Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Bab 4 pembiakan

187,710 views

Published on