah bunuh dibalas 
bunuh. Hukuman ini samalah seperti dalam al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 45 dan Surah al- 
Baqarah, ayat 178. Seperti jenayah mencuri hukumnya ialah potong tangan. Hukum ini diambil 
dari al-Quran Surah Al-Maidah, ayat 38. Perlaksanaan hukum ini pada zaman Sultan Alauddin 
Riayat Shah menyebabkan tiada pencuri lagi di Melaka. Perbuatan zina misalannya, pesalah 
yang melakukannya akan dihukum rejam atau disebat dengan rotan. Dalam Hukum Kanun 
Melaka, setiap orang pesalah akan disebat sebanyak 80 kali tetapi di dalam Undang-undang Laut 
Melaka, mereka akan disebat sebanyak 100 kali. Hukuman ini sama seperti dalam Al-Quran, 
Surah An-Nur, ayat 2-5 dan Surah An-Nisa’, ayat 34. 
Berkaitan Hukum Muamalat pula berkait rapat dengan hukum berjual-beli dan pinjam-meminjam. 
Hukum Kanun Melaka hanya menekankan kepentingan mencatatkan segala nilai 
pinjaman dengan disaksikan oleh dua orang lelaki. Ini bersesuaian dengan ketetapan Al-Quran 
dalam Surah Al-Baqarah, ayat 282. Barang-barang yang boleh dan tidak boleh diniagakan ialah 
seperti larangan menjual arak, khinzir, anjing dan tuak. Lain-lain hukuman yang menerima 
pengaruh Islam ialah contohnya tuduh menuduh / fitnah dan beban orang yang menuduh untuk 
membuktikan kebenaran tuduhannya. Syaratnya, ialah dua orang saksi yang baligh dan tidak 
gila, ikrar dan wasiat. Amalan ini merupakan antara amalan yang dianjurkan dan digalakkan oleh 
13
ajaran Islam.upacara dan adat-istiadat raja-raja, meminta agar ahli-ahli agama khususnya kadi 
turut serta. Ini menunjukkan bahawa Hukum Kanun Melaka mengangkat golongan agama dalam 
urusan rasmi kerajaan. 
Wujud percampuran antara hukum-hukum dapat dan hukum-hukum syarak. Contoh 
kesalahan jenayah membunuh sering ada pilihan antara hukum adat dengan hukum syarak. 
Namun begitu, wujud juga faktor yang tidak menggunakan pengaruh Islam. Di dalam fasal 14.2 
yang bersabit dengan pembunuhan orang yang bersalah, hakim mempunyai kuasa menentukan 
sama ada hukum dapat atau hukum syarak yang harus digunakan untuk menghukum pesalah. 
Peraturan qisas seperti yang terdapat dalam hukum syarak terdapat kesalahan membunuh tidak 
terdapat dalam hukum ini. 
Dalam Hukum Kanun Melaka juga terdapat perbezaan kelas seperti kelas bangsawan, 
orang merdeka dan hamba. Perkara ini bertentangan dengan kehendak hukum Islam. Dalam 
Islam semua manusia ini sama. Mereka akan dihukum dengan hukuman yang sama mengikut 
kesalahan mereka. Hukuman yang dikenakan tidak sama antara orang merdeka dengan hamba 
walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama.Mengikut Hukum Kanun Melaka, terdapat 3 
kesalahan yang berat yang tidak dapat diampuni oleh hakim iaitu membunuh orang, mengambil 
isteri orang, orang yang kelakuannya bermaharajalela. Kesalahan ini hanya boleh diampuni oleh 
raja dan hanya jika dilakukan oleh rakyat. Jika raja yang melakukannya ia dianggap tidak 
bersalah. Malah terdapat pertukaran di dalam fasal 5:4. Sungguhpun hukum Islam sepenuhnya 
tidak dijalankan di Melaka, tetapi hukum itu memang disedari oleh rakyat Melaka ketika itu. 
Dengan adanya pengaruh Islam dalam perundangan menunjukkan rakyat telah dapat menerima 
Islam. Para kadi dan undang-undang Islam telah memainkan peranan penting dalam sistem 
pentadbiran negeri Melaka. Undang-undang yang diamalkan di Melaka akhirnya mempengaruhi 
undang-undang yang diamalkan di negeri-negeri lain seperti undang-undang pelabuhan di negeri 
Kedah. 
14
15 
HUBUNGAN DILOMATIK / POLITIK 
Kita dapat melihat kemajuan di dalam aspek politik berdasarkan kepada kecekapan 
pemerintah Melaka mewujudkan beberapa jawatan pembesar untuk membantu melancarkan 
pentadbiran Melaka. Pentadbiran Melaka telah menggunakan Sistem Empat Lipatan dalam 
pentadbiran politik di Melaka. Jawatan Bendahara diwujudkan sebagai penasihat kepada raja. 
Selain itu, Bendahara juga bertanggungjawab sebagai Menteri Utama, Ketua Turus Angkatan 
Perang, Ketua Hakim dan Pemangku Sultan. Penghulu Bendahari pula diwujudkan untuk 
menjadi Pemungut hasil atau Ufti, Ketua segala Bendahari, Ketua Urusetia Istana dan juga Ketua 
segala Syahbandar. Jawatan Temenggung pula ditugaskan untuk menjadi Ketua Polis dan 
Penjara, Penguasa Bandar, Ketua Protokol Istana dan Hakim di darat. Semasa pemerintahan 
Sultan Muzaffar Syah (1445-1459), baginda telah mewujudkan jawatan Laksamana yang 
bertanggungjawab sebagai Ketua Angkatan Laut Melaka. 
Catatan dari Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin menyatakan bahawa pemerintahan 
Kesultanan Melayu Melaka ialah pemerintahan hierarki yang pada dasarnya bersepadu. Hierarki 
bermaksud hak untuk memegang teraju pemerintahan adalah di bawah kuasa golongan D Raja 
atau Bangsawan. Contohnya penyerahan pucuk pimpinan yang berlaku pada zaman Melaka 
selepas kemangkatan Sultan Iskandar Syah (Parameswara-1390 -1414). Begitu juga dengan 
perlantikan para pembesar yang mana jawatan terpenting diberi kepada keturunan Di Raja atau 
golongan Bangsawan. Rakyat yang merupakan golongan majoriti hanya berpeluang menjadi 
hulubalang sahaja ( Sejarah Malaysia : 2000 ) 
Selain daripada jawatan-jawatan pembesar yang telah diwujudkan, keadaan politik di 
Melaka telah diperkukuhkan lagi dengan penggubalan undang-undang kerajaan mereka. 
Kerajaan Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. 
Bagi menjamin kestabilan politiknya, Melaka telah menyediakan sebuah angkatan laut yang 
sangat besar. Orang Laut memainkan peranan penting dalam angkatan laut Melaka.Kekuatan 
kerajaan Melaka menjadi berlipat ganda lagi apabila mereka mempunyai pahlawan-pahlawan 
yang gagah, berani dan setia seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan 
Hang Lekiu.Sebahagian besar kelengkapan tentera Melaka terdiri daripada kapal, bahtera, ghali,
ghalias, jong dan lancaran. Peralatan senjatanya pula ialah panah, keris, lembing, meriam, lela, 
rentakal, istinggar dan pemuras. Kekuatan yang ada ini telah membolehkan Melaka melakukan 
serangan dan seterusnya menakluki kerajaan lain. Kerajaan Melaka juga turut menjaga hubungan 
diplomatiknya dengan kerajaan lain pada zaman itu. 
Misalannya Melaka telah menjalinkan hubungan politik luar dengan negara luar seperti 
kerajaan China. Hubungan politik ini telah mengukuhkan lagi kekuatan kerajaan Melayu Melaka 
di di sekitar jajahan takluknya. Melalui kedatangan Laksamana Yin Ching pada tahun 1403 dan 
Laksamana Cheng Ho pada tahun 1409 telah membolehkan Melaka bergantung harap kepada 
kerajaan China bagi mendapatkan perlindungan daripada ancaman kerajaan Majapahit dan Siam. 
Catatan dari buku Siri Negeri-negeri di Malaysia, ancaman daripada pihak Siam menyebabkan 
Parameswara membayar ufti kepada negara China pada tahun 1409 untuk mendapatkan 
perlindungan. Pada 1411, beliau melawat negara China dengan diiringi Laksamana Cheng Ho 
dan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk bertemu dengan Yung Lo iaitu Maharaja 
Ming ( Nurul Hanim Ismail : 2007 ). Menurut catatan buku Malaysia Kita, pada era 
pemerintahan Maharaja Yung Lo, Melaka diperintah oleh Sultan Iskandar Syah. Beliau telah 
menghantar utusannya, Yin Ching ke Melaka pada tahun 1405. Pelbagai hadiah seperti sutera 
dan tembikar telah dikurniakan kepada Sultan Melaka. Lawatan ini dibalas oleh Sultan dengan 
menghantar utusan pada tahun berikutnya ( Mahayudin Haji Yahaya : 2001 ) Melaka hari demi 
hari terus membangun menjadi sebuah kerajaan yang kuat pada zaman itu. Buktinya pada masa 
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Melaka telah berjaya menggagalkan serangan kerajaan 
Siam sebanyak dua kali tanpa mendapatkan bantuan China. 
Melalui bidang diplomatik, Kesultanan Melaka telah mencatat kemajuan yang 
membanggakan kerana telah menerapkan prinsip saling percaya mempercayai sesama bangsa 
lain. Contoh yang dapat kita lihat di sini ialah Sultan Melaka telah berhasil menjalin hubungan 
diplomatik dengan Cina, Arab, India, dan bangsa-bangsa Eropah. Telah diketahui bahawa selama 
berlakunya pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-l51l), telah berlaku sebanyak empat kali 
kunjungan secara rasmi kenegaraan di antara Sultan Melaka dan Kaisar Cina. Ini adalah kerana 
kunjungan kerajaan China kerap disertai oleh kalangan korporat yang ingin melihat peluang 
perniagaan di Melaka. Walau bagaimanapun, golongan korporat Cina telah mula memikirkan 
16
bahawa betapa pentingnya untuk mendapat tanah di kawasan kota dan tepi pantai untuk 
keperluan tempat tinggal dan pemiagaan mereka. Bagi mencapai tujuan mereka mendapatkan 
tanah di Melaka, pendatang Cina telah mengamalkan unsur politik yang dinamakan“revolusi 
akrab” dengan Sultan dan di kalangan masyarakat Melayu supaya tanah mereka dapat dibeli atau 
disewa. Orang Melayu pada ketika itulah dipercayai telah mula menjual tanah milik seseorang 
atau keluarga mereka kepada golongan Cina ini tanpa ada alasan yang munasabah atau takut 
dipandang malu serta hina. Namun begitu secara khusus atau dalam konteks tertentu pasti ada 
pertimbangan-pertirnbangan lain yang telah melatar belakangi perkara itu berlaku. Akhirnya 
dalam jangka masa 600 tahun (1400-1999), tanah-tanah orang Melayu di kawasan kota dan 
pantai yang strategik, secara politik dan ekonomi telah berjaya dikuasai sepenuhnya oleh etnik 
Cina di Malaysia. 
PERKEMBANGAN SOSIAL / SOSIOBUDAYA 
Rakyat Melaka mengamalkan kebudayaan Melayu di dalam kehidupan seharian. 
Kedatangan Islam ke Melaka telah memberi kesan yang begitu besar ke atas sosiobudaya 
masyarakat Melaka. Sebagai contoh, konsep dewa raja telah diganti dengan konsep sultan. 
Rakyat biasa menghormati sultan sebagai pemerintah yang dianggap sebagai wakil tuhan. Rakyat 
amat taat kepada setiap perintah sultan. Budaya saling mentaati sultan ini diperkuatkan lagi 
dengan kepercayaan kepada konsep daulat dan tulah. Berdasarkan konsep ini, raja dikatakan 
berdaulat dan sesiapa yang ingkar dan tidak menghormati sultan akan menerima balasannya yang 
juga dikenali sebagai tulah. Berdasarkan Sejarah Melayu, masyarakat Melayu menganggap raja-raja 
atau sultan-sultan sebagai “zillu’Llah fil’alam” : ‘……..pada segala hukum bahawa raja-raja 
yang adil itu dengan Nabi s.a.w umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja 
itu zill’Llah fil’alam…….’ yang bermaksud sultan yang memerintah di dunia ini adalah sebagai 
bayangan Tuhan di muka bumi ini. Sultan yang menjadi penaung masyarakat Melayu tradisi 
telah dianggap sebagai wali Allah di dunia (Sejarah Malaysia : 2000) 
Dalam aspek kemasyarakatan pula, budaya-budaya kesenian Islam mula dijelmakan 
melalui amalan seperti upacara berkhatam al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran. 
Selain itu, dalam kalangan pemerintah juga terdapat beberapa budaya yang diamalkan. Sebagai 
contoh, budaya bermusyawarah. Sultan Muzaffar Syah sentiasa mengarahkan para pembesarnya 
17
bermusyawarah untuk menjalankan tugas masing-masing. 
Adat Temenggung juga menjadi sebahagian daripada budaya amalan rakyat Melaka. Adat 
