SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
HBAE1203 1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
HBAE1203
PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
MATRICULATION NO : 811222115233001
IDENTITY CARD NO. : 811222115233
TELEPHONE NO. : 013-9255030
E-MAIL : germking@gmail.com
LEARNING CENTRE : TERENGGANU LEARNING CENTRE
HBAE1203 2
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1 PENGENALAN 2
2 DEFINISI KREATIVITI 2
3 KEPENTINGAN KREATIVITI 3
4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN
KREATIVITI
4
5 5 TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF
FISHER
5
6 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI MELALUI PENDEKATAN
PEMIKIRAN KREATIF FISHER
7
7 IMPLIKASI PENDEKATAN FISHER TERHADAP
PERKEMBANGAN KREATIVITI MURID
10
8 KESIMPULAN 13
9 RUJUKAN 14
HBAE1203 3
PENGENALAN
Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan
dan matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yang
dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam
pendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatif
memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri
daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah
chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003).
Justeru, kajian kali ini akan membincangkan tentang tahap perkembangan kreativiti
Fisher dan pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual serta
implikasinya kepada perkembangan kreativiti murid.
DEFINISI KREATIVITI
Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya
bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan
idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Sikap tunggu dan lihat, lemah
jiwa, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, menjadikan potensi kreatif yang ada pada setiap
orang beransur lemah dan pasif.
Menurut Herbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga
pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah
suatu perkara,dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuat
metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi
mempertingkatkan daya kraetiviti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti Pendidikan
HBAE1203 4
Seni adalah diperlukan. Oleh itu, kurikulum Pendidikan Seni sewajarnya mempunyai objektif
yang menuju kearah tujuan seperti memahami dan bertindak terhadap aspek seni, mengetahui
pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan
membuat dan menggunakan pertimbangkan estetik dan kualiti karya seni.
Terdapat banyak pengertian tentang kreativiti yang dikemukakan oleh pakar-pakar
berkaitan dengannya. Antaranya ialah menurut June King McFee, kreativiti ialah keupayaan
mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia
ada, menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada suatu
organisasi yang baru dan berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu
kepada sisitem organisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.
Manakala menurut E. Paul Torrance, pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan,
pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanipulasi sesuatu dan semasa bermain
tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran dan keesahan. Donald W. Mac Kinnon pula
menyatakan bahawa individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya, mempunyai aras
intelektual yang tinggi, berfikiran terbuka bagi mendapatkan pengalaman dan kepekaan estetik,
berdikari dalam aspek berfikir dan bertindak dan berusaha menyelesaikan sebarang masalah
yang dihadapi.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan
sesuatu yang kreatif, baru dan asli.Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti
sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
KEPENTINGAN KREATIVITI
Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya
bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan
idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Sikap tunggu dan lihat, lemah
jiwa, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, menjadikan potensi kreatif yang ada pada setiap
orang beransur lemah dan pasif.
HBAE1203 5
Aktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak
menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini
menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk
mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam
memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka
berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk
menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk
kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa
bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.
PENGAJARAN DAN PENBELAJARAN DAN KREATIVITI
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat
menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang
diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar
untuk terus belajar. Dan juga dapat menambah baik apa yang sedia ada pada pelajar.
Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu
menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat
mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan
pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan
kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan
meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.
Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan
berkesan. Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental.
Pembelajaran kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut.
HBAE1203 6
Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih
bersifat aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah
sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif.
Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.
5 TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER
Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu:
• Peringkat Rangsangan
• Peringkat Penerokaan
• Peringkat Perancangan
• Peringkat Aktiviti
• Peringkat Kajian Semula
Mari kita lihat perincian tahap perkembangan pemikiran kreatif yang dinyatakan oleh Fisher
( 1943 ).
Peringkat Rangsangan
Kebiasaannya, pemikiran kreatif perlu dirangsang dengan mengajukan pelbagai bentuk
soalan seperti apa, siapa, kenapa, bagaimana dan sebagainya. Selain itu, guru sepatutnya
merangsang murid berinteraksi secara aktif bagi meluahkan pendapat dan seterusnya perasaan
ingin tahu pelajar akan menjadi lebih mendalam. Guru juga perlu memainkan peranan dengan
lebih mendalam bagi membentuk kekreatifan pelajar dengan memberi soalan kritikal dan
mencabar kepada pelajar.
HBAE1203 7
Peringkat Penerokaan
Dalam peringkat penerokaan, pelajar lebih banyak berfikir lebih ke depan. Pada peringkat
ini, pelajar akan mencuba sedaya upaya mereka untuk meyelesaikan sesuatu masalah mengikut
tahap kebolehan masing-masing. Mungkin daripada segi sosial murid yang suka bergaul dengan
ramai kawan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang membuatkan pemikirannya menjadi
