Pengertian kreativiti

15,511 views

Published on

6 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
15,511
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
475
Comments
6
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengertian kreativiti

  1. 1. PENDIDIKAN SENI : Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidikberpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat senimempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. MenurutHanna (1994), seni membantu dalam; a) kerjasama dan kasih sayang b) merancang dan melaksanakan c) kemahiran berfikir d) adaptasi dengan orang lain e) mengembangkan bakat f) mengambil risiko g) membuat keputusan h) harga diri/yakin diri i) semangat kerjasama j) kemahiran menyelesaikan masalah k) perkembangan emosi l) membina kreativiti m) disiplin diri n) menjadi rakyat yang baik o) menjadi seorang dewasa yang berdikari
  2. 2. Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dankemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalubanyak maklumat. Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info ataumaklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Kadangkala apabila kita melihat lukisansahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita, seni sebagai ekspresi diri. Proses memupukdan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui: a) Penyoalan – rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni. b) Penemuan – penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian. c) Pemerhatian – tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan semata-mata sebaliknya turut melibatkan deria sentuhan dan sebagai. d) Percubaan – usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendaptkan kesan dan hasil yang diinginkan. e) Penerokaan – penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. f) Memanipulasi – menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. g) Aktiviti/bermain – kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain melalui permainan yang berbentuk akademik. Namun begitu Seni tidak diberi kepentingan yang sepatutnya di sekolah-sekolah. Tidak ramaiguru yang berkelulusan dan berkelayakan mengajar seni di peringkat rendah. Hakikatnya Senibersifat subjektif , dan bukan semua guru boleh mengajar seni. Ia tidak bersifat fakta malahanterdapat guru-guru yang tidak kreatif dan tiada kemahiran dalam seni dipaksa mengajar seni. Inimemberi kesan yang amat buruk kepada anak-anak didiknya Disebabkan seni itu sifatnya abstrakmaka tiada istilah tentang lukisan yang betul atau yang salah. Jawapan boleh diberi berdasarkreativiti dan pengalaman seseorang individu menginterpretasi tentang lukisan itu sendiri. Senibnayak memberi manfaat kepada para pelajar. Ia tidak boleh diukur secara objektif.
  3. 3. Patricia James (1999), menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui seniini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga seperti sasteradalam bentuk tulisan. Untuk mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermaindengan pengetahuan, pengalaman dan perasaan. James dalam ”Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dankemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyaitujuan dan proses yang terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untukmengcungkil bakat dan potensi pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam aspek-aspektertentu. Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai ”gifted child” (individuyang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang”gifted” kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajarproses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konseptersendiri. (dipetik dari Education of Gifted). ”Gifted student” mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan pelajar biasa. Pelajardari kumpulan ini akan mudah merasa bosan jika kurikulum tidak sentiasa diperbaharui. Inikerana kumpulan pelajar ini sentiasa ingin terus mempelajari sesuatu yang sentiasa baru.Berdasar dapatan melalui jurnal-jurnal pendidikan, kebanyakan negeri di US manyatakan 5 %hingga 10% daripada pelajar mereka adalah gifted. Selaras dengan perkembangan teknologimoden, kini pembelajaran jarak jauh, e-learning, video conference, semuanya memudahkanseseorang untuk mendapatkan segulung ijazah. Malahan soalan-soalan boleh diajukan melaluipanggilan telefon sahaja.PENGERTIAN KREATIVITI: Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkankreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapanyang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiapjawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.
  4. 4. Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuandan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akanmencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yangbersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6) Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenisutama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalahjenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitikpula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yangtelah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dananalitik.. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan ataukebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan danmengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalahkebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru danasli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatuyang tiada sebelumnya.CIRI-CIRI KREATIVITI: a) Bersifat fleksibel – seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. b) Sensitif dan peka – individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria. c) Idea yang asli dan tulin – seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.
  5. 5. d) Bersifat terbuka – mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik. e) Logik – peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa. f) Berfikiran bebas – golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI: a) Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu; i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) – dalam penjanaan sesuatu idea, pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) – proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) – bimbingan penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri. c) Victor Lowenfeld i) Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.amaelihat krestiviti pada seseorang murid boleh diukur melalui empat komponen iaitu kelancaran,fleksibel,keaslian dan kepekaan.
  6. 6. .PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA : Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkanwarganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektifterhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis.Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar,keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee(melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi danrespon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawaharapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yangseimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyakperkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individuyang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuanseni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup). Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatandalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman dayaintuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan,menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
  7. 7. bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasiilmu yang diperolehi. Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsuryang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalampendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika. Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorangindivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologidalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yangsempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetikadan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan. Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifatsemulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-contengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begituperkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakangpendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terusberkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan sosialkanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompokmasyarakatnya. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakatmengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yangberdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar
  8. 8. untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satuprofesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapatramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini. Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang,menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri.Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni budayaketurunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggapsebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedariatau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan tentang seni telahbermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alatpermainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di ataskertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya. Contengan warna inisebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat iniperlu dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supayadia menjadi seorang yang berdikari danyakin pada dirinya sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol-simbol yang mudah danringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-bentuk lukisansebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari. Kajian ini dibuat olehHerbert Read (1958) dalam bukunya ”Education Through Art”.
  9. 9. mendidik manusia agar memahami kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah menjurus ke arah membimbing dan mendidik masyarakat. Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni yang utama. Beliau juga mengkategorikan estetika kepada empat konsep iaitu: a) Estetik dikaitkan dengan kemuliaan b) Estetik dikaitkan dengan kehebatan c) Estetik dikaitkan dengan kesederhanaan d) Estetik dikaitkan dengan ketenangan Keempat-empat elemen ini membantu mewujudkan individu seterusnya masyarakat sekelilingnya mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka. Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Usia remaja di sekitar 10 hingga 15 tahun merupakan tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik. Pada peringkat ini sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965), peringkat ini merupakan paling konflik dan genting kerana pelajar mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses
  10. 10. pembesaran mereka. Dalam situasi ini peranan guru amat penting di mana pelajar yang tidak menerima bimbingan yang betul boleh menyebabkan minat mereka dalam Pendidikan Seni berkubur, sebaliknya bagi pelajar yang telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh guru akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan mata pelajaran tersebut. Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat kerana masyarakat Malaysia kaya dengan khazanah warisan budaya. Bahan kegunaan harian seperti pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan/tekstil, hamparan tikar mengkuang, anyaman kelarai seterusnya budaya sopan santun dan adat istiadat diwarisi turun temurun. Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup dipelihara.Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri kerana budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, kerana kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya.Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan estetika dan kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi.Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan
  11. 11. untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah ciptaan Allah SWT. Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan. Mereka meluah perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan perasaan di bawah sedar dan seni dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia sebenarnya.Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan KREATIVITI DAN KANAK-KANAK 5.1KREATIVITI Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. 5.2 PENGERTIAN KREATIVITI
  12. 12. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud“membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi‟.Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan)mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehanmencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkansesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dankreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITIEllis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik danahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya didalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliautelah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorangmencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yangsihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktortersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yangdialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadiindividu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasatanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain dipersekitarannya.Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupunsains,Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukurmelalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian
  13. 13. (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat,merasa,mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi prosesengamatan dan merekod.)TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher(a) Peringkat RangsanganPemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dansebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.(b) Peringkat PenerokaanPeringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawabpersoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.(c) Peringkat PerancanganPeringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semuaaktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,pemerhatian, interaksi dan sebagainya.• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dansebagainya.(d) Peringkat AktivitiPemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melaluitindakan setelah merencana segala aktiviti.Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti
  14. 14. „‟Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?‟‟(e) Kajian SemulaPeringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi prosespenambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telahdilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilankarya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tujupenghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yanglebih sistematik dan tersusun.Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendakdihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknikpenggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.Calvin W. Taylor(a) Kreativiti Bersifat EkspresifKreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara
  15. 15. spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikalmereka yang belum stabil.Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dancontengan mudah.(b) Kreativiti Melalui Penghasilanguru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia adakepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.(c) Kreativiti Bersifat InventifKreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objekmelalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikanmotivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.(d) Kreativiti Bersifat InovatifPeringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada ideabaru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional danmenghasilkan alternative bagi setiap perancangan.(e) Kreativiti Bersifat EmergenIni merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsipformal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh,figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnyaoleh kanakkanak apabila melukis.CIRI-CIRI KREATIVITI(a) Bersifat FleksibelSeseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaandan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.(b) Sensitif dan Peka
  16. 16. Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnyatermasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.(c) Gagasan/Idea yang Asli dan TulenSeseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dangagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidakkovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusanrasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.(d) Bersifat TerbukaMempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lainmengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.(e) LogikMurid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa merekajuga sangat menghormati masa.(f) Berfikiran BebasGolongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatuperkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yangdirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)(a) Kaedah PertamaElakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini bolehmembantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan
  17. 17. tidak mampu dilaksanakan.(b) Kedah KeduaElakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dansaranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaanego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanyamewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dansecara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.(c) Kaedah KetigaMenjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dancara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.(d) Kaedah KeempatMenggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal.Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuansupaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasasahaja.Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torranceproses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.(a) PenyoalanRangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.(b) PenemuanProses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsanganoleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melaluipenyelidikan dan kajian.(c) Pemerhatianproses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata
  18. 18. malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan,dan sebagainya.(d) PercubaanPercubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individuyang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yangdikehendaki.(e) PenerokaanPenerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagaibarangan dan alat yang terdapat di sekeliling.(f) Memanipulasimurid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untukdijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajarsupaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.(g) Aktiviti/BermainKreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermainmerupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsanganperlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru bolehmenggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.5.7 MENINGKATKAN MOTIVASIStrategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proseskreativiti.(a) Memilih Bahan dan AlatMurid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang bolehdigunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.(b) Masa
  19. 19. Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yangcukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.(c) RangsanganPamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasilkarya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya senivisual.(d) Pengajaran dan Pembelajaran FleksibelGuru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersediauntuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.(e) Hormat-menghormatiGuru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid danmenghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan(f) Memberikan Galakan dan MotivasiElakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidakberminat untuk meneruskan penghasilan karya.(g) PenghargaanGalakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yangmereka berikan di dalam kelas

×