2. Menurut al-Abrasyi, menyusun kurikulum atau materi Pendidikan
Islam harus mempertimbangkan 5 (lima) prinsip iaitu :
Pelajaran yang bertujuan mendidik rohani atau hati
Pelajaran yang berisi tuntutan cara hidup
Pelajaran mengandungi kelezatan ilmiah, membangkitkan rasa
ingin tahu
Pelajaran yang diberikan harus bermanfaat secara praktis bagi
kehidupan
pelajaran yang diberikan berguna dalam mempelajari ilmu lain
3. PELAJARAN YANG BERTUJUAN
MENDIDIK ROHANI ATAU HATI
Contoh pelajaran yang mendidik rohani atau hati adalah seperti
pelajaran ketuhanan dan akidah.
Ertinya, pelajaran itu berhubungan dengan kesedaran ketuhanan
yang mampu diterjemahkan dalam setiap gerak dan langkah
manusia.
Manusia adalah makhluk yang sentiasa melibatkan sandaran
kepada yang Maha Kuasa, yaitu Allah Swt.
Para ahli falsafah Islam berpendapat bahawa ilmu-ilmu keagamaan
adalah ilmu tertinggi.
Pelajaran ini adalah untuk mengikat pelajar dengan iman dan Islam
supaya mereka dapat memahami bahawa Islam sebagai ad-din, al-
Quran sebagai al-Kitab dan Rasul sebagai teladan terbaik.
Melahirkan pelajar yang bertakwa kepada Allah SWT dan sentiasa
mengabdikan diri kepada Allah SWT serta mempunyai keperibadian
yang lengkap dan terdidik dari segi kerohanian, akal dan fizikal.
4. PELAJARAN YANG BERISI TUNTUTAN
CARA HIDUP
Contoh pelajaran yang menuntut cara hidup ialah ilmu fikih dan ilmu
akhlak.
Ilmu yang menuntun manusia untuk meraih kehidupan yang unggul
dalam segala aspek.
Ilmu fikih menjelaskan tentang tatacara beribadah dan tingkah laku
yang diredhai oleh Allah SWT dalam seluruh urusan kehidupan.
Ilmu akhlak membentuk pelajar yang berakhlak mulia, kuat cita-
cita, terdidik dan bersopan santun dalam perkataan dan
perbuatan, pintar dalam pengurusan tingkah laku, mempunyai
kesempurnaan jiwa, beradap sopan, ikhlas dan mempunyai jiwa
yang bersih.
5. PELAJARAN MENGANDUNGI KELEZATAN
ILMIAH, MEMBANGKITKAN RASA INGIN
TAHU
Mata pelajaran yang disampaikan hendaklah mengandungi
ilmiah, iaitu sesuatu ilmu yang mendorong rasa ingin tahu manusia
terhadap segala sesuatu yang perlu diketahui.
Semakin banyak seseorang itu mengkaji tentang sesuatu
ilmu, semakin banyak yang perkara yang akan diketahuinya dan
semakin dia merasa bodoh.
Kelezatan ilmiah dapat dirasai sekiranya pelajar memberikan
sepenuh perhatian kepada pelajaran yang diajar.
6. BERMANFAAT PRAKTIS BAGI
KEHIDUPAN
Pelajaran yang mengajarkan suatu pengalaman, ketrampilan, serta
cara pandang hidup yang luas.
Sesuatu pelajaran itu bermanfaat untuk dipakai atau diamalkan
dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, ilmu fikih manfaatnya ialah agar pelajar dapat
mengetahui cara beribadah, nahu berguna agar pelajar terhindar
dari kesalahan dalam penulisan dan percakapan.
Matapelajaran keterampilan berguna bagi pelajar dalam mencari
penghidupan.
7. BERGUNA DALAM MEMPELAJARI ILMU
LAIN
Ilmu Pendidikan Islam yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan
mempelajari ilmu lain.
Selain mempelajari ilmu akhirat, pelajar juga dapat mempelajari ilmu
keduniaan.
Sebagai contoh, matapelajaran yang mempunyai matlamat yang
berkaitan alam ciptaan Tuhan (matapelajaran Geografi dan Sains)
dan seterusnya membawa kepada kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan pencipta alam (matapelajaran Pendidikan Islam).