SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
Download to read offline
1
ZZZT 1062 PEMBANGUNAN DIRI 2
SET: 35
TEMA: KESENIAN DAN KRAF
TAJUK: SENI KRISTAL (KACA KRISTAL)
NAMA KUMPULAN: VAVAVOOM THE VASS
NAMA PENSYARAH: EN.NOR AFFIAN BIN YUSOF
NAMA AHLI KUMPULAN:
ABDUL BASIT BIN HUSSAIN A 146192
MOHD HAZMIN SAFIUDIN BIN ABDULLAH A 146197
KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL KADIR A 146113
NUR SYAFIQ BIN ZAHIDIN A 145689
NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ A 145735
NUR FATIN AFIQAH BINTI ZAIDI A 145723
AIN SURAYA BINTI SAPARUDDIN A 145740
NURU AFIQAH BINTI MOHD HAMSAN A 145748
WAN SRI NURESYA BINTI WAN ZAKI A 145729
QURRATU AINI AKMAL BINTI ISHAK A 145724
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/s
Penghargaan 3
Pengenalan 4
Sejarah kaca Kristal 5
Definisi Kristal 6
Sejarah, asal usul dan latar belakang syarikat 7
Lokasi 9
Jenis, Corak dan Motif 10
Alatan dan bahan yang digunakan 16
Proses Pembuatan 18
Teknik yang digunakan 20
Falsafah dan Penggunaan 28
Kesimpulan 29
Rujukan 30
3
PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
juga kami menyiapkan kajian dan laporan yang telah diusahakan selama ini. Berpandukan
tema yang diberi iaitu Kesenian dan Kraf, kami sekumpulan telah sepakat memilih seni
Kristal sebagai tajuk kajian. Ribuan terima kasih diucapkan kepada individu penting yang
banyak membantu sepanjang menyiapkan kajian ini. Pertama sekali kepada En Nor Affian
bin Yusof selaku pensyarah ZZZT 1062 Pembangunan Diri II atas bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang kajian dijalankan. Tidak lupa juga kepada En Kamarul Faizy Roslan, pemilik Faizy
Crystal Glass Blowing Sdn Bhd atas kesudian beliau menerima kunjungan dari kumpulan
kami untuk menjalankan kajian. Selain itu rakan-rakan yang turut membantu memberikan
informasi berkenaan kajian kami sangat kami hargai. Bantuan kalian dalam membantu dalam
usaha menyiapkan dan menyempurnakan kajian kami amatlah kami hargai. Budi kalian yang
sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan kami lupakan. Akhir
sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak
langsung sepanjang kajian kami dijalankan dan dibentangkan.
4
PENGENALAN
Setelah berbincang dengan ahli kumpulan, kami bersepakat memilih seni Kristal
sebagai tajuk kajian kumpulan kami. Umumnya, terdapat 2 jenis Kristal iaitu Batu Kristal dan
Kaca Kristal. Seperti yang kita sedia maklum, Batu Kristal merupakan kristal semulajadi
yang terhasil dari bawah tanah, batu dan dasar laut. Penggunaannya tertumpu kepada rawatan
perubatan. Kaca Kristal merupakan Kristal yang direka dan dibentuk oleh manusia dan
penggunaanya lebih tertumpu kepada perhiasan semata-mata. Setelah menjalankan temu bual
bersama beberapa orang respondan dan kajian melalui sumber internet, keratan akhbar dan
buku, kami memutuskan untuk melawat Syarikat Faizy Crystal Glass Blowing untuk
mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tajuk kajian kami.
Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd (Faizy Crystal) sememangnya tidak menang
tangan menerima tempahan dari serata dunia. Menurut pemiliknya, Kamarul Faizy Roslan,
penghasilan kristal edisi terhad dengan sentuhan kreativiti terbaik mendorong produk
berkenaan bukan saja bermutu dari segi buatan tetapi juga nilai seninya.Kepelbagaian idea
hiasan dalaman dan dunia aksesori banyak mempengaruhi penerimaan produk kristal di
pasaran. Selain itu, produk kristal yang dihasilkan membantu mewujudkan suasana dan
keindahan semula jadi mempesonakan.
Ahli kumpulan yang bergambar di hadapan bengkel Faizy Crystal Glass Blowing
5
SEJARAH KACA KRISTAL
Seperti kesenian dan kraf yang lain, kaca Kristal juga mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Seni ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Aktiviti berkisar kepada
pembuatan kaca kristal mengunakan kaedah manual. Sebagai pengenalan, kaca telah
diusahakan sejak 5000 tahun dahulu di Mesir. Kristal pembuatan kaca pertama direkodkan di
mana kaca digunakan sebagai penyalut bagi barangan tembikar dan lain-lain.
Pada abad pertama Sebelum Masihi teknik meniup kaca telah berkembang dan kaca
menjadi lebih biasa digunakan. Kaca Kristal ini dipercayai berkembang mengikut
perkembangan peradaban manusia setempat. Ketika zaman Empayar Rom banyak bentuk
kaca dicipta kebanyakannya dalam pembuatan botol dan pasu.
Pada abad ke-14, kaca Kristal telah berkembang ke Venice. Di Venice,transformasi
pembuatan kaca Kristal diusahakan dan diperkenalkan. Pada waktu ini, seni kristal telah
dimajukan dengan memperkenalkan banyak teknik baru dan menjadi sumber eksport penting
dalam pinggan mangkuk, cermin, dan bahan mewah lain. Seterusnya, sebahagian pembuat
