2. Maksudnya :
• Segala yg ada di langit & bumi adalah
kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan
apa yg ada di dalam hati kamu atau kamu
menyembunyikannya, nescaya Allah akan
menghitung & menyatakan kepada kamu.
Kemudian Ia mengampunkan kpd sesiapa yg
dikehendakinya & menyiksa sesiapa yang
dikehendakinya (menurut undang-undang &
peraturan-Nya). Dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( 284)
3. • Rasul Allah telah beriman kepada apa yg
diturunkan kepadanya dari Tuhannya, Dan
juga org-org yang beriman , semuanya
beriman kpd Allah, Malaikat-malaikat-Nya ,
Kitab-kitabnya, & Rasul-rasulnya..
(Mereka berkata) : " Kami tidak membezakan
antara seorang rasul dgn rasul-rasul yg lain"
Mereka berkata : " Kami dengar & kami taat .
(Kami pohonkan) keampunanMu wahai tuhan
kami, Dan kepadaMu jua tempat kami kembali
( 285)
4. • Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya, Dan juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dgn
berkata) : " Wahai Tuhan kami ! Janganlah engkau
mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah. Wahai Tuhan kami ! janganlah engkau
bebankan kpd kami bebanan yg berat sebagaimana
yg telah engkau bebankan kpd orang-orang yg
terdahulu drpd kami. Wahai Tuhan kami ! Janganlah
engkau pikulkan kpd kami apa-apa yg kami tidak
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan
kami, serta ampunkanlah dosa kami, Dan berilah
rahmat kpd kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami utk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yg kafir ( 286)
5. ALLAH MENGETAHUI AMALAN ZAHIR
& BATIN MANUSIA (Ayat 284)
Amalan Zahir : ialah amalan yg boleh
dilihat, didengar, dirasa & disentuh oleh
pancaindera
Amalan Batin : ialah amalan yg hanya
dapat dirasa oleh hati & difikirkan oleh akal
6. Amalan Zahir:
Yang Baik Yang Jahat
Membaca Al Quran Malas solat
Membantu ibubapa Malas belajar
Rajin belajar Suka berbohong
Melepak tanpa
tujuan
7. Amalan Batin:
Yang Baik Yang Jahat
Perasaan takut Perasaan tidak
Allah yakin dgn Allah
Niat menolong org Niat jahat terhadap
Sangka baik org lain
Sabar & tabah Buruk sangka
Memikirkan
perkara lucah
8. Perhatian:
• Setiap amalan manusia samada zahir @
batin akan dihisab (dihitung) oleh Allah.
Amalan baik akan dibalas baik ( pahala dan
dijanjikan syurga),manakala amalan jahat
akan dibalas azab siksa & dijanjikan neraka
9. Di antara hikmah Hisab
(perhitungan Allah) ialah
Melahirkan mukmin yang ikhlas dalam amalan.
Menggalakkan seseorang mempertingkatkan
amal soleh.
Melahirkan perasan takut utk melakukan dosa.
Segera bertaubat daripada dosa yang dilakukan.
10. KEWAJIPAN BERIMAN & BERAMAL
DGN RUKUN-RUKUN IMAN (Ayat 285)
• Rasul & org mukmin wajib beriman dan beramal
dengan rukun-rukun iman, antaranya Beriman
kpd rasul-rasul yg diutuskan Allah kpd umat
manusia]
• Rasul Allah : Ialah lelaki pilihan Allah yg
diutus & dikurniakan wahyu utk amalan dirinya &
diperintah menyampaikan risalah Allah kpd
manusia
11. Hikmah Diutus Rasul
Untuk membetulkan akidah manusia
Membimbing manusia cara melakukan ibadat-
ibadat
Menunjuk / mendidik manusia cara berakhlak
mulia
Menunjukkan kepada manusia peraturan & cara
hidup yg sempurna
12. MANUSIA BERTANGGUNGJAWAB
TERHADAP AMALANNYA (Ayat 286)
• Manusia bertanggungjawab terhadap setiap
amalan yg mereka lakukan semasa di dunia ,
sama baik atau buruk. Amalan baik akan
dibalas dgn kebaikan (pahala), manakala
amalan jahat akan dibalas dgn kejahatan (
dosa).
13. Allah yang Maha Adil & Maha
Penyayang :
tidak memberatkan manusia untuk
melakukan sesuatu perkara yg diluar
kemampuannya.
Allah juga tidak menghukum seseorang
mukallaf yg melakukan kesalahan kerana
terlupa / tidak sengaja krn bersesuaian dgn
sifat manusia yg lemah & tidak sunyi dari
melakukan kesalahan / kesilapan
14. Mukallaf :
• Org yang telah baligh &
berakal , yg telah
dipertanggungjawabkan segala
perintah & peraturan Allah
15. ALLAH BERSIFAT MAHA PENGAMPUN
• Allah bersifat Maha Pengampun & Maha
Penyayang : Allah sangat kasih kpd orang yg
memohon keampunan / bertaubat daripada
dosa yang dilakukan .
• Justeru itu org yg melakukan kesalahan dgn
sengaja hendaklah bertaubat dgn Taubat
Nasuha. Bagi kesalahan yg tidak disengajakan
juga dikehendaki bertaubat & memohon
keampunan dari Allah s.w.t.
16. Hikmah beriman dgn Allah yang
bersifat Maha Pengampun
&Penyayang :
Segera bertaubat apabila melakukan kesalahan / dosa
Mengelakkan manusia mudah berputus asa
Menggalakkan diri melakukan amal soleh
Menggalakkan manusia sentiasa mempertingkatkan
amal ibadat & amal soleh
Mendidik manusia bersifat pemaaf dan mudah
meminta maaf
Menginsafi kelemahan & kekurangan diri
17. PENGAJARAN AYAT :
1. Kita wajib meyakini bahawa Allah bersifat Maha
berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Pengampun
& Maha Penyayang
2. Kita hendaklah menjaga setiap amalan, sama
ada amalan zahir atau batin
3. Kita wajib mempercayai dan beramal dengan
semua rukun iman
4. Orang-Islam hendaklah sentiasa berdoa
memohon keampunan daripada dosa yg
dilakukan sama ada yg sengaja atau tidak
sengaja