SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
Download to read offline
Topik 
5 
 Membentang 
Maklumat 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 
1. Membentangkan tugasan anda dengan cemerlang; 
2. Mengaplikasikan gaya penulisan OUM berdasarkan format American 
Psychological Association (APA); dan 
3. Mempraktikkan persembahan berkesan dalam pembentangan lisan. 
 PENGENALAN 
Sebagai sebahagian daripada keperluan pembelajaran kendiri di Open University 
Malaysia (OUM), anda dikehendaki membuat pembentangan, sama ada dalam 
bentuk bertulis ataupun lisan. Ini bergantung kepada keperluan kursus anda. 
Pembentangan ini mungkin dinilai atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, ini 
akan memberi anda peluang untuk menguasai kemahiran asas dalam 
pembentangan yang akan membawa manfaat jangka panjang kerana anda boleh 
gunakan kemahiran tersebut pada bila-bila masa, sama ada untuk acara formal 
atau tidak formal, walaupun selepas anda meninggalkan OUM. Ingat, sama ada 
anda merupakan CEO sebuah syarikat multinasional, ahli politik, guru, ahli 
kesatuan sekerja atau menteri bahkan perdana menteri sekalipun, kemahiran 
pembentangan adalah satu keperluan bagi pembangunan profesional dan peribadi 
anda. Oleh itu, marilah kita mulakan di OUM. Ini merupakan perkara yang 
penting yang mempunyai permulaan yang mudah. Hakikatnya, pembentang yang 
cemerlang tidak dilahirkan semula jadi tetapi menguasai kemahiran melalui proses 
yang teratur dan sistematik dalam pembentangan dengan cemerlang. 
Topik ini akan memperkenalkan kepada anda beberapa kemahiran pembentangan 
paling asas yang anda boleh gunakan untuk pelbagai tujuan. Kaedah yang 
dibincangkan ini merupakan salah satu alternatif kepada anda untuk meningkatkan
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
113 
kemahiran dalam pembentangan. Terdapat juga kaedah-kaedah yang lain yang 
boleh digunakan bergantung kepada kesesuaiannya dengan diri anda. 
Topik ini akan memberikan tumpuan kepada dua jenis pembentangan: 
(a) Pembentangan bertulis dalam bentuk tugasan; dan 
(b) Pembentangan lisan menggunakan transparensi atau PowerPoint. 
TUGASAN BERTULIS 
Dalam subtopik ini, anda akan dibimbing dalam membuat tugasan bertulis 
berpandukan langkah-langkah yang diberikan. Anda juga akan didedahkan 
kepada beberapa kesalahan yang biasa dijumpai dalam tugasan bertulis agar 
anda tidak melakukan kesalahan yang sama. 
5.1.1 Langkah-langkah Penulisan Tugasan 
Pemarkahan berdasarkan tugasan merupakan penilaian yang paling kerap 
digunakan di OUM. Tugasan merupakan sebahagian daripada kursus yang telah 
didaftarkan dan boleh dinilai oleh tutor untuk mengukur tahap kefahaman serta 
kemajuan anda. Tugasan adalah berbeza daripada esei berformat. Tajuk dan 
subtajuk digunakan untuk menunjukkan hubungan antara beberapa isu. Jika 
anda menulis tugasan, tidak bermakna pembentangan terdiri dari fakta semata-mata. 
Pembentangan lebih kepada merupakan satu latihan akademik, iaitu anda 
mempunyai pendirian tentang isu-isu tertentu, berdebat tentang sebab-sebab dan 
memberikan bukti sahih untuk menyokong hujah-hujah anda. 
Pada dasarnya terdapat 10 langkah utama untuk menghasilkan tugasan bertulis 
yang baik: 
(a) Pilih Topik 
Pilih topik yang anda anggap selesa dan yang anda tahu. Adakalanya 
pensyarah atau tutor memberikan topik khusus untuk setiap individu. 
(b) Analisis Topik 
Tanya diri anda tentang: 
(i) Apakah isu-isu utama dan isu-isu sokongan? 
(ii) Semak perkara yang perlu anda lakukan: menjelaskan, memberikan 
komen, menghuraikan, menerangkan, menganalisis dan sebagainya. 
5.1
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
114 
(c) Cari Maklumat 
Gunakan langkah-langkah seperti dalam Topik 7. Gunakan strategi carian 
yang terbaik yang anda ketahui: OPAC, pangkalan data e-buku, pangkalan 
data e-jurnal dan Internet. 
(d) Lakukan Penilaian dan Pilihan 
Adakah anda mempunyai maklumat yang cukup serta berkaitan dengan 
isu-isu utama atau isu-isu sokongan? (Daripada penggunaan kriteria 
penilaian dalam Topik 9). 
(e) Ambil Nota daripada Sumber Sebenar 
Pastikan nota meliputi semua aspek berkaitan dengan isu-isu utama dan 
isu-isu sokongan. 
(f) Pelan Rangka 
Pastikan pelan rangka meliputi pengenalan, isi kandungan, rumusan serta 
maklumat sampingan seperti apendiks, nota kaki dan sebagainya. 
(g) Menyusun dan Menggabungkan 
Menulis nota untuk setiap bahagian, contohnya: 
(i) Pengenalan; 
(ii) Kandungan; 
(iii) Kesimpulan; dan 
(iv) Maklumat sampingan. 
(h) Penulisan 
Pastikan anda mengikut panduan ini: Penggunaan bahasa yang ringkas dan 
jelas. Idea dan penerangan hendaklah disampaikan dengan jelas. Masukkan 
elemen-elemen pemikiran yang kreatif dan maklumat sampingan seperti 
apendiks dan rujukan. 
(i) Semak Tugasan 
(i) Adakah saya menguruskan isu utama dan isu sokongan dengan 
sempurna? 
(ii) Apakah kandungan relevan dan menyeluruh? 
(iii) Adakah terdapat apa-apa keterangan sokongan untuk menegakkan 
pandangan, pendapat dan idea? 
(iv) Adakah bahan secara keseluruhannya rasional?
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
115 
(v) Adakah bahasa jelas dan tepat atau samar-samar atau tidak jelas? 
(vi) Adakah perenggan bersambung dengan baik? 
(vii) Adakah petikan yang sesuai dinamakan? 
(viii) Adakah ilustrasi dilabelkan? 
(ix) Adakah terdapat kesalahan ejaan? 
(x) Adakah semua rujukan yang dipetik dalam tugasan direkodkan 
dengan betul? 
(j) Hantar Sebelum Tamat Tempoh Akhir 
Adalah penting untuk menghantar tugasan anda sebelum tamat tempoh 
akhir. Sejauh manapun baiknya tugasan anda, jika dihantar lewat daripada 
tempoh yang ditetapkan, ia menunjukkan skil pengurusan masa anda 
adalah lemah. Susun masa dengan bijak dan jangan berlengah-lengah 
dalam menyiapkan tugasan. Tahukah anda bagaimana cara mengatur masa 
yang baik dalam menyiapkan tugasan? Sila layari laman sesawang berikut: 
http://www.lib.umn.edu/help/calculator/ dan cuba kalkulator tugasan 
University Minnesota. Ia dapat membantu anda meletakkan tarikh akhir 
anda sendiri untuk menyiapkan tugasan dengan berkesan. 
AKTIVITI 5.1 
Layari laman sesawang berikut: http://www.lib.umn.edu/help/ 
calculator/. Berdasarkan hasil dapatan di laman sesawang tersebut, 
nyatakan pelan tindakan anda dan tarikh akhir dalam menyediakan 
sesuatu tugasan. 
5.1.2 Kesilapan-kesilapan Biasa yang Dikenal Pasti 
dalam Tugasan 
Jadual 5.1 menerangkan beberapa kesilapan biasa yang dikenal pasti dalam 
tugasan.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
116 
Jadual 5.1: Kesilapan Biasa yang Dikenal Pasti dalam Tugasan 
Kesalahan Cara Mengatasi 
Tiada fokus terhadap 
bahan-bahan dalam topik 
Sentiasa rujuk kepada topik dan gugurkan isi yang tidak perlu. 
Kefahaman yang cetek 
terhadap topik 
Masukkan isi-isi yang perlu. Banyakkan pembacaan dan 
masukkan beberapa contoh. Tampungkan hujah-hujah dengan 
bukti. 
Pengorganisasian isi yang 
lemah 
Sentiasa berpandukan kepada format; pendahuluan, beberapa 
isi dan huraian serta penutup. 
Wacana yang lemah Gunakan bahasa yang mudah, jalinkan perenggan dan semak 
ejaan dan tatabahasa. 
Pengenalan yang lemah Pastikan anda memberi pengenalan dalam topik dan cara 
bagaimana pengenalan tersebut diterangkan dengan jelas. 
Rumusan yang lemah Pastikan wujudnya isu-isu yang hendak diselesaikan serta 
berikan kupasan terhadap cadangan dan harapan. 
Pembentangan yang 
lemah 
Gunakan pendekatan kreatif, rasional dengan menerima 
pandangan audiens. Sematkan dalam minda tentang beberapa 
persoalan yang akan ditampilkan. 
Maklumat yang tidak 
sesuai 
Pastikan anda banyak membaca untuk menggarap idea yang 
bernas. Laksanakan penilaian bagi bahan-bahan bacaan untuk 
diterapkan kepada audiens. 
PENULISAN DRAF PERTAMA 
5.2 
Masanya telah tiba untuk anda mempraktikkan apa yang telah anda pelajari. 
Supaya anda tidak rasa sangsi, marilah kita cuba menulis draf ilustrasi 
pengenalan dan isi kandungan. Rumusan, rujukan dan nota kaki juga 
ditunjukkan dalam subtajuk seterusnya. Tips umum tentang apa-apa yang perlu 
dilakukan dan tidak boleh dilakukan serta cara untuk melakukan petikan 
rujukan juga disediakan sebagai panduan. 
Sebelum anda mula menulis draf, catat semua idea dan fakta di atas sekeping 
kertas. Anda boleh menulis sama ada dalam kaedah rangka atau dalam format 
peta minda. Seterusnya, susun idea-idea anda dan kategorikan bahan dalam 
tajuk-tajuk yang berkaitan. Selepas itu, mulakan penulisan. Tulis apa-apa sahaja 
yang terlintas dalam fikiran anda. 
Seterusnya, mari kita pelajari bagaimana memulakan pengenalan dalam esei.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
117 
5.2.1 Pengenalan 
Semasa menulis pengenalan, anda perlu menyatakan skop, menetapkan tempat 
kejadian atau menjelaskan isu utama dan cara anda mendekatinya. Pengenalan 
meletakkan topik dalam perspektif dan berfungsi sebagai ulasan tentang perkara 
yang anda cadang untuk perkatakan. Bahagian ini seharusnya pendek, tepat dan 
jelas dan tidak melebihi daripada dua perenggan (rujuk Rajah 5.1). 
Rajah 5.1: Contoh pengenalan 
Mari kita analisis bahagian Pengenalan yang ditunjukkan di dalam Rajah 5.1. 
Perhatikan dengan teliti. Penulis memulakan penulisan dengan menerangkan 
keperluan dan peranan perpustakaan dalam perenggan pertama. Dalam 
perenggan kedua, penulis menjelaskan cara peranan perpustakaan boleh 
ditentukan dengan memahami konsep pendidikan, tujuan dan matlamat 
pendidikan dan sebagainya. Selepas itu, penulis mengaitkan idea tersebut 
dengan cara Perpustakaan Digital OUM menyokong konsep pendemokrasian 
pendidikan tinggi (yang juga merupakan matlamat OUM) dan konsep OUM 
serta aktiviti-aktiviti teras. Dengan itu, penulis telah berjaya memperkenalkan 
topik pembentangan, iaitu Penyediaan Peluang Sama Rata dalam Pembelajaran 
Jarak Jauh: Peranan Perpustakaan Digital OUM.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
118 
5.2.2 Isi Kandungan 
Badan utama kandungan harus mengandungi idea, pendapat dan fakta anda. Ia 
patut jelas dan diterangkan dengan menggunakan hujah yang sistematik dan 
logik. Setiap perenggan harus mengandungi hanya satu isi utama atau idea 
utama dengan bahan sokongan. 
Antara satu perenggan dengan satu perenggan perlu saling berhubung supaya 
idea dapat dijalinkan. Pastikan bahawa apabila sesuatu isu yang dibangkitkan 
dalam sesuatu perenggan, langkah berhati-hati perlu disematkan dalam minda 
supaya wujud wacana sistematik tentang isu-isu berbangkit. Anda dinasihatkan 
supaya menggunakan sistem nombor untuk menunjukkan hubungan atau saling 
hubungan antara isu-isu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2. Ilustrasi 
(gambar rajah, gambar dan lain-lain) harus digunakan untuk membantu anda 
dalam menjelaskan isu-isu. 
Rajah 5.2: Contoh isi kandungan 
5.2.3 Kesimpulan 
Sentiasa rujuk kepada topik apabila anda menulis bahagian ini. Pastikan bahawa 
kesimpulan anda mantap dengan pengenalan dan isi kandungan. Satu kesimpulan 
yang baik harus menyediakan pembaca dengan keyakinan untuk mencerap idea. 
Jangan ulangi idea yang anda telah nyatakan pada bahagian pengenalan. 
Kesimpulannya mesti menunjukkan kemajuan dalam pembangunan topik daripada
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
119 
pengenalan dan berdasarkan badan kandungan (rujuk Rajah 5.3). Bahagian 
kesimpulan tidak menerangkan idea, perbahasan atau pendapat baharu tetapi perlu 
menerangkan apa yang telah dipelajari dalam isi kandungan. 
Rajah 5.3: Contoh kesimpulan 
5.2.4 Maklumat Iringan 
Iringi maklumat dalam bentuk nota penjelasan, nota kaki dan rujukan mesti 
disediakan sebagai bukti untuk menyokong isu-isu yang terkandung dalam isi 
kandungan. Ini juga untuk memastikan bahawa idea-idea dan pendapat yang 
diambil daripada orang lain diperakui. Berikut adalah beberapa contoh: 
(a) Senarai Rujukan 
Senaraikan bahan yang dirujuk dalam teks. Seseorang pelajar yang hanya 
merujuk kepada satu atau dua buku untuk maklumat tidak akan mampu 
untuk membentangkan tugasan berkualiti; bermakna penulisan yang baik 
memerlukan pendedahan terhadap banyak bahan bacaan dan pengetahuan 
yang akan menyumbang kepada idea-idea penulisan yang luas. Senarai 
rujukan juga memastikan plagiarisme tidak berlaku kerana pembaca akan 
dapat menyemak idea atau fakta-fakta yang dinyatakan dalam tugasan. Ini 
juga akan memberikan kredit terhadap penyaluran idea atau pendapat. 
Dalam menyusun senarai rujukan, pastikan bahawa: 
(i) Sumber-sumber disenaraikan dalam urutan abjad mengikut nama 
pengarang atau tajuk (rujuk Rajah 5.4).
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
120 
(ii) Setiap item mempunyai butir-butir lengkap bibliografi (halaman, 
pengarang, judul, edisi, tahun penerbitan, penerbit) yang berkaitan 
dengan jenis sumber seperti buku, artikel jurnal, topik dalam buku, 
kertas persidangan dan sebagainya. 
(iii) Ciri petikan mematuhi gaya OUM (sila lihat nota bawah tajuk „Gaya 
Nama‰ dalam Perkara 5.2.6). 
Rajah 5.4: Contoh rujukan 
(b) Nota Kaki atau Nota 
Nota kaki adalah nota pada bahagian bawah halaman yang mengandungi 