barangan kaca berpindah ke utara Eropah dan teknik pembuatan kaca terus menerus
berkembang.Pada zaman ini Europah masih merupakan pengeluar yang berada di hadapan
dari segi kualiti dan rekabentuk.
Seterusnya, kaca Kristal berkembang ke Amerika. Di Amerika mereka mengusahakan
kaca Kristal dan lebih bertumpu kepada menghasilkan barangan "art". Sekitar 1688, proses
menggunakan acuan dikembangkan, yang menyebabkan barangan kaca lebih mudah dibuat.
Rekaan mesin pembentuk barangan kaca pada 1827 menjadikan barangan kaca dibuat secara
pukal dan murah.
Di Malaysia ,aktiviti ini telah mula bertapak sejak abad ke 20 iaitu pada tahun1996.
Kini barangan keluaran Malaysia telah diakui oleh negara luar bahkan Eropah. Kekayaan seni
tempatan diolah menggunakan media kristal hingga menjad produk yang dikagumi dunia.
6
DEFINISI
Seni Kristal adalah seni pembentukan kaca menjadi bentuk yang sangat cantik untuk
dijadikan perhiasan seperti burung,bunga dan pasu bunga. Seni ini dihasilkan daripada tiupan
kaca yang bahannya diperbuat daripada ketulan hablur silika yang perlu dilebur dalam
tempoh 12 jam.
“Epergne” merupakan gelaran di luar Negara bagi Seni Kristal. Di Malaysia, seni ini
lebih dikenali sebagai “kaca tiup”. Bagi penggemar barangan antik, kaca tiup adalah satu
kemestian dalam melengkapkan sudut hiasan dalaman. Bukan saja indah di mata, malah bagi
kaca tiup yang berbentuk bunga,kelopak bunganya dikatakan mampu membangkitkan gaya
klasik moden yang sukar ditandingi mana-mana hiasan kaca.
Hiasan seni kristal ini ditampilkan dalam ruoa tersendiri dengan menggebungkan
bentuk, gaya serta warna yang memikat hati, kebanyakan hiasan kaca tiup dulu dihasilkan
dalam satu warna sahaja. Namun begitu, dengan teknologi dan kepakaran yang ada pada
masa ini, penggiat-penggiat seni mula melakikan transformasi untuk mendapatkan gabungan
warna sesuai serta hasil kristal yang sempurna.
Rekaan perhiasan dan aksesori menarik berasaskan kristal mempunyai nilai estetika
tersendiri dan menjadi pelengkap konsep hiasan dalaman termasuk moden kontemporari.
Seni kristal seperti pasu bunga, bekas lilin dan koleksi cenderahati sememangnya
menzahirkan suasana yang diinginkan.
7
SEJARAH, ASAL USUL DAN LATARBELAKANG FAIZY
CRYSTAL
Faizy Crystal Glass Blowing mula ditubuhkan pada tahun 2000 dengan modal
permulaan sebanyak RM30,000. Kini Faizy Crystal Sdn. Bhd. semakin dikenali sebagai
syarikat pengeluar kristal terkemuka bukan sahaja di Langkawi, bahkan di seluruh Malaysia.
Faizy Crystal juga turut mendapat tempat dan permintaan di pasaran antarabangsa.
Hasil daripada temu ramah bersama pekerja Faizy Crystal sdn.bhd, Zakiah Binti
Awang Roslan, 37, memberitahu bahawa tempahan yang diterima untuk pasaran luar negara
termasuklah dari Singapura, Hong Kong, Bahrain, Maldives, Jepun, United Kingdom dan
Jerman.Tempahan tersebut biasanya diperoleh hasil daripada lawatan pelancong ke bilik
pameran yang disediakan di samping hebahan syarikat perhotelan kepada cawangan di luar
negara.
Menurutnya lagi, kebanyakan pelanggan yang datang mengunjungi tempat ini terdiri
daripada pelancong tempatan, pengurusan hotel, jabatan kerajaan dan syarikat korporat.
Mengimbau sejarah awal penglibatan Faizy dalam industri kristal, graduan lulusan
Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara - UiTM) dalam jurusan Seni Lukis
dan Seni Reka. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Wanganui Universiti, New
Zealand pada tahun 1991dalam jurusan Glass Blowing and Production. Selama tiga tahun
setengah mengikuti kursus Glass Blowing (Tiupan Kaca) di New Zealand itu, Faizy
kemudian pulang ke tanah air. Beliau mula bekerja di Industri Kristal Malaysia (INKRISMA)
atau Syarikat Langkawi Kristal hampir 7 tahun. Akhirnya Faizy mengambil keputusan untuk
berhenti bagi membuka perniagaan sendiri berdasarkan pengalaman yang dimiliki.Sehingga
kini, jenama Faizy Crystal telah menghasilkan lebih 1,000 koleksi kristal pelbagai jenis, saiz
dan bentuk.
Baru-baru ini mereka mendapat permintaan tempahan replika Masjid Sultan Abu
Bakar dari Johor untuk dihadiahkan kepada Perdana Menteri dan masih di dalam proses
menyiapkannya. Replika masjid tersebut dianggarkan berharga antara RM1,000 hingga
8
RM2,000. Syarikat ini juga pernah mendapat tempahan khas yang mencecah nilai RM8000
bergantung kepada rekaan dan saiznya.
9
LOKASI
Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau yang maju dan sedang berkembang pesat.
Selain terkenal dengan legenda Mahsurinya, kepelbagaian produk kraf tangan yang
dihasilkan di pusat peranginan ini sentiasa mendapat perhatian pelancong. Antara paling
popular ialah perhiasan kristal Langkawi yang bukan saja nampak mewah dan eksklusif
