SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
1 
1.0 Penghargaan 
Seribu kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan 
rahmat kasih sayangnya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. 
Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang mungkin saya tidak sedari di dalam 
hasil tugasan ini, namun saya tetap bersyukur dengan apa yang telah Allah s.w.t. 
ilhamkan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini dan juga memohon maaf 
di atas kekurangan yang terdapat di dalam tugasan ini. 
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 
pensyarah penasihat, Encik Amir Hamzah bin Aman. Tanpa beliau, tidak mungkin 
saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Terlalu banyak tunjuk ajar 
yang telah beliau berikan. Masa yang beliau luangkan untuk membimbing saya, tidak 
akan dilupakan.Terima kasih sekali lagi kerana tidak jemu memberi penerangan dan 
membantu saya. 
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Azmi selaku 
jurulatih Kem Kela kerana sudi memberikan peluang buat saya untuk melaksanakan 
program ekspedisi berakit selama 3 hari 2 malam. Saya juga ingin berterima kasih 
kepada jurulatih-jurulatih yang lain kerana banyak memberikan ilmu pengetahuan 
yang baru mengenai aktiviti berakit dengan lebih mendalam. 
Seterusnya, ucapan terima kasih saya hulurkan kepada ibu bapa saya kerana 
sentiasa memberi sokongan dan galakan untuk sentiasa melakukan yang terbaik. 
Tidak lupa kepada teman-teman yang telah banyak memberikan sokongan dan 
bantuan untuk dalam menyiapkan tugasan ini. 
Sekian, terima kasih.
2 
2.0 Pengenalan 
Program Pendidikan Khas Integrasi atau lebih dikenali sebagai PPKI telah 
diwujudkan di Malaysia pada tahun 1997. Istilah lama bagi program PPKI ini ialah 
Program Pendidikan Khas Percantuman. Menurut Dr Abdullah Yusof (2007), 
program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah 
yang biasa. Kebiasaannya, integrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di 
mana murid khas dan murid normal berkongsi padang sekolah, bangunan dan 
kantin. 
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid 
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan 
bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan 
menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan 
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. 
Objektif pendidikan khas integrasi adalah untuk menyediakan peluang dan 
kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas, menyediakan 
pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid Pendidikan Khas serta 
menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan 
terkini. 
Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan 
Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap 
perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya 
Untuk semester ini, kami pelajar semester enam telah diberikan tugasan yang 
harus disiapkan semasa kami berpraktikum. Tugasan Isu dan Trenda ini memerlukan 
kami untuk menganalisis dan merumus artikel serta mencari maklumat tentang isu-isu 
yang terdapat di sekolah tempat kami berpraktikum.
3 
3.0 Ulasan artikel 
3.1 Tajuk: Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Kanak-Kanak 
Masalah Pembelajaran (Tahap Pembentang: Pemantapan) 
Penulis: Masitah Taib 
Sumber: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 
Artikel ini membincangkan tentang penglibatan ibu bapa dalam 
pendidikan kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Terdapat empat aspek 
penglibatan ibu bapa iaitu penglibatan awal, penglibatan dalam konteks 
kehidupan, amalan penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah serta kesan 
penglibatan ke atas anak dan guru. Menurut Russel (1995), ibu bapa yang 
mempunyai anak yang memerlukan rawatan khas tidak sepatutnya hanya 
bergantung kepada kualiti pendidikan dan program yang telah sedia ada, 
sebaliknya mereka perlu melibatkan diri dalam proses pendidikan anak. 
Menurut Brofenbrenner (1979 dan 1989), persekitaran perkembangan 
individu terdiri daripada lima sistem iaitu, mikrosistem, mesosistem, 
makrosistem, ekosistem dan kronosistem. Teori sistem ekologi Brofenbrenner 
sedikit sebanyak mempengaruhi penglibatan ibu bapa dalam pendidikan 
kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, kajian penglibatan ibu bapa dalam 
pendidikan anak berkeperluan khas yang terdahulu lebih berfokus kepada 
pencapaian akademik dan penguasaan kemahiran. Kajian yang dibuat bagi 
artikel ini lebih bertumpu kepada penglibatan ibu bapa dalam persekitaran 
yang berbeza dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri 
ketidakupayaan dalam pembelajaran. 
Cara pengumpulan data dapat dilihat menerusi protokol temu bual, 
protokol pemerhatian dan analisis dokumen yang dijalankan terhadap enam 
orang ibu bapa terdiri daripada empat orang ibu dan dua orang bapa. Menurut 
perspektif ibu bapa, terdapat beberapa tema yang dapat dikenal pasti 
berhubung penglibatan aktifnya dalam pendidikan kanak-kanak. Empat tema 
yang terlibat adalah impak ketidakupayaan ke atas ibu bapa, konteks 
kehidupan mempengaruhi, amalan membantu dan juga kesan positif anak. 
Menurut perspektif guru, terdapat satu tema yang dapat dikenal pasti
berhubung kesan penglibatan ibu bapa ke atas guru iaitu perubahan bentuk 
penglibatan. 
Impak ketidakupayaan ke atas ibu bapa menjadi punca penglibatan 
awal ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak Masalah Pembelajaran. 
Terdapat enam pengalaman berperingkat penglibatan awal ibu bapa iaitu 
diagnosis, respon emosi, sikap positif, cabaran, strategi mengendali dan 
intervensi awalan. Ini bermula apabila ibu bapa membandingkan 
perkembangan awal kanak-kanak masalah Pembelajaran dengan kanak-kanak 
normal. Kebanyakan ibu bapa memberikan respon emosi yang berbeza 
seperti sedih dan risau. Namun begitu, sikap positif dapat dibina dalam diri 
kesemua ibu bapa menerusi maklumat yang diperoleh daripada jururunding 
dan doktor. Ibu bapa menerima kehadiran anak sebagai satu cabaran yang 
perlu ditempuhi dalam kehidupan. Setelah itu, ibu bapa menggunakan strategi 
dalam menjaga kanak-kanak Masalah Pembelajaran dan menglibatkan diri 
secara tidak langsung dalam program intervensi awal di hospital atau di 
rumah. Kesan positif dalam psikomotor, perkembangan kognitif serta 
pengurangan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak Masalah 
Pembelajaran sedikit sebanyak berpunca daripada usaha ibu bapa 
menglibatkan diri secara aktif dalam intervensi awal. 
Konteks kehidupan mempengaruhi juga menjadi faktor penting ibu bapa 
melibatkan diri secara aktif. Mereka mengaplikasikan kaedah penyesuaian 
masa sama ada berhenti kerja atau bekerja mengikut masa fleksibel. Selain 
itu, ibu bapa yang mempunyai tarap pendidikan dan sosioekonomi yang tinggi 
cenderung untuk mengeluarkan peruntukkan dari segi kemudahan 
pengangkutan dan kemudahan belajar. Dickinson & Lewing, 1990; Rozumali & 
Nazli, 1999) mendapati hanya penjaga-penjaga berpendapatan tinggi, 
berjawatan tinggi dan berpendibkan tinggi sahaja dkatakan memberi 
komitmen yang lebih kepada persekolahan anak. 
Amalan penglibatan ibu bapa di sekolah dan di rumah juga berkait rapat 
dengan amalan asas, penglibatan dalam akademik dan kehidupan serta 
keperluan sokongan sosial. Penglibatan ibu bapa dalam akademik dapat 
dilihat dari segi penyeliaan kerja rumah, penyediaan khidmat guru tuisyen, 
perbincangan dengan guru serta lain-lain lagi. Selain itu, ibu bapa juga 
memerlukan sokongan sosial terutama dari ahli keluarga yang lain, NGO, 
4
majikan, guru, ibu bapa lain serta profesional perubatan. Keluarga yang 
mempunyai anak kwang upaya kini semakm ramai menerima perkhidmatan 
dan pendidikan dari agensi yang membekalkan sistem pengurusan untuk 
mendidik anak kurang upaya (Fiene & Taylor, 1991). 
Dua bentuk kesan positif anak iaitu kesan positif dicapai dan kesan 
positif jangka panjang. Kesan positif dicapai adalah hasil intervensi awal 
manakala kesan positif jangka panjang adalah dari keupayaan kanak-kanak 
Masalah Pembelajaran mengembangkan bakat, mendapat pekerjaan yang 
sesuai dan menjalani kehidupan yang baik. 
Menurut perspektif guru, terdapat tiga kesan interaksi antara guru 
dengan ibu bapa iaitu kesan dua hala, kesan kritikan dan kesan tumpuan. 
Menurut Houtenville dan Convay (2008), penglibatan ibu bapa seperti 
perbincangan, komunikasi menentukan pencapaian kanak-kanak dalam 
mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Secara 
kesimpulannya, ibu bapa boleh memilih sama ingin melibatkan diri secara aktif 
atau pasif dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. 
5
6 
3.2 Isu-isu berkaitan artikel 
Isu pertama yang timbul adalah tiada kesinambungan pembelajaran 
murid di rumah dengan di sekolah. Ini dapat dilihat apabila murid-murid 
berkeperluan khas mempunyai dua corak pembelajaran yang berbeza semasa 
berada di sekolah dan di pusat tuisyen. Berdasarkan artikel di atas, 
penglibatan ibu bapa secara aktif telah mendorong mereka menggunakan 
khidmat guru tuisyen untuk meningkatkan tahap kognitif murid-murid 
berkeperluan khas. Menurut Platt dan Olson (1997), pengaruh ibu bapa 
sangat kuat terhadap perkembangan anak dalam membina keyakinan diri, 
meningkatkan harga diri dan potensi anak. Ibu bapa yang mempunyai tahap 
pendidikan dan sosioekonomi yang tinggi cenderung untuk menghantar anak 
mereka ke pusat-pusat tuisyen yang menjanjikan pencapaian tinggi terutama 
dalam bidang akademik. Kebanyakan ibu bapa yang terdiri daripada kaum 
Cina akan menghantar anak-anak mereka ke pusat terapi seperti terapi 
pertuturan dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan bahasa kanak-kanak 
berkeperluan khas. Selain itu, mereka juga menghantar anak-anak 
mereka ke pusat tuisyen untuk mempelari mata pelajaran teras seperti 
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk meningkatkan 
daya kognitif kanak-kanak berkeperluan khususnya murid-murid hiperaktif. 
Kesan negatif yang dapat dilihat adalah murid akan berasa keliru dengan dua 
corak pembelajaran yang berbeza dan lama kelamaan murid akan 
menunjukkan masalah tingkah laku di dalam kelas. Murid akan berasa cepat 
bosan dan tidak menumpukan perhatian sekiranya isi pelajaran yang di ajar 
oleh guru di sekolah sudah dipelajari semasa berada di pusat tuisyen. 
Isu yang kedua ialah persepsi negatif sekolah terhadap penglibatan ibu 
bapa. Pihak sekolah memandang sumber tenaga ibu bapa adalah sesuatu 
yang membazir kerana pihak sekolah tidak melihat ia sebagai satu kaedah 
yang boleh diguna untuk membantu guru di dalam bilik darjah. Hubungan baik 
antara guru dengan pihak sekolah. perlulah ada dalam menjamin tahap 
pencapaian murid dari semasa ke semasa. Pihak sekolah seharusnya 
memberi penekanan kepada penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti sekolah. 
Ini memberi implikasi kepada penekanan program-program penglibatan ibu 
bapa yang lebih berkesan di sekolah.
Isu ketiga ialah kesedaran ibu bapa mengenai masa depan kanak-kanak 
berkeperluan khas masih berada di tahap minima. Ibu bapa kurang 
prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan 
sepenuh perhatian dalam menguruskan diri. Hal ini dapat dilihat dengan jelas 
dalam kalangan ibu bapa yang tinggal di luar bandar. Sesetengah ibu bapa 
beranggapan murid berkeperluan khas tidak layak untuk mendapatkan 
pendidikan yang seimbang dan sempurna. Isu ketidakhadiran murid di sekolah 
sering timbul kerana ibu bapa kurang peka akan kepentingan pendidikan 
dalam kalangan murid berkeperluan khas. Hal ini bukan sahaja menyukarkan 
murid bahkan kepada guru-guru Pendidikan Khas. Kesan daripada situasi ini, 
wujudlah isu keciciran murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. 
Akhirnya, murid berkeperluan khas hanya menjadi bebanan kepada keluarga 
masing tanpa-tanpa menguasai kemahiran baru seperti pengurusan diri yang 
berguna pada masa akan datang. 
Isu yang seterusnya ialah ketidakpercayaan ibu bapa terhadap guru-guru 
Pendidikan Khas. Ini dapat dilihat apabila sesetengah ibu bapa kurang 
yakin akan kredibiliti guru Pendidikan Khas dalam mengawal dan menjaga 
murid semasa aktiviti renang dijalankan. Ibu bapa masih ragu-ragu untuk 
memberikan kebenaran dalam memberi peluang kepada murid berkeperluan 
khas mencuba sesuatu yang baru. Penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti 
sekolah masih berada pada tahap sederhana. Sebagai contoh, aktiviti terapi 
renang selalu dijalankan sebanyak dua kali sebulan tidak mendapat sambutan 
yang menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Kerjasama antara ibu bapa 
dengan pihak sekolah amatlah kurang dan ini telah menyebabkan program ini 
tidak dapat berjalan seperti biasa disebakan kekurangan penyertaan murid 
berkeperluan khas. Murid berasa bosan kerana tidak dapat menyertai aktiviti 
luar. Pihak ibu bapa misalnya perlu berfikiran positif dan meletakkan sepenuh 
kepercayaan kepada guru Pendidikan Khas mengenai keselamatan anak-anak 
mereka semasa aktiviti luar kerana kebanyakan guru Pendidikan Khas 
7 
merupakan guru yang terlatih. 
Isu yang terakhir adalah kebergantungan ibu bapa terhadap pihak 
sekolah semata-mata dalam usaha mendidik anak mereka mengenai 
pengurusan diri. Isu yang paling ketara timbul apabila ibu bapa yang 
mempunyai taraf pendapatan yang tinggi hanya melibatkan diri secara aktif
dalam penglibatan kanak-kanak berkeperluan khas dari segi peruntukan 
kewangan. Ibu bapa merasakan bantuan dari segi kewangan sudah memadai 
kepada pihak sekolah dan menjadikan kelas Pendidikan Khas sebagai 
‘nursery’ untuk menjaga kebajikan dan keselamatan murid berkeperluan khas 
semasa ketiadaan mereka. Disebabkan itu, terdapat murid yang masih tidak 
tahu membuang air kecil atau besar di tandas. Selain itu, terdapat juga murid 
yang tidak mandi semasa datang ke sekolah kerana kesibukan ibu bapa yang 
mengejar waktu untuk pergi bekerja. Perkara ini sedikit sebanyak 
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dimana guru sendiri 
terpaksa menguruskan murid tersebut semasa berada di dalam kelas. Justeru 
itu, pihak ibu bapa perlu duduk berbincang dengan guru-guru Pendidikan 
Khas mengenai masalah yang dihadapi oleh murid dan berganding bahu 
dalam membantu meningkatkan kemahiran mengurus diri dari semasa ke 
semasa supaya murid dapat berdikari tanpa memerlukan bantuan orang lain. 
8
4.0 Isu pelaksanaan program integrasi di sekolah 
Bagi semester ini, saya bersama dua orang rakan guru pelatih telah menjalani 
praktikum selama dua bulan di sebuah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur 
bermula pada 15 Julai 2013 hingga 20 September 2013. Saya telah ditugaskan pergi 
ke sekolah mempunyai Program Integrasi Masalah Pembelajaran dan mengumpul 
maklumat berkaitan program Integrasi masalah Pembelajaran di sekolah yang dipilih 
sebagai tempat praktikum dalam melengkapkan tugasan PKU3111 Isu dan Trenda. 
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya menggunakan pelbagai cara untuk 
mengumpul data atau maklumat seperti pemerhatian, temu bual, serta soal selidik 
secara tidak langsung. Saya telah membuat pemerhatian ke atas murid-murid 
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), guru-guru PPKI, Pembantu Pengurusan 
Murid (PPM), kelas-kelas PPKI serta kakitangan sekolah. Selain itu, saya telah 
membuat temu bual dengan Guru Penolong Kanan PPKI mengenai murid-murid 
PPKI dan guru-guru PPKI. Pelbagai maklum balas sama ada positif dan negatif telah 
diterima sepanjang saya mengumpul maklumat dan data untuk mengupas isu yang 
menonjol untuk dibincangkan. 
Setelah meneliti semua maklum balas yang diperoleh, saya telah memilih tiga 
isu yang paling menonjol untuk dibincangkan. Tiga isu yang saya pilih untuk 