Temenggung ini meliputi hal-hal jenayah, awam, kekeluargaan, hukum pelabuhan dan undang-undang 
laut. Mengikut Adat Temenggung, sultan berkuasa penuh dalam hal ehwal pentadbiran. 
18 
KESENIAN DAN KEMAHIRAN 
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada 
pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana 
hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini 
termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus 
diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang 
demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah 
berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas 
penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman 
cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke 
individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang 
sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. 
Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan 
mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan 
mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta 
pesta. 
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung 
berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. 
Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung 
yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali 
sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi 
hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, 
congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain 
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu 
Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan 
ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah 
Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga 
diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua 
atau tiga lapis. Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama 
kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, 
seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong 
melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan 
mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di 
gelanggang lawan 
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud 
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar 
telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. 
Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori 
mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang 
dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai 
dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. 
Berkaitan aspek kesenian tarian tradisional, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah 
lahir pelbagai jenis tarian tradisional bagi masyarakat teersebut. Di antaranya ialah Tarian 
Ceracap Inai, Tarian Mak Inang, Tarian Joget dan Tarian Asli. Tarian Ceracap Inai ada 
hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai 
Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar. Adalah 
dipercayai Tarian Ceracap Inai ini berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan 
Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada 
unsur-unsur ‘sembah’/Ampun, merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 
19
‘Raja Sehari’/Pengantin. Ianya ditarikan dengan membawa prob seperti ‘Bunga-bungaan Emas’ 
dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan 
kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan 
berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita 
sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 hingga 8 orang. 
Tarian Mak Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Si Kembang China merupakan 
tarian tardisional masyarakat Melayu Melaka. Pada zaman itu tarian ini dilakukan pada majlis 
kenduri kahwin tetapi kini ianya ditarikan di majlis-majlis sosial. Tarian ini mengikut kelajuan 
tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang 
berwarna-warni sambil menari. Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di 
Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika 
upacara Mandi Safar. Suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu 
terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan 
dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka. 
Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget 
diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti 
Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain 
lagi. Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang mengambil nama daripada perkataan 
“wrong gang” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. 
Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. 
Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan 
adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah 
kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung 
Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian 
Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia. Lagu Asli masih lagi 
popular dan menjadi siulan muda-mudi di kawasan kebudayaan Melayu di Semenanjung 
Melayu, Sumatera, Singapura, Kepulauan Riau dan Borneo. Di Sumatera, Tarian Asli dikenali 
sebagai senandung dan kelahirannya adalah dari puisi yang mengusik jiwa berlawanan dengan 
20
emosi yang mendalam terhadap cinta dan kesedihan. Contoh-contoh lagu asli termasuklah 
Sembawa Balik, Pasir Roboh, Timang Banjar dan Sri Siantan. Kedatangan pedagang Arab di 
zaman kegemilangan Melaka membawa irama ghazal dan pedagang dari China membawa 
Dondang Sayang. Muzik ini telah diterima sebagai sebahagian daripada muzik Melayu. 
Masyarakat Melayu Melaka juga tidak ketinggalan di dalam aspek muzik tradisionalnya. 
Dondang Sayang dipercayai berasal dari zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Dondang 
sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling 
bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian 
biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada: 
seorang pemain biola; 
dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan 
seorang pemain tawak (gong kecil). 
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, 
bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh 
nyanyian pada Bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta. 
Masyarakat Melayu Melaka juga mempunyai alat-alat muzik tradisionalnya yang 
digunakan ketika majlis keramaian, pertabalan di raja dan juga upacara kematian. Di antaranya 
ialah gambus, sape, rebab, gong, canang, mong dan kenung, kesi, gedombak, geduk, rebana, 
gendang silat dan juga serunai. Rebab merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah 
permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan 
bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat 
perubatan tradisi yang disebut main peteri. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar 
kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab 
dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran 
tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada 
bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping 
menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut 
terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai menghadap rebab. 
21
Aspek kesenian pakaian tradisional masyarakat Melaka juga turut melambangkan 
ketinggian Tamadun Melayu pada ketika itu. Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh 
lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga 
kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. 
Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota 
tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah 
istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga 
disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’. Walaupun mempunyai 
pelbagai nama, namun baju kurung telah menampilkan ciri-cirinya yang tersendiri. 
Pengaruh daripada puisi tradisional seperti nazam, seloka , syair dan gurindam 
menggabungkan antara estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang 
Melayu . Pelbagai bentuk seloka, gurindam, syair serta pantun yang melambangkan kebudayaan 
serta kesenian masyarakat Melayu Melaka pada ketika itu. Misalannya ialah pepatah :- 
“Ikut rasa binasa, ikut suka duka, ikut hati mati, dan biar titik jangan tumpah, biar rebah jangan 
roboh” 
“Puas Saya Menanam Keladi, Nenas Juga Ditanam Orang, 
Puas Saya Bertanam Budi, Emas Juga Dipandang Orang” 
22 
PENDIDIKAN 
Dalam bidang kesusasteraan, Kesultanan Melaka telah bekerjasama memajukan 
pendidikan dengan Dinasti Ming dan berhasil mendirikan satu fakultas pada institusi pendidikan 
tinggi di Cina yang mengkaji tentang kesusasteraan dan bahasa Melayu. Salah satu hasil yang 
membanggakan ialah disusunnya kamus Bahasa Melayu-Cina dan Melayu-Perancis oleh 
lembaga kajian sastera Melayu di Cina. 
Dari segi pendidikan, sistem pendidikan Islam di Nusantara mempunyai banyak 
persamaan dengan sistem pendidikan Islam di Asia Barat. Pada zaman Kesultanan Melayu 
Melaka, pendidikan Islam mendapat perhatian dari pihak pemerintah. Istana telah dijadikan
sebagai sebuah institusi pendidikan. Selain istana, pengajian Islam juga dijalankan di rumah 
maulana atau ulama, madrasah, surau, masjid dan sebagainya. Kebanyakan guru agama pada 
masa itu terdiri daripada bangsa Arab. Mereka menerima kedudukan istimewa dalam kerajaan 
Melaka. Para pendidik Islam dari Asia Barat telah memperkenalkan tulisan Jawi bagi 
menggantikan tulisan Jawa Kuno dan tulisan Palava. Pengenalan tulisan Jawi telah membawa 
perkembangan mental dan intelektual terutamanya perkembangan ilmu pengetahuan iaitu ilmu 
Syariah yang merangkumi bidang Fiqah, Usuluddin dan Tasawuf. Kitab-kitab yang menjadi 
rujukan ialah Al-Dar al-Manzum, Ihya Ulumiddin dan Minhaj al-Talibin (Mahayudin Haji 
Yahaya : 2001) 
23 
KESIMPULAN 
Kesimpulan yang dapat dibentangkan melalui tajuk ini ialah Empayar Melaka telah 
membentuk ketamadunan Tamadun Melayu dari abad ke-15 sehinggalah ke era globalisasi pada 
masa kini yang mana semuanya bertunjangkan pentadbiran Empayar Melaka pada masa dahulu. 
Kegemilangan Empayar Melaka dari aspek pengaruh agama Islam, ekonomi, pentadbiran dan 
perundangan, hubungan diplomatik / politik, kesenian dan kemahiran dan juga aspek pendidikan 
melambangkan pencapaian tamadun Melayu pada abad ke-15 ketika dahulu.
24 
BIBLIOGRAFI 
1. Abdul Rahman Haji Abdullah : 2003 : Modul Pendididkan JMS 212 Sejarah Asia 
Tenggara Tradisional : Pusat Pengajian Jarak Jauh USM P.P : Pulau Pinang 
2. Ahmad Sohaimi Lazim : 2011 : Modul HNS 2013 Kenegaraan : Tanjung Malim, Pusat 
Pendidikan Luar UPSI Tanjung Malim 
3. Chean Boon Kheng:1985 : Modul JMS 211 Sejarah Politik Malaysia Tradisional : P.P : 
Pusat Pengajian Luar Kampus, USM 
4. Jasiman Ahmad : 2006 : Siri Kenegaraan Malaysia, Sejarah Negara Malaysia : K.L : 
Jade Green Publications Sdn. Bhd 
5. Mahayudin Haji Yahaya : 2001 : Nota Lengkap STPM, Tamadun Islam : Shah Alam, 
Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd 
6. Nurul Hanim Ismail : 2007 : Siri Negeri-negeri Di Malaysia, Negeri Sembilan dan 
Melaka : K.L : Nur Ilmu Publications 
7. Syed Ibrahim : 2007 : Malaysia Kita : Petaling Jaya : 
International Law Book Services
25

