Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                HBAE             ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                    HBAE         ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                                                                 ...
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001                                            HBAE                                 ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Asgmt seni 1403 (repaired)

9,041 views

Published on

Asgmt seni 1403 (repaired)

  1. 1. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 6/ SEPTEMBER 2012 HBAE 1403 MENGGAMBAR NO. MATRIKULASI : 680621085206001 NAMA : NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI NO. KAD PENGNEALAN : 680621085206 NO. TELEFON : 012-7674729 E-MEL : Anne5206@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHATISI KANDUNGAN 1
  2. 2. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403BIL TAJUK/SUBTAJUK MUKA SURAT1 PENGENALAN 32 DEFINISI MENGGAMBAR 33 FUNGSI MENGGAMBAR KEPADA 3–4 PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK4 MENGGAMBAR SERTA KAITANNYA DENGAN 5–6 KEPERLUAN & KEINGINAN ASAS KANAK- KANAK5 MEDIA DALAM KEGIATAN MENGGAMBAR 6 – 106 TEORI LOWENFELD 11 – 127 KEPENTINGAN MENGGAMBAR 138 KARYA MURID & KAITANNYA DENGAN 13 - 19 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK9 KESIMPULAN 2010 BIBLIOGRAFI 21 2
  3. 3. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403PENGENALAN Menggambar merupakan bidang pertama daripada empat bidang yang diajar di dalamsubjek Pendidikan Seni Visual. Menggambar juga merupakan bidang paling asas berbandingtiga lagi bidang dalam Pendidikan Seni Visual. Bidang menggambar juga menegaskanperkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid terhadap aspek melukis sertakegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik Kegiatan yang boleh dijalankan dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj,montaj, cetakan, percikan, resis, gosokan dan mozek.DEFINISI MENGGAMBAR Menggambar bermaksud membuat atau menghasilkan gambar. Ia merupakan saturepresentasi visual sesuatu objek atau imej yang mengandungi komposisi artistik yangdihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata atau 2D. Penghasilan kerja-kerja seni atau menggambar khasnya yang menggunakan pelbagaialatan, media dan teknik sememangnya dapat menarik minat murid. Pelbagai tekstur, warnadan saiz kertas boleh digunakan. Selain itu, kertas suratkhabar, sampul surat, kertaspembungkus hadiah, majalah, kertas tisu, kadbod dan sebagainya boleh digunakan dandisesuaikan dengan karya yang hendak dihasilkan. Dalam aktiviti menggambar, alat tulis sama ada berwarna atau tidak berwarna, mediakering atau media basah boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Mediakering seperti pensel, pensel warna, pen teknikal, krayon, oil pastel dan arang sesuaidigunakan untuk aktiviti lukisan. Sementara media basah pula seperti warna air, warnaposter, akrilik, cat minyak dan sebagainya sesuai digunakan untuk aktiviti catan.FUNGSI KEGIATAN MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGANPSIKOMOTOR , KOGNITIF , EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembangmengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yangdihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. 3
  4. 4. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan danpembangunan dari pelbagai aspek. 1. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikanseni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Di dalam aktiviti menggambar, penggunaan pensel krayon mungkin kurang sesuai bagi kanak-kanak berusia 7 ke bawah, memandangkan saiz pensel krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz pensel warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensel tersebut. Pensel yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensel dengan kemas. Kemahiran genggaman seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan psikomotor mereka. Seperti menulis, menggambar dapat melatih gerak tangan untuk menghasilkan tulisan atau bentuk gambar yang lebih baik. 2. Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak- kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Menggambar dalam bentuk apapun merupakan ekspresi dan sebahagian dari proses kreatif dan imaginasi mereka di masa kecil. Dengan menggambar, anak akan belajar mencipta atau berkreativiti, mengeluarkan idea-idea, serta memvisualisasikan dan merealisasikan imaginasinya dalam sebuah karya. 3. Aspek Sosial dan Emosi Menggambar memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan Keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Menggambar dapat membantu meningkatkan daya tumpuan, melatih daya ingatan, kesabaran, ketelitian dan ketekunan kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu. Selain sebagai bentuk ekspresi, menggambar juga dapat membantu menyalurkan bentuk-bentuk emosi yang dirasakan kanak-kanak melalui gambar. Sebagai contoh, aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Aktiviti menggambar memberi peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Selain itu, semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan 4
  5. 5. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 juga dapat dibentuk.MENGGAMBAR SERTA KAITANNYA DENGAN KEPERLUAN DAN KEINGINANASAS KANAK-KANAK Setiap orang di muka bumi ini menginginkan sesuatu. Keinginan ini merupakansuatu kehendak bagi setiap manusia supaya kehidupan menjadi lebih selesa dan sempurna.Bagi kanak-kanak, pelbagai keinginan asas yang mereka perlukan bagi melancarkanperkembangan hidup mereka secara normal. Keinginan-keinginan ini penting bagiperkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Adalah menjaditanggungjawab individu yang berada di sekeliling untuk memenuhi keinginginan kanak-kanak ini agar emosi mereka akan berada dalam keadaan stabil. Antara keinginan asaskanak-kanak ialah, 1. Keinginan untuk bergerak Secara zahirnya, setiap kanak-kanak gemar untuk bergerak. Had masa kanak-kanak boleh fokus terhadap sesuatu perkara adalah antara 3 hingga 5 minit sahaja. Jika melebihi had tersebut, kanak-kanak akan mula bergerak. Antara contoh perkara yang dilakukan apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian adalah apabila mereka mula menggoyangkan badan mereka, mencuit-cuit rakan sebelah, membuat bising dan sebagainya. 2. Keinginan untuk Berjaya dan Diperkenankan Kebiasaannya, kanak-kanak akan merasa gembira apabila mereka diberi penghargaan. Penghargaan positif perlu diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka lebih bermotivasi dan akan mengulang perlakuan yang mereka lakukan kerana bagi mereka perlakuan yang telah dilakukan telah diperkenankan oleh orang sekeliling. Setiap aktiviti yang dirancang oleh guru prasekolah atau individu sekeliling mestilah mementingkan kebolehan kanak-kanak untuk berjaya. Masyarakat perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berjaya kerana mereka akan merasa seronok. 3. Keinginan untuk Bersaing Persaingan merupakan suatu perkara yang baik untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak amat kompetatif apabila melakukan aktiviti permainan. Bagi kanak- 5
  6. 6. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 kanak, mereka ingin menunjukkan diri mereka hebat. Contohnya apabila rakan mereka dapat menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak, mereka keinginan mereka bersaing terserlah apabila mereka terus berusaha supaya mereka boleh mengalahkan rakan mereka. 4. Keinginan untuk Meneroka dan Mengembara Aspek ini boleh dilihat apabila kanak-kanak yang mempunyai kebolehan verbal yang tinggi akan banyak bertanyakan soalan kepada orang dewasa. Soalan seperti “apa tu?”, “kenapa jadi macam tu?”, “yaya nak buat.” dan banyak lagi. Keinginan ini juga boleh diperhatikan apabila orang dewasa membawa kanak-kanak taman permainan. Kanak-kanak ini bagaikan baru terlepas dari kandang kerana mereka berlarian untuk bermain dan mencuba setiap jenis permainan yang ada. 5. Keinginan untuk Melahirkan Perasaan melalui Pergerakan Keinginan ini boleh diperhatikan apabila kanak-kanak mula berdiri. Sebagai contoh, sedarkah anda