lebih matang dan seterusnya membentuk kreativiti yang agak baik berbanding kawan mereka
yang hanya suka bermain di halaman rumah masing-masing sahaja.
Peringkat Perancangan
Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif bagi merancang sesuatu aktiviti dan
merekodkan segala butiran dalam hal yang dilakukan. Kebiasaannya aktiviti pada peringkat ini
terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
Rajah 1 : Peringkat Perancangan
PERANCANGANPERANCANGAN
VERBAL
Perbincangan
Pemerhatian
Interaksi
VERBAL
Perbincangan
Pemerhatian
Interaksi
VISUAL
Visual
Graf
Imej Lukisan
VISUAL
Visual
Graf
Imej Lukisan
HBAE1203 8
Peringkat Aktiviti
Bagi peringkat aktiviti, idea yang kreatif biasanya bermula dari cetusan idea. Setelah
merencana segala aktiviti, barulah pemikiran kreatif akan terbentuk di dalam buah fikiran. Selain
itu juga, pelajar sewajarnya menzahirkan persoalan-persoalan yang bakal membantu mereka
dalam menjana kreativiti dan membangkitkan perkembangan dalam diri kanak-kanak.
Peringkat Kajian Semula
Pada peringkat ini, kita boleh melihat semula sejauh manakah keberhasilan sesuatu
objektif kerja. Pemikiran kreatif akan memberi idea yang bernas bagi mengelakkan kejadian
yang tidak sepatutnya berlaku atau berulang lagi. Pelajar diberi kebebasan untuk memberi
pendapat atau komen terhadap apa yang telah dipelajari. Sekiranya pelajar memberi pendapat,
ianya boleh membentuk sahsiah kendiri yang utuh. Perkembangan kendiri secara tak langsung
akan terbentuk di dalam diri pelajar tersebut.
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI
MELALUI PENDEKATAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER
1. Peringkat Rangsangan
Dari segi perkembangan kanak-kanak, ianya dapat membentuk keyakinan yang tinggi
dan perasaan ingin tahu akan bertambah dan seterusnya memberi keyakinan kepada mereka.
Emosi kanak-kanak juga akan bertambah yakin . Mereka akan bertambah seronok untuk
mengetahui apa yang ingin dipelajari pada hari tersebut. Daripada segi fizikal kanak-kanak
pula, mereka akan lebih bersedia untuk mengetahui sesuatu yang mungkin baru untuk
dipelajari dan dapat menarik minat yang lebih mendalam dalam mata pelajaran pendidikan
Seni visual.
HBAE1203 9
Pemikiran kreatif dapat dibentuk sekiranya rangsangan diberi terlebih dahulu sebelum
menghasilkan karya seni. Penjanaan soalan dalam pelbagai bentuk dapat menjana pemikiran
yang lebih kreatif dan merangsang minda kanak-kanak. Pemikiran kreatif juga dapat
dibentuk melalui pengalaman harian pelajar dalam kehidupan mereka. Melalui rakan
sepermainan, mereka boleh meniru gaya atau tingkahlaku pelajar lain dan secara tak
langsung dapat merangsang mindanya menjadi lebih kreatif.
2. Peringkat Penerokaan
Adakala pada peringkat ini, kanak-kanak yang berfikiran kreatif amat suka mencari
jalan penyelesaian sendiri melalui pelbagai cara dan juga gaya. Ini dapat kita lihat melalui
emosi seseorang kanak-kanak yang suka marah atau merajuk. Sekiranya hal sedemikian
berlaku, kanak-kanak akan membuat keputusan yang terburu-buru yang adakalanya boleh
membahayakan mereka sendiri. Kalau kita lihat daripada segi sudut Pendidikan Seni Visual
pula, kanak-kanak ini akan meluahkan emosinya melalui hasil seni mereka.
Kita dapat lihat melalui aras soalan penilaian dalam Taksonomi Bloom yang
memerlukan pelajar memberi jawapan dalam bentuk subjektif dan lebih terbuka. Ini memberi
kita gambaran jelas terhadap pelajar bahawa faktor fizikal pelajar juga boleh memainkan
peranan dalam pembentukan pelajar yang mempunyai daya kekreatifan yang tinggi
berbanding pelajar yang lain. Mungkin juga akibat gaya peniruan daripada abang atau kakak
mereka, membuatkan pelajar itu mempunyai daya kreativiti yang tinggi berbanding pelajar
yang tidak mempunyai abang atau kakak. Pelajar seperti ini suka meneroka sesuatu yang
baru walaupun pada hakikat sebenarnya bukan pada tahap pemikirannya lagi. Aspek
penerokaan ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk kreativiti dan
perkembangan diri kanak-kanak iaitu daripada segi sosial, emosi mahupun fizikal.
3. Peringkat Perancangan
Merujuk kepada perkembangan pelajar, peringkat secara verbal membolehkan
pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif kerana hasil daripada perbincangan dan interaksi,
pelajar akan lebih memahami kehendak soalan atau kemahiran dalam mata pelajaran
HBAE1203 10
pendidikan seni visual. Sekiranya melalui pemerhatian, pelajar akan melihat dengan jelas apa
yang dilihat dan mengaplikasikannya sewaktu pembelajaran berlaku.
Daripada segi emosi, pelajar akan bertambah yakin dan perasaan ingin tahu mereka
untuk membuat sesuatu semakin bercambah dan berkualiti. Contohnya melalui perancangan
visual, pelajar akan lebih memahami benda maujud dan dilihat. Mereka akan imaginasikan
benda yang dilihat dalam menghasilkan karya yang lebih kreatif berbanding pelajar yang
belum menggunakan peringkat perancangan ini. Mereka juga akan mudah memahami apa
yang diajar oleh guru tanpa mengharapkan penjelasan secara panjang lebar.
Secara umumnya, peringkat perancangan dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan
merangsang pemikiran kanak-kanak. Selain itu juga, kreativiti dapat dibentuk sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Mereka akan diajar mengikut langkah demi langkah .
Idea yang dikeluarkan oleh pelajar menjadi lebih kreatif dan berkualiti berbanding sebelum
ini.
4. Peringkat Aktiviti
Dalam perkembangan diri kanak-kanak, peringkat aktiviti ini membolehkan mereka
menjana pendapat atau pandangan mereka dengan lebih bernas. Tindakan yang diambil
sewaktu aktiviti dijalankan memberi kesan yang baik dalam pemikiran mereka. Perbuatan
mereka akan menampakkan kematangan dalam berkarya dan hasilannya menjadi lebih
kreatif. Daripada segi sosial, emosi dan fizikal pula mereka akan menjadi lebih matang dalam
berkarya. Pelajar-pelajar akan menunjukkan bakat mereka melalui idea-idea yang bernas
sewaktu aktiviti dijalankan.
Persoalan-persoalan yang timbul dibenak sewaktu proses aktiviti berlaku akan
memberi impak yang mendalam ketika menghasilkan karya seni. Mereka akan bergiat lebih
aktif bagi menghasilkan karya seni yang bermutu. Aktiviti juga boleh merangsang minda
kanak-kanak yang agak lemah ke arah yang lebih produktif dan kreatif. Ini dapat
mewujudkan pesekitaran yang lebih kondusif sewaktu melakukan sebarang aktiviti. Suasana
ini dapat menarik minat pelajar untuk mengetahui apa yang hendak diajar dan minat mereka
menjadi lebih baik daipada sebelumnya.
HBAE1203 11
5. Peringkat Kajian Semula
Kajian semula juga dapat membentuk pelajar menjadi insan yang berfikiran
kehadapan dan sejajar dengan kehendak Falsafah pendidikan Negara. Pemikiran kreatif akan
terbentuk secara tak langsung sekiranya kajian semula dapat dilaksanakan kerana dalam
peringkat ini pelajar dapat menilai kebolehan sendiri dan dapat mengemukakan idea idea
yang bernas dan ini membantu guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
IMPLIKASI PENDEKATAN FISHER TERHADAP
PERKEMBANGAN KREATIVITI MURID
Pembelajaran di dalam bilik darjah mestilah seiring dengan perkembangan kreativiti kanak-
kanak. Melalui cara sebegini, kanak-kanadapat meluahkan perasaan mereka dengan lebih kreatif.
Proses aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak mencipta sesuatu dngan menggunakan idea
masing-masing. Kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea dan seterusnya
menerokai dalam mendapat keputusan daripada proses seni yang dihasilkan. Namun begitu,
perkembangan kreativiti dalam pembelajaran terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
Keaslian
Keaslian bermaksud kebolehan kanak-kanak menghasilkan idea yang baharu dan segar. Adakala
idea yang dikeluarkan sememangnya luar biasa dan boleh dikatakan hanya sebilangan kecil
individu-individu sahaja yang boleh menghasilkan idea sebegini. Idea yang dikemukakan tidak
akan sama dengan pelajar lain dan tidak sama dengan idea sebelum itu. Idea yang dihasilkan juga
masih lagi belum dikeluarkan sebelum ini.
Sewaktu pembelajaran berlaku, guru seharusnya menitik beratkan soal-soal idea yang baharu dan
tidak hanya sekadar kepada idea guru semata-mata. Guru sepatutnya membimbing pelajar untuk
memikirkan bagaimana untuk mengeluarkan buah fikiran yang baharu tanpa menciplak idea
orang lain .Guru juga semestinya mengajukan soalan-soalan yang boleh membuka minda pelajar
HBAE1203 12
bagi merangsang minda mereka dan seterusnya menzahirkan idea yang kreatif dan keasliannya
tidak boleh diragui.
Kelancaran
Kelancaran membawa maksud kebolehan kanak-kanak menghasilkan idea yang banyak. Namun
begitu, adakala idea yang dihasilkan berkaitan tugasan berkemungkinan benar atau tidak benar
dan masih lagi boleh diterima pakai serta logik. Ini bergantung kepada guru bagi memilih idea
tersebut sama ada boleh dipakai atau sebaliknya. Kelancaran juga membawa maksud idea yang
diberi secara berterusan tanpa merencatkan proses pembelajaran dan sekiranya ini berlaku,
mungkin proses pengajaran akan menjadi pasif dan murid akan menjadi kurang berminat untuk
belajar. Idea yang diberi juga mempunyai makna dan bermaksud.
Ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan,kelancaran memainkan peranan yang penting
dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif serta minat murid terhadap apa yang diajar
oleh guru.Murid akan memberi respon dalam bentuk idea yang berterusan dan banyak.Peranan
guru ketika itu,perlulah memilih idea yang boleh diguna pakai atau sebaliknya.Ini juga ada
kaitan dengan peranan guru memasukkan elemen-elemen Perkembangan Fisher yang mahukan
pelajar diberi rangsangan bagi mendapatkan idea yang baharu serta bernas.
Keanjalan
Keanjalan merupakan sejauh manakah kanak-kanak mengembangkan idea serta mempelbagaikan
sesuatu idea mengikut kreativiti masing-masing. Idea yang dikemukakan boleh diubah suai dan
ditokok tambah menjadi lebih kreatif dan berfungsi. Selain itu juga, keanjalan membawa maksud
kebolehan kanak-kanak memberi contoh berkaitan tugasan seta dapat meluahkan perasaan
tentang idea yang diwar-warkan. Kanak-kanak juga boleh memberi buah fikiran mengikut
kategori dan aspek tertentu dalam seni.
Merujuk dalam pembelajaran di dalam kelas,keanjaalan juga boleh memberi kebebasan kepada
pelajar untuk meluahkan idea mereka secara lebih bebas mengikut fahaman masing-
HBAE1203 13
masing.Kanak-kanak juga dikehendaki mengubah suai idea mengikut kebolehan masing-masing
supaya karya yang dihasilkan tidak hanya tertumpu pada suatu kategori atau aspek
sahaja.Sebaliknya,keanjalan juga membantu kanak-kanak berkarya dengan lebih bebas dan
bertindak lebih aktif mengikut kreativiti mereka.
Kepekaan
Kebolehan kanak-kanak menghuraikan idea dengan baik dan terperinci serta bersistematik.
Kanak-kanak menyusun idea dengan mengikut urutan dan mereka mudah memahami apa yang
disampaikan. Kepekaan juga dapat dihuraikan secara bentuk butiran atau bahagian kepada yang
lebih khusus dan terperinci. Kanak-kanak yang kreatif juga boleh menyusun idea yang terperinci
mengikut kreativiti mereka tanpa mendapat arahan atau bimbingan daripada guru sewaktu proses
pembelajaran berlaku.
Di dalam kelas,pelajar sepatutnya mengambil berat tentang soal-soal hasil karya
mereka.Kepekaan memainkan peranan dalam membentuk pelajar yang lebih berdisiplin dan
secara tak langsung mereka akan memberikan impak yang maksima dalam menghuraikan idea
secara bersistematik dan tersusun.Kanak-kanak menunjukkan kekreatifan mereka dengan
menghuraikan sesuatu permasalahan secara lebih terperinci mengikut bahagian yang lebih
khusus,tersusun.terperinci tanpa melibatkan panduan guru.
HBAE1203 14
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Perkembangan Kreativiti Fisher memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan kanak-kanak yang kreatif dan berkebolehan dalam menghasilkan
karya seni. Contoh yang terbaik dalam pekembangan ini ialah menekankan aspek rangsangan di
mana kanak-kanak diajukan pelbagai soalan seperti apa, mengapa, siapa dan bagaimana. Hasil
daripada persoalan yang dikemukakan dapat merangsang minda yang membuatkan kanak-kanak
terus berfikir dengan kreatif bagi mencapai apa yang diingini dalam berkarya.
Teori perkembangan kreativiti Fisher memberi inspirasi dan panduan berguna kepada
pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia seni kratif murid-
murid.Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau
kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.Teori ini juga penting untuk membantu guru
mengembangkan bakat seni muird-murid sekolah kerana perkembangan kognitif individu dapat
digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan
maklumat.Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai
cara. Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang
paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya
dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang
baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.
HBAE1203 15
RUJUKAN
Dr Haji Abdul Shukor Hashim (2012) Modul Perkembangan Seni Kanak-Kanak ,
Selangor,Open University Malaysia.
Lowenfeld,V.and Brittain ,(1957).Creative and Mental Growth(8th
edition),New York:Mac
Millan.
Al Hurwitz & Day,M.(1995) Children and Their Art,Harcourt Brace College Pub.Texas.
Efland,A.(1997).Planning Art Education in Middle/Secondary Schools,Ohio,USA.
Kementerian pendidikan Malaysia.(2000)Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Idroes.(2001).Panorama Teks Pendidikan Seni.Subang Jaya:Pan Asia
http://www.arteducationstudio.com/viktor.htm
26 Jun 2012, 2.00 am
http://www.faculty.de.gcsu.edu/cbader/Torrance.html
26 Jun 2012 , 1.00 am
http://lyamiden.blogspot.com/2011/12/pengenalan-dan-pengertian-kreativiti.html
1 Julai 2012 , 12.00 am
http://eprints.utm.my/11780/1/Inovasi_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Dalam_Kalangan_Guru.
pdf 1 Julai 2012, 12.00 am
http://www.sabah.edu.my/itma128/Kreativiti&Estetika.html
3 Julai 2012, 12.00 am

More Related Content

What's hot

What's hot (19)

Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
 
Emk dalam m3
Emk dalam m3Emk dalam m3
Emk dalam m3
 
700203015788 158362 final
700203015788 158362 final700203015788 158362 final
700203015788 158362 final
 
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgkti (penyelidikan pencetus kreativiti & i...
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgkti (penyelidikan pencetus kreativiti & i...Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgkti (penyelidikan pencetus kreativiti & i...
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgkti (penyelidikan pencetus kreativiti & i...
 
Asgmt seni 1403 (repaired)
Asgmt seni 1403 (repaired)Asgmt seni 1403 (repaired)
Asgmt seni 1403 (repaired)
 
Slot 4 kreativiti
Slot 4   kreativitiSlot 4   kreativiti
Slot 4 kreativiti
 
P
PP
P
 
Kreativiti dalam PnP
Kreativiti dalam PnPKreativiti dalam PnP
Kreativiti dalam PnP
 
Prinsip teknoogi pengajaran
Prinsip teknoogi pengajaranPrinsip teknoogi pengajaran
Prinsip teknoogi pengajaran
 
Kreativiti present
Kreativiti presentKreativiti present
Kreativiti present
 
Emk kreativiti
Emk kreativitiEmk kreativiti
Emk kreativiti
 
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Slaid kbat
Slaid kbatSlaid kbat
Slaid kbat
 
Pembel menyenangkan (paikem)
Pembel menyenangkan (paikem)Pembel menyenangkan (paikem)
Pembel menyenangkan (paikem)
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakul
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaTKemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
 