dibincangkan adalah pelabelan dan pengasingan, penglibatan ibu bapa serta 
kemudahan dan prasarana. 
4.1 Pelabelan dan Pengasingan 
Seperti yang kita sedia maklum, Program Pendidikan Khas Integrasi 
diwujudkan untuk mengintegrasikan murid khas dan murid normal tetapi kajian 
yang dibuat oleh Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) 
mendapati tahap integrasi sosial dalam kalangan murid khas dan murid 
normal masih berada pada aras yang rendah atau minima. Ini jelas 
membuktikan bahawa program ini mempunyai kekurangan kerana terdapat 
beberapa isu yang timbul di sekolah. Maksud pengasingan adalah pemisahan 
antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pengasingan juga dikenali 
sebagai segregasi. 
9
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya mendapati isu 
pengasingan paling ketara berlaku kepada murid-murid Program Pendidikan 
Khas Integrasi. Antara contoh isu yang berbangkit adalah pengasingan jadual 
waktu rehat murid berkeperluan khas dengan murid aliran perdana. Waktu 
rehat bagi murid berkeperluan khas bermula pada pukul 10.00 pagi manakala 
waktu rehat bagi murid aliran perdana bermula pada pukul 10.30 pagi. Faktor 
utama waktu rehat berlainan kerana kemungkinan murid Pendidikan Khas 
akan mengganggu murid normal yang lain semasa makan. Selain itu, murid 
khas juga tidak mampu menguruskan diri dengan baik semasa makan dan 
memerlukan pemerhatian yang lebih daripada Pembantu Pengurusan Murid 
(PPM). Persekitaran yang kotor seperti nasi yang bertaburan dan air yang 
tumpah di atas meja menyebabkan murid normal kurang selesa untuk makan 
berdekatan dengan murid Pendidikan Khas. 
Perbezaan waktu rehat menyebabkan wujudnya jurang sosial antara 
murid berkeperluan khas dengan murid aliran perdana. Kesan negatif yang 
wujud apabila waktu rehat berlainan bagi kedua-dua kelompok ini adalah 
peluang interaksi yang kurang antara murid normal dengan murid khas. Murid 
khas akan mengambil inisiatif berinteraksi antara satu sama lain dengan 
mereka sahaja. Komunikasi dua hala antara murid normal dengan murid khas 
jarang berlaku berbanding komunikasi dua hala antara murid khas dengan 
murid khas yang lain. 
Namun begitu, jurang sosial lebih besar timbul antara murid normal 
dengan murid khas dan menjadi satu isu yang perlu dititikberatkan. Kurangnya 
interaksi antara mereka menyebabkan murid normal tidak dapat mengenali 
dan memahami murid berkeperluan khas. Mereka tidak memahami 
ketidakupayaan yang dialami oleh murid berkeperluan khas kerana kurang 
diberi pendedahan secara terperinci. Akibatnya, mereka tidak mampu 
memahami murid khas dengan sebaiknya. 
Dari segi penglibatan kokurikulum, murid berkeperluan khas akan 
diasingkan dengan murid-murid normal. Aktiviti kokurikulum seperti unit 
beruniform, sukan dan persatuan akan dijalankan pada setiap hari Rabu 
bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Namun begitu, aktiviti 
10
kokurikulum tidak berjalan seperti biasa bagi murid PPKI. Menurut guru di situ, 
tujuan kokurikulum tidak berjalan seperti biasa kerana murid khas sukar untuk 
dikawal serta akan menganggu kelancaran aktiviti kokurikulum. Hal ini 
menyebabkan saya terpaksa mengikuti aktiviti kokurikulum murid-murid aliran 
perdana pada setiap hari Rabu. Kesannya, saya tidak dapat diberi peluang 
mengendalikan atau mengawal pergerakan murid berkepeluan khas ketika 
aktiviti kokurikulum dijalankan. Kurangnya penglibatan murid Pendidikan Khas 
dalam aktiviti kokurikulum sedikit sebanyak merugikan mereka kerana 
pengetahuan dan pengalaman baru mengenai unit beruniform misalnya tidak 
dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, murid berkeperluan 
khas akan mengalami masalah penyesuaian diri dalam masyarakat setempat. 
Kebaikan murid berkeperluan khas melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum 
sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi diri dan memupuk sifat 
kepimpinan dalam diri mereka. Sebagai contoh, murid perlu mendengar 
arahan dan berdiri tegak semasa aktiviti kawad kaki dijalankan dan ini sedikit 
sebanyak dapat mengawal disiplin dan tingkah laku mereka. Secara tidak 
langsung, guru dapat mengaplikasikan aktiviti tersebut di dalam kelas supaya 
kawalan kelas lebih terkawal dan sistematik. 
Isu pelabelan juga merupakan isu penting yang sering disebut terutama 
dalam Pendidikan Khas. Definisi pelabelan adalah satu tanggapan atau 
penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri. 
Berdasarkan pemerhatian saya, guru-guru di sekolah terutama guru PPKI 
sering melabelkan murid Pendidikan Khas sebagai murid yang berrmasalah 
dan teruk. Ini dapat dilihat apabila terdapat seorang murid khas dilabel 
sebagai seorang yang samseng oleh guru PPKI sambil diperhatikan oleh 
pihak luar yang datang ke sekolah pada ketika itu. Insiden ini berlaku apabila 
murid tersebut telah bersikap kurang ajar terhadap guru tersebut dengan 
mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan. Kesan daripada insiden tersebut, 
masyarakat luar akan memberi persepsi negatif terhadap kesemua murid 
Pendidikan Khas. Secara tidak langsung, murid Pendidikan Khas akan berasa 
rendah diri dan kurang keyakinan dalam diri mereka. Ini dapat dilihat apabila 
terdapat seorang murid perempuan yang mengalami masalah ‘Down 
Sindrome’ sering menutup muka kerana takut untuk berdepan dengan murid 
11
aliran normal yang lain. Sebab utama murid tersebut berkelakuan sebegitu 
adalah kerana dia pernah dibuli oleh murid aliran perdana. 
Isu pelabelan juga berlaku dalam kalangan guru dimana guru aliran 
perdana memandang serong guru Pendidikan Khas dengan melabel mereka 
sebagai guru yang mempunyai bebanan kerja yang sedikit, mengajar jumlah 
murid yang sedikit serta mudah untuk mengajar murid yang berkeperluan 
khas. Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif guru aliran 
perdana kepada guru Pendidikan Khas mengenai elaun, gaji dan kemudahan 
yang diberikan oleh kerajaan. Tugas menjadi seorang guru Pendidikan Khas 
amatlah besar walaupun di mata kasar mereka hanya perlu mengajar murid 
yang sedikit dan mempunyai tahap IQ yang rendah. Antara tugas yang perlu 
digalas oleh guru Pendidikan Khas adalah mereka pelu menjaga kebajikan 
murid-murid berkeperluan khas, menyediakan bahan bantu belajar (BBB) 
yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid Pendidikan Khas, menyediakan 
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk menilai tahap perkembangan 
seseorang murid dan sebagainya. Perkara sebegini tidak seharusnya timbul 
kerana kesemua guru mempunyai beban tugas yang sama mengikut skop 
jawatan masing-masing. Menerusi artikel surat khabar Berita Harian bertarikh 
2 April 201 mengatakan bahawa tokoh-tokoh akademik mengesyorkan supaya 
jawatan pembantu guru diwujudkan untuk mengurangkan beban tugas 
pengkeranian yang semakin bertambah dalam kalangan guru. 
Gambar 1: Keratan artikel Berita Harian bertarikh 2 April 2010 
12
Ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan guru aliran perdana 
cemburu dengan guru Pendidikan Khas yang mempunyai Pembantu 
Pengurusan Murid (PPM) dalam membantu menjaga kebajikan murid-murid 
khas. Jawatan pembantu guru yang disyorkan perlu diberi perhatian untuk 
mengkaji tahap keberkesanan jawatan tersebut dalam membantu 
mengurangkan beban tugas guru aliran perdana. Sekiranya jawatan 
pembantu guru yang dicadangkan dapat menghilangkan persepsi negatif guru 
aliran perdana terhadap guru Pendidikan Khas, maka kerajaan perlu 
melaksanakan pengambilan jawatan pembantu guru secepat mungkin agar 
jurang antara guru aliran perdana dengan guru pendidikan khas dapat 
dikurangkan. Kesannya, isu pelabelan terhadap guru PPKI tidak akan berlaku 
dan kerjasama yang baik dapat dihasilkan antara guru aliran perdana dengan 
guru PPKI dari semasa ke semasa. 
4.2 Kepelbagaian Kompetensi Murid 
Murid-murid Pendidikan Khas mempunyai tahap keupayaan yang 
berbeza mengikut aras kognitif mereka. Teori Kecerdasan Pelbagai telah 
dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Menurut Gardner, setiap manusia 
mempunyai lapan tahap kecerdasan pelbagai iaitu kinestetik, muzik, verbal-linguistik, 
visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan logik-matematik. 
Tahap kecerdasan manusia yang diukur berdasarkan ujian IQ 
adalah terlalu terhad dan sudah ketinggalan zaman. Justeru itu, Gardner 
mencadangkan 8 jenis kecerdasan pelbagai yang berbeza sebagai cara untuk 
mengukur potensi kecerdasan manusia sama ada golongan kanak-kanak 
mahupun dewasa. 
Bagi praktikum semester dua ini, saya telah ditugaskan untuk mengajar 
dua buah kelas bagi subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Melalui 
pemerhatian dan pengalaman saya ketika mengajar murid Pendidikan Khas 
adalah wujudnya isu penempatan yang tidak sesuai berdasarkan keupayaan 
dan kebolehan murid. Sebagai contoh, terdapat tiga golongan murid yang 
mempunyai keupayaan IQ yang berbeza iaitu tahap IQ yang terlalu rendah, 
sederhana dan tinggi. Ketiga-tiga golongan murid ini dicampurkan dan 
diletakkan sekali dalam kelas yang sama. Berdasarkan temu bual antara saya 
13
dengan guru Penolong Kanan PPKI, jelas menunjukkan bahawa murid PPKI 
ditempatkan mengikut umur. Hal ini menyebabkan murid yang mempunyai IQ 
yang tinggi cepat berasa bosan dan mudah terganggu dengan persekitaran 
mereka. Ini dapat dilihat apabila murid yang memiliki IQ yang tinggi cenderung 
melakukan aktiviti yang lain semasa guru mengajar. Selain itu, murid tersebut 
juga sering menunjukkan masalah tingkah laku seperti menjongketkan kerusi 
semasa duduk untuk menunjukkan perasaan bosan di dalam kelas. Bagi 
murid yang memiliki IQ yang rendah, mereka tidak berminat untuk 
menumpukan perhatian dan belajar dengan baik di dalam kelas kerana 
mereka berasa tersisih daripada murid-murid yang lain. Hal ini menyebabkan 
murid yang memiliki IQ yang rendah akan lebih ketinggalan semasa mengikuti 
proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan lebih cenderung 
mengganggu rakan di sebelah untuk menghilangkan rasa bosan. 
Selain itu, murid-murid Pendidikan Khas ditempatkan mengikut masalah 
pembelajaran yang pelbagai. Murid-murid saya terdiri daripada pelbagai jenis 
masalah pembelajaran iaitu hiperaktif, ‘slow learner’, masalah penglihatan dan 
autisme. Murid hiperaktif mempunyai masalah tingkah laku di mana mereka 
sering berjalan-jalan di sekitar kelas dan sering membuat alasan untuk pergi 
ke tandas. Murid autisme mempunyai masalah tingkah laku di mana mereka 
tidak menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Hal ini 
menyebabkan kawalan kelas menjadi terkawal kerana murid merayau-rayau di 
dalam kelas, membuat bising dan mengganggu rakan yang lain. Kesilapan 
yang paling ketara dalam penempatan murid Pendidikan Khas adalah murid 
yang mengalami masalah penglihatan dimasukkan bersama dengan murid 
bermasalah pembelajaran. Rentetan daripada situasi tersebut, saya terpaksa 
membuat bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai dengan masalah 
pembelajaran murid kerana terdapat seorang anak murid yang mengalami 
masalah penglihatan. Bahan bantu belajar (BBB) yang dibina perlu besar, 
jelas, ringkas, penggunaan warna yang minimum dan penggunaan saiz 
perkataan yang besar sesuai dengan ketidakupayaan yang dialami oleh murid 
saya. Saya juga perlu menggunakan pendekatan ‘bermain sambil belajar’ 
seperti permainan golf untuk menarik minat murid untuk menumpukan 
perhatian dalam jangka masa yang lama semasa sesi pengajaran dan 
14
pembelajaran dijalankan. Lembaran kerja yang diberikan juga perlu sesuai 
dengan aras kognitif murid dan tahap keupayaan murid. 
Gambar 2: Kepelbagaian murid mengikut masalah pembelajaran 
Gambar 3: Murid PPKI yang mengalami masalah penglihatan 
Selain itu, bilangan murid yang ditempatkan dalam satu kelas terlalu 
ramai. Sebagai contoh, kebanyakan kelas Pendidikan Khas terdiri daripada 8 
orang murid. Jumlah tersebut boleh dikatakan agak ramai untuk kelas 
Pendidikan Khas ditambah pula dengan tahap IQ yang berbeza dalam 
kalangan murid. Guru mengalami masalah dalam mengawal kelas yang terdiri 
daripada murid yang terlalu ramai. Guru tidak dapat menjaga dan mengawasi 
murid agar tidak melanggar peraturan di dalam kelas. Bilangan murid yang 
melebihi jangkauan pengawasan guru akan memberikan tekanan kepada guru 
15
untuk mengawal disiplin kelas sebelum kelas bermula. Sebagai contoh, jika 
seorang guru Pendidikan Khas mempunyai 60 minit masa mengajar, terdapat 
10 minit yang telah terbuang begitu sahaja akibat daripada untuk mengawal 
keadaan kelas dan suasana murid yang kurang selesa kerana kesesakan 
dalam kelas. Justeru itu, peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) 
amatlah perlu dalam membantu guru Pendidikan Khas mengawal tingkah laku 
murid-murid. Peneguhan negatif seperti denda atau hukuman boleh 
dilaksanakan sekiranyan murid menunjukkan masalah tingkah laku yang tidak 
diingini semasa P&P berlangsung. 
16 
4.3 Kemudahan fizikal 
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin 
merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu 
diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Persekitaran yang selesa, 
kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran 
murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek 
seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan 
pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, 
pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. 
Isu yang dapat saya kupas adalah ketiadaan bilik yang sesuai dan 
kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas. Seperti 
yang kita sedia maklum, sebuah bilik darjah yang kondusif adalah berukuran 
sekurang-kurangnya 2 bay. Susun atur kelas tertakluk kepada pelan yang 
telah diluluskan dalam projek brif RMK9. Keadaan kelas yang yang sempit 
dan tidak selesa sedikit sebanyak mengganggu proses P&P guru. Sekolah 
saya tidak mengaplikasikan kaedah stesen di mana murid perlu bergerak ke 
stesen-stesen yang telah ditetapkan seperti stesen Bahasa Melayu, 
Matematik dan sebagainya mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 
Sebaliknya, sekolah saya mengaplikasikan kaedah kelas biasa dimana guru 
yang akan bergerak ke kelas masing-masing manakala murid akan menunggu 
guru untuk masuk ke dalam kelas. 
Melalui pemerhatian saya, saya mendapati sebuah kelas terpaksa 
dikongsi oleh dua kumpulan yang berbeza. Antara kesan negatif yang dapat
saya kenal pasti adalah murid mudah terganggu dan tidak dapat menumpukan 
sepenuh perhatian semasa proses P&P dijalankan. Ini kerana murid 
terganggu dengan kelantangan suara oleh guru atau murid yang berada di 
kelas yang bersebelahan. Murid akan berasa keliru dengan arahan yang 
diberikan oleh guru dan tidak dapat menerima maklumat yang disampaikan 
dengan baik. Guru juga akan mengalami masalah ketika memasang alat 
muzik semasa sesi P&P dimana murid mudah tertarik dengan bunyi-bunyian 
dan secara tidak langsung mereka akan pergi ke kelas sebelah dan 
meninggalkan kelas tanpa menghiraukan guru yang berada di hadapan kelas. 
Guru Pendidikan Khas juga akan mengalami masalah dalam membuat 
aktiviti permainan yang memerlukan ruang yang luas untuk bergerak. Ruang 
yang kecil mengehadkan murid untuk bergerak semasa aktiviti permainan 
dijalankan. Guru perlu mengambil inisiatif mengubahsuai permainan yang 
hendak dijalankan supaya bersesuaian dengan ruang yang kecil. Antara 
permainan yang boleh dijalankan tanpa menggunakan ruang yang besar 
adalah seperti permainan kotak beracun, permainan harta karun dan 
permainan memancing ikan. Saya telah melaksanakan kesemua aktiviti 
permainan tersebut dan ternyata aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dengan 
lancar tanpa dipengaruhi oleh ruang yang kecil. Masalah ini dapat diatasi 
dengan cara menempatkan satu kumpulan bagi satu kelas sahaja ataupun 
menggunakan papan lembut sebagai pembahagi setiap kelas. 
Selain itu, kekurangan peralatan sukan juga menjadi isu yang perlu 
diambil kira dalam Pendidikan Khas. Ini dapat dilihat apabila kemudahan 
peralatan sukan di dalam stor Pendidikan Khas tidak mencukupi bagi bilangan 
murid Pendidikan Khas yang ramai. Sebagai contoh, terdapat beberapa set 
gelung, kon, bola, tali yang hanya boleh digunakan bagi mata pelajaran 
Pendidikan Jasmani. Kekurangan peralatan sukan sedikit sebanyak 
mengehadkan kemahiran sukan yang perlu diajar kepada murid Pendidikan 
Khas. Saya terpaksa meminjam peralatan sukan di stor sekolah yang terletak 
bersebelahan dengan bilik Urus Diri. Namun begitu, kebanyakan peralatan 
sukan tidak boleh digunakan kerana sudah rosak dan patah. Terdapat juga 
bola yang sudah kempis disebabkan kekurangan angin. Guru Pendidikan 
Khas terpaksa menggunakan bola yang keras dan berat. Bola sebegini jelas 
17
tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk murid berkeperluan khas. Bola 
yang sesuai digunakan mestilah bersifat ringan, lembut, selamat dan tidak 
merbahaya. Terdapat murid yang mempunyai kemahiran motor kasar yang 
rendah tidak mampu menangkap bola yang keras dan berat. Ini akan 
menyebabkan kecederaan pada tangan murid tersebut. 
Selain itu, guru Pendidikan Khas cenderung untuk mengajar kemahiran 
sukan yang sama berulang kali disebabkan kekurangan peralatan sukan. 
Hasil temu bual antara saya dengan murid-murid Pendidikan Khas mendapati 
guru Pendidikan Khas cenderung mengajar kemahiran menggunakan bola 
dan juga kemahiran badminton semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani. 
Mereka beranggapan kemahiran tersebut mudah untuk diajar dan kelas 
mudah untuk dikawal. Namun begitu, lama kelamaan murid akan berasa 
bosan kerana mempelajari kemahiran yang sama berulang kali dan tidak 
berpeluang mempelajari kemahiran baru yang lain. Hal ini menyebabkan 
tahap penguasaan murid terhadap kemahiran Pendidikan Jasmani tidak dapat 
dikenal pasti dari semasa ke semasa. Guru seharusnya menyediakan senarai 
semak kemahiran Pendidikan Jasmani bagi setiap murid agar 
penambahbaikan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa. Senarai semak 
tersebut boleh menjadi bukti untuk diberikan kepada pihak ibu bapa dalam 
memantau perkembangan fizikal murid terutama dalam mata pelajaran 
Pendidikan Jasmani. 
Kekurangan bilik-bilik khas seperti bilik Urus Diri juga menjadi isu yang 
perlu dibincangkan oleh pelbagai pihak. Seperti yang kita sedia maklum, mata 
pelajaran Pengurusan Diri memerlukan murid Pendidikan Khas mempelajari 
cara mengurus diri dari segi pakaian, tempat tinggal, tempat tidur dan 
sebagainya. Namun begitu, terdapat isu yang timbul apabila tiada ruang khas 
yang disediakan untuk melaksanakan aktiviti membasuh kasut bagi mata 
pelajaran Urus Diri. Guru Pendidikan Khas terpaksa menjalankan aktiviti 
tersebut di koridor sekolah yang terletak di belakang kelas Pendidikan Khas. 
Bilangan murid yang ramai menyebabkan murid terpaksa berhimpit untuk 
memberus kasut pada ruang yang agak terhad. Namun begitu, kelas masih 
lagi berada dalam keadaan terkawal kerana guru Pendidikan Khas dibantu 
oleh Pembantu Pengurusan Murid. Saluran air yang terletak di koridor 
18
tersebut juga kecil dan melambatkan proses membilas kasut yang telah 
diberus. Setelah selesai membasuh kasut, murid terpaksa bergerak ke tempat 
yang lain pula untuk menjemur kasut dan meletakkan kapur pada kasut 
tersebut. Hal ini menyebabkan kelancaran aktiviti tersebut terjejas disebabkan 
murid telah menunjukkan masalah tingkah laku seperti berlari dan bergaduh 
antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu 
mengambil inisiatif menyediakan bilik-bilik khas bagi mata pelajaran Urus Diri 
khususnya. Ini sedikit sebanyak dapat memudahkan tugas guru Pendidikan 
Khas untuk mengajar kemahiran Urus Diri kepada murid-murid berkeperluan 
khas yang dapat diguna pakai di masa akan datang. 
Gambar 4: Ruang urus diri yang terhad 
Gambar 5: Ketiadaan tempat untuk membasuh kasut 
19
20 
5.0 Refleksi 
Bagi semester ini, saya perlu menyiapkan tugasan bagi kerja kursus Isu dan 
Trenda (PKU 3111) untuk subjek major Pendidikan Khas. Saya perlu membuat dua 
sub tugasan iaitu membuat rumusan artikel dan membincangkan isu-isu yang timbul 
berdasarkan isi artikel tersebut serta mengumpul maklumat berkaitan program 
Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah semasa menjalani praktikum selama dua 
bulan. Saya telah menggunakan pelbagai teknik seperti pemerhatian dan temu bual 
dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan tugasan yang diberikan. 
Antara kekuatan yang dapat saya kenal pasti adalah saya dapat membina 
hubungan baik dengan pihak sekolah terutama guru-guru Pendidikan Khas, 
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) serta murid-murid Pendidikan Khas. Saya telah 
membuat pemerhatian terhadap kelas-kelas Pendidikan Khas, kemudahan fizikal 
serta corak pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan oleh guru-guru PPKI 
kepada murid –murid PPKI. Temu bual juga telah saya jalankan terhadap beberapa 
orang PPM, murid-murid Pendidikan Khas serta guru-guru Pendidikan Khas dalam 
usaha untuk mengenal pasti isu yang menonjol untuk dibincangkan. 
Sikap peramah dan ringan tulang dalam diri saya sedikit sebanyak membantu 
saya mendapatkan maklumat yang diperoleh dengan cepat. Selain itu, sikap mudah 
mesra dalam diri membantu saya untuk mengenali pihak sekolah dan kakitangan 
sekolah seperti staf akademik dengan lebih mudah dalam jangka masa yang singkat. 
Walaupun pada mulanya, saya berasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan 
persekitaran sekolah, namun dengan sokongan dan bantuan yang tidak putus-putus 
daripada pihak sekolah memudahkan saya untuk mengenali mereka dengan lebih 
dekat dan dapat mengurangkan rasa malu yang terdapat dalam diri saya. 
Saya juga dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal 
dalam diri sepanjang menjalani praktikum selama dua bulan di sebuah sekolah yang 
terletak di Kuala Lumpur. Selain daripada saya dan dua orang rakan pelatih, terdapat 
empat orang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa 
Antarabangsa yang mengambil kos Kajian Sosial dan juga Teaching English as 
Secondary Language (TESL). Saya banyak membuat perbincangan mengenai 
tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan bertukar-tukar pendapat antara satu
sama lain. Saya dapat menimba pengalaman baru ketika menjalani praktikum 
selama dua bulan kerana dapat bergaul dengan guru pelatih dari institut yang lain. 
Kekuatan yang seterusnya adalah saya dapat mengukuhkan kemahiran 
merumus artikel dengan lebih baik. Ini kerana saya tidak mengalami masalah dalam 
membuat ulasan berdasarkan artikel yang telah dipilih kerana saya mempunyai 
pengalaman membuat ulasan artikel bagi kursus Pentaksiran dalam Pendidikan 
Khas. Pengalaman sedia ada sedikit sebanyak dapat membantu saya menghasilkan 
rumusan artikel yang berkualiti dan memenuhi kehendak yang tugasan yang 
diberikan. Saya juga dapat melatih diri supaya membiasakan diri dengan memahami 
dan menghayati kandungan jurnal dengan lebih baik. Kemahiran ini perlu dikuasai 
dengan lebih baik agar saya tidak mengalami masalah dalam membuat tesis semasa 
berada di semester 8 kelak. 
Selain itu, saya juga dapat melatih diri untuk berfikir secara kritis dan kreatif 
serta mengaplikasikan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi. Ini dapat dilihat 
menerusi sub tugasan 1 yang memerlukan saya mencungkil dan membincangkan 
isu-isu yang timbul berdasarkan isi artikel tersebut. Saya perlu bijak menggunakan 
kemahiran berfikir aras tinggi seperti menganalisis, menaakul dan mencari isi tersirat 
yang terdapat pada jurnal yang dipilih. Kemahiran menaakul, menginterpretasi dan 
membuat inferens misalnya merupakan kemahiran membaca aras tinggi bagi bahan-bahan 
bacaan yang lebih bersifat kompleks seperti jurnal yang merupakan hasil 
laporan kajian yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh bijak pandai. Menurut Onosko dan 
Newmann(1994), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah penggunaan potensi 
minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan pelajar menilai maklumat 
secara kritis, membuat inferens dan membuat generalisasi. Kesemua kemahiran 
tersebut dapat diaplikasikan ketika membuat rumusan berdasarkan jurnal yang 
dipilih. 
Kekuatan yang paling ketara yang dapat saya lihat adalah saya dapat melihat 
sendiri isu-isu yang timbul dalam Pendidikan Khas semasa menjalani praktikum 
selama 2 bulan di sekolah. Tidak semua isu yang dipaparkan di dada akhbar adalah 
benar kerana ia bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah itu sendiri. 
Sebagai contoh, tahap sosioekonomi sedikit sebanyak mempengaruhi hubungan 
antara guru dengan ibu bapa murid-murid Pendidikan Khas. Kebanyakan ibu bapa 
21
yang mempunyai tahap pendidikan yang bagus lebih mudah memberikan kerjasama 
terutama dari segi kewangan dan bantuan berbanding ibu bapa yang berpendapatan 
rendah sukar untuk memberikan kerjasama dengan pihak guru. 
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kenal pasti adalah 
pengurusan masa yang lemah. Ini dapat dilihat apabila saya mengambil masa yang 
terlalu lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya tidak dapat 
membahagikan masa dengan baik dimana saya memperuntukkan masa yang lama 
dalam mengupas isu-isu yang timbul di sekolah berbanding ulasan artikel. Selain itu, 
saya juga menyiapkan tugasan yang lain terlebih dahulu sebelum menyiapkan 
tugasan isu dan trenda. Ini menyebabkan tumpuan saya terhadap tugasan ini kurang 
dan tidak menyeluruh berbanding tugasan-tugasan yang lain. Kesan daripada 
pengurusan masa yang lemah menyebabkan saya tidak dapat menghantar tugasan 
pada masa yang telah ditetapkan. 
Cadangan penambahbaikan adalah saya perlu merancang dan mengatur 
pengurusan masa dengan lebih efektif. Langkah yang perlu diambil adalah dengan 
cara membuat senarai semak tugasan –tugasan yang perlu diselesaikan dahulu. 
Saya juga perlu merangka draf atau pelan awal sebelum menyiapkan sesuatu 
tugasan sebagai petunjuk agar tidak tersasar daripada objektif tugasan tersebut. 
Bagi mengelakkan tugasan yang bertimbun pada suatu masa, saya harus 
memberikan komitmen yang penuh dalam menyiapkan tugasan secepat yang 
mungkin. 
Kelemahan yang seterusnya adalah sumber artikel sama ada dalam bentuk 
jurnal bercetak atau ‘online’ adalah terhad. Ini dapat dilihat apabila terdapat rakan-rakan 
yang memilih artikel yang sama kerana skop yang dipilih adalah berbentuk 
umum iaitu mengenai bidang Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. 
Saya bebas untuk memilih artikel yang bersesuaian dengan bidang Masalah 
Pembelajaran dan mudah untuk dibuat rumusan secara keseluruhan. Kebanyakan 
artikel yang terdapat Pusat Sumber institut kami tidak dikemaskini dan diterbitkan 
pada tahun 2000 ke bawah. Artikel yang dijumpai banyak mengupas isu-isu lama 
dan sudah lapuk untuk dibincangkan pada masa kini. 
Cadangan penambahbaikan adalah saya perlu mengambil alternatif dengan 
pergi ke Perpustakaan Negara untuk mencari artikel yang sudah dikemaskini dan 
22
diterbitkan pada tahun 2000 ke atas. Saya juga perlu bijak memilih artikel yang 
bagus dan mantap agar tidak mengalami kesukaran dalam merumus artikel dan 
mencari isu-isu berkaitan artikel yang dipilih. Walaupun saya memilih artikel yang 
sama dengan rakan yang lain, namun begitu corak penulisan saya berbeza dengan 
rakan yang lain bergantung kepada maklumat yang diperoleh daripada laman 
sesawang internet dan juga buku-buku rujukan. Setiap pelajar mempunyai kebolehan 
tersendiri dalam mengolah isi dan pendapat mengikut pemahaman masing-masing. 
Kelemahan yang ketiga adalah kekurangan maklumat mengenai murid-murid 
Pendidikan Khas dan juga maklumat sekolah. Berdasarkan tinjauan yang dibuat, 
saya mendapati guru-guru Pendidikan Khas tidak mengemas kini fail peribadi murid. 
Terdapat murid yang baru sahaja memasuki sekolah tersebut tetapi tidak mempunyai 
fail peribadi. Maklumat sekolah juga sukar untuk diperoleh kerana hanya seorang 
sahaja guru Pendidikan Khas yang memiliki buku Pengurusan Sekolah. Saya 
mengambil masa yang agak lama untuk mengumpul kesemua maklumat yang 
diperlukan pada masa yang ditetapkan. 
Cadangan penambahbaikan adalah saya perlu mengambil alternatif lain 
dengan membuat temu bual dengan Pembantu Pengurusan Murid (PPM), kerani 
sekolah, pengusaha kantin dan staf-staf sokongan yang lain dalam mendapatkan 
maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh, pengusaha kantin banyak menceritakan 
tentang sikap murid-murid Pendidikan Khas manakala PPM banyak menceritakan 
tentang keperluan asas yang diperlukan oleh murid. Maklumat yang diterima oleh 
pihak sekolah sedikit sebanyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan lebih 
baik. 
Kelemahan yang seterusnya adalah kekeliruan terhadap subtugasan 1 dan 
subtugasan 2. Ini dapat dilihat apabila kedua-dua subtugasan tersebut memerlukan 
saya mencari isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan Khas. Kemungkinan besar 
isu-isu yang dibincangkan adalah isu yang sama bagi subtugasan 1 dan subtugasan 
2. Cadangan penambahbaikan yang dapat saya kenal pasti adalah saya perlu 
membaca soalan subtugasan 1 dan subtugasan 2 dengan lebih teliti untuk 
memahami kehendak soalan. Isu-isu bagi subtugasan 1 adalah berdasarkan rtikel 
yang dipilih manakala isu-isu bagi subtugasan 2 adalah berdasarkan pemerhatian 
terhadap sekolah yang mempunyai Program Integrasi Masalah Pembelajaran. Saya 
23
telah mengadakan sedikit perbincangan dengan rakan yang lain tentang 
permasalahan yang dihadapi dalam memahami kehendak soalan tugasan. Ternyata 
segala permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. 
Menurut Md. Rusli dan Ramlah (1992), kaedah perbincangan adalah satu aktiviti 
secara berkumpulan iaitu melalui penglibatan murid-murid secara bekerjasama 
antara satu sama lain dalam membincangkan sesuatu topik atau masalah. Ini jelas 
membuktikan bahawa kaedah perbincangan mendatangkan kesan yang baik kepada 
pelajar dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif semasa proses 
pembelajaran berlaku. 
24
25 
6.0 Penutup 
Terdapat banyak cadangan penambahbaikan dalam mengurangkan isu-isu 
yang timbul dalam Pendidikan Khas. Antaranya adalah mengenai isu pelabelan guru 
aliran perdana yang memberi persepsi negatif kepada guru Pendidikan Khas dapat 
diatasi dengan cara guru PPKI membuktikan kejayaan murid PPKI seperti melalui 
kelas kemahiran seperti pertanian, masakan, pertukangan dan lain-lain. Guru 
pendidikan khas juga boleh mempelawa guru aliran perdana untuk mengajar atau 
plaing tidak sebagai guru ganti jika ada guru Pendidikan Khas yang terpaksa 
mengambil cuti sekiranya masih lagi terdapat tanggapan negatif mengenai kerja 
mudah elaun besar. 
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam 
menyelesaikan isu-isu yang sering timbul dalam Pendidikan Khas terutama pihak 
sekolah, guru-guru aliran perdana, guru-guru Pendidikan Khas, ibu bapa dan 
komuniti luar. Komitmen yang padu dan jitu amatlah perlu dalam membentuk sikap 
dan tingkah laku murid Pendidikan Khas menjadi lebih baik dan berupaya menguasai 
kemahiran asas seperti kemahirang menguruskan diri tanpa memerlukan bantuan 
dan bimbingan orang lain. Murid Pendidikan Khas akan berasa dihargai dan berhak 
mendapat pengiktirafan daripada masyarakat setempat apabila dapat menjalani 
kehidupan senormal yang boleh serta menjalani kehidupan dengan lebih baik.

