2. Kriteria kejayaan
• Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
– Mengenal pasti ciri-ciri usus kecil yang diperlukan
untuk menyerap makanan.
– Menyatakan maksud proses asimilasi
– Menerangkan proses penyerapan semula air dan
penyahtinjaan
3. 3.4 PROSES PENYERAPAN MAKANAN
TERCERNA
Proses pencernaan makanan dalam tubuh kita
berakhir dengan penyerapan makanan yang berlaku
di usus kecil.
Makanan tercerna yang terdiri daripada molekul-
molekul kecil.
Mudah diserap ke dalam sistem peredaran darah
melalui dinding usus kecil
5. bahagian yang paling panjang dalam salur
pencernaan.
mempunyai permukaan dinding dalam yang diliputi
oleh berjuta-juta unjuran halus yang
dinamakan VILUS.
Ciri-ciri Usus kecil
7. a)Usus kecil panjang dan berlipat-
lipat untuk menambahkan luas
permukaan.
b)Dinding vilus sangat nipis iaitu
setebal satu sel memudahkan
proses penyerapan.
c) Salur darah yang banyak pada vilus
membantu mengangkut nutrient ke seluruh
bahagian badan.
Faktor Peningkatan Kadar Penyerapan Hasil Pencernaan
8.
9. Nutrien bersaiz kecil
menembusi usus kecil dan
di bawa oleh darah ke sel-
sel.
Makanan yang
bersaiz besar tidak
dapat menembusi
dinding usus kecil
10.
11. Makanan tercerna yang diserap ke dalam vilus perlu
diagihkan keseluruh badan.
Pengagihan hasil akhir pencernaan untuk kegunaan
sel-sel badan dikenali sebagai proses ASIMILASI.
Proses Pengangkutan Hasil Pencernaan
12. Sistem-sistem yang saling bekerjasama untuk memastikan
molekul makanan tercerna sampai ke sel-sel badan.
Sistem Pencernaan
Memecahkan partikel makanan yang besar kepada molekul
kecil supaya mudah diserap oleh vilus.
Sistem Peredaran Darah
Mengangkut molekul kecil dan ringkas ke sel-sel badan.
Asimilasi
Agihan hasil akhir untuk pembentukan sel baharu, respirasi
dan pengawalan suhu badan.
13. Hasil Akhir Pencernaan
a) Glukosa
• Menghasilkan tenaga dalam proses respirasi
b) Asid Amino
• Membantu pembentukan komponen sel-sel.
• Digunakan untuk membaiki tisu badan yang rosak
c) Asid Lemak dan gliserol
• Bergabung membentuk lemak yang berfungsi melindungi organ
dalam menjadi penebat haba
14. Bukan semua makanan dapat
dicernakan di usus kecil.
Bahan yang tidak tercerna seperti bahan
berselulosa memasuki usus besar.
PENYERAPAN SEMULA AIR DAN
PENYAHTINJAAN
16. Penyerapan semula air, vitamin dan mineral terlarut
berlaku di usus besar.
Bahan-bahan tidak tercerna menjadi separa pepejal.
Dikenali sebagai tinja akan disimpan dalam rektum,
iaitu bahagian akhir usus besar
17. Apabila rektum berisi penuh dengan tinja, tindakan
peristalsis rektum pada dinding usus besar
menyebabkan tinja disingkirkan melalui dubur.
Proses penyingkiran tinja melalui dubur dikenali
sebagai penyahtinjaan.
18. Penyerapan Semula Air
• air, vitamin dan mineral terlarut diserap di
usus besar
Penyahtinjaan
• Makanan tidak tercerna disingkirkan oleh
dubur.
19. Proses penyingkiran tinja melalui dubur dikenali
sebagai penyahtinjaan
Kekurangan air dan pelawas dalam gizi
serta pengambilan makanan yang tidak teratur boleh
melambatkan pergerakan makanan yang tidak tercerna
melalui usus besar dan sukar disingkirkan.
Kesukaran untuk menyingkirkan tinja yang terlalu keras
daripada badan dipanggil sembelit.
Sembelit yang serius boleh menyebabkan pendarahan
pada lapisan dalam usus besar dan sekiranya hal ini
dibiarkan, boleh menyebabkan buasir