1. REFLEKSIDIRI
Komunikasi merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan
seharian kita.Seperti yang kita sedia maklum, terdapat 3 jenis komunikasi iaitu
komunikasi lisan, bukan verbal dan komunikasi bertulis. Alat utama komunikasi
lisan adalah bahasa. Aspek yang mempengaruhi komunikasi lisan ialah
kelajuan, intonasi, humor serta singkat dan jelas. Setiap aspek tersebut perlu
dititik beratkan agar tidak menimbulkan salah faham. Komunikasi bukan verbal
pula pula mewakili ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, gaya tubuh dan
gerak isyarat. Akhir sekali, komunikasi bertulis. Komunikasi jenis ini
merupakan aktiviti merakan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk
lambang bertulis atau grafik.
Melalui projek ini, saya telah mempelajari banyak perkara berkaitan
dengan komunikasi. Pengetahuan tentang ilmu komunikasi yang telah saya
pelajari khususnya di kursus pembangunan diri amat membantu saya dalam
mempraktikkannya dalam projek ini. Secara keseluruhannya, saya telah
mempraktikkan 3 jenis komunikasi dalam projek ini.
Saya telah mengajar, menyanyi dan memberi kuiz kepada para pelajar.
Sejujurnya, keadaan pada mulanya agak kurang terkawal berikutan kerana
pelajar terlalu teruja dengan kehadiran kami. Namun, akhirnya saya boleh
mengawal suasana kelas dengan memberi arahan secara tegas dan jelas kepada
para pelajar.
Saya juga menggunakan laras bahasa yang sesuai untuk memudahkan
para pelajar memahami perkara yang saya cuba sampaikan. Saya juga
menggunakan bahasa yang baik, sopan dan positif. Selain itu, saya juga
menyampaikan maklumat dengan jelas dan teratur. Saya juga sentiasa senyum
sepanjang sesi bersama pelajar kerana ekpresi wajah yang positif memainkan
peranan dalam keberkesanan komunikasi. Di samping itu, saya juga
menggunakan sentuhan dan gaya tubuh semasa berkomunikasi. Bahasa tubuh
2. begini penting dalam menunjukkan perhatian dan keseriusan semasa
berkomunikasi. Saya juga tidak lupa menyelitkan unsur humor semasa
berkomunikasi untuk mewujudkan suasana santai.
Saya yakin saya dapat berkomunikasi dengan baik bersama para pelajar
sepanjang program ini berlangsung. Hal ini boleh diukur berdasarkan maklum
balas dari para pelajar setiap kali saya bertanya. pelajar juga berlumba-lumba
untuk menjawab soalan yang saya ajukan. Pelajar juga kerap bertanya soalan
kepada saya tentang suatu kemusykilan atau perkara yang kurang difahami. Ini
merupakan komunikasi dua hala, komunikasi yang efektif.
Konklusinya, kemahiran berkomunikasi amat penting dalam kehidupan
seharian. Bagi pendapat saya, program sebegini sangat membantu dalam
mewujudkan keberanian semasa berkomunikasi dan menerapkan keyakinan
semasa menyuarakan idea dan pendapat. Komunikasi yang baik penting bagi
semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmonis dan segala salah faham
dapat dielakkan. Ilmu komunikasi dalam projek seperti inilah yang membantu
para pelajar dalam urusan harian lebih-lebih lagi semasa temuduga untuk
mendapatkan kerja. Semasa menempuhi alam pekerjaan, komunikasi yang
efektif sebegini amat penting untuk memastikan segala urusan berjalan lancar.