Dokumen ini memberikan penjelasan tentang pengertian puasa menurut Islam. Puasa merupakan ibadah yang paling dekat dengan makna keikhlasan karena hanya Allah yang mengetahui apakah seseorang benar-benar berpuasa atau tidak. Puasa juga dapat melatih kesabaran dan kekuatan jiwa seseorang untuk menahan godaan nafsu. Selain itu, puasa dapat memelihara kesehatan fisik dengan menjaga mulut, telinga, dan
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Sinar ramadhan 2
1. PENGERTIAN PUASA
Edisi 2 : 8 Ramadhan 1440H / 13 Mei 2019 Terbitan: Panitia Pendidikan Islam SK Sg Setiam 1440H
Firman Allah SWT: “Wahai Orang-orang yang beriman, telah
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan
ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi
orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah: 183)
1
KADAR
ZAKAT FITRAH
RM 7
SINAR
1440H
7 HIDANGAN LAZAT BUAT ROHANI SEPANJANG RAMADHAN
5 RAHSIA KEBAIKAN
KURMA YANG RAMAI
TIDAK TAHU
1.Menguatkan Memori
2. Baik Untuk Ibu
Mengandung /
Berpantang
3. Baik Untuk
Kesihatan Jantung
4. Baik Untuk
Kesihatan Tulang
5. Merawat Masalah
Usus
Sumber:
SILA IMBAS SAYA
2. Sifat ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana
ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya.
Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketakwaannya kepada
Allah yang mengetahui zahir dan batinnya dan kerana mengharapkan pahala dan reda Allah, dia tidak
melakukannya.
Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan
seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak
membuahkan hasil.
Mujadalah dan kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan
kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan.
Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh
syariat di luar bulan Ramadhan.
Sabar
Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang
Ramadan.
Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.
Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-
perkara yang boleh membatalkan puasa.
*** Artikel ini dipetik dari buku Panduan Puasa Ramadhan susunan Sarip bin Adul, Kulliyah Undang-Undang,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ia disiarkan dalam versi digital menerusi portal Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim).Baca lebih lanjut di https://bit.ly/2Ycuv8C
2