SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
Kementerian Pelajaran Malaysia 
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH 
+85$,$168.$7$13(/$-$5$1 
PENDIDIKAN SIVIK 
DAN 
KEWARGANEGARAAN 
TINGKATAN 3 
Pusat Perkembangan Kurikulum
iii 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
KANDUNGAN 
RUKUN NEGARA v 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 
KATA PENGANTAR ix 
PENDAHULUAN 1 
KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN 
KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 
2 
KHIDMAT MASYARAKAT 5 
STRATEGI PELAKSANAAN 6 
PENILAIAN 6 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 7 
TEMA 1 : 
PENCAPAIAN KENDIRI 
8 
TEMA 2 : 
HUBUNGAN KEKELUARGAAN 
9 
TEMA 3 : 
HIDUP BERMASYARAKAT 
10 
TEMA 4 : 
WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA 
11 
TEMA 5 : 
MALAYSIA NEGARA BERDAULAT 
12 
TEMA 6 : 
CABARAN MASA DEPAN 
13 
PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT 15
v 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
RUKUN NEGARA 
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh 
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat 
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan 
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. 
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut 
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut : 
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 
KELUHURAN PERLEMBAGAAN 
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu 
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, 
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah 
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, 
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan 
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
ix 
.%60 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
KATA PENGANTAR 
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang 
memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang 
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan 
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan 
menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta 
ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. 
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan 
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan 
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan 
kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah 
aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap 
dapat membantu guru merancang dan melaksanakan 
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. 
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, 
guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur 
bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran 
belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan 
komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaran 
masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan 
pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni 
dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap 
diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberi 
keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam 
kehidupan harian dan dunia pekerjaan. 
Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan 
Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak 
dan kesedaran murid tentang hak dan tanggungjawab sebagai 
warga negara dengan mengambil kira aspek pengetahuan sivik, 
kemahiran sivik dan nilai sivik. Guru juga perlu menekankan 
aktiviti khidmat masyarakat yang merupakan komponen penting 
dalam memupuk kesedaran sivik di kalangan murid. Aktiviti 
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara 
berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid 
secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. 
Dalam usaha menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, 
banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan 
universiti serta pegawai Kementerian Pelajaran dan individu 
yang mewakili badan-badan tertentu. 
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan 
kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian 
Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pelajaran merakamkan 
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. 
(MAHZAN BIN BAKAR SMP, AMP) 
Pengarah 
Pusat Perkembangan Kurikulum 
Kementerian Pelajaran Malaysia
1 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
1.0 PENDAHULUAN 
1.1 Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai 
tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan 
jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan 
masa depannya. 
1.2 Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan 
merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, 
kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. 
1.3 Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan 
Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian 
budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat 
patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, 
menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah 
pembangunan negara.
2 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
2.0 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 
2.1 Matlamat 
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan 
tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang 
bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia 
2.2 Objektif 
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. 
2.2.1 Objektif Pengetahuan: 
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan 
negara. 
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang 
sejahtera. 
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat 
