2. Segala yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah.
Jika kamu menzahirkan apa-apa yang ada di dalam hati kamu atau
kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan
menyatakannya kepada kamu.
Kemudian dia mengampunkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki
dan menyeksa sesiapa yang yang dikehendakiNya (menurut undang2
& peraturanNya)
Dan (ingatlah) Allah maha berkuasa terhadap segala sesuatu.
3. Rasullullah telah beriman kepada apa-apa yang diturunkan kepadanya
daripada Allah, begitu juga orang-orang yang beriman.
Semuanya beriman kepada Allah, para malaikatNya dan kitab-kitabNya
dan rasul-rasulNya
(mereka berkata) “Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan
rasul yang lain”
Mereka berkata lagi “ kami dengar dan kami taat”. (Kami memohon)
keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan hanya kepada Mu lah tempat
kembali”
4. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami !
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang
telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa
kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
5. Intisari Ayat
Kekuasaan Allah
Keimanan para rasul terhadap apa yang
diturnkan oleh Allah
Ciri amalan dalam syariat Islam
sesuai dengan kemampuan manusia untuk
melaksanakan
Setiapa amalan yang baik diberi pahala dan
jahat diberi dosa.
6. Keagungan Allah
Memiliki segala langit dan bumi – cipta,
mendatbir dan mematikan.
Allah maha mengetahui
Maha pengasih dan maha pengampun
Berkuasa mengampunkan hamba yang ikhlas
Berkuasa menghukum hamba yang ingkar
Berkuasa ke atas segalanya
7. Amalan Zahir dan Batin
Zahir= boleh dilihat, didengar, dirasai
dan disentuh oleh pancaindera.
Batin= amalan yang dilakukan di dalam
hati.
Setiapa amalan bermula dengan niat
8. Keimanan Para rasul dan orang Mukmin
Wahyu yang diturunkan oleh Allah
Beriman kpd Allah
Para Malaikat
Kitab
Rasul
Hari Akhirat
Qada dan Qadar
9. Beriman dengan hari pembalasan
Beriman bahawa dunia ini tidak akan kekal,
manusia akan dibangkitkan pada hari pembalasan
selepas kematian
Hikmah beriman dengan hari pembalasan:
Ikhlas beramal kepada Allah
Patuh dan taat kepada perintah Allah
Meninggalkan kemungkaran
Berakhlak mulia
Segera bertaubat
10. Beriman kepada Rasul
Meyakini bahawa para rasul adalah utusan Allah yang menyampaikan perintah
Allah bermula daripada nabi Adam dan diakhiri dengan Nabi Muhammad
sebagai nabi yang terakhir.
Seruan Para rasul:
Beriman dan mengesakan Allah
Beribdat dan menyembah Allah
Perintah jauhi kemungkaran
Lakukan kebaikan kepada manusia
Hikmah diutuskan para rasul
Memperbaiki akidah manusia agar menyembah Allah
Menjadi contoh agar manusia berakhlak mulia
Memperkenalkan peraturan hidup agar kebahagian manusia terjamin
Menemui jalan yang benar agar bahagia di dunia dan akhirat