Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
POLA SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1
By mrrem
Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya. Terdapat
beberapa jenis pola atau corak ...
Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya. Terdapat
beberapa jenis pola atau corak ...
Sungai dan Tasik di Malaysia
Malaysia menerima hujan yang banyak sepanjang tahun. Kawasan tanah tinggi yang diliputi
hutan...
Di semenanjung Malaysia, sungai-sungai berpunca dari kawasan tanah tinggi di
bahagian tengahnya. Di dataran pantai barat, ...
Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai
Pada umumnya, sebatang sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran. Peri...
PERINGKAT HILIR
Kepentingan Sungai
Sungai-sungai di Malaysia adalah sangat penting. Sungai Golok menjadi sempadan
antarabangsa di antara n...
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN

20,220 views

Published on

GEOGRAFI TINGKATAN 1

Published in: Education
  • Be the first to comment

GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN

  1. 1. POLA SALIRAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 By mrrem
  2. 2. Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya. Terdapat beberapa jenis pola atau corak saliran. Contohnya pola saliran reranting, pola saliran jejala, pola saliran sepunca (jejari), pola saliran bawah tanah, pola saliran sejajar, pola saliran bersifat dan pola saliran darat.
  3. 3. Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya. Terdapat beberapa jenis pola atau corak saliran. Contohnya pola saliran reranting, pola saliran jejala, pola saliran sepunca (jejari), pola saliran bawah tanah, pola saliran sejajar, pola saliran bersifat dan pola saliran darat.
  4. 4. Sungai dan Tasik di Malaysia Malaysia menerima hujan yang banyak sepanjang tahun. Kawasan tanah tinggi yang diliputi hutan merupakan kawasan tadahan hujan. Seterusnya, air hujan ini mengalir di permukaan bumi dan membentuk sungai-sungai yang banyak terdapat di seluruh negara
  5. 5. Di semenanjung Malaysia, sungai-sungai berpunca dari kawasan tanah tinggi di bahagian tengahnya. Di dataran pantai barat, sungai-sungai mengalir masuk ke Selat Melaka. Sungai-sungai di dataran pantai timur mengalir masuk ke Laut China Selatan. Di Sarawak, sungai-sungai berpunca dari tanah tinggi di kawasan pedalaman dan mengalir ke Laut China Selatan di sebelah barat. Di Sabah, sungai-sungai mengalir ke Laut Sulu di sebelah timur dan Laut Sulawesi di sebelah tenggara. Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sungai- sungai utama yang lain di Sarawak ialah Sungai Trusan, Sungai Limbang dan Sungai Baram. Sungai Kinabatangan di Sabah adalah sungai yang kedua terpanjang. Sungai- sungai utama yang lain ialah Sungai Labuk dan Sungai Segama. Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dan yang ketiga terpanjang di Malaysia. Sungai-sungai utama yang lain di Semenanjung Malaysia ialah Sungai Perak, Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Endau. Tasik-tasik semula jadi utama di Malaysia ialah Tasik Bera dan Tasik Chini di negeri Pahang. Tasik Bera adalah tasik semula jadi terbesar di Malaysia. Malaysia juga mempunyai tasik buatan. Contohnya Tasik Kenyir dan Tasik Temengor.
  6. 6. Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai Pada umumnya, sebatang sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran. Peringkat- peringkat itu ialah hulu, tengah dan hilir sungai yang mempunyai ciri berbeza. Perbezaan tersebut dapat kita lihat dengan jelas melalui profil panjang sungai dan profil rentas sungai
  7. 7. PERINGKAT HILIR
  8. 8. Kepentingan Sungai Sungai-sungai di Malaysia adalah sangat penting. Sungai Golok menjadi sempadan antarabangsa di antara negara kita dengan Thailand. Sungai Bernam pula menjadi sempadan negeri di antara negeri Selangor dengan negeri Perak. Di Sabah dan Sarawak, sungai-sungai penting sebagai laluan untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan beras. Contohnya, Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan. Air dari sungai dan tasik dibersihkan di loji-loji dan disalurkan kepada pengguna sebagai sumber bekalan air utama untuk kegunaan di rumah dan perindustrian. Air sungai digunakan juga untuk mengairi kawasan penanaman padi. Contohnya, Rancangan Pengairan Muda di Sungai Muda mengairi kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis. Sungai diempang di bahagian hulunya untuk menjana kuasa hidroelektrik. Contohnya ialah Empangan Kenyir di Sungai Terengganu dan Empangan Temengor di Perak. Sungai menjadi tempat rekreasi dan tarikan pelancong. Contohnya, Air Terjun Sekayu, di Terengganu dan Air Terjun Kota Tinggi, Johor. Sungai berperanan membekalkan sumber protein seperti ikan air tawar, udang dan ketam untuk penduduk tempatan.

×