yang bersatu padu. 
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik. 
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. 
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan 
masyarakat dan negara.
3 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
2.2.2 Objektif Kemahiran: 
i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. 
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang 
bahagia. 
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. 
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. 
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. 
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. 
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. 
2.2.3 Objektif Nilai: 
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. 
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. 
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. 
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. 
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. 
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. 
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. 
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.
4 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
2.3 Tema 
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan 
nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi 
enam tema seperti berikut: 
1. Pencapaian Kendiri 
2. Hubungan Kekeluargaan 
3. Hidup Bermasyarakat 
4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 
5. Malaysia Negara Berdaulat 
6. Cabaran Masa Depan 
Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau 
isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia 
Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan 
dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia.
5 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
3.0 KHIDMAT MASYARAKAT 
Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Aktiviti 
ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahn. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam 
setahun dan menyediakan laporan. Khidmat Masyarakat harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik 
darjah. Khidmat Masyarakat bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan 
masyarakat dan negara. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan 
seperti berikut: 
Tingkatan Tema 
1 
1. Pencapaian Kendiri 
2. Hubungan Kekeluargaan 
2 3. Hidup Bermasyarakat 
3 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 
4 5. Malaysia Negara Berdaulat 
5 6. Cabaran Masa Depan
6 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
4.0 STRATEGI PELAKSANAAN 
Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai 
strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada 
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik 
darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, 
menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, 
patriotik dan bersatu padu. 
5.0 PENILAIAN 
Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran 
dan nilai, guru digalakkan menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan 
ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan, dan laporan.
7 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
.%60 
6.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
6.1 Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan 
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi tiga lajur, iaitu Tema/Tajuk, 
Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti. 
6.1.1 Tema/Tajuk 
Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop 
pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan. 
6.1.2 Hasil Pembelajaran 
Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang 
murid diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam 
bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk. 
6.1.3 Cadangan Aktiviti 
Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan 
tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran.
8 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
7,1*.$7$1  
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 
1. PENCAPAIAN KENDIRI 
a. Pilihan kerjaya 
b. Keputusan yang bijak dan adil 
- Tindakan yang 
bertanggungjawab 
i. Mengetahui peluang-peluang kerjaya 
yang ada di dalam dan luar negara 
ii. Mengenal pasti kelayakan akademik, 
kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang 
diperlukan mengikut kerjaya yang 
berbeza 
iii. Berupaya memilih kerjaya yang terbaik 
untuk diri 
iv. Mempunyai keyakinan diri untuk 
meneroka kerjaya yang diminati 
i. Mengetahui dan memahami bahawa 
setiap keputusan yang dibuat dalam 
semua situasi mempunyai kesan dan 
akibat terhadap diri dan orang lain 
ii. Berkemahiran menjejaki rantaian kesan 
dan akibat daripada sesuatu keputusan 
iii. Membuat keputusan yang bijak dan adil 
serta bertanggungjawab dalam semua 
situasi 
iv. Prihatin tentang kesan keputusan yang 
diambil terhadap orang lain 
i. Mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh 
yang berjaya dalam bidang kerjaya 
masing-masing dan mengaitkannya 
dengan potensi diri 
ii. Membuat kajian dan analisis daripada 
maklumat yang dikumpulkan melalui 
keratan akhbar dan sumber-sumber lain 
tentang iklan jawatan kosong setiap 
sektor, seterusnya meneroka kerjaya 
bersesuaian dengan potensi diri 
iii. Membuat kajian tentang kerjaya yang 
diminati dari segi faedah sosio-ekonomi 
diri 
i. Main peranan dalam satu situasi atau 
dilema yang memerlukan murid 
membuat keputusan untuk 
menyelesaikan masalah tersebut 
ii. Mengadakan perbincangan tentang 
jurusan yang akan dipilih untuk 
peringkat menengah atas mengikut 
kesesuaian potensi diri dengan kerjaya 
yang diminati