maklumat yang berkaitan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Nota 
boleh berada dalam bentuk petikan peruntukan sumber/sumber/ 
penjelasan/huraian kepada maklumat. Nota terletak pada akhir tugasan 
secara berasingan daripada senarai rujukan atau bersama-sama bawah nota 
rujukan dan tajuk. Jika bersama-sama, ia akan disusun mengikut abjad.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
121 
Rajah 5.5: Contoh nota kaki 
5.2.5 Petikan dan Parafrasa 
Jika idea dan pendapat orang lain diterbitkan semula kata demi kata, gunakan 
tanda petikan dan sediakan butir-butir sumber sama ada dalam bentuk nota kaki 
(Rajah 5.6) ataupun memetik serta-merta selepas petikan (Rajah 5.7). Jika anda 
memutuskan untuk menggunakan perkataan anda sendiri atau merumus, tulis 
sumber dalam teks seperti dalam Rajah 5.8. 
Gunakan petikan dengan berhati-hati. Dikhuatiri, penulisan tidak mewakili idea 
atau pendapat anda sendiri tetapi meniru semula fikiran, idea dan pendapat 
orang lain. Lebih baik untuk anda menggunakan pendapat dan idea orang lain 
sebagai bukti atau untuk menyokong hujah, idea-idea atau pendapat anda 
sendiri.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
122 
Rajah 5.6: Contoh petikan di dalam nota kaki 
Rajah 5.7: Contoh petikan berserta sumber 
Rajah 5.8: Contoh parafrasa idea penulis di dalam teks 
5.2.6 Gaya Pemetikan 
Dalam proses menyiapkan tugasan, anda perlu mendokumentasikan segala 
sumber yang digunakan dalam penulisan anda. Terdapat banyak cara untuk 
mendokumentasikan sumber dalam teks penulisan dan dalam bahagian rujukan 
pada akhir penulisan anda. Ciri petikan OUM adalah berdasarkan format 
Persatuan Psikologi Amerika (APA). Jenis sumber atau rujukan adalah seperti 
berikut:
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
123 
 Buku; 
 Laman sesawang; 
 Topik-topik spesifik dalam buku; 
 Jurnal; dan 
 Bahan-bahan lain. 
(a) Petikan Buku Bercetak 
Gunakan gaya rujukan berikut untuk merujuk kepada buku-buku bercetak: 
(i) Buku oleh Pengarang Tunggal 
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk buku (Edisi). Tempat penerbitan: 
Penerbit. 
Contoh: 
Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: How to transform 
your business-to-business global marketing strategy. London: 
Kogan Page. 
(ii) Buku oleh Dua Pengarang 
Nama Pengarang,  Nama Pengarang 2. (Tahun). Tajuk buku: 
Subtajuk buku (Edisi). Tempat penerbitan: Penerbit. 
Contoh: 
Boone, L. E.,  Kurtz, D. (2001). Contemporary marketing (10th ed.). 
Forth Worth, TX: Harcourt Colleges Publishers. 
(iii) Buku oleh Tiga Pengarang 
Nama Pengarang, Nama Pengarang 2,  Nama Pengarang 3. (Tahun). 
Tajuk buku: Subtajuk buku (Edisi). Tempat penerbitan: Penerbit. 
Contoh: 
Allen, C., Kania, D.,  Yaeckel, B. (2001). One-to-one web-marketing: 
Build a relationship marketing strategy one customer at a time 
(2nd ed.). New York: John Wiley.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
124 
(iv) Buku oleh Lebih Tiga Pengarang 
Nama Pengarang (et al.). (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk buku (Edisi). 
Tempat penerbitan: Penerbit. 
Contoh: 
Amrine, H. et al. (2001). One-to-one web-marketing: Build a 
relationship marketing strategy one customer at a time (2nd ed.). 
New York: John Wiley. 
(v) Buku yang Diedit 
Nama editor (Ed.). (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk daripada buku. 
Tempat penerbitan: Penerbit. 
Contoh: 
Duncan, G. J.,  Brooks-Gunn, J. (Eds.). (1997). Consequences of 
growing up poor. New York: Russell Sage Foundation. 
Anda perlu tahu cara untuk membezakan antara „edisi‰ dan „impresi‰ 
atau „cetakan semula‰. Edisi menandakan bahawa teks itu telah 
dipinda, manakala impresi atau cetakan semula menunjukkan sebarang 
perubahan dalam teks. Anda perlu sentiasa menyebut tarikh edisi 
sebagai tarikh penyiaran, bukan impresi atau tarikh cetakan semula. 
Contoh: 
Tarikh edisi pertama: 1968 
Cetakan semula atau impresi kelima: 2000 
Gunakan tarikh 1968, seperti berikut: 
Cruise, T. J. (1968). Educational technology. Kuala Lumpur: Pelangi 
Press. 
(b) Petikan Buku Elektronik 
Anda boleh menggunakan format berikut untuk petikan buku elektronik: 
(i) Allen, C., Kania, D.,  Yaeckel, B. (Eds.). (2001). One-to-one web-marketing: 
Build a relationship marketing strategy one customer at a 
time (2nd ed.). New York: John Wiley. In Ebrary (OUM Digital 
Collection). 
(ii) Millholon, M.,  Murray, K. (2001). Microsoft Word 2002 inside out. 
Redmond, WA.: Microsoft Press. In Books24x7 (OUM Digital 
Collection).
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
125 
(c) Petikan Bab Tertentu dalam Buku 
Berikut adalah tiga cara untuk petikan bab dalam buku berdasarkan 
bilangan penulis: 
(i) Bab dalam Buku oleh Pengarang Tunggal 
Nama pengarang bab. (Tahun). Tajuk bab: Bilangan bab dalam Nama 
pengarang utama atau editor, Tajuk buku (Edisi, ms halaman pertama 
- halaman terakhir). Tempat penerbitan: Penerbit. 
Contoh: 
Kuegler, T. J., Jr. (2002). Web advertising: Banners and beyond; 
Chapter 12 in T. J. Kuegler, Jr. (Ed.), Web advertising and 
marketing (3rd ed., pp. 98-104). Boston, Mass.: Premier Press. In 
Books24x7 (OUM Digital Collection). 
(ii) Bab dalam Buku oleh Dua Pengarang 
Nama Pengarang,  Nama Pengarang 2. (Tahun). Tajuk bab: Subtajuk 
daripada bab. Dalam Editor 1 Nama  Nama Editor 2, Tajuk buku: 
Subtajuk buku (Edisi, ms halaman pertama - halaman terakhir). 
Tempat penerbitan: Penerbit. 
Contoh: 
Cruise, J. T.,  Shaharuddin Salleh. (1999). Video: Effective use in 
creating learning material. In J. L. Hunters  M. K. Brown (Eds.), 
Multimedia: Applications and implications (2nd ed., 98-104). 
Kuala Lumpur: Pelangi Press. 
(iii) Bab dalam Buku oleh Tiga Pengarang 
Nama Pengarang, Nama Pengarang 2.,  Nama Pengarang 3. (Tahun). 
Tajuk bab: Subtajuk daripada bab. Nama Editor 1, Nama Editor 2  3 
Nama Editor, Tajuk buku: subtajuk buku (Edisi, ms halaman pertama 
- halaman terakhir). Tempat penerbitan: Penerbit. 
Contoh: 
Cruise, J. T., Shaharuddin Salleh,  Tan, T. H. (2000). Hypermedia 
authoring: Knowledge constructing through hypermedia 
authoring. In Ahmad Albab, J. L. Hunters  M. K. Brown (Eds.), 
Authoring tools: Educational technology (3rd ed., pp. 86-98). 
Kuala Lumpur: Pelangi Press.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
126 
(d) Petikan Artikel dalam Jurnal 
Berikut adalah cara-cara petikan artikel dalam jurnal berdasarkan bilangan 
penulis: 
(i) Artikel Ditulis oleh Pengarang Tunggal 
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk Jurnal: 
Subtajuk Jurnal, Jilid (Terbitan), halaman pertama - halaman terakhir. 
Contoh: 
Kargoankar, P. (2002). Web usage, advertising and shopping: 
Relationship patterns. Internet Research: Electronic Networking 
and Policy, 12(2), 191-204. 
(ii) Artikel Ditulis oleh Dua Pengarang 
Nama Pengarang,  Nama Pengarang 2. (Tahun). Tajuk artikel dalam 
jurnal. Tajuk Jurnal: Subtajuk Jurnal, Jilid (Terbitan), halaman pertama 
- halaman terakhir. 
Contoh: 
Klimoski, R.,  Palmer, S. (1993). The ADA and the hiring process in 
organizations. Consulting Psychology Journal: Practice and 
Research, 45(2), 10-36. 
(iii) Artikel Ditulis oleh Tiga Pengarang 
Nama Pengarang, Nama Pengarang 2,  Nama Pengarang 3. (Tahun). 
Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk Jurnal: Subtajuk Journal, Jilid 
(Terbitan), halaman pertama dan halaman terakhir. 
Contoh: 
Saywitz, K. J., Berliner, L.,  Cohen, J. A. (2000). Treatment for sexually 
abused children and adolescents. American Psychologist, 55, 1040- 
1049. 
(iv) Artikel Ditulis oleh Tiga Pengarang atau Lebih 
Nama 1 Pengarang et al. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk 
Jurnal: Subtajuk Journal, Jilid (Terbitan), halaman pertama dan 
halaman terakhir. 
Contoh: 
Pelayaran, J. T. et al. (2000). Dolly: Implikasi pengklonan manusia. 
Jurnal Genetik, 1, 212-222.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
127 
(iv) Artikel Ditulis oleh Lebih daripada Tiga Orang Pengarang 
Contoh: 
Cruise, J. T. et al. (2000). Dolly: Implications on human cloning. 
Journal of Genetics, 1, 212-222. 
(v) Artikel Jurnal daripada Pangkalan Data 
Garfinkel, D.,  Chowlewka, K. (2002). Making the most of it: How to 
squeeze more profits from the web. Sales and marketing 
management, 154(3), 19. In Ebsco (OUM Digital Collection). 
(vi) Artikel Jurnal daripada Internet 
Kenneth, I. A. (2000). A Buddhist response to the nature of human 
rights. Journal of Buddhist ethics, 8. [Online]. Available: 
http://www.cac.psu.edu/jbe/twocont.html. [2001, February 20]. 
(e) Petikan daripada Pengarang Korporat 
Nama penulis juga boleh berada dalam bentuk institusi, pertubuhan, 
jabatan atau kementerian. Merujuk kepada contoh yang berikut: 
Malaysia. Ministry of Education. National Board of Education. (1989). 
Implications of computers in the classroom. Kuala Lumpur: Pelangi 
Press. 
(f) Petikan Laman Sesawang 
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk dokumen elektronik. [Online]. Diperoleh: 
alamat laman web. [Dokumen Tarikh diambil]. 
Contoh: 
Jones, D. (1999). The de Grummond childrenÊs literature collection. [Online]. 
Available: http://avatar.lib.usm.edu/~degrum/. [2000, February 24]. 
Nielsen, M. E. (n.d.). Notable people in psychology of religion. [Online]. 
Available: http://www.psywww.com/psyrelig/psyrelpr.htm. [2000, 
August 3]. 
Untuk laman web, jika tarikh laman web tidak diberikan, letakkan kedua 
(Tiada tarikh) dalam ayat pada tarikh. (Ini tidak boleh dikelirukan dengan 
tarikh yang anda akses).
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
128 
Jika dokumen tidak mempunyai penulis, ayat bermula dengan tajuk 
dokumen: 
The de Grummond childrenÊs literature collection. (1999). [Online]. 
Available: http://avatar.lib.usm.edu/~degrum/. [2000, February 24]. 
(g) Bahan-bahan lain 
(i) Artikel Akhbar yang Tiada Pengarang 
New drug appears to sharply cut risk of death from heart failure. 
(1993, July 15). The Washington Post, p. A12. 
(ii) Artikel Akhbar Satu Pengarang yang Tiada Halaman Bersambung 
Schwartz, J. (1993, September 30). Obesity affects economic, social 
status. The Washington Post, pp. A1, A4. 
(iii) Artikel Ensaiklopedia 
Bergman, P. G. (1993). Relativity. In The new encyclopedia Britannica 
(Vol. 26, pp. 501- 508). Chicago: Encyclopedia Britannica. 
(iv) Kertas Persidangan yang Diterbitkan dalam Prosiding 
Gibson, C. C. (2005). Impact of the larger social context on the distance 
learner. In S. Allsop (Ed.) International Council for Distance 
Education: One world many voices: Quality in open and distance 
learning (pp. 279-282). Chicago: Milton Keynes. 
(v) Kertas Persidangan Tidak Diterbitkan 
Martins, J. R. (2004, April). Working with the terminally ill: An 
integrated theoretical model. Paper presented at the American 
Counseling Association World Conference, San Diego, CA.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
129 
AKTIVITI 5.2 
1. Tulis rujukan untuk: 
AKTIVITI 5.3 
DRAF AKHIR 
5.3 
(a) Buku; 
(b) Jurnal artikel; dan 
(c) Bahan elektronik. 
2. Tulis petikan daripada buku: 
(a) Petikan daripada nota kaki; 
(b) Petikan dengan sumber diikuti dengan petikan; dan 
(c) Menggunakan idea penulis lain dalam teks. 
Petikan buku berikut dengan menggunakan gaya petikan OUM yang 
berdasarkan format APA. 
Tajuk Buku: The Writing Process 
Pengarang: John M. Lannon 
Tempat Penerbitan: USA 
Penerbit: Pearson 
Tahun Terbitan: 2004 
AKTIVITI 5.4 
Di dalam pengalaman anda menyiapkan tugasan, berapakah draf yang 
anda hasilkan? Adakah perlu untuk menghasilkan lebih daripada satu 
draf? Berikan pendapat anda di dalam forum perbincangan.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
130 
Walaupun draf akhir, tetapi maksudnya belum berakhir. Ia adalah 
tanggungjawab anda untuk bertanya kepada diri sendiri; „Adakah saya gembira 
dengan penulisan ini?‰ Untuk membantu anda menjawab soalan ini, perkara 
terbaik untuk dilakukan adalah membaca semula apa-apa yang anda telah tulis. 
Alternatif di bawah adalah senarai semak untuk membantu anda menentukan 
jika ia benar-benar siap. Tanya diri anda soalan-soalan berikut: 
(a) Adakah tugasan anda berfokus? 
(b) Adakah saya telah merancang dan menyediakan penulisan dengan baik? 
(c) Adakah penulisan menunjukkan pemahaman tentang kandungan isu-isu 
yang relevan kepada topik? 
(d) Adakah ia menunjukkan bukti bertulis tentang pembacaan yang luas dan 
penyelidikan tentang topik ini? 
(e) Adakah terdapat aliran logik tentang isu-isu daripada satu perenggan 
kepada satu perenggan yang lain? 
(f) Adakah hujah-hujah meyakinkan dan disokong oleh bukti? 
(g) Adakah analisis jelas dan logik? 
(h) Adakah bahasa mudah dan tepat? 
(i) Adakah bahagian kesimpulan menjawab soalan yang dibangkitkan dalam 
kandungan? 
FORMAT TUGASAN 
5.4 
Dalam membentangkan tugasan anda, pengekalan kualiti output adalah penting. 
Pertama, penting untuk tugasan ditaip dan mempunyai cetakan yang jelas. 
Berikut adalah beberapa petunjuk untuk membantu anda memformat dan 
membentangkan tugasan anda dengan baik: 
(a) Gunakan kertas putih saiz A4. Jangan campurkan saiz kertas dalam tugasan 
