7. Kaedah Pengkajian Sejarah
1.Kaedah lisan diperolehi dari ucapan,
penceritaan pengisahan, dan perbualan.
2.Kaedah bertulis didapati daripada sumber yang
bertulis, dilakar, atau dipahat pada batu, dinding
gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading, dan
kertas.
3.Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan
maklumat melalui kajian saintifik. Bidang arkelogi
termasuklah angkasa lepas, maritim, dan gali cari.
8. Tujuan Mempelajari Sejarah
1.Berbangga menjadi warganegara dan bertanggungjawab
mempertahankan negara.
2.Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi.
3. Membentuk keperibadian bangsa dan menghapuskan
rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia.
4. Menghargai jasa pemimpin yang telah menyumbang
khidmat bakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa
dan negara.
5. Generasi baru boleh merangka wawasan masa depan
dan mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan
negara.
9. Faedah mempelajari Sejarah
1.Memberi iktibar untuk memperbaiki kesilapan yang telah
dilakukan.
2. Menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan negara.
3. Dapat mengulang zaman keagungan pada masa dahulu
dengan kegigihan dan kesungguhan rakyat.
4. Memupuk semangat patriotisme terhadap negara.
5. Berbangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dan hidup dalam suasana aman damai.
6. Menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan
negara.
10. Faedah mempelajari Sejarah