More Related Content

What's hot

Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5kavitha_mnm
 
Unit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilangUnit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilangDg. Salleh
 
Kegemilangan melaka
Kegemilangan melaka Kegemilangan melaka
Kegemilangan melaka firo HAR
 
F1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---notaF1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---notazulface84
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)Zahari Rusdi
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)nur_waniatul
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)Nursyuhadah Rahwi
 
3. kegemilangan melaka 1
3. kegemilangan melaka 13. kegemilangan melaka 1
3. kegemilangan melaka 1wk_aiman
 
Kerajaan melayu awal.pptx u7
Kerajaan melayu awal.pptx u7Kerajaan melayu awal.pptx u7
Kerajaan melayu awal.pptx u7sunmuglvadivu
 
Topik 2 sejarah
Topik 2 sejarahTopik 2 sejarah
Topik 2 sejarahSuet Yet
 
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1zaidatul yahya
 
Sejarah f1 bab 5 kegemilangan melaka
Sejarah f1 bab 5 kegemilangan melakaSejarah f1 bab 5 kegemilangan melaka
Sejarah f1 bab 5 kegemilangan melakapseudon
 
Pengasas Melaka
Pengasas MelakaPengasas Melaka
Pengasas MelakaHamizan Md
 
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaPeranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaHalim Sallehuddin
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalFara Dianna
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan MelakaBab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melakanieda79iman
 
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islamMelaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islamAin Athirah Mohd Salleh
 

What's hot (20)

Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
Unit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilangUnit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilang
 
Kegemilangan melaka
Kegemilangan melaka Kegemilangan melaka
Kegemilangan melaka
 
F1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---notaF1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---nota
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 
3. kegemilangan melaka 1
3. kegemilangan melaka 13. kegemilangan melaka 1
3. kegemilangan melaka 1
 
Kegemilangan Melaka
Kegemilangan MelakaKegemilangan Melaka
Kegemilangan Melaka
 
Kerajaan melayu awal.pptx u7
Kerajaan melayu awal.pptx u7Kerajaan melayu awal.pptx u7
Kerajaan melayu awal.pptx u7
 
Sejarah bab 1
Sejarah bab 1Sejarah bab 1
Sejarah bab 1
 
Topik 2 sejarah
Topik 2 sejarahTopik 2 sejarah
Topik 2 sejarah
 
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
 
Sejarah f1 bab 5 kegemilangan melaka
Sejarah f1 bab 5 kegemilangan melakaSejarah f1 bab 5 kegemilangan melaka
Sejarah f1 bab 5 kegemilangan melaka
 
Pengasas Melaka
Pengasas MelakaPengasas Melaka
Pengasas Melaka
 
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaPeranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awal
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan MelakaBab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melaka
 
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islamMelaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
 

Viewers also liked

Perkembangan Ekonomi, Sosial, Budaya & Agama Empayar Melaka
Perkembangan Ekonomi, Sosial, Budaya & Agama Empayar MelakaPerkembangan Ekonomi, Sosial, Budaya & Agama Empayar Melaka
Perkembangan Ekonomi, Sosial, Budaya & Agama Empayar MelakaSKSP
 
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomiWarisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomiDidiy Otto
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)Presley Marcel
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melakaPENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melakaAmin Upsi
 
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & SosialWarisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & SosialSKSP
 
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK Ashikin Azeman
 
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASAainun badariah
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melakafiro HAR
 
Hubungan etnik bab 4 pembangunan_ekonomi
Hubungan etnik bab 4 pembangunan_ekonomiHubungan etnik bab 4 pembangunan_ekonomi
Hubungan etnik bab 4 pembangunan_ekonomiAsraf Rahmat
 
Bab 5 hubungan etnik modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan etnik
Bab 5 hubungan etnik   modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan etnikBab 5 hubungan etnik   modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan etnik
Bab 5 hubungan etnik modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan etnikFAROUQ
 
Hubungan Etnik - Modenisasi, Pembangunan Ekonomi & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Modenisasi, Pembangunan Ekonomi & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Modenisasi, Pembangunan Ekonomi & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Modenisasi, Pembangunan Ekonomi & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Rathnaa Wayy
 
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016isharsmiaa
 

Viewers also liked (20)

Perkembangan Ekonomi, Sosial, Budaya & Agama Empayar Melaka
Perkembangan Ekonomi, Sosial, Budaya & Agama Empayar MelakaPerkembangan Ekonomi, Sosial, Budaya & Agama Empayar Melaka
Perkembangan Ekonomi, Sosial, Budaya & Agama Empayar Melaka
 
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomiWarisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
7.1,7.2 Bab7
7.1,7.2 Bab77.1,7.2 Bab7
7.1,7.2 Bab7
 
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
 
Syahirah
SyahirahSyahirah
Syahirah
 
Modernisasi
ModernisasiModernisasi
Modernisasi
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melakaPENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
 
Modernisasi 130924080718-phpapp01
Modernisasi 130924080718-phpapp01Modernisasi 130924080718-phpapp01
Modernisasi 130924080718-phpapp01
 
Modernisasi
ModernisasiModernisasi
Modernisasi
 
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & SosialWarisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
 
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
 
KSSR & KSPK
KSSR & KSPKKSSR & KSPK
KSSR & KSPK
 
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
 
Hubungan etnik bab 4 pembangunan_ekonomi
Hubungan etnik bab 4 pembangunan_ekonomiHubungan etnik bab 4 pembangunan_ekonomi
Hubungan etnik bab 4 pembangunan_ekonomi
 
Bab 5 hubungan etnik modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan etnik
Bab 5 hubungan etnik   modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan etnikBab 5 hubungan etnik   modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan etnik
Bab 5 hubungan etnik modenisasi, pembangunan ekonomi & hubungan etnik
 
Hubungan Etnik - Modenisasi, Pembangunan Ekonomi & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Modenisasi, Pembangunan Ekonomi & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Modenisasi, Pembangunan Ekonomi & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Modenisasi, Pembangunan Ekonomi & Hubungan Etnik
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~
 
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
 

Similar to Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri

Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZairol83
 
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka KhaiKerr1
 
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...bracelyn
 
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113NursKitchen
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Datoknye
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraHakim Yusof
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2VisharaamBalaMurugan
 
(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14sadn1013
 
BAB 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
BAB 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLISBAB 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
BAB 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLISNURDALILAAYUNNIBINTI
 
Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan NegaraMelaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan NegaraSKSP
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarahHasnah Bukini
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah Ku Azirah
 
T2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
T2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIST2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
T2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLISTeh Boon Siang
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4cgsha
 
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanOha Gozaimasu
 
Siah kok liang tugasan 2
Siah kok liang tugasan 2Siah kok liang tugasan 2
Siah kok liang tugasan 2Simon Siah
 

Similar to Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri (20)

Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
 
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
 
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
 
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
 
BAB 1 .pdf
BAB 1 .pdfBAB 1 .pdf
BAB 1 .pdf
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
Bab 5. new
Bab 5. newBab 5. new
Bab 5. new
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggara
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
 
Sjhk3013
Sjhk3013Sjhk3013
Sjhk3013
 
(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14
 
BAB 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
BAB 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLISBAB 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
BAB 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
 
Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan NegaraMelaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah
 
T2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
T2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIST2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
T2 BAB 8 8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4
 
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
 
Siah kok liang tugasan 2
Siah kok liang tugasan 2Siah kok liang tugasan 2
Siah kok liang tugasan 2
 

Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PENGAJIAN JARAK JAUH ( PJJ ) HNS 2013 - KENEGARAAN NAMA : MOHD. AMERI BIN MAT SAAT NO MATRIK UPSI : D20102045507 TAJUK TUGASAN 2: Kegemilangan Empayar Melaka melambangkan pencapaian Tamadun Melayu pada abad ke-15. Bincangkan. KUMPULAN KULIAH / TEMPAT / MASA : K 03 / POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, JITRA, KEDAH / JAM 8.00AM – 01.00 PM NO. TUGASAN : SOALAN 3 / TUGASAN INDIVIDU NO. TEL : 012-4435470 / 019-6173452 NAMA PENSYARAH : DR. HAJI AHMAD SOHAIMI BIN LAZIM 1
  • 2. ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Definisi Tamadun 1 2. Salasilah Nama Melaka 1 – 3 3. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka 3 4. Kejayaan Melaka 3 – 4 5. Pengaruh Agama Islam 5 – 7 6. Ekonomi 7 – 10 7. Pentadbiran Dan Perundangan 10 – 12 8. Hubungan Diplomatik / Politik 13 – 15 9. Perkembangan Sosial / Sosiobudaya 15 - 16 10. Kesenian Dan Kemahiran 16 - 20 11. Pendidikan 20 – 21 12. Kesimpulan 21 13. Bibliografi 22 2
  • 3. 3 HNS 2013 – KENEGARAAN TUGASAN INDIVIDU ( 20% ) SOALAN 3 : Kegemilangan Empayar Melaka melambangkan pencapaian Tamadun Melayu pada abad ke-15. Bincangkan. DEFINISI EMPAYAR DAN TAMADUN Menurut Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan empayar bermaksud negeri-negeri ( biasanya luas ) yang di bawah pemerintahan seseorang atau sesebuah negeri yang berdaulat ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:390 ) manakala tamadun pula bererti keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran ( sosial, budaya, politik dan lain-lain ) yang tinggi, peradaban ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1583 ). Kedua-dua istilah ini amatlah berkait rapat dengan tajuk tugasan ini iaitu “Keagungan Empayar Melaka melambangkan pencapaian Tamadun Melayu pada abad ke-15 ”. Mari kita lihat kepada ringkasan sejarah tertubuhnya kerajaan Negeri Melaka pada awal kurun ke-14. SALASILAH NAMA MELAKA Terdapat dua sumber tentang pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Menurut catatan Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires, seorang berbangsa Portugis dan Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang, Melaka diasaskan oleh Parameswara. Parameswara adalah seorang putera raja Palembang iaitu sebuah kerajaan di timur Sumatera (Jasiman Ahmad:2006). Terdapat pelbagai pendapat tentang asal-usul nama Melaka. Ada pendapat yang menyatakan nama Melaka diambil sempena nama pokok Melaka. Ini kerana pada suatu hari, Parameswara yang bersandar pada sebatang pokok terkejut melihat seekor pelanduk menendang seekor anjing ke dalam sungai. Apabila baginda bertanyakan nama pokok tempat bersandar,baginda diberitahu bahawa pokok itu ialah pokok Melaka.Oleh itu Parameswara terus menamakan tempat itu sebagai Melaka ( Nurul Hanim Ismail:2007 ). Mengikut catatan Tom Pires juga,raja yang datang membuka negeri Melaka ditulis sebagai Paramicura (ahli-ahli sejarah kini telah membetulkan ejaan namanya kepada Parameswara) beliau adalah raja Palembang yang pada masa itu di bawah takluk kerajaan Hindu Majapahit (Cheah Boon Kheng:1985).
  • 4. Namun mengikut sumber Arab pula, Melaka berasal daripada perkataan Arab ‘Malakat’ yang bermaksud ‘pasar’. Nama itu dianggap sesuai kerana Melaka adalah sebuah ‘pasar antarabangsa’ pada abad ke-15 (Jasiman Ahmad : 2006). Pada awalnya Melaka sebuah kampung nelayan yang dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400 (Ahmad Sohaimi Lazim : 2011). Mengikut laporan Yung-lo Shih Lu (Rekod-rekod Maharaja Ming di China) Parameswara ( Iskandar Syah) dan Megat Iskandar Syah adalah orang yang berlainan. Oleh yang demikian, raja Melaka yang pertama memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah pada usia baginda 72 tahun dan bukannya Parameswara (Cheah Boon Kheng:1985) ( W.G.Shellabea : 1896 ). Terdapat juga persamaan pendapat mengenai perkara tersebut tetapi gelaran bagi anak kepada Parameswara berlainan sedikit. Petikan ini menerangkan perkara tersebut. “Walaupun Parameswara menggunakan gelaran Raja Iskandar Syah tetapi baginda tidak memeluk Islam. Sultan Mahkota Iskandar Syah iaitu putera P arameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk Islam. Sultan Mahkota Iskandar Syah menjadi Sultan Melaka pada tahun 1414 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Parameswara ( Malaysia Kita : 2007 ).” Selepas memeluk Islam, baginda menggunakan gelaran Raja Iskandar Syah (Mahayudin Hj.Yahaya : 2001). Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Baginda memerintah dari tahun 1445 hingga tahun 1459. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda yang bernama Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka. Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" ( He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice ). Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun 4
  • 5. Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai “feng shui” yang terbaik pada masa itu. KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal. 5 KEJAYAAN MELAKA Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baharu menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan
  • 6. menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa “berkirim salam” dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baharu ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini. Keagungan Melaka dilihat sebagai sebuah pusat perdagangan, perkembangan agama Islam, Bahasa Melayu menjadi “lingua franca” berserta tulisan Jawi, keluasan tanah jajahan dan mempunyai hubungan politik antarabangsa seperti dengan negara China ( Modul HNS 2013 Kenegeraan :2011 ) 6
  • 7. 7 PENGARUH AGAMA ISLAM Melalui perkembangan agama Islam, ia telah mencatatkan perubahan yang agak besar dalam aspek agama dan kepercayaan pada zaman tersebut. Zaman sebelum kedatangan agama Islam bermula dengan kepercayaan agama Hinddu-Buddha hasil pengaruh kerajaan Majapahit dan Srivijaya. Islam tiba di beberapa kawasan lain di Asia Tenggara lebih awal sebelum ianya sampai di Melaka. Buktinya ialah penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1303 yang menandakan Islam telah tiba di situ. Sebelum itu, Islam telah bertapak di Pasai pada kurun ke-13. Ketika itu, kerajaan Melaka belum lagi ditubuhkan. Berdasarkan catatan buku Nota Lengkap STPM, Tamadun Islam, Melaka turut menjalankan perluasan kuasa ke kawasan lain seperti Pahang, Aru, Siak dan sebagainya serta turut menyebarkan Islam di setiap negeri yang dijajahnya. Di samping itu, Melaka terkenal sebagai sebuah negeri Islam. Dengan pengaruh ini, kuasa politik dapat dimantapkan dan agama Islam dapat disebarkan (Mahayudin Haji Yahaya : 2001 ). Buku tersebut juga menyatakan Sultan Mudzaffar Syah ( 1445 – 1459 ) telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Melaka. Pada zaman pemerintahan beliau, agama Islam telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Hampir seluruh rakyat Melaka telah memeluk agama Islam ketika itu. Dari Melaka, ajaran agama Islam terus tersebar ke seluruh Empayar Melayu. Proses penyebaran ini berlaku dalam beberapa cara. Penaklukan negeri –negeri di Kepulauan Melayu telah memperluaskan lagi kuasa Kerajaan Melaka. Di bawah kepimpinan Tun Perak, Bendahara Melaka, Islam terus berkembang ke jajahan takluk Kerajaan Melaka. Pada asalnya, agama Islam telah disebarkan menerusi proses perdagangan. Pengaruh agama ini bertambah kukuh apabila ramai saudagar Islam berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Kerajaan Melaka juga telah mengutuskan beberapa orang pendakwah dan Mubaligh Islam ke Sumatera, Pulau Jawa, Kalimantan dan Filipina untuk menyebarkan agama Islam ( Malaysia Kita : 2007 ) Kedatangan Islam ke Melaka mendapat sambutan yang menggalakkan oleh Sultan, pembesar dan juga rakyat Melaka. Peranan terpenting dalam perkembangan Islam di Melaka dimainkan oleh Sultan. Ada riwayat mengatakan beliau pernah menjemput ulama dan mengajar
  • 8. agama Islam di Melaka. Selain itu, Istana Melaka juga dijadikan tempat untuk menuntut ilmu tentang agama Islam. Istana juga menjadi tempat penterjemahan ayat-ayat suci Al-Quran dan juga pengumpulan kitab-kitab agama. Hasil dari pengajaran agama Islam di istana telah membawa perkembangannya ke surau, madrasah dan juga masjid. Tempat ini seterusnya menjadi pusat pengajian agama Islam bagi lapisan hamba rakyat di negeri Melaka. Dengan tersebarnya agama Islam di Melaka telah merubah aspek kepercayaan dan ketuhanan kepada rakyat Melaka. Ini mencakupi aspek pemikiran, pentadbiran,perundangan dan nilai hidup masyarakat di Negeri Melaka. Menurut pendapat Van Leur, proses pengislaman di Nusantara tidak membawa apa-apa perubahan asasi kepada masyarakat ini. Pendapat ini berdasarkan tulisan Snouck Hurgronje. Walau bagai manapun, pendapat ini disangkal oleh sarjana tempatan iaitu Syed Naquib al-Attas yakni proses pengislaman di Nusantara menandakan kedatangan zaman baharu dan permulaan kepada zaman moden sebagaimana pengaruh Islam di Eropah( Mahayudin Haji Yahaya : 2001 ). Misalannya, agama Islam telah menjadi agama rasmi di Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459). Ketika negeri Melaka di bawah pengaruh agama Hinddu dan Buddha, pemerintah memakai gelaran “Raja” dan apabila pengaruh Islam telah tersebar di Melaka, pemerintah Melaka menggunakan gelaran “Sultan”. Semua rakyat di Melaka akan menggelarkan Sultan mereka sebagai khalifah Allah iaitu sebagai wakil Allah yang diberi mandat untuk memakmurkan dan mentabdbir alam ini. Pemerintahan Melaka mengikut lunas pemerintahan Islam terutamanya dalam urusan pentadbiran. Misalnya Sultan Mansur Syah mengarahkan pembesar berbincang dan bermuafakat dalam menjalankan tugas mereka. Ini bersesuaian dengan konsep musyawarah yang terkandung di dalam ajaran Islam.Sultan Alauddin Riayat Syah, mencontohi pentadbiran khalifah Islam kedua iaitu Sayidina Umar al-Khattab. Pada masa pemerintahan Sayidina Umar, baginda sering menyamar diri keluar pada waktu malam untuk mengetahui keadaan sebenar umat Islam. Sultan Alauddin Riayat Syah mencontohi Sayidina Umar untuk membasmi kegiatan mencuri di Melaka. Ini membuktikan bahawa Melaka telah melaksanakan undang-undang jenayah Islam dalam pentadbirannya. 8