9 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
7,1*.$7$1  
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 
2. HUBUNGAN KEKELUARGAAN 
a. Tanggungjawab terhadap 
keluarga 
- Kasih sayang 
- Kepekaan terhadap keperluan 
fizikal, mental, emosi dan 
rohani 
- Keselamatan dan 
perlindungan 
- Menjaga maruah keluarga 
i. Memahami tanggungjawab anggota 
keluarga dalam mengeratkan hubungan 
kekeluargaan 
ii. Menjalin hubungan yang erat antara 
anggota keluarga 
iii. Menjaga keselamatan dan melindungi 
anggota keluarga 
iv. Menunjukkan sikap bertanggungjawab 
sebagai anggota keluarga 
v. Mengambil berat terhadap keperluan 
anggota keluarga 
vi. Menjaga nama baik keluarga 
i. Main peranan sebagai anggota keluarga 
yang mengambil berat akan keperluan dan 
masalah keluarga (bahan kisah benar 
daripada majalah, surat khabar, drama 
televisyen dan lain-lain) 
ii. Membuat penilaian kendiri tentang 
sumbangan dan kewajipan terhadap 
keluarga 
iii. Menghasilkan karya kreatif seperti puisi, 
pantun dan kad ucapan kepada anggota 
keluarga sebagai tanda penghargaan atas 
tanggungjawab yang telah mereka 
laksanakan 
iv. Membuat kajian tentang tanggungjawab 
tokoh ibu atau bapa mithali dalam 
menjalankan tanggungjawab sebagai 
seorang ibu atau bapa terhadap keluarga 
v. Menghasilkan brosur tentang penjagaan 
keselamatan anggota keluarga 
vi. Mengumpul keratan akhbar tentang 
masalah sosial yang berlaku di kalangan 
murid dan membincangkan implikasinya 
terhadap nama baik keluarga
10 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
7,1*.$7$1  
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 
3. HIDUP BERMASYARAKAT 
a. Pemeliharaan dan pemuliharaan 
alam sekitar 
- Kepentingan pemeliharaan 
dan pemuliharaan alam 
sekitar 
- Tanggungjawab bersama 
untuk pemeliharaan 
dan pemuliharaan alam 
sekitar 
b. Kepekaan dan tindakan 
terhadap isu dan masalah alam 
sekitar 
- Pencemaran alam 
- Bencana alam 
i. Memahami dan menyedari kepentingan 
pemeliharaan dan pemuliharaan alam 
sekitar 
ii. Memahami peranan dan tanggungjawab 
agensi yang berkaitan dengan penjagaan 
alam sekitar 
iii. Merancang projek kecil untuk memelihara 
dan memulihara alam sekitar di kawasan 
sekolah 
iv. Melibatkan diri dalam memelihara dan 
memulihara alam sekitar 
v. Bertanggungjawab terhadap alam sekitar 
i. Mengenal pasti jenis-jenis pencemaran 
dan bencana alam 
ii. Memahami dan menyedari kesan-kesan 
pencemaran alam dan bencana alam 
iii. Mengambil tindakan yang sesuai untuk 
mengatasi isu dan masalah alam sekitar 
iv. Peka terhadap isu-isu yang menjejaskan 
alam sekitar 
v. Menghargai alam sekitar 
i. Menghasilkan brosur atau risalah tentang 
penjagaan alam sekitar untuk sebaran 
sekolah atau komuniti di tempat tinggal 
murid 
ii. Membuat projek kehijauan untuk 
meningkatkan kualiti alam sekitar 
di kawasan setempat 
iii. Mengumpul maklumat dan berbincang 
tentang agensi yang bertanggungjawab 
terhadap alam sekitar 
i. Membuat kajian tindakan tentang masalah 
alam sekitar di kawasan setempat 
ii. Menghasilkan buku skrap tentang isu dan 
masalah alam sekitar 
iii. Menyiasat dan membuat laporan tentang 
sesuatu isu alam sekitar di kawasan 
setempat (mengkaji jenis-jenis bahan 
terbuang dan mengkategorikan mengikut 
tahap biorosot)
11 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
7,1*.$7$1  
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 
4. WARISAN KEPELBAGAIAN 
BUDAYA MALAYSIA 
a. Adat resam dan pantang 
larang pelbagai kaum 
i. Memahami adat resam dan pantang larang 
pelbagai kaum 
ii. Mengamalkan adat resam dalam kehidupan 
harian 
iii. Berupaya menyesuaikan diri dengan 
kepelbagaian adat resam dan pantang larang 
pelbagai kaum 
iv. Berbangga dengan keunikan kekayaan 
warisan budaya Malaysia 
v. Menerima dan menghormati adat resam dan 
pantang larang pelbagai kaum 
i. Menonton tayangan video/slaid yang 
menunjukkan cara hidup pelbagai kaum 
di Malaysia dan membuat rumusan tentang 
adat resam dan pantang larang pelbagai 
kaum 
ii. Mengunjungi rumah guru, rakan dan jiran 
tetangga pelbagai kaum semasa hari 
perayaan dan membuat catatan tentang 
adat dan pantang larang yang diamalkan 
iii. Menghasilkan folio tentang adat resam dan 
pantang larang pelbagai kaum 
iv. Membuat kajian dan menyediakan laporan 
tentang persamaan dan perbezaan adat 
resam dan pantang larang pelbagai kaum 
di Malaysia 
v. Mengkaji asal-usul beberapa adat resam 
dan pantang larang pelbagai kaum 
daripada pelbagai sumber (temu bual, soal 
selidik dan sebagainya)
12 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
7,1*.$7$1  
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 
5. MALAYSIA NEGARA 
BERDAULAT 
a. Jentera pentadbiran Negara 
Malaysia 
- Badan-badan kerajaan 
(Legislatif, Eksekutif dan 
Kehakiman) 
- Suruhanjaya Diraja 
b. Kenali kementerian-kementerian 
di Malaysia 
i. Memahami peranan dan tugas badan-badan 
kerajaan (Legislatif, Eksekutif dan 
Kehakiman) dan Suruhanjaya Diraja 
ii. Menghasilkan carta organisasi struktur 
pentadbiran negara 
iii. Menghargai peranan jentera pentadbiran 
negara dalam menjaga kestabilan dan 
kemakmuran negara 
i. Mengenal pasti kementerian-kementerian 
di Malaysia 
ii. Mengenal pasti agensi-agensi/jabatan-jabatan 
di bawah kementerian-kementerian 
di Malaysia 
iii. Mengetahui dan memahami peranan 
kementerian-kementerian dalam 
pembangunan negara 
iv. Menyampaikan maklumat umum 
berkaitan dengan kementerian-kementerian 
di Malaysia kepada orang 
lain 
v. Menghargai peranan kementerian-kementerian 
dalam pembangunan negara 
i. Membuat carta organisasi tentang 
struktur pentadbiran negara 
ii. Membincangkan kepentingan peranan 
jentera pentadbiran dalam mengekalkan 
kestabilan dan kemakmuran negara 
iii. Main peranan sebagai anggota parlimen 
membahaskan sesuatu isu berkaitan 
dengan pembangunan negara 
i. Mengumpulkan maklumat dan 
menghasilkan buku skrap atau brosur 
tentang kementerian-kementerian 
di Malaysia 
ii. Mengadakan lawatan sambil belajar 
ke salah sebuah tempat berikut: 
- kementerian-kementerian 
- mahkamah 
- parlimen 
iii. Mengadakan kuiz untuk mengenali 
kementerian-kementerian dan agensi-agensi/ 
jabatan-jabatan di bawahnya 
iv. Membuat carta organisasi tentang 
sktruktur kementerian dan agensi-agensi/ 
jabatan-jabatan di bawahnya
13 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
7,1*.$7$1  
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 
6. CABARAN MASA DEPAN 
a. Mengekalkan keamanan negara 
dan sejagat 
- Ancaman dalaman 
- Ancaman luaran 
- Sumbangan kepada 
keamanan dunia 
i. Menyedari tentang kepentingan 
keamanan negara dan sejagat 
ii. Mengetahui atau mengenal pasti ancaman-ancaman 
dalaman dan luaran yang boleh 
mengganggu keamanan dan keharmonian 
negara 
iii. Merancang pelbagai aktiviti untuk 
memberi sumbangan kepada keamanan 
dunia 
iv. Menghargai keamanan negara dan sejagat 
i. Mengadakan perbincangan tentang 
ancaman dalaman dan luaran yang boleh 
menggugat keamanan negara 
ii. Menjalankan aktiviti untuk menyumbang 
kepada keamanan negara 
Contoh: 
- menulis esei cara-cara untuk 
mengekalkan keamanan dan 
menyelesaikan konflik bersenjata 
- mengadakan sesi forum untuk 
membincangkan isu-isu dengan keamanan 
- mengadakan pameran bertemakan 
keamanan 
iii. Mencipta lirik lagu yang bertemakan 
kemanusiaan dan keamanan sejagat dan 
menyanyikannya 
iv. Main peranan sebagai anggota parlimen 
untuk membincangkan isu-isu yang 
berkaitan perpaduan dan keamanan 
negara 
v. Menghasilkan skrip drama yang bertajuk 
“Mengekalkan Keamanan Negara 
Tanggungjawab Bersama”
14 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
7,1*.$7$1  
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 
b. Memastikan Undang-Undang 
Kemanusiaan Antarabangsa 
(International Humanitarian Law 
– IHL) dipraktikkan 
- Perspektif kemanusiaan 
- Had-had dalam konflik 
bersenjata 
- Pelaksanaan undang-undang 
kemanusiaan 
- Menegakkan keadilan 
- Bantuan kemanusiaan 
i. Menyedari keperluan peraturan dan 
undang-undang untuk mengurangkan 
kemusnahan dan penderitaan akibat 
konflik bersenjata 
ii. Mengetahui peraturan-peraturan asas 
dalam undang-undang kemanusiaan antara 
bangsa 
iii. Mengenal pasti beberapa contoh 
pencabulan undang-undang kemanusiaan 
antarabangsa 
iv. Mengenal pasti cara-cara menegakkan 
keadilan 
v. Merancang projek berkaitan 
bantuan kemanusiaan yang 
diperlukan akibat konflik 
bersenjata 
vi. Berupaya mengambil perspektif yang 
pelbagai dalam menghadapi sesuatu 
situasi 
vii. Bersyukur dengan keamanan dan 
keharmonian negara 
viii. Menghormati nyawa dan maruah manusia 
ix. Prihatin terhadap masalah dan 
dilema yang dihadapi oleh pihak-pihak 
yang terlibat dalam konflik 
i. Mengadakan sesi perbincangan, 
sumbangsaran dan main peranan dengan 
menggunakan bahan-bahan sebenar 
(gambar, dokumen, video, kajian kes) 
yang berkaitan dengan: 
- perspektif kemanusiaan 
- had-had dalam konflik bersenjata 
- pelaksanaan undang-undang 
kemanusiaan 
- menegakkan keadilan 
ii. Merancang kem pelarian untuk mangsa 
peperangan atau bencana alam
15 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
7,1*.$7$1  
Pelaksanaan Khidmat Masyarakat 
Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan 
dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej 
diri, sekolah dan komuniti. 
Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang 
dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. 
Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan 
masyarakat. 
Murid dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun. 
Matlamat 
(1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. 
(2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 
(3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 
Cadangan Aktiviti 
Khidmat Masyarakat untuk tingkatan tiga adalah berpandukan tema Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia. Berikut ialah cadangan 
aktiviti Khidmat Masyarakat mengikut tema: 
Tingkatan Tema Aktiviti yang dicadangkan 
3 ·  Warisan 
Kepelbagaian 
Budaya 
Malaysia 
- Persembahan kebudayaan pelbagai kaum 
- Projek jualan makanan pelbagai kaum 
- Pameran pelbagai budaya Malaysia 
- Cadangan pemuliharaan bangunan/artifak bersejarah 
- Kajian seni bina bangunan bersejarah 
- Projek stesen radio sekolah 
Murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai dengan tema yang telah ditetapkan di atas.
16 
+85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 
3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 
7,1*.$7$1  
Strategi Pelaksanaan 
Murid perlu membuat persediaan sebelum melaksanakan sesuatu projek Khidmat Masyarakat. Panduan yang berikut dapat membantu anda 
membuat persediaan dan melaksanakan projek Khidmat Masyarakat secara terancang dan sistematik. 
1. Perancangan 
a. mengenal pasti dan memilih tajuk projek 
b. menentukan objektif, jenis aktiviti dan tempoh masa melaksanakan projek 
c. mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat 
d. menyenarai dan membahagikan tugas 
e. menentukan cara mengumpul maklumat 
f. menentukan cara merekod projek 
2. Kerja Amali 
a. melaksanakan projek 
b. merekod/mencatat tugas yang dijalankan 
c. mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas 
3. Refleksi 
a. menilai kerja yang telah dijalankan 
b. menyusun dan menyemak dokumen dan catatan 
c. membuat kesimpulan 
4. Laporan 
a. menentukan cara menyediakan laporan 
b. menulis laporan individu atau kumpulan 
c. membentangkan laporan 
5. Penghargaan 
a. menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek.

More Related Content

What's hot

Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaImplikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaSherly Jewinly
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalRosnaliza07
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Hsp psk thn6
Hsp psk thn6Hsp psk thn6
Hsp psk thn6jueriah
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Marinis Nyambong
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
Keperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaKeperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaAhmad NazRi
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaJoyce Robert
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
Rpt (sej) thn 5 2015
Rpt (sej) thn 5 2015Rpt (sej) thn 5 2015
Rpt (sej) thn 5 2015encikudang
 
Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3angora6750232
 

What's hot (17)

Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaImplikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
 
Rimup power point
Rimup power pointRimup power point
Rimup power point
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
EDU3093 - RIMUP
EDU3093 - RIMUPEDU3093 - RIMUP
EDU3093 - RIMUP
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Hsp psk thn6
Hsp psk thn6Hsp psk thn6
Hsp psk thn6
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Keperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaKeperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budaya
 
Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Rpt (sej) thn 5 2015
Rpt (sej) thn 5 2015Rpt (sej) thn 5 2015
Rpt (sej) thn 5 2015
 
Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3
 

Similar to Hsp t3

Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1nora2110
 
HSP PSK TAHUN 6
HSP PSK TAHUN 6HSP PSK TAHUN 6
HSP PSK TAHUN 6jueriah
 
Dsk sejarah thn 4
Dsk sejarah thn 4Dsk sejarah thn 4
Dsk sejarah thn 4Ong Yennee
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 

Similar to Hsp t3 (20)

Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1
 
Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1
 
Hsp psk thn6
Hsp psk thn6Hsp psk thn6
Hsp psk thn6
 
Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1
 
Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1Hsp psk tkt_1
Hsp psk tkt_1
 
HSP PSK TAHUN 6
HSP PSK TAHUN 6HSP PSK TAHUN 6
HSP PSK TAHUN 6
 
Dsk sejarah thn 4
Dsk sejarah thn 4Dsk sejarah thn 4
Dsk sejarah thn 4
 
Kuih bulan
Kuih bulanKuih bulan
Kuih bulan
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2
 
Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 

More from angora6750232

Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2angora6750232
 
Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1angora6750232
 
Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1angora6750232
 
Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1angora6750232
 
Evidens tema 3 psk tingkatan 1
Evidens tema 3 psk tingkatan 1Evidens tema 3 psk tingkatan 1
Evidens tema 3 psk tingkatan 1angora6750232
 

More from angora6750232 (20)

Coding power point
Coding power pointCoding power point
Coding power point
 
Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3
 
Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3
 
Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3
 
Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3
 
Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3
 
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
 
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
 
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
 
Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2
 
Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2
 
Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2
 
Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2
 
Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2
 
Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1
 
Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1
 
Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1
 
Evidens tema 3 psk tingkatan 1
Evidens tema 3 psk tingkatan 1Evidens tema 3 psk tingkatan 1
Evidens tema 3 psk tingkatan 1
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 

