Bagi falsafah pendidikan timur, di India, falsafah pendidikan berasaskan
ajaran Hindusnime. Menurut Rabindranath Tagore, pendidikan juga suatu proses
yang berhidup, dinamik dan realistic, tidak terikat semata – mata dengan buku tetapi
perlu ada hubungkait dengan pengalaman. Pendidikan merujuk kepada proses
membina insan yang boleh berfikir secara efektif dan saintifik. Pendidikan bertujuan
meningkatkan kecekapan sosial dan mengarahkan rakyat dalam kebajikan
masyarakat dan negara. Falsafah ini menekankan bahawa rakyat sebuah negara
harus taat dan sayang akan negara dan mereka perlu memberi sumbangan
membina dan produktif.

      Konsep falsafah ini memberi implikasi kepada pembentukkan FPK dan FPG
dan yang mana mementingkan semangat mencintai negara dan menghormati emosi
orang lain.   Pembentukan dasar falsafah pendidikan adalah untuk mewujudkan
rakyat yang setia kepada Negara. Ini sejajar dengan Rukun Negara kita kedua iaitu
kesetiaan kepada raja dan Negara.      Falsafah pendidikan kebangsaan berhasrat
untuk menghasilkan warganegara yang bersedia dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan Negara. Hal ini hasil daripada amalan falsafah pendidikan di India
yang konsep kesetian pada Negara diterapkan dalam pembentukkan dasar
pendidikan Negara.

      Falsafah pendidikan China juga mempengaruhi pembentukkan FPK dan FPG.
Konsep pendidikan di China berteraskan ajaran Confucius yang menekankan konsep
pendidikan adalah untuk semua. Matlamat pendidikan untuk melahirkan individu
yang berkebolehan serta bermoral tinggi. Ajaran ini menekankan nilai-nilai hormat
kepada ibu bapa(xiao), hormat kepada orang yang lebih tua(ti), ketekunan (min),
kesetiaan (zhong), jimat-cermat (jian), tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi) dan
keberanian (yong). Menurut falsafah ini juga, pendidikan dapat memupuk tingkah
laku yang sempurna yang boleh dicapai melalui sifat sopan santun, ikhlas, murah
hati dan kerajinan.

      Implikasi falsafah ini terhadap pembentukkan FPK dan FPG adalah melalui
ajaran-ajaran nilai murni dalam falsafah Confucius.    Ajaran falsafah ini dijadikan
sebagai panduan dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan dan
beraklak mulia yang mempunyai budi pekerti yang tinggi, tingkah laku yang baik dan
berdisiplin. Nilai hormat bukan sahaja diterapkan kepada menghormati ibu bapa dan
orang tua malah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan kaum. Implikasinya
juga dapat dilihat dengan mementingkan pembinaan manusia ke arah mencapai
kesempurnaan potensi mereka.      Dengan berpandukan konsep pendidikan untuk
semua, falsafah pendidikan yang dibentuk adalah untuk semua rakyat Malaysia
temasuk kurang upaya. Ajaran nilai murni in juga perlu ada dalam setiap diri seorang
guru. Ajaran ini mampu melahirkan seorang guru yang berpekerti mulia. Dalam
FPG, ciri-ciri kualiti guru yang ingin dibentuk hendaklah bepekerti mulia. Seiring
dengan pembentukan ciri tersebut guru perlu menerima setiap pelajar dengan baik
dan bersedia untuk membantu murid temasuk murid kelainan upaya.

Bagi falsafah pendidikan timur

  • 1.
    Bagi falsafah pendidikantimur, di India, falsafah pendidikan berasaskan ajaran Hindusnime. Menurut Rabindranath Tagore, pendidikan juga suatu proses yang berhidup, dinamik dan realistic, tidak terikat semata – mata dengan buku tetapi perlu ada hubungkait dengan pengalaman. Pendidikan merujuk kepada proses membina insan yang boleh berfikir secara efektif dan saintifik. Pendidikan bertujuan meningkatkan kecekapan sosial dan mengarahkan rakyat dalam kebajikan masyarakat dan negara. Falsafah ini menekankan bahawa rakyat sebuah negara harus taat dan sayang akan negara dan mereka perlu memberi sumbangan membina dan produktif. Konsep falsafah ini memberi implikasi kepada pembentukkan FPK dan FPG dan yang mana mementingkan semangat mencintai negara dan menghormati emosi orang lain. Pembentukan dasar falsafah pendidikan adalah untuk mewujudkan rakyat yang setia kepada Negara. Ini sejajar dengan Rukun Negara kita kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan Negara. Falsafah pendidikan kebangsaan berhasrat untuk menghasilkan warganegara yang bersedia dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara. Hal ini hasil daripada amalan falsafah pendidikan di India yang konsep kesetian pada Negara diterapkan dalam pembentukkan dasar pendidikan Negara. Falsafah pendidikan China juga mempengaruhi pembentukkan FPK dan FPG. Konsep pendidikan di China berteraskan ajaran Confucius yang menekankan konsep pendidikan adalah untuk semua. Matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang berkebolehan serta bermoral tinggi. Ajaran ini menekankan nilai-nilai hormat kepada ibu bapa(xiao), hormat kepada orang yang lebih tua(ti), ketekunan (min), kesetiaan (zhong), jimat-cermat (jian), tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi) dan keberanian (yong). Menurut falsafah ini juga, pendidikan dapat memupuk tingkah laku yang sempurna yang boleh dicapai melalui sifat sopan santun, ikhlas, murah hati dan kerajinan. Implikasi falsafah ini terhadap pembentukkan FPK dan FPG adalah melalui ajaran-ajaran nilai murni dalam falsafah Confucius. Ajaran falsafah ini dijadikan sebagai panduan dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan dan beraklak mulia yang mempunyai budi pekerti yang tinggi, tingkah laku yang baik dan berdisiplin. Nilai hormat bukan sahaja diterapkan kepada menghormati ibu bapa dan
  • 2.
    orang tua malahkepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan kaum. Implikasinya juga dapat dilihat dengan mementingkan pembinaan manusia ke arah mencapai kesempurnaan potensi mereka. Dengan berpandukan konsep pendidikan untuk semua, falsafah pendidikan yang dibentuk adalah untuk semua rakyat Malaysia temasuk kurang upaya. Ajaran nilai murni in juga perlu ada dalam setiap diri seorang guru. Ajaran ini mampu melahirkan seorang guru yang berpekerti mulia. Dalam FPG, ciri-ciri kualiti guru yang ingin dibentuk hendaklah bepekerti mulia. Seiring dengan pembentukan ciri tersebut guru perlu menerima setiap pelajar dengan baik dan bersedia untuk membantu murid temasuk murid kelainan upaya.