malah setanding dengan kristal jenama-jenama antarabangsa.
Menyedari peluang perniagaan yang luas, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd.
(Faizy Crystal), memilih Langkawi sebagai tempat strategik melebarkan sayap
perniagaannya.
Pemiliknya, Kamarul Faizy Roslan melihat pasaran kristal berpotensi untuk
dimajukan dengan lebih meluas lagi. Beliau melihat pasaran kristal di Langkawi mudah
berkembang dan mendapat permintaan menggalakkan daripada pelancong sama ada dari
dalam mahu pun luar Negara.
Kini, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd terletak di Kompleks Budaya Kraf, Jalan
Telok Ewa, 07000 Kuah, Kedah Malaysia.
10
CORAK,WARNA DAN MOTIF
Faizy Crystal menghasilkan pelbagai jenis Kristal dengan kepelbagaian warna,corak
dan bentuk. Setiap Kristal yang dihasilkan juga mempunyai motif dan tujuan yang tertentu.
Kebanyakan bentuk, rekaan berasaskan flora, fauna dan kehidupan marin disebabkan lokasi
Pulau Langkawi yang penuh dengan aspirasi yang belum diterokai.
Kristal Tourmaline yang berwarna merah merun dihasilkan berbentuk corak periuk kera. Ia
bermotifkan “Kehebatan seseorang”.
Kristal Amethyst yang berwarna ungu kebiruan berbentuk corak pasu dan bermotifkan
“Sering bekerjasama dalam persahabatan”
11
Kristal Aquamarine yang berwarna biru muda. Ia bercorak seperti pewangi yang bermotifkan
“Menenangkan dan memendam perasaan marah”.
12
Kristal Diamond yang berwarna putih yang bercorak seperti helicopter. Ia bermotifkan
“Jangan berputus asa”.
Kristal Peridot yang berwarna hijau muda. Ia dihasilkan bercorakkan bunga tulip yang
bermotifkan “Pelindung”.
Kristal Ruby yang berwarna merah dan bercorak seperti kerang. Ia bermotifkan
“Kepercayaan dan persahabatan”
13
Kristal Turquoise yang berwarna turquoise bercorakkan seperti ikan. Ia bermotifkan
“Kebahagiaan”
Kelapan, Kristal Citrine yang berwarna jingga kekuningan bercorakkan kebungaan kerana itu
ia sesuai bermotifkan “Semangat dan harapan”.
14
Kristal Tanzanite yang berwarna kebiruan. Ia juga bercorak seperti ikan yang bermotifkan
“Ceria dan simbol kasih sayang”.
15
Akhir sekali, Kristal Amber yang berwarna koko dan bercorak seperti kasut. Ia bermotifkan
“You’ll never walk alone”.
16
BAHAN DAN ALATAN YANG DIGUNAKAN
Bahan metah: pasir silika,
powder colour, chip colour
Bahan Kimia: Natrium
Karbonat, Kalsium
Oksida,Magnesium Oksida
Penyepit, Gunting, Pisau
17
Ketuhar Khas
18
PROSES PEMBUATAN
1. Penyediaan Pasir Mentah Silika.
Juga disebut sebagai pasir kuarsa.
2. Tambahkan bahan kimia
Bahan kimia seperti Natrium Karbonat atau soda, Kalsium Oksida dan Magnesium
Oksida.Natrium karbonat, atau soda, menurunkan suhu yang diperlukan untuk membuat kaca
komersial. Kalsium Oksida ditambah untuk mengelakkan udara dari memasuki pasir.
Magnesium Oksida juga ditambahkan untuk membuat kaca lebih tahan lama.
3.Pencairan
Acuan dipanaskan di dalam ketuhar khas sehingga 1100 celcius untuk menghasilkan kaca
cair.
4. Membentuk
kaca cair terhasil dari pemanasan dan akan ditiup utk mnghasilkan bentuk yg diingini.
Penyediaan
pasir
mentah
silika
Tambahkan
bahan kimia
Pencairan Membentuk Mensteril
Produk
(Kristal)
19
6. Mensteril.
Proses ini disebut annealing, dan menghapus semua titik stres yang mungkin terbentuk di
kaca selama pendinginan..Sebuah proses dinamakan tempering, dimana kaca dibentuk dan
ditempatkan dalam oven, dipanaskan sampai maximum 600 Celsius dan kemudian
disejukkan pada tekanan tinggi.
20
TEKNIK PEMBUATAN
Faizy Crystal sdn.bhd telah menggunakan teknik Blowing (teknik tiupan) untuk
menghasilkan Kristal. Walaubagaimanapun, teknik ini bergantung kepada saiz Kristal yang
ingin dihasilkan. Sekiranya, saiz Kristal yang ingin dihasilkan itu kecil, teknik blowing tidak
digunakan. Sekiranya,saiz Kristal yang ingin dihasilkan itu besar, teknik blowing digunakan
dan tiupan yang dilakukan adalah lebih kuat.
1.Acuan digelekkan di dalam kaca silika.
2.Acuan dipanaskan di dalam ketuhar khas sehingga 1100 Celcius.
21
3.Kaca cair diratakan untuk proses blowing serta untuk ditempa bentuk.
4.Kaca cair ditiup untuk mengisi ruang di dalamnya untuk memudahkan proses tempaan bentuk.
22
5.Batang besi dipanaskan dan digelekkan ke dalam pasir silika untuk dikukuhkan ke hujung kaca
untuk proses pembentukan bentuk.
6.Batang besi dikukuhkan dan proses ‘menggunting’ dilakukan.
23
7. Kaca yang hampir sejuk dipanaskan semula.
24
8.Kaca digunting untuk membentuk permukaan atas bekas.
9.Kaca cair lain dicantumkan untuk membentuk tangkai.
25
10.Blow torch digunakan untuk mencamtukan bahagian tangkai serta mengemaskinikan bentuk.
11.Bentuk kaca kristal dikemaskinikan menggunakan penyepit
26
12.Kaca kristal yang sudah siap ditempatkan seharian di dalam tempat penyimpanan khas.
27
13.Pelbagai bentuk dan warna kaca kristal boleh dihasilkan.
28
FALSAFAH DAN PENGGUNAAN KACA KRISTAL
Kaca Kristal adalah anugerah yang bernilai. Manusia sejak zaman berzaman
memandang tinggi kepada nilai dan kecantikannya. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan warna
bergantung kepada elemen-elemen yang banyak mempengaruhi pembentukannya.
Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan atau mengutamakan kebenaran
yang umum dan asas. Ia juga bermaksud berfikiran luas. Manakala penggunaan boleh juga
disebut sebagai fungsi sesuatu seni atau kraftangan.
Seni Kaca Kristal mengandungi falsafah yang tertentu bagi pencipta atau pengkarya
dalam bidang ini. Menilai falsafah karya dari seni kaca Kristal, pengkarya lebih dipengaruhi
dengan falsafah alam sekitar dan hidupan laut. Kebanyakan unsur corak dan motif yang
direka menggambarkan falsafah flora dan fauna serta hidupan di dalam laut. Sebagai contoh,
bunga,burung,angsa,ikan dan sebagainya.
Kaca Kristal mempunyai pelbagai kegunaan seperti perhiasan dan hadiah serta
cenderamata. Sekiranya kaca Kristal dijadikan perhiasan di rumah atau di pejabat, ia mampu
menjadi terapi kepada minda dan jiwa yang tertekan. Selain itu, kaca Kristal ini akan
mewujudkan suasana yang berbeza kepada ruang yang dihiasi dengannya. Hiasan yang
menggabungkan bentuk,gaya serta warna yang memikat hati ini akan menampilkan unsur
elegan dan mewah untuk ruang tersebut. Tambahan pula, ia juga boleh menyimpan
,memindahkan dan menukar bentuk tenaga kepada pengguna.
Akhir sekali, kaca Kristal ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderamata
tanda penghargaan dan kenangan kepada seseorang. Ia juga boleh dijadikan salah satu
perhiasan sebagai hantaran perkahwinan bagi yang menginginkan kelainan. Secara
kesimpulannya, falsafah dan penggunaan kaca Kristal ini menarik perhatian penggemar-
penggemar koleksi hiasan mewah tanpa memerlukan kos yang tinggi.
29
KESIMPULAN
Seni kristal merupakan seni yang jarang diterokai di negara kita. Jika peluang ini
dimanfaatkan sebetulnya, maka seni ini mampu berkembang dengan lebih pesat dan mampu
menjadikannya satu industri yang boleh membantu menjana pendapatan yang lumayan.
Selain itu, seni pembuatan kristal di negara kita tidak tidak dikenali dengan meluas
disebabkan oleh kurang kilang memproses kristal ini. Kristal yang juga dikenali sebagai “lead
glass” merupakan salah satu daripada jenis kaca yang ada sekarang ini. Oleh yang demikian,
proses pembuatanya adalah sama dengan proses pembuatan kaca yang lain. Kristal ini bukan
sahaja digunakan sebagai barang perhiasan, tetapi juga banyak digunakan di dalam makmal
sebagai peralatan yang penting disebabkan oleh sifatnya yang tidak bertindak balas dalam
proses kimia.
Seni kristal ini perlu diperluaskan lagi di negara kita kerana fungsinya yang pelbagai
yang tidak tertumpu hanya kepada barangan perhiasan sahaja malahan dijadikan sebagai
barangan kegunaan harian. Kebanyakan barangan hasilan kristal di negara kita adalah hasil
import dari negara luar. Jika seni ini ditukar kepada industri, ia mampu membantu
membekalkan barangan kristal ini kapada rakyat negara kita tanpa mampu bergantung kepada
barangan kristal dari luar negara serta dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.
30
RUJUKAN
1. Sumber akhbar
 Intan Mas Ayu Shamimi.2014.Karya popular zaman victoria retrieved 04 April
2014,from Harian Metro
 2014.Kilauan Seni Kraf Kristal retrieved 10 Mei 2014, from Kosmo
2. Sumber internet
 Kamarul Faizy Roslan.2009.Pengenalan Seni Kristal retrieved 18 June 2009, from
http://faizycrystal.blogspot.com/
 Rosma.2010.jenis-kristal-kegunaan retrieved 20 April 2010, from http://www.secret-
of-crystal.com
 Lukevery.2011.Tentang batu kristal dan jenisnya.Asal-usul asli
usil.http://lukevery.blogspot.com/.../tentang-batu-kristal-dan...
 Kamarul Ariffin Md Yassin.2011.Tarikan dan Keistimewaan Kristal Langkawi
retrieved 13 September 2011 from
http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=613053
 Raj Bhattacharya.2014. Faizy Crystal Glass Blowing Studio retrieved from
file:///C:/Users/compaq/Documents/doc/pd2/Langkawi%20Glass%20Blowing%20Stu
dio%20-%20Faizy%20Crystal.htm
 Siti Aishah Yusoff.2012. Seni Kristal Pulau Lagenda retrieved 22 June 2012, from
file:///C:/Users/compaq/Documents/doc/pd2/Seni%20kristal%20pulau%20legenda.ht
m
 Faizy Crystal Glass Blowing Sdn.Bhd retrieved from
http://faizycrystal.com/
3. Temu bual
 Zakiah Binti Awang, 37 tahun, pekerja Faizy Crystal Glass Blowing Sdn.Bhd
 Zaidi Bin Zainol, 33 tahun, pekerja Faizy Crystal Sdn.Bhd
 Mohd Nawawi Mahadzhir, 34 tahun, pekrja Faizy Crystal Sdn.Bhd