Recently uploaded (11)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 

Hsp t3

  • 1. Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 Pusat Perkembangan Kurikulum
  • 2. iii +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 KANDUNGAN RUKUN NEGARA v FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii KATA PENGANTAR ix PENDAHULUAN 1 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 2 KHIDMAT MASYARAKAT 5 STRATEGI PELAKSANAAN 6 PENILAIAN 6 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 7 TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI 8 TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN 9 TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT 10 TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA 11 TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT 12 TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN 13 PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT 15
  • 3. v +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 4.
  • 5. vii +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 6.
  • 7. ix .%60 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 KATA PENGANTAR Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid tentang hak dan tanggungjawab sebagai warga negara dengan mengambil kira aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Guru juga perlu menekankan aktiviti khidmat masyarakat yang merupakan komponen penting dalam memupuk kesedaran sivik di kalangan murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Dalam usaha menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pelajaran dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. (MAHZAN BIN BAKAR SMP, AMP) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 8.
  • 9. 1 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. 1.2 Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. 1.3 Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara.
  • 10. 2 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 2.0 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 2.1 Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia 2.2 Objektif Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2.2.1 Objektif Pengetahuan: i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik. v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.
  • 11. 3 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 2.2.2 Objektif Kemahiran: i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. 2.2.3 Objektif Nilai: i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.
  • 12. 4 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 2.3 Tema Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema seperti berikut: 1. Pencapaian Kendiri 2. Hubungan Kekeluargaan 3. Hidup Bermasyarakat 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 5. Malaysia Negara Berdaulat 6. Cabaran Masa Depan Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia.
  • 13. 5 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 3.0 KHIDMAT MASYARAKAT Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Aktiviti ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahn. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Khidmat Masyarakat harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Khidmat Masyarakat bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan seperti berikut: Tingkatan Tema 1 1. Pencapaian Kendiri 2. Hubungan Kekeluargaan 2 3. Hidup Bermasyarakat 3 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 4 5. Malaysia Negara Berdaulat 5 6. Cabaran Masa Depan
  • 14. 6 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 4.0 STRATEGI PELAKSANAAN Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. 5.0 PENILAIAN Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakkan menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan, dan laporan.
  • 15. 7 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 .%60 6.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 6.1 Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi tiga lajur, iaitu Tema/Tajuk, Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti. 6.1.1 Tema/Tajuk Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan. 6.1.2 Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk. 6.1.3 Cadangan Aktiviti Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran.
  • 16. 8 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 1. PENCAPAIAN KENDIRI a. Pilihan kerjaya b. Keputusan yang bijak dan adil - Tindakan yang bertanggungjawab i. Mengetahui peluang-peluang kerjaya yang ada di dalam dan luar negara ii. Mengenal pasti kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan mengikut kerjaya yang berbeza iii. Berupaya memilih kerjaya yang terbaik untuk diri iv. Mempunyai keyakinan diri untuk meneroka kerjaya yang diminati i. Mengetahui dan memahami bahawa setiap keputusan yang dibuat dalam semua situasi mempunyai kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain ii. Berkemahiran menjejaki rantaian kesan dan akibat daripada sesuatu keputusan iii. Membuat keputusan yang bijak dan adil serta bertanggungjawab dalam semua situasi iv. Prihatin tentang kesan keputusan yang diambil terhadap orang lain i. Mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing dan mengaitkannya dengan potensi diri ii. Membuat kajian dan analisis daripada maklumat yang dikumpulkan melalui keratan akhbar dan sumber-sumber lain tentang iklan jawatan kosong setiap sektor, seterusnya meneroka kerjaya bersesuaian dengan potensi diri iii. Membuat kajian tentang kerjaya yang diminati dari segi faedah sosio-ekonomi diri i. Main peranan dalam satu situasi atau dilema yang memerlukan murid membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah tersebut ii. Mengadakan perbincangan tentang jurusan yang akan dipilih untuk peringkat menengah atas mengikut kesesuaian potensi diri dengan kerjaya yang diminati
