Dokumen ini merupakan rancangan pengajaran harian tentang fasa-fasa bulan. Ia menjelaskan objektif pembelajaran untuk murid memahami bahawa bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri, tetapi kelihatan bercahaya kerana pantulan cahaya dari matahari, serta menerangkan perubahan bentuk bulan yang disebabkan oleh peredaran bulan mengelilingi bumi. Langkah-langkah pengajaran terdiri daripada permainan video
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
Rph courseware
1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kumpulan B
Hari & Tarikh Jumaat & 26 Sept 2014
Masa 8.15 – 9.15 pagi
Tema Menyiasat Bumi dan Alam
Semesta.
Tajuk Fasa-fasa Bulan
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Menyatakan Bulan tidak mengeluarkan cahaya.
Menerangkan bahawa Bulan kelihatan bercahaya apabila ia
memantulkan cahaya.
Menerangkan fasa-fasa Bulan.
Bahan Bantu Mengajar: teaching courseware
( CD 6 ),
LCD,
Computer.
Kemahiran Proses
Sains:
Memerhati,
menganalisis,
menghubungkait,
menjana idea.
Nilai-nilai murni :
Minat dan ingin tahu tentang alam sekitar
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh tuhan.
Langkah-langkah
pengajaran :
Set induksi :
Guru mengedarkan soalan PRE TEST dan murid
menjawab soalan dalam masa 20 minit.
Guru memainkan komponen pengenalan
(menggunakan Teaching course PPSMI CD 6 ). Galakkan
murid berfikir adakah Bulan mengeluarkan cahaya.
Galakkan murid menjawab semua soalan yang diberikan.
Terima semua jawapan yang diberikan oleh murid.
2. Langkah 1 :
Guru memainkan komponen kandungan. Hentikan CD dari
masa ke semasa untuk meminta murid menjawab soalan yang
diberikan di dalam pengajaran (CD). Guru menerangkan
mengapa kita melihat Bulan bersinar terang walaupun Bulan
tidak mengeluarkan cahaya sendiri.
Guru menyoal murid tentang bentuk-bentuk bulan yang
kelihatan berubah-ubah sepanjang bulan. Terima semua
jawapan murid.
Guru menerangkan kepada murid tentang bentuk bulan yang
kelihatan berbeza-beza adalah fasa-fasa Bulan.
Komponen : isi kandungan.
Langkah 2 :
Guru meneruskan dengan komponen isi kandungan.
Guru membimbing murid menjalankan aktiviti berdasarkan
aktiviti dalam komponen isi kandungan. Murid melukiskan di
dalam buku latihan bahagian bola keranjang yang berwarna
putih yang boleh dilihat.
Guru menerangkan perubahan saiz bahagian yang berwarna
putih pada bola keranjang mewakili perubahan fasa-fasa
Bulan.
Guru memainkan CD seterusnya. Guru membimbing murid
memahami bahawa fasa-fasa Bulan berlaku bergantung
kepada kedudukan Bulan dari Matahari dan Bumi. Hentikan
CD dari masa ke semasa untuk menerangkan lebih lanjut
mengenai fasa-fasa Bulan. Benarkan murid menyoal soalan
berkaitan kejadian fasa-fasa Bulan.
Komponen : Isi kandungan.
3. Langkah 3 :
Guru memainkan komponen aktiviti. Galakkan murid
menjalankan aktiviti di rumah ( Menulis diari fasa-fasa Bulan
setiap hari )
Komponen : aktivti
Langkah 4 :
Murid menjawab soalan yang terdapat di dalam komponen
penilaian.
Komponen : penilaian
Langkah 5 :
Guru memainkan komponen lanjutan / sambungan. Hentikan
CD dari masa kesemasa untuk berbincang tentang calendar
yang dibuat berdasarkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi.
Murid memberikan contoh kalendar yang menggunakan
Takwim Qamari yang mereka tahu.
Komponen : lanjutan
Langkah 6 :
Murid menjawab soalan Post Test yang diedarkan.
Bincangkan jawapan.
4. Penutup :
Guru membuat kesimpulan dengan memainkan komponen
ringkasan untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang
pelajaran ini.