Dokumen tersebut membahas tentang kemahiran mengarang, termasuk mengaitkan isi dengan tajuk, kohesi, koherensi, dan pemerengganan. Ia menjelaskan pentingnya memahami tajuk, memilih isi yang relevan, dan menyusun isi secara teratur untuk membentuk koherensi dan kohesi. Dokumen juga menekankan pentingnya menulis perenggan pendahuluan dan isi yang menarik perhatian, serta menyusun
2. Mengaitkan isi dengan tajuk
Pelajar-pelajar harus benar-benar memahami tajuk
karangan.
Tersalah mentasfsir tajuk akan meyebabkan isi karangan
terpesong. Isi karangan harus jelas, logik relavan dan
menarik minat orang yang membaca.
Isi harus diolah dan disampaikan dengan teratur, kemas
dan padat. Pemilihan dan pengolahan isi juga harus sesuai
dengan tujuan penulisan karangan tersebut.
Memahami tajuk karangan dengan tepat dan mengetahui
tujuan penulisan, akan dapat membantu kita memilih
teknik-teknik mengarang dan penggunaan kosa kata yang
tepat serta format yang sesuai.
3. Koheran
Setiap isi karangan mestilah bersifat koheran iaitu
mempunyai pertalian isi antara satu sama lain.
Pertalian antara isi menampakkan satu pola atau
keseluruhan karangan. Penyusunan isi harus mengikut
susunan keutamaan tanpa mengabaikan pertalian antara
isi-isi tersebut.
Contohnya, jika kita melihat kesan akibat sesuatu
tindakan, kesan itu harus disusun mengikut kesan
keutamaan hasil kesan tersebut. Mungkin kesan ke atas
faktor ekonomi menerima akibat yang paling banyak,
diikuti oleh kesan sosial atau politik.
4. Koheran
Dalam kita mengolah isi karangan, kita akan
menghuraikan kesan terhadap ekonomi terlebih dahulu,
diikuti akibat kepada faktor sosial dan akhirnya kesan
terhadap politik.
Setiap isi yang ditulis akan memperlihatkan pertalian
kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat
tindakan tersebut. Umpama permainan jisaw, keping-
keping kecil yang disusun dengan betul akan menghasilkan
satu gambar yang lengkap dan sempurna.
5. Koheran
Dalam kita mengolah isi karangan, kita akan
menghuraikan kesan terhadap ekonomi terlebih dahulu,
diikuti akibat kepada faktor sosial dan akhirnya kesan
terhadap politik.
Setiap isi yang ditulis akan memperlihatkan pertalian
kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat
tindakan tersebut. Umpama permainan jisaw, keping-
keping kecil yang disusun dengan betul akan menghasilkan
satu gambar yang lengkap dan sempurna.
6. Kohesi
Kohesi pula merupakan unsur-unsur pertautan idea-idea
utama yang didukungdengan huraian dan bukti, contoh-
contoh dan fakta sokongan yang jelas dan bernas serta
mempunyai pertalian dengan pokok persoalan.
Setiap penulisan sesuatu perenggan isi mestilah dalam
lingkungan tema yang sama.
Pengolahan isi karangan sedemikian lebih menyakinkan
audien dan dapat mengelakkan daripada penulisan isi
karangan yang terpesong dan kabur.
7. Kemahiran pemerengganan
Penyusunan pemerengganan penting dalam penulisan
karangan.
Perenggan pendahuluan yang sesuai dan menarik
hendaklah ditulis terlebih dahulu.
Pemerenganan pendahuluan harus ditulis dengan
mengunakan bahasa yang tepat dan padat.
Pendahuluan yang meleret-leret akan membosankan.
8. Kemahiran pemerengganan
Isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang
berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan.
Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus mengikut
tema.
Dalam penulisan karangan, setiap perenggan perlu
didahului oleh ayat topik iaitu ayat yang menggambarkan
tema atau isi penting dan disusuli dengan ayat-ayat huraian
yang menghuraikan idea utama tersebut.
Bukti-bukti atau contoh yang sesuai akan memperkukuh
isi-isi karangan.
9. Kemahiran pemerengganan
Secara keseluruhannya, setiap perenggan dalam sesebuah
karangan mesti mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
i. Apakah perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan
dengan tajuk dan menarik?
ii. Apakah setiap perenggan mengandungi satu isi penting
dan isi itu dihuraikan dengan baik?
iii. Adakah terdapat keseimbangan panjang sesebuah
perenggan? Jika sebuah perenggan itu terlalu panjang
bolehkan perenggan itu dipecahkan kepada subtopik?
iv. Jika terdapat perenggan yang pendek berbanding
perenggan yang lain, bolehkah perenggan itu digabungkan
berdasarkan tema yang sama?