apabila kita memasang lagu atau muzik, kanak-kanak yang baru belajar berdiri ini akan terikut-ikut menggerakkan badan dan kaki mereka. Mereka seakan- akan sedang menghayati dan terangsang untuk bergerak mengikut lagu yang dipasang. Kanak-kanak ini boleh memberi respon yang baik kepada muzik dengan mengikut rentak dan irama melalui pergerakan yang dihasilkan.MEDIA DALAM BIDANG MENGAMBAR Seperti yang dinyatakan terdahulu, terdapat sembilan aktiviti dalam bidangmenggambar. Terdapat dua jenis media yang terlibat dalam bidang menggambar iaitu mediakering dan media basah. Media merujuk kepada alat atau bahan utama digunakan dalamsesebuah karya seni. Contoh media-media kering ialah pensel, pensel warna, pastel, arang,pen dan dakwat. Manakala media basah pula ialah warna yang bersifat basah atauberminyak. Sebagai contoh, cat air merupakan media yang menggunakan warna yang hanyaboleh dicairkan menggunakan air. Antara media basah lain yang menggunakan air ialah catposter, cat akrilik, dan cat tempera. 6
  7. 7. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403Media Kering 1. Pensel Dibuat daripada arang dan tanah liat. Pensel jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel. 2. Arang Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. Media yang tertua sekali. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam. 3. Media Pen dan Dakwat Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci. 7
  8. 8. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 4. Media Pastel Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal. Oil pastel Soft pastelMedia Basah 1. Cat Air Secara asasnya, catan cat air merupakan catan yang bersifat lebih lutcahaya (transparent) atau kelihatan nipis atau kurang warna . Catan cat air jarang menggunakan warna putih kerana dalam catan cat air, warna putih biasanya diwakili 8
  9. 9. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 oleh warna putih dari kertas yang digunakan. Oleh itu warna pada catan cat air biasanya kelihatan lebih pudar berbanding warna pada catan cat poster dan catan akrilik. Ada juga catan cat air yang menggunakan teknik yang lebih legap atau tebal (opaque).2. Cat Poster Biasanya catan cat poster ini bersifat legap dan garang. Warna putih digunakan untuk dapatkan bancuhan warna lebih cerah. Warna poster ni paling sesuai digunakan untuk buat poster. Ciri-ciri poster ialah menonjol, menarik, dan boleh menarik pembaca/pembeli. Teknik yang digunakan pada catan cat air masih boleh digunakan pada catan cat poster kerana perbezaannya yang tidaklah terlampau ketara.3. Cat Akrilik Sifatnya hampir menyerupai cat minyak. Catan ini kurang menggunakan air dan sifat legapnya sangat tinggi berbanding cat poster. Pengkarya boleh menggunakan teknik catan cat air dan juga teknik catan cat minyak pada catan cat akrilik. Ini kerana apabila dibancuh dengan air, ianya akan menjadi cair seperti cat poster dan sesuai digunakan atas kertas cat air. Jika tidak dibancuh atau digunakan terus 9
  10. 10. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 dari tiub, ia akan menjadi seperti cat cat minyak dan sesuai untuk permukaan kanvas. 4. Cat Minyak Cat minyak sangat likat, pekat, bersifat legap secara maksimum dan tidak boleh dibancuh dengan air. Cat minyak hanya boleh dibancuh dengan minyak dan minyak yang biasa digunakan untuk cat minyak ialah minyak linsid. Berus dan bahan digunakan untuk catan ini dibersihkan menggunakan pencair seperti turpentin (minyak tanah) dan thinner.TEORI PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK OLEH LOWENFELD DANBRITAIN Bagi tugasan kali ini, saya telah memilih teori yang diperkenalkan oleh Lowenfelduntuk membincangkan hasil karya murid dengan kepentingan menggambar dari aspekkognitif, psikomotor serta emosi dan sosial. 10
  11. 11. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistikkanak- kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembanganartistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utamaiaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawningrealism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. (a) Peringkat Scribbling ( 2 – 4 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic ( 4 – 7 tahun ) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. (c) Peringkat Schematic ( 7 – 9 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 tahun) 11
  12. 12. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak- kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.KEPENTINGAN MENGGAMBARMelalui kegiatan menggambar, murid dapat : 1. Berkomunikasi dengan diri sendiri dan orang lain iaitu rakan-rakan, guru, ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain. 2. Meluahkan perasaan dan menilai serta menghargai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. 12
  13. 13. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403HASIL KARYA MURID DAN KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN SENIKANAK-KANAK. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objekselain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Aktivitimelukis dikatakan sebagai satu aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibubapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Proses melukis yang menjurus kearah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka danmeningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak selainberupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan satu proses pembelajaran kepadakanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi simbolabstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.Karya 1 13
  14. 14. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 Karya ini menunjukkan dua buah lukisan lakaran pensel tidak berwarna di mana lukisan A dilukis oleh kanak-kanak berusia 12 tahun, sementara lukisan B dilukis oleh kanak-kanak berumur 4 tahun. Menurut Lowenfeld (1982), kanak-kanak melalui peringkat perkembangan artistik yangB berbeza. Pada usia 4 tahun, iaitu peringkat Preschematic, kanak-kanak cenderung mencuba melukis objek di sekeliling dengan menggunakan garisan dan bulatan. Ciri ini jelas dapat dilihat pada lakaran B. Kanak-kanak ini cuba meniru lakaran A yang dibuat oleh abangnya. Tetapi hasil lakarannya terdiri dari beberapa garisan dan bulatan. Lakaran A pula ialah peringkat pseudonaturalistic atau reasoning, di mana lukisannya tampil dengan konsep realistic, kedudukan dan saiz rasional imej. Lukisan ini dihasilkan berdasarkan watak „ultraman‟ yang sangat dikagumi oleh kanak-kanak melalui tontonan televisyen. Dari aspek psikomotor, penggunaan pensel sebagai alat melukis menunjukkan kemahiran genggaman kanak-kanak A lebih baik berbanding kanak-kanak B. Ini menunjukkan kanak-kanak A mempunyai kekuatan otot dan kawalan psikomotor yang lebih baik. Bagi kanak-kanak B, lebih banyak latihan menggambar mungkin dapat melatih gerak tangan untuk menghasilkan bentuk gambar yang lebih baik. Dari aspek kognitif pula, kanak-kanak ini berani mengeluarkan idea mereka dan dapat melukis gambar tersebut dengan lengkap walaupun tidak setepat watak „ultraman‟ yang sebenar. Ini menunnjukkan mereka dapat menyelesaikan masalah mengikut tahap umur mereka. Dari aspek sosial dan emosi pula, jelas kanak-kanak B mempunyai keyakinan diri kerana walaupun lakarannya jauh berbeza dari lakaran abangnya, dia tetap mahu lakaran digandingkan bersama lakaran abangnya. Bagi kanak-kanak A pula, seharusnya dia 14
  15. 15. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403menghormati lukisan kanak-kanak B yang menjadi landasan untuk memupuk perasaantoleransi. Lukisan ini juga merupakan satu cara mencapai kepuasan diri. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Lukisan inijuga memberikan kepuasan kepada mereka kerana dapat meluahkan apa yang dilihat ( watak„ultraman‟ ) dan memindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej mengikut tahappemahaman mereka.Karya 2 Gambar ini ialah lukisan pemandangan di halaman rumah kampung yang menggunakanpensel. Karya ini dihasilkan oleh kanak-kanak berusia 12 tahun. Karya ini jelasmenunjukkan tahap psikomotor yang baik kerana imej dan figura yang terdapat dalam lukisandapat dibentuk dengan baik dan kemas. Terdapat unsur-unsur seni yang baik seperti garisan,rupa, bentuk dan ruang. Prinsip-prinsip rekaan iaitu harmoni dan imbangan juga jelaskelihatan. Menurut teori perkembangan seni kanak-kanak oleh Lowenfeld, kanak-kanak iniberada pada peringkat Pseudonaturalistic iaitu penerapan konsep realistik di dalam lukisanmereka. Lukisan ini mungkin dihasilkan dari pemerhatiannya ketika melihat beberapa kanak-kanak bermain buih sabun di halaman rumah. Lukisan juga menunjukkan beberapa keinginan asas kanak-kanak dapat dipenuhi iaitukeinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Melukis gambar ini dapat memberipeluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitarannya. Di samping itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan daya kreativiti serta meneroka dan bereksperimentasi denganbahan lukisan iaitu pensel. 15
  16. 16. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 Dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak ini berjaya memvisualisasikan danmerealisasikan imaginasinya ke dalam sebuah karya yang menarik.Karya 3 Karya 3 menggunakan media kering oil pastel. Penggunaan media ini memang sesuaidengan murid-murid sekolah rendah. Pensel pastel yang terdapat dalam saiz kecil dan besarboleh disesuaikan dengan kemahiran kanak-kanak yang menggunakannya. Pelukisnampaknya cekap mengendalikan pensel pastel dengan baik dan kemas. Selain itu, warna oilpastel yang terang dapat menarik perhatian kanak-kanak serta menyerlahkan karya mereka.Karya menunjukkan pelukis berada dalam peringkat Schematic iaitu 7 – 9 tahun. Padaperingkat ini pelukis cenderung melukis objek dengan menekankan penyusunan objek dalamimej. Contohnya, pelukis cuba membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada duabahagian iaitu satah udara dan tanah. Objek di bahagian satah bawah dilukis secaramelintang. Pelukis juga mula mengaplikasikan ton warna di dalam lukisannya. Pelukis dapatmenunjukkan daya sensitiviti pancainderanya. Karya juga melambangkan keinginan pelukismeluahkan ideanya dan mula memahami aspek estetik iaitu konsep keindahan dankecantikan. Dari aspek sosial dan emosi pula, pelukis menunjukkan kesabaran dan ketelitian dalammenghasilkan karyanya. Karya ini juga mempamerkan emosi pelukis yang merasakanketenangan melalui lukisannya.Karya 4 16
  17. 17. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 Karya ini menggunakan krayon sebagai medianya. Melalui karya ini dapat dipastikanpelukisnya mungkin dalam peringkat Preshcematic iaitu 4 – 7 tahun, mengikut Lowenfeld.Krayon mungkin sesuai dari segi pengendaliannya sebagai media kering tetapi agak kurangsesuai dari segi saiznya. Saiznya yang kecil menyebabkan kesukaran kanak-kanakmemegang atau menggenggam. Bagaimanapun, kecekapan genggaman dapat meningkatkankeyakinan kanak-kanak dalam pengawalan psikomotor mereka. Peringkat preschematicmempunyia ciri-ciri seperti kecenderungan pelukis melukis objek yang terdapatdipersekitarannya . Figura dalam lukisannya mempunyai karakter tangan dan kaki yangdilukis seolah-olah terapung dengan saiz imej yang berbeza-beza. Pelukis juga belum dapatmenggunakan garisan horizon. Menurut Mok Soon Sang (2011), pada peringkatperkembangan fizikal (sensori-motor), kanak-kanak 3 – 4 tahun sudah boleh melukis gambarorang serta mengorganisasi lukisan secara terperinci pada usia 6 – 8 tahun. Pelukis jugasudah boleh bereksperimentasi dengan warna dalam lukisannya, contohnya bunga denganwarna merah, matahari berwarna kuning dan jingga, dan awan yang berwarna biru. Emosi yang dipamerkan melalui karya ini ialah tentang kerinduan pelukis terhadaprumah serta suasananya. Mungkin pelukis berada jauh dari rumahnya semasa menghasilkankaryanya.Karya 5 17
  18. 18. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran PSV KBSR 2002, penggunaan media basahberasaskan air dan minyak mula diperkenalkan dalam Tahun 2 persekolahan. Karya inidihasilkan menggunakan cat poster. Cat poster merupakan media basah yang berasaskan air.Karya menunjukkan pelukis menyedari tentang wujudnya rupa asas geometri seperti bulatandan segi tiga di persekitaran dan mengaplikasikannya ke dalam karyanya. Penggunaan catposter tidak begitu kemas pada bahagian latar belakang. Pelukis juga belum mempamerkankecekapannya menggunakan berus untuk menghasilkan catan yang kemas. Mungkin kanak-kanak pada peringkat ini harus dibantu dari segi pemilihan berus yang sesuai. Langkah inimembolehkan objektif ke-6 dalam Huraian Sukatan Pelajaran PSV Tahun 2 iaitumenggunakan beberapa teknik dan proses menghasilkan kerja Seni Visual melaluipenerokaan terhadap alam bahan dan bahan kutipan dapat dicapai. Catan ini juga menepati ciri- ciri yang terdapat pada peringkat Schematic ( 7 – 9 tahun),di mana penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek. Terdapat nilai estetikyang ingin disampaikan oleh pelukis iaitu penghargaannya terhadap keindahan dunia hidupandi dasar laut.Karya 6 18
  19. 19. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 Karya seterusnya menggunakan cat air oleh pelajar berumur 13 tahun. Pelukis cubamenerapkan pencahayaan melalui ton warna pada objek buah-buahan. Tetapi tiada aspekpencahayaan dan ton berlaku pada latar belakang catan. Penggunaan warna pada bahagianlatar kurang kemas. Penguasaan pelukis terhadap pemilihan alat dan bahan yang sesuai untukmewarna masih kurang baik. Penggunaan berus boleh digantikan dengan span untukmendapatkan kesan yang lebih kemas pada bahagian latar catan. Berdasarkan teori Lowenfeld, peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12 – 14tahun) ini, pelukis menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mempunyaikecenderungan melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek yang dilihat berbandingimaginasi. Pada peringkat ini, perasaan malu dan rendah diri menguasai sekiranya karyayang dihasilkan tidak menarik. Pelukis dapat mengaplikasikan elemen Asas Seni Reka seperti yang terdapat dalamobjektif PSV bagi Tahun 6 iaitu meningkatkan pengetahuan Asas Seni Reka sertamengaplikasikannya dalam penghasilan karya.KESIMPULAN 19
  20. 20. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dankemahiran murid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan muridterhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media danteknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mentalseseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambarmenghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Aktiviti menggambaradalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapatmeluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. Guru pula perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagimemahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.BIBLIOGRAFI 20
  21. 21. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403Abdul Shukor Hashim et. al., (2011). Perkembangan seni kanak-kanak. Seri Kembangan : Open University Malaysia.Haslina Madon, (2011). Menggambar. Seri Kembangan : Open University Malaysia.Mok Soon Sang, (2012). Perkembangan kanak-kanak. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Rousliluddin Ambia et. al., (2011). Pengenalan pendidikan seni visual. Seri Kembangan : Open University Malaysia.Victor Lowenfeld, (1987). Creative and mental growth. New York : Mc.Millan.Zulkifli Yaakob, (2010). Seni dalam pendidikan. Seri Kembangan : Open University Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.http://artaddictclub.blogspot.com/2012/09/catan-media-basah.html - diakses pada 15/11/12, 3.44pmhttp://esenivisual.blogspot.com/2008/09/lukisan_15.html - diakses pada 11/11/12, 10.38pmhttp://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html - diakses pada 16/11/12 12.46pmhttp://leepohhong.blogspot.com/2011_12_01_archive.html - diakses pada 14/11/12, 1.45amhttp://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html - diakses pada 11/11/12, 11.21 pmhttp://shydatulhushna.blogspot.com/ - diakses pad 12/11/12, 3.25amhttp://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.html - diakses pada 11/11/12, 2.48pmhttp://www.slideshare.net/vanithana/kanak-12857349 - diakses pada 10/11/12, 1.23amhttp://zali-mrj.blogspot.com/ - diakses pada 11/11, 7.41pm 21
  22. 22. NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403 22

×