SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
PENGHARGAAN

                         Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ‘Pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Implikasinya Ke Arah
Merealisasikan Pembangunan Negara’ ini dengan lengkap.

Setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada Pensyarah iaitu En. Mohmad
Noor bin Mohmad Taib di atas bimbingan bantuan bahan hebahan melalui myguru
dan ilmu tutorial yang diberikan berkaitan penghasilan tugasan ini.

Tugasan ‘Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Implikasinya Ke Arah Merealisasikan Pembangunan Negara’ ini merupakan
tugasan yang perlu disiapkan untuk memenuhi panduan kursus.

Selain dari itu, dengan melaksanakan tugasan ini kita telah menerokai unit-unit
pembelajaran dalam Panduan Kursus KPF3012: Perkembangan Pendidikan Di
Malaysia Dasar Dan Falsafah.

Saya berharap agar tugasan yang telah dihasilkan dapat memenuhi pembelajaran
untuk tugasan ini dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan
datang.

Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Implikasinya Ke Arah
Merealisasikan Pembangunan Negara.

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka
matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari
pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial supaya menjadi
warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta
menghayati ciri-ciri:

   1.Percaya kepada tuhan.

   2.Berakhlak mulia.

   3.Berilmu pengetahuan.
4.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

   5.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

   6.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang
warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin
bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah
diperlukan bagi membina Negara Malaysia.

Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan
taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat
setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting
kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak
akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.


Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-
prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan
perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang
membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk
negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang
menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan,
kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan,
kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.
Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi
sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan
yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di
lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan
yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina
lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan
penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai
murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama
tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan
kemakmuran dapat dikecapi bersama.

Terdapat 6 faktor dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya
ialah:

i) Faktor Agama

Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama
Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut
undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-
faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah
Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu:
“...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”

ii) Faktor Politik

Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah
berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen
rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di
dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan
penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat
pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan
Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan
Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh
faktor             sosial             tersebut               di             atas.

“...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara...”

iii) Faktor Ekonomi

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara
memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan
ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan
terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah
menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan                                                             Negara

“...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri...”

iv) Faktor Sosial

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan
kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan
hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat
penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang
paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai
perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan
dalam           Falsafah         Pendidikan          Negara,            iaitu:

“...melahirkan rakyat Malaysia….memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara...”

v) Faktor Individu
Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu
ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan
harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap
bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi
cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan
harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan
Negara.

“…memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani…”

vi) Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh
perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang
dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya
ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian
pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang
oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan
Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha
yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

“..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh...”


Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan
andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi.
Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh
melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju
yang lain.

Implikasinya Ke Arah MerealisasikanPembangunan Negara

Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya
terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti
mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh
manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan
di Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan
kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan
negara:

1.Implikasi Tehadap Kurikulum

2.Implikasi Terhadap Pendidik

3.Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan
1.Implikasi Terhadap Kurikulum

   Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang
   berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan
   pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat
   iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang
   berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan
   Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan
   pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan
   tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem
   pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu
   untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada
   sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir
   dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan
   tidak ketinggalan.

2. Implikasi Terhadap Pendidik

   Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem
   pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan.
   Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi
   ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang
   bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah
   Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada
   pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT
   untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang
   berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya
   untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang
   telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa
   yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru
   memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan
   kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang
   diusahakan oleh guru.

3.Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

   Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan
   matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah
   dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya
   pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi
   intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang
   sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-
   nilai murni di dalam diri pelajar supaya saling bekerjasama, toleransi dan
   mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan
   Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan
   keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan
   pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan
   mereka.

   Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
   mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah
iaitu:

   “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
   memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
   untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
   rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
   Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
   pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan
   berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
   terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

   Selain itu, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
   mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek
   dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat
   perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum
   pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang
   berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama
   yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen
   penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan
   dan hasrat Negara tercapai.

                                 Rujukan
Choong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program
Pengurusan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.

Sufean Hussin (2004). Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

More Related Content

What's hot

Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnik
Tan Fen
 
Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5
fasila114
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Hamidah Adong
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Ang Xiao Yean
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
almadinasakinah
 
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
INSTAQLIM
 
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikHubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Mahyuddin Khalid
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
noeja99
 

What's hot (19)

Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnik
 
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaImplikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
 
Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
 
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikHubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
 
Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 

Viewers also liked (7)

gas turbine power plant
gas turbine power plantgas turbine power plant
gas turbine power plant
 
904787
904787904787
904787
 
Gas turbine-power-plant[1]
Gas turbine-power-plant[1]Gas turbine-power-plant[1]
Gas turbine-power-plant[1]
 
Hydro electric power plant
Hydro electric power plantHydro electric power plant
Hydro electric power plant
 
Gas turbine power plants
Gas turbine power plantsGas turbine power plants
Gas turbine power plants
 
Hydro power-plant
Hydro power-plantHydro power-plant
Hydro power-plant
 
Hydro Power Plant
Hydro Power PlantHydro Power Plant
Hydro Power Plant
 

Similar to Penghargaa1

Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Hadif Syahmi
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Zarina Zam
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Uder Ahmad
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
Kevin Vin
 
intipati wawasan
 intipati wawasan intipati wawasan
intipati wawasan
Iveen Chew
 

Similar to Penghargaa1 (20)

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Analisis fpk
Analisis fpkAnalisis fpk
Analisis fpk
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khasPeranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
Buku dasar
Buku dasarBuku dasar
Buku dasar
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
CTU555 Sejarah Malaysia - PengenalanCTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
CTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krs
 
Fpk
FpkFpk
Fpk
 
Usaha
UsahaUsaha
Usaha
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
intipati wawasan
 intipati wawasan intipati wawasan
intipati wawasan
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut tema
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 

Penghargaa1

  • 1. PENGHARGAAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ‘Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Implikasinya Ke Arah Merealisasikan Pembangunan Negara’ ini dengan lengkap. Setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada Pensyarah iaitu En. Mohmad Noor bin Mohmad Taib di atas bimbingan bantuan bahan hebahan melalui myguru dan ilmu tutorial yang diberikan berkaitan penghasilan tugasan ini. Tugasan ‘Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Implikasinya Ke Arah Merealisasikan Pembangunan Negara’ ini merupakan tugasan yang perlu disiapkan untuk memenuhi panduan kursus. Selain dari itu, dengan melaksanakan tugasan ini kita telah menerokai unit-unit pembelajaran dalam Panduan Kursus KPF3012: Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Dasar Dan Falsafah. Saya berharap agar tugasan yang telah dihasilkan dapat memenuhi pembelajaran untuk tugasan ini dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan datang. Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Implikasinya Ke Arah Merealisasikan Pembangunan Negara. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati ciri-ciri: 1.Percaya kepada tuhan. 2.Berakhlak mulia. 3.Berilmu pengetahuan.
  • 2. 4.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. 5.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu 6.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina Negara Malaysia. Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya. Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip- prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran dapat dikecapi bersama. Terdapat 6 faktor dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya ialah: i) Faktor Agama Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor- faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu:
  • 3. “...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...” ii) Faktor Politik Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. “...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...” iii) Faktor Ekonomi Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara “...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri...” iv) Faktor Sosial Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu: “...melahirkan rakyat Malaysia….memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...” v) Faktor Individu
  • 4. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Negara. “…memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…” vi) Faktor Sejagat Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. “..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh...” Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang lain. Implikasinya Ke Arah MerealisasikanPembangunan Negara Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan negara: 1.Implikasi Tehadap Kurikulum 2.Implikasi Terhadap Pendidik 3.Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan
  • 5. 1.Implikasi Terhadap Kurikulum Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan. 2. Implikasi Terhadap Pendidik Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru. 3.Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan. Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai- nilai murni di dalam diri pelajar supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah
  • 6. iaitu: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Selain itu, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai. Rujukan Choong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Pengurusan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Sufean Hussin (2004). Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka