SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
Download to read offline
MANUAL KESEDARAN SIVIK
DAN AMALAN NILAI MURNI
DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH RENDAH
Kementerian Pendidikan Malaysia
Maklumat Tentang Buku
Cetakan Pertama 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018
Semua hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau
dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik secara
sebahagian atau keseluruhan, tanpa izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Manual Kesedaran Sivik Dan Amalan Nilai Murni
Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Diterbitkan oleh:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Laman sesawang: www.moe.gov.my
Muka taip teks: Century Gothic
Saiz taip teks: 9.5 pt
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Visi dan Misi KPM
Visi KPM
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
iii
Senarai Kandungan
Perutusan YB Menteri Pendidikan Malaysia
Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha KPM
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengenalan
Latar Belakang
Jun
KASIH SAYANG:
Penjimatan Sumber
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Flora dan Fauna
Sayangi Sesama Manusia
Saya Anak Malaysia
Julai
HORMAT-MENGHORMATI:
Malu Melakukan Perkara Negatif
Menghormati Kepelbagaian Agama, Bangsa, Budaya
dan Bahasa di Malaysia
Menghormati Undang-Undang Jalan Raya
Mematuhi Peraturan Setempat
Ogos
BERTANGGUNGJAWAB:
Menjaga Persekitaran Sekolah
Hak Asasi Kanak-Kanak
Jujur
Menghargai dan Menepati Masa
September
KEGEMBIRAAN:
Sahabat
Jasamu Dikenang
Negaraku Merdeka!
Bersyukur
2
4
6
8
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
Oktober
KASIH SAYANG:
Menghayati Rukun Negara
Mengekalkan Warisan dan Budaya Malaysia
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia Tanah Air Ku
November
HORMAT MENGHORMATI:
Toleransi
Hindari Rasuah
Menghargai Alam Sekitar (Amalan 3R)
Penghargaan
26
27
28
29
30
31
32
34
2
PERUTUSAN
YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
endidikan merupakan perkara utama
yang berupaya mempengaruhi
pembangunan diri individu dan
menyediakan pelbagai peluang dalam
mencorakkan kehidupan masa depan.
Pendidikan juga mendasari proses pembangunan
modal insan berinovatif dan berkemahiran tinggi
yang menjadi faktor kritikal bagi menyokong
pertumbuhan sosial, budaya, dan ekonomi
sesebuah negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
menetapkan matlamat utama pendidikan
negara ke arah melahirkan individu yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berasaskan pegangan teguh
dan kepercayaan kepada Tuhan. Justeru,
menjelang abad yang baharu, rakyat Malaysia
perlu menjadi warganegara yang berminda kelas
pertama, teguh jati diri, matang dalam
menyimpulkan pandangan serta dinamik dalam
mencorak pemikiran.
Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
Pihak Kementerian mengambil pelbagai
inisiatif ke arah melahirkan generasi yang
cemerlang dan terdidik dengan adab
terpuji. Penerapan nilai dan adab perlu
menjadi tunjang kepada kemenjadian
pembentukan diri seseorang murid
secara holistik selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kini, proses
pengajaran dan pemudahcaraan pada
mana-mana peringkat bukan sahaja
hanya berfokus kepada 3M (menulis,
membaca dan mengira) tetapi perlu
ditambah dengan M yang keempat iaitu
manusiawi. Sekolah bukan lagi tempat
persaingan tetapi tempat pembelajaran
nilai-nilai kemanusiaan.
Nilai teras yang harus kita raikan seperti
menyebarkan kegembiraan, diterapkan
dalam suasana kasih sayang dan
hormat-menghormati pula
membuahkan hidup aman bahagia.
Seiring kemajuan berteraskan revolusi
industri 4.0, nilai manusiawi juga
seharusnya menjadi tunjang utama. Jika
soal nilai dan manusiawi tidak difikirkan
pada zaman teknologi ini dikhuatiri
melahirkan manusia yang bukan sahaja
gagal menginsankan teknologi,
sebaliknya mereka pula ditukarkan
menjadi seolah-olah jentera
berautomasi.
Atas dasar tanggung jawab, pihak
Kementerian telah menyediakan
Manual Kesedaran Sivik dan Amalan
Nilai Murni bagi kegunaan murid sekolah
rendah dan menengah. Ia merupakan
suatu panduan melaksanakan aktiviti
bimbingan ke arah merekayasa amalan
nilai murni dalam kalangan murid
sekolah. Saya berharap manual ini
digunakan secara maksimum bagi
memupuk kesedaran, ke arah membina
kefahaman sehingga ke peringkat nilai
tersebut menjadi amalan dan
dibudayakan di dalam kehidupan
harian.
Akhir kata, sekalung penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat
dalam menghasilkan manual ini.
Semoga usaha murni ini memberikan
impak kepada kemenjadian murid yang
bukan sahaja cemerlang inteleknya
malah terbilang sahsiahnya. Terima
kasih.
YB DR. MASZLEE MALIK
Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah 3
4
KATA ALU-ALUAN
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
yabas diucapkan atas penghasilan
Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai
Murni yang bakal menjadi panduan bagi
membudayakan nilai murni dalam kalangan
murid-murid sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Usaha memupuk kesedaran sivik dan amalan nilai
murni adalah menjadi keutamaan Kementerian
Pendidikaan Malaysia. Justeru, kefahaman yang
jelas dalam kalangan warga kementerian
pendidikan dan para pendidik adalah sangat
perlu agar pembudayaan nilai murni ini tercapai
seperti yang dihasratkan.
Nilai-nilai murni seperti kasih sayang,
kegembiraan, hormat-menghormati dan
bertanggungjawab akan melahirkan murid yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani ke arah melahirkan masyarakat Malaysia
yang sejahtera.
Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
Guru adalah insan terbaik bagi
memupuk nilai murni dalam kalangan
murid sekolah. Justeru, guru harus
membudayakan amalan nilai murni di
sekolah dengan menunjukkan contoh
tauladan terbaik. Untuk menghasilkan
suri teladan dalam kalangan guru,
pemimpin sekolah perlu komited dan
beriltizam untuk menzahirkan amalan
nilai murni dalam kalangan warga
sekolah. Saya berharap peranan ini juga
disambut baik dan disokong oleh ibu
bapa, komuniti dan pihak-pihak
pemegang taruh.
Semoga manual ini dapat dijadikan
panduan kepada pihak sekolah dalam
usaha memupuk kesedaran sivik dan
amalan nilai murni di sekolah dengan
pelbagai aktiviti yang menarik dan
menjadi kenangan kepada murid-murid.
Terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat di dalam menghasilkan Manual
Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
ini.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. MOHD GAZALI ABAS
Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah 5
6
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku
ahniah kepada semua pihak yang
terlibat di dalam menghasilkan Manual
Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
Kementerian Pendidikan Malaysia. Manual ini
disediakan hasil daripada perkongsian dapatan,
soal selidik dan temubual dengan pelbagai
pemegang taruh institusi pendidikan kita.
Nilai-nilai murni universal merentas agama,
fahaman, budaya wajar dijadikan amalan
berterusan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
memahami kepelbagaian adat dan budaya
antara satu dengan lain. Apatah lagi dengan
kemajmukan rakyat Malaysia, nilai
bertanggungjawab, hormat-menghormati, kasih
sayang dan kegembiraan sangat wajar diberi
penekanan bagi meningkatkan integrasi kaum
yang pelbagai. Namun, apa yang paling penting,
pembudayaan nilai murni dalam kalangan murid
sekolah sebenarnya adalah untuk melahirkan
warganegara yang tinggi nilai intelek, dalam
masa yang sama terdidik dirinya dengan adab
terpuji.
Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
Untuk itu, saya menyarankan agar
manual ini digunakan secara efektif di
setiap sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Enam konteks utama iaitu diri,
keluarga, sekolah, masyarakat dan
global wajar menjadi asas kepada
setiap perbincangan, perkongsian dan
aktiviti yang berkaitan dengan
kesedaran sivik dan nilai murni di sekolah.
Akhir kata, sesungguhnya usaha yang
murni ini memerlukan sokongan dan
dokongan mantap daripada semua
pihak bagi memastikan hasrat
melahirkan murid-murid yang berminda
kelas pertama menjadi realiti.
Sekian terima kasih.
DATUK DR. AMIN SENIN
Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah 7
8
LATAR BELAKANG
enekanan kepada nilai-nilai murni
dalam sistem pendidikan di Malaysia
amat diberi perhatian. Penekanan
yang serius bermula dengan pelaksanaan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada
tahun 1982 melalui pendekatan penerapan
nilai merentas kurikulum. Penerapan nilai-nilai
murni diterapkan melalui semua mata
pelajaran yang diajar di sekolah, melalui
aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan
kokurikulum. Ianya selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
memberi penekanan kepada
pembangunan manusia secara holistik serta
bersesuaian dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam
anjakan tiga, iaitu untuk melahirkan rakyat
