1. AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL:
AMALAN MUSYAWARAH
Nama : Mohamad Badrul Ariff Bin Mahosin (A156139)
2. Pembangunan sosial merupakan satu proses
pembangunan yang memberi penekanan kepada
manusia dan sistem sosialnya
Ia dihubungkaitkan dengan pelbagai strategi , program
dan aktiviti yang menekankan kepada pengisian nilai-
nilai yang akan mempertingkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan.
3. • Musyawarah merupakan suatu tindakan yang dilakukan
oleh sekelompok orang untuk membahas suatu masalah
dengan tujuan agar mendapatkan solusi.
• Musyawarah merupakan sebuah sistem pengambilan
keputusan yang melibatkan dua orang atau lebih
dengan menyajikan kepentingan-kepentingan sehingga
dapat tercipta suatu keputusan yang disepakati
bersama.
4. • Musyawarah merupakan sebuah upaya yang dilakukan
untuk memecahkan suatu masalah atau persoalan atau
dengan kata lain sebuah upaya untuk mencari jalan
keluar guna mengambil keputusan bersama dalam
menyelesaikan suatu masalah yang melibatkan dua
orang atau lebih.
• Musyawarah adalah pembahasan untuk menyatukan
pendapat dalam penyelesaian suatu masalah yang
menyangkut kepentingan bersama.
• Musyawarah merupakan membicarakan dan
menyelesaikan bersama suatu persoalan dan maksud
untuk mencapai kata mufakat atau kesepakatan.
5. Surat an-Nisa ayat 59
ال ْاوُعيِطَأ َو َ هاّلل ْاوُعيِطَأ ْاوُنَمآ َِينذَّال اَهُّيَأ اَيِرْمَألا يِل ْوُأ َو َلوُسَّرنِإَف ْمُكنِم
ُسَّالر َو ِ هاّلل ىَلِإ ُهوُّدُرَف ٍءَْيش يِف ْمُتْعََازنَتْال َو ِ هاّللِب َونُنِمْؤُت ْمُتنُك نِإ ِلوِم ْوَي
﴿ ًاليِوْأَت ُنَسْحَأ َو ٌْريَخ َكِلَذ ِر ِاآلخ٥٩﴾
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah
dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara
kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat
tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia
kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya),
jika kamu benar-benar beriman kepada Allah
dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih
utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya
6. Berdasarkan kepentingan bersama
Hasil keputusan harus dapat diterima dengan
akal sehat sesuai hati nurani.
Usul atau pendapat yang disampaikan mudah
dipahami dan tidak memberatkan anggota
lain
Dalam proses musyawarah pertimbangan
moral lebih diutamakan dan bersumber dari
hati nurani yang luhur.
7. Melatih untuk menyuarakan pendapat
Setiap orang pasti memiliki idea atau gagasan yang dapat
diungkapkan dalam memecahkan suatu permasalahan yang
sedang dibahas. Dengan mengikuti musyawarah, seseorang
boleh dilatih untuk mengutarakan pendapat yang nantinya
akan dijadikan sebagai bahan pertimbangan dalam mencari
jalan keluar.
Masalah dapat segera diselesaikan
Dengan bermusyawarah, akan memperoleh beberapa jalan
alternatif dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan untuk
kepentingan bersama. Pendapat yang berbeza dari orang
lain mungkin akan lebih baik dari pendapat kita sendiri. Untuk
itu sangat penting untuk kita mendengar dari pandangan
orang lain.
8. Keputusan yang diambil memiliki nilai keadilan
Musyawarah merupakan proses berkongsi pendapat yang hasilnya
keputusan yang diambil adalah merupakan kesepakatan bersama
antara sesama anggota. Kesepakatan yang diambil tentunya tidak
mengandungi unsur paksaan di dalamnya.
Hasil keputusan yang diambil dapat menguntungkan semua
pihak
Keputusan yang diambil dalam suatu musyawarah tidak boleh
merugikan salah satu pihak atau anggota dalam musyawarah supaya
hasil yang keputusan bermusyawarah tersebut dapat diterima dan
dilaksanakan oleh seluruh anggota dengan penuh keikhlasan.
9. Dapat menyatukan pendapat yang berbeza
Dalam sebuah musyawarah sudah pasti akan timbul
beberapa percanggahan pendapat dalam
menyelesaikan suatu masalah .Disitulah letaknya
keindahan dari musyawarah. Hasilnya pendapat-
pendapat tersebut akan di kumpulkan dan ditelaah
secara bersama-sama baik dan buruknya, sehingga
diakhir musyawarah akan terpilih satu dari sekian
pendapat yang berbeza tersebut.
Adanya kebersamaan
Manfaat bermusyawarah, setiap orang dapat bertemu
dengan beberapa karakter serta sudut pemikiran yang
berbeza daripada anggota musyawarah. Secara tidak
langsung dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim
sesama anggota.
10. Amalan Musyawarah sememangnya amalan
penting untuk dan terbaik dalam
pembangunan sosial.
Kepentingan musyawarah adalah medium
penting untuk mewujudkan kesepaduan
dalam kehidupan sosial bermasyarakat.
Amalan bermusyawarah sekiranya diamalkan
akan mempertingkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan.