SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Bentuk Ayat
Bentuk ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua seperti berikut;

1. Ayat tunggal; ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

   Contoh ayat tunggal.
a. Ali tampan.

Dalam ayat ini Ali ialah subjek manakala tampan ialah predikat.

2. Bentuk yang kedua ialah ayat majmuk.

Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu;
2.1 Ayat majmuk gabungan
2.2 Ayat majmuk pancangan.
2.3 Ayat majmuk campuran.

2.1.1 Ayat majmuk gabungan ialah ayat terdiri daripada 2 ayat atau lebihkemudian digabungkan
menjadi ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan. Contoh kata
hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta dan sebagainya.

2 1.2 Namun begitu, penggunaan kata hubung yang berbeza menghasilkan dua jenis gabungan
iaitu;
a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan. Ayat majmuk gabungan
jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan.

Contohnya seperti berikut;
i. Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik tidur.

Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu, ayat pertama dia mengambil buku itu ayat kedua, dia
masuk ke bilik tidur.

b. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan. Ayat majmuk ini
memberikan pertentangan fakta.Antara kata hubung yang digunakan ialah atau, tetapi,
sebaliknya, melainkan, dan padahal.

 Contoh
i. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
ii. Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih murah.

2.2 Ayat majmuk pancangan.
Ayat majmuk pancangan ialah terdiri daripada ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau
utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk.Ayat induk boleh
berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.

2.2.1 Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu;
2.2.1.1 Ayat majmuk Pancangan relatif
2.2.1.2 Ayat majmuk pancangan komplemen
2.2.1.3 Ayat majmuk pancangan keterangan.

2.2.1.1 Ayat Majmuk Pancangan relatif.
 Ayat majmuk pancangan relaatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung pancangan
yang menggunakan kaata hubung yang untuk memencangkan klausa kecil ke dalam klausa
induk.

Contohnya seperti berikut,
Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.
Klausa induk: Saya membaca buku
Klausa kecil: Buku ditulis oleh Othman Puteh.

Saya membaca buku + buku ditulis oleh Othman Puteh.

Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.

Demikianlah bagaimana ayat majmuk pancangan relatif dihasilkan. Pada masa akan datang saya
akan bincangkan pula ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan
keterangan.


Ayat Majmuk :- i. Ayat Majmuk Gabungan
ii. Ayat Majmuk Pancangan
1. Majmuk Pancangan Relatif
2. Majmuk Pancangan Komplemen
3. Majmuk Pancangan Keterangan
4. Majmuk Campuran
Pengenalan
Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.
Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat.
Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.
        Subjek   = Lelaki itu
        Predikat = sedang menembak burung .
Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal
                                 (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).


Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.
Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Di dalam almari tali leher ayah.(pasif)
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?


Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan
frasa sendi nama.


AYAT MAJMUK
1. Terdiri daripada lebih daripada satu klausa
2. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh
perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata
hubung sepertidan, atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa .
Cuba teliti contoh di bawah.
(1) Aminah pandai menyanyi dan menari.
(2) Aminah pandai menyanyi
(3) Aminah pandai menari
Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3).
Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.
Lihat contoh berikut:
(1) Pengetahuan pemidato itu sempit, hujah-hujahnya cetek serta contoh-contoh yang dinyatakan tidak
menarik.
(2) Pengetahuan beliau sempit
(3) Hujah-hujahnya cetek
(4) Contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik.
Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (2), (3) dan (4).
Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung “serta”.
Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.
Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan .
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya
digunakan.
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya
digunakan .


Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa
tak bebas atauayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa,
kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat
komplemen, dan ayat keterangan.


Jenis-Jenis Ayat Majmuk Pancangan
                                           Ayat Majmuk Pancangan



Ayat Relatif                                   Ayat Komplemen                     Ayat Keterangan

Ayat relatif terdiri daripada satu     Ayat majmuk komplemen ialah Ayat majmuk keterangan ialah ayat
klausa bebas atau ayat utama dan       ayat utama yang dipancangkan majmuk yang terdiri daripada satu
satu atau lebih klausa terikat atau    dengan ayat kecil yang         ayat utama dan satu atau lebih ayat
ayat kecil.                            seterusnya menjadi             kecil yang bertugas sebagai
Ayat kecil dipancangkan ke dalam       komplemen kepada ayat          keterangan kepada predikat.
subjek ayat utama atau predikat ayat utama.                           Contoh:
utama dengan menggunaka kata           Perhatikan contoh berikut:     Pemain hoki negara gagal kerana tidak
hubung .                               Dia memberitahu sesuatu        bersedia.
Perhatikan contoh berikut:                  Jika sesuatu itu diterangkan          Oleh sebab dia memandu terlalu laju,
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya sebagai ``giginya sakit'' atau        Atan menerima empat saman.
anak Leman.
(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak ``membeli baju baru'' atau              Ayat kecil dalam ayat majmuk
Leman                                       ``akan bertolak ke Kuala              keterangan menerangkan kata kerja
(3) Kanak-kanak itu cedera
                                            Lumpur esok'' maka ayat               dalam ayat utama, iaitu
                                               komplemen dapat dibentuk           Pemain hoki negara gagal dan Atan
Ayat (3) telah dipancangkan
                                               dengan menggunakan kata            menerima empat saman.
kepada subjek ayat utama dan
                                  hubung bahawa atau yang.                        Ayat majmuk keterangan dibina untuk
dijadikan ayat kecil dengan       Dia memberitahu giginya sakit                   pelbagai tujuan dengan menggunakan
menggugurkan “kanak-kanak itu''   Dia memberitahu membeli baju baru
                                                                                  kata hubung yang tertentu
dan menggunakan kata hubung yang. Dia memberitahu akan bertolak ke
                                  Kuala Lumpur esok.                              Contoh-contoh kata hubung dalam
                                               Ayat kecil yang ditaip tebal   ayat keterangan :
                                               dalam contoh di atas           kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga,
                                                                              jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah,
                                               merupakan objek kata kerja     tatkala, sementara, ketika, sambil, agar,
                                               transitif.                     supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi,
                                                                              dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun,
                                               Selain itu, subjek juga boleh
                                                                              sekalipun, seperti, bagai, macam, bak,
                                               diterangkan sebagai ayat kecil umpama.
                                               dan menjadi komplemen ayat
                                               utama.

(1). Atan yang cepat naik angin menampar       Lihat contoh berikut:
budak yang suka mengintai orang kampung
itu.
Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat       Sesuatu telah menyebabkan
utama dalam ayat (1) dan ayat (4)              kebakaran itu.
dipancangkan kepada objek ayat utama.          Jika sesuatu itu diterangkan
Kesimpulanya, ayat (1) terdiri daripada satu
                                               sebagai “Mancis api” atau
ayat utama dan dua ayat kecil yang
dipancangkan ke dalam ayat utama.              “pembuangan putung rokok
(2) Atan menampar budak itu.                   merata-rata'', maka ayat
(3) Atan cepat naik angin
(4) Budak itu suka mengintai orang             komplemen dapat dibina
kampung.                                       dengan menggunakan ayat
Perhatikan pula contoh yang berikut: kecil pada subjek ayat utama.




                                               Bahawa mancis api telah
( 1) Jefri membeli novel Samad Said yang       menyebabkan kebakaran itu.
baru dipasarkan                                Bahawa pembuangan putung rokok
(2) Jefri membeli novel Samad Said             merata-rata telah menyebabkan
(3) Novel Samad Said baru dipasarkan.          kebakaran.
Prehatikan lagi contoh berikut:                Lihat contoh berikut:
                                               Sesuatu telah menyebabkan
Ayat (3) telah dipancangkan
                                               kebakaran itu.
dalam objek ayat utamaayat
                                               Jika sesuatu itu diterangkan
kecil dengan menggugurkan Novel
                                               sebagai ”Mancis api'' atau
Samad Said dan penggunaan
                                               “pembuangan putung rokok
kata yang. dan dijadikan
                                               merata-rata'' , maka ayat
                                               komplemen dapat dibina
                                               dengan menggunakan ayat
                                               kecil pada subjek ayat utama.
                                               Bahawa mancis api telah
                                               menyebabkan kebakaran itu.
                                               Bahawa pembuangan putung rokok
merata-rata telah menyebabkan
                                            kebakaran.




Ayat Relatif
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat
kecil.
Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata
hubung.
Perhatikan contoh berikut:
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Pak Samad.
(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Samad.
(3) Kanak-kanak itu cedera.

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan
``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu.
Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama.
Kesimpulannya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama.
(2) Atan menampar budak itu.
(3) Atan cepat naik angin
(4) Budak itu suka mengganggu orang kampung.



( 1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan
(2) Jefri membeli novel Samad Said
(3) Novel Samad Said baru dipasarkan .
Prehatikan lagi contoh berikut:
Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel
Samad Said dan penggunaan kata yang.



                                              Ayat Pancangan Komplemen


Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan
ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.
Perhatikan contoh berikut:
Dia memberitahu sesuatu
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “giginya sakit'' atau “membeli baju baru'' atau “akan bertolak ke Kuala
Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

           Dia memberitahu giginya sakit
Dia memberitahu membeli baju baru
Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.
Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif.
Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.

Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “Mancis api'' atau “pembuangan putung rokok merata-rata”, maka ayat
komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama .
Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
 Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah
menyebabkan kebakaran.
Lihat contoh berikut:
Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “Mancis api'' atau “pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat
komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.



Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat
kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh:
Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu
Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.
Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang terte
Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan :
kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara,
ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun,
sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.


Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang.
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau
bilangan klausanya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan, ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya
dinomborkan.
contoh 1 :
   Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan
                                       eknomi mula berkembang semula (K1).
(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu, atau dua ayat utama dan satu
ayat kecil.
contoh 2:
Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada
Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (U3).
(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)
contoh 3:
Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba
mengawal api (K2).
(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat tunggal dengan ayat
keterangan waktu dan keterangan pertentangan).
contoh 4:
Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan
pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan
infrastruktur negara (U2).
(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).


Bibliografi


Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. 2008. Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas
1. Petaling Jaya. Pearson Longman.


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj, Musa, dan Abdul Hamid Mahmud. 1993. Tatabahasa
Dewan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustka.


Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
http://bmmaya.blogspot.com/2009/05/ayat-majmuk-pancagan.html
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm


www.tutor.com.my. Portal Pendidikan Utusan
Bentuk Ayat

  1.   Ayat Tunggal
  2.   Ayat Majmuk
(a)    AM Gabungan
(b)    AM Pancangan
   -    Relatif (yang)
   -    Komplemen (bahawa/untuk)
   -    Keterangan (9 jenis)
              (c) AM Campuran (lebih drp 1 jenis ayat
                  majmuk)




       Ayat Majmuk
  1.    Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih.
       Contoh :
  1.   Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan Bahasa
       Melayu.
(a)     Ali sedang membaca buku.
(b)     Fatimah sedang membuat latihan Bahasa Melayu.
  2.   Abu rajin tetapi adiknya malas.
(a)     Abu rajin.
(b)     Adiknya malas.
  3.   Dia membeli buku yang tebal.
(a)     Dia membeli buku.
(b)     Buku itu tebal.
  4.   Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.
       (a) Ayah mendapat berita.
       (b) Abang telah tamat latihan
       5. Anak itu menangis kerana ia lapar.
       (a) Anak itu menangis.
       (b) Anak itu lapar.
       AM Gabungan
  1.   Kedudukan antara ayat sama taraf.
1. Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan
       satu dengan cara menggabungkan / mencantumkan ayat-ayat
       tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dsb.

       Contoh :
  1.   Murid-murid berlari dan bernyanyi.
  2.   Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
  3.   Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat.
  4.   Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
  5.   Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke
       kanan.
       Jika ayat yg digabung itu daripada jenis yang sama dan
       mempunyai unsur yg sama dan diulang, maka bahagian yg sama
       boleh digugurkan.

       Contoh :
       Ali /pandai bermain bola.
       Ali /pandai bermain hoki.
       Ali pandai bermain bola dan hoki.
       Ayat tidak gramatis
  1.   Ahmad rajin belajar dan tidur.
  2.   Pergilah masuk ke bilik dan sungai itu cetek.
  3.   Bolehkah anda datang esok tetapi adiknya malas
       Jenis Gabungan
  1.   Faktanya berurutan.
(a)    Beliau memandang saya sambil tersenyum.
(b)     Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara
       yang tidak menarik.
(c)     Wanita itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menyakiti
       hati saya
  2.   bermaksud pertentangan
       1.Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali.
       2. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
       3. Ali belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati
       dengan keputusan peperiksaannya.
  3.   KH berpasangan
  1.   Daripada makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.
  2.   Adakah berita itu benar atau khabar angin sahaja.
  3.   Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti.



       Penentuan ayat tunggal atau ayat majmuk bergantung kepada bilangan
       klausa dalam sesuatu ayat. Ayat majmuk boleh dipecahkan menjadi
       sekurang-kurangnya 2 ayat tunggal yang lain.
SUSUNAN AYAT SONGSANG
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk
daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan
melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa
tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa Kerja
      i.     Pendepanan kata kerja:
             Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
             Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

        ii.     Pendepanan frasa kerja dengan objek.
                Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
                Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

        iii.    Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
                Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
                Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b)   Pendepanan Frasa Adjektif
        i.      Pendepanan kata adjektif sahaja.
                Ramli rajin. (susunan biasa)
                Rajin Ramli. (susunan songsang)


        ii.     Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)


        iii.    Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)
iv.          Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                       Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                       Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c)     Pendepanan Frasa Sendi Nama
          i.           Frasa sendi nama sebagai predikat.
                       Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                       Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)


          ii.          Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                       Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
                       Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)


FORMULA AYAT SONGSANG.


Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
                1                                         2                                 3
                Dia                    membeli                       buku             di kedai itu.
       KGND - Ketiga              Frasa Kerja Transitif              Objek         Frasa Keterangan
          Subjek                                                    Predikat


FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.     2+3+1
ii.    2+1+3
iii.   3+1+2
iv.    3+2+1
Ayat Biasa:
                      1                                   2                            3
                      Dia                         membeli buku                    di kedai itu.
Contoh ayat songsang (i)
                        2                               3                               1
                 Membeli buku                      di kedai itu                        dia


         Contoh ayat songsang (ii)
                        2                               1                               3
                 Membeli buku                          dia                         di kedai itu


         Contoh ayat songsang (iii)
                        3                               1                               2
                   Di kedai itu                        dia                        membeli buku


         Contoh ayat songsang (iv)
                        3                               2                               1
                   Di kedai itu                  membeli buku                          dia

         TATABAHASA : LATIHAN MENUKAR AYAT
         SONGSANG
         Teliti ayat-ayat di bawah dan susun semula menjadi AYAT SUSUNAN SONGSANG.

         1. Mi kari dimasak oleh ibu.
         Dimasak oleh ibu ,mi kari.

<       2. Sampah sarap yang banyak itu saya buang .
         Saya buang sampah sarap yang banyak itu.

<       3. Aminah dan Amnah akan menyertai pertandingan melukis.
        Akan menyertai pertandingan melukis Aminah dan Amnah.

<!      2.      Buku itu dibaca oleh Ali kerana peperiksaan sudah hampir tiba.
         i.     Kerana peperiksaan sudah hampir tiba, buku itu dibaca oleh Ali
         ii.     Dibaca oleh Ali buku itu kerana peperiksaan sudah hampir tiba.

<!--[   3.      Jalil berasa gembira apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini.
         i.      Berasa gembira Jalil apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini.
         ii.     Pada penghujung bulan ini, apabila dapat pulang ke rumah, Jalil berasa gembira.
         iii.    Apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini, Jalil berasa gemira
         iv.     Apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini, berasa gembira Jalil.

4.      4.      Aqlima diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling berwibawa.
         i.      Diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling berwibawa, Aqlima.
         ii      Sebagai peserta paling berwibawa, Aqlima diisytiharkan oleh penganjur seminar itu.
PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
Ayat Songsang dalam Bahasa Melayu
PEDOMAN EJAAN JAWI
Bersama Wan Mohd Saophy
Amizul Wan Mansor
BH PILIH L4 21 emel
Perlambangan VokalE-Taling
Salah satu aspek yang sering ditanya dalam ceramah bahasa ialah ayat songsang.
Banyak orang kurang jelas tentang binaan ayat songsang dan penggunaannya dalam ayat.
Dari segi binaannya, ayat songsang ialah ayat yang susunannya bertentangan dengan susunan ayat
biasa. Susunan biasa ialah subjek mendahului predikat, seperti contoh, “Anak bongsu Ali / nakal
sungguh”.Ayat ini dapat disongsangkan dengan menukar kedudukan subjek-predikatnya, “Nakal
sungguh / anak bongsu Ali”.
Sebab utama ayat disongsangkan adalah kerana hendak memberikan penekanan yang
berbeza.Dalam ayat bersusunan biasa, yang dipentingkan ialah subjek. Dalam ayat, “Anak bongsu Ali
nakal sungguh”, yang dipentingkan ialah anak bongsu Ali. Tetapi jikalau aspek kenakalan anak itu
yang hendak diberi tekanan, maka predikatnya dikedepankan, menjadi “Nakal sungguh anak bongsu
Ali”.Perlu diingatkan bahawa ayat pasif merupakan satu jenis ayat songsang. Ayat pasif berasal
daripada ayat aktif transitif, yang terhasil melalui perubahan kedudukan subjek dalam objek
asal.Sebagai contoh daripada ayat aktif, “Anita belum membaca buku itu”, lahir ayat pasif, “Buku itu
belum dibaca oleh Anita”. Dalam ayat aktif ini, yang dipentingkan ialah Anita, iaitu subjek ayat.
Apabila dipasifkan, objek asal (buku itu) menjadi subjek ayat pasif, yang kini mendapat tekanan.
Contoh di atas merupakan ayat pasif dengan orang ketiga.


Contoh ayat pasif dengan orang pertama ialah, “Karangan itu / telah saya siapkan”, yang berasal
daripada ayat aktif transitif “Saya / telah menyiapkan karangan itu”. Contoh ayat pasif dengan
orang kedua pula ialah, “Perkara tersebut / belum awak putuskan sehingga kini”, yang berasal
daripada “Awak / belum memutuskan perkara tersebut sehingga kini”.
Satu perkara yang perlu disedari sewaktu menyongsangkan ayat ialah seluruh predikat boleh
dibawa ke hadapan, atau sebahagiannya sahaja. Dalam ayat “Nakal sungguh / anak bongsu Ali”,
seluruh predikat telah dibawa ke hadapan ayat. Dalam ayat “Semalam mereka tiba di sini”, yang
berasal daripada ayat, “Mereka tiba di sini semalam”, bahagian yang dibawa ke hadapan hanya
unsur keterangan waktu, iaitu semalam; bahagian lain predikat, iaitu tiba di sini
kekal di bahagian belakang ayat.Lazimnya ayat-ayat pendek atau sederhana panjang disongsangkan
kerana lebih berkesan. Ayat yang terlalu panjang jarang disongsangkan, kecuali ayat majmuk
pancangan keterangan dan ayat majmuk komplemen frasa nama subjek.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan ialah “Walaupun badannya kurang sihat, Encik Ismail
masih pergi ke pejabat”, yang berasal daripada ayat bersusunan biasa iaitu, “Encik Ismail masih
pergi ke pejabat walaupun badannya kurang sihat”.
Contoh ayat majmuk komplemen frasa nama subjek ialah “Bahawa rancangan itu gagal / tidak
benar”,
yang apabila disongsangkan menjadi, “Tidak benar / bahawa rancangan itu gagal”.
          Ayat yang berbentuk aktif transitif, jika pendek, boleh disongsangkan.Contohnya, “Ibu
membeli ikan tenggiri di pasar”. Ayat songsangannya ialah, “Membeli ikan tenggiri di pasar / ibu”
(seluruh predikat dikedepankan) atau
“Membeli ikan tenggiri, ibu, di pasar (sebahagian sahaja predikat dikedepankan).
Walau bagaimanapun, bagi ayat berbentuk ayat aktif transitif agak panjang, lebih sesuai dipasifkan.
Sebagai contoh, “Rombongan pelancong dari negara Jepun itu mendaki gunung yang tinggi di utara
Kedah”.Kurang sedap jika ayat ini di songsangkan menjadi, “Mendaki gunung yang tinggi di utara
Kedah rombongan pelancong dari negara Jepun itu”.Lebih sedap jika dipasifkan menjadi “Gunung
yang tinggi di utara Kedah didaki oleh rombongan pelancong dari negera Jepun”.
Demikian juga bagi ayat majmuk komplemen frasa nama objek, seperti “Ibu bapa memaklumkan
bahawa cadangan sekolah itu amat baik”. Betul jika dipasifkan menjadi “Bahawa cadangan sekolah
itu amat baik dimaklumkan oleh ibu bapa.Ayat tersebut tidak tepat jika disongsangkan menjadi,
“Bahawa cadangan sekolah itu amat baik ibu bapa memaklumkan”Demikianlah huraian ringkas
tentang binaan ayat songsang dalam bahasa Melayu.
Tujuan menggunakan ayat songsang adalah untuk memberikan penegasan kepada bahagian-
bahagian ayat yang hendak ditegaskan. Jikalau binaan ayat songsang hendak dijadikan soalan di
dalam ujian atau peperiksaan, sila tentukan ayat yang diberikan itu dapat disongsangkan dengan
baik oleh calon dan jangan menggunakan ayat yang terlalu panjang


                                      Ayat Majmuk Campuran

  Ayat majmuk yang paling lengkap ialah ayat majmuk campuran yang mana ayat ini
mengandungi lebih daripada satu tema ayat,yakni ia terdiri daripada campuran antara ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau terdiri daripada pelbagai ayat majmuk.Kebiasaanya,ayat
majmuk campuran terdiri daripada ayat tunggal dengan ayat majmuk pancangan.Antara cara
mudah untuk mengenali ayat ini ialah ia merupakan ayat yang panjang dan bercampur
dengan pelbagai kata hubung.Antara contoh Ayat majmuk campuran ialah:
a ) Ali amat gembira kerana adiknya yang telah hilang dari kelmarin telah ditemui.
b ) Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat yang mampu menolong rakyat yang hidup
susah.
c ) Ahmad dan Ali yang baru tamat pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti Malaya
ingin membuka perusahaan sendiri.
d ) Petugas Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya mendaftarkan warga emas yang berumur
60 tahun ke atas yang mana mereka ini berhak mendapat bantuan khairat kematian.
e)        Ali masih gagah bekerja tetapi kawannya yang keletihan telah lama berehat.

     Dalam ayat a) tersebut terdapat dua jenis ayat iaitu ayat tunggal dan juga ayat majmuk
pancangan. Ali amat gembira merupakan ayat tunggal manakala yang telah hilang dari
kelmarin merupakan ayat majmuk pancangan dengan adanya yang.
  Manakala dalam ayat b) pula terdapat juga dua jenis ayat iaitu ayat ayat majmuk
pancangan relative dan ayat majmuk pancangan. Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat
merupakan ayat majmuk pancanganmanakala ayat berikutnya merupakan ayat majmuk
pancangan relative iaiturakyat yang mampu menolong rakyat.
  Dalam ayat c) pula kita dapat melihat terdapat dua ayat yang berbeza iaitu ayat majmuk
gabungan dan juga ayat majmuk pancangan relatif. Ahmad danAli yang baru tamat
pengajian merupakan ayat majmuk gabungan dengan adanya perkataan dan manakala ayat
kedua    iaitu yang baru   tamat    pengajian   dalam   bidang    perniagaan    di    Universiti
Malaya merupakan ayat pancangan relatif dengan adanya perkataan yang.
  Pada contoh d) pula,terdapat juga dua jenis ayat yang sama iaitu ayat majmuk pancangan
relatif dengan adanya perkataan yang.Cuba perhatikan.Yang berumur 60 tahun ke atas dan
ayat kedua ialah yang mana mereka ini berhak mendapat bantuan khairat kematian.
  Pada contoh e) pula,terdapat dua jenis ayat yang digunakan iaitu ayat majmuk gabungan
dan ayat majmuk pancangan relatif.Ayat majmuk gabungan dapat dikenali dengan
penggunaan kata hubung tetapi dalam ayat terbabit.Ayat pertama iaitu Ali masih gagah
bekerja tetapi kawannya     telah     keletihan manakala   ayat     kedua      pula    terdapat
perkataan yang sekaligus mejadikannya ayat majmuk pancangan relatif.Ayat tersebut
adalah yangkeletihan telah lama berehat.
  Di sini jelaslah bahawa dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai jenis tatabahasa sekaligus
menjadikannya sebagai bahasa yang amat bernilai


                                      Ayat Majmuk Pasif
Sebagaimana ayat aktif dan ayat pasif,begitulah juga terdirinya ayat majmuk aktif dan ayat
majmuk pasif.Ayat majmuk dapat dipasifkan jika ayat majmuk aktif tersebut mempunyai kata
kerja transitif.Ia dipasifkan sebagaimana mempasifkan ayat biasa.
a ) Ali dan Aminah akan melangsungkan perkahwinan pada 12 September depan.
b ) Ali bekerja sebagai Polis tetapi Abu pula bekerja sebagai penoreh getah sedangkan
mereka adik beradik.
c ) Ali suka baju yang bewarna biru kegelapan itu.
d ) Kerajaan menerangkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan.


  Dalam contoh a ) merupakan ayat majmuk gabungan dengan adanya perkataan dan.Contoh
ayat tersebut ialah Ali dan Aminah akan melangsungkan perkahwinan pada 12 September
depan.Ia merupakan ayat majmuk aktif dan jika ia dipasifkan akan menjadi 12 September
depan akan berlangsungnya perkahwinan Ali dan Aminah.
  Dalam contoh b) pula adalah contoh ayat majmuk gabungan sebagaimana dengan contoh
a).Ia dapat dikenali dengan adanya kata hubung tetapi. Ali bekerja sebagai polis tetapi Abu
pula bekerja sebagai penoreh getah sedangkan mereka adik beradik.Jika ayat majmuk
tersebut dipasifkan maka ia akan menjadi Walaupun sebagai adik beradik Ali bekerja sebagai
polis manakala Abu sebagai penoreh getah.
   Dalam contoh c) pula,kami membawakan ayat majmuk aktif relatif yang dikenali dengan
adanya perkataan yang.Ayat tersebut ialah Ali suka baju yang bewarna biru
kegelapan itu.Manakala jika dipasifkan ayat ini akan menjadi Baju yang bewarna biru
kegelapan di sukai oleh Ali.
  Dalam contoh d) pula kami membawakan contoh ayat majmuk aktif komplemen yang
ditandai dengan perkataan bahawa.Contoh ayat tersebut ialah Kerajaan
menerangkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan.Jika
dipasifkan ia akan menjadiEkonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan
sebagaimana diterangkan oleh Kerajaan Malaysia.




yat majmuk gabungan
Dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi
dan sebagainya.
Contoh:Kakitangan syarikat kami rajin dan berdisipiln.
Encik hendak ke mesyuarat atau menghadiri seminar?
Gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni satu demi satu.
Contoh:Beliau memandang saya sambil tersenyum.
Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik.


Ayat majmuk pancangan

Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta.
Contoh:
Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat langsung.
Televisyen yang dibelinya mahal, padahal ada yang lebih murah.

Ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat
induk. Tiga jenis seperti yang berikut:

<strong>Ayat relatif

Ayat yang menggunakan kata yang.
.Contoh:
Lelaki yang memakai kemeja biru itu ketua baru saya.

Ayat komplemen
Ayat Komplemen frasa nama
Ayat Komplemen frasa kerja
Ayat Komplemen frasa adjektif

Ayat Komplemen
Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.
(a) Perkara itu amat senang.
(b) Dia lulus ujian.
Kata komplemen:untuk.

Ayat Komplemen Frasa Nama
Frasa nama boleh menduduki empat tempat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan objek
sipi. Dalam konteks ini frasa nama objek tepat dan frasa nama subjek.

Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek
Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.
Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram.

Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat
Pemuda itu mengakui bahawa dialah yang telah mengemukakan projek baru itu.
Orang-orang kampung mengharapkan bahawa rancangan itu akan membawa faedah.

Ayat Komplemen Frasa Kerja
Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar diteruskan.
Dia berasa bahawa nasihat pengurusnya itu benar.

Ayat Komplemen Frasa Adjektif
Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.
Saya yakin bahawa dia akan berjaya.
Ayat                                                                                Keterangan
Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi
sebagai                    keterangan                     kepada                      predikat.
Contoh:
Wang     itu   bukan       dengan      dia    sewaktu      polis   membuat        pemeriksaan.
Anak           itu              menangis             kerana               dia            lapar.

Ayat                                    Majmuk                                          Campuran
Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal
dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh:
Richard sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

Ayat                                        Majmuk                                           Pasif
Ayat                                     Majmuk                                         Gabungan
Saya       menaip          surat     dan       Amira        menulis         laporan.       (Aktif)
Surat      saya       taip       dan     laporan     ditulis      oleh         Amira.      (Pasif)

Ayat                                       Majmuk                                           Pasif
Ayat                                       majmuk                                          relatif
Mereka                 menonton             wayang               yang                seram.(Aktif)
Wayang yang seram itu ditonton oleh mereka. (Pasif)
Penyalahgunaan pada
Kata Hubung Gabungan
PEDOMAN EJAAN JAWI
Bersama Wan Mohd Saophy
Amizul Wan Mansor
BH PILIH L4 16 emel
Huruf Alif dengan Awalan
'se-', 'ke-' dan 'di-'
K
ata hubung gabungan ialah
jenis kata hubung yang mencantumkan dua klausa atau
ayat yang sama tara sifatnya.
Contoh kata hubung gabungan
ialah dan, atau, tetapi, sambil,
serta, dan malahan. Selain kata hubung gabungan, terdapat
juga kata hubung pancangan, iaitu
walaupun, sewaktu, andai kata
dan semoga.
Banyak orang membuat kesalahan tatkala menggunakan kata
hubung gabungan. Kata hubung
gabungan mesti digunakan dalam
satu ayat majmuk gabungan.
Kesalahan berlaku apabila ayat
yang sepatutnya dihubungkan dengan kata hubung tersebut dipecah
dua, mewujudkan dua ayat tunggal dengan ayat kedua dimulakan
dengan kata hubung. Contoh kesalahan seperti dalam ayat berikut:
untuk sarapan saya suka makan
nasi lemak. Tetapi adik saya suka
makan nasi goreng (sepatutnya
Untuk sarapan saya suka makan
nasi lemak tetapi adik saya suka
makan nasi goreng).
Dalam ayat di atas, ayat kedua
dimulakan dengan kata hubung
tetapi. Ini menyalahi hukum penggunaan kata hubung yang hadir
sebagai unsur yang menghubungkan ayat pertama dengan ayat
kedua, dan tidak sebagai permulaan ayat kedua.
Ramai yang membuat kesalahan dalam penggunaan kata
hubung malahan dan manakala.
Perkataan malahan juga boleh disebut sebagai malah sahaja dan
boleh bertukar ganti. Satu makna
malahan ialah bahkan, kian bertambah atau makin bertambah.
Contoh penggunaan: Aku bukan
sahaja percaya akan cerita engkau itu, malahan aku sanggup
berbuat apa sahaja untuk menolong engkau. Tidak tepat jika ayat
ini diubah menjadi: Aku tidak
percaya akan cerita engkau itu.
Malahan aku sanggup berbuat apa
sahaja untuk menolong engkau.
Ayat ini salah kerana kata hubung
gabungan mesti menggabungkan
ayat, dan tidak memulakan ayat.
Satu lagi makna malahan/
malah ialah padahal, sedangkan.
Contoh penggunaan: Dia nampaknya tidak mahu pergi, malah
bergerak dari tempat duduk pun
tidak. Salah jika diubah menjadi:
Dia nampaknya tidak mahu pergi,.
Malah bergerak dari tempat duduk
pun tidak.
Kesimpulannya, malah/malahan tidak boleh digunakan sebagai
unsur yang memulakan ayat disebabkan perkataan ini berfungsi
sebagai kata hubung gabungan dan
hadir sebagai unsur penghubung
antara ayat-ayat yang dicantumkan
menjadi ayat majmuk gabungan.
Tentang kata hubung gabungan
manakala, terdapat sedikit perbezaan. Manakala dapat bertugas
sebagai kata hubung gabungan
dan juga kata hubung pancangan
keterangan. Sebagai kata hubung
gabungan, manakala membawa
maksud tetapi dan sedangkan.
Perhatikan ayat berikut: Wanita
tua itu menunggu anaknya pulang di bilik tamu, manakala
suaminya menunggu di halaman rumah. Dalam ayat ini,
manakala membawa erti tetapi.
Salah jika di ubah ayat ini menjadi:
Manakala suaminya menunggu di
halaman rumah, wanita tua itu
menunggu anaknya pulang di bilik
tamu. Dalam ayat ini manakala
    seolah-olah berfungsi sebagai kata
    hubung keterangan. Ayat ini menjadi lebih salah jika dijadikan ayat
    yang memulakan perenggan.
    Berikut pula ialah ayat yang
    menggunakan kata hubung gabungan manakala yang bererti
    sedangkan. Contoh dalam ayat:
    Beberapa orang daripada peserta kursus masuk ikut pintu
    depan, manakala yang lain
    menggunakan pintu belakang.
    (bukan: Beberapa daripada peserta
    kursus masuk ikut pintu depan.
    Manakala yang lain menggunakan
    pintu belakang).
    Perkataan manakala boleh juga
    berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan yang membawa
    maksud apabila. Kamus Dewan
    menggunakan contoh ayat berikut:
    Ia tersenyum manakala melihat
    anaknya sudah terlena. Seperti
    dalam mana-mana ayat majmuk
    keterangan, susunan ayat sedemikian boleh disongsangkan, menjadi
    ayat ini: "Manakala melihat anaknya sudah terlena, ia tersenyum".
    Tetapi ingat, manakala dalam
    ayat ini bukan lagi kata hubung
    gabungan tetapi, sebaliknya, kata
    hubung keterangan.
    Paling penting, anda hendaklah
    tahu membezakan kata hubung
    gabungan daripada kata hubung
    keterangan. Dalam ayat majmuk
    keterangan, ayat kecil keterangan
    yang mengandungi kata hubung
    keterangan boleh disongsangkan,
    menjadi ayat (songsang) itu mempunyai kata hubung di hadapan ayat.
    Tidak demikian halnya dengan
    ayat majmuk gabungan. Maka kata
    hubung gabungan tidak akan hadir
    sebagai permulaan ayat.


    YAT PASIF
    E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook


    Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya.Ayat ini
    mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta kata
    sendi oleh.
    Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.
1   Kerja sekolah itu telah saya siapkan.
2   Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru
3   Menulis Jawi perlu kamu ajar Siti.mengajar.
4   Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5   Tikar sedang dianyam oleh mereka

   Jenis-jenis Ayat Pasif
   a) Ayat Pasif Diri Pertama
   Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
   pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
   Ayat contoh:
1. Rumah itu saya bina.
2. Kereta itu kami beli.
3. Jambatan itu aku robohkan.
4.
   b) Ayat Pasif Diri Kedua
   Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua
   seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
   Ayat contoh:
           1. Jam tangan itu kamu beli?
           2. Kasut kulit itu awak gilap?
           3. Buku novel itu anda baca?

    c) Ayat Pasif Diri Ketiga
    Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga
    seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
    Ayat contoh:
            1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
            2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
            3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

    Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri
    ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. Untuk itu
    elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan
    ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
        Contoh:
             1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
               b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
             2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
               b) Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
             3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
               b) Nasi itu telah saya tanak. (√)
             4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
               b) Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)
     Nota: Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat
    pasif diri ketiga bentuknya berbeza daripada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri
    kedua.

More Related Content

What's hot

3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kataHAsbu Sebu
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2nurAkhma
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namafitri norlida
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa MelayuRagam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa MelayuFaFai S.
 
Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaauni farhana
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kataAsri Mohad
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonanbunikshah
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU@f!Q@H @F!N@
 
Pragmantik STPM
Pragmantik STPMPragmantik STPM
Pragmantik STPMyenchuxx
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Cornard Conot
 

What's hot (20)

Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
 
ayat majmuk
ayat majmukayat majmuk
ayat majmuk
 
3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kata
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2
 
BAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASANBAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASAN
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa MelayuRagam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
 
Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacana
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Ragam ayat
Ragam ayatRagam ayat
Ragam ayat
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Pragmantik STPM
Pragmantik STPMPragmantik STPM
Pragmantik STPM
 
Frasa sendi nama
Frasa sendi namaFrasa sendi nama
Frasa sendi nama
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
 

Viewers also liked

Viewers also liked (20)

Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 
Kata hubung
Kata hubungKata hubung
Kata hubung
 
Marilah bina ayat
Marilah bina ayatMarilah bina ayat
Marilah bina ayat
 
Ayat Majmuk pancangan
Ayat Majmuk pancanganAyat Majmuk pancangan
Ayat Majmuk pancangan
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Gambar kosa kata
Gambar kosa kataGambar kosa kata
Gambar kosa kata
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis Ayat
 
bahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanbahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisan
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Ceramah tatabahasa 1 ( morfologi )
Ceramah tatabahasa 1 ( morfologi )Ceramah tatabahasa 1 ( morfologi )
Ceramah tatabahasa 1 ( morfologi )
 
Ayat wacana
Ayat wacanaAyat wacana
Ayat wacana
 
Pasangan kata penegas
Pasangan kata penegasPasangan kata penegas
Pasangan kata penegas
 
Ragam ayat
Ragam ayatRagam ayat
Ragam ayat
 
Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisHbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
 

Similar to Bentuk bentuk ayat

Similar to Bentuk bentuk ayat (20)

ppt indo kel 4.pptx
ppt indo kel 4.pptxppt indo kel 4.pptx
ppt indo kel 4.pptx
 
makalah kalimat majemuk
makalah kalimat majemukmakalah kalimat majemuk
makalah kalimat majemuk
 
Struktur dan kaidah teks ulasan film/drama
Struktur dan kaidah teks ulasan film/dramaStruktur dan kaidah teks ulasan film/drama
Struktur dan kaidah teks ulasan film/drama
 
Dr ton sintaksis
Dr ton sintaksisDr ton sintaksis
Dr ton sintaksis
 
analisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptx
analisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptxanalisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptx
analisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptx
 
Kalimat dan kalimat_efektif
Kalimat dan kalimat_efektifKalimat dan kalimat_efektif
Kalimat dan kalimat_efektif
 
Frase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimatFrase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimat
 
Frase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimatFrase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimat
 
Praktis Pantuan Materi Bahasa Indonesia.docx
Praktis Pantuan Materi Bahasa Indonesia.docxPraktis Pantuan Materi Bahasa Indonesia.docx
Praktis Pantuan Materi Bahasa Indonesia.docx
 
Kalimat dalam bahasa indonesia
Kalimat dalam bahasa indonesiaKalimat dalam bahasa indonesia
Kalimat dalam bahasa indonesia
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal
 
Hanna sofiah
Hanna sofiahHanna sofiah
Hanna sofiah
 
Bahasa indonesia dan penulisan ilmiah KALIMAT
Bahasa indonesia dan penulisan ilmiah KALIMATBahasa indonesia dan penulisan ilmiah KALIMAT
Bahasa indonesia dan penulisan ilmiah KALIMAT
 
4. kalimat
4. kalimat4. kalimat
4. kalimat
 
Frasa ajektif
Frasa ajektifFrasa ajektif
Frasa ajektif
 
SINTAKSIS
SINTAKSISSINTAKSIS
SINTAKSIS
 
NOTA SINTAKSIS.pdf
NOTA SINTAKSIS.pdfNOTA SINTAKSIS.pdf
NOTA SINTAKSIS.pdf
 
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
 
Kalimat efektif ppt
Kalimat efektif pptKalimat efektif ppt
Kalimat efektif ppt
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 

Bentuk bentuk ayat

  • 1. Bentuk Ayat Bentuk ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua seperti berikut; 1. Ayat tunggal; ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat tunggal. a. Ali tampan. Dalam ayat ini Ali ialah subjek manakala tampan ialah predikat. 2. Bentuk yang kedua ialah ayat majmuk. Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu; 2.1 Ayat majmuk gabungan 2.2 Ayat majmuk pancangan. 2.3 Ayat majmuk campuran. 2.1.1 Ayat majmuk gabungan ialah ayat terdiri daripada 2 ayat atau lebihkemudian digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta dan sebagainya. 2 1.2 Namun begitu, penggunaan kata hubung yang berbeza menghasilkan dua jenis gabungan iaitu; a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan. Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan. Contohnya seperti berikut; i. Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik tidur. Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu, ayat pertama dia mengambil buku itu ayat kedua, dia masuk ke bilik tidur. b. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan. Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta.Antara kata hubung yang digunakan ialah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan, dan padahal. Contoh i. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas. ii. Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih murah. 2.2 Ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan ialah terdiri daripada ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk.Ayat induk boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak. 2.2.1 Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu; 2.2.1.1 Ayat majmuk Pancangan relatif 2.2.1.2 Ayat majmuk pancangan komplemen 2.2.1.3 Ayat majmuk pancangan keterangan. 2.2.1.1 Ayat Majmuk Pancangan relatif. Ayat majmuk pancangan relaatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung pancangan yang menggunakan kaata hubung yang untuk memencangkan klausa kecil ke dalam klausa induk. Contohnya seperti berikut, Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.
  • 2. Klausa induk: Saya membaca buku Klausa kecil: Buku ditulis oleh Othman Puteh. Saya membaca buku + buku ditulis oleh Othman Puteh. Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh. Demikianlah bagaimana ayat majmuk pancangan relatif dihasilkan. Pada masa akan datang saya akan bincangkan pula ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Ayat Majmuk :- i. Ayat Majmuk Gabungan ii. Ayat Majmuk Pancangan 1. Majmuk Pancangan Relatif 2. Majmuk Pancangan Komplemen 3. Majmuk Pancangan Keterangan 4. Majmuk Campuran Pengenalan Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif. Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru. Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan. Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar. Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung. Subjek = Lelaki itu Predikat = sedang menembak burung . Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat). Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Di dalam almari tali leher ayah.(pasif) Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini? Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. AYAT MAJMUK 1. Terdiri daripada lebih daripada satu klausa
  • 3. 2. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung sepertidan, atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa . Cuba teliti contoh di bawah. (1) Aminah pandai menyanyi dan menari. (2) Aminah pandai menyanyi (3) Aminah pandai menari Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3). Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan. Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama. Lihat contoh berikut: (1) Pengetahuan pemidato itu sempit, hujah-hujahnya cetek serta contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik. (2) Pengetahuan beliau sempit (3) Hujah-hujahnya cetek (4) Contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik. Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (2), (3) dan (4). Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung “serta”. Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama. Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan . Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan. Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan . Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atauayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Jenis-Jenis Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan Ayat relatif terdiri daripada satu Ayat majmuk komplemen ialah Ayat majmuk keterangan ialah ayat klausa bebas atau ayat utama dan ayat utama yang dipancangkan majmuk yang terdiri daripada satu satu atau lebih klausa terikat atau dengan ayat kecil yang ayat utama dan satu atau lebih ayat ayat kecil. seterusnya menjadi kecil yang bertugas sebagai Ayat kecil dipancangkan ke dalam komplemen kepada ayat keterangan kepada predikat. subjek ayat utama atau predikat ayat utama. Contoh: utama dengan menggunaka kata Perhatikan contoh berikut: Pemain hoki negara gagal kerana tidak hubung . Dia memberitahu sesuatu bersedia.
  • 4. Perhatikan contoh berikut: Jika sesuatu itu diterangkan Oleh sebab dia memandu terlalu laju, 1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya sebagai ``giginya sakit'' atau Atan menerima empat saman. anak Leman. (2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak ``membeli baju baru'' atau Ayat kecil dalam ayat majmuk Leman ``akan bertolak ke Kuala keterangan menerangkan kata kerja (3) Kanak-kanak itu cedera Lumpur esok'' maka ayat dalam ayat utama, iaitu komplemen dapat dibentuk Pemain hoki negara gagal dan Atan Ayat (3) telah dipancangkan dengan menggunakan kata menerima empat saman. kepada subjek ayat utama dan hubung bahawa atau yang. Ayat majmuk keterangan dibina untuk dijadikan ayat kecil dengan Dia memberitahu giginya sakit pelbagai tujuan dengan menggunakan menggugurkan “kanak-kanak itu'' Dia memberitahu membeli baju baru kata hubung yang tertentu dan menggunakan kata hubung yang. Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok. Contoh-contoh kata hubung dalam Ayat kecil yang ditaip tebal ayat keterangan : dalam contoh di atas kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, merupakan objek kata kerja tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, transitif. supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, Selain itu, subjek juga boleh sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, diterangkan sebagai ayat kecil umpama. dan menjadi komplemen ayat utama. (1). Atan yang cepat naik angin menampar Lihat contoh berikut: budak yang suka mengintai orang kampung itu. Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat Sesuatu telah menyebabkan utama dalam ayat (1) dan ayat (4) kebakaran itu. dipancangkan kepada objek ayat utama. Jika sesuatu itu diterangkan Kesimpulanya, ayat (1) terdiri daripada satu sebagai “Mancis api” atau ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama. “pembuangan putung rokok (2) Atan menampar budak itu. merata-rata'', maka ayat (3) Atan cepat naik angin (4) Budak itu suka mengintai orang komplemen dapat dibina kampung. dengan menggunakan ayat Perhatikan pula contoh yang berikut: kecil pada subjek ayat utama. Bahawa mancis api telah ( 1) Jefri membeli novel Samad Said yang menyebabkan kebakaran itu. baru dipasarkan Bahawa pembuangan putung rokok (2) Jefri membeli novel Samad Said merata-rata telah menyebabkan (3) Novel Samad Said baru dipasarkan. kebakaran. Prehatikan lagi contoh berikut: Lihat contoh berikut: Sesuatu telah menyebabkan Ayat (3) telah dipancangkan kebakaran itu. dalam objek ayat utamaayat Jika sesuatu itu diterangkan kecil dengan menggugurkan Novel sebagai ”Mancis api'' atau Samad Said dan penggunaan “pembuangan putung rokok kata yang. dan dijadikan merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama. Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu. Bahawa pembuangan putung rokok
  • 5. merata-rata telah menyebabkan kebakaran. Ayat Relatif Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung. Perhatikan contoh berikut: 1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Pak Samad. (2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Samad. (3) Kanak-kanak itu cedera. Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang. (1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu. Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama. Kesimpulannya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama. (2) Atan menampar budak itu. (3) Atan cepat naik angin (4) Budak itu suka mengganggu orang kampung. ( 1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan (2) Jefri membeli novel Samad Said (3) Novel Samad Said baru dipasarkan . Prehatikan lagi contoh berikut: Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang. Ayat Pancangan Komplemen Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Perhatikan contoh berikut: Dia memberitahu sesuatu Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “giginya sakit'' atau “membeli baju baru'' atau “akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang. Dia memberitahu giginya sakit Dia memberitahu membeli baju baru Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok. Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif. Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama. Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu. Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “Mancis api'' atau “pembuangan putung rokok merata-rata”, maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama . Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu. Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah
  • 6. menyebabkan kebakaran. Lihat contoh berikut: Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu. Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “Mancis api'' atau “pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama. Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu. Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang terte Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan : kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan, ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan. contoh 1 : Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1). (Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu, atau dua ayat utama dan satu ayat kecil. contoh 2: Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (U3). (Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil) contoh 3: Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2). (Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan). contoh 4: Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan
  • 7. infrastruktur negara (U2). (Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara). Bibliografi Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. 2008. Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Petaling Jaya. Pearson Longman. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj, Musa, dan Abdul Hamid Mahmud. 1993. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustka. Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd. http://bmmaya.blogspot.com/2009/05/ayat-majmuk-pancagan.html http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm www.tutor.com.my. Portal Pendidikan Utusan
  • 8. Bentuk Ayat 1. Ayat Tunggal 2. Ayat Majmuk (a) AM Gabungan (b) AM Pancangan - Relatif (yang) - Komplemen (bahawa/untuk) - Keterangan (9 jenis) (c) AM Campuran (lebih drp 1 jenis ayat majmuk) Ayat Majmuk 1. Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih. Contoh : 1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan Bahasa Melayu. (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan Bahasa Melayu. 2. Abu rajin tetapi adiknya malas. (a) Abu rajin. (b) Adiknya malas. 3. Dia membeli buku yang tebal. (a) Dia membeli buku. (b) Buku itu tebal. 4. Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan. (a) Ayah mendapat berita. (b) Abang telah tamat latihan 5. Anak itu menangis kerana ia lapar. (a) Anak itu menangis. (b) Anak itu lapar. AM Gabungan 1. Kedudukan antara ayat sama taraf.
  • 9. 1. Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan / mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dsb. Contoh : 1. Murid-murid berlari dan bernyanyi. 2. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk. 3. Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat. 4. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka. 5. Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan. Jika ayat yg digabung itu daripada jenis yang sama dan mempunyai unsur yg sama dan diulang, maka bahagian yg sama boleh digugurkan. Contoh : Ali /pandai bermain bola. Ali /pandai bermain hoki. Ali pandai bermain bola dan hoki. Ayat tidak gramatis 1. Ahmad rajin belajar dan tidur. 2. Pergilah masuk ke bilik dan sungai itu cetek. 3. Bolehkah anda datang esok tetapi adiknya malas Jenis Gabungan 1. Faktanya berurutan. (a) Beliau memandang saya sambil tersenyum. (b) Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik. (c) Wanita itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menyakiti hati saya 2. bermaksud pertentangan 1.Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali. 2. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas. 3. Ali belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya. 3. KH berpasangan 1. Daripada makan gaji, lebih baik bekerja sendiri. 2. Adakah berita itu benar atau khabar angin sahaja. 3. Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti. Penentuan ayat tunggal atau ayat majmuk bergantung kepada bilangan klausa dalam sesuatu ayat. Ayat majmuk boleh dipecahkan menjadi sekurang-kurangnya 2 ayat tunggal yang lain.
  • 10. SUSUNAN AYAT SONGSANG Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat. Pendepanan seluruh predikat. Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa) Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang) Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah) Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek) Dialah / ibu saya. (susunan songsang) Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’) Pendepanan sebahagian daripada predikat. (a) Pendepanan Frasa Kerja i. Pendepanan kata kerja: Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa) Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang) ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek. Zaleha membaca buku. (susunan biasa) Membaca buku Zaleha. (susunan songsang) iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu. Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa) Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang) b) Pendepanan Frasa Adjektif i. Pendepanan kata adjektif sahaja. Ramli rajin. (susunan biasa) Rajin Ramli. (susunan songsang) ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu. Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa) Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang) iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat. Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa) Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)
  • 11. iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa) Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang) c) Pendepanan Frasa Sendi Nama i. Frasa sendi nama sebagai predikat. Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa) Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang) ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa) Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang) FORMULA AYAT SONGSANG. Ayat biasa: Dia / membeli buku di kedai itu. Cara Songsangan Ayat: Nomborkan penggalan ayat. 1 2 3 Dia membeli buku di kedai itu. KGND - Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan Subjek Predikat FORMULA: Ayat Biasa : 1+2+3 Ayat songsang: i. 2+3+1 ii. 2+1+3 iii. 3+1+2 iv. 3+2+1 Ayat Biasa: 1 2 3 Dia membeli buku di kedai itu.
  • 12. Contoh ayat songsang (i) 2 3 1 Membeli buku di kedai itu dia Contoh ayat songsang (ii) 2 1 3 Membeli buku dia di kedai itu Contoh ayat songsang (iii) 3 1 2 Di kedai itu dia membeli buku Contoh ayat songsang (iv) 3 2 1 Di kedai itu membeli buku dia TATABAHASA : LATIHAN MENUKAR AYAT SONGSANG Teliti ayat-ayat di bawah dan susun semula menjadi AYAT SUSUNAN SONGSANG. 1. Mi kari dimasak oleh ibu. Dimasak oleh ibu ,mi kari. < 2. Sampah sarap yang banyak itu saya buang . Saya buang sampah sarap yang banyak itu. < 3. Aminah dan Amnah akan menyertai pertandingan melukis. Akan menyertai pertandingan melukis Aminah dan Amnah. <! 2. Buku itu dibaca oleh Ali kerana peperiksaan sudah hampir tiba. i. Kerana peperiksaan sudah hampir tiba, buku itu dibaca oleh Ali ii. Dibaca oleh Ali buku itu kerana peperiksaan sudah hampir tiba. <!--[ 3. Jalil berasa gembira apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini. i. Berasa gembira Jalil apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini. ii. Pada penghujung bulan ini, apabila dapat pulang ke rumah, Jalil berasa gembira. iii. Apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini, Jalil berasa gemira iv. Apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini, berasa gembira Jalil. 4. 4. Aqlima diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling berwibawa. i. Diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling berwibawa, Aqlima. ii Sebagai peserta paling berwibawa, Aqlima diisytiharkan oleh penganjur seminar itu.
  • 13. PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Ayat Songsang dalam Bahasa Melayu PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor BH PILIH L4 21 emel Perlambangan VokalE-Taling Salah satu aspek yang sering ditanya dalam ceramah bahasa ialah ayat songsang. Banyak orang kurang jelas tentang binaan ayat songsang dan penggunaannya dalam ayat. Dari segi binaannya, ayat songsang ialah ayat yang susunannya bertentangan dengan susunan ayat biasa. Susunan biasa ialah subjek mendahului predikat, seperti contoh, “Anak bongsu Ali / nakal sungguh”.Ayat ini dapat disongsangkan dengan menukar kedudukan subjek-predikatnya, “Nakal sungguh / anak bongsu Ali”. Sebab utama ayat disongsangkan adalah kerana hendak memberikan penekanan yang berbeza.Dalam ayat bersusunan biasa, yang dipentingkan ialah subjek. Dalam ayat, “Anak bongsu Ali nakal sungguh”, yang dipentingkan ialah anak bongsu Ali. Tetapi jikalau aspek kenakalan anak itu yang hendak diberi tekanan, maka predikatnya dikedepankan, menjadi “Nakal sungguh anak bongsu Ali”.Perlu diingatkan bahawa ayat pasif merupakan satu jenis ayat songsang. Ayat pasif berasal daripada ayat aktif transitif, yang terhasil melalui perubahan kedudukan subjek dalam objek asal.Sebagai contoh daripada ayat aktif, “Anita belum membaca buku itu”, lahir ayat pasif, “Buku itu belum dibaca oleh Anita”. Dalam ayat aktif ini, yang dipentingkan ialah Anita, iaitu subjek ayat. Apabila dipasifkan, objek asal (buku itu) menjadi subjek ayat pasif, yang kini mendapat tekanan. Contoh di atas merupakan ayat pasif dengan orang ketiga. Contoh ayat pasif dengan orang pertama ialah, “Karangan itu / telah saya siapkan”, yang berasal daripada ayat aktif transitif “Saya / telah menyiapkan karangan itu”. Contoh ayat pasif dengan orang kedua pula ialah, “Perkara tersebut / belum awak putuskan sehingga kini”, yang berasal daripada “Awak / belum memutuskan perkara tersebut sehingga kini”. Satu perkara yang perlu disedari sewaktu menyongsangkan ayat ialah seluruh predikat boleh dibawa ke hadapan, atau sebahagiannya sahaja. Dalam ayat “Nakal sungguh / anak bongsu Ali”, seluruh predikat telah dibawa ke hadapan ayat. Dalam ayat “Semalam mereka tiba di sini”, yang berasal daripada ayat, “Mereka tiba di sini semalam”, bahagian yang dibawa ke hadapan hanya unsur keterangan waktu, iaitu semalam; bahagian lain predikat, iaitu tiba di sini
  • 14. kekal di bahagian belakang ayat.Lazimnya ayat-ayat pendek atau sederhana panjang disongsangkan kerana lebih berkesan. Ayat yang terlalu panjang jarang disongsangkan, kecuali ayat majmuk pancangan keterangan dan ayat majmuk komplemen frasa nama subjek. Contoh ayat majmuk pancangan keterangan ialah “Walaupun badannya kurang sihat, Encik Ismail masih pergi ke pejabat”, yang berasal daripada ayat bersusunan biasa iaitu, “Encik Ismail masih pergi ke pejabat walaupun badannya kurang sihat”. Contoh ayat majmuk komplemen frasa nama subjek ialah “Bahawa rancangan itu gagal / tidak benar”, yang apabila disongsangkan menjadi, “Tidak benar / bahawa rancangan itu gagal”. Ayat yang berbentuk aktif transitif, jika pendek, boleh disongsangkan.Contohnya, “Ibu membeli ikan tenggiri di pasar”. Ayat songsangannya ialah, “Membeli ikan tenggiri di pasar / ibu” (seluruh predikat dikedepankan) atau “Membeli ikan tenggiri, ibu, di pasar (sebahagian sahaja predikat dikedepankan). Walau bagaimanapun, bagi ayat berbentuk ayat aktif transitif agak panjang, lebih sesuai dipasifkan. Sebagai contoh, “Rombongan pelancong dari negara Jepun itu mendaki gunung yang tinggi di utara Kedah”.Kurang sedap jika ayat ini di songsangkan menjadi, “Mendaki gunung yang tinggi di utara Kedah rombongan pelancong dari negara Jepun itu”.Lebih sedap jika dipasifkan menjadi “Gunung yang tinggi di utara Kedah didaki oleh rombongan pelancong dari negera Jepun”. Demikian juga bagi ayat majmuk komplemen frasa nama objek, seperti “Ibu bapa memaklumkan bahawa cadangan sekolah itu amat baik”. Betul jika dipasifkan menjadi “Bahawa cadangan sekolah itu amat baik dimaklumkan oleh ibu bapa.Ayat tersebut tidak tepat jika disongsangkan menjadi, “Bahawa cadangan sekolah itu amat baik ibu bapa memaklumkan”Demikianlah huraian ringkas tentang binaan ayat songsang dalam bahasa Melayu. Tujuan menggunakan ayat songsang adalah untuk memberikan penegasan kepada bahagian- bahagian ayat yang hendak ditegaskan. Jikalau binaan ayat songsang hendak dijadikan soalan di dalam ujian atau peperiksaan, sila tentukan ayat yang diberikan itu dapat disongsangkan dengan baik oleh calon dan jangan menggunakan ayat yang terlalu panjang Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk yang paling lengkap ialah ayat majmuk campuran yang mana ayat ini mengandungi lebih daripada satu tema ayat,yakni ia terdiri daripada campuran antara ayat tunggal dengan ayat majmuk atau terdiri daripada pelbagai ayat majmuk.Kebiasaanya,ayat majmuk campuran terdiri daripada ayat tunggal dengan ayat majmuk pancangan.Antara cara
  • 15. mudah untuk mengenali ayat ini ialah ia merupakan ayat yang panjang dan bercampur dengan pelbagai kata hubung.Antara contoh Ayat majmuk campuran ialah: a ) Ali amat gembira kerana adiknya yang telah hilang dari kelmarin telah ditemui. b ) Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat yang mampu menolong rakyat yang hidup susah. c ) Ahmad dan Ali yang baru tamat pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti Malaya ingin membuka perusahaan sendiri. d ) Petugas Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya mendaftarkan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang mana mereka ini berhak mendapat bantuan khairat kematian. e) Ali masih gagah bekerja tetapi kawannya yang keletihan telah lama berehat. Dalam ayat a) tersebut terdapat dua jenis ayat iaitu ayat tunggal dan juga ayat majmuk pancangan. Ali amat gembira merupakan ayat tunggal manakala yang telah hilang dari kelmarin merupakan ayat majmuk pancangan dengan adanya yang. Manakala dalam ayat b) pula terdapat juga dua jenis ayat iaitu ayat ayat majmuk pancangan relative dan ayat majmuk pancangan. Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat merupakan ayat majmuk pancanganmanakala ayat berikutnya merupakan ayat majmuk pancangan relative iaiturakyat yang mampu menolong rakyat. Dalam ayat c) pula kita dapat melihat terdapat dua ayat yang berbeza iaitu ayat majmuk gabungan dan juga ayat majmuk pancangan relatif. Ahmad danAli yang baru tamat pengajian merupakan ayat majmuk gabungan dengan adanya perkataan dan manakala ayat kedua iaitu yang baru tamat pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti Malaya merupakan ayat pancangan relatif dengan adanya perkataan yang. Pada contoh d) pula,terdapat juga dua jenis ayat yang sama iaitu ayat majmuk pancangan relatif dengan adanya perkataan yang.Cuba perhatikan.Yang berumur 60 tahun ke atas dan ayat kedua ialah yang mana mereka ini berhak mendapat bantuan khairat kematian. Pada contoh e) pula,terdapat dua jenis ayat yang digunakan iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan relatif.Ayat majmuk gabungan dapat dikenali dengan penggunaan kata hubung tetapi dalam ayat terbabit.Ayat pertama iaitu Ali masih gagah bekerja tetapi kawannya telah keletihan manakala ayat kedua pula terdapat perkataan yang sekaligus mejadikannya ayat majmuk pancangan relatif.Ayat tersebut adalah yangkeletihan telah lama berehat. Di sini jelaslah bahawa dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai jenis tatabahasa sekaligus menjadikannya sebagai bahasa yang amat bernilai Ayat Majmuk Pasif
  • 16. Sebagaimana ayat aktif dan ayat pasif,begitulah juga terdirinya ayat majmuk aktif dan ayat majmuk pasif.Ayat majmuk dapat dipasifkan jika ayat majmuk aktif tersebut mempunyai kata kerja transitif.Ia dipasifkan sebagaimana mempasifkan ayat biasa. a ) Ali dan Aminah akan melangsungkan perkahwinan pada 12 September depan. b ) Ali bekerja sebagai Polis tetapi Abu pula bekerja sebagai penoreh getah sedangkan mereka adik beradik. c ) Ali suka baju yang bewarna biru kegelapan itu. d ) Kerajaan menerangkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan. Dalam contoh a ) merupakan ayat majmuk gabungan dengan adanya perkataan dan.Contoh ayat tersebut ialah Ali dan Aminah akan melangsungkan perkahwinan pada 12 September depan.Ia merupakan ayat majmuk aktif dan jika ia dipasifkan akan menjadi 12 September depan akan berlangsungnya perkahwinan Ali dan Aminah. Dalam contoh b) pula adalah contoh ayat majmuk gabungan sebagaimana dengan contoh a).Ia dapat dikenali dengan adanya kata hubung tetapi. Ali bekerja sebagai polis tetapi Abu pula bekerja sebagai penoreh getah sedangkan mereka adik beradik.Jika ayat majmuk tersebut dipasifkan maka ia akan menjadi Walaupun sebagai adik beradik Ali bekerja sebagai polis manakala Abu sebagai penoreh getah. Dalam contoh c) pula,kami membawakan ayat majmuk aktif relatif yang dikenali dengan adanya perkataan yang.Ayat tersebut ialah Ali suka baju yang bewarna biru kegelapan itu.Manakala jika dipasifkan ayat ini akan menjadi Baju yang bewarna biru kegelapan di sukai oleh Ali. Dalam contoh d) pula kami membawakan contoh ayat majmuk aktif komplemen yang ditandai dengan perkataan bahawa.Contoh ayat tersebut ialah Kerajaan menerangkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan.Jika dipasifkan ia akan menjadiEkonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan sebagaimana diterangkan oleh Kerajaan Malaysia. yat majmuk gabungan Dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contoh:Kakitangan syarikat kami rajin dan berdisipiln. Encik hendak ke mesyuarat atau menghadiri seminar? Gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni satu demi satu.
  • 17. Contoh:Beliau memandang saya sambil tersenyum. Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik. Ayat majmuk pancangan Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta. Contoh: Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat langsung. Televisyen yang dibelinya mahal, padahal ada yang lebih murah. Ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk. Tiga jenis seperti yang berikut: <strong>Ayat relatif Ayat yang menggunakan kata yang. .Contoh: Lelaki yang memakai kemeja biru itu ketua baru saya. Ayat komplemen Ayat Komplemen frasa nama Ayat Komplemen frasa kerja Ayat Komplemen frasa adjektif Ayat Komplemen Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang. (a) Perkara itu amat senang. (b) Dia lulus ujian. Kata komplemen:untuk. Ayat Komplemen Frasa Nama Frasa nama boleh menduduki empat tempat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan objek sipi. Dalam konteks ini frasa nama objek tepat dan frasa nama subjek. Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad. Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram. Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat Pemuda itu mengakui bahawa dialah yang telah mengemukakan projek baru itu. Orang-orang kampung mengharapkan bahawa rancangan itu akan membawa faedah. Ayat Komplemen Frasa Kerja Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar diteruskan. Dia berasa bahawa nasihat pengurusnya itu benar. Ayat Komplemen Frasa Adjektif Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif. Saya yakin bahawa dia akan berjaya.
  • 18. Ayat Keterangan Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Wang itu bukan dengan dia sewaktu polis membuat pemeriksaan. Anak itu menangis kerana dia lapar. Ayat Majmuk Campuran Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh: Richard sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat Majmuk Pasif Ayat Majmuk Gabungan Saya menaip surat dan Amira menulis laporan. (Aktif) Surat saya taip dan laporan ditulis oleh Amira. (Pasif) Ayat Majmuk Pasif Ayat majmuk relatif Mereka menonton wayang yang seram.(Aktif) Wayang yang seram itu ditonton oleh mereka. (Pasif) Penyalahgunaan pada Kata Hubung Gabungan PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor BH PILIH L4 16 emel Huruf Alif dengan Awalan 'se-', 'ke-' dan 'di-' K ata hubung gabungan ialah jenis kata hubung yang mencantumkan dua klausa atau ayat yang sama tara sifatnya. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, sambil, serta, dan malahan. Selain kata hubung gabungan, terdapat juga kata hubung pancangan, iaitu walaupun, sewaktu, andai kata dan semoga. Banyak orang membuat kesalahan tatkala menggunakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan mesti digunakan dalam satu ayat majmuk gabungan. Kesalahan berlaku apabila ayat yang sepatutnya dihubungkan dengan kata hubung tersebut dipecah dua, mewujudkan dua ayat tunggal dengan ayat kedua dimulakan dengan kata hubung. Contoh kesalahan seperti dalam ayat berikut: untuk sarapan saya suka makan nasi lemak. Tetapi adik saya suka makan nasi goreng (sepatutnya Untuk sarapan saya suka makan
  • 19. nasi lemak tetapi adik saya suka makan nasi goreng). Dalam ayat di atas, ayat kedua dimulakan dengan kata hubung tetapi. Ini menyalahi hukum penggunaan kata hubung yang hadir sebagai unsur yang menghubungkan ayat pertama dengan ayat kedua, dan tidak sebagai permulaan ayat kedua. Ramai yang membuat kesalahan dalam penggunaan kata hubung malahan dan manakala. Perkataan malahan juga boleh disebut sebagai malah sahaja dan boleh bertukar ganti. Satu makna malahan ialah bahkan, kian bertambah atau makin bertambah. Contoh penggunaan: Aku bukan sahaja percaya akan cerita engkau itu, malahan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau. Tidak tepat jika ayat ini diubah menjadi: Aku tidak percaya akan cerita engkau itu. Malahan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau. Ayat ini salah kerana kata hubung gabungan mesti menggabungkan ayat, dan tidak memulakan ayat. Satu lagi makna malahan/ malah ialah padahal, sedangkan. Contoh penggunaan: Dia nampaknya tidak mahu pergi, malah bergerak dari tempat duduk pun tidak. Salah jika diubah menjadi: Dia nampaknya tidak mahu pergi,. Malah bergerak dari tempat duduk pun tidak. Kesimpulannya, malah/malahan tidak boleh digunakan sebagai unsur yang memulakan ayat disebabkan perkataan ini berfungsi sebagai kata hubung gabungan dan hadir sebagai unsur penghubung antara ayat-ayat yang dicantumkan menjadi ayat majmuk gabungan. Tentang kata hubung gabungan manakala, terdapat sedikit perbezaan. Manakala dapat bertugas sebagai kata hubung gabungan dan juga kata hubung pancangan keterangan. Sebagai kata hubung gabungan, manakala membawa maksud tetapi dan sedangkan. Perhatikan ayat berikut: Wanita tua itu menunggu anaknya pulang di bilik tamu, manakala suaminya menunggu di halaman rumah. Dalam ayat ini, manakala membawa erti tetapi. Salah jika di ubah ayat ini menjadi: Manakala suaminya menunggu di halaman rumah, wanita tua itu menunggu anaknya pulang di bilik
  • 20. tamu. Dalam ayat ini manakala seolah-olah berfungsi sebagai kata hubung keterangan. Ayat ini menjadi lebih salah jika dijadikan ayat yang memulakan perenggan. Berikut pula ialah ayat yang menggunakan kata hubung gabungan manakala yang bererti sedangkan. Contoh dalam ayat: Beberapa orang daripada peserta kursus masuk ikut pintu depan, manakala yang lain menggunakan pintu belakang. (bukan: Beberapa daripada peserta kursus masuk ikut pintu depan. Manakala yang lain menggunakan pintu belakang). Perkataan manakala boleh juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan yang membawa maksud apabila. Kamus Dewan menggunakan contoh ayat berikut: Ia tersenyum manakala melihat anaknya sudah terlena. Seperti dalam mana-mana ayat majmuk keterangan, susunan ayat sedemikian boleh disongsangkan, menjadi ayat ini: "Manakala melihat anaknya sudah terlena, ia tersenyum". Tetapi ingat, manakala dalam ayat ini bukan lagi kata hubung gabungan tetapi, sebaliknya, kata hubung keterangan. Paling penting, anda hendaklah tahu membezakan kata hubung gabungan daripada kata hubung keterangan. Dalam ayat majmuk keterangan, ayat kecil keterangan yang mengandungi kata hubung keterangan boleh disongsangkan, menjadi ayat (songsang) itu mempunyai kata hubung di hadapan ayat. Tidak demikian halnya dengan ayat majmuk gabungan. Maka kata hubung gabungan tidak akan hadir sebagai permulaan ayat. YAT PASIF E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya.Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta kata sendi oleh. Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini. 1 Kerja sekolah itu telah saya siapkan.
  • 21. 2 Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru 3 Menulis Jawi perlu kamu ajar Siti.mengajar. 4 Kayu api itu dibelah oleh ayah. 5 Tikar sedang dianyam oleh mereka Jenis-jenis Ayat Pasif a) Ayat Pasif Diri Pertama Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Rumah itu saya bina. 2. Kereta itu kami beli. 3. Jambatan itu aku robohkan. 4. b) Ayat Pasif Diri Kedua Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Jam tangan itu kamu beli? 2. Kasut kulit itu awak gilap? 3. Buku novel itu anda baca? c) Ayat Pasif Diri Ketiga Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka. 2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam. 3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia. Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. Untuk itu elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya. Contoh: 1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X) b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√) 2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X) b) Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√) 3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X) b) Nasi itu telah saya tanak. (√) 4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X) b) Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√) Nota: Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza daripada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.