2. apa itu kbat
2. apa itu kbat2. apa itu kbat
2. apa itu kbat
 

Similar to PERKEMBANGAN SENI

Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
PROPOSAL PENELITIAN UNDANA
PROPOSAL PENELITIAN UNDANAPROPOSAL PENELITIAN UNDANA
PROPOSAL PENELITIAN UNDANAetto kono
 
Grafik dan huraian
Grafik dan huraianGrafik dan huraian
Grafik dan huraianBukhary Ar
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAhmad NazRi
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakMazri Muhammad
 
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemStrategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemSyam Sheya
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanFlorida Hunay
 
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemStrategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemSyam Sheya
 
Revolusi Pembelajaran Ppt
Revolusi Pembelajaran PptRevolusi Pembelajaran Ppt
Revolusi Pembelajaran PptWARGA SALAPAN
 
Revolusi pembelajaran ppt
Revolusi pembelajaran pptRevolusi pembelajaran ppt
Revolusi pembelajaran pptWARGA SALAPAN
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kreativitas kelompok 5
Faktor faktor yang mempengaruhi kreativitas kelompok 5Faktor faktor yang mempengaruhi kreativitas kelompok 5
Faktor faktor yang mempengaruhi kreativitas kelompok 5yona juita
 

Similar to PERKEMBANGAN SENI (20)

Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
Bahan p.seni
Bahan p.seniBahan p.seni
Bahan p.seni
 
PROPOSAL PENELITIAN UNDANA
PROPOSAL PENELITIAN UNDANAPROPOSAL PENELITIAN UNDANA
PROPOSAL PENELITIAN UNDANA
 
Corak dan rekaan
Corak dan rekaanCorak dan rekaan
Corak dan rekaan
 
Hbae1403
Hbae1403Hbae1403
Hbae1403
 
Grafik dan huraian
Grafik dan huraianGrafik dan huraian
Grafik dan huraian
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
 
Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4
 
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemStrategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan
 
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemStrategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
 
5 fasa needham
5 fasa needham5 fasa needham
5 fasa needham
 
Revolusi Pembelajaran Ppt
Revolusi Pembelajaran PptRevolusi Pembelajaran Ppt
Revolusi Pembelajaran Ppt
 
Revolusi pembelajaran ppt
Revolusi pembelajaran pptRevolusi pembelajaran ppt
Revolusi pembelajaran ppt
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kreativitas kelompok 5
Faktor faktor yang mempengaruhi kreativitas kelompok 5Faktor faktor yang mempengaruhi kreativitas kelompok 5
Faktor faktor yang mempengaruhi kreativitas kelompok 5
 