More Related Content

What's hot

Model layanan pendidikan bagi anak berkebutuhan khusus i
Model layanan pendidikan bagi anak berkebutuhan khusus iModel layanan pendidikan bagi anak berkebutuhan khusus i
Model layanan pendidikan bagi anak berkebutuhan khusus iNur Faiza
 
Jurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade MuslimatJurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade MuslimatAde Muslimat
 
Model layanan abk dan pendidikan inklusi
Model layanan abk dan pendidikan inklusiModel layanan abk dan pendidikan inklusi
Model layanan abk dan pendidikan inklusiRoHim MohaMad
 
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak  Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak Ustat Penang
 
Pendidikan Inklusif: Materi Pengantar untuk Penerapan di PAUD
Pendidikan Inklusif: Materi Pengantar untuk Penerapan di PAUDPendidikan Inklusif: Materi Pengantar untuk Penerapan di PAUD
Pendidikan Inklusif: Materi Pengantar untuk Penerapan di PAUDWiwin Hendriani
 
Pendidikan terbaik di_dunia
Pendidikan terbaik di_duniaPendidikan terbaik di_dunia
Pendidikan terbaik di_duniaWahono Syahida
 
Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPRA-UNIVERSITY
 
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abkMakalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abkAiyUis NuriEanty
 
Penelitian identifikasi-dan-sosialisasi-anak-berkebutuhan-khusus-di-sekolah-umum
Penelitian identifikasi-dan-sosialisasi-anak-berkebutuhan-khusus-di-sekolah-umumPenelitian identifikasi-dan-sosialisasi-anak-berkebutuhan-khusus-di-sekolah-umum
Penelitian identifikasi-dan-sosialisasi-anak-berkebutuhan-khusus-di-sekolah-umumiwan Alit
 
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar
Masalah disiplin dalam kalangan pelajarMasalah disiplin dalam kalangan pelajar
Masalah disiplin dalam kalangan pelajarsuria su
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Amar Arif
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksiaspear_cml
 

What's hot (20)

Model layanan pendidikan bagi anak berkebutuhan khusus i
Model layanan pendidikan bagi anak berkebutuhan khusus iModel layanan pendidikan bagi anak berkebutuhan khusus i
Model layanan pendidikan bagi anak berkebutuhan khusus i
 
Jurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade MuslimatJurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
 
Model layanan abk dan pendidikan inklusi
Model layanan abk dan pendidikan inklusiModel layanan abk dan pendidikan inklusi
Model layanan abk dan pendidikan inklusi
 
