Assalamualaikum semua :),
memandangkan musim exam saya da menjelang, jadi saya ingin kongsikan beberapa tips bagi menguatkan daya ingatan kita, semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca...
by: melcassie ^_~
[087776'558899] cara Menggugurkan Kandungan mulai usia 1 | 2 | 3 | 4 | bulan ...
Tip kuat daya ingatan
1. TIP KUAT DAYA INGATAN
Ingatan sering dikaitkan dengan peranan minda manusia. Semakin
banyak manusia menggunakan akal fikiran, daya ingatan akan menjadi
semakin kuat. Ramai individu yang mengetahui hakikat ini, tetapi
berapa ramai yang merancang sesuatu bagi memastikan daya ingatan
sentiasa berfungsi dan mengelakkan daripada berlakunya gejala
Alzheimer atau nyanyuk apabila tua kelak.
Tahukah anda, salah satu petua bagi mengelakkan berlakunya
penyakit nyanyuk atau lupa pada usia tua nanti, kita harus
menggunakan kedua-dua bahagian otak iaitu kiri dan kanan.
Bagaimana hendak menggunakan kedua-dua belah otak kita?
Sepanjang kita berada di sekolah rendah dan menengah lagi kita telah
melakukannya sehinggalah manusia itu sendiri membuat keputusan
untuk menggunakan salah satu daripada bahagian otak tanpa mereka
sedari.
2. TIPS 1: KAWAL TEKANAN
Terdapat 2 tekanan:
- positif
- negatif
Kedua-duanya tetap menjadikan jiwa tidak tenteram.
Apabila jiwa tidak tenteram, manusia akan hilang fokus
terhadap semua perkara.
Seterusnya akan menyebabkan kesihatan turut terjejas.
Tekanan akan menyebabkan manusia tidak dapat berfikir dengan baik lantas
melemahkan daya ingatan yang sedia ada.
3.
4. TIPS 2: BERSENAM
Senaman mampu menggerakkan otot-otot seterusnya
dapat melancarkan peredaran darah ke otak.
Oleh itu, daya ingatan akan menjadi lebih baik.
Senaman tidak semestinya ‘berjoging’ / ‘gim’, senaman
boleh dilakukan di rumah seperti mengemas rumah,
ditempat kerja seperti naik turun tangga dan banyak lagi.
7. TIPS 3: ELAK KEMURUNGAN
Kemurungan akan menyebabkan hidup menjadi tidak ceria.
Apabila tidak ceria dan bahagia, bagaimana manusia
hendak menggunakan daya ingatan dengan baik?
Salah satu punca berlakunya kemurungan adalah kerana
‘kurang minum air putih’
Oleh itu, elakkan daripada menjadi murung.
8. TIPS 4: AWASI
PENGAMBILAN UBAT
Daya ingatan boleh
menjadi lemah dengan
pengambilan ubat-
ubatan tertentu.
Jika tubuh badan tidak
sakit, elakkan untuk
mengambil sebarang
ubatan walaupun
‘panadol’ sekalipun.
9. TIPS 5: JAGA PEMAKANAN
Makanan adalah aspek paling penting.
Pastikan anda mengikut pemakanan
berpandukan’piramid makanan’.
Elakkan daripada makan makanan yang mengandungi
banyak bahan pengawet misalnya makanan ringan.