dan gunakan sebelah kertas sahaja. 
(b) Berikan margin kanan 3cm untuk komen tutor anda. 
(c) Halaman tajuk anda harus terdiri daripada tajuk tugasan, nama anda, 
nombor matrik, alamat e-mel, semester dan tahun pengajian, dan nama 
tutor dan pusat pembelajaran (sila rujuk Rajah 5.9). 
(d) Pastikan anda mempunyai nama dan nombor matrik pada setiap halaman.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
131 
(e) Pastikan saiz fon kepada 12 mata dan mengelakkan berlebihan fon. 
(f) Pemilihan fon  Masukkan salah satu warna dan tidak menggunakan 
merah. 
(g) Bilangan semua halaman ikut urutan. 
(h) Jika anda telah memasukkan muka surat dengan gambar rajah dan ilustrasi, 
pastikan bahawa ia mempunyai nombor halaman yang betul. 
(i) Satukan kesemua muka surat dengan mengokot bersama-sama. 
Berikut adalah panduan untuk tugasan bertulis (rujuk Jadual 5.2). 
Jadual 5.2: Perkara yang Boleh Dibuat dan Tidak Boleh Dibuat Semasa Membuat Tugasan 
Boleh Dibuat Tidak Boleh Dibuat 
Gunakan ayat-ayat yang pendek. Gunakan ayat yang panjang lebar 
untuk menyampaikan idea-idea anda. 
Nyatakan idea-idea utama dengan jelas dan 
tepat dalam perkataan anda sendiri, dalam 
ayat topik. 
Generalisasi. 
Gunakan ayat yang lengkap dan hubungkan 
dalam perenggan yang logik. 
Gunakan poin atau senarai. 
Berhati-hati tentang objektif penulisan. Buat andaian atau memberikan 
pendapat anda (kecuali diminta dalam 
soalan). 
Ringkas. Berulang-ulang. 
Nyatakan sumber rujukan. Plagiarisme. 
Semak ejaan, tatabahasa dan tanda baca. Minta tutor anda untuk periksa. 
Eja singkatan dan akronim pertama, 
contohnya Kuala Lumpur International 
Airport (KLIA). 
Andaikan tutor anda tahu singkatan 
dan akronim yang anda gunakan. 
Konsisten dalam format apabila merujuk 
kepada tarikh, contohnya. 10 November 2003 
dan bukannya 10.11.03. 
Tukar format sepanjang tugasan. 
Gunakan penanda wacana yang sesuai seperti 
„Sebaliknya‰, „Walau bagaimanapun‰, 
„Namun begitu‰. 
Ayat tergantung tanpa penanda 
wacana.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
132 
Rajah 5.9: Contoh tajuk muka hadapan 
PENULISAN ESEI BERPANDUKAN SYARAT 
PEPERIKSAAN 
5.5 
Anda boleh menggunakan langkah-langkah yang sama seperti menulis suatu 
tugasan kecuali anda tidak boleh melawat perpustakaan untuk mencari 
maklumat. Pilih soalan tentang topik-topik yang anda minati. Gunakan beberapa 
minit untuk mencerap idea dan kemudian dengan cepat menstrukturkannya 
secara sistematik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Topik 6. 
PEMBENTANGAN SECARA LISAN 
5.6 
Di OUM, anda mungkin dikehendaki untuk membuat pembentangan lisan, sama 
ada secara formal atau tidak formal. Pembentangan ini boleh dinilai atau 
sebaliknya. Terdapat beberapa kemahiran asas yang anda perlu kuasai untuk 
mengambil bahagian secara aktif dalam tutorial dan seminar. 
Bukan semua orang merupakan penceramah yang serba boleh tetapi dengan 
penyediaan dan banyak amalan, pembentangan lisan boleh menjadi mudah. 
Berikut adalah garis panduan yang anda perlukan apabila anda terbabit dalam 
pembentangan lisan.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
133 
5.6.1 Audiens dan Tujuan Pembentangan 
Anda perlu tahu audiens dan tujuan persembahan, tahap persediaan yang anda 
perlu lakukan, jenis pakaian yang anda perlu gunakan, bahasa yang anda 
gunakan (teknikal atau secara formal atau tidak formal, tetapkan bilik sama ada 
untuk penyediaan minuman dan sebagainya. 
5.6.2 Perancangan dan Penyediaan Pembentangan 
Berikut adalah beberapa garis panduan tentang perancangan dan persediaan 
untuk pembentangan (rujuk Jadual 5.3). 
Jadual 5.3: Garis Panduan Perancangan dan Persediaan 
untuk Persembahan Pembentangan 
Garis Panduan Penerangan 
Fahami topik dengan mendalam. Selidik secara meluas dan kumpulkan 
seberapa banyak maklumat yang boleh 
tentang isu utama dan sub isu. 
Fahami kehendak audiens. Tahap pendidikan audiens anda, tahap 
jangkaan, bentuk bahasa yang harus 
digunakan. 
Selesakan diri dengan persekitaran anda. Persekitaran bilik, saiz bilik, lampu, 
penghawa dingin, susun atur seperti kerusi 
dan meja. 
Buat keputusan tentang jenis pembentangan 
PowerPoint. 
OHP/transparensi atau lisan dan audio-video. 
Periksa sama ada peralatan yang sesuai boleh 
didapati. 
LCD, PC, OHP, mikrofon, penunjuk, papan 
putih dan lain-lain. 
Periksa sama ada bahan-bahan yang 
digunakan adalah sesuai. 
Disket, pita audio-video/CD, kertas, pen 
penanda dan sebagainya. 
Tempoh persembahan. Penting untuk PowerPoint dan OHP supaya 
bilangan yang betul bagi slaid atau 
transparensi boleh disediakan (sebagai 
panduan, sediakan slaid PowerPoint/ 
transparensi untuk satu minit bergantung 
pada berapa banyak teks yang perlu 
dihuraikan). 
Mulakan persediaan awal (sebaik-baiknya 
pembentangan). Lebih baik untuk 
menyediakan transparensi yang ditaip dan 
bukannya tulisan tangan. 
Ambil sekurang-kurangnya dua minggu 
untuk menyediakan pembentangan anda.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
134 
Periksa ketersediaan transparensi dan 
pastikan OHP yang ada berfungsi. Pastikan 
juga terdapat mentol sebagai gantian. 
Bagi PowerPoint, pastikan PC dan LCD 
yang ada berfungsi dengan baik. 
Uji sekurang-kurangnya beberapa hari 
sebelum tarikh pembentangan untuk 
membolehkan peralatan diperbaiki jika perlu. 
Uji peralatan yang menggunakan 
PowerPoint/slaid atau transparensi. 
Pakaian yang sesuai. Keyakinan akan terserlah sekiranya anda 
memakai pakaian yang sesuai dengan 
majlis. 
Uji persembahan . Menjangkakan tindak balas dengan 
melakukan percubaan pada rakan sekerja. 
Kreatif dalam penggunaan: 
 PowerPoint; dan 
 Transparensi. 
 Gunakan animasi, warna, grafik, kartun 
dan sebagainya. 
 Gunakan warna, ilustrasi dan 
sebagainya. 
Teks adalah ringkas, jelas dan mudah untuk 
dibaca oleh audiens walaupun dari belakang. 
Gunakan bentuk nota, rumusan/ringkasan, 
fon warna latar yang sesuai dan sebagainya. 
5.6.3 Teknik dalam Persembahan PowerPoint dan 
OHP 
Contoh-contoh yang diberikan berikut boleh digunapakai bagi PowerPoint dan 
juga OHP: 
(a) Nyatakan tajuk dan pembentang pada peringkat awal (rujuk Rajah 5.10) 
Rajah 5.10: Topik dan nama pembentang
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
135 
(b) Gunakan teks yang minimum. Teks berikut boleh dibuat semula seperti 
yang ditunjukkan dalam Rajah 5.11. 
Untuk merebut peluang terbuka dan sama rata, pembelajaran sepanjang 
hayat mesti dilanjutkan secara berterusan dengan peluang-peluang untuk 
menimba kejayaan yang disediakan di setiap peringkat. Mana-mana usaha 
yang menidakkan proses pendemokrasian pendidikan akan menjejaskan 
prinsip „peluang sama rata‰ seperti yang diungkap oleh UNESCO dalam 
blueprint Rangka Tindakan Klasik 1972 yang menyatakan: 
„Apabila pendidikan adalah berterusan, idea-idea tentang apa-apa yang 
dimaksudkan kejayaan dan kegagalan akan berubah. Individu yang gagal 
di peringkat pembelajaran demi peluang kerjaya masih mempunyai 
peluang yang lain. Individu berkenaan tidak lagi tersisih untuk mengejar 
peluang-peluang dalam kehidupan, selain mampu mengelakkan kegagalan. 
„Pengkonseptualisasian pendidikan merupakan satu proses sepanjang 
hayat, selain usaha untuk menterjemahkan prinsip demokrasi dalam 
amalan pendidikan atau satu konsep baharu pedagogi ... untuk menghalang 
pengecualian sosial.‰ 
Rajah 5.11: Guna teks yang minimum 
(c) Pastikan pencerapan idea-idea berbangkit adalah mantap seperti yang 
ditunjukkan dalam Rajah 5.12 hingga Rajah 5.15.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
136 
Rajah 5.12: Contoh aliran maklumat yang teratur  Komponen perpustakaan digital
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
137 
Rajah 5.13: Contoh aliran maklumat yang teratur  Infrastruktur teknikal 
Rajah 5.14: Contoh aliran maklumat yang teratur  Pangkalan data pengetahuan
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
138 
Rajah 5.15: Contoh aliran maklumat yang teratur  Pendidikan pengguna 
(d) Gunakan ilustrasi seperti animasi, warna dan sebagainya. 
(e) Sila gunakan panduan seperti berikut: 
(i) Bercakap dengan bahasa yang mudah, betul dan jelas. 
(ii) Perjelaskan poin yang dinyatakan dalam slaid. 
(iii) Jangan masukkan isu-isu baru yang tidak dinyatakan dalam slaid. 
(iv) Pastikan slaid menarik, fon yang besar dan jelas walaupun dilihat dari 
bahagian belakang dewan (saiz fon tidak melebihi daripada 18) dan 
warna latar belakang yang sesuai. 
(v) Pastikan cahaya yang sesuai. 
(vi) Pastikan mikrofon dan pembesar suara berfungsi dengan baik. 
(vii) Jangan meninggikan suara ketika membuat pembentangan. 
(viii) Minimumkan gerak tubuh badan. 
(ix) Pandang audiens tetapi jangan fokuskan kepada satu kumpulan atau 
satu bahagian bilik/dewan sahaja. 
(x) Berpakaian yang sopan dan sesuai.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
139 
AKTIVITI 5.5 
Baca perenggan berikut dan pilih perkara utama yang akan anda 
masukkan dalam persembahan slaid anda. 
Definisi Objek Pembelajaran 
Istilah „objek pembelajaran‰ yang dipopularkan oleh Wayne Hodgins 
pada tahun 1994 masih belum meyakinkan penganalisis pendidikan. Ini 
merangkumi ciri-ciri yang membezakan daripada mana-mana kandungan 
lain. Daripada tinjauan definisi, tafsirannya: daripada kandungan digital 
kepada bukan digital, daripada objek yang besar kepada objek kecil dan 
daripada kandungan yang interaktif kepada bukan interaktif. Di Open 
University Malaysia, kami agak mementingkan penerimaan definisi yang 
sesuai dengan aspirasi kami. Kami ingin menggunakan definisi Dunning 
(2002) yang menetapkan objek pembelajaran sebagai: latihan interaktif 
yang membolehkan pelajar menggunakan kandungan yang dipelajari 
dalam bahagian tertentu kursus untuk membolehkan: (1) demonstrasi 
penguasaan kandungan, (2) aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan 
masalah dan (3) penggunaan kandungan dalam pemikiran kritikal. 
Terdapat tiga komponen penting bagi objek pembelajaran, iaitu seperti 
berikut: hasil pembelajaran, latihan interaktif dan mekanisme maklum 
balas. Polsani (2003), telah melakukan kajian yang cemerlang tentang objek 
pembelajaran dan beberapa ciri-ciri penting yang ditandakan olehnya, 
iaitu: mestilah digital dan dimuatnaikkan melalui Internet; boleh 
digunakan semula; dan mudah dikenal pasti. Sifat yang paling penting 
bagi objek pembelajaran adalah keupayaannya untuk mewujudkan konsep 
yang boleh digunakan semula.
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 
140 
AKTIVITI 5.6 
Tuliskan pengenalan bagi tajuk „Kesan-kesan Televisyen terhadap 
Masyarakat‰. Pengenalan tidak lebih daripada 200 patah perkataan. 
Gunakan artikel berikut untuk membantu anda dalam penulisan. 
Kesan-kesan Televisyen terhadap Masyarakat 
Kajian terbaru dari seluruh dunia telah membuktikan bahawa televisyen 
mempunyai kesan terhadap individu dan masyarakat keseluruhannya. 
Kami telah mengemukakan frasa „couch potato‰ untuk orang yang 
menonton TV sepanjang masa. Terdapat banyak kajian terhadap semua 
peringkat umur, termasuk daripada kanak-kanak kecil dan warga emas 
tentang kesan televisyen terhadap manusia. Tiada sesiapa yang boleh 
menyatakan dan mempercayai televisyen tidak mempunyai kesan 
kepada masyarakat. Ia sentiasa diperdebatkan, sama ada televisyen 
mencerminkan masyarakat atau masyarakat mencerminkan apa yang 
dilihat menerusi kaca televisyen. TV telah menjadi sebahagian besar 
daripada keperluan setiap isi rumah di Amerika. Ini juga berlaku di 
kebanyakan negara maju yang lain. Masyarakat adalah seperti yang 
digambarkan di televisyen. Ia melibatkan orang sebenar berlakon seperti 
yang diarahkan oleh orang sebenar lain. Pada pendapat mereka, TV 
mencerminkan antara satu sama lain, di sebalik hiburan tulen. Salah satu 
caranya adalah dengan menunjukkan kesan yang negatif daripada 
televisyen. Ramai orang lebih suka untuk berhujah bahawa televisyen 
adalah sesuatu alat yang berunsur negatif; meruntuhkan minda anak-anak. 
Terdapat bukti yang kukuh untuk menyokong pandangan ini. 
Robert Durant adalah salah seorang daripada ramai orang yang percaya 
kanak-kanak sangat terdedah kepada keburukan TV. Justeru, masyarakat 
perlu mengajar mereka cara untuk mengatasinya. 
Sumber: http://www.directessays.com/viewpaper/84440.html
TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT  
141 
 Secara ringkas, keupayaan anda untuk menyatakan kerja dan idea anda 
adalah penting supaya mesej yang ingin disampaikan dipersembahkan 
dengan jelas kepada penerima. 
 Tujuan asas menghendaki anda untuk membentangkan tugasan adalah untuk 
menilai tahap pengetahuan dan pemahaman kursus dan perkara ini dapat 
dilihat melalui kemahiran pembentangan anda akan mendedahkan ketepatan. 
 Terdapat 10 langkah yang terlibat dalam menyediakan tugasan yang 
berkesan. 
 Draf pertama tugasan termasuk pengenalan, badan kandungan, kesimpulan, 
senarai rujukan dan nota kaki. 
 Gaya APA diguna pakai sebagai gaya pemetikan OUM. 
Gaya petikan 
Kreativiti 
Nota kaki 
Parafrasa 
Persatuan Psikologi Amerika (APA) 
Petikan 
Prokrastinasi 
Rujukan 
Tugasan