  • 9. Kemajuan agama Islam di Melaka dibuktikan lagi apabila turut mempengaruhi undang-undang Melaka. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah gabungan hukum adat tempatan dengan undang-undang Syariah dan nilai Islam. Hukum Kanun Melaka Fasal 30, contohnya menjelaskan tentang hukum dan tatacara berniaga serta barang yang boleh diperniagakan mengikut cara Islam.Selain itu, terdapat banyak lagi perkembangan dan kemajuan dari aspek agama Islam di Melaka yang mempengaruhi gaya hidup rakyatnya. Contohnya, Kalendar Hijrah mula digunakan oleh kerajaan Melaka. Tulisan Arab pula disesuaikan dan dijadikan tulisan jawi. Contoh yang seterusnya ialah pengajian Al-Quran dijadikan asas dalam sistem pendidikan masyarakat Melaka. Upacara seperti berkhatam al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran juga mulai menjadi amalan masyarakat Melaka. Pada abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama Islam di Gugusan Kepulauan Melayu ( Malaysia Kita : 2007 ) 9 EKONOMI Melaka berjaya menjadi sebuah empayar perdagangan yang besar dan amat terkenal.dan ini secara tidak langsung telah menonjolkan kemajuan dan aspek ekonominya. Kedudukannya ditengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat telah menjadikannya sebagai pusat perdagangan yang penting. Keadaan ini memberikan keselesaan kepada pedagang untuk singgah di situ sama ada untuk berdagang, mendapatkan bekalan makanan dan minuman atau bagi membaiki kapal.Kedudukan Melaka juga adalah terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa, dan daripada angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Justeru itu, persekitarannya menjadi aman dan lautnya tenang kerana tiada gangguan ombak besar di kawasan itu. Keadaan lautnya yang dalam telah memudahkan kapal dagang yang berlabuh dengan selamat. Selain dari itu, perairan Selat Melaka yang sempit juga memudahkan kerajaan Melaka mengawal kapal yang lalu di persekitarannya. Catatan Jasiman Ahmad menyatakan Kesultanan Melayu Melaka telah mengadakan hubungan baik dengan negara-negara jiran. Ramai para pedagang Barat yang datang ke Melaka ialah Arab, India, Ceylon, Myanmar. Pedagang- pedagang dari sebelah Timur pula ialah dari Jepun dan Filipina. Pedagang-padagang dari Kepulauan Maluku ialah dari Sumatera, Jawa,
  • 10. Borneo, Sulawesi dan Kepulauan Rempah. Para pedagang dari Siam juga turut pergi berdagang ke Melaka. Pedagang dari India membawa kain, ubat-ubatan, minyak wangi dan candu. Pedagang China pula membawa teh, kain sutera, kain benang emas, kain satin, besi, tembaga dan tembikar. Pedagang yang membawa permata, barang-barang perak, beras, kain bulu dan batu delima ialah para pedagang dari Myanmar. Pedagang Siam pula memperdagangkan beras, arak, ikan kering, batu delima dan permata. Pedagang Filipina membawa emas, hasil-hasiln hutan, bahan makanan dan gula ke Melaka. Pedagang Indonesia membawa beras, lada hitam dan rempah. Manakala para pedagang dari Jepun pula membawa kain satin, pinggan mangkuk, tempayan dan pedang ( Sejarah Negara Malaysia : 2006 ) Setiap orang pedagang dari serata dunia akan menunggu pertukaran angin Monsun di Melaka untuk pulang ke destinasi masing-masing. Pedagang dari Timur mengikut angin Monsun Barat Daya Laut dan pedagang dari Barat pula mengikut angin Monsun Timur Laut. Keadaan Melaka yang sebeginilah menyebabkan ia menjadi pusat pertemuan kapal dagang dari serata pelusuk dunia.Selain dari itu,terdapat faktor lain juga yang turut membantu memajukan Melaka sehingga menarik kedatangan pedagang-pedagang dari luar. Faktor tersebut ialah kerajaan Melaka mempunyai jentera pentadbiran yang teratur untuk membantu menguruskan pelabuhan dan kegiatan perdagangan. Sultan telah melantik Syahbandar untuk menguruskan pentadbiran di pelabuhannya. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal oleh kerajaan Melayu Melaka untuk memastikan perdagangan berjalan dengan lancar, kestabilan dan keamanan negeri sentiasa dijaga dan terpelihara. Selain itu, pemerintah Melaka telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan untuk para pedagang di pelabuhan Melaka. Di antara kemudahan yang disediakan adalah seperti gudang-gudang besar untuk menyimpan barang, kemudahan pengangkutan ( kapal, perahu, jong, lancara, gajah ) dan pekerja. Tidak ketinggalan juga kemudahan membaiki kapal dan tempat tinggal untuk para pedagang turut disediakan oleh kerajaan Melayu Melaka. Kemajuan sistem kewangan juga berlaku pada zaman ini. Urusniaga di Melaka dijalankan melalui sistem pertukaran barang dan penggunaan mata wang. Wang logam digunakan dalam urus niaga di Melaka. Wang ini diperbuat daripada timah. Berdasarkan catatan buku Sejarah Negara Malaysia, Melaka mempunyai mata wang dalam urusan jual belinya. Melaka mempunyai 10
  • 11. wang syiling sendiri yang diperbuat daripada timah, emas dan perak. Wang emas dikenali sebagai dinar. Sistem cukai di Melaka dinamakan Sistem Cukai Berkeutamaan. Pedagang yang datang ke Melaka dikenakan dua jenis cukai iaitu cukai rasmi (duti import) dan cukai tidak rasmi (dalam bentuk hadiah kepada Sultan dan pembesar). Bagi negara yang mempunyai hubungan baik dengan Melaka,ia hanya dikenakan cukai yang rendah. Ada juga di kalangan pedagang yang tidak perlu membayar cukai tetapi menggantikannya dengan pemberian hadiah-hadiah. Pedagang-pedagang dari Sri Lanka, Pegu dan India dikenakan cukai sebanyak 6, pedagang tempatan 3% manakala pedagang Jawa, Maluku dan China memadai hanya membawa hadiah sahaja ( Jasiman Ahmad : 2006 ). Rakyat Melaka pada ketika itu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan mereka. Para pedagang berminat datang ke Melaka kerana mereka mudah berurusan dengan pegawai Melaka dan pedagang di Melaka dengan menggunakan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu dan menjadi “lingua franca” di pelabuhan Melaka pada zamannya.Oleh kerana kerajaan Melaka telah mengamalkan prinsip saling menguntungkan dalam bidang ekonomi, ianya telah menempatkan Melaka menjadi poros perdagangan yang paling penting di kawasan Dunia Melayu pada masa itu. Bangsa Arab, Cina, India dan Eropah telah menjalinkan hubungan dagang dengan Sultan Melaka dan seterusnya telah berhasil merangsang, menghidupkan pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung dan di Pantai Timur, Utara Sumatera. Sebagai pelabuhan bebas, Melaka telah menjadi simbol kemegahan bangsa Melayu di atas kemajuan dalam berbagai bidang yang dicapainya. Berdasarkan catatan buku Tamadun Islam STPM, selain daripada ekonomi perdagangan, ekonomi orang Melayu Melaka juga melibatkan ekonomi sara diri. Di Melaka, ekonomi sara diri boleh dilihat melalui kegiatan pertanian, berdusun, memburu, menternak dan lain-lain. Kegiatan pertanian di Melaka boleh dilihat melalui aktiviti menanam padi. Kegiatan berdusun dijelaskan lagi dengan kenyataan Tom Pires bahawa Raja Iskandar Syah bersama seribu orang pengikutnya telah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun. Antara tanaman yang ditanam seperti tebu, pisang, keladi, nenas dan lain-lain. Kegiatan ekonomi sara diri lain yang turut dijalankan oleh masyarakat Melaka ialah menangkap ikan. Selain itu terdapat juga aktiviti 11
  • 12. berburu. Masyarakat Melaka juga menternak binatang seperti lembu, kerbau dan kambing. Kegiatan ekonomi sara diri memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu kerana kehidupan mereka sangat bergantung kepada sungai, pinggir laut, hutan dan tanah pertanian (Mahayudin Haji Yahaya : 2001) 12 PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan Melayu tradisional yang terawal dan merupakan pengasas kepada sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia pada masa kini. Penubuhan institusi kesultanan menandakan bermulanya zaman pemerintahan beraja di negara kita. Walaupun kekal untuk satu abad sahaja namun ianya telah meninggalkan warisan dan pengaruh kebudayaan serta sistem pemerintahan yang amat penting ( Sejarah Malaysia : 2000 ). Sistem pentadbiran Melaka berbentuk hierarki dan mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik. Sultan memegang kuasa tertinggi dan dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah wujud sistem pentadbiran yang sistematik termasuk sistem perundangan. Sultan bertindak sebagai hakim dan penggubal undang-undang kerana sultan mempunyai kuasa mutlak. Dalam hubungan pemerintah dengan rakyat, sultan berhak mengeluarkan perintah, kerah dan titah serta menjatuhkan hukuman.Walaupun begitu, konsep musyawarah tetap diamalkan dan diutamakan sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan.Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Perundangan yang diamalkan di Melaka mempunyai pengaruh Islam sahaja dan tidak semuanya selari dengan prinsip-prinsip Islam. Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka. Hukum Kanun Melaka telah wujud sejak zaman Sultan Muhammad Syah (Raja Kecil Besar). Naskhah asal Hukum Kanun ini mengandungi 19 fasal. Menurut catatan buku Tamadun Islam STPM, naskhah asal tersebut kemudiannya bertambah kepada 44 fasal. Kandungan utama Undang-undang Laut Melaka meliputi hal-hal peraturan pelayaran, bidang kuasa, nakhoda dan pekerja-pekerja seperti kiwi, maulana kiwi, malim, tukang gantung, jurubatu dan serang, hukuman kesalahan di laut serta peraturan berjual-beli di atas kapal (Mahayudin Haji