Rini Sri Wahyuni
Rini Sri WahyuniRini Sri Wahyuni
Rini Sri Wahyuni
 

Recently uploaded

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 

Recently uploaded (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 

PERKEMBANGAN SENI

  • 1. HBAE1203 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK MATRICULATION NO : 811222115233001 IDENTITY CARD NO. : 811222115233 TELEPHONE NO. : 013-9255030 E-MAIL : germking@gmail.com LEARNING CENTRE : TERENGGANU LEARNING CENTRE
  • 2. HBAE1203 2 ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT 1 PENGENALAN 2 2 DEFINISI KREATIVITI 2 3 KEPENTINGAN KREATIVITI 3 4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN KREATIVITI 4 5 5 TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER 5 6 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI MELALUI PENDEKATAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER 7 7 IMPLIKASI PENDEKATAN FISHER TERHADAP PERKEMBANGAN KREATIVITI MURID 10 8 KESIMPULAN 13 9 RUJUKAN 14
  • 3. HBAE1203 3 PENGENALAN Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatif memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003). Justeru, kajian kali ini akan membincangkan tentang tahap perkembangan kreativiti Fisher dan pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual serta implikasinya kepada perkembangan kreativiti murid. DEFINISI KREATIVITI Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Sikap tunggu dan lihat, lemah jiwa, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, menjadikan potensi kreatif yang ada pada setiap orang beransur lemah dan pasif. Menurut Herbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara,dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan daya kraetiviti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti Pendidikan
  • 4. HBAE1203 4 Seni adalah diperlukan. Oleh itu, kurikulum Pendidikan Seni sewajarnya mempunyai objektif yang menuju kearah tujuan seperti memahami dan bertindak terhadap aspek seni, mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan membuat dan menggunakan pertimbangkan estetik dan kualiti karya seni. Terdapat banyak pengertian tentang kreativiti yang dikemukakan oleh pakar-pakar berkaitan dengannya. Antaranya ialah menurut June King McFee, kreativiti ialah keupayaan mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada, menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada suatu organisasi yang baru dan berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu kepada sisitem organisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru. Manakala menurut E. Paul Torrance, pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanipulasi sesuatu dan semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran dan keesahan. Donald W. Mac Kinnon pula menyatakan bahawa individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya, mempunyai aras intelektual yang tinggi, berfikiran terbuka bagi mendapatkan pengalaman dan kepekaan estetik, berdikari dalam aspek berfikir dan bertindak dan berusaha menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli.Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. KEPENTINGAN KREATIVITI Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Sikap tunggu dan lihat, lemah jiwa, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, menjadikan potensi kreatif yang ada pada setiap orang beransur lemah dan pasif.
  • 5. HBAE1203 5 Aktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. PENGAJARAN DAN PENBELAJARAN DAN KREATIVITI Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan juga dapat menambah baik apa yang sedia ada pada pelajar. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut.
  • 6. HBAE1203 6 Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. 5 TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: • Peringkat Rangsangan • Peringkat Penerokaan • Peringkat Perancangan • Peringkat Aktiviti • Peringkat Kajian Semula Mari kita lihat perincian tahap perkembangan pemikiran kreatif yang dinyatakan oleh Fisher ( 1943 ). Peringkat Rangsangan Kebiasaannya, pemikiran kreatif perlu dirangsang dengan mengajukan pelbagai bentuk soalan seperti apa, siapa, kenapa, bagaimana dan sebagainya. Selain itu, guru sepatutnya merangsang murid berinteraksi secara aktif bagi meluahkan pendapat dan seterusnya perasaan ingin tahu pelajar akan menjadi lebih mendalam. Guru juga perlu memainkan peranan dengan lebih mendalam bagi membentuk kekreatifan pelajar dengan memberi soalan kritikal dan mencabar kepada pelajar.
  • 7. HBAE1203 7 Peringkat Penerokaan Dalam peringkat penerokaan, pelajar lebih banyak berfikir lebih ke depan. Pada peringkat ini, pelajar akan mencuba sedaya upaya mereka untuk meyelesaikan sesuatu masalah mengikut tahap kebolehan masing-masing. Mungkin daripada segi sosial murid yang suka bergaul dengan ramai kawan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang membuatkan pemikirannya menjadi lebih matang dan seterusnya membentuk kreativiti yang agak baik berbanding kawan mereka yang hanya suka bermain di halaman rumah masing-masing sahaja. Peringkat Perancangan Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif bagi merancang sesuatu aktiviti dan merekodkan segala butiran dalam hal yang dilakukan. Kebiasaannya aktiviti pada peringkat ini terbahagi kepada 3 komponen iaitu: Rajah 1 : Peringkat Perancangan PERANCANGANPERANCANGAN VERBAL Perbincangan Pemerhatian Interaksi VERBAL Perbincangan Pemerhatian Interaksi VISUAL Visual Graf Imej Lukisan VISUAL Visual Graf Imej Lukisan