More Related Content

Viewers also liked (10)

Combining asynchronous online discussions with traditional physiology classes
Combining asynchronous online discussions with traditional physiology classesCombining asynchronous online discussions with traditional physiology classes
Combining asynchronous online discussions with traditional physiology classes
 
la wiki
la wikila wiki
la wiki
 
Relatório de Impacto Ambiental do Comperj-Dutos
 Relatório de Impacto Ambiental do Comperj-Dutos Relatório de Impacto Ambiental do Comperj-Dutos
Relatório de Impacto Ambiental do Comperj-Dutos
 
Rekenmeesters
RekenmeestersRekenmeesters
Rekenmeesters
 
早晨的第一杯
早晨的第一杯早晨的第一杯
早晨的第一杯
 
De kt toan-hk2-l8-ld3
De kt toan-hk2-l8-ld3De kt toan-hk2-l8-ld3
De kt toan-hk2-l8-ld3
 
2012 10-20 - orde van den prince
2012 10-20 - orde van den prince2012 10-20 - orde van den prince
2012 10-20 - orde van den prince
 
Dienstverlening - impact met een glimlach
Dienstverlening -  impact met een glimlachDienstverlening -  impact met een glimlach
Dienstverlening - impact met een glimlach
 
Kids Friends
Kids FriendsKids Friends
Kids Friends
 
istanbulda,hamal ve hamaliye
istanbulda,hamal ve hamaliyeistanbulda,hamal ve hamaliye
istanbulda,hamal ve hamaliye
 

More from farahinyaziz (11)

Lampiran
LampiranLampiran
Lampiran
 
Laporan
Laporan Laporan
Laporan
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
laporan akhir
laporan akhirlaporan akhir
laporan akhir
 
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatLaporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Refleksi diri
Refleksi diriRefleksi diri
Refleksi diri
 
Lampiran dan gambar progam
Lampiran dan gambar progamLampiran dan gambar progam
Lampiran dan gambar progam
 
Kertas kerja HHHC 9701
Kertas kerja HHHC 9701Kertas kerja HHHC 9701
Kertas kerja HHHC 9701
 
Report pd
Report pdReport pd
Report pd
 
Hasil kerja dan Refleksi Diri
Hasil kerja dan Refleksi DiriHasil kerja dan Refleksi Diri
Hasil kerja dan Refleksi Diri
 
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSHP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
 

Recently uploaded

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 

Recently uploaded (20)

Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 

Seni Kristal

  • 1. 1 ZZZT 1062 PEMBANGUNAN DIRI 2 SET: 35 TEMA: KESENIAN DAN KRAF TAJUK: SENI KRISTAL (KACA KRISTAL) NAMA KUMPULAN: VAVAVOOM THE VASS NAMA PENSYARAH: EN.NOR AFFIAN BIN YUSOF NAMA AHLI KUMPULAN: ABDUL BASIT BIN HUSSAIN A 146192 MOHD HAZMIN SAFIUDIN BIN ABDULLAH A 146197 KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL KADIR A 146113 NUR SYAFIQ BIN ZAHIDIN A 145689 NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ A 145735 NUR FATIN AFIQAH BINTI ZAIDI A 145723 AIN SURAYA BINTI SAPARUDDIN A 145740 NURU AFIQAH BINTI MOHD HAMSAN A 145748 WAN SRI NURESYA BINTI WAN ZAKI A 145729 QURRATU AINI AKMAL BINTI ISHAK A 145724
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN PERKARA M/s Penghargaan 3 Pengenalan 4 Sejarah kaca Kristal 5 Definisi Kristal 6 Sejarah, asal usul dan latar belakang syarikat 7 Lokasi 9 Jenis, Corak dan Motif 10 Alatan dan bahan yang digunakan 16 Proses Pembuatan 18 Teknik yang digunakan 20 Falsafah dan Penggunaan 28 Kesimpulan 29 Rujukan 30
  • 3. 3 PENGHARGAAN Assalamualaikum. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan kajian dan laporan yang telah diusahakan selama ini. Berpandukan tema yang diberi iaitu Kesenian dan Kraf, kami sekumpulan telah sepakat memilih seni Kristal sebagai tajuk kajian. Ribuan terima kasih diucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang menyiapkan kajian ini. Pertama sekali kepada En Nor Affian bin Yusof selaku pensyarah ZZZT 1062 Pembangunan Diri II atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang kajian dijalankan. Tidak lupa juga kepada En Kamarul Faizy Roslan, pemilik Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd atas kesudian beliau menerima kunjungan dari kumpulan kami untuk menjalankan kajian. Selain itu rakan-rakan yang turut membantu memberikan informasi berkenaan kajian kami sangat kami hargai. Bantuan kalian dalam membantu dalam usaha menyiapkan dan menyempurnakan kajian kami amatlah kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan kami lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang kajian kami dijalankan dan dibentangkan.
  • 4. 4 PENGENALAN Setelah berbincang dengan ahli kumpulan, kami bersepakat memilih seni Kristal sebagai tajuk kajian kumpulan kami. Umumnya, terdapat 2 jenis Kristal iaitu Batu Kristal dan Kaca Kristal. Seperti yang kita sedia maklum, Batu Kristal merupakan kristal semulajadi yang terhasil dari bawah tanah, batu dan dasar laut. Penggunaannya tertumpu kepada rawatan perubatan. Kaca Kristal merupakan Kristal yang direka dan dibentuk oleh manusia dan penggunaanya lebih tertumpu kepada perhiasan semata-mata. Setelah menjalankan temu bual bersama beberapa orang respondan dan kajian melalui sumber internet, keratan akhbar dan buku, kami memutuskan untuk melawat Syarikat Faizy Crystal Glass Blowing untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tajuk kajian kami. Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd (Faizy Crystal) sememangnya tidak menang tangan menerima tempahan dari serata dunia. Menurut pemiliknya, Kamarul Faizy Roslan, penghasilan kristal edisi terhad dengan sentuhan kreativiti terbaik mendorong produk berkenaan bukan saja bermutu dari segi buatan tetapi juga nilai seninya.Kepelbagaian idea hiasan dalaman dan dunia aksesori banyak mempengaruhi penerimaan produk kristal di pasaran. Selain itu, produk kristal yang dihasilkan membantu mewujudkan suasana dan keindahan semula jadi mempesonakan. Ahli kumpulan yang bergambar di hadapan bengkel Faizy Crystal Glass Blowing
  • 5. 5 SEJARAH KACA KRISTAL Seperti kesenian dan kraf yang lain, kaca Kristal juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Seni ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Aktiviti berkisar kepada pembuatan kaca kristal mengunakan kaedah manual. Sebagai pengenalan, kaca telah diusahakan sejak 5000 tahun dahulu di Mesir. Kristal pembuatan kaca pertama direkodkan di mana kaca digunakan sebagai penyalut bagi barangan tembikar dan lain-lain. Pada abad pertama Sebelum Masihi teknik meniup kaca telah berkembang dan kaca menjadi lebih biasa digunakan. Kaca Kristal ini dipercayai berkembang mengikut perkembangan peradaban manusia setempat. Ketika zaman Empayar Rom banyak bentuk kaca dicipta kebanyakannya dalam pembuatan botol dan pasu. Pada abad ke-14, kaca Kristal telah berkembang ke Venice. Di Venice,transformasi pembuatan kaca Kristal diusahakan dan diperkenalkan. Pada waktu ini, seni kristal telah dimajukan dengan memperkenalkan banyak teknik baru dan menjadi sumber eksport penting dalam pinggan mangkuk, cermin, dan bahan mewah lain. Seterusnya, sebahagian pembuat barangan kaca berpindah ke utara Eropah dan teknik pembuatan kaca terus menerus berkembang.Pada zaman ini Europah masih merupakan pengeluar yang berada di hadapan dari segi kualiti dan rekabentuk. Seterusnya, kaca Kristal berkembang ke Amerika. Di Amerika mereka mengusahakan kaca Kristal dan lebih bertumpu kepada menghasilkan barangan "art". Sekitar 1688, proses menggunakan acuan dikembangkan, yang menyebabkan barangan kaca lebih mudah dibuat. Rekaan mesin pembentuk barangan kaca pada 1827 menjadikan barangan kaca dibuat secara pukal dan murah. Di Malaysia ,aktiviti ini telah mula bertapak sejak abad ke 20 iaitu pada tahun1996. Kini barangan keluaran Malaysia telah diakui oleh negara luar bahkan Eropah. Kekayaan seni tempatan diolah menggunakan media kristal hingga menjad produk yang dikagumi dunia.
  • 6. 6 DEFINISI Seni Kristal adalah seni pembentukan kaca menjadi bentuk yang sangat cantik untuk dijadikan perhiasan seperti burung,bunga dan pasu bunga. Seni ini dihasilkan daripada tiupan kaca yang bahannya diperbuat daripada ketulan hablur silika yang perlu dilebur dalam tempoh 12 jam. “Epergne” merupakan gelaran di luar Negara bagi Seni Kristal. Di Malaysia, seni ini lebih dikenali sebagai “kaca tiup”. Bagi penggemar barangan antik, kaca tiup adalah satu kemestian dalam melengkapkan sudut hiasan dalaman. Bukan saja indah di mata, malah bagi kaca tiup yang berbentuk bunga,kelopak bunganya dikatakan mampu membangkitkan gaya klasik moden yang sukar ditandingi mana-mana hiasan kaca. Hiasan seni kristal ini ditampilkan dalam ruoa tersendiri dengan menggebungkan bentuk, gaya serta warna yang memikat hati, kebanyakan hiasan kaca tiup dulu dihasilkan dalam satu warna sahaja. Namun begitu, dengan teknologi dan kepakaran yang ada pada masa ini, penggiat-penggiat seni mula melakikan transformasi untuk mendapatkan gabungan warna sesuai serta hasil kristal yang sempurna. Rekaan perhiasan dan aksesori menarik berasaskan kristal mempunyai nilai estetika tersendiri dan menjadi pelengkap konsep hiasan dalaman termasuk moden kontemporari. Seni kristal seperti pasu bunga, bekas lilin dan koleksi cenderahati sememangnya menzahirkan suasana yang diinginkan.