Assignment PKU
Assignment PKUAssignment PKU
Assignment PKU
 
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak  Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Pendidikan Inklusif: Materi Pengantar untuk Penerapan di PAUD
Pendidikan Inklusif: Materi Pengantar untuk Penerapan di PAUDPendidikan Inklusif: Materi Pengantar untuk Penerapan di PAUD
Pendidikan Inklusif: Materi Pengantar untuk Penerapan di PAUD
 
Pendidikan terbaik di_dunia
Pendidikan terbaik di_duniaPendidikan terbaik di_dunia
Pendidikan terbaik di_dunia
 
Kes buli
Kes buliKes buli
Kes buli
 
LIRP0-2016
LIRP0-2016LIRP0-2016
LIRP0-2016
 
Tugasan 2 kanak2 khas
Tugasan 2 kanak2 khasTugasan 2 kanak2 khas
Tugasan 2 kanak2 khas
 
Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spm
 
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abkMakalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
 
Penelitian identifikasi-dan-sosialisasi-anak-berkebutuhan-khusus-di-sekolah-umum
Penelitian identifikasi-dan-sosialisasi-anak-berkebutuhan-khusus-di-sekolah-umumPenelitian identifikasi-dan-sosialisasi-anak-berkebutuhan-khusus-di-sekolah-umum
Penelitian identifikasi-dan-sosialisasi-anak-berkebutuhan-khusus-di-sekolah-umum
 
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar
Masalah disiplin dalam kalangan pelajarMasalah disiplin dalam kalangan pelajar
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar
 
Komitmen guru
Komitmen guruKomitmen guru
Komitmen guru
 
Keciciran
KeciciranKeciciran
Keciciran
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
 
Ciri2 Kanak2 Pemulihan
Ciri2 Kanak2 PemulihanCiri2 Kanak2 Pemulihan
Ciri2 Kanak2 Pemulihan
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksia
 

Viewers also liked

Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianChon Seong Hoo
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanLee Cyee
 
Tokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaTokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaDin Shaharudin
 
Modul guru tahun 3 num
Modul guru tahun 3 numModul guru tahun 3 num
Modul guru tahun 3 numym rajho
 
2 interaksi sosial
2 interaksi sosial2 interaksi sosial
2 interaksi sosialEka Gunawan
 
Hypno parenting
Hypno parentingHypno parenting
Hypno parentingnufir2203
 
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan anak
Pengaruh   keluarga terhadap   perkembangan anakPengaruh   keluarga terhadap   perkembangan anak
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan anakAde Rifai Kolot
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Materi seminar menjadi pelatih emosi anak
Materi seminar menjadi pelatih emosi anakMateri seminar menjadi pelatih emosi anak
Materi seminar menjadi pelatih emosi anakLiana Fatmawati
 
Saat Anak Digegas Meretas
Saat Anak Digegas MeretasSaat Anak Digegas Meretas
Saat Anak Digegas MeretasLusius Sinurat
 
PSIKOLOGI SOSIAL - Interaksi Sosial
PSIKOLOGI SOSIAL - Interaksi SosialPSIKOLOGI SOSIAL - Interaksi Sosial
PSIKOLOGI SOSIAL - Interaksi SosialDiana Amelia Bagti
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesfitri norlida
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanChon Seong Hoo
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 

Viewers also liked (20)

Format Laporan Kajian Tindakan
Format Laporan Kajian TindakanFormat Laporan Kajian Tindakan
Format Laporan Kajian Tindakan
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
 
Tokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaTokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga saya
 
Kbk 3073
Kbk 3073Kbk 3073
Kbk 3073
 
Modul guru tahun 3 num
Modul guru tahun 3 numModul guru tahun 3 num
Modul guru tahun 3 num
 
2 interaksi sosial
2 interaksi sosial2 interaksi sosial
2 interaksi sosial
 
Hypno parenting
Hypno parentingHypno parenting
Hypno parenting
 
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan anak
Pengaruh   keluarga terhadap   perkembangan anakPengaruh   keluarga terhadap   perkembangan anak
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan anak
 
Contoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mpContoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mp
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Materi seminar menjadi pelatih emosi anak
Materi seminar menjadi pelatih emosi anakMateri seminar menjadi pelatih emosi anak
Materi seminar menjadi pelatih emosi anak
 
Saat Anak Digegas Meretas
Saat Anak Digegas MeretasSaat Anak Digegas Meretas
Saat Anak Digegas Meretas
 
PSIKOLOGI SOSIAL - Interaksi Sosial
PSIKOLOGI SOSIAL - Interaksi SosialPSIKOLOGI SOSIAL - Interaksi Sosial
PSIKOLOGI SOSIAL - Interaksi Sosial
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Pengurusan Konflik: Krisis dalam Kepimpinan
Pengurusan Konflik: Krisis dalam KepimpinanPengurusan Konflik: Krisis dalam Kepimpinan
Pengurusan Konflik: Krisis dalam Kepimpinan
 
Komunikasi berkesan dalam organisasi
Komunikasi berkesan dalam organisasiKomunikasi berkesan dalam organisasi
Komunikasi berkesan dalam organisasi
 

Similar to PPKI-ISU

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Pengurusan Murid Pelbagai UpayaPengurusan Murid Pelbagai Upaya
Pengurusan Murid Pelbagai UpayaNurulSyahira94
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluargaAzizan Amanda
 
Jurnal faktor yang mempengaruhi konsentrasi belajar
Jurnal faktor yang mempengaruhi konsentrasi belajarJurnal faktor yang mempengaruhi konsentrasi belajar
Jurnal faktor yang mempengaruhi konsentrasi belajarnrukmana rukmana
 
baju anak
baju anakbaju anak
baju anakBinawan
 
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sdMakalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sdAde Rifai Kolot
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02Fatin Nadzirah
 
KEL 6 PEND INKLUSIF.docx (1).pptx
KEL 6 PEND INKLUSIF.docx (1).pptxKEL 6 PEND INKLUSIF.docx (1).pptx
KEL 6 PEND INKLUSIF.docx (1).pptxAgungAbdulMuiz
 
Artikel ispen-i
Artikel ispen-iArtikel ispen-i
Artikel ispen-iAzura Aziz
 
pengasuhan positif.pdf
pengasuhan positif.pdfpengasuhan positif.pdf
pengasuhan positif.pdfninapramudita1
 
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematikaHubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematikaRisna Riany
 
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Ruslan Mauliady
 
Program integrasi pendidikan khas
Program integrasi pendidikan khasProgram integrasi pendidikan khas
Program integrasi pendidikan khasbalqis umairah
 
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithahSeminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithahMashithah Khalid
 
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxIDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxUMN AL WASHLIYAH
 

Similar to PPKI-ISU (20)

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Pengurusan Murid Pelbagai UpayaPengurusan Murid Pelbagai Upaya
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluarga
 
Jurnal faktor yang mempengaruhi konsentrasi belajar
Jurnal faktor yang mempengaruhi konsentrasi belajarJurnal faktor yang mempengaruhi konsentrasi belajar
Jurnal faktor yang mempengaruhi konsentrasi belajar
 
Observasi
ObservasiObservasi
Observasi
 
[==
[==[==
[==
 
[==
[==[==
[==
 
baju anak
baju anakbaju anak
baju anak
 
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sdMakalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
 
Peranan bimbel
Peranan bimbelPeranan bimbel
Peranan bimbel
 
KEL 6 PEND INKLUSIF.docx (1).pptx
KEL 6 PEND INKLUSIF.docx (1).pptxKEL 6 PEND INKLUSIF.docx (1).pptx
KEL 6 PEND INKLUSIF.docx (1).pptx
 
Artikel ispen-i
Artikel ispen-iArtikel ispen-i
Artikel ispen-i
 
pengasuhan positif.pdf
pengasuhan positif.pdfpengasuhan positif.pdf
pengasuhan positif.pdf
 
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematikaHubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
 
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
 
Zahroh PPT
Zahroh PPTZahroh PPT
Zahroh PPT
 
Program integrasi pendidikan khas
Program integrasi pendidikan khasProgram integrasi pendidikan khas
Program integrasi pendidikan khas
 
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithahSeminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
 
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxIDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
 

PPKI-ISU

  • 1. 1 1.0 Penghargaan Seribu kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat kasih sayangnya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang mungkin saya tidak sedari di dalam hasil tugasan ini, namun saya tetap bersyukur dengan apa yang telah Allah s.w.t. ilhamkan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini dan juga memohon maaf di atas kekurangan yang terdapat di dalam tugasan ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah penasihat, Encik Amir Hamzah bin Aman. Tanpa beliau, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Terlalu banyak tunjuk ajar yang telah beliau berikan. Masa yang beliau luangkan untuk membimbing saya, tidak akan dilupakan.Terima kasih sekali lagi kerana tidak jemu memberi penerangan dan membantu saya. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Azmi selaku jurulatih Kem Kela kerana sudi memberikan peluang buat saya untuk melaksanakan program ekspedisi berakit selama 3 hari 2 malam. Saya juga ingin berterima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang lain kerana banyak memberikan ilmu pengetahuan yang baru mengenai aktiviti berakit dengan lebih mendalam. Seterusnya, ucapan terima kasih saya hulurkan kepada ibu bapa saya kerana sentiasa memberi sokongan dan galakan untuk sentiasa melakukan yang terbaik. Tidak lupa kepada teman-teman yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan untuk dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.
  • 2. 2 2.0 Pengenalan Program Pendidikan Khas Integrasi atau lebih dikenali sebagai PPKI telah diwujudkan di Malaysia pada tahun 1997. Istilah lama bagi program PPKI ini ialah Program Pendidikan Khas Percantuman. Menurut Dr Abdullah Yusof (2007), program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah yang biasa. Kebiasaannya, integrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid khas dan murid normal berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Objektif pendidikan khas integrasi adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid Pendidikan Khas serta menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya Untuk semester ini, kami pelajar semester enam telah diberikan tugasan yang harus disiapkan semasa kami berpraktikum. Tugasan Isu dan Trenda ini memerlukan kami untuk menganalisis dan merumus artikel serta mencari maklumat tentang isu-isu yang terdapat di sekolah tempat kami berpraktikum.
  • 3. 3 3.0 Ulasan artikel 3.1 Tajuk: Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran (Tahap Pembentang: Pemantapan) Penulis: Masitah Taib Sumber: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Artikel ini membincangkan tentang penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Terdapat empat aspek penglibatan ibu bapa iaitu penglibatan awal, penglibatan dalam konteks kehidupan, amalan penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah serta kesan penglibatan ke atas anak dan guru. Menurut Russel (1995), ibu bapa yang mempunyai anak yang memerlukan rawatan khas tidak sepatutnya hanya bergantung kepada kualiti pendidikan dan program yang telah sedia ada, sebaliknya mereka perlu melibatkan diri dalam proses pendidikan anak. Menurut Brofenbrenner (1979 dan 1989), persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu, mikrosistem, mesosistem, makrosistem, ekosistem dan kronosistem. Teori sistem ekologi Brofenbrenner sedikit sebanyak mempengaruhi penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, kajian penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak berkeperluan khas yang terdahulu lebih berfokus kepada pencapaian akademik dan penguasaan kemahiran. Kajian yang dibuat bagi artikel ini lebih bertumpu kepada penglibatan ibu bapa dalam persekitaran yang berbeza dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri ketidakupayaan dalam pembelajaran. Cara pengumpulan data dapat dilihat menerusi protokol temu bual, protokol pemerhatian dan analisis dokumen yang dijalankan terhadap enam orang ibu bapa terdiri daripada empat orang ibu dan dua orang bapa. Menurut perspektif ibu bapa, terdapat beberapa tema yang dapat dikenal pasti berhubung penglibatan aktifnya dalam pendidikan kanak-kanak. Empat tema yang terlibat adalah impak ketidakupayaan ke atas ibu bapa, konteks kehidupan mempengaruhi, amalan membantu dan juga kesan positif anak. Menurut perspektif guru, terdapat satu tema yang dapat dikenal pasti
  • 4. berhubung kesan penglibatan ibu bapa ke atas guru iaitu perubahan bentuk penglibatan. Impak ketidakupayaan ke atas ibu bapa menjadi punca penglibatan awal ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Terdapat enam pengalaman berperingkat penglibatan awal ibu bapa iaitu diagnosis, respon emosi, sikap positif, cabaran, strategi mengendali dan intervensi awalan. Ini bermula apabila ibu bapa membandingkan perkembangan awal kanak-kanak masalah Pembelajaran dengan kanak-kanak normal. Kebanyakan ibu bapa memberikan respon emosi yang berbeza seperti sedih dan risau. Namun begitu, sikap positif dapat dibina dalam diri kesemua ibu bapa menerusi maklumat yang diperoleh daripada jururunding dan doktor. Ibu bapa menerima kehadiran anak sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi dalam kehidupan. Setelah itu, ibu bapa menggunakan strategi dalam menjaga kanak-kanak Masalah Pembelajaran dan menglibatkan diri secara tidak langsung dalam program intervensi awal di hospital atau di rumah. Kesan positif dalam psikomotor, perkembangan kognitif serta pengurangan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak Masalah Pembelajaran sedikit sebanyak berpunca daripada usaha ibu bapa menglibatkan diri secara aktif dalam intervensi awal. Konteks kehidupan mempengaruhi juga menjadi faktor penting ibu bapa melibatkan diri secara aktif. Mereka mengaplikasikan kaedah penyesuaian masa sama ada berhenti kerja atau bekerja mengikut masa fleksibel. Selain itu, ibu bapa yang mempunyai tarap pendidikan dan sosioekonomi yang tinggi cenderung untuk mengeluarkan peruntukkan dari segi kemudahan pengangkutan dan kemudahan belajar. Dickinson & Lewing, 1990; Rozumali & Nazli, 1999) mendapati hanya penjaga-penjaga berpendapatan tinggi, berjawatan tinggi dan berpendibkan tinggi sahaja dkatakan memberi komitmen yang lebih kepada persekolahan anak. Amalan penglibatan ibu bapa di sekolah dan di rumah juga berkait rapat dengan amalan asas, penglibatan dalam akademik dan kehidupan serta keperluan sokongan sosial. Penglibatan ibu bapa dalam akademik dapat dilihat dari segi penyeliaan kerja rumah, penyediaan khidmat guru tuisyen, perbincangan dengan guru serta lain-lain lagi. Selain itu, ibu bapa juga memerlukan sokongan sosial terutama dari ahli keluarga yang lain, NGO, 4
  • 5. majikan, guru, ibu bapa lain serta profesional perubatan. Keluarga yang mempunyai anak kwang upaya kini semakm ramai menerima perkhidmatan dan pendidikan dari agensi yang membekalkan sistem pengurusan untuk mendidik anak kurang upaya (Fiene & Taylor, 1991). Dua bentuk kesan positif anak iaitu kesan positif dicapai dan kesan positif jangka panjang. Kesan positif dicapai adalah hasil intervensi awal manakala kesan positif jangka panjang adalah dari keupayaan kanak-kanak Masalah Pembelajaran mengembangkan bakat, mendapat pekerjaan yang sesuai dan menjalani kehidupan yang baik. Menurut perspektif guru, terdapat tiga kesan interaksi antara guru dengan ibu bapa iaitu kesan dua hala, kesan kritikan dan kesan tumpuan. Menurut Houtenville dan Convay (2008), penglibatan ibu bapa seperti perbincangan, komunikasi menentukan pencapaian kanak-kanak dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Secara kesimpulannya, ibu bapa boleh memilih sama ingin melibatkan diri secara aktif atau pasif dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. 5
  • 6. 6 3.2 Isu-isu berkaitan artikel Isu pertama yang timbul adalah tiada kesinambungan pembelajaran murid di rumah dengan di sekolah. Ini dapat dilihat apabila murid-murid berkeperluan khas mempunyai dua corak pembelajaran yang berbeza semasa berada di sekolah dan di pusat tuisyen. Berdasarkan artikel di atas, penglibatan ibu bapa secara aktif telah mendorong mereka menggunakan khidmat guru tuisyen untuk meningkatkan tahap kognitif murid-murid berkeperluan khas. Menurut Platt dan Olson (1997), pengaruh ibu bapa sangat kuat terhadap perkembangan anak dalam membina keyakinan diri, meningkatkan harga diri dan potensi anak. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan dan sosioekonomi yang tinggi cenderung untuk menghantar anak mereka ke pusat-pusat tuisyen yang menjanjikan pencapaian tinggi terutama dalam bidang akademik. Kebanyakan ibu bapa yang terdiri daripada kaum Cina akan menghantar anak-anak mereka ke pusat terapi seperti terapi pertuturan dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, mereka juga menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen untuk mempelari mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk meningkatkan daya kognitif kanak-kanak berkeperluan khususnya murid-murid hiperaktif. Kesan negatif yang dapat dilihat adalah murid akan berasa keliru dengan dua corak pembelajaran yang berbeza dan lama kelamaan murid akan menunjukkan masalah tingkah laku di dalam kelas. Murid akan berasa cepat bosan dan tidak menumpukan perhatian sekiranya isi pelajaran yang di ajar oleh guru di sekolah sudah dipelajari semasa berada di pusat tuisyen. Isu yang kedua ialah persepsi negatif sekolah terhadap penglibatan ibu bapa. Pihak sekolah memandang sumber tenaga ibu bapa adalah sesuatu yang membazir kerana pihak sekolah tidak melihat ia sebagai satu kaedah yang boleh diguna untuk membantu guru di dalam bilik darjah. Hubungan baik antara guru dengan pihak sekolah. perlulah ada dalam menjamin tahap pencapaian murid dari semasa ke semasa. Pihak sekolah seharusnya memberi penekanan kepada penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti sekolah. Ini memberi implikasi kepada penekanan program-program penglibatan ibu bapa yang lebih berkesan di sekolah.
  • 7. Isu ketiga ialah kesedaran ibu bapa mengenai masa depan kanak-kanak berkeperluan khas masih berada di tahap minima. Ibu bapa kurang prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan sepenuh perhatian dalam menguruskan diri. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam kalangan ibu bapa yang tinggal di luar bandar. Sesetengah ibu bapa beranggapan murid berkeperluan khas tidak layak untuk mendapatkan pendidikan yang seimbang dan sempurna. Isu ketidakhadiran murid di sekolah sering timbul kerana ibu bapa kurang peka akan kepentingan pendidikan dalam kalangan murid berkeperluan khas. Hal ini bukan sahaja menyukarkan murid bahkan kepada guru-guru Pendidikan Khas. Kesan daripada situasi ini, wujudlah isu keciciran murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Akhirnya, murid berkeperluan khas hanya menjadi bebanan kepada keluarga masing tanpa-tanpa menguasai kemahiran baru seperti pengurusan diri yang berguna pada masa akan datang. Isu yang seterusnya ialah ketidakpercayaan ibu bapa terhadap guru-guru Pendidikan Khas. Ini dapat dilihat apabila sesetengah ibu bapa kurang yakin akan kredibiliti guru Pendidikan Khas dalam mengawal dan menjaga murid semasa aktiviti renang dijalankan. Ibu bapa masih ragu-ragu untuk memberikan kebenaran dalam memberi peluang kepada murid berkeperluan khas mencuba sesuatu yang baru. Penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti sekolah masih berada pada tahap sederhana. Sebagai contoh, aktiviti terapi renang selalu dijalankan sebanyak dua kali sebulan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Kerjasama antara ibu bapa dengan pihak sekolah amatlah kurang dan ini telah menyebabkan program ini tidak dapat berjalan seperti biasa disebakan kekurangan penyertaan murid berkeperluan khas. Murid berasa bosan kerana tidak dapat menyertai aktiviti luar. Pihak ibu bapa misalnya perlu berfikiran positif dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru Pendidikan Khas mengenai keselamatan anak-anak mereka semasa aktiviti luar kerana kebanyakan guru Pendidikan Khas 7 merupakan guru yang terlatih. Isu yang terakhir adalah kebergantungan ibu bapa terhadap pihak sekolah semata-mata dalam usaha mendidik anak mereka mengenai pengurusan diri. Isu yang paling ketara timbul apabila ibu bapa yang mempunyai taraf pendapatan yang tinggi hanya melibatkan diri secara aktif
  • 8. dalam penglibatan kanak-kanak berkeperluan khas dari segi peruntukan kewangan. Ibu bapa merasakan bantuan dari segi kewangan sudah memadai kepada pihak sekolah dan menjadikan kelas Pendidikan Khas sebagai ‘nursery’ untuk menjaga kebajikan dan keselamatan murid berkeperluan khas semasa ketiadaan mereka. Disebabkan itu, terdapat murid yang masih tidak tahu membuang air kecil atau besar di tandas. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak mandi semasa datang ke sekolah kerana kesibukan ibu bapa yang mengejar waktu untuk pergi bekerja. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dimana guru sendiri terpaksa menguruskan murid tersebut semasa berada di dalam kelas. Justeru itu, pihak ibu bapa perlu duduk berbincang dengan guru-guru Pendidikan Khas mengenai masalah yang dihadapi oleh murid dan berganding bahu dalam membantu meningkatkan kemahiran mengurus diri dari semasa ke semasa supaya murid dapat berdikari tanpa memerlukan bantuan orang lain. 8
  • 9. 4.0 Isu pelaksanaan program integrasi di sekolah Bagi semester ini, saya bersama dua orang rakan guru pelatih telah menjalani praktikum selama dua bulan di sebuah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur bermula pada 15 Julai 2013 hingga 20 September 2013. Saya telah ditugaskan pergi ke sekolah mempunyai Program Integrasi Masalah Pembelajaran dan mengumpul maklumat berkaitan program Integrasi masalah Pembelajaran di sekolah yang dipilih sebagai tempat praktikum dalam melengkapkan tugasan PKU3111 Isu dan Trenda. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul data atau maklumat seperti pemerhatian, temu bual, serta soal selidik secara tidak langsung. Saya telah membuat pemerhatian ke atas murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), guru-guru PPKI, Pembantu Pengurusan Murid (PPM), kelas-kelas PPKI serta kakitangan sekolah. Selain itu, saya telah membuat temu bual dengan Guru Penolong Kanan PPKI mengenai murid-murid PPKI dan guru-guru PPKI. Pelbagai maklum balas sama ada positif dan negatif telah diterima sepanjang saya mengumpul maklumat dan data untuk mengupas isu yang menonjol untuk dibincangkan. Setelah meneliti semua maklum balas yang diperoleh, saya telah memilih tiga isu yang paling menonjol untuk dibincangkan. Tiga isu yang saya pilih untuk dibincangkan adalah pelabelan dan pengasingan, penglibatan ibu bapa serta kemudahan dan prasarana. 4.1 Pelabelan dan Pengasingan Seperti yang kita sedia maklum, Program Pendidikan Khas Integrasi diwujudkan untuk mengintegrasikan murid khas dan murid normal tetapi kajian yang dibuat oleh Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati tahap integrasi sosial dalam kalangan murid khas dan murid normal masih berada pada aras yang rendah atau minima. Ini jelas membuktikan bahawa program ini mempunyai kekurangan kerana terdapat beberapa isu yang timbul di sekolah. Maksud pengasingan adalah pemisahan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pengasingan juga dikenali sebagai segregasi. 9
  • 10. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya mendapati isu pengasingan paling ketara berlaku kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi. Antara contoh isu yang berbangkit adalah pengasingan jadual waktu rehat murid berkeperluan khas dengan murid aliran perdana. Waktu rehat bagi murid berkeperluan khas bermula pada pukul 10.00 pagi manakala waktu rehat bagi murid aliran perdana bermula pada pukul 10.30 pagi. Faktor utama waktu rehat berlainan kerana kemungkinan murid Pendidikan Khas akan mengganggu murid normal yang lain semasa makan. Selain itu, murid khas juga tidak mampu menguruskan diri dengan baik semasa makan dan memerlukan pemerhatian yang lebih daripada Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Persekitaran yang kotor seperti nasi yang bertaburan dan air yang tumpah di atas meja menyebabkan murid normal kurang selesa untuk makan berdekatan dengan murid Pendidikan Khas. Perbezaan waktu rehat menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid berkeperluan khas dengan murid aliran perdana. Kesan negatif yang wujud apabila waktu rehat berlainan bagi kedua-dua kelompok ini adalah peluang interaksi yang kurang antara murid normal dengan murid khas. Murid khas akan mengambil inisiatif berinteraksi antara satu sama lain dengan mereka sahaja. Komunikasi dua hala antara murid normal dengan murid khas jarang berlaku berbanding komunikasi dua hala antara murid khas dengan murid khas yang lain. Namun begitu, jurang sosial lebih besar timbul antara murid normal dengan murid khas dan menjadi satu isu yang perlu dititikberatkan. Kurangnya interaksi antara mereka menyebabkan murid normal tidak dapat mengenali dan memahami murid berkeperluan khas. Mereka tidak memahami ketidakupayaan yang dialami oleh murid berkeperluan khas kerana kurang diberi pendedahan secara terperinci. Akibatnya, mereka tidak mampu memahami murid khas dengan sebaiknya. Dari segi penglibatan kokurikulum, murid berkeperluan khas akan diasingkan dengan murid-murid normal. Aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, sukan dan persatuan akan dijalankan pada setiap hari Rabu bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Namun begitu, aktiviti 10
  • 11. kokurikulum tidak berjalan seperti biasa bagi murid PPKI. Menurut guru di situ, tujuan kokurikulum tidak berjalan seperti biasa kerana murid khas sukar untuk dikawal serta akan menganggu kelancaran aktiviti kokurikulum. Hal ini menyebabkan saya terpaksa mengikuti aktiviti kokurikulum murid-murid aliran perdana pada setiap hari Rabu. Kesannya, saya tidak dapat diberi peluang mengendalikan atau mengawal pergerakan murid berkepeluan khas ketika aktiviti kokurikulum dijalankan. Kurangnya penglibatan murid Pendidikan Khas dalam aktiviti kokurikulum sedikit sebanyak merugikan mereka kerana pengetahuan dan pengalaman baru mengenai unit beruniform misalnya tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, murid berkeperluan khas akan mengalami masalah penyesuaian diri dalam masyarakat setempat. Kebaikan murid berkeperluan khas melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi diri dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri mereka. Sebagai contoh, murid perlu mendengar arahan dan berdiri tegak semasa aktiviti kawad kaki dijalankan dan ini sedikit sebanyak dapat mengawal disiplin dan tingkah laku mereka. Secara tidak langsung, guru dapat mengaplikasikan aktiviti tersebut di dalam kelas supaya kawalan kelas lebih terkawal dan sistematik. Isu pelabelan juga merupakan isu penting yang sering disebut terutama dalam Pendidikan Khas. Definisi pelabelan adalah satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri. Berdasarkan pemerhatian saya, guru-guru di sekolah terutama guru PPKI sering melabelkan murid Pendidikan Khas sebagai murid yang berrmasalah dan teruk. Ini dapat dilihat apabila terdapat seorang murid khas dilabel sebagai seorang yang samseng oleh guru PPKI sambil diperhatikan oleh pihak luar yang datang ke sekolah pada ketika itu. Insiden ini berlaku apabila murid tersebut telah bersikap kurang ajar terhadap guru tersebut dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan. Kesan daripada insiden tersebut, masyarakat luar akan memberi persepsi negatif terhadap kesemua murid Pendidikan Khas. Secara tidak langsung, murid Pendidikan Khas akan berasa rendah diri dan kurang keyakinan dalam diri mereka. Ini dapat dilihat apabila terdapat seorang murid perempuan yang mengalami masalah ‘Down Sindrome’ sering menutup muka kerana takut untuk berdepan dengan murid 11
  • 12. aliran normal yang lain. Sebab utama murid tersebut berkelakuan sebegitu adalah kerana dia pernah dibuli oleh murid aliran perdana. Isu pelabelan juga berlaku dalam kalangan guru dimana guru aliran perdana memandang serong guru Pendidikan Khas dengan melabel mereka sebagai guru yang mempunyai bebanan kerja yang sedikit, mengajar jumlah murid yang sedikit serta mudah untuk mengajar murid yang berkeperluan khas. Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif guru aliran perdana kepada guru Pendidikan Khas mengenai elaun, gaji dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Tugas menjadi seorang guru Pendidikan Khas amatlah besar walaupun di mata kasar mereka hanya perlu mengajar murid yang sedikit dan mempunyai tahap IQ yang rendah. Antara tugas yang perlu digalas oleh guru Pendidikan Khas adalah mereka pelu menjaga kebajikan murid-murid berkeperluan khas, menyediakan bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid Pendidikan Khas, menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk menilai tahap perkembangan seseorang murid dan sebagainya. Perkara sebegini tidak seharusnya timbul kerana kesemua guru mempunyai beban tugas yang sama mengikut skop jawatan masing-masing. Menerusi artikel surat khabar Berita Harian bertarikh 2 April 201 mengatakan bahawa tokoh-tokoh akademik mengesyorkan supaya jawatan pembantu guru diwujudkan untuk mengurangkan beban tugas pengkeranian yang semakin bertambah dalam kalangan guru. Gambar 1: Keratan artikel Berita Harian bertarikh 2 April 2010 12
  • 13. Ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan guru aliran perdana cemburu dengan guru Pendidikan Khas yang mempunyai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dalam membantu menjaga kebajikan murid-murid khas. Jawatan pembantu guru yang disyorkan perlu diberi perhatian untuk mengkaji tahap keberkesanan jawatan tersebut dalam membantu mengurangkan beban tugas guru aliran perdana. Sekiranya jawatan pembantu guru yang dicadangkan dapat menghilangkan persepsi negatif guru aliran perdana terhadap guru Pendidikan Khas, maka kerajaan perlu melaksanakan pengambilan jawatan pembantu guru secepat mungkin agar jurang antara guru aliran perdana dengan guru pendidikan khas dapat dikurangkan. Kesannya, isu pelabelan terhadap guru PPKI tidak akan berlaku dan kerjasama yang baik dapat dihasilkan antara guru aliran perdana dengan guru PPKI dari semasa ke semasa. 4.2 Kepelbagaian Kompetensi Murid Murid-murid Pendidikan Khas mempunyai tahap keupayaan yang berbeza mengikut aras kognitif mereka. Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Menurut Gardner, setiap manusia mempunyai lapan tahap kecerdasan pelbagai iaitu kinestetik, muzik, verbal-linguistik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan logik-matematik. Tahap kecerdasan manusia yang diukur berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad dan sudah ketinggalan zaman. Justeru itu, Gardner mencadangkan 8 jenis kecerdasan pelbagai yang berbeza sebagai cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia sama ada golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Bagi praktikum semester dua ini, saya telah ditugaskan untuk mengajar dua buah kelas bagi subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Melalui pemerhatian dan pengalaman saya ketika mengajar murid Pendidikan Khas adalah wujudnya isu penempatan yang tidak sesuai berdasarkan keupayaan dan kebolehan murid. Sebagai contoh, terdapat tiga golongan murid yang mempunyai keupayaan IQ yang berbeza iaitu tahap IQ yang terlalu rendah, sederhana dan tinggi. Ketiga-tiga golongan murid ini dicampurkan dan diletakkan sekali dalam kelas yang sama. Berdasarkan temu bual antara saya 13
  • 14. dengan guru Penolong Kanan PPKI, jelas menunjukkan bahawa murid PPKI ditempatkan mengikut umur. Hal ini menyebabkan murid yang mempunyai IQ yang tinggi cepat berasa bosan dan mudah terganggu dengan persekitaran mereka. Ini dapat dilihat apabila murid yang memiliki IQ yang tinggi cenderung melakukan aktiviti yang lain semasa guru mengajar. Selain itu, murid tersebut juga sering menunjukkan masalah tingkah laku seperti menjongketkan kerusi semasa duduk untuk menunjukkan perasaan bosan di dalam kelas. Bagi murid yang memiliki IQ yang rendah, mereka tidak berminat untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan baik di dalam kelas kerana mereka berasa tersisih daripada murid-murid yang lain. Hal ini menyebabkan murid yang memiliki IQ yang rendah akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan lebih cenderung mengganggu rakan di sebelah untuk menghilangkan rasa bosan. Selain itu, murid-murid Pendidikan Khas ditempatkan mengikut masalah pembelajaran yang pelbagai. Murid-murid saya terdiri daripada pelbagai jenis masalah pembelajaran iaitu hiperaktif, ‘slow learner’, masalah penglihatan dan autisme. Murid hiperaktif mempunyai masalah tingkah laku di mana mereka sering berjalan-jalan di sekitar kelas dan sering membuat alasan untuk pergi ke tandas. Murid autisme mempunyai masalah tingkah laku di mana mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Hal ini menyebabkan kawalan kelas menjadi terkawal kerana murid merayau-rayau di dalam kelas, membuat bising dan mengganggu rakan yang lain. Kesilapan yang paling ketara dalam penempatan murid Pendidikan Khas adalah murid yang mengalami masalah penglihatan dimasukkan bersama dengan murid bermasalah pembelajaran. Rentetan daripada situasi tersebut, saya terpaksa membuat bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai dengan masalah pembelajaran murid kerana terdapat seorang anak murid yang mengalami masalah penglihatan. Bahan bantu belajar (BBB) yang dibina perlu besar, jelas, ringkas, penggunaan warna yang minimum dan penggunaan saiz perkataan yang besar sesuai dengan ketidakupayaan yang dialami oleh murid saya. Saya juga perlu menggunakan pendekatan ‘bermain sambil belajar’ seperti permainan golf untuk menarik minat murid untuk menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama semasa sesi pengajaran dan 14
  • 15. pembelajaran dijalankan. Lembaran kerja yang diberikan juga perlu sesuai dengan aras kognitif murid dan tahap keupayaan murid. Gambar 2: Kepelbagaian murid mengikut masalah pembelajaran Gambar 3: Murid PPKI yang mengalami masalah penglihatan Selain itu, bilangan murid yang ditempatkan dalam satu kelas terlalu ramai. Sebagai contoh, kebanyakan kelas Pendidikan Khas terdiri daripada 8 orang murid. Jumlah tersebut boleh dikatakan agak ramai untuk kelas Pendidikan Khas ditambah pula dengan tahap IQ yang berbeza dalam kalangan murid. Guru mengalami masalah dalam mengawal kelas yang terdiri daripada murid yang terlalu ramai. Guru tidak dapat menjaga dan mengawasi murid agar tidak melanggar peraturan di dalam kelas. Bilangan murid yang melebihi jangkauan pengawasan guru akan memberikan tekanan kepada guru 15
  • 16. untuk mengawal disiplin kelas sebelum kelas bermula. Sebagai contoh, jika seorang guru Pendidikan Khas mempunyai 60 minit masa mengajar, terdapat 10 minit yang telah terbuang begitu sahaja akibat daripada untuk mengawal keadaan kelas dan suasana murid yang kurang selesa kerana kesesakan dalam kelas. Justeru itu, peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) amatlah perlu dalam membantu guru Pendidikan Khas mengawal tingkah laku murid-murid. Peneguhan negatif seperti denda atau hukuman boleh dilaksanakan sekiranyan murid menunjukkan masalah tingkah laku yang tidak diingini semasa P&P berlangsung. 16 4.3 Kemudahan fizikal Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Isu yang dapat saya kupas adalah ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas. Seperti yang kita sedia maklum, sebuah bilik darjah yang kondusif adalah berukuran sekurang-kurangnya 2 bay. Susun atur kelas tertakluk kepada pelan yang telah diluluskan dalam projek brif RMK9. Keadaan kelas yang yang sempit dan tidak selesa sedikit sebanyak mengganggu proses P&P guru. Sekolah saya tidak mengaplikasikan kaedah stesen di mana murid perlu bergerak ke stesen-stesen yang telah ditetapkan seperti stesen Bahasa Melayu, Matematik dan sebagainya mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Sebaliknya, sekolah saya mengaplikasikan kaedah kelas biasa dimana guru yang akan bergerak ke kelas masing-masing manakala murid akan menunggu guru untuk masuk ke dalam kelas. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati sebuah kelas terpaksa dikongsi oleh dua kumpulan yang berbeza. Antara kesan negatif yang dapat
  • 17. saya kenal pasti adalah murid mudah terganggu dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa proses P&P dijalankan. Ini kerana murid terganggu dengan kelantangan suara oleh guru atau murid yang berada di kelas yang bersebelahan. Murid akan berasa keliru dengan arahan yang diberikan oleh guru dan tidak dapat menerima maklumat yang disampaikan dengan baik. Guru juga akan mengalami masalah ketika memasang alat muzik semasa sesi P&P dimana murid mudah tertarik dengan bunyi-bunyian dan secara tidak langsung mereka akan pergi ke kelas sebelah dan meninggalkan kelas tanpa menghiraukan guru yang berada di hadapan kelas. Guru Pendidikan Khas juga akan mengalami masalah dalam membuat aktiviti permainan yang memerlukan ruang yang luas untuk bergerak. Ruang yang kecil mengehadkan murid untuk bergerak semasa aktiviti permainan dijalankan. Guru perlu mengambil inisiatif mengubahsuai permainan yang hendak dijalankan supaya bersesuaian dengan ruang yang kecil. Antara permainan yang boleh dijalankan tanpa menggunakan ruang yang besar adalah seperti permainan kotak beracun, permainan harta karun dan permainan memancing ikan. Saya telah melaksanakan kesemua aktiviti permainan tersebut dan ternyata aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dengan lancar tanpa dipengaruhi oleh ruang yang kecil. Masalah ini dapat diatasi dengan cara menempatkan satu kumpulan bagi satu kelas sahaja ataupun menggunakan papan lembut sebagai pembahagi setiap kelas. Selain itu, kekurangan peralatan sukan juga menjadi isu yang perlu diambil kira dalam Pendidikan Khas. Ini dapat dilihat apabila kemudahan peralatan sukan di dalam stor Pendidikan Khas tidak mencukupi bagi bilangan murid Pendidikan Khas yang ramai. Sebagai contoh, terdapat beberapa set gelung, kon, bola, tali yang hanya boleh digunakan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kekurangan peralatan sukan sedikit sebanyak mengehadkan kemahiran sukan yang perlu diajar kepada murid Pendidikan Khas. Saya terpaksa meminjam peralatan sukan di stor sekolah yang terletak bersebelahan dengan bilik Urus Diri. Namun begitu, kebanyakan peralatan sukan tidak boleh digunakan kerana sudah rosak dan patah. Terdapat juga bola yang sudah kempis disebabkan kekurangan angin. Guru Pendidikan Khas terpaksa menggunakan bola yang keras dan berat. Bola sebegini jelas 17