yang menghayati nilai.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 dalam anjakan tiga adalah untuk
melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Hal
ini kerana murid hari ini akan mewarisi dunia
yang penuh dengan cabaran hebat,
daripada kemusnahan alam sekitar
hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk
berjaya mengharungi segala cabaran ini
murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran
memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat
seperti integriti, belas kasihan, adil, dan
altruisme yang dapat membimbing mereka
dalam membuat keputusan beretika. Pada
masa yang sama, pembangunan
warganegara yang global perlu diimbangi
dengan pembangunan identiti nasional
yang kukuh.
Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri
Bil.6/2018 pada 4 Julai 2018 telah
memutuskan supaya Bahagian
Pendidikan Islam bertindak sebagai urus
setia kepada Jawatankuasa Kesedaran
Sivik dan Amalan Nilai-Nilai Murni.
Keputusan mesyuarat tersebut
menjelaskan supaya jawatankuasa
tersebut menyelaras konsep nilai murni
yang mudah dilaksanakan dengan
menerapkan nilai-nilai universal yang
terdapat dalam al-Quran dan hadis
sebagai satu nilai murni yang boleh
diamalkan oleh semua bangsa tanpa
mengetepikan kefahaman agama dan
budaya masyarakat setempat.
Susulan daripada keputusan tersebut,
satu Jawatankuasa Kesedaran Sivik dan
Amalan Nilai Murni telah ditubuhkan dan
dianggotai oleh bahagian-bahagian di
KPM. Bahagian Pendidikan Islam telah
melaksanakan beberapa mesyuarat
dan perbincangan sebagai gerak kerja
ke arah merealisasikan konsep yang
dicadangkan.
Konsep kesedaran sivik dan amalan nilai
murni telah dibentangkan oleh
Jawatankuasa Induk Kesedaran Sivik
dan Amalan Nilai Murni kepada YB
Menteri Pendidikan pada 1 Ogos 2018.
Sehubungan dengan itu, bagi
perancangan jangka masa pendek,
mesyuarat memutuskan supaya BPI
menyelaras dan menyediakan Manual
Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
sebagai panduan kepada pihak sekolah
untuk diuar-uarkan tentang kepentingan
kesedaran sivik dan amalan nilai murni
semasa perhimpunan mingguan sekolah
dan seterusnya menjadi pemangkin
kepada penghayatan dan pelaksanaan
kesedaran sivik dan amalan nilai murni
dalam kalangan warga sekolah
khususnya dan masyarakat Malaysia
amnya.
9Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
KASIH SAYANG
Tajuk: Penjimatan Sumber
ASPEK PENYAMPAIANKANDUNGAN TEKS
Penggunaan air secara berhemah
dapat menjimatkan kos.
Idea
Kos memproses air mentah sangat
tinggi.
Penjimatan penggunaan air
mengurangkan bebanan kewangan
negara.
AMALAN BERTERUSAN
Berjimat cermat menggunakan air.
Fokus
Pendedahan tentang
cara-cara penjimatan air.
Berhemah semasa
menggunakan air seperti
menutup pili air dengan
sempurna.
Penggunaan pelbagai
sumber air semula jadi
selain air terawat.
Saranan
Mengelakkan pembaziran
penggunaan air dalam aktiviti
harian.
Memaklumkan kepada pihak
sekolah atau ibubapa
sekiranya terdapat
kebocoran paip air.
Memanfaatkan sumber
semula jadi dalam
kehidupan harian.
INFO
‘Inovasi tingkatkan penggunaan air hujan’
Sumber:-
http://astroawani.com/gaya-hidup/
inovasi-tingkatkan-penggunaan-air-
hujan-159945
10
Jun
KASIH SAYANG
Tajuk: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Flora dan Fauna
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
INFO
Menghargai flora dan fauna.
Idea
Pembangunan memusnahkan flora dan
fauna.
Kebimbangan terhadap penyeludupan
dan pemburuan haram.
Kepupusan flora bagi tujuan komersial.
AMALAN BERTERUSAN
Menghargai anugerah dan ciptaan Tuhan.
Fokus
Pembangunan terancang mampu
memelihara flora dan fauna.
Mewartakan hutan simpan sebagai aset
negara.
Penguatkuasaan undang-undang.
Saranan
Memberi pendidikan kesedaran tentang kepentingan
flora fauna dalam ekosistem.
Mengadakan kempen sayangi flora dan fauna.
Flora Dan Fauna Published in Education Dec 5, 2014.
11
Jun
KASIH SAYANG
Tajuk: Sayangi Sesama Manusia
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
INFO
Sifat penyayang serta ihsan
terhadap orang lain.
Idea
Kekangan komunikasi menjarakkan
hubungan kemasyarakatan.
Kepentingan pelibatan dalam aktiviti
kemasyarakatan.
AMALAN BERTERUSAN
Keprihatinan terhadap keperluan masyarakat.
Saranan
Memberi sumbangan kepada golongan
yang memerlukan seperti anak yatim,
mangsa penindasan dan peperangan.
Simpati kepada mereka yang tidak bernasib
baik.
Menanam sifat ingin membantu dan suka
akan kebaikan.
Fokus
Kepentingan kasih sayang untuk
kesejahteraan sejagat.
Kebersamaan dalam melakukan aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong
dan perayaan.
Keluarga berfungsi sebagai satu institusi yang memberi sokongan emosi dan
kasih-sayang. Tingkah laku atau ekspresi positif dan negatif seseorang anak
mencerminkan didikan daripada sesebuah keluarga.
Sumber: Norhayati Zulkefli & Zaidah Mustapha. (2016). Remaja daripada ibu bapa
yang bercerai di Malaysia: Suatu penelitian ekspresi emosi, GEOGRAFIA OnlineTM
Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 9 (150 - 160).
12
Jun
KASIH SAYANG
Tajuk: Saya Anak Malaysia
KANDUNGAN TEKS
INFO
Idea
Keunikan Malaysia di mata dunia.
Semangat jati diri dalam kalangan
manusia.
Saranan
Mengekalkan tradisi kunjung-mengunjung
pada musim perayaan.
Mengamalkan toleransi sesama dan antara
kaum.
Perbanyakkan aktiviti yang berkaitan
dengan kenegaraan.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa menjaga imej negara.
Fokus
Kepelbagaian bangsa, bahasa
masyarakat Malaysia.
Pengukuhan jati diri melalui
penghayatan sejarah negara.
Penduduk warganegara pada 2018 adalah 29.1 juta.
Komposisi etnik Bumiputera mencatatkan majoriti dengan
peratusan sebanyak 69.1%. Etnik Cina dan India
masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 23.0% dan
6.9%, manakala selebihnya adalah etnik lain-lain.
Sumber:
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/
pdfPrev&id=T0lmSHlwOXJ1aWlzcjBlam9ObUZpdz09
ASPEK PENYAMPAIAN
Kebangaan menjadi anak Malaysia.
13
Jun
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Malu Melakukan Perkara Negatif
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
Malu jika melakukan perkara
negatif.
Idea
Hormati diri sendiri.
Batasan pergaulan.
Fokus
Prihatin terhadap aspek kebersihan,
keselamatan dan harga diri.
Implikasi pengabaian aspek kebersihan,
keselamatan dan harga diri.
Implikasi pergaulan bebas.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa menghormati diri sendiri dan orang lain.
INFO
Malu yang dituntut adalah malu daripada melakukan perkara
yang negatif serta membawa mudharat dan malu untuk
meninggalkan perkara yang baik dan membawa manfaat.
http://www.yadim.com.my/v2/sifat-malu-membenteras-gejala
-sosial/
Saranan
Penjagaan kebersihan, keselamatan
dan harga diri.
Menjaga batasan pergaulan diri.
14
Julai
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Menghormati Kepelbagaian Agama,
Bangsa, Budaya dan Bahasa
di Malaysia
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
Menghormati kepelbagaian agama, bangsa, budaya
dan bahasa di Malaysia.
Idea
Perpaduan sesama dan
antara kaum.
Toleransi sesama dan antara
kaum.
Saranan
Menyertai aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum.
Mengekalkan dan memelihara kepelbagaian warisan masyarakat Malaysia.
Bekerjasama memahami kepercayaan, bangsa, budaya, bahasa dan
agama mereka.
Fokus
Penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti sekolah dan
komuniti.
Berfikiran terbuka kepada keunikan kepelbagaian
yang ada seperti menghormati budaya dan
kepercayaan orang lain.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa mengekalkan sikap toleransi antara kaum.
INFO
Rakyat Malaysia terdiri daripada 20.07 juta Bumiputera (69.1%), 6.69 juta Cina (23%),
2.01 juta India (6.9%) dan 0.29 juta lain-lain kaum (1%)
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=T0l-
mSHlwOXJ1aWlzcjBlam9ObUZpdz09
Kepelbagaian budaya, etnik dan agama ini menyebabkan Malaysia kaya dengan sejarah, bahasa
dan penulisan serta merupakan antara negara yang terkenal dengan pelbagai juadah makanan.
https://www.youtube.com/watch?v=DVE5JLBWeF0
15
Julai
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Menghormati Undang-undang Jalan Raya
ASPEK PENYAMPAIAN
Kepentingan mematuhi
undang-undang jalan raya.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
INFO
Risiko kemalangan jalan raya bertambah lapan kali ganda apabila menggunakan
telefon bimbit semasa memandu.
Pada tahun 2016, sebanyak 202,809 saman dikeluarkan atas kesalahan melanggar
lampu merah.
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tolong-hargai-nyawa-1.547126
KANDUNGAN TEKS
Saranan
Mematuhi
undang-undang
jalan raya.
Membuat aduan dan
laporan berkaitan perlakuan
melanggar undang-undang jalan
raya kepada pihak berkuasa.
Meningkatkan kesedaran melalui
Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya (PKJR)
Fokus
Implikasi tidak mematuhi
undang-undang jalan raya.
Cara membuat aduan dan laporan
terhadap salah laku undang-undang
jalan raya dengan cara yang betul.
Idea
Kecuaian penyebab utama kemalangan jalan
raya.
Kurang pengetahuan tentang undang-undang
jalan raya.
16
Julai
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Mematuhi Peraturan Setempat
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
Kepentingan untuk mengetahui dan
mematuhi peraturan setempat.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan.
INFO
Kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tempat
makan sebagai tempat dilarang merokok.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Idea
Kegagalan mematuhi undang-undang dan peraturan setempat.
Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan setempat.
Fokus
Kepentingan disiplin diri.
Kaedah penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Kesedaran tentang adat resam dan pantang larang di sesebuah
kawasan.
Saranan
Saling mengingati dan menasihati.
Membuat aduan dan laporan berkaitan perlakuan melanggar
peraturan setempat.
Mematuhi dan menghormati adat resam dan pantang larang di
sesebuah kawasan.
17
Julai
BERTANGGUNGJAWAB
Tajuk: Menjaga Persekitaran Sekolah
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
INFO
Kepentingan menjaga kebersihan
persekitaran sekolah.
Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan
pertandingan yang sihat diantara murid tentunya akan menghasilkan kecemerlangan
dalam akademik dan disiplin murid.
http://pnc.ump.edu.my/index.php/en/activity/articles/43-umum/134-persekitaran
-sekolah-si hat-dan-selamat
Saranan
Menjaga dan mengekalkan kebersihan
persekitaran sekolah.
Menggunakan prasarana sekolah secara
berhemah.
Melibatkan diri dengan aktiviti kitar
semula.
Idea
Gejala vandalisme di sekolah.
Penularan penyakit berjangkit.
Fokus
Implikasi vandalisme di sekolah.
Tanggungjawab menjaga persekitaran
sekolah.
Kepentingan menjaga kebersihan
persekitaran sekolah.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa menjaga dan mengekalkan kebersihan persekitaran sekolah.
18
Ogos
BERTANGGUNGJAWAB
Tajuk: Hak Asasi Kanak-kanak
KANDUNGAN TEKS
INFO
Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen
yang memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:
pengabaian
penderaan
eksploitasi
jaminan kanak-kanak mendapat haknya
http://www.academia.edu/13967871/Hak_asasi_kanak-kanak_KONVENSYEN_MENGENAI_HAK
_KANAK-KANAK_Hak_asasi_kanak-kanak_KONVENSYEN_MENGENAI_HAK_KANAK-KANAK
Saranan
Melaporkan jika berlaku sebarang
penderaan dan eksploitasi.
Bertanggungjawab untuk menjaga
hak asasi kanak-kanak.
Idea
Penderaan terhadap kanak-kanak.
Penafian hak kanak-kanak.
Eksploitasi kanak-kanak.
Fokus
Jenis-jenis penderaan dan eksploitasi
terhadap kanak-kanak.
Menghormati dan mengiktiraf hak
kanak-kanak.
AMALAN BERTERUSAN
Bertanggungjawab melindungi hak kanak-kanak.
ASPEK PENYAMPAIAN
Kepentingan mengetahui
dan memahami hak asasi
kanak-kanak.
19
Ogos
BERTANGGUNGJAWAB
Tajuk: Jujur
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
INFO
Jujur dan amanah dalam
kehidupan harian.
Integriti bermaksud kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan
sesebuah organisasi. Ia berkait rapat dengan isu etika dan nilai-nilai murni seperti bertindak
secara jujur dan amanah dalam setiap tindakan.
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/budaya-integriti-penjawat-awam-1.206016
Idea
Salah laku murid di sekolah.
Menipu sebagai helah
membela diri.
Fokus
Jenis-jenis salah laku.
Kesan ketidakjujuran.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa bersikap jujur dalam apa jua keadaan.
Saranan
Sentiasa jujur dalam
setiap percakapan dan
perbuatan.
Menasihati kawan untuk
kebaikan.
20
Ogos
BERTANGGUNGJAWAB
Tajuk: Menghargai dan Menepati Masa
ASPEK PENYAMPAIAN
Kepentingan menepati masa dan
menghargai masa.
KANDUNGAN TEKS
INFO
Toki wa kane yori, satu peribahasa Jepun yang bermaksud “masa itu lebih berharga daripada
emas”
Sikap mementingkan ketepatan masa ini bukanlah warisan bangsa Jepun sejak zaman
lampau. Sebaliknya, ia telah dipupuk ke dalam masyarakat Jepun dalam tempoh yang boleh
dikatakan singkat.
ArtikelPenuh:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tepati-masa-amalan-jepun-sejak-bila-
1.387669#ixzz5fX99cH00
Saranan
Menggunakan masa senggang dengan bijak.
Mengikut peraturan dan undang-undang.
Menyediakan jadual aktiviti harian.
Idea
Tidak menepati masa.
Tidak menyiapkan tugasan
mengikut masa yang
ditetapkan.
Fokus
Pengurusan masa yang baik.
Menghargai setiap masa
yang diluangkan.
AMALAN BERTERUSAN
Mengurus masa dengan baik.
21
Ogos
KEGEMBIRAAN
Tajuk: Sahabat
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
Menghargai persahabatan.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa menghormati dan menyayangi sahabat.
Tiada diskriminasi (Artikel 2, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak)
Hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri (Artikel 3, Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak)
Sumber: rujuk Modul Latihan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC), Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
INFO
Idea
Gejala anti sosial.
Gejala memilih kawan.
Gejala buli.
Fokus
Pengaruh rakan sebaya.
Faktor gejala anti sosial.
Jenis-jenis buli.
Saranan
Menghargai rakan-rakan.
Bekerjasama dalam aktiviti kumpulan.
Bijak dalam memilih kawan.
22
September
KEGEMBIRAAN
Tajuk: Jasamu Dikenang
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS Menghargai sumbangan pemimpin.
Idea
Cetek pengetahuan sejarah.
Tidak mengenali pemimpin.
AMALAN BERTERUSAN
Terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong.
Fokus
Sejarah perjuangan pemimpin/
tokoh-tokoh terdahulu.
Sumbangan perdana menteri Malaysia.
Saranan
Mengamalkan nilai-nilai murni yang
diterapkan oleh pemimpin terdahulu.
Menghargai sumbangan pemimpin
terdahulu terhadap kesejahteraan
masyarakat.
Ciri-ciri pemimpin yang baik adalah mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau
berwawasan. Mereka akan sentiasa dipandang dan dihargai oleh masyarakat
sekeliling sebagai seorang yang mempunyai nilai dan diyakini.
Terdapat tiga ciri utama dalam kepemimpinan iaitu wawasan yang jelas, nilai baik
dan daya kekuatan.
Pemimpin yang mempunyai wawasan jelas memiliki kemampuan berfikir dalam
pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau
memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.
Memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai
integriti dalam diri.
Memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta mempunyai
daya tahan fizikal dan mental.
Prof Madya Burhanuddin Jalal, 3 Ciri Utama Perlu Ada Pada Pemimpin, Artikel Penuh:
https://www.bharian.com.my/node/217290
INFO
23
September
KEGEMBIRAAN
Tajuk: Negaraku Merdeka!
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
Memupuk semangat
patriotik.
Idea
Kurang pengetahuan.
Kurang jati diri .
Tidak berminat tentang sejarah
negara.
AMALAN BERTERUSAN
Menghargai kemerdekaan negara.
Fokus
Sebarluas maklumat tentang sejarah negara.
Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan kemerdekaan negara.
Bebas dari pemikiran dan ideologi negatif.
Saranan
Bersama-sama mengekalkan kemerdekaan
negara.
Menghormati bendera Malaysia.
Menyanyikan lagu patriotik dengan semangat.
Menyambut hari kemerdekaan.
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/
pengisytiharan-kemerdekaan-tanah-melayu
Tokoh-tokoh kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu
Sumber: https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang
-kemerdekaan-malaysia/
INFO
24
September
KEGEMBIRAAN
Tajuk: Bersyukur
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
Bersyukur dalam kehidupan.
Idea
Tidak mengenang jasa ibu bapa dan
keluarga.
Tidak bersyukur dilahirkan dalam dan
keluarga dan negara yang sejahtera.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa berterima kasih.
Saranan
Sentiasa berterima kasih.
Mendoakan orang yang telah
memberikan bantuan.
Membalas budi ibu bapa contohnya
membantu ahli keluarga apabila
telah memasuki alam pekerjaan.
Antara ciri-ciri orang yang bersyukur ialah bersikap positif, berusaha lebih gigih,
menghayati budaya kerja bersopan, tidak berbangga dengan kedudukan dan
pangkat dan tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia. Mereka juga
merasakan berkhidmat itu sebagai ibadat dalam memberi sumbangan kepada
masyarakat, negara dan agama.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/artikel/16116-sifat
-nilai-nilai-murni-dan-amalan-yang-dituntut
INFO
Fokus
Bersyukur melalui perkataan contohnya
mengucapkan terima kasih dengan penuh
keikhlasan yang terpamer di wajah.
Bersyukur melalui perbuatan contohnya
membalas jasa dan nikmat yang diperoleh
dengan berderma, menawarkan perkhidmatan
secara sukarela, berusaha dan bekerja kuat untuk
mencapai cita-cita.
Bersyukur melalui hati contohnya ikhlas
melakukan sesuatu pekerjaan.
25
September
KASIH SAYANG
Tajuk: Menghayati Rukun Negara
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
INFO
Menghormati dan menghayati
Prinsip Rukun Negara.
Idea
Kurang penghayatan kepada
Prinsip Rukun Negara.
Amalan generasi muda yang
bertentangan dengan Prinsip
Rukun Negara.
AMALAN BERTERUSAN
Mengingati dan menghayati rukun negara.
Saranan
Mengingati Prinsip Rukun Negara.
Menghayati dan mempraktikkan
Prinsip Rukun Negara.
Fokus
Kepentingan mengamalkan
Prinsip Rukun Negara.
Dalam konteks keluarga, murid
perlu menghormati ibu bapa
contohnya berbicara.
Sikap sopan-santun membentuk
masyarakat yang berdisiplin dan
bermoral tinggi.
Sumber: Rosni Abdull Majid. (2014). Nilai-nilai murni dan budi Bahasa.
Jabatan Penerangan Malaysia.
Sila layari: Makna Rukun Negara
http://www.upm.edu.my/artikel/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449?L=en
26
Oktober
KASIH SAYANG
Tajuk: Mengekalkan Warisan dan Budaya Malaysia
KANDUNGAN TEKS
INFO
Idea
Asimilasi warisan dan budaya.
Keunikan masyarakat Malaysia
menjadi satu daya tarikan.
Saranan
Menghormati budaya kaum lain.
Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa komunikasi.
Menggalakkan pelibatan murid berbilang
kaum dalam aktiviti di sekolah.
Menggalakkan budaya ziarah-menziarahi.
AMALAN BERTERUSAN
Menghargai warisan dan budaya Malaysia.
Fokus
Budaya Malaysia yang telah dipengaruhi oleh bangsa Melayu, Cina dan India yang
merupakan etnik yang terbesar di negara Malaysia.
Silang budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Budaya di Malaysia membentuk satu budaya yang unik.
Kepelbagaian budaya menjadi tarikan pelancong asing.
http://www.malaysia.travel/ms-my/my/about-malaysia/culture-n-heritage
ASPEK PENYAMPAIAN
Mengenali warisan dan budaya dalam negara.
27
Oktober
KASIH SAYANG
Tajuk: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
INFO
Kepentingan taat setia kepada
Raja dan Negara..
Idea
Sistem raja berperlembagaan.
Ketaatan dan hormat kepada raja
dan negara.
AMALAN BERTERUSAN
Menghormati dan menyanjungi institusi diraja.
Saranan
Menghormati kedaulatan raja dan negara.
Menumpukan sepenuh taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong.
Murid perlu mengenali lambang-lambang
kebesaran negara.
Murid perlu mengenali raja dan
pemimpin negara.
Fokus
Institusi raja-raja di Malaysia.
Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong selaku Ketua
Negara.
Senarai Raja dan Sultan di Malaysia
Sumber:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/184-senarai-sultan-dan-
raja-raja.html
Kuasa dan Peranan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan
Sumber:
http://www.arkib.gov.my/documents/10157/6f1c6800-188b-4885-8ba8-698102207ad1
28
Oktober
KASIH SAYANG
Tajuk: Malaysia Tanah Air Ku
KANDUNGAN TEKS
INFO
Idea
Semangat patriotik dalam kalangan
rakyat Malaysia.
Negara kita tanggungjawab bersama.
Fokus
Kejayaan rakyat Malaysia di peringkat dunia
dalam pelbagai bidang.
Peranan dan sumbangan tokoh di peringkat
antarabangsa.
Peranan rakyat Malaysia sebagai
warganegara.
AMALAN BERTERUSAN
Menunjukkan imej yang baik sebagai
warganegara Malaysia.
Saranan
Bangga menjadi rakyat Malaysia.
Berusaha untuk mengharumkan nama negara.
Menunjukkan imej yang baik sebagai warganegara
Malaysia.
Mengetahui kisah-kisah kejayaan negara dalam
pelbagai aspek.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati
penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama, 1963.
Sumber:
• http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-1963
• http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/7407-hari-malaysia.html
ASPEK PENYAMPAIAN
Cintai negaraku Malaysia.
Coliseum
29
Oktober
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Toleransi
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
Toleransi dalam kehidupan.
Idea
Kekangan pergaulan seharian.
Toleransi dalam kalangan murid dari segi
pelaksanaan tugasan, sukan dan aktiviti sekolah.
Pelibatan murid yang berbilang kaum dalam
aktiviti di sekolah tidak menyeluruh.
Fokus
Kepelbagaian dan perbezaan
budaya masyarakat.
Malaysia mempunyai pelbagai kaum
dan etnik.
Kepentingan mewujudkan toleransi
dan kerjasama kaum dan etnik.
AMALAN BERTERUSAN
Sentiasa bertolak ansur dan tolong-menolong antara satu sama lain.
INFO
Antara tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India telah
pun menetap di tanah ini selama 5 abad.
Malaysia juga merupakan tanah air kepada kira-kira 80 kaum etnik,
terutamanya di Malaysia Timur.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1312-ingin-tahu-
budaya/masyarakat-majmuk/3242-kaum-kaum-di-malaysia
Saranan
Bekerjasama menerima setiap perbezaan budaya dan adat.
Membudayakan toleransi melalui kepelbagaian aktiviti.
Menghormati kepelbagaian dan perbezaan antara rakan
sebaya dari segi latar belakang, ekonomi, etnik, kaum dan
jantina.
30
November
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Hindari Rasuah
ASPEK PENYAMPAIAN
KANDUNGAN TEKS
Menghindari rasuah.
Idea
Tawaran hadiah untuk kepentingan
diri.
Salah guna kuasa untuk melindungi
kawan baik daripada dikenakan
tindakan dan hukuman.
Saranan
Menolak sebarang unsur atau sebarang pemberian yang diragui.
Melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Menghormati diri dengan menjauhi rasuah.
Fokus
Bentuk rasuah yang pelbagai.
Kepentingan memelihara diri daripada terjebak
dalam gejala rasuah.
Kesan rasuah kepada diri, masyarakat dan negara
seperti menimbulkan gejala samseng di sekolah.
AMALAN BERTERUSAN
Melaksanakan tugas dengan amanah dan telus.
INFO
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009)
(Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam
[Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
(Sumber: https://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/kenali-rasuah)
31
November
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Menghargai Alam Sekitar (Amalan 3R)
ASPEK PENYAMPAIAN
Penjagaan alam sekitar melalui Amalan 3R
(reduce, reuse, recycle).
Fokus
Kepentingan memelihara dan memulihara alam
sekitar.
Kepentingan Amalan 3R dalam kehidupan.
Kesan tidak menjaga alam sekitar.
AMALAN BERTERUSAN
Amalan 3R dalam kehidupan secara berterusan.
INFO
Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida,
karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal.
Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub
bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
(Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_rumah_hijau#Kesan_rumah_hijau_global)
Saranan
Mencipta barangan secara kreatif dan inovatif daripada bahan kitar semula (reuse).
Mengurangkan penggunaan plastik dan straw (reduce).
Mengasingkan barang terpakai mengikut jenis untuk dikitar semula (recycle).
Tidak membakar sampah di tempat terbuka
Idea
Pembuangan sampah sarap
sewenang-wenangnya.
Tidak mengamalkan Amalan 3R.
KANDUNGAN TEKS
32
November
MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID
S E K O L A H R E N D A H
54 Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
PENGHARGAAN
PANEL PENULIS MANUAL KESEDARAN
SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI
SEKOLAH RENDAH
Cik Noor Aisyah binti Ibrahim
Dr. Nur Hanani binti Hussin
En. Mohd Khairi bin Ramlee
Datin Nor Sa'adah Binti Mat Akhir
En. Ruzain Syukur bin Mansor
Pn. Nurulain binti Aezman
Pn. Fauzalina binti Ahmad
Tuan Bismi Izani binti Tuan Ab. Rahman
En. Mohd Helmie bin Musa
Pn. Lim Tsuey Lan
En. Mohd Sukri bin Aziz
En. Sundarajan Nadarajan
En. Anwar bin Mohd Salleh
Pn. Siti Salmah binti Othman
Pn. Norhayati binti Haji Muhamad Arazi
Pn. Haslindawati binti Mohamad Isa
Pn. Siti Yusheila binti Md Rashid
PENASIHAT
Tn. Hj. Hassan Nudin bin A.Hamid
PASUKAN TINDAK SUSUL
Tn. Haji Mohamad Zaki bin Hamid
Pn. Rosmuni binti Saudin
Cik Noor Aisyah binti Ibrahim
En. Mohd Khairi bin Ramlee
En. Mohd Fadzil bin Ibrahim
55Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
PANEL PENULIS MANUAL KESEDARAN
SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI
SEKOLAH MENENGAH
Pn. Rosmuni binti Saudin
En. Mohd Hamidi bin Zakaria
En. Mohammad Shariffuddin bin Jahuri
En. Hairul Hisyam bin Adam
En. Muhamad Zamri bin Awang
En. Mohd Khamal bin Md Daud
Pn. Nor Anisa binti Musa
En. Ahmad Salehuddin bin Shafie
En. Najjah bin Opir
Pn. Salina binti Busrowi
Pn. Nor Aishah binti Raduan
Pn. K. Jasmine Annie Cleetus
Pn. Maizatul Akmal binti Shafie
Pn. Juma’ayah binti Md Yasin
Pn. Azizah binti Hj. Mohd Rasol
Pn. Mazli Sham binti Abdullah
Pn. Yang Lai Wan
PANEL SEMAKAN PRUF MANUAL
KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI
MURNI
Pn. Rosmuni binti Saudin
En. Mohd Hamidi bin Zakaria
En. Mohammad Shariffuddin bin Jahuri
Cik Noor Aisyah binti Ibrahim
En. Mohd Khairi bin Ramlee
En. Mohd Fadzil bin Ibrahim
Datin Nor Sa'adah Binti Mat Akhir
Pn. Than Chew Keok
En. Hj. Mohd Rashid bin Mean
En. Abd Aziz bin Haji Mohd Darus
Pn. Fildza binti Ab Razak
En. Mohd Ezuan bin Abd Kadir
En. Mohd Mohni bin Iskandar
Pn. Nor’ain binti Ab. Rahman
Pn. Norzilah binti Kabri
En. On bin Arasad
Pn. Rosmah binti Lamat
Pn. Samsiah binti Abu Samah
Pn. Zainita binti Hussain
Pn. Zamiah binti Ab Ghani
En. Zunaidi bin Harun
En. Aminuddin bin Sarmiran
En. Mohd Faizullah bin Buyong
En. Mohd Norhisham bin Ahmad
Pn. Fahimah binti Ali Hassan
En. Mat Ariffin bin Ismail
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin
Pn. Rohana binti Ali
Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019

More Related Content

What's hot

My rekod guru
My rekod guruMy rekod guru
My rekod guruAman Shah
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruVince Here
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspklianasahperi
 
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...KaNa RaJan
 
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulumPerkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulumNur Fateha
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanUder Ahmad
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Rainne Lee
 
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...FaFai S.
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaJoyce Robert
 

What's hot (19)

My rekod guru
My rekod guruMy rekod guru
My rekod guru
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk
 
Sktnd 2020
Sktnd 2020Sktnd 2020
Sktnd 2020
 
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
 
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulumPerkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Fail rph sarawak 2017
Fail rph sarawak 2017 Fail rph sarawak 2017
Fail rph sarawak 2017
 
Fpk
FpkFpk
Fpk
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7
 
08 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim311108 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim3111
 
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 

Similar to Manual srendah-rintis-2019

Fail meja ppm
Fail meja ppmFail meja ppm
Fail meja ppmwanita25
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5fasila114
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMChon Seong Hoo
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSiput Sedut
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menrosmizai
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioNorfiza Bulka
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...Kalai Shan
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdfBuku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdflina629260
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2.pdf
DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2.pdfDSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2.pdf
DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2.pdfRynSab
 
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khasPeranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khasLEE woan sy
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahwanharith4
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 

Similar to Manual srendah-rintis-2019 (20)

Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Fail meja ppm
Fail meja ppmFail meja ppm
Fail meja ppm
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krs
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Keusahawanan
KeusahawananKeusahawanan
Keusahawanan
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-men
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosio
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
 
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdfBuku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2.pdf
DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2.pdfDSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2.pdf
DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2.pdf
 
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khasPeranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (12)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Manual srendah-rintis-2019

  • 1.
  • 2.
  • 3. MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 4. Maklumat Tentang Buku Cetakan Pertama 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 Semua hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik secara sebahagian atau keseluruhan, tanpa izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Manual Kesedaran Sivik Dan Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Diterbitkan oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia Laman sesawang: www.moe.gov.my Muka taip teks: Century Gothic Saiz taip teks: 9.5 pt ii
  • 5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Visi dan Misi KPM Visi KPM Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi KPM Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. iii
  • 6. Senarai Kandungan Perutusan YB Menteri Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha KPM Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengenalan Latar Belakang Jun KASIH SAYANG: Penjimatan Sumber Pemeliharaan dan Pemuliharaan Flora dan Fauna Sayangi Sesama Manusia Saya Anak Malaysia Julai HORMAT-MENGHORMATI: Malu Melakukan Perkara Negatif Menghormati Kepelbagaian Agama, Bangsa, Budaya dan Bahasa di Malaysia Menghormati Undang-Undang Jalan Raya Mematuhi Peraturan Setempat Ogos BERTANGGUNGJAWAB: Menjaga Persekitaran Sekolah Hak Asasi Kanak-Kanak Jujur Menghargai dan Menepati Masa September KEGEMBIRAAN: Sahabat Jasamu Dikenang Negaraku Merdeka! Bersyukur 2 4 6 8 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25
  • 7. Oktober KASIH SAYANG: Menghayati Rukun Negara Mengekalkan Warisan dan Budaya Malaysia Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia Tanah Air Ku November HORMAT MENGHORMATI: Toleransi Hindari Rasuah Menghargai Alam Sekitar (Amalan 3R) Penghargaan 26 27 28 29 30 31 32 34
  • 8. 2 PERUTUSAN YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum dan salam sejahtera. endidikan merupakan perkara utama yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa depan. Pendidikan juga mendasari proses pembangunan modal insan berinovatif dan berkemahiran tinggi yang menjadi faktor kritikal bagi menyokong pertumbuhan sosial, budaya, dan ekonomi sesebuah negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan matlamat utama pendidikan negara ke arah melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Justeru, menjelang abad yang baharu, rakyat Malaysia perlu menjadi warganegara yang berminda kelas pertama, teguh jati diri, matang dalam menyimpulkan pandangan serta dinamik dalam mencorak pemikiran. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
  • 9. Pihak Kementerian mengambil pelbagai inisiatif ke arah melahirkan generasi yang cemerlang dan terdidik dengan adab terpuji. Penerapan nilai dan adab perlu menjadi tunjang kepada kemenjadian pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kini, proses pengajaran dan pemudahcaraan pada mana-mana peringkat bukan sahaja hanya berfokus kepada 3M (menulis, membaca dan mengira) tetapi perlu ditambah dengan M yang keempat iaitu manusiawi. Sekolah bukan lagi tempat persaingan tetapi tempat pembelajaran nilai-nilai kemanusiaan. Nilai teras yang harus kita raikan seperti menyebarkan kegembiraan, diterapkan dalam suasana kasih sayang dan hormat-menghormati pula membuahkan hidup aman bahagia. Seiring kemajuan berteraskan revolusi industri 4.0, nilai manusiawi juga seharusnya menjadi tunjang utama. Jika soal nilai dan manusiawi tidak difikirkan pada zaman teknologi ini dikhuatiri melahirkan manusia yang bukan sahaja gagal menginsankan teknologi, sebaliknya mereka pula ditukarkan menjadi seolah-olah jentera berautomasi. Atas dasar tanggung jawab, pihak Kementerian telah menyediakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni bagi kegunaan murid sekolah rendah dan menengah. Ia merupakan suatu panduan melaksanakan aktiviti bimbingan ke arah merekayasa amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Saya berharap manual ini digunakan secara maksimum bagi memupuk kesedaran, ke arah membina kefahaman sehingga ke peringkat nilai tersebut menjadi amalan dan dibudayakan di dalam kehidupan harian. Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan manual ini. Semoga usaha murni ini memberikan impak kepada kemenjadian murid yang bukan sahaja cemerlang inteleknya malah terbilang sahsiahnya. Terima kasih. YB DR. MASZLEE MALIK Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah 3
  • 10. 4 KATA ALU-ALUAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum dan salam sejahtera. yabas diucapkan atas penghasilan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni yang bakal menjadi panduan bagi membudayakan nilai murni dalam kalangan murid-murid sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Usaha memupuk kesedaran sivik dan amalan nilai murni adalah menjadi keutamaan Kementerian Pendidikaan Malaysia. Justeru, kefahaman yang jelas dalam kalangan warga kementerian pendidikan dan para pendidik adalah sangat perlu agar pembudayaan nilai murni ini tercapai seperti yang dihasratkan. Nilai-nilai murni seperti kasih sayang, kegembiraan, hormat-menghormati dan bertanggungjawab akan melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang sejahtera. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
  • 11. Guru adalah insan terbaik bagi memupuk nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Justeru, guru harus membudayakan amalan nilai murni di sekolah dengan menunjukkan contoh tauladan terbaik. Untuk menghasilkan suri teladan dalam kalangan guru, pemimpin sekolah perlu komited dan beriltizam untuk menzahirkan amalan nilai murni dalam kalangan warga sekolah. Saya berharap peranan ini juga disambut baik dan disokong oleh ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak pemegang taruh. Semoga manual ini dapat dijadikan panduan kepada pihak sekolah dalam usaha memupuk kesedaran sivik dan amalan nilai murni di sekolah dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menjadi kenangan kepada murid-murid. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menghasilkan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni ini. Sekian, terima kasih. DATO’ DR. MOHD GAZALI ABAS Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah 5
  • 12. 6 KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku ahniah kepada semua pihak yang terlibat di dalam menghasilkan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Kementerian Pendidikan Malaysia. Manual ini disediakan hasil daripada perkongsian dapatan, soal selidik dan temubual dengan pelbagai pemegang taruh institusi pendidikan kita. Nilai-nilai murni universal merentas agama, fahaman, budaya wajar dijadikan amalan berterusan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang memahami kepelbagaian adat dan budaya antara satu dengan lain. Apatah lagi dengan kemajmukan rakyat Malaysia, nilai bertanggungjawab, hormat-menghormati, kasih sayang dan kegembiraan sangat wajar diberi penekanan bagi meningkatkan integrasi kaum yang pelbagai. Namun, apa yang paling penting, pembudayaan nilai murni dalam kalangan murid sekolah sebenarnya adalah untuk melahirkan warganegara yang tinggi nilai intelek, dalam masa yang sama terdidik dirinya dengan adab terpuji. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
  • 13. Untuk itu, saya menyarankan agar manual ini digunakan secara efektif di setiap sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Enam konteks utama iaitu diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan global wajar menjadi asas kepada setiap perbincangan, perkongsian dan aktiviti yang berkaitan dengan kesedaran sivik dan nilai murni di sekolah. Akhir kata, sesungguhnya usaha yang murni ini memerlukan sokongan dan dokongan mantap daripada semua pihak bagi memastikan hasrat melahirkan murid-murid yang berminda kelas pertama menjadi realiti. Sekian terima kasih. DATUK DR. AMIN SENIN Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah 7
  • 14. 8 LATAR BELAKANG enekanan kepada nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan di Malaysia amat diberi perhatian. Penekanan yang serius bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 melalui pendekatan penerapan nilai merentas kurikulum. Penerapan nilai-nilai murni diterapkan melalui semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, melalui aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan kokurikulum. Ianya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia secara holistik serta bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan tiga, iaitu untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan tiga adalah untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Hal ini kerana murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional yang kukuh. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
  • 15. Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2018 pada 4 Julai 2018 telah memutuskan supaya Bahagian Pendidikan Islam bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai-Nilai Murni. Keputusan mesyuarat tersebut menjelaskan supaya jawatankuasa tersebut menyelaras konsep nilai murni yang mudah dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai universal yang terdapat dalam al-Quran dan hadis sebagai satu nilai murni yang boleh diamalkan oleh semua bangsa tanpa mengetepikan kefahaman agama dan budaya masyarakat setempat. Susulan daripada keputusan tersebut, satu Jawatankuasa Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni telah ditubuhkan dan dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM. Bahagian Pendidikan Islam telah melaksanakan beberapa mesyuarat dan perbincangan sebagai gerak kerja ke arah merealisasikan konsep yang dicadangkan. Konsep kesedaran sivik dan amalan nilai murni telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Induk Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni kepada YB Menteri Pendidikan pada 1 Ogos 2018. Sehubungan dengan itu, bagi perancangan jangka masa pendek, mesyuarat memutuskan supaya BPI menyelaras dan menyediakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk diuar-uarkan tentang kepentingan kesedaran sivik dan amalan nilai murni semasa perhimpunan mingguan sekolah dan seterusnya menjadi pemangkin kepada penghayatan dan pelaksanaan kesedaran sivik dan amalan nilai murni dalam kalangan warga sekolah khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. 9Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
  • 16. KASIH SAYANG Tajuk: Penjimatan Sumber ASPEK PENYAMPAIANKANDUNGAN TEKS Penggunaan air secara berhemah dapat menjimatkan kos. Idea Kos memproses air mentah sangat tinggi. Penjimatan penggunaan air mengurangkan bebanan kewangan negara. AMALAN BERTERUSAN Berjimat cermat menggunakan air. Fokus Pendedahan tentang cara-cara penjimatan air. Berhemah semasa menggunakan air seperti menutup pili air dengan sempurna. Penggunaan pelbagai sumber air semula jadi selain air terawat. Saranan Mengelakkan pembaziran penggunaan air dalam aktiviti harian. Memaklumkan kepada pihak sekolah atau ibubapa sekiranya terdapat kebocoran paip air. Memanfaatkan sumber semula jadi dalam kehidupan harian. INFO ‘Inovasi tingkatkan penggunaan air hujan’ Sumber:- http://astroawani.com/gaya-hidup/ inovasi-tingkatkan-penggunaan-air- hujan-159945 10 Jun
  • 17. KASIH SAYANG Tajuk: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Flora dan Fauna ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Menghargai flora dan fauna. Idea Pembangunan memusnahkan flora dan fauna. Kebimbangan terhadap penyeludupan dan pemburuan haram. Kepupusan flora bagi tujuan komersial. AMALAN BERTERUSAN Menghargai anugerah dan ciptaan Tuhan. Fokus Pembangunan terancang mampu memelihara flora dan fauna. Mewartakan hutan simpan sebagai aset negara. Penguatkuasaan undang-undang. Saranan Memberi pendidikan kesedaran tentang kepentingan flora fauna dalam ekosistem. Mengadakan kempen sayangi flora dan fauna. Flora Dan Fauna Published in Education Dec 5, 2014. 11 Jun
  • 18. KASIH SAYANG Tajuk: Sayangi Sesama Manusia ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Sifat penyayang serta ihsan terhadap orang lain. Idea Kekangan komunikasi menjarakkan hubungan kemasyarakatan. Kepentingan pelibatan dalam aktiviti kemasyarakatan. AMALAN BERTERUSAN Keprihatinan terhadap keperluan masyarakat. Saranan Memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, mangsa penindasan dan peperangan. Simpati kepada mereka yang tidak bernasib baik. Menanam sifat ingin membantu dan suka akan kebaikan. Fokus Kepentingan kasih sayang untuk kesejahteraan sejagat. Kebersamaan dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan perayaan. Keluarga berfungsi sebagai satu institusi yang memberi sokongan emosi dan kasih-sayang. Tingkah laku atau ekspresi positif dan negatif seseorang anak mencerminkan didikan daripada sesebuah keluarga. Sumber: Norhayati Zulkefli & Zaidah Mustapha. (2016). Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di Malaysia: Suatu penelitian ekspresi emosi, GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 9 (150 - 160). 12 Jun
  • 19. KASIH SAYANG Tajuk: Saya Anak Malaysia KANDUNGAN TEKS INFO Idea Keunikan Malaysia di mata dunia. Semangat jati diri dalam kalangan manusia. Saranan Mengekalkan tradisi kunjung-mengunjung pada musim perayaan. Mengamalkan toleransi sesama dan antara kaum. Perbanyakkan aktiviti yang berkaitan dengan kenegaraan. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa menjaga imej negara. Fokus Kepelbagaian bangsa, bahasa masyarakat Malaysia. Pengukuhan jati diri melalui penghayatan sejarah negara. Penduduk warganegara pada 2018 adalah 29.1 juta. Komposisi etnik Bumiputera mencatatkan majoriti dengan peratusan sebanyak 69.1%. Etnik Cina dan India masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 23.0% dan 6.9%, manakala selebihnya adalah etnik lain-lain. Sumber: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ pdfPrev&id=T0lmSHlwOXJ1aWlzcjBlam9ObUZpdz09 ASPEK PENYAMPAIAN Kebangaan menjadi anak Malaysia. 13 Jun
  • 20. HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Malu Melakukan Perkara Negatif ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Malu jika melakukan perkara negatif. Idea Hormati diri sendiri. Batasan pergaulan. Fokus Prihatin terhadap aspek kebersihan, keselamatan dan harga diri. Implikasi pengabaian aspek kebersihan, keselamatan dan harga diri. Implikasi pergaulan bebas. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa menghormati diri sendiri dan orang lain. INFO Malu yang dituntut adalah malu daripada melakukan perkara yang negatif serta membawa mudharat dan malu untuk meninggalkan perkara yang baik dan membawa manfaat. http://www.yadim.com.my/v2/sifat-malu-membenteras-gejala -sosial/ Saranan Penjagaan kebersihan, keselamatan dan harga diri. Menjaga batasan pergaulan diri. 14 Julai
  • 21. HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Menghormati Kepelbagaian Agama, Bangsa, Budaya dan Bahasa di Malaysia ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Menghormati kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa di Malaysia. Idea Perpaduan sesama dan antara kaum. Toleransi sesama dan antara kaum. Saranan Menyertai aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Mengekalkan dan memelihara kepelbagaian warisan masyarakat Malaysia. Bekerjasama memahami kepercayaan, bangsa, budaya, bahasa dan agama mereka. Fokus Penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Berfikiran terbuka kepada keunikan kepelbagaian yang ada seperti menghormati budaya dan kepercayaan orang lain. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa mengekalkan sikap toleransi antara kaum. INFO Rakyat Malaysia terdiri daripada 20.07 juta Bumiputera (69.1%), 6.69 juta Cina (23%), 2.01 juta India (6.9%) dan 0.29 juta lain-lain kaum (1%) https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=T0l- mSHlwOXJ1aWlzcjBlam9ObUZpdz09 Kepelbagaian budaya, etnik dan agama ini menyebabkan Malaysia kaya dengan sejarah, bahasa dan penulisan serta merupakan antara negara yang terkenal dengan pelbagai juadah makanan. https://www.youtube.com/watch?v=DVE5JLBWeF0 15 Julai
  • 22. HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Menghormati Undang-undang Jalan Raya ASPEK PENYAMPAIAN Kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya. INFO Risiko kemalangan jalan raya bertambah lapan kali ganda apabila menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Pada tahun 2016, sebanyak 202,809 saman dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu merah. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tolong-hargai-nyawa-1.547126 KANDUNGAN TEKS Saranan Mematuhi undang-undang jalan raya. Membuat aduan dan laporan berkaitan perlakuan melanggar undang-undang jalan raya kepada pihak berkuasa. Meningkatkan kesedaran melalui Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Fokus Implikasi tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Cara membuat aduan dan laporan terhadap salah laku undang-undang jalan raya dengan cara yang betul. Idea Kecuaian penyebab utama kemalangan jalan raya. Kurang pengetahuan tentang undang-undang jalan raya. 16 Julai
  • 23. HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Mematuhi Peraturan Setempat ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Kepentingan untuk mengetahui dan mematuhi peraturan setempat. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan. INFO Kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tempat makan sebagai tempat dilarang merokok. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia Idea Kegagalan mematuhi undang-undang dan peraturan setempat. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan setempat. Fokus Kepentingan disiplin diri. Kaedah penguatkuasaan yang lebih berkesan. Kesedaran tentang adat resam dan pantang larang di sesebuah kawasan. Saranan Saling mengingati dan menasihati. Membuat aduan dan laporan berkaitan perlakuan melanggar peraturan setempat. Mematuhi dan menghormati adat resam dan pantang larang di sesebuah kawasan. 17 Julai
  • 24. BERTANGGUNGJAWAB Tajuk: Menjaga Persekitaran Sekolah ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Kepentingan menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat diantara murid tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin murid. http://pnc.ump.edu.my/index.php/en/activity/articles/43-umum/134-persekitaran -sekolah-si hat-dan-selamat Saranan Menjaga dan mengekalkan kebersihan persekitaran sekolah. Menggunakan prasarana sekolah secara berhemah. Melibatkan diri dengan aktiviti kitar semula. Idea Gejala vandalisme di sekolah. Penularan penyakit berjangkit. Fokus Implikasi vandalisme di sekolah. Tanggungjawab menjaga persekitaran sekolah. Kepentingan menjaga kebersihan persekitaran sekolah. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa menjaga dan mengekalkan kebersihan persekitaran sekolah. 18 Ogos
  • 25. BERTANGGUNGJAWAB Tajuk: Hak Asasi Kanak-kanak KANDUNGAN TEKS INFO Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen yang memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi: pengabaian penderaan eksploitasi jaminan kanak-kanak mendapat haknya http://www.academia.edu/13967871/Hak_asasi_kanak-kanak_KONVENSYEN_MENGENAI_HAK _KANAK-KANAK_Hak_asasi_kanak-kanak_KONVENSYEN_MENGENAI_HAK_KANAK-KANAK Saranan Melaporkan jika berlaku sebarang penderaan dan eksploitasi. Bertanggungjawab untuk menjaga hak asasi kanak-kanak. Idea Penderaan terhadap kanak-kanak. Penafian hak kanak-kanak. Eksploitasi kanak-kanak. Fokus Jenis-jenis penderaan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. Menghormati dan mengiktiraf hak kanak-kanak. AMALAN BERTERUSAN Bertanggungjawab melindungi hak kanak-kanak. ASPEK PENYAMPAIAN Kepentingan mengetahui dan memahami hak asasi kanak-kanak. 19 Ogos
  • 26. BERTANGGUNGJAWAB Tajuk: Jujur ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Jujur dan amanah dalam kehidupan harian. Integriti bermaksud kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan sesebuah organisasi. Ia berkait rapat dengan isu etika dan nilai-nilai murni seperti bertindak secara jujur dan amanah dalam setiap tindakan. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/budaya-integriti-penjawat-awam-1.206016 Idea Salah laku murid di sekolah. Menipu sebagai helah membela diri. Fokus Jenis-jenis salah laku. Kesan ketidakjujuran. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa bersikap jujur dalam apa jua keadaan. Saranan Sentiasa jujur dalam setiap percakapan dan perbuatan. Menasihati kawan untuk kebaikan. 20 Ogos
  • 27. BERTANGGUNGJAWAB Tajuk: Menghargai dan Menepati Masa ASPEK PENYAMPAIAN Kepentingan menepati masa dan menghargai masa. KANDUNGAN TEKS INFO Toki wa kane yori, satu peribahasa Jepun yang bermaksud “masa itu lebih berharga daripada emas” Sikap mementingkan ketepatan masa ini bukanlah warisan bangsa Jepun sejak zaman lampau. Sebaliknya, ia telah dipupuk ke dalam masyarakat Jepun dalam tempoh yang boleh dikatakan singkat. ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tepati-masa-amalan-jepun-sejak-bila- 1.387669#ixzz5fX99cH00 Saranan Menggunakan masa senggang dengan bijak. Mengikut peraturan dan undang-undang. Menyediakan jadual aktiviti harian. Idea Tidak menepati masa. Tidak menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan. Fokus Pengurusan masa yang baik. Menghargai setiap masa yang diluangkan. AMALAN BERTERUSAN Mengurus masa dengan baik. 21 Ogos
  • 28. KEGEMBIRAAN Tajuk: Sahabat ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Menghargai persahabatan. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa menghormati dan menyayangi sahabat. Tiada diskriminasi (Artikel 2, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak) Hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri (Artikel 3, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak) Sumber: rujuk Modul Latihan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) INFO Idea Gejala anti sosial. Gejala memilih kawan. Gejala buli. Fokus Pengaruh rakan sebaya. Faktor gejala anti sosial. Jenis-jenis buli. Saranan Menghargai rakan-rakan. Bekerjasama dalam aktiviti kumpulan. Bijak dalam memilih kawan. 22 September
  • 29. KEGEMBIRAAN Tajuk: Jasamu Dikenang ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Menghargai sumbangan pemimpin. Idea Cetek pengetahuan sejarah. Tidak mengenali pemimpin. AMALAN BERTERUSAN Terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong. Fokus Sejarah perjuangan pemimpin/ tokoh-tokoh terdahulu. Sumbangan perdana menteri Malaysia. Saranan Mengamalkan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh pemimpin terdahulu. Menghargai sumbangan pemimpin terdahulu terhadap kesejahteraan masyarakat. Ciri-ciri pemimpin yang baik adalah mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau berwawasan. Mereka akan sentiasa dipandang dan dihargai oleh masyarakat sekeliling sebagai seorang yang mempunyai nilai dan diyakini. Terdapat tiga ciri utama dalam kepemimpinan iaitu wawasan yang jelas, nilai baik dan daya kekuatan. Pemimpin yang mempunyai wawasan jelas memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata. Memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai integriti dalam diri. Memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental. Prof Madya Burhanuddin Jalal, 3 Ciri Utama Perlu Ada Pada Pemimpin, Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/node/217290 INFO 23 September
  • 30. KEGEMBIRAAN Tajuk: Negaraku Merdeka! ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Memupuk semangat patriotik. Idea Kurang pengetahuan. Kurang jati diri . Tidak berminat tentang sejarah negara. AMALAN BERTERUSAN Menghargai kemerdekaan negara. Fokus Sebarluas maklumat tentang sejarah negara. Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan kemerdekaan negara. Bebas dari pemikiran dan ideologi negatif. Saranan Bersama-sama mengekalkan kemerdekaan negara. Menghormati bendera Malaysia. Menyanyikan lagu patriotik dengan semangat. Menyambut hari kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/ pengisytiharan-kemerdekaan-tanah-melayu Tokoh-tokoh kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu Sumber: https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang -kemerdekaan-malaysia/ INFO 24 September
  • 31. KEGEMBIRAAN Tajuk: Bersyukur ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Bersyukur dalam kehidupan. Idea Tidak mengenang jasa ibu bapa dan keluarga. Tidak bersyukur dilahirkan dalam dan keluarga dan negara yang sejahtera. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa berterima kasih. Saranan Sentiasa berterima kasih. Mendoakan orang yang telah memberikan bantuan. Membalas budi ibu bapa contohnya membantu ahli keluarga apabila telah memasuki alam pekerjaan. Antara ciri-ciri orang yang bersyukur ialah bersikap positif, berusaha lebih gigih, menghayati budaya kerja bersopan, tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat dan tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia. Mereka juga merasakan berkhidmat itu sebagai ibadat dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama. Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/artikel/16116-sifat -nilai-nilai-murni-dan-amalan-yang-dituntut INFO Fokus Bersyukur melalui perkataan contohnya mengucapkan terima kasih dengan penuh keikhlasan yang terpamer di wajah. Bersyukur melalui perbuatan contohnya membalas jasa dan nikmat yang diperoleh dengan berderma, menawarkan perkhidmatan secara sukarela, berusaha dan bekerja kuat untuk mencapai cita-cita. Bersyukur melalui hati contohnya ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan. 25 September
  • 32. KASIH SAYANG Tajuk: Menghayati Rukun Negara ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Menghormati dan menghayati Prinsip Rukun Negara. Idea Kurang penghayatan kepada Prinsip Rukun Negara. Amalan generasi muda yang bertentangan dengan Prinsip Rukun Negara. AMALAN BERTERUSAN Mengingati dan menghayati rukun negara. Saranan Mengingati Prinsip Rukun Negara. Menghayati dan mempraktikkan Prinsip Rukun Negara. Fokus Kepentingan mengamalkan Prinsip Rukun Negara. Dalam konteks keluarga, murid perlu menghormati ibu bapa contohnya berbicara. Sikap sopan-santun membentuk masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi. Sumber: Rosni Abdull Majid. (2014). Nilai-nilai murni dan budi Bahasa. Jabatan Penerangan Malaysia. Sila layari: Makna Rukun Negara http://www.upm.edu.my/artikel/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449?L=en 26 Oktober
  • 33. KASIH SAYANG Tajuk: Mengekalkan Warisan dan Budaya Malaysia KANDUNGAN TEKS INFO Idea Asimilasi warisan dan budaya. Keunikan masyarakat Malaysia menjadi satu daya tarikan. Saranan Menghormati budaya kaum lain. Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Menggalakkan pelibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti di sekolah. Menggalakkan budaya ziarah-menziarahi. AMALAN BERTERUSAN Menghargai warisan dan budaya Malaysia. Fokus Budaya Malaysia yang telah dipengaruhi oleh bangsa Melayu, Cina dan India yang merupakan etnik yang terbesar di negara Malaysia. Silang budaya pelbagai kaum di Malaysia. Budaya di Malaysia membentuk satu budaya yang unik. Kepelbagaian budaya menjadi tarikan pelancong asing. http://www.malaysia.travel/ms-my/my/about-malaysia/culture-n-heritage ASPEK PENYAMPAIAN Mengenali warisan dan budaya dalam negara. 27 Oktober
  • 34. KASIH SAYANG Tajuk: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Kepentingan taat setia kepada Raja dan Negara.. Idea Sistem raja berperlembagaan. Ketaatan dan hormat kepada raja dan negara. AMALAN BERTERUSAN Menghormati dan menyanjungi institusi diraja. Saranan Menghormati kedaulatan raja dan negara. Menumpukan sepenuh taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Murid perlu mengenali lambang-lambang kebesaran negara. Murid perlu mengenali raja dan pemimpin negara. Fokus Institusi raja-raja di Malaysia. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara. Senarai Raja dan Sultan di Malaysia Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/184-senarai-sultan-dan- raja-raja.html Kuasa dan Peranan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Sumber: http://www.arkib.gov.my/documents/10157/6f1c6800-188b-4885-8ba8-698102207ad1 28 Oktober
  • 35. KASIH SAYANG Tajuk: Malaysia Tanah Air Ku KANDUNGAN TEKS INFO Idea Semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Negara kita tanggungjawab bersama. Fokus Kejayaan rakyat Malaysia di peringkat dunia dalam pelbagai bidang. Peranan dan sumbangan tokoh di peringkat antarabangsa. Peranan rakyat Malaysia sebagai warganegara. AMALAN BERTERUSAN Menunjukkan imej yang baik sebagai warganegara Malaysia. Saranan Bangga menjadi rakyat Malaysia. Berusaha untuk mengharumkan nama negara. Menunjukkan imej yang baik sebagai warganegara Malaysia. Mengetahui kisah-kisah kejayaan negara dalam pelbagai aspek. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama, 1963. Sumber: • http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-1963 • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/7407-hari-malaysia.html ASPEK PENYAMPAIAN Cintai negaraku Malaysia. Coliseum 29 Oktober
  • 36. HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Toleransi ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Toleransi dalam kehidupan. Idea Kekangan pergaulan seharian. Toleransi dalam kalangan murid dari segi pelaksanaan tugasan, sukan dan aktiviti sekolah. Pelibatan murid yang berbilang kaum dalam aktiviti di sekolah tidak menyeluruh. Fokus Kepelbagaian dan perbezaan budaya masyarakat. Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Kepentingan mewujudkan toleransi dan kerjasama kaum dan etnik. AMALAN BERTERUSAN Sentiasa bertolak ansur dan tolong-menolong antara satu sama lain. INFO Antara tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad. Malaysia juga merupakan tanah air kepada kira-kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1312-ingin-tahu- budaya/masyarakat-majmuk/3242-kaum-kaum-di-malaysia Saranan Bekerjasama menerima setiap perbezaan budaya dan adat. Membudayakan toleransi melalui kepelbagaian aktiviti. Menghormati kepelbagaian dan perbezaan antara rakan sebaya dari segi latar belakang, ekonomi, etnik, kaum dan jantina. 30 November
  • 37. HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Hindari Rasuah ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Menghindari rasuah. Idea Tawaran hadiah untuk kepentingan diri. Salah guna kuasa untuk melindungi kawan baik daripada dikenakan tindakan dan hukuman. Saranan Menolak sebarang unsur atau sebarang pemberian yang diragui. Melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Menghormati diri dengan menjauhi rasuah. Fokus Bentuk rasuah yang pelbagai. Kepentingan memelihara diri daripada terjebak dalam gejala rasuah. Kesan rasuah kepada diri, masyarakat dan negara seperti menimbulkan gejala samseng di sekolah. AMALAN BERTERUSAN Melaksanakan tugas dengan amanah dan telus. INFO Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu: 1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009] 2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009] 3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009] 4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009] (Sumber: https://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/kenali-rasuah) 31 November
  • 38. HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Menghargai Alam Sekitar (Amalan 3R) ASPEK PENYAMPAIAN Penjagaan alam sekitar melalui Amalan 3R (reduce, reuse, recycle). Fokus Kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Kepentingan Amalan 3R dalam kehidupan. Kesan tidak menjaga alam sekitar. AMALAN BERTERUSAN Amalan 3R dalam kehidupan secara berterusan. INFO Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. (Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_rumah_hijau#Kesan_rumah_hijau_global) Saranan Mencipta barangan secara kreatif dan inovatif daripada bahan kitar semula (reuse). Mengurangkan penggunaan plastik dan straw (reduce). Mengasingkan barang terpakai mengikut jenis untuk dikitar semula (recycle). Tidak membakar sampah di tempat terbuka Idea Pembuangan sampah sarap sewenang-wenangnya. Tidak mengamalkan Amalan 3R. KANDUNGAN TEKS 32 November
  • 39. MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID S E K O L A H R E N D A H
  • 40. 54 Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni PENGHARGAAN PANEL PENULIS MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI SEKOLAH RENDAH Cik Noor Aisyah binti Ibrahim Dr. Nur Hanani binti Hussin En. Mohd Khairi bin Ramlee Datin Nor Sa'adah Binti Mat Akhir En. Ruzain Syukur bin Mansor Pn. Nurulain binti Aezman Pn. Fauzalina binti Ahmad Tuan Bismi Izani binti Tuan Ab. Rahman En. Mohd Helmie bin Musa Pn. Lim Tsuey Lan En. Mohd Sukri bin Aziz En. Sundarajan Nadarajan En. Anwar bin Mohd Salleh Pn. Siti Salmah binti Othman Pn. Norhayati binti Haji Muhamad Arazi Pn. Haslindawati binti Mohamad Isa Pn. Siti Yusheila binti Md Rashid PENASIHAT Tn. Hj. Hassan Nudin bin A.Hamid PASUKAN TINDAK SUSUL Tn. Haji Mohamad Zaki bin Hamid Pn. Rosmuni binti Saudin Cik Noor Aisyah binti Ibrahim En. Mohd Khairi bin Ramlee En. Mohd Fadzil bin Ibrahim
  • 41. 55Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah PANEL PENULIS MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI SEKOLAH MENENGAH Pn. Rosmuni binti Saudin En. Mohd Hamidi bin Zakaria En. Mohammad Shariffuddin bin Jahuri En. Hairul Hisyam bin Adam En. Muhamad Zamri bin Awang En. Mohd Khamal bin Md Daud Pn. Nor Anisa binti Musa En. Ahmad Salehuddin bin Shafie En. Najjah bin Opir Pn. Salina binti Busrowi Pn. Nor Aishah binti Raduan Pn. K. Jasmine Annie Cleetus Pn. Maizatul Akmal binti Shafie Pn. Juma’ayah binti Md Yasin Pn. Azizah binti Hj. Mohd Rasol Pn. Mazli Sham binti Abdullah Pn. Yang Lai Wan PANEL SEMAKAN PRUF MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI Pn. Rosmuni binti Saudin En. Mohd Hamidi bin Zakaria En. Mohammad Shariffuddin bin Jahuri Cik Noor Aisyah binti Ibrahim En. Mohd Khairi bin Ramlee En. Mohd Fadzil bin Ibrahim Datin Nor Sa'adah Binti Mat Akhir Pn. Than Chew Keok En. Hj. Mohd Rashid bin Mean En. Abd Aziz bin Haji Mohd Darus Pn. Fildza binti Ab Razak En. Mohd Ezuan bin Abd Kadir En. Mohd Mohni bin Iskandar Pn. Nor’ain binti Ab. Rahman Pn. Norzilah binti Kabri En. On bin Arasad Pn. Rosmah binti Lamat Pn. Samsiah binti Abu Samah Pn. Zainita binti Hussain Pn. Zamiah binti Ab Ghani En. Zunaidi bin Harun En. Aminuddin bin Sarmiran En. Mohd Faizullah bin Buyong En. Mohd Norhisham bin Ahmad Pn. Fahimah binti Ali Hassan En. Mat Ariffin bin Ismail En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin Pn. Rohana binti Ali