  • 7. 7 SEJARAH, ASAL USUL DAN LATARBELAKANG FAIZY CRYSTAL Faizy Crystal Glass Blowing mula ditubuhkan pada tahun 2000 dengan modal permulaan sebanyak RM30,000. Kini Faizy Crystal Sdn. Bhd. semakin dikenali sebagai syarikat pengeluar kristal terkemuka bukan sahaja di Langkawi, bahkan di seluruh Malaysia. Faizy Crystal juga turut mendapat tempat dan permintaan di pasaran antarabangsa. Hasil daripada temu ramah bersama pekerja Faizy Crystal sdn.bhd, Zakiah Binti Awang Roslan, 37, memberitahu bahawa tempahan yang diterima untuk pasaran luar negara termasuklah dari Singapura, Hong Kong, Bahrain, Maldives, Jepun, United Kingdom dan Jerman.Tempahan tersebut biasanya diperoleh hasil daripada lawatan pelancong ke bilik pameran yang disediakan di samping hebahan syarikat perhotelan kepada cawangan di luar negara. Menurutnya lagi, kebanyakan pelanggan yang datang mengunjungi tempat ini terdiri daripada pelancong tempatan, pengurusan hotel, jabatan kerajaan dan syarikat korporat. Mengimbau sejarah awal penglibatan Faizy dalam industri kristal, graduan lulusan Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara - UiTM) dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Wanganui Universiti, New Zealand pada tahun 1991dalam jurusan Glass Blowing and Production. Selama tiga tahun setengah mengikuti kursus Glass Blowing (Tiupan Kaca) di New Zealand itu, Faizy kemudian pulang ke tanah air. Beliau mula bekerja di Industri Kristal Malaysia (INKRISMA) atau Syarikat Langkawi Kristal hampir 7 tahun. Akhirnya Faizy mengambil keputusan untuk berhenti bagi membuka perniagaan sendiri berdasarkan pengalaman yang dimiliki.Sehingga kini, jenama Faizy Crystal telah menghasilkan lebih 1,000 koleksi kristal pelbagai jenis, saiz dan bentuk. Baru-baru ini mereka mendapat permintaan tempahan replika Masjid Sultan Abu Bakar dari Johor untuk dihadiahkan kepada Perdana Menteri dan masih di dalam proses menyiapkannya. Replika masjid tersebut dianggarkan berharga antara RM1,000 hingga
  • 8. 8 RM2,000. Syarikat ini juga pernah mendapat tempahan khas yang mencecah nilai RM8000 bergantung kepada rekaan dan saiznya.
  • 9. 9 LOKASI Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau yang maju dan sedang berkembang pesat. Selain terkenal dengan legenda Mahsurinya, kepelbagaian produk kraf tangan yang dihasilkan di pusat peranginan ini sentiasa mendapat perhatian pelancong. Antara paling popular ialah perhiasan kristal Langkawi yang bukan saja nampak mewah dan eksklusif malah setanding dengan kristal jenama-jenama antarabangsa. Menyedari peluang perniagaan yang luas, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. (Faizy Crystal), memilih Langkawi sebagai tempat strategik melebarkan sayap perniagaannya. Pemiliknya, Kamarul Faizy Roslan melihat pasaran kristal berpotensi untuk dimajukan dengan lebih meluas lagi. Beliau melihat pasaran kristal di Langkawi mudah berkembang dan mendapat permintaan menggalakkan daripada pelancong sama ada dari dalam mahu pun luar Negara. Kini, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd terletak di Kompleks Budaya Kraf, Jalan Telok Ewa, 07000 Kuah, Kedah Malaysia.
  • 10. 10 CORAK,WARNA DAN MOTIF Faizy Crystal menghasilkan pelbagai jenis Kristal dengan kepelbagaian warna,corak dan bentuk. Setiap Kristal yang dihasilkan juga mempunyai motif dan tujuan yang tertentu. Kebanyakan bentuk, rekaan berasaskan flora, fauna dan kehidupan marin disebabkan lokasi Pulau Langkawi yang penuh dengan aspirasi yang belum diterokai. Kristal Tourmaline yang berwarna merah merun dihasilkan berbentuk corak periuk kera. Ia bermotifkan “Kehebatan seseorang”. Kristal Amethyst yang berwarna ungu kebiruan berbentuk corak pasu dan bermotifkan “Sering bekerjasama dalam persahabatan”
  • 11. 11 Kristal Aquamarine yang berwarna biru muda. Ia bercorak seperti pewangi yang bermotifkan “Menenangkan dan memendam perasaan marah”.
  • 12. 12 Kristal Diamond yang berwarna putih yang bercorak seperti helicopter. Ia bermotifkan “Jangan berputus asa”. Kristal Peridot yang berwarna hijau muda. Ia dihasilkan bercorakkan bunga tulip yang bermotifkan “Pelindung”. Kristal Ruby yang berwarna merah dan bercorak seperti kerang. Ia bermotifkan “Kepercayaan dan persahabatan”
  • 13. 13 Kristal Turquoise yang berwarna turquoise bercorakkan seperti ikan. Ia bermotifkan “Kebahagiaan” Kelapan, Kristal Citrine yang berwarna jingga kekuningan bercorakkan kebungaan kerana itu ia sesuai bermotifkan “Semangat dan harapan”.
  • 14. 14 Kristal Tanzanite yang berwarna kebiruan. Ia juga bercorak seperti ikan yang bermotifkan “Ceria dan simbol kasih sayang”.
  • 15. 15 Akhir sekali, Kristal Amber yang berwarna koko dan bercorak seperti kasut. Ia bermotifkan “You’ll never walk alone”.
  • 16. 16 BAHAN DAN ALATAN YANG DIGUNAKAN Bahan metah: pasir silika, powder colour, chip colour Bahan Kimia: Natrium Karbonat, Kalsium Oksida,Magnesium Oksida Penyepit, Gunting, Pisau
  • 18. 18 PROSES PEMBUATAN 1. Penyediaan Pasir Mentah Silika. Juga disebut sebagai pasir kuarsa. 2. Tambahkan bahan kimia Bahan kimia seperti Natrium Karbonat atau soda, Kalsium Oksida dan Magnesium Oksida.Natrium karbonat, atau soda, menurunkan suhu yang diperlukan untuk membuat kaca komersial. Kalsium Oksida ditambah untuk mengelakkan udara dari memasuki pasir. Magnesium Oksida juga ditambahkan untuk membuat kaca lebih tahan lama. 3.Pencairan Acuan dipanaskan di dalam ketuhar khas sehingga 1100 celcius untuk menghasilkan kaca cair. 4. Membentuk kaca cair terhasil dari pemanasan dan akan ditiup utk mnghasilkan bentuk yg diingini. Penyediaan pasir mentah silika Tambahkan bahan kimia Pencairan Membentuk Mensteril Produk (Kristal)
  • 19. 19 6. Mensteril. Proses ini disebut annealing, dan menghapus semua titik stres yang mungkin terbentuk di kaca selama pendinginan..Sebuah proses dinamakan tempering, dimana kaca dibentuk dan ditempatkan dalam oven, dipanaskan sampai maximum 600 Celsius dan kemudian disejukkan pada tekanan tinggi.
  • 20. 20 TEKNIK PEMBUATAN Faizy Crystal sdn.bhd telah menggunakan teknik Blowing (teknik tiupan) untuk menghasilkan Kristal. Walaubagaimanapun, teknik ini bergantung kepada saiz Kristal yang ingin dihasilkan. Sekiranya, saiz Kristal yang ingin dihasilkan itu kecil, teknik blowing tidak digunakan. Sekiranya,saiz Kristal yang ingin dihasilkan itu besar, teknik blowing digunakan dan tiupan yang dilakukan adalah lebih kuat. 1.Acuan digelekkan di dalam kaca silika. 2.Acuan dipanaskan di dalam ketuhar khas sehingga 1100 Celcius.
  • 21. 21 3.Kaca cair diratakan untuk proses blowing serta untuk ditempa bentuk. 4.Kaca cair ditiup untuk mengisi ruang di dalamnya untuk memudahkan proses tempaan bentuk.
  • 22. 22 5.Batang besi dipanaskan dan digelekkan ke dalam pasir silika untuk dikukuhkan ke hujung kaca untuk proses pembentukan bentuk. 6.Batang besi dikukuhkan dan proses ‘menggunting’ dilakukan.
  • 23. 23 7. Kaca yang hampir sejuk dipanaskan semula.
  • 24. 24 8.Kaca digunting untuk membentuk permukaan atas bekas. 9.Kaca cair lain dicantumkan untuk membentuk tangkai.
  • 25. 25 10.Blow torch digunakan untuk mencamtukan bahagian tangkai serta mengemaskinikan bentuk. 11.Bentuk kaca kristal dikemaskinikan menggunakan penyepit
  • 26. 26 12.Kaca kristal yang sudah siap ditempatkan seharian di dalam tempat penyimpanan khas.
  • 27. 27 13.Pelbagai bentuk dan warna kaca kristal boleh dihasilkan.
  • 28. 28 FALSAFAH DAN PENGGUNAAN KACA KRISTAL Kaca Kristal adalah anugerah yang bernilai. Manusia sejak zaman berzaman memandang tinggi kepada nilai dan kecantikannya. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan warna bergantung kepada elemen-elemen yang banyak mempengaruhi pembentukannya. Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan atau mengutamakan kebenaran yang umum dan asas. Ia juga bermaksud berfikiran luas. Manakala penggunaan boleh juga disebut sebagai fungsi sesuatu seni atau kraftangan. Seni Kaca Kristal mengandungi falsafah yang tertentu bagi pencipta atau pengkarya dalam bidang ini. Menilai falsafah karya dari seni kaca Kristal, pengkarya lebih dipengaruhi dengan falsafah alam sekitar dan hidupan laut. Kebanyakan unsur corak dan motif yang direka menggambarkan falsafah flora dan fauna serta hidupan di dalam laut. Sebagai contoh, bunga,burung,angsa,ikan dan sebagainya. Kaca Kristal mempunyai pelbagai kegunaan seperti perhiasan dan hadiah serta cenderamata. Sekiranya kaca Kristal dijadikan perhiasan di rumah atau di pejabat, ia mampu menjadi terapi kepada minda dan jiwa yang tertekan. Selain itu, kaca Kristal ini akan mewujudkan suasana yang berbeza kepada ruang yang dihiasi dengannya. Hiasan yang menggabungkan bentuk,gaya serta warna yang memikat hati ini akan menampilkan unsur elegan dan mewah untuk ruang tersebut. Tambahan pula, ia juga boleh menyimpan ,memindahkan dan menukar bentuk tenaga kepada pengguna. Akhir sekali, kaca Kristal ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderamata tanda penghargaan dan kenangan kepada seseorang. Ia juga boleh dijadikan salah satu perhiasan sebagai hantaran perkahwinan bagi yang menginginkan kelainan. Secara kesimpulannya, falsafah dan penggunaan kaca Kristal ini menarik perhatian penggemar- penggemar koleksi hiasan mewah tanpa memerlukan kos yang tinggi.
  • 29. 29 KESIMPULAN Seni kristal merupakan seni yang jarang diterokai di negara kita. Jika peluang ini dimanfaatkan sebetulnya, maka seni ini mampu berkembang dengan lebih pesat dan mampu menjadikannya satu industri yang boleh membantu menjana pendapatan yang lumayan. Selain itu, seni pembuatan kristal di negara kita tidak tidak dikenali dengan meluas disebabkan oleh kurang kilang memproses kristal ini. Kristal yang juga dikenali sebagai “lead glass” merupakan salah satu daripada jenis kaca yang ada sekarang ini. Oleh yang demikian, proses pembuatanya adalah sama dengan proses pembuatan kaca yang lain. Kristal ini bukan sahaja digunakan sebagai barang perhiasan, tetapi juga banyak digunakan di dalam makmal sebagai peralatan yang penting disebabkan oleh sifatnya yang tidak bertindak balas dalam proses kimia. Seni kristal ini perlu diperluaskan lagi di negara kita kerana fungsinya yang pelbagai yang tidak tertumpu hanya kepada barangan perhiasan sahaja malahan dijadikan sebagai barangan kegunaan harian. Kebanyakan barangan hasilan kristal di negara kita adalah hasil import dari negara luar. Jika seni ini ditukar kepada industri, ia mampu membantu membekalkan barangan kristal ini kapada rakyat negara kita tanpa mampu bergantung kepada barangan kristal dari luar negara serta dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.
  • 30. 30 RUJUKAN 1. Sumber akhbar  Intan Mas Ayu Shamimi.2014.Karya popular zaman victoria retrieved 04 April 2014,from Harian Metro  2014.Kilauan Seni Kraf Kristal retrieved 10 Mei 2014, from Kosmo 2. Sumber internet  Kamarul Faizy Roslan.2009.Pengenalan Seni Kristal retrieved 18 June 2009, from http://faizycrystal.blogspot.com/  Rosma.2010.jenis-kristal-kegunaan retrieved 20 April 2010, from http://www.secret- of-crystal.com  Lukevery.2011.Tentang batu kristal dan jenisnya.Asal-usul asli usil.http://lukevery.blogspot.com/.../tentang-batu-kristal-dan...  Kamarul Ariffin Md Yassin.2011.Tarikan dan Keistimewaan Kristal Langkawi retrieved 13 September 2011 from http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=613053  Raj Bhattacharya.2014. Faizy Crystal Glass Blowing Studio retrieved from file:///C:/Users/compaq/Documents/doc/pd2/Langkawi%20Glass%20Blowing%20Stu dio%20-%20Faizy%20Crystal.htm  Siti Aishah Yusoff.2012. Seni Kristal Pulau Lagenda retrieved 22 June 2012, from file:///C:/Users/compaq/Documents/doc/pd2/Seni%20kristal%20pulau%20legenda.ht m  Faizy Crystal Glass Blowing Sdn.Bhd retrieved from http://faizycrystal.com/ 3. Temu bual  Zakiah Binti Awang, 37 tahun, pekerja Faizy Crystal Glass Blowing Sdn.Bhd  Zaidi Bin Zainol, 33 tahun, pekerja Faizy Crystal Sdn.Bhd  Mohd Nawawi Mahadzhir, 34 tahun, pekrja Faizy Crystal Sdn.Bhd