  • 18. tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk murid berkeperluan khas. Bola yang sesuai digunakan mestilah bersifat ringan, lembut, selamat dan tidak merbahaya. Terdapat murid yang mempunyai kemahiran motor kasar yang rendah tidak mampu menangkap bola yang keras dan berat. Ini akan menyebabkan kecederaan pada tangan murid tersebut. Selain itu, guru Pendidikan Khas cenderung untuk mengajar kemahiran sukan yang sama berulang kali disebabkan kekurangan peralatan sukan. Hasil temu bual antara saya dengan murid-murid Pendidikan Khas mendapati guru Pendidikan Khas cenderung mengajar kemahiran menggunakan bola dan juga kemahiran badminton semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Mereka beranggapan kemahiran tersebut mudah untuk diajar dan kelas mudah untuk dikawal. Namun begitu, lama kelamaan murid akan berasa bosan kerana mempelajari kemahiran yang sama berulang kali dan tidak berpeluang mempelajari kemahiran baru yang lain. Hal ini menyebabkan tahap penguasaan murid terhadap kemahiran Pendidikan Jasmani tidak dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Guru seharusnya menyediakan senarai semak kemahiran Pendidikan Jasmani bagi setiap murid agar penambahbaikan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa. Senarai semak tersebut boleh menjadi bukti untuk diberikan kepada pihak ibu bapa dalam memantau perkembangan fizikal murid terutama dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kekurangan bilik-bilik khas seperti bilik Urus Diri juga menjadi isu yang perlu dibincangkan oleh pelbagai pihak. Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Pengurusan Diri memerlukan murid Pendidikan Khas mempelajari cara mengurus diri dari segi pakaian, tempat tinggal, tempat tidur dan sebagainya. Namun begitu, terdapat isu yang timbul apabila tiada ruang khas yang disediakan untuk melaksanakan aktiviti membasuh kasut bagi mata pelajaran Urus Diri. Guru Pendidikan Khas terpaksa menjalankan aktiviti tersebut di koridor sekolah yang terletak di belakang kelas Pendidikan Khas. Bilangan murid yang ramai menyebabkan murid terpaksa berhimpit untuk memberus kasut pada ruang yang agak terhad. Namun begitu, kelas masih lagi berada dalam keadaan terkawal kerana guru Pendidikan Khas dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid. Saluran air yang terletak di koridor 18
  • 19. tersebut juga kecil dan melambatkan proses membilas kasut yang telah diberus. Setelah selesai membasuh kasut, murid terpaksa bergerak ke tempat yang lain pula untuk menjemur kasut dan meletakkan kapur pada kasut tersebut. Hal ini menyebabkan kelancaran aktiviti tersebut terjejas disebabkan murid telah menunjukkan masalah tingkah laku seperti berlari dan bergaduh antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengambil inisiatif menyediakan bilik-bilik khas bagi mata pelajaran Urus Diri khususnya. Ini sedikit sebanyak dapat memudahkan tugas guru Pendidikan Khas untuk mengajar kemahiran Urus Diri kepada murid-murid berkeperluan khas yang dapat diguna pakai di masa akan datang. Gambar 4: Ruang urus diri yang terhad Gambar 5: Ketiadaan tempat untuk membasuh kasut 19
  • 20. 20 5.0 Refleksi Bagi semester ini, saya perlu menyiapkan tugasan bagi kerja kursus Isu dan Trenda (PKU 3111) untuk subjek major Pendidikan Khas. Saya perlu membuat dua sub tugasan iaitu membuat rumusan artikel dan membincangkan isu-isu yang timbul berdasarkan isi artikel tersebut serta mengumpul maklumat berkaitan program Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah semasa menjalani praktikum selama dua bulan. Saya telah menggunakan pelbagai teknik seperti pemerhatian dan temu bual dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Antara kekuatan yang dapat saya kenal pasti adalah saya dapat membina hubungan baik dengan pihak sekolah terutama guru-guru Pendidikan Khas, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) serta murid-murid Pendidikan Khas. Saya telah membuat pemerhatian terhadap kelas-kelas Pendidikan Khas, kemudahan fizikal serta corak pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan oleh guru-guru PPKI kepada murid –murid PPKI. Temu bual juga telah saya jalankan terhadap beberapa orang PPM, murid-murid Pendidikan Khas serta guru-guru Pendidikan Khas dalam usaha untuk mengenal pasti isu yang menonjol untuk dibincangkan. Sikap peramah dan ringan tulang dalam diri saya sedikit sebanyak membantu saya mendapatkan maklumat yang diperoleh dengan cepat. Selain itu, sikap mudah mesra dalam diri membantu saya untuk mengenali pihak sekolah dan kakitangan sekolah seperti staf akademik dengan lebih mudah dalam jangka masa yang singkat. Walaupun pada mulanya, saya berasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, namun dengan sokongan dan bantuan yang tidak putus-putus daripada pihak sekolah memudahkan saya untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan dapat mengurangkan rasa malu yang terdapat dalam diri saya. Saya juga dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam diri sepanjang menjalani praktikum selama dua bulan di sebuah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur. Selain daripada saya dan dua orang rakan pelatih, terdapat empat orang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa yang mengambil kos Kajian Sosial dan juga Teaching English as Secondary Language (TESL). Saya banyak membuat perbincangan mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan bertukar-tukar pendapat antara satu
  • 21. sama lain. Saya dapat menimba pengalaman baru ketika menjalani praktikum selama dua bulan kerana dapat bergaul dengan guru pelatih dari institut yang lain. Kekuatan yang seterusnya adalah saya dapat mengukuhkan kemahiran merumus artikel dengan lebih baik. Ini kerana saya tidak mengalami masalah dalam membuat ulasan berdasarkan artikel yang telah dipilih kerana saya mempunyai pengalaman membuat ulasan artikel bagi kursus Pentaksiran dalam Pendidikan Khas. Pengalaman sedia ada sedikit sebanyak dapat membantu saya menghasilkan rumusan artikel yang berkualiti dan memenuhi kehendak yang tugasan yang diberikan. Saya juga dapat melatih diri supaya membiasakan diri dengan memahami dan menghayati kandungan jurnal dengan lebih baik. Kemahiran ini perlu dikuasai dengan lebih baik agar saya tidak mengalami masalah dalam membuat tesis semasa berada di semester 8 kelak. Selain itu, saya juga dapat melatih diri untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta mengaplikasikan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi sub tugasan 1 yang memerlukan saya mencungkil dan membincangkan isu-isu yang timbul berdasarkan isi artikel tersebut. Saya perlu bijak menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi seperti menganalisis, menaakul dan mencari isi tersirat yang terdapat pada jurnal yang dipilih. Kemahiran menaakul, menginterpretasi dan membuat inferens misalnya merupakan kemahiran membaca aras tinggi bagi bahan-bahan bacaan yang lebih bersifat kompleks seperti jurnal yang merupakan hasil laporan kajian yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh bijak pandai. Menurut Onosko dan Newmann(1994), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan pelajar menilai maklumat secara kritis, membuat inferens dan membuat generalisasi. Kesemua kemahiran tersebut dapat diaplikasikan ketika membuat rumusan berdasarkan jurnal yang dipilih. Kekuatan yang paling ketara yang dapat saya lihat adalah saya dapat melihat sendiri isu-isu yang timbul dalam Pendidikan Khas semasa menjalani praktikum selama 2 bulan di sekolah. Tidak semua isu yang dipaparkan di dada akhbar adalah benar kerana ia bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah itu sendiri. Sebagai contoh, tahap sosioekonomi sedikit sebanyak mempengaruhi hubungan antara guru dengan ibu bapa murid-murid Pendidikan Khas. Kebanyakan ibu bapa 21
  • 22. yang mempunyai tahap pendidikan yang bagus lebih mudah memberikan kerjasama terutama dari segi kewangan dan bantuan berbanding ibu bapa yang berpendapatan rendah sukar untuk memberikan kerjasama dengan pihak guru. Terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kenal pasti adalah pengurusan masa yang lemah. Ini dapat dilihat apabila saya mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya tidak dapat membahagikan masa dengan baik dimana saya memperuntukkan masa yang lama dalam mengupas isu-isu yang timbul di sekolah berbanding ulasan artikel. Selain itu, saya juga menyiapkan tugasan yang lain terlebih dahulu sebelum menyiapkan tugasan isu dan trenda. Ini menyebabkan tumpuan saya terhadap tugasan ini kurang dan tidak menyeluruh berbanding tugasan-tugasan yang lain. Kesan daripada pengurusan masa yang lemah menyebabkan saya tidak dapat menghantar tugasan pada masa yang telah ditetapkan. Cadangan penambahbaikan adalah saya perlu merancang dan mengatur pengurusan masa dengan lebih efektif. Langkah yang perlu diambil adalah dengan cara membuat senarai semak tugasan –tugasan yang perlu diselesaikan dahulu. Saya juga perlu merangka draf atau pelan awal sebelum menyiapkan sesuatu tugasan sebagai petunjuk agar tidak tersasar daripada objektif tugasan tersebut. Bagi mengelakkan tugasan yang bertimbun pada suatu masa, saya harus memberikan komitmen yang penuh dalam menyiapkan tugasan secepat yang mungkin. Kelemahan yang seterusnya adalah sumber artikel sama ada dalam bentuk jurnal bercetak atau ‘online’ adalah terhad. Ini dapat dilihat apabila terdapat rakan-rakan yang memilih artikel yang sama kerana skop yang dipilih adalah berbentuk umum iaitu mengenai bidang Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Saya bebas untuk memilih artikel yang bersesuaian dengan bidang Masalah Pembelajaran dan mudah untuk dibuat rumusan secara keseluruhan. Kebanyakan artikel yang terdapat Pusat Sumber institut kami tidak dikemaskini dan diterbitkan pada tahun 2000 ke bawah. Artikel yang dijumpai banyak mengupas isu-isu lama dan sudah lapuk untuk dibincangkan pada masa kini. Cadangan penambahbaikan adalah saya perlu mengambil alternatif dengan pergi ke Perpustakaan Negara untuk mencari artikel yang sudah dikemaskini dan 22
  • 23. diterbitkan pada tahun 2000 ke atas. Saya juga perlu bijak memilih artikel yang bagus dan mantap agar tidak mengalami kesukaran dalam merumus artikel dan mencari isu-isu berkaitan artikel yang dipilih. Walaupun saya memilih artikel yang sama dengan rakan yang lain, namun begitu corak penulisan saya berbeza dengan rakan yang lain bergantung kepada maklumat yang diperoleh daripada laman sesawang internet dan juga buku-buku rujukan. Setiap pelajar mempunyai kebolehan tersendiri dalam mengolah isi dan pendapat mengikut pemahaman masing-masing. Kelemahan yang ketiga adalah kekurangan maklumat mengenai murid-murid Pendidikan Khas dan juga maklumat sekolah. Berdasarkan tinjauan yang dibuat, saya mendapati guru-guru Pendidikan Khas tidak mengemas kini fail peribadi murid. Terdapat murid yang baru sahaja memasuki sekolah tersebut tetapi tidak mempunyai fail peribadi. Maklumat sekolah juga sukar untuk diperoleh kerana hanya seorang sahaja guru Pendidikan Khas yang memiliki buku Pengurusan Sekolah. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengumpul kesemua maklumat yang diperlukan pada masa yang ditetapkan. Cadangan penambahbaikan adalah saya perlu mengambil alternatif lain dengan membuat temu bual dengan Pembantu Pengurusan Murid (PPM), kerani sekolah, pengusaha kantin dan staf-staf sokongan yang lain dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh, pengusaha kantin banyak menceritakan tentang sikap murid-murid Pendidikan Khas manakala PPM banyak menceritakan tentang keperluan asas yang diperlukan oleh murid. Maklumat yang diterima oleh pihak sekolah sedikit sebanyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan lebih baik. Kelemahan yang seterusnya adalah kekeliruan terhadap subtugasan 1 dan subtugasan 2. Ini dapat dilihat apabila kedua-dua subtugasan tersebut memerlukan saya mencari isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan Khas. Kemungkinan besar isu-isu yang dibincangkan adalah isu yang sama bagi subtugasan 1 dan subtugasan 2. Cadangan penambahbaikan yang dapat saya kenal pasti adalah saya perlu membaca soalan subtugasan 1 dan subtugasan 2 dengan lebih teliti untuk memahami kehendak soalan. Isu-isu bagi subtugasan 1 adalah berdasarkan rtikel yang dipilih manakala isu-isu bagi subtugasan 2 adalah berdasarkan pemerhatian terhadap sekolah yang mempunyai Program Integrasi Masalah Pembelajaran. Saya 23
  • 24. telah mengadakan sedikit perbincangan dengan rakan yang lain tentang permasalahan yang dihadapi dalam memahami kehendak soalan tugasan. Ternyata segala permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Menurut Md. Rusli dan Ramlah (1992), kaedah perbincangan adalah satu aktiviti secara berkumpulan iaitu melalui penglibatan murid-murid secara bekerjasama antara satu sama lain dalam membincangkan sesuatu topik atau masalah. Ini jelas membuktikan bahawa kaedah perbincangan mendatangkan kesan yang baik kepada pelajar dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran berlaku. 24
  • 25. 25 6.0 Penutup Terdapat banyak cadangan penambahbaikan dalam mengurangkan isu-isu yang timbul dalam Pendidikan Khas. Antaranya adalah mengenai isu pelabelan guru aliran perdana yang memberi persepsi negatif kepada guru Pendidikan Khas dapat diatasi dengan cara guru PPKI membuktikan kejayaan murid PPKI seperti melalui kelas kemahiran seperti pertanian, masakan, pertukangan dan lain-lain. Guru pendidikan khas juga boleh mempelawa guru aliran perdana untuk mengajar atau plaing tidak sebagai guru ganti jika ada guru Pendidikan Khas yang terpaksa mengambil cuti sekiranya masih lagi terdapat tanggapan negatif mengenai kerja mudah elaun besar. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menyelesaikan isu-isu yang sering timbul dalam Pendidikan Khas terutama pihak sekolah, guru-guru aliran perdana, guru-guru Pendidikan Khas, ibu bapa dan komuniti luar. Komitmen yang padu dan jitu amatlah perlu dalam membentuk sikap dan tingkah laku murid Pendidikan Khas menjadi lebih baik dan berupaya menguasai kemahiran asas seperti kemahirang menguruskan diri tanpa memerlukan bantuan dan bimbingan orang lain. Murid Pendidikan Khas akan berasa dihargai dan berhak mendapat pengiktirafan daripada masyarakat setempat apabila dapat menjalani kehidupan senormal yang boleh serta menjalani kehidupan dengan lebih baik.