  • 8. HBAE1203 8 Peringkat Aktiviti Bagi peringkat aktiviti, idea yang kreatif biasanya bermula dari cetusan idea. Setelah merencana segala aktiviti, barulah pemikiran kreatif akan terbentuk di dalam buah fikiran. Selain itu juga, pelajar sewajarnya menzahirkan persoalan-persoalan yang bakal membantu mereka dalam menjana kreativiti dan membangkitkan perkembangan dalam diri kanak-kanak. Peringkat Kajian Semula Pada peringkat ini, kita boleh melihat semula sejauh manakah keberhasilan sesuatu objektif kerja. Pemikiran kreatif akan memberi idea yang bernas bagi mengelakkan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku atau berulang lagi. Pelajar diberi kebebasan untuk memberi pendapat atau komen terhadap apa yang telah dipelajari. Sekiranya pelajar memberi pendapat, ianya boleh membentuk sahsiah kendiri yang utuh. Perkembangan kendiri secara tak langsung akan terbentuk di dalam diri pelajar tersebut. PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI MELALUI PENDEKATAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER 1. Peringkat Rangsangan Dari segi perkembangan kanak-kanak, ianya dapat membentuk keyakinan yang tinggi dan perasaan ingin tahu akan bertambah dan seterusnya memberi keyakinan kepada mereka. Emosi kanak-kanak juga akan bertambah yakin . Mereka akan bertambah seronok untuk mengetahui apa yang ingin dipelajari pada hari tersebut. Daripada segi fizikal kanak-kanak pula, mereka akan lebih bersedia untuk mengetahui sesuatu yang mungkin baru untuk dipelajari dan dapat menarik minat yang lebih mendalam dalam mata pelajaran pendidikan Seni visual.
  • 9. HBAE1203 9 Pemikiran kreatif dapat dibentuk sekiranya rangsangan diberi terlebih dahulu sebelum menghasilkan karya seni. Penjanaan soalan dalam pelbagai bentuk dapat menjana pemikiran yang lebih kreatif dan merangsang minda kanak-kanak. Pemikiran kreatif juga dapat dibentuk melalui pengalaman harian pelajar dalam kehidupan mereka. Melalui rakan sepermainan, mereka boleh meniru gaya atau tingkahlaku pelajar lain dan secara tak langsung dapat merangsang mindanya menjadi lebih kreatif. 2. Peringkat Penerokaan Adakala pada peringkat ini, kanak-kanak yang berfikiran kreatif amat suka mencari jalan penyelesaian sendiri melalui pelbagai cara dan juga gaya. Ini dapat kita lihat melalui emosi seseorang kanak-kanak yang suka marah atau merajuk. Sekiranya hal sedemikian berlaku, kanak-kanak akan membuat keputusan yang terburu-buru yang adakalanya boleh membahayakan mereka sendiri. Kalau kita lihat daripada segi sudut Pendidikan Seni Visual pula, kanak-kanak ini akan meluahkan emosinya melalui hasil seni mereka. Kita dapat lihat melalui aras soalan penilaian dalam Taksonomi Bloom yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam bentuk subjektif dan lebih terbuka. Ini memberi kita gambaran jelas terhadap pelajar bahawa faktor fizikal pelajar juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan pelajar yang mempunyai daya kekreatifan yang tinggi berbanding pelajar yang lain. Mungkin juga akibat gaya peniruan daripada abang atau kakak mereka, membuatkan pelajar itu mempunyai daya kreativiti yang tinggi berbanding pelajar yang tidak mempunyai abang atau kakak. Pelajar seperti ini suka meneroka sesuatu yang baru walaupun pada hakikat sebenarnya bukan pada tahap pemikirannya lagi. Aspek penerokaan ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk kreativiti dan perkembangan diri kanak-kanak iaitu daripada segi sosial, emosi mahupun fizikal. 3. Peringkat Perancangan Merujuk kepada perkembangan pelajar, peringkat secara verbal membolehkan pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif kerana hasil daripada perbincangan dan interaksi, pelajar akan lebih memahami kehendak soalan atau kemahiran dalam mata pelajaran
  • 10. HBAE1203 10 pendidikan seni visual. Sekiranya melalui pemerhatian, pelajar akan melihat dengan jelas apa yang dilihat dan mengaplikasikannya sewaktu pembelajaran berlaku. Daripada segi emosi, pelajar akan bertambah yakin dan perasaan ingin tahu mereka untuk membuat sesuatu semakin bercambah dan berkualiti. Contohnya melalui perancangan visual, pelajar akan lebih memahami benda maujud dan dilihat. Mereka akan imaginasikan benda yang dilihat dalam menghasilkan karya yang lebih kreatif berbanding pelajar yang belum menggunakan peringkat perancangan ini. Mereka juga akan mudah memahami apa yang diajar oleh guru tanpa mengharapkan penjelasan secara panjang lebar. Secara umumnya, peringkat perancangan dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan merangsang pemikiran kanak-kanak. Selain itu juga, kreativiti dapat dibentuk sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Mereka akan diajar mengikut langkah demi langkah . Idea yang dikeluarkan oleh pelajar menjadi lebih kreatif dan berkualiti berbanding sebelum ini. 4. Peringkat Aktiviti Dalam perkembangan diri kanak-kanak, peringkat aktiviti ini membolehkan mereka menjana pendapat atau pandangan mereka dengan lebih bernas. Tindakan yang diambil sewaktu aktiviti dijalankan memberi kesan yang baik dalam pemikiran mereka. Perbuatan mereka akan menampakkan kematangan dalam berkarya dan hasilannya menjadi lebih kreatif. Daripada segi sosial, emosi dan fizikal pula mereka akan menjadi lebih matang dalam berkarya. Pelajar-pelajar akan menunjukkan bakat mereka melalui idea-idea yang bernas sewaktu aktiviti dijalankan. Persoalan-persoalan yang timbul dibenak sewaktu proses aktiviti berlaku akan memberi impak yang mendalam ketika menghasilkan karya seni. Mereka akan bergiat lebih aktif bagi menghasilkan karya seni yang bermutu. Aktiviti juga boleh merangsang minda kanak-kanak yang agak lemah ke arah yang lebih produktif dan kreatif. Ini dapat mewujudkan pesekitaran yang lebih kondusif sewaktu melakukan sebarang aktiviti. Suasana ini dapat menarik minat pelajar untuk mengetahui apa yang hendak diajar dan minat mereka menjadi lebih baik daipada sebelumnya.