  • 13. Yahaya : 2001 ). Hukum Kanun Melaka berkuatkuasa di Melaka pusat dan juga kawasan-kawasan yang menjadi takluknya. Antara lain kandungannya adalah mengenai tanggungjawab raja serta pembesar, pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, penghukum kesalahan jenayah dan awam, undang-undang keluarga, permasalahan ibadat dan muamalat. Daripada 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka, hanya 40.95% atau 18 fasal sahaja yang menurut undang-undang Islam. Sementara dalam Undang-Undang Laut Melaka hanya mengandungi 1 fasal daripada 24 fasal yang menurut undang-undang Islam iaitu hukum zina. Pengaruh Islam yang paling jelas mengikut sistem perundangan Islam adalah berkaitan dengan undang-undang keluarga – undang-undang perkahwinan. Antaranya ialah menerangkan orang yang berhak menjadi wali bagi perempuan yang akan berkahwin, syarat dan tatacara ijab dan qabul dalam nikah, syarat menjadi saksi dalam upacara nikah, pembatalan nikah hukum talak serta syarat-syarat serta soalan berhubung dengan melakukan “cina buta”. Contoh-contoh Hukum jenayah yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka ialah pertama jenayah bunuh dibalas bunuh. Hukuman ini samalah seperti dalam al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 45 dan Surah al- Baqarah, ayat 178. Seperti jenayah mencuri hukumnya ialah potong tangan. Hukum ini diambil dari al-Quran Surah Al-Maidah, ayat 38. Perlaksanaan hukum ini pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah menyebabkan tiada pencuri lagi di Melaka. Perbuatan zina misalannya, pesalah yang melakukannya akan dihukum rejam atau disebat dengan rotan. Dalam Hukum Kanun Melaka, setiap orang pesalah akan disebat sebanyak 80 kali tetapi di dalam Undang-undang Laut Melaka, mereka akan disebat sebanyak 100 kali. Hukuman ini sama seperti dalam Al-Quran, Surah An-Nur, ayat 2-5 dan Surah An-Nisa’, ayat 34. Berkaitan Hukum Muamalat pula berkait rapat dengan hukum berjual-beli dan pinjam-meminjam. Hukum Kanun Melaka hanya menekankan kepentingan mencatatkan segala nilai pinjaman dengan disaksikan oleh dua orang lelaki. Ini bersesuaian dengan ketetapan Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah, ayat 282. Barang-barang yang boleh dan tidak boleh diniagakan ialah seperti larangan menjual arak, khinzir, anjing dan tuak. Lain-lain hukuman yang menerima pengaruh Islam ialah contohnya tuduh menuduh / fitnah dan beban orang yang menuduh untuk membuktikan kebenaran tuduhannya. Syaratnya, ialah dua orang saksi yang baligh dan tidak gila, ikrar dan wasiat. Amalan ini merupakan antara amalan yang dianjurkan dan digalakkan oleh 13
  • 14. ajaran Islam.upacara dan adat-istiadat raja-raja, meminta agar ahli-ahli agama khususnya kadi turut serta. Ini menunjukkan bahawa Hukum Kanun Melaka mengangkat golongan agama dalam urusan rasmi kerajaan. Wujud percampuran antara hukum-hukum dapat dan hukum-hukum syarak. Contoh kesalahan jenayah membunuh sering ada pilihan antara hukum adat dengan hukum syarak. Namun begitu, wujud juga faktor yang tidak menggunakan pengaruh Islam. Di dalam fasal 14.2 yang bersabit dengan pembunuhan orang yang bersalah, hakim mempunyai kuasa menentukan sama ada hukum dapat atau hukum syarak yang harus digunakan untuk menghukum pesalah. Peraturan qisas seperti yang terdapat dalam hukum syarak terdapat kesalahan membunuh tidak terdapat dalam hukum ini. Dalam Hukum Kanun Melaka juga terdapat perbezaan kelas seperti kelas bangsawan, orang merdeka dan hamba. Perkara ini bertentangan dengan kehendak hukum Islam. Dalam Islam semua manusia ini sama. Mereka akan dihukum dengan hukuman yang sama mengikut kesalahan mereka. Hukuman yang dikenakan tidak sama antara orang merdeka dengan hamba walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama.Mengikut Hukum Kanun Melaka, terdapat 3 kesalahan yang berat yang tidak dapat diampuni oleh hakim iaitu membunuh orang, mengambil isteri orang, orang yang kelakuannya bermaharajalela. Kesalahan ini hanya boleh diampuni oleh raja dan hanya jika dilakukan oleh rakyat. Jika raja yang melakukannya ia dianggap tidak bersalah. Malah terdapat pertukaran di dalam fasal 5:4. Sungguhpun hukum Islam sepenuhnya tidak dijalankan di Melaka, tetapi hukum itu memang disedari oleh rakyat Melaka ketika itu. Dengan adanya pengaruh Islam dalam perundangan menunjukkan rakyat telah dapat menerima Islam. Para kadi dan undang-undang Islam telah memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran negeri Melaka. Undang-undang yang diamalkan di Melaka akhirnya mempengaruhi undang-undang yang diamalkan di negeri-negeri lain seperti undang-undang pelabuhan di negeri Kedah. 14
  • 15. 15 HUBUNGAN DILOMATIK / POLITIK Kita dapat melihat kemajuan di dalam aspek politik berdasarkan kepada kecekapan pemerintah Melaka mewujudkan beberapa jawatan pembesar untuk membantu melancarkan pentadbiran Melaka. Pentadbiran Melaka telah menggunakan Sistem Empat Lipatan dalam pentadbiran politik di Melaka. Jawatan Bendahara diwujudkan sebagai penasihat kepada raja. Selain itu, Bendahara juga bertanggungjawab sebagai Menteri Utama, Ketua Turus Angkatan Perang, Ketua Hakim dan Pemangku Sultan. Penghulu Bendahari pula diwujudkan untuk menjadi Pemungut hasil atau Ufti, Ketua segala Bendahari, Ketua Urusetia Istana dan juga Ketua segala Syahbandar. Jawatan Temenggung pula ditugaskan untuk menjadi Ketua Polis dan Penjara, Penguasa Bandar, Ketua Protokol Istana dan Hakim di darat. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459), baginda telah mewujudkan jawatan Laksamana yang bertanggungjawab sebagai Ketua Angkatan Laut Melaka. Catatan dari Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin menyatakan bahawa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ialah pemerintahan hierarki yang pada dasarnya bersepadu. Hierarki bermaksud hak untuk memegang teraju pemerintahan adalah di bawah kuasa golongan D Raja atau Bangsawan. Contohnya penyerahan pucuk pimpinan yang berlaku pada zaman Melaka selepas kemangkatan Sultan Iskandar Syah (Parameswara-1390 -1414). Begitu juga dengan perlantikan para pembesar yang mana jawatan terpenting diberi kepada keturunan Di Raja atau golongan Bangsawan. Rakyat yang merupakan golongan majoriti hanya berpeluang menjadi hulubalang sahaja ( Sejarah Malaysia : 2000 ) Selain daripada jawatan-jawatan pembesar yang telah diwujudkan, keadaan politik di Melaka telah diperkukuhkan lagi dengan penggubalan undang-undang kerajaan mereka. Kerajaan Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Bagi menjamin kestabilan politiknya, Melaka telah menyediakan sebuah angkatan laut yang sangat besar. Orang Laut memainkan peranan penting dalam angkatan laut Melaka.Kekuatan kerajaan Melaka menjadi berlipat ganda lagi apabila mereka mempunyai pahlawan-pahlawan yang gagah, berani dan setia seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.Sebahagian besar kelengkapan tentera Melaka terdiri daripada kapal, bahtera, ghali,
  • 16. ghalias, jong dan lancaran. Peralatan senjatanya pula ialah panah, keris, lembing, meriam, lela, rentakal, istinggar dan pemuras. Kekuatan yang ada ini telah membolehkan Melaka melakukan serangan dan seterusnya menakluki kerajaan lain. Kerajaan Melaka juga turut menjaga hubungan diplomatiknya dengan kerajaan lain pada zaman itu. Misalannya Melaka telah menjalinkan hubungan politik luar dengan negara luar seperti kerajaan China. Hubungan politik ini telah mengukuhkan lagi kekuatan kerajaan Melayu Melaka di di sekitar jajahan takluknya. Melalui kedatangan Laksamana Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1409 telah membolehkan Melaka bergantung harap kepada kerajaan China bagi mendapatkan perlindungan daripada ancaman kerajaan Majapahit dan Siam. Catatan dari buku Siri Negeri-negeri di Malaysia, ancaman daripada pihak Siam menyebabkan Parameswara membayar ufti kepada negara China pada tahun 1409 untuk mendapatkan perlindungan. Pada 1411, beliau melawat negara China dengan diiringi Laksamana Cheng Ho dan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk bertemu dengan Yung Lo iaitu Maharaja Ming ( Nurul Hanim Ismail : 2007 ). Menurut catatan buku Malaysia Kita, pada era pemerintahan Maharaja Yung Lo, Melaka diperintah oleh Sultan Iskandar Syah. Beliau telah menghantar utusannya, Yin Ching ke Melaka pada tahun 1405. Pelbagai hadiah seperti sutera dan tembikar telah dikurniakan kepada Sultan Melaka. Lawatan ini dibalas oleh Sultan dengan menghantar utusan pada tahun berikutnya ( Mahayudin Haji Yahaya : 2001 ) Melaka hari demi hari terus membangun menjadi sebuah kerajaan yang kuat pada zaman itu. Buktinya pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Melaka telah berjaya menggagalkan serangan kerajaan Siam sebanyak dua kali tanpa mendapatkan bantuan China. Melalui bidang diplomatik, Kesultanan Melaka telah mencatat kemajuan yang membanggakan kerana telah menerapkan prinsip saling percaya mempercayai sesama bangsa lain. Contoh yang dapat kita lihat di sini ialah Sultan Melaka telah berhasil menjalin hubungan diplomatik dengan Cina, Arab, India, dan bangsa-bangsa Eropah. Telah diketahui bahawa selama berlakunya pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-l51l), telah berlaku sebanyak empat kali kunjungan secara rasmi kenegaraan di antara Sultan Melaka dan Kaisar Cina. Ini adalah kerana kunjungan kerajaan China kerap disertai oleh kalangan korporat yang ingin melihat peluang perniagaan di Melaka. Walau bagaimanapun, golongan korporat Cina telah mula memikirkan 16
  • 17. bahawa betapa pentingnya untuk mendapat tanah di kawasan kota dan tepi pantai untuk keperluan tempat tinggal dan pemiagaan mereka. Bagi mencapai tujuan mereka mendapatkan tanah di Melaka, pendatang Cina telah mengamalkan unsur politik yang dinamakan“revolusi akrab” dengan Sultan dan di kalangan masyarakat Melayu supaya tanah mereka dapat dibeli atau disewa. Orang Melayu pada ketika itulah dipercayai telah mula menjual tanah milik seseorang atau keluarga mereka kepada golongan Cina ini tanpa ada alasan yang munasabah atau takut dipandang malu serta hina. Namun begitu secara khusus atau dalam konteks tertentu pasti ada pertimbangan-pertirnbangan lain yang telah melatar belakangi perkara itu berlaku. Akhirnya dalam jangka masa 600 tahun (1400-1999), tanah-tanah orang Melayu di kawasan kota dan pantai yang strategik, secara politik dan ekonomi telah berjaya dikuasai sepenuhnya oleh etnik Cina di Malaysia. PERKEMBANGAN SOSIAL / SOSIOBUDAYA Rakyat Melaka mengamalkan kebudayaan Melayu di dalam kehidupan seharian. Kedatangan Islam ke Melaka telah memberi kesan yang begitu besar ke atas sosiobudaya masyarakat Melaka. Sebagai contoh, konsep dewa raja telah diganti dengan konsep sultan. Rakyat biasa menghormati sultan sebagai pemerintah yang dianggap sebagai wakil tuhan. Rakyat amat taat kepada setiap perintah sultan. Budaya saling mentaati sultan ini diperkuatkan lagi dengan kepercayaan kepada konsep daulat dan tulah. Berdasarkan konsep ini, raja dikatakan berdaulat dan sesiapa yang ingkar dan tidak menghormati sultan akan menerima balasannya yang juga dikenali sebagai tulah. Berdasarkan Sejarah Melayu, masyarakat Melayu menganggap raja-raja atau sultan-sultan sebagai “zillu’Llah fil’alam” : ‘……..pada segala hukum bahawa raja-raja yang adil itu dengan Nabi s.a.w umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu zill’Llah fil’alam…….’ yang bermaksud sultan yang memerintah di dunia ini adalah sebagai bayangan Tuhan di muka bumi ini. Sultan yang menjadi penaung masyarakat Melayu tradisi telah dianggap sebagai wali Allah di dunia (Sejarah Malaysia : 2000) Dalam aspek kemasyarakatan pula, budaya-budaya kesenian Islam mula dijelmakan melalui amalan seperti upacara berkhatam al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran. Selain itu, dalam kalangan pemerintah juga terdapat beberapa budaya yang diamalkan. Sebagai contoh, budaya bermusyawarah. Sultan Muzaffar Syah sentiasa mengarahkan para pembesarnya 17
  • 18. bermusyawarah untuk menjalankan tugas masing-masing. Adat Temenggung juga menjadi sebahagian daripada budaya amalan rakyat Melaka. Adat Temenggung ini meliputi hal-hal jenayah, awam, kekeluargaan, hukum pelabuhan dan undang-undang laut. Mengikut Adat Temenggung, sultan berkuasa penuh dalam hal ehwal pentadbiran. 18 KESENIAN DAN KEMAHIRAN Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
  • 19. dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Berkaitan aspek kesenian tarian tradisional, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah lahir pelbagai jenis tarian tradisional bagi masyarakat teersebut. Di antaranya ialah Tarian Ceracap Inai, Tarian Mak Inang, Tarian Joget dan Tarian Asli. Tarian Ceracap Inai ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar. Adalah dipercayai Tarian Ceracap Inai ini berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur ‘sembah’/Ampun, merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 19
  • 20. ‘Raja Sehari’/Pengantin. Ianya ditarikan dengan membawa prob seperti ‘Bunga-bungaan Emas’ dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 hingga 8 orang. Tarian Mak Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Si Kembang China merupakan tarian tardisional masyarakat Melayu Melaka. Pada zaman itu tarian ini dilakukan pada majlis kenduri kahwin tetapi kini ianya ditarikan di majlis-majlis sosial. Tarian ini mengikut kelajuan tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni sambil menari. Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar. Suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka. Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi. Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang mengambil nama daripada perkataan “wrong gang” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia. Lagu Asli masih lagi popular dan menjadi siulan muda-mudi di kawasan kebudayaan Melayu di Semenanjung Melayu, Sumatera, Singapura, Kepulauan Riau dan Borneo. Di Sumatera, Tarian Asli dikenali sebagai senandung dan kelahirannya adalah dari puisi yang mengusik jiwa berlawanan dengan 20
  • 21. emosi yang mendalam terhadap cinta dan kesedihan. Contoh-contoh lagu asli termasuklah Sembawa Balik, Pasir Roboh, Timang Banjar dan Sri Siantan. Kedatangan pedagang Arab di zaman kegemilangan Melaka membawa irama ghazal dan pedagang dari China membawa Dondang Sayang. Muzik ini telah diterima sebagai sebahagian daripada muzik Melayu. Masyarakat Melayu Melaka juga tidak ketinggalan di dalam aspek muzik tradisionalnya. Dondang Sayang dipercayai berasal dari zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada: seorang pemain biola; dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan seorang pemain tawak (gong kecil). Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada Bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta. Masyarakat Melayu Melaka juga mempunyai alat-alat muzik tradisionalnya yang digunakan ketika majlis keramaian, pertabalan di raja dan juga upacara kematian. Di antaranya ialah gambus, sape, rebab, gong, canang, mong dan kenung, kesi, gedombak, geduk, rebana, gendang silat dan juga serunai. Rebab merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut main peteri. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai menghadap rebab. 21
  • 22. Aspek kesenian pakaian tradisional masyarakat Melaka juga turut melambangkan ketinggian Tamadun Melayu pada ketika itu. Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’. Walaupun mempunyai pelbagai nama, namun baju kurung telah menampilkan ciri-cirinya yang tersendiri. Pengaruh daripada puisi tradisional seperti nazam, seloka , syair dan gurindam menggabungkan antara estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu . Pelbagai bentuk seloka, gurindam, syair serta pantun yang melambangkan kebudayaan serta kesenian masyarakat Melayu Melaka pada ketika itu. Misalannya ialah pepatah :- “Ikut rasa binasa, ikut suka duka, ikut hati mati, dan biar titik jangan tumpah, biar rebah jangan roboh” “Puas Saya Menanam Keladi, Nenas Juga Ditanam Orang, Puas Saya Bertanam Budi, Emas Juga Dipandang Orang” 22 PENDIDIKAN Dalam bidang kesusasteraan, Kesultanan Melaka telah bekerjasama memajukan pendidikan dengan Dinasti Ming dan berhasil mendirikan satu fakultas pada institusi pendidikan tinggi di Cina yang mengkaji tentang kesusasteraan dan bahasa Melayu. Salah satu hasil yang membanggakan ialah disusunnya kamus Bahasa Melayu-Cina dan Melayu-Perancis oleh lembaga kajian sastera Melayu di Cina. Dari segi pendidikan, sistem pendidikan Islam di Nusantara mempunyai banyak persamaan dengan sistem pendidikan Islam di Asia Barat. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan Islam mendapat perhatian dari pihak pemerintah. Istana telah dijadikan
  • 23. sebagai sebuah institusi pendidikan. Selain istana, pengajian Islam juga dijalankan di rumah maulana atau ulama, madrasah, surau, masjid dan sebagainya. Kebanyakan guru agama pada masa itu terdiri daripada bangsa Arab. Mereka menerima kedudukan istimewa dalam kerajaan Melaka. Para pendidik Islam dari Asia Barat telah memperkenalkan tulisan Jawi bagi menggantikan tulisan Jawa Kuno dan tulisan Palava. Pengenalan tulisan Jawi telah membawa perkembangan mental dan intelektual terutamanya perkembangan ilmu pengetahuan iaitu ilmu Syariah yang merangkumi bidang Fiqah, Usuluddin dan Tasawuf. Kitab-kitab yang menjadi rujukan ialah Al-Dar al-Manzum, Ihya Ulumiddin dan Minhaj al-Talibin (Mahayudin Haji Yahaya : 2001) 23 KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dibentangkan melalui tajuk ini ialah Empayar Melaka telah membentuk ketamadunan Tamadun Melayu dari abad ke-15 sehinggalah ke era globalisasi pada masa kini yang mana semuanya bertunjangkan pentadbiran Empayar Melaka pada masa dahulu. Kegemilangan Empayar Melaka dari aspek pengaruh agama Islam, ekonomi, pentadbiran dan perundangan, hubungan diplomatik / politik, kesenian dan kemahiran dan juga aspek pendidikan melambangkan pencapaian tamadun Melayu pada abad ke-15 ketika dahulu.
  • 24. 24 BIBLIOGRAFI 1. Abdul Rahman Haji Abdullah : 2003 : Modul Pendididkan JMS 212 Sejarah Asia Tenggara Tradisional : Pusat Pengajian Jarak Jauh USM P.P : Pulau Pinang 2. Ahmad Sohaimi Lazim : 2011 : Modul HNS 2013 Kenegaraan : Tanjung Malim, Pusat Pendidikan Luar UPSI Tanjung Malim 3. Chean Boon Kheng:1985 : Modul JMS 211 Sejarah Politik Malaysia Tradisional : P.P : Pusat Pengajian Luar Kampus, USM 4. Jasiman Ahmad : 2006 : Siri Kenegaraan Malaysia, Sejarah Negara Malaysia : K.L : Jade Green Publications Sdn. Bhd 5. Mahayudin Haji Yahaya : 2001 : Nota Lengkap STPM, Tamadun Islam : Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd 6. Nurul Hanim Ismail : 2007 : Siri Negeri-negeri Di Malaysia, Negeri Sembilan dan Melaka : K.L : Nur Ilmu Publications 7. Syed Ibrahim : 2007 : Malaysia Kita : Petaling Jaya : International Law Book Services
  • 25. 25