More Related Content

What's hot

Tugas presentasi akhir
Tugas presentasi akhirTugas presentasi akhir
Tugas presentasi akhirVhe Viie
 
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektifPresentasi yang effektif
Presentasi yang effektifEddy Ruswandi
 
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektifPresentasi yang effektif
Presentasi yang effektifayatbima
 
Presentasi efektif & efisien
Presentasi efektif & efisienPresentasi efektif & efisien
Presentasi efektif & efisienIkhlash Kautsar
 
Sepuluh hal yang harus dikuasai
Sepuluh hal yang harus dikuasaiSepuluh hal yang harus dikuasai
Sepuluh hal yang harus dikuasaiMunawir Muhammad
 
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektifPresentasi yang effektif
Presentasi yang effektifwahyusyamrohani
 
Presentasi Yang Effektif
Presentasi Yang EffektifPresentasi Yang Effektif
Presentasi Yang EffektifMuhamad Yogi
 
Pm pentaksiran kursus (arahan & rubrik e folio&pembentangan)1
Pm pentaksiran kursus (arahan & rubrik e folio&pembentangan)1Pm pentaksiran kursus (arahan & rubrik e folio&pembentangan)1
Pm pentaksiran kursus (arahan & rubrik e folio&pembentangan)1Anasz Nazri
 
Rubrik penilaian mini research
Rubrik penilaian mini researchRubrik penilaian mini research
Rubrik penilaian mini researchMalda Purba
 

What's hot (15)

Makalah presentasi kelompok 4
Makalah presentasi   kelompok 4Makalah presentasi   kelompok 4
Makalah presentasi kelompok 4
 
Tugas presentasi akhir
Tugas presentasi akhirTugas presentasi akhir
Tugas presentasi akhir
 
Presentasi kelompok 4
Presentasi   kelompok 4Presentasi   kelompok 4
Presentasi kelompok 4
 
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektifPresentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
 
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektifPresentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
 
Teknik presentasi1
Teknik presentasi1Teknik presentasi1
Teknik presentasi1
 
Teknik~5
Teknik~5Teknik~5
Teknik~5
 
Presentasi efektif & efisien
Presentasi efektif & efisienPresentasi efektif & efisien
Presentasi efektif & efisien
 
Sepuluh hal yang harus dikuasai
Sepuluh hal yang harus dikuasaiSepuluh hal yang harus dikuasai
Sepuluh hal yang harus dikuasai
 
Presentasi yang efektif
Presentasi yang efektifPresentasi yang efektif
Presentasi yang efektif
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektifPresentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
 
Presentasi Yang Effektif
Presentasi Yang EffektifPresentasi Yang Effektif
Presentasi Yang Effektif
 
Pm pentaksiran kursus (arahan & rubrik e folio&pembentangan)1
Pm pentaksiran kursus (arahan & rubrik e folio&pembentangan)1Pm pentaksiran kursus (arahan & rubrik e folio&pembentangan)1
Pm pentaksiran kursus (arahan & rubrik e folio&pembentangan)1
 
Rubrik penilaian mini research
Rubrik penilaian mini researchRubrik penilaian mini research
Rubrik penilaian mini research
 

Similar to PEMBENTANGAN

Laporan penelitian
Laporan penelitianLaporan penelitian
Laporan penelitiangdengurah
 
Laporan penelitian
Laporan penelitianLaporan penelitian
Laporan penelitiangdengurah
 
Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103azman_awan9
 
1. pjj krb 3013 semester 1 2014 2015 penilaian kursus prinsip pengajaran ba...
1. pjj krb 3013 semester 1  2014 2015  penilaian kursus prinsip pengajaran ba...1. pjj krb 3013 semester 1  2014 2015  penilaian kursus prinsip pengajaran ba...
1. pjj krb 3013 semester 1 2014 2015 penilaian kursus prinsip pengajaran ba...James Faizal
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103azman_awan9
 
week_9_Ketrampilam_Menyusun_Presentasi.pptx
week_9_Ketrampilam_Menyusun_Presentasi.pptxweek_9_Ketrampilam_Menyusun_Presentasi.pptx
week_9_Ketrampilam_Menyusun_Presentasi.pptxnandarJunizaf
 
P#4 writing research proposal
P#4 writing research proposalP#4 writing research proposal
P#4 writing research proposalAPTIKOM3
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tiktikipa3
 
Power Point PR B.Indonesia Kelas 9 Lengkap.pptx
Power Point PR B.Indonesia Kelas 9 Lengkap.pptxPower Point PR B.Indonesia Kelas 9 Lengkap.pptx
Power Point PR B.Indonesia Kelas 9 Lengkap.pptxIhsanSemutIreng
 
Panduan utama penulisan kertas kerja perniagaan
Panduan utama penulisan kertas kerja perniagaanPanduan utama penulisan kertas kerja perniagaan
Panduan utama penulisan kertas kerja perniagaanmzmy86
 
Makalah penulisan laporan penelitian
Makalah penulisan laporan penelitianMakalah penulisan laporan penelitian
Makalah penulisan laporan penelitianJerusman Marbun
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaranhardanu
 
Structure of Report_Materi Training "REPORT WRITING SKILL" BNi Jkt
Structure of Report_Materi Training "REPORT WRITING SKILL" BNi JktStructure of Report_Materi Training "REPORT WRITING SKILL" BNi Jkt
Structure of Report_Materi Training "REPORT WRITING SKILL" BNi JktKanaidi ken
 
Pelaporan Hasil Quality Assurance
Pelaporan Hasil Quality AssurancePelaporan Hasil Quality Assurance
Pelaporan Hasil Quality AssuranceKanaidi ken
 
KB 2 Penggunaan Bahasa
KB 2 Penggunaan BahasaKB 2 Penggunaan Bahasa
KB 2 Penggunaan Bahasapjj_kemenkes
 
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.TriBudhiSuwarsono1
 
Contohmakalahbi 131128063656-phpapp02(1)
Contohmakalahbi 131128063656-phpapp02(1)Contohmakalahbi 131128063656-phpapp02(1)
Contohmakalahbi 131128063656-phpapp02(1)Into Setiawan
 
Pert 9 proposal penelitian
Pert 9 proposal penelitianPert 9 proposal penelitian
Pert 9 proposal penelitiandedidarwis
 

Similar to PEMBENTANGAN (20)

Laporan penelitian
Laporan penelitianLaporan penelitian
Laporan penelitian
 
Laporan penelitian
Laporan penelitianLaporan penelitian
Laporan penelitian
 
Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103
 
1. pjj krb 3013 semester 1 2014 2015 penilaian kursus prinsip pengajaran ba...
1. pjj krb 3013 semester 1  2014 2015  penilaian kursus prinsip pengajaran ba...1. pjj krb 3013 semester 1  2014 2015  penilaian kursus prinsip pengajaran ba...
1. pjj krb 3013 semester 1 2014 2015 penilaian kursus prinsip pengajaran ba...
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103
 
week_9_Ketrampilam_Menyusun_Presentasi.pptx
week_9_Ketrampilam_Menyusun_Presentasi.pptxweek_9_Ketrampilam_Menyusun_Presentasi.pptx
week_9_Ketrampilam_Menyusun_Presentasi.pptx
 
P#4 writing research proposal
P#4 writing research proposalP#4 writing research proposal
P#4 writing research proposal
 
KKTP sandra.docx
KKTP sandra.docxKKTP sandra.docx
KKTP sandra.docx
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tik
 
Power Point PR B.Indonesia Kelas 9 Lengkap.pptx
Power Point PR B.Indonesia Kelas 9 Lengkap.pptxPower Point PR B.Indonesia Kelas 9 Lengkap.pptx
Power Point PR B.Indonesia Kelas 9 Lengkap.pptx
 
Panduan utama penulisan kertas kerja perniagaan
Panduan utama penulisan kertas kerja perniagaanPanduan utama penulisan kertas kerja perniagaan
Panduan utama penulisan kertas kerja perniagaan
 
Makalah penulisan laporan penelitian
Makalah penulisan laporan penelitianMakalah penulisan laporan penelitian
Makalah penulisan laporan penelitian
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaran
 
Structure of Report_Materi Training "REPORT WRITING SKILL" BNi Jkt
Structure of Report_Materi Training "REPORT WRITING SKILL" BNi JktStructure of Report_Materi Training "REPORT WRITING SKILL" BNi Jkt
Structure of Report_Materi Training "REPORT WRITING SKILL" BNi Jkt
 
Pelaporan Hasil Quality Assurance
Pelaporan Hasil Quality AssurancePelaporan Hasil Quality Assurance
Pelaporan Hasil Quality Assurance
 
KB 2 Penggunaan Bahasa
KB 2 Penggunaan BahasaKB 2 Penggunaan Bahasa
KB 2 Penggunaan Bahasa
 
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
 
Presentasi.pptx
Presentasi.pptxPresentasi.pptx
Presentasi.pptx
 
Contohmakalahbi 131128063656-phpapp02(1)
Contohmakalahbi 131128063656-phpapp02(1)Contohmakalahbi 131128063656-phpapp02(1)
Contohmakalahbi 131128063656-phpapp02(1)
 
Pert 9 proposal penelitian
Pert 9 proposal penelitianPert 9 proposal penelitian
Pert 9 proposal penelitian
 

More from azman_awan9

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfazman_awan9
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s azman_awan9
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOazman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOazman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOazman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOazman_awan9
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOazman_awan9
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtazman_awan9
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruazman_awan9
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaanazman_awan9
 

More from azman_awan9 (20)

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdf
 
TICT #13
TICT #13TICT #13
TICT #13
 
TICT #11
TICT #11TICT #11
TICT #11
 
TICT #12
TICT #12 TICT #12
TICT #12
 
TICT #11
TICT #11 TICT #11
TICT #11
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmt
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baru
 
English negeri
English negeriEnglish negeri
English negeri
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaan
 
English daerah
English daerahEnglish daerah
English daerah
 
Math daerah (2)
Math daerah (2)Math daerah (2)
Math daerah (2)
 

Recently uploaded

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 

Recently uploaded (20)

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 

PEMBENTANGAN

  • 1. Topik 5 Membentang Maklumat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membentangkan tugasan anda dengan cemerlang; 2. Mengaplikasikan gaya penulisan OUM berdasarkan format American Psychological Association (APA); dan 3. Mempraktikkan persembahan berkesan dalam pembentangan lisan. PENGENALAN Sebagai sebahagian daripada keperluan pembelajaran kendiri di Open University Malaysia (OUM), anda dikehendaki membuat pembentangan, sama ada dalam bentuk bertulis ataupun lisan. Ini bergantung kepada keperluan kursus anda. Pembentangan ini mungkin dinilai atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, ini akan memberi anda peluang untuk menguasai kemahiran asas dalam pembentangan yang akan membawa manfaat jangka panjang kerana anda boleh gunakan kemahiran tersebut pada bila-bila masa, sama ada untuk acara formal atau tidak formal, walaupun selepas anda meninggalkan OUM. Ingat, sama ada anda merupakan CEO sebuah syarikat multinasional, ahli politik, guru, ahli kesatuan sekerja atau menteri bahkan perdana menteri sekalipun, kemahiran pembentangan adalah satu keperluan bagi pembangunan profesional dan peribadi anda. Oleh itu, marilah kita mulakan di OUM. Ini merupakan perkara yang penting yang mempunyai permulaan yang mudah. Hakikatnya, pembentang yang cemerlang tidak dilahirkan semula jadi tetapi menguasai kemahiran melalui proses yang teratur dan sistematik dalam pembentangan dengan cemerlang. Topik ini akan memperkenalkan kepada anda beberapa kemahiran pembentangan paling asas yang anda boleh gunakan untuk pelbagai tujuan. Kaedah yang dibincangkan ini merupakan salah satu alternatif kepada anda untuk meningkatkan
  • 2. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 113 kemahiran dalam pembentangan. Terdapat juga kaedah-kaedah yang lain yang boleh digunakan bergantung kepada kesesuaiannya dengan diri anda. Topik ini akan memberikan tumpuan kepada dua jenis pembentangan: (a) Pembentangan bertulis dalam bentuk tugasan; dan (b) Pembentangan lisan menggunakan transparensi atau PowerPoint. TUGASAN BERTULIS Dalam subtopik ini, anda akan dibimbing dalam membuat tugasan bertulis berpandukan langkah-langkah yang diberikan. Anda juga akan didedahkan kepada beberapa kesalahan yang biasa dijumpai dalam tugasan bertulis agar anda tidak melakukan kesalahan yang sama. 5.1.1 Langkah-langkah Penulisan Tugasan Pemarkahan berdasarkan tugasan merupakan penilaian yang paling kerap digunakan di OUM. Tugasan merupakan sebahagian daripada kursus yang telah didaftarkan dan boleh dinilai oleh tutor untuk mengukur tahap kefahaman serta kemajuan anda. Tugasan adalah berbeza daripada esei berformat. Tajuk dan subtajuk digunakan untuk menunjukkan hubungan antara beberapa isu. Jika anda menulis tugasan, tidak bermakna pembentangan terdiri dari fakta semata-mata. Pembentangan lebih kepada merupakan satu latihan akademik, iaitu anda mempunyai pendirian tentang isu-isu tertentu, berdebat tentang sebab-sebab dan memberikan bukti sahih untuk menyokong hujah-hujah anda. Pada dasarnya terdapat 10 langkah utama untuk menghasilkan tugasan bertulis yang baik: (a) Pilih Topik Pilih topik yang anda anggap selesa dan yang anda tahu. Adakalanya pensyarah atau tutor memberikan topik khusus untuk setiap individu. (b) Analisis Topik Tanya diri anda tentang: (i) Apakah isu-isu utama dan isu-isu sokongan? (ii) Semak perkara yang perlu anda lakukan: menjelaskan, memberikan komen, menghuraikan, menerangkan, menganalisis dan sebagainya. 5.1
  • 3. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 114 (c) Cari Maklumat Gunakan langkah-langkah seperti dalam Topik 7. Gunakan strategi carian yang terbaik yang anda ketahui: OPAC, pangkalan data e-buku, pangkalan data e-jurnal dan Internet. (d) Lakukan Penilaian dan Pilihan Adakah anda mempunyai maklumat yang cukup serta berkaitan dengan isu-isu utama atau isu-isu sokongan? (Daripada penggunaan kriteria penilaian dalam Topik 9). (e) Ambil Nota daripada Sumber Sebenar Pastikan nota meliputi semua aspek berkaitan dengan isu-isu utama dan isu-isu sokongan. (f) Pelan Rangka Pastikan pelan rangka meliputi pengenalan, isi kandungan, rumusan serta maklumat sampingan seperti apendiks, nota kaki dan sebagainya. (g) Menyusun dan Menggabungkan Menulis nota untuk setiap bahagian, contohnya: (i) Pengenalan; (ii) Kandungan; (iii) Kesimpulan; dan (iv) Maklumat sampingan. (h) Penulisan Pastikan anda mengikut panduan ini: Penggunaan bahasa yang ringkas dan jelas. Idea dan penerangan hendaklah disampaikan dengan jelas. Masukkan elemen-elemen pemikiran yang kreatif dan maklumat sampingan seperti apendiks dan rujukan. (i) Semak Tugasan (i) Adakah saya menguruskan isu utama dan isu sokongan dengan sempurna? (ii) Apakah kandungan relevan dan menyeluruh? (iii) Adakah terdapat apa-apa keterangan sokongan untuk menegakkan pandangan, pendapat dan idea? (iv) Adakah bahan secara keseluruhannya rasional?
  • 4. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 115 (v) Adakah bahasa jelas dan tepat atau samar-samar atau tidak jelas? (vi) Adakah perenggan bersambung dengan baik? (vii) Adakah petikan yang sesuai dinamakan? (viii) Adakah ilustrasi dilabelkan? (ix) Adakah terdapat kesalahan ejaan? (x) Adakah semua rujukan yang dipetik dalam tugasan direkodkan dengan betul? (j) Hantar Sebelum Tamat Tempoh Akhir Adalah penting untuk menghantar tugasan anda sebelum tamat tempoh akhir. Sejauh manapun baiknya tugasan anda, jika dihantar lewat daripada tempoh yang ditetapkan, ia menunjukkan skil pengurusan masa anda adalah lemah. Susun masa dengan bijak dan jangan berlengah-lengah dalam menyiapkan tugasan. Tahukah anda bagaimana cara mengatur masa yang baik dalam menyiapkan tugasan? Sila layari laman sesawang berikut: http://www.lib.umn.edu/help/calculator/ dan cuba kalkulator tugasan University Minnesota. Ia dapat membantu anda meletakkan tarikh akhir anda sendiri untuk menyiapkan tugasan dengan berkesan. AKTIVITI 5.1 Layari laman sesawang berikut: http://www.lib.umn.edu/help/ calculator/. Berdasarkan hasil dapatan di laman sesawang tersebut, nyatakan pelan tindakan anda dan tarikh akhir dalam menyediakan sesuatu tugasan. 5.1.2 Kesilapan-kesilapan Biasa yang Dikenal Pasti dalam Tugasan Jadual 5.1 menerangkan beberapa kesilapan biasa yang dikenal pasti dalam tugasan.
  • 5. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 116 Jadual 5.1: Kesilapan Biasa yang Dikenal Pasti dalam Tugasan Kesalahan Cara Mengatasi Tiada fokus terhadap bahan-bahan dalam topik Sentiasa rujuk kepada topik dan gugurkan isi yang tidak perlu. Kefahaman yang cetek terhadap topik Masukkan isi-isi yang perlu. Banyakkan pembacaan dan masukkan beberapa contoh. Tampungkan hujah-hujah dengan bukti. Pengorganisasian isi yang lemah Sentiasa berpandukan kepada format; pendahuluan, beberapa isi dan huraian serta penutup. Wacana yang lemah Gunakan bahasa yang mudah, jalinkan perenggan dan semak ejaan dan tatabahasa. Pengenalan yang lemah Pastikan anda memberi pengenalan dalam topik dan cara bagaimana pengenalan tersebut diterangkan dengan jelas. Rumusan yang lemah Pastikan wujudnya isu-isu yang hendak diselesaikan serta berikan kupasan terhadap cadangan dan harapan. Pembentangan yang lemah Gunakan pendekatan kreatif, rasional dengan menerima pandangan audiens. Sematkan dalam minda tentang beberapa persoalan yang akan ditampilkan. Maklumat yang tidak sesuai Pastikan anda banyak membaca untuk menggarap idea yang bernas. Laksanakan penilaian bagi bahan-bahan bacaan untuk diterapkan kepada audiens. PENULISAN DRAF PERTAMA 5.2 Masanya telah tiba untuk anda mempraktikkan apa yang telah anda pelajari. Supaya anda tidak rasa sangsi, marilah kita cuba menulis draf ilustrasi pengenalan dan isi kandungan. Rumusan, rujukan dan nota kaki juga ditunjukkan dalam subtajuk seterusnya. Tips umum tentang apa-apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan serta cara untuk melakukan petikan rujukan juga disediakan sebagai panduan. Sebelum anda mula menulis draf, catat semua idea dan fakta di atas sekeping kertas. Anda boleh menulis sama ada dalam kaedah rangka atau dalam format peta minda. Seterusnya, susun idea-idea anda dan kategorikan bahan dalam tajuk-tajuk yang berkaitan. Selepas itu, mulakan penulisan. Tulis apa-apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda. Seterusnya, mari kita pelajari bagaimana memulakan pengenalan dalam esei.
  • 6. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 117 5.2.1 Pengenalan Semasa menulis pengenalan, anda perlu menyatakan skop, menetapkan tempat kejadian atau menjelaskan isu utama dan cara anda mendekatinya. Pengenalan meletakkan topik dalam perspektif dan berfungsi sebagai ulasan tentang perkara yang anda cadang untuk perkatakan. Bahagian ini seharusnya pendek, tepat dan jelas dan tidak melebihi daripada dua perenggan (rujuk Rajah 5.1). Rajah 5.1: Contoh pengenalan Mari kita analisis bahagian Pengenalan yang ditunjukkan di dalam Rajah 5.1. Perhatikan dengan teliti. Penulis memulakan penulisan dengan menerangkan keperluan dan peranan perpustakaan dalam perenggan pertama. Dalam perenggan kedua, penulis menjelaskan cara peranan perpustakaan boleh ditentukan dengan memahami konsep pendidikan, tujuan dan matlamat pendidikan dan sebagainya. Selepas itu, penulis mengaitkan idea tersebut dengan cara Perpustakaan Digital OUM menyokong konsep pendemokrasian pendidikan tinggi (yang juga merupakan matlamat OUM) dan konsep OUM serta aktiviti-aktiviti teras. Dengan itu, penulis telah berjaya memperkenalkan topik pembentangan, iaitu Penyediaan Peluang Sama Rata dalam Pembelajaran Jarak Jauh: Peranan Perpustakaan Digital OUM.
  • 7. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 118 5.2.2 Isi Kandungan Badan utama kandungan harus mengandungi idea, pendapat dan fakta anda. Ia patut jelas dan diterangkan dengan menggunakan hujah yang sistematik dan logik. Setiap perenggan harus mengandungi hanya satu isi utama atau idea utama dengan bahan sokongan. Antara satu perenggan dengan satu perenggan perlu saling berhubung supaya idea dapat dijalinkan. Pastikan bahawa apabila sesuatu isu yang dibangkitkan dalam sesuatu perenggan, langkah berhati-hati perlu disematkan dalam minda supaya wujud wacana sistematik tentang isu-isu berbangkit. Anda dinasihatkan supaya menggunakan sistem nombor untuk menunjukkan hubungan atau saling hubungan antara isu-isu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2. Ilustrasi (gambar rajah, gambar dan lain-lain) harus digunakan untuk membantu anda dalam menjelaskan isu-isu. Rajah 5.2: Contoh isi kandungan 5.2.3 Kesimpulan Sentiasa rujuk kepada topik apabila anda menulis bahagian ini. Pastikan bahawa kesimpulan anda mantap dengan pengenalan dan isi kandungan. Satu kesimpulan yang baik harus menyediakan pembaca dengan keyakinan untuk mencerap idea. Jangan ulangi idea yang anda telah nyatakan pada bahagian pengenalan. Kesimpulannya mesti menunjukkan kemajuan dalam pembangunan topik daripada
  • 8. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 119 pengenalan dan berdasarkan badan kandungan (rujuk Rajah 5.3). Bahagian kesimpulan tidak menerangkan idea, perbahasan atau pendapat baharu tetapi perlu menerangkan apa yang telah dipelajari dalam isi kandungan. Rajah 5.3: Contoh kesimpulan 5.2.4 Maklumat Iringan Iringi maklumat dalam bentuk nota penjelasan, nota kaki dan rujukan mesti disediakan sebagai bukti untuk menyokong isu-isu yang terkandung dalam isi kandungan. Ini juga untuk memastikan bahawa idea-idea dan pendapat yang diambil daripada orang lain diperakui. Berikut adalah beberapa contoh: (a) Senarai Rujukan Senaraikan bahan yang dirujuk dalam teks. Seseorang pelajar yang hanya merujuk kepada satu atau dua buku untuk maklumat tidak akan mampu untuk membentangkan tugasan berkualiti; bermakna penulisan yang baik memerlukan pendedahan terhadap banyak bahan bacaan dan pengetahuan yang akan menyumbang kepada idea-idea penulisan yang luas. Senarai rujukan juga memastikan plagiarisme tidak berlaku kerana pembaca akan dapat menyemak idea atau fakta-fakta yang dinyatakan dalam tugasan. Ini juga akan memberikan kredit terhadap penyaluran idea atau pendapat. Dalam menyusun senarai rujukan, pastikan bahawa: (i) Sumber-sumber disenaraikan dalam urutan abjad mengikut nama pengarang atau tajuk (rujuk Rajah 5.4).
  • 9. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 120 (ii) Setiap item mempunyai butir-butir lengkap bibliografi (halaman, pengarang, judul, edisi, tahun penerbitan, penerbit) yang berkaitan dengan jenis sumber seperti buku, artikel jurnal, topik dalam buku, kertas persidangan dan sebagainya. (iii) Ciri petikan mematuhi gaya OUM (sila lihat nota bawah tajuk „Gaya Nama‰ dalam Perkara 5.2.6). Rajah 5.4: Contoh rujukan (b) Nota Kaki atau Nota Nota kaki adalah nota pada bahagian bawah halaman yang mengandungi maklumat yang berkaitan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Nota boleh berada dalam bentuk petikan peruntukan sumber/sumber/ penjelasan/huraian kepada maklumat. Nota terletak pada akhir tugasan secara berasingan daripada senarai rujukan atau bersama-sama bawah nota rujukan dan tajuk. Jika bersama-sama, ia akan disusun mengikut abjad.