  • 11. HBAE1203 11 5. Peringkat Kajian Semula Kajian semula juga dapat membentuk pelajar menjadi insan yang berfikiran kehadapan dan sejajar dengan kehendak Falsafah pendidikan Negara. Pemikiran kreatif akan terbentuk secara tak langsung sekiranya kajian semula dapat dilaksanakan kerana dalam peringkat ini pelajar dapat menilai kebolehan sendiri dan dapat mengemukakan idea idea yang bernas dan ini membantu guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. IMPLIKASI PENDEKATAN FISHER TERHADAP PERKEMBANGAN KREATIVITI MURID Pembelajaran di dalam bilik darjah mestilah seiring dengan perkembangan kreativiti kanak- kanak. Melalui cara sebegini, kanak-kanadapat meluahkan perasaan mereka dengan lebih kreatif. Proses aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak mencipta sesuatu dngan menggunakan idea masing-masing. Kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea dan seterusnya menerokai dalam mendapat keputusan daripada proses seni yang dihasilkan. Namun begitu, perkembangan kreativiti dalam pembelajaran terbahagi kepada empat bahagian iaitu: Keaslian Keaslian bermaksud kebolehan kanak-kanak menghasilkan idea yang baharu dan segar. Adakala idea yang dikeluarkan sememangnya luar biasa dan boleh dikatakan hanya sebilangan kecil individu-individu sahaja yang boleh menghasilkan idea sebegini. Idea yang dikemukakan tidak akan sama dengan pelajar lain dan tidak sama dengan idea sebelum itu. Idea yang dihasilkan juga masih lagi belum dikeluarkan sebelum ini. Sewaktu pembelajaran berlaku, guru seharusnya menitik beratkan soal-soal idea yang baharu dan tidak hanya sekadar kepada idea guru semata-mata. Guru sepatutnya membimbing pelajar untuk memikirkan bagaimana untuk mengeluarkan buah fikiran yang baharu tanpa menciplak idea orang lain .Guru juga semestinya mengajukan soalan-soalan yang boleh membuka minda pelajar
  • 12. HBAE1203 12 bagi merangsang minda mereka dan seterusnya menzahirkan idea yang kreatif dan keasliannya tidak boleh diragui. Kelancaran Kelancaran membawa maksud kebolehan kanak-kanak menghasilkan idea yang banyak. Namun begitu, adakala idea yang dihasilkan berkaitan tugasan berkemungkinan benar atau tidak benar dan masih lagi boleh diterima pakai serta logik. Ini bergantung kepada guru bagi memilih idea tersebut sama ada boleh dipakai atau sebaliknya. Kelancaran juga membawa maksud idea yang diberi secara berterusan tanpa merencatkan proses pembelajaran dan sekiranya ini berlaku, mungkin proses pengajaran akan menjadi pasif dan murid akan menjadi kurang berminat untuk belajar. Idea yang diberi juga mempunyai makna dan bermaksud. Ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan,kelancaran memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif serta minat murid terhadap apa yang diajar oleh guru.Murid akan memberi respon dalam bentuk idea yang berterusan dan banyak.Peranan guru ketika itu,perlulah memilih idea yang boleh diguna pakai atau sebaliknya.Ini juga ada kaitan dengan peranan guru memasukkan elemen-elemen Perkembangan Fisher yang mahukan pelajar diberi rangsangan bagi mendapatkan idea yang baharu serta bernas. Keanjalan Keanjalan merupakan sejauh manakah kanak-kanak mengembangkan idea serta mempelbagaikan sesuatu idea mengikut kreativiti masing-masing. Idea yang dikemukakan boleh diubah suai dan ditokok tambah menjadi lebih kreatif dan berfungsi. Selain itu juga, keanjalan membawa maksud kebolehan kanak-kanak memberi contoh berkaitan tugasan seta dapat meluahkan perasaan tentang idea yang diwar-warkan. Kanak-kanak juga boleh memberi buah fikiran mengikut kategori dan aspek tertentu dalam seni. Merujuk dalam pembelajaran di dalam kelas,keanjaalan juga boleh memberi kebebasan kepada pelajar untuk meluahkan idea mereka secara lebih bebas mengikut fahaman masing-
  • 13. HBAE1203 13 masing.Kanak-kanak juga dikehendaki mengubah suai idea mengikut kebolehan masing-masing supaya karya yang dihasilkan tidak hanya tertumpu pada suatu kategori atau aspek sahaja.Sebaliknya,keanjalan juga membantu kanak-kanak berkarya dengan lebih bebas dan bertindak lebih aktif mengikut kreativiti mereka. Kepekaan Kebolehan kanak-kanak menghuraikan idea dengan baik dan terperinci serta bersistematik. Kanak-kanak menyusun idea dengan mengikut urutan dan mereka mudah memahami apa yang disampaikan. Kepekaan juga dapat dihuraikan secara bentuk butiran atau bahagian kepada yang lebih khusus dan terperinci. Kanak-kanak yang kreatif juga boleh menyusun idea yang terperinci mengikut kreativiti mereka tanpa mendapat arahan atau bimbingan daripada guru sewaktu proses pembelajaran berlaku. Di dalam kelas,pelajar sepatutnya mengambil berat tentang soal-soal hasil karya mereka.Kepekaan memainkan peranan dalam membentuk pelajar yang lebih berdisiplin dan secara tak langsung mereka akan memberikan impak yang maksima dalam menghuraikan idea secara bersistematik dan tersusun.Kanak-kanak menunjukkan kekreatifan mereka dengan menghuraikan sesuatu permasalahan secara lebih terperinci mengikut bahagian yang lebih khusus,tersusun.terperinci tanpa melibatkan panduan guru.
  • 14. HBAE1203 14 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Perkembangan Kreativiti Fisher memainkan peranan yang penting dalam melahirkan kanak-kanak yang kreatif dan berkebolehan dalam menghasilkan karya seni. Contoh yang terbaik dalam pekembangan ini ialah menekankan aspek rangsangan di mana kanak-kanak diajukan pelbagai soalan seperti apa, mengapa, siapa dan bagaimana. Hasil daripada persoalan yang dikemukakan dapat merangsang minda yang membuatkan kanak-kanak terus berfikir dengan kreatif bagi mencapai apa yang diingini dalam berkarya. Teori perkembangan kreativiti Fisher memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia seni kratif murid- murid.Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan bakat seni muird-murid sekolah kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat.Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.
  • 15. HBAE1203 15 RUJUKAN Dr Haji Abdul Shukor Hashim (2012) Modul Perkembangan Seni Kanak-Kanak , Selangor,Open University Malaysia. Lowenfeld,V.and Brittain ,(1957).Creative and Mental Growth(8th edition),New York:Mac Millan. Al Hurwitz & Day,M.(1995) Children and Their Art,Harcourt Brace College Pub.Texas. Efland,A.(1997).Planning Art Education in Middle/Secondary Schools,Ohio,USA. Kementerian pendidikan Malaysia.(2000)Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Idroes.(2001).Panorama Teks Pendidikan Seni.Subang Jaya:Pan Asia http://www.arteducationstudio.com/viktor.htm 26 Jun 2012, 2.00 am http://www.faculty.de.gcsu.edu/cbader/Torrance.html 26 Jun 2012 , 1.00 am http://lyamiden.blogspot.com/2011/12/pengenalan-dan-pengertian-kreativiti.html 1 Julai 2012 , 12.00 am http://eprints.utm.my/11780/1/Inovasi_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Dalam_Kalangan_Guru. pdf 1 Julai 2012, 12.00 am http://www.sabah.edu.my/itma128/Kreativiti&Estetika.html 3 Julai 2012, 12.00 am