  • 17. 9 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 2. HUBUNGAN KEKELUARGAAN a. Tanggungjawab terhadap keluarga - Kasih sayang - Kepekaan terhadap keperluan fizikal, mental, emosi dan rohani - Keselamatan dan perlindungan - Menjaga maruah keluarga i. Memahami tanggungjawab anggota keluarga dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan ii. Menjalin hubungan yang erat antara anggota keluarga iii. Menjaga keselamatan dan melindungi anggota keluarga iv. Menunjukkan sikap bertanggungjawab sebagai anggota keluarga v. Mengambil berat terhadap keperluan anggota keluarga vi. Menjaga nama baik keluarga i. Main peranan sebagai anggota keluarga yang mengambil berat akan keperluan dan masalah keluarga (bahan kisah benar daripada majalah, surat khabar, drama televisyen dan lain-lain) ii. Membuat penilaian kendiri tentang sumbangan dan kewajipan terhadap keluarga iii. Menghasilkan karya kreatif seperti puisi, pantun dan kad ucapan kepada anggota keluarga sebagai tanda penghargaan atas tanggungjawab yang telah mereka laksanakan iv. Membuat kajian tentang tanggungjawab tokoh ibu atau bapa mithali dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa terhadap keluarga v. Menghasilkan brosur tentang penjagaan keselamatan anggota keluarga vi. Mengumpul keratan akhbar tentang masalah sosial yang berlaku di kalangan murid dan membincangkan implikasinya terhadap nama baik keluarga
  • 18. 10 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 3. HIDUP BERMASYARAKAT a. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar - Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar - Tanggungjawab bersama untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar b. Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah alam sekitar - Pencemaran alam - Bencana alam i. Memahami dan menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ii. Memahami peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar iii. Merancang projek kecil untuk memelihara dan memulihara alam sekitar di kawasan sekolah iv. Melibatkan diri dalam memelihara dan memulihara alam sekitar v. Bertanggungjawab terhadap alam sekitar i. Mengenal pasti jenis-jenis pencemaran dan bencana alam ii. Memahami dan menyedari kesan-kesan pencemaran alam dan bencana alam iii. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasi isu dan masalah alam sekitar iv. Peka terhadap isu-isu yang menjejaskan alam sekitar v. Menghargai alam sekitar i. Menghasilkan brosur atau risalah tentang penjagaan alam sekitar untuk sebaran sekolah atau komuniti di tempat tinggal murid ii. Membuat projek kehijauan untuk meningkatkan kualiti alam sekitar di kawasan setempat iii. Mengumpul maklumat dan berbincang tentang agensi yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar i. Membuat kajian tindakan tentang masalah alam sekitar di kawasan setempat ii. Menghasilkan buku skrap tentang isu dan masalah alam sekitar iii. Menyiasat dan membuat laporan tentang sesuatu isu alam sekitar di kawasan setempat (mengkaji jenis-jenis bahan terbuang dan mengkategorikan mengikut tahap biorosot)
  • 19. 11 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 4. WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA a. Adat resam dan pantang larang pelbagai kaum i. Memahami adat resam dan pantang larang pelbagai kaum ii. Mengamalkan adat resam dalam kehidupan harian iii. Berupaya menyesuaikan diri dengan kepelbagaian adat resam dan pantang larang pelbagai kaum iv. Berbangga dengan keunikan kekayaan warisan budaya Malaysia v. Menerima dan menghormati adat resam dan pantang larang pelbagai kaum i. Menonton tayangan video/slaid yang menunjukkan cara hidup pelbagai kaum di Malaysia dan membuat rumusan tentang adat resam dan pantang larang pelbagai kaum ii. Mengunjungi rumah guru, rakan dan jiran tetangga pelbagai kaum semasa hari perayaan dan membuat catatan tentang adat dan pantang larang yang diamalkan iii. Menghasilkan folio tentang adat resam dan pantang larang pelbagai kaum iv. Membuat kajian dan menyediakan laporan tentang persamaan dan perbezaan adat resam dan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia v. Mengkaji asal-usul beberapa adat resam dan pantang larang pelbagai kaum daripada pelbagai sumber (temu bual, soal selidik dan sebagainya)
  • 20. 12 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 5. MALAYSIA NEGARA BERDAULAT a. Jentera pentadbiran Negara Malaysia - Badan-badan kerajaan (Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman) - Suruhanjaya Diraja b. Kenali kementerian-kementerian di Malaysia i. Memahami peranan dan tugas badan-badan kerajaan (Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman) dan Suruhanjaya Diraja ii. Menghasilkan carta organisasi struktur pentadbiran negara iii. Menghargai peranan jentera pentadbiran negara dalam menjaga kestabilan dan kemakmuran negara i. Mengenal pasti kementerian-kementerian di Malaysia ii. Mengenal pasti agensi-agensi/jabatan-jabatan di bawah kementerian-kementerian di Malaysia iii. Mengetahui dan memahami peranan kementerian-kementerian dalam pembangunan negara iv. Menyampaikan maklumat umum berkaitan dengan kementerian-kementerian di Malaysia kepada orang lain v. Menghargai peranan kementerian-kementerian dalam pembangunan negara i. Membuat carta organisasi tentang struktur pentadbiran negara ii. Membincangkan kepentingan peranan jentera pentadbiran dalam mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara iii. Main peranan sebagai anggota parlimen membahaskan sesuatu isu berkaitan dengan pembangunan negara i. Mengumpulkan maklumat dan menghasilkan buku skrap atau brosur tentang kementerian-kementerian di Malaysia ii. Mengadakan lawatan sambil belajar ke salah sebuah tempat berikut: - kementerian-kementerian - mahkamah - parlimen iii. Mengadakan kuiz untuk mengenali kementerian-kementerian dan agensi-agensi/ jabatan-jabatan di bawahnya iv. Membuat carta organisasi tentang sktruktur kementerian dan agensi-agensi/ jabatan-jabatan di bawahnya