  • 10. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 121 Rajah 5.5: Contoh nota kaki 5.2.5 Petikan dan Parafrasa Jika idea dan pendapat orang lain diterbitkan semula kata demi kata, gunakan tanda petikan dan sediakan butir-butir sumber sama ada dalam bentuk nota kaki (Rajah 5.6) ataupun memetik serta-merta selepas petikan (Rajah 5.7). Jika anda memutuskan untuk menggunakan perkataan anda sendiri atau merumus, tulis sumber dalam teks seperti dalam Rajah 5.8. Gunakan petikan dengan berhati-hati. Dikhuatiri, penulisan tidak mewakili idea atau pendapat anda sendiri tetapi meniru semula fikiran, idea dan pendapat orang lain. Lebih baik untuk anda menggunakan pendapat dan idea orang lain sebagai bukti atau untuk menyokong hujah, idea-idea atau pendapat anda sendiri.
  • 11. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 122 Rajah 5.6: Contoh petikan di dalam nota kaki Rajah 5.7: Contoh petikan berserta sumber Rajah 5.8: Contoh parafrasa idea penulis di dalam teks 5.2.6 Gaya Pemetikan Dalam proses menyiapkan tugasan, anda perlu mendokumentasikan segala sumber yang digunakan dalam penulisan anda. Terdapat banyak cara untuk mendokumentasikan sumber dalam teks penulisan dan dalam bahagian rujukan pada akhir penulisan anda. Ciri petikan OUM adalah berdasarkan format Persatuan Psikologi Amerika (APA). Jenis sumber atau rujukan adalah seperti berikut:
  • 12. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 123 Buku; Laman sesawang; Topik-topik spesifik dalam buku; Jurnal; dan Bahan-bahan lain. (a) Petikan Buku Bercetak Gunakan gaya rujukan berikut untuk merujuk kepada buku-buku bercetak: (i) Buku oleh Pengarang Tunggal Nama pengarang. (Tahun). Tajuk buku (Edisi). Tempat penerbitan: Penerbit. Contoh: Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: How to transform your business-to-business global marketing strategy. London: Kogan Page. (ii) Buku oleh Dua Pengarang Nama Pengarang, Nama Pengarang 2. (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk buku (Edisi). Tempat penerbitan: Penerbit. Contoh: Boone, L. E., Kurtz, D. (2001). Contemporary marketing (10th ed.). Forth Worth, TX: Harcourt Colleges Publishers. (iii) Buku oleh Tiga Pengarang Nama Pengarang, Nama Pengarang 2, Nama Pengarang 3. (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk buku (Edisi). Tempat penerbitan: Penerbit. Contoh: Allen, C., Kania, D., Yaeckel, B. (2001). One-to-one web-marketing: Build a relationship marketing strategy one customer at a time (2nd ed.). New York: John Wiley.
  • 13. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 124 (iv) Buku oleh Lebih Tiga Pengarang Nama Pengarang (et al.). (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk buku (Edisi). Tempat penerbitan: Penerbit. Contoh: Amrine, H. et al. (2001). One-to-one web-marketing: Build a relationship marketing strategy one customer at a time (2nd ed.). New York: John Wiley. (v) Buku yang Diedit Nama editor (Ed.). (Tahun). Tajuk buku: Subtajuk daripada buku. Tempat penerbitan: Penerbit. Contoh: Duncan, G. J., Brooks-Gunn, J. (Eds.). (1997). Consequences of growing up poor. New York: Russell Sage Foundation. Anda perlu tahu cara untuk membezakan antara „edisi‰ dan „impresi‰ atau „cetakan semula‰. Edisi menandakan bahawa teks itu telah dipinda, manakala impresi atau cetakan semula menunjukkan sebarang perubahan dalam teks. Anda perlu sentiasa menyebut tarikh edisi sebagai tarikh penyiaran, bukan impresi atau tarikh cetakan semula. Contoh: Tarikh edisi pertama: 1968 Cetakan semula atau impresi kelima: 2000 Gunakan tarikh 1968, seperti berikut: Cruise, T. J. (1968). Educational technology. Kuala Lumpur: Pelangi Press. (b) Petikan Buku Elektronik Anda boleh menggunakan format berikut untuk petikan buku elektronik: (i) Allen, C., Kania, D., Yaeckel, B. (Eds.). (2001). One-to-one web-marketing: Build a relationship marketing strategy one customer at a time (2nd ed.). New York: John Wiley. In Ebrary (OUM Digital Collection). (ii) Millholon, M., Murray, K. (2001). Microsoft Word 2002 inside out. Redmond, WA.: Microsoft Press. In Books24x7 (OUM Digital Collection).
  • 14. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 125 (c) Petikan Bab Tertentu dalam Buku Berikut adalah tiga cara untuk petikan bab dalam buku berdasarkan bilangan penulis: (i) Bab dalam Buku oleh Pengarang Tunggal Nama pengarang bab. (Tahun). Tajuk bab: Bilangan bab dalam Nama pengarang utama atau editor, Tajuk buku (Edisi, ms halaman pertama - halaman terakhir). Tempat penerbitan: Penerbit. Contoh: Kuegler, T. J., Jr. (2002). Web advertising: Banners and beyond; Chapter 12 in T. J. Kuegler, Jr. (Ed.), Web advertising and marketing (3rd ed., pp. 98-104). Boston, Mass.: Premier Press. In Books24x7 (OUM Digital Collection). (ii) Bab dalam Buku oleh Dua Pengarang Nama Pengarang, Nama Pengarang 2. (Tahun). Tajuk bab: Subtajuk daripada bab. Dalam Editor 1 Nama Nama Editor 2, Tajuk buku: Subtajuk buku (Edisi, ms halaman pertama - halaman terakhir). Tempat penerbitan: Penerbit. Contoh: Cruise, J. T., Shaharuddin Salleh. (1999). Video: Effective use in creating learning material. In J. L. Hunters M. K. Brown (Eds.), Multimedia: Applications and implications (2nd ed., 98-104). Kuala Lumpur: Pelangi Press. (iii) Bab dalam Buku oleh Tiga Pengarang Nama Pengarang, Nama Pengarang 2., Nama Pengarang 3. (Tahun). Tajuk bab: Subtajuk daripada bab. Nama Editor 1, Nama Editor 2 3 Nama Editor, Tajuk buku: subtajuk buku (Edisi, ms halaman pertama - halaman terakhir). Tempat penerbitan: Penerbit. Contoh: Cruise, J. T., Shaharuddin Salleh, Tan, T. H. (2000). Hypermedia authoring: Knowledge constructing through hypermedia authoring. In Ahmad Albab, J. L. Hunters M. K. Brown (Eds.), Authoring tools: Educational technology (3rd ed., pp. 86-98). Kuala Lumpur: Pelangi Press.
  • 15. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 126 (d) Petikan Artikel dalam Jurnal Berikut adalah cara-cara petikan artikel dalam jurnal berdasarkan bilangan penulis: (i) Artikel Ditulis oleh Pengarang Tunggal Nama pengarang. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk Jurnal: Subtajuk Jurnal, Jilid (Terbitan), halaman pertama - halaman terakhir. Contoh: Kargoankar, P. (2002). Web usage, advertising and shopping: Relationship patterns. Internet Research: Electronic Networking and Policy, 12(2), 191-204. (ii) Artikel Ditulis oleh Dua Pengarang Nama Pengarang, Nama Pengarang 2. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk Jurnal: Subtajuk Jurnal, Jilid (Terbitan), halaman pertama - halaman terakhir. Contoh: Klimoski, R., Palmer, S. (1993). The ADA and the hiring process in organizations. Consulting Psychology Journal: Practice and Research, 45(2), 10-36. (iii) Artikel Ditulis oleh Tiga Pengarang Nama Pengarang, Nama Pengarang 2, Nama Pengarang 3. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk Jurnal: Subtajuk Journal, Jilid (Terbitan), halaman pertama dan halaman terakhir. Contoh: Saywitz, K. J., Berliner, L., Cohen, J. A. (2000). Treatment for sexually abused children and adolescents. American Psychologist, 55, 1040- 1049. (iv) Artikel Ditulis oleh Tiga Pengarang atau Lebih Nama 1 Pengarang et al. (Tahun). Tajuk artikel dalam jurnal. Tajuk Jurnal: Subtajuk Journal, Jilid (Terbitan), halaman pertama dan halaman terakhir. Contoh: Pelayaran, J. T. et al. (2000). Dolly: Implikasi pengklonan manusia. Jurnal Genetik, 1, 212-222.
  • 16. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 127 (iv) Artikel Ditulis oleh Lebih daripada Tiga Orang Pengarang Contoh: Cruise, J. T. et al. (2000). Dolly: Implications on human cloning. Journal of Genetics, 1, 212-222. (v) Artikel Jurnal daripada Pangkalan Data Garfinkel, D., Chowlewka, K. (2002). Making the most of it: How to squeeze more profits from the web. Sales and marketing management, 154(3), 19. In Ebsco (OUM Digital Collection). (vi) Artikel Jurnal daripada Internet Kenneth, I. A. (2000). A Buddhist response to the nature of human rights. Journal of Buddhist ethics, 8. [Online]. Available: http://www.cac.psu.edu/jbe/twocont.html. [2001, February 20]. (e) Petikan daripada Pengarang Korporat Nama penulis juga boleh berada dalam bentuk institusi, pertubuhan, jabatan atau kementerian. Merujuk kepada contoh yang berikut: Malaysia. Ministry of Education. National Board of Education. (1989). Implications of computers in the classroom. Kuala Lumpur: Pelangi Press. (f) Petikan Laman Sesawang Nama pengarang. (Tahun). Tajuk dokumen elektronik. [Online]. Diperoleh: alamat laman web. [Dokumen Tarikh diambil]. Contoh: Jones, D. (1999). The de Grummond childrenÊs literature collection. [Online]. Available: http://avatar.lib.usm.edu/~degrum/. [2000, February 24]. Nielsen, M. E. (n.d.). Notable people in psychology of religion. [Online]. Available: http://www.psywww.com/psyrelig/psyrelpr.htm. [2000, August 3]. Untuk laman web, jika tarikh laman web tidak diberikan, letakkan kedua (Tiada tarikh) dalam ayat pada tarikh. (Ini tidak boleh dikelirukan dengan tarikh yang anda akses).
  • 17. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 128 Jika dokumen tidak mempunyai penulis, ayat bermula dengan tajuk dokumen: The de Grummond childrenÊs literature collection. (1999). [Online]. Available: http://avatar.lib.usm.edu/~degrum/. [2000, February 24]. (g) Bahan-bahan lain (i) Artikel Akhbar yang Tiada Pengarang New drug appears to sharply cut risk of death from heart failure. (1993, July 15). The Washington Post, p. A12. (ii) Artikel Akhbar Satu Pengarang yang Tiada Halaman Bersambung Schwartz, J. (1993, September 30). Obesity affects economic, social status. The Washington Post, pp. A1, A4. (iii) Artikel Ensaiklopedia Bergman, P. G. (1993). Relativity. In The new encyclopedia Britannica (Vol. 26, pp. 501- 508). Chicago: Encyclopedia Britannica. (iv) Kertas Persidangan yang Diterbitkan dalam Prosiding Gibson, C. C. (2005). Impact of the larger social context on the distance learner. In S. Allsop (Ed.) International Council for Distance Education: One world many voices: Quality in open and distance learning (pp. 279-282). Chicago: Milton Keynes. (v) Kertas Persidangan Tidak Diterbitkan Martins, J. R. (2004, April). Working with the terminally ill: An integrated theoretical model. Paper presented at the American Counseling Association World Conference, San Diego, CA.
  • 18. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 129 AKTIVITI 5.2 1. Tulis rujukan untuk: AKTIVITI 5.3 DRAF AKHIR 5.3 (a) Buku; (b) Jurnal artikel; dan (c) Bahan elektronik. 2. Tulis petikan daripada buku: (a) Petikan daripada nota kaki; (b) Petikan dengan sumber diikuti dengan petikan; dan (c) Menggunakan idea penulis lain dalam teks. Petikan buku berikut dengan menggunakan gaya petikan OUM yang berdasarkan format APA. Tajuk Buku: The Writing Process Pengarang: John M. Lannon Tempat Penerbitan: USA Penerbit: Pearson Tahun Terbitan: 2004 AKTIVITI 5.4 Di dalam pengalaman anda menyiapkan tugasan, berapakah draf yang anda hasilkan? Adakah perlu untuk menghasilkan lebih daripada satu draf? Berikan pendapat anda di dalam forum perbincangan.
  • 19. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 130 Walaupun draf akhir, tetapi maksudnya belum berakhir. Ia adalah tanggungjawab anda untuk bertanya kepada diri sendiri; „Adakah saya gembira dengan penulisan ini?‰ Untuk membantu anda menjawab soalan ini, perkara terbaik untuk dilakukan adalah membaca semula apa-apa yang anda telah tulis. Alternatif di bawah adalah senarai semak untuk membantu anda menentukan jika ia benar-benar siap. Tanya diri anda soalan-soalan berikut: (a) Adakah tugasan anda berfokus? (b) Adakah saya telah merancang dan menyediakan penulisan dengan baik? (c) Adakah penulisan menunjukkan pemahaman tentang kandungan isu-isu yang relevan kepada topik? (d) Adakah ia menunjukkan bukti bertulis tentang pembacaan yang luas dan penyelidikan tentang topik ini? (e) Adakah terdapat aliran logik tentang isu-isu daripada satu perenggan kepada satu perenggan yang lain? (f) Adakah hujah-hujah meyakinkan dan disokong oleh bukti? (g) Adakah analisis jelas dan logik? (h) Adakah bahasa mudah dan tepat? (i) Adakah bahagian kesimpulan menjawab soalan yang dibangkitkan dalam kandungan? FORMAT TUGASAN 5.4 Dalam membentangkan tugasan anda, pengekalan kualiti output adalah penting. Pertama, penting untuk tugasan ditaip dan mempunyai cetakan yang jelas. Berikut adalah beberapa petunjuk untuk membantu anda memformat dan membentangkan tugasan anda dengan baik: (a) Gunakan kertas putih saiz A4. Jangan campurkan saiz kertas dalam tugasan dan gunakan sebelah kertas sahaja. (b) Berikan margin kanan 3cm untuk komen tutor anda. (c) Halaman tajuk anda harus terdiri daripada tajuk tugasan, nama anda, nombor matrik, alamat e-mel, semester dan tahun pengajian, dan nama tutor dan pusat pembelajaran (sila rujuk Rajah 5.9). (d) Pastikan anda mempunyai nama dan nombor matrik pada setiap halaman.
  • 20. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 131 (e) Pastikan saiz fon kepada 12 mata dan mengelakkan berlebihan fon. (f) Pemilihan fon Masukkan salah satu warna dan tidak menggunakan merah. (g) Bilangan semua halaman ikut urutan. (h) Jika anda telah memasukkan muka surat dengan gambar rajah dan ilustrasi, pastikan bahawa ia mempunyai nombor halaman yang betul. (i) Satukan kesemua muka surat dengan mengokot bersama-sama. Berikut adalah panduan untuk tugasan bertulis (rujuk Jadual 5.2). Jadual 5.2: Perkara yang Boleh Dibuat dan Tidak Boleh Dibuat Semasa Membuat Tugasan Boleh Dibuat Tidak Boleh Dibuat Gunakan ayat-ayat yang pendek. Gunakan ayat yang panjang lebar untuk menyampaikan idea-idea anda. Nyatakan idea-idea utama dengan jelas dan tepat dalam perkataan anda sendiri, dalam ayat topik. Generalisasi. Gunakan ayat yang lengkap dan hubungkan dalam perenggan yang logik. Gunakan poin atau senarai. Berhati-hati tentang objektif penulisan. Buat andaian atau memberikan pendapat anda (kecuali diminta dalam soalan). Ringkas. Berulang-ulang. Nyatakan sumber rujukan. Plagiarisme. Semak ejaan, tatabahasa dan tanda baca. Minta tutor anda untuk periksa. Eja singkatan dan akronim pertama, contohnya Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Andaikan tutor anda tahu singkatan dan akronim yang anda gunakan. Konsisten dalam format apabila merujuk kepada tarikh, contohnya. 10 November 2003 dan bukannya 10.11.03. Tukar format sepanjang tugasan. Gunakan penanda wacana yang sesuai seperti „Sebaliknya‰, „Walau bagaimanapun‰, „Namun begitu‰. Ayat tergantung tanpa penanda wacana.
  • 21. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 132 Rajah 5.9: Contoh tajuk muka hadapan PENULISAN ESEI BERPANDUKAN SYARAT PEPERIKSAAN 5.5 Anda boleh menggunakan langkah-langkah yang sama seperti menulis suatu tugasan kecuali anda tidak boleh melawat perpustakaan untuk mencari maklumat. Pilih soalan tentang topik-topik yang anda minati. Gunakan beberapa minit untuk mencerap idea dan kemudian dengan cepat menstrukturkannya secara sistematik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Topik 6. PEMBENTANGAN SECARA LISAN 5.6 Di OUM, anda mungkin dikehendaki untuk membuat pembentangan lisan, sama ada secara formal atau tidak formal. Pembentangan ini boleh dinilai atau sebaliknya. Terdapat beberapa kemahiran asas yang anda perlu kuasai untuk mengambil bahagian secara aktif dalam tutorial dan seminar. Bukan semua orang merupakan penceramah yang serba boleh tetapi dengan penyediaan dan banyak amalan, pembentangan lisan boleh menjadi mudah. Berikut adalah garis panduan yang anda perlukan apabila anda terbabit dalam pembentangan lisan.
  • 22. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 133 5.6.1 Audiens dan Tujuan Pembentangan Anda perlu tahu audiens dan tujuan persembahan, tahap persediaan yang anda perlu lakukan, jenis pakaian yang anda perlu gunakan, bahasa yang anda gunakan (teknikal atau secara formal atau tidak formal, tetapkan bilik sama ada untuk penyediaan minuman dan sebagainya. 5.6.2 Perancangan dan Penyediaan Pembentangan Berikut adalah beberapa garis panduan tentang perancangan dan persediaan untuk pembentangan (rujuk Jadual 5.3). Jadual 5.3: Garis Panduan Perancangan dan Persediaan untuk Persembahan Pembentangan Garis Panduan Penerangan Fahami topik dengan mendalam. Selidik secara meluas dan kumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang isu utama dan sub isu. Fahami kehendak audiens. Tahap pendidikan audiens anda, tahap jangkaan, bentuk bahasa yang harus digunakan. Selesakan diri dengan persekitaran anda. Persekitaran bilik, saiz bilik, lampu, penghawa dingin, susun atur seperti kerusi dan meja. Buat keputusan tentang jenis pembentangan PowerPoint. OHP/transparensi atau lisan dan audio-video. Periksa sama ada peralatan yang sesuai boleh didapati. LCD, PC, OHP, mikrofon, penunjuk, papan putih dan lain-lain. Periksa sama ada bahan-bahan yang digunakan adalah sesuai. Disket, pita audio-video/CD, kertas, pen penanda dan sebagainya. Tempoh persembahan. Penting untuk PowerPoint dan OHP supaya bilangan yang betul bagi slaid atau transparensi boleh disediakan (sebagai panduan, sediakan slaid PowerPoint/ transparensi untuk satu minit bergantung pada berapa banyak teks yang perlu dihuraikan). Mulakan persediaan awal (sebaik-baiknya pembentangan). Lebih baik untuk menyediakan transparensi yang ditaip dan bukannya tulisan tangan. Ambil sekurang-kurangnya dua minggu untuk menyediakan pembentangan anda.
  • 23. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 134 Periksa ketersediaan transparensi dan pastikan OHP yang ada berfungsi. Pastikan juga terdapat mentol sebagai gantian. Bagi PowerPoint, pastikan PC dan LCD yang ada berfungsi dengan baik. Uji sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum tarikh pembentangan untuk membolehkan peralatan diperbaiki jika perlu. Uji peralatan yang menggunakan PowerPoint/slaid atau transparensi. Pakaian yang sesuai. Keyakinan akan terserlah sekiranya anda memakai pakaian yang sesuai dengan majlis. Uji persembahan . Menjangkakan tindak balas dengan melakukan percubaan pada rakan sekerja. Kreatif dalam penggunaan: PowerPoint; dan Transparensi. Gunakan animasi, warna, grafik, kartun dan sebagainya. Gunakan warna, ilustrasi dan sebagainya. Teks adalah ringkas, jelas dan mudah untuk dibaca oleh audiens walaupun dari belakang. Gunakan bentuk nota, rumusan/ringkasan, fon warna latar yang sesuai dan sebagainya. 5.6.3 Teknik dalam Persembahan PowerPoint dan OHP Contoh-contoh yang diberikan berikut boleh digunapakai bagi PowerPoint dan juga OHP: (a) Nyatakan tajuk dan pembentang pada peringkat awal (rujuk Rajah 5.10) Rajah 5.10: Topik dan nama pembentang
  • 24. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 135 (b) Gunakan teks yang minimum. Teks berikut boleh dibuat semula seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.11. Untuk merebut peluang terbuka dan sama rata, pembelajaran sepanjang hayat mesti dilanjutkan secara berterusan dengan peluang-peluang untuk menimba kejayaan yang disediakan di setiap peringkat. Mana-mana usaha yang menidakkan proses pendemokrasian pendidikan akan menjejaskan prinsip „peluang sama rata‰ seperti yang diungkap oleh UNESCO dalam blueprint Rangka Tindakan Klasik 1972 yang menyatakan: „Apabila pendidikan adalah berterusan, idea-idea tentang apa-apa yang dimaksudkan kejayaan dan kegagalan akan berubah. Individu yang gagal di peringkat pembelajaran demi peluang kerjaya masih mempunyai peluang yang lain. Individu berkenaan tidak lagi tersisih untuk mengejar peluang-peluang dalam kehidupan, selain mampu mengelakkan kegagalan. „Pengkonseptualisasian pendidikan merupakan satu proses sepanjang hayat, selain usaha untuk menterjemahkan prinsip demokrasi dalam amalan pendidikan atau satu konsep baharu pedagogi ... untuk menghalang pengecualian sosial.‰ Rajah 5.11: Guna teks yang minimum (c) Pastikan pencerapan idea-idea berbangkit adalah mantap seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.12 hingga Rajah 5.15.
  • 25. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 136 Rajah 5.12: Contoh aliran maklumat yang teratur Komponen perpustakaan digital
  • 26. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 137 Rajah 5.13: Contoh aliran maklumat yang teratur Infrastruktur teknikal Rajah 5.14: Contoh aliran maklumat yang teratur Pangkalan data pengetahuan
  • 27. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 138 Rajah 5.15: Contoh aliran maklumat yang teratur Pendidikan pengguna (d) Gunakan ilustrasi seperti animasi, warna dan sebagainya. (e) Sila gunakan panduan seperti berikut: (i) Bercakap dengan bahasa yang mudah, betul dan jelas. (ii) Perjelaskan poin yang dinyatakan dalam slaid. (iii) Jangan masukkan isu-isu baru yang tidak dinyatakan dalam slaid. (iv) Pastikan slaid menarik, fon yang besar dan jelas walaupun dilihat dari bahagian belakang dewan (saiz fon tidak melebihi daripada 18) dan warna latar belakang yang sesuai. (v) Pastikan cahaya yang sesuai. (vi) Pastikan mikrofon dan pembesar suara berfungsi dengan baik. (vii) Jangan meninggikan suara ketika membuat pembentangan. (viii) Minimumkan gerak tubuh badan. (ix) Pandang audiens tetapi jangan fokuskan kepada satu kumpulan atau satu bahagian bilik/dewan sahaja. (x) Berpakaian yang sopan dan sesuai.
  • 28. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 139 AKTIVITI 5.5 Baca perenggan berikut dan pilih perkara utama yang akan anda masukkan dalam persembahan slaid anda. Definisi Objek Pembelajaran Istilah „objek pembelajaran‰ yang dipopularkan oleh Wayne Hodgins pada tahun 1994 masih belum meyakinkan penganalisis pendidikan. Ini merangkumi ciri-ciri yang membezakan daripada mana-mana kandungan lain. Daripada tinjauan definisi, tafsirannya: daripada kandungan digital kepada bukan digital, daripada objek yang besar kepada objek kecil dan daripada kandungan yang interaktif kepada bukan interaktif. Di Open University Malaysia, kami agak mementingkan penerimaan definisi yang sesuai dengan aspirasi kami. Kami ingin menggunakan definisi Dunning (2002) yang menetapkan objek pembelajaran sebagai: latihan interaktif yang membolehkan pelajar menggunakan kandungan yang dipelajari dalam bahagian tertentu kursus untuk membolehkan: (1) demonstrasi penguasaan kandungan, (2) aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan (3) penggunaan kandungan dalam pemikiran kritikal. Terdapat tiga komponen penting bagi objek pembelajaran, iaitu seperti berikut: hasil pembelajaran, latihan interaktif dan mekanisme maklum balas. Polsani (2003), telah melakukan kajian yang cemerlang tentang objek pembelajaran dan beberapa ciri-ciri penting yang ditandakan olehnya, iaitu: mestilah digital dan dimuatnaikkan melalui Internet; boleh digunakan semula; dan mudah dikenal pasti. Sifat yang paling penting bagi objek pembelajaran adalah keupayaannya untuk mewujudkan konsep yang boleh digunakan semula.
  • 29. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 140 AKTIVITI 5.6 Tuliskan pengenalan bagi tajuk „Kesan-kesan Televisyen terhadap Masyarakat‰. Pengenalan tidak lebih daripada 200 patah perkataan. Gunakan artikel berikut untuk membantu anda dalam penulisan. Kesan-kesan Televisyen terhadap Masyarakat Kajian terbaru dari seluruh dunia telah membuktikan bahawa televisyen mempunyai kesan terhadap individu dan masyarakat keseluruhannya. Kami telah mengemukakan frasa „couch potato‰ untuk orang yang menonton TV sepanjang masa. Terdapat banyak kajian terhadap semua peringkat umur, termasuk daripada kanak-kanak kecil dan warga emas tentang kesan televisyen terhadap manusia. Tiada sesiapa yang boleh menyatakan dan mempercayai televisyen tidak mempunyai kesan kepada masyarakat. Ia sentiasa diperdebatkan, sama ada televisyen mencerminkan masyarakat atau masyarakat mencerminkan apa yang dilihat menerusi kaca televisyen. TV telah menjadi sebahagian besar daripada keperluan setiap isi rumah di Amerika. Ini juga berlaku di kebanyakan negara maju yang lain. Masyarakat adalah seperti yang digambarkan di televisyen. Ia melibatkan orang sebenar berlakon seperti yang diarahkan oleh orang sebenar lain. Pada pendapat mereka, TV mencerminkan antara satu sama lain, di sebalik hiburan tulen. Salah satu caranya adalah dengan menunjukkan kesan yang negatif daripada televisyen. Ramai orang lebih suka untuk berhujah bahawa televisyen adalah sesuatu alat yang berunsur negatif; meruntuhkan minda anak-anak. Terdapat bukti yang kukuh untuk menyokong pandangan ini. Robert Durant adalah salah seorang daripada ramai orang yang percaya kanak-kanak sangat terdedah kepada keburukan TV. Justeru, masyarakat perlu mengajar mereka cara untuk mengatasinya. Sumber: http://www.directessays.com/viewpaper/84440.html
  • 30. TOPIK 5 MEMBENTANG MAKLUMAT 141 Secara ringkas, keupayaan anda untuk menyatakan kerja dan idea anda adalah penting supaya mesej yang ingin disampaikan dipersembahkan dengan jelas kepada penerima. Tujuan asas menghendaki anda untuk membentangkan tugasan adalah untuk menilai tahap pengetahuan dan pemahaman kursus dan perkara ini dapat dilihat melalui kemahiran pembentangan anda akan mendedahkan ketepatan. Terdapat 10 langkah yang terlibat dalam menyediakan tugasan yang berkesan. Draf pertama tugasan termasuk pengenalan, badan kandungan, kesimpulan, senarai rujukan dan nota kaki. Gaya APA diguna pakai sebagai gaya pemetikan OUM. Gaya petikan Kreativiti Nota kaki Parafrasa Persatuan Psikologi Amerika (APA) Petikan Prokrastinasi Rujukan Tugasan