  • 21. 13 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 6. CABARAN MASA DEPAN a. Mengekalkan keamanan negara dan sejagat - Ancaman dalaman - Ancaman luaran - Sumbangan kepada keamanan dunia i. Menyedari tentang kepentingan keamanan negara dan sejagat ii. Mengetahui atau mengenal pasti ancaman-ancaman dalaman dan luaran yang boleh mengganggu keamanan dan keharmonian negara iii. Merancang pelbagai aktiviti untuk memberi sumbangan kepada keamanan dunia iv. Menghargai keamanan negara dan sejagat i. Mengadakan perbincangan tentang ancaman dalaman dan luaran yang boleh menggugat keamanan negara ii. Menjalankan aktiviti untuk menyumbang kepada keamanan negara Contoh: - menulis esei cara-cara untuk mengekalkan keamanan dan menyelesaikan konflik bersenjata - mengadakan sesi forum untuk membincangkan isu-isu dengan keamanan - mengadakan pameran bertemakan keamanan iii. Mencipta lirik lagu yang bertemakan kemanusiaan dan keamanan sejagat dan menyanyikannya iv. Main peranan sebagai anggota parlimen untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan perpaduan dan keamanan negara v. Menghasilkan skrip drama yang bertajuk “Mengekalkan Keamanan Negara Tanggungjawab Bersama”
  • 22. 14 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 7,1*.$7$1 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Memastikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law – IHL) dipraktikkan - Perspektif kemanusiaan - Had-had dalam konflik bersenjata - Pelaksanaan undang-undang kemanusiaan - Menegakkan keadilan - Bantuan kemanusiaan i. Menyedari keperluan peraturan dan undang-undang untuk mengurangkan kemusnahan dan penderitaan akibat konflik bersenjata ii. Mengetahui peraturan-peraturan asas dalam undang-undang kemanusiaan antara bangsa iii. Mengenal pasti beberapa contoh pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa iv. Mengenal pasti cara-cara menegakkan keadilan v. Merancang projek berkaitan bantuan kemanusiaan yang diperlukan akibat konflik bersenjata vi. Berupaya mengambil perspektif yang pelbagai dalam menghadapi sesuatu situasi vii. Bersyukur dengan keamanan dan keharmonian negara viii. Menghormati nyawa dan maruah manusia ix. Prihatin terhadap masalah dan dilema yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam konflik i. Mengadakan sesi perbincangan, sumbangsaran dan main peranan dengan menggunakan bahan-bahan sebenar (gambar, dokumen, video, kajian kes) yang berkaitan dengan: - perspektif kemanusiaan - had-had dalam konflik bersenjata - pelaksanaan undang-undang kemanusiaan - menegakkan keadilan ii. Merancang kem pelarian untuk mangsa peperangan atau bencana alam
  • 23. 15 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 7,1*.$7$1 Pelaksanaan Khidmat Masyarakat Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Murid dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Matlamat (1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. (2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. (3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Cadangan Aktiviti Khidmat Masyarakat untuk tingkatan tiga adalah berpandukan tema Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia. Berikut ialah cadangan aktiviti Khidmat Masyarakat mengikut tema: Tingkatan Tema Aktiviti yang dicadangkan 3 · Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia - Persembahan kebudayaan pelbagai kaum - Projek jualan makanan pelbagai kaum - Pameran pelbagai budaya Malaysia - Cadangan pemuliharaan bangunan/artifak bersejarah - Kajian seni bina bangunan bersejarah - Projek stesen radio sekolah Murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai dengan tema yang telah ditetapkan di atas.
  • 24. 16 +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1 3(1',',.$1 6 , 9 , . '$1 .(:$5*$1(*$5$$1 7,1*.$7$1 Strategi Pelaksanaan Murid perlu membuat persediaan sebelum melaksanakan sesuatu projek Khidmat Masyarakat. Panduan yang berikut dapat membantu anda membuat persediaan dan melaksanakan projek Khidmat Masyarakat secara terancang dan sistematik. 1. Perancangan a. mengenal pasti dan memilih tajuk projek b. menentukan objektif, jenis aktiviti dan tempoh masa melaksanakan projek c. mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat d. menyenarai dan membahagikan tugas e. menentukan cara mengumpul maklumat f. menentukan cara merekod projek 2. Kerja Amali a. melaksanakan projek b. merekod/mencatat tugas yang dijalankan c. mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas 3. Refleksi a. menilai kerja yang telah dijalankan b. menyusun dan menyemak dokumen dan catatan c. membuat kesimpulan 4. Laporan a. menentukan cara menyediakan laporan b. menulis laporan individu atau kumpulan c. membentangkan laporan 5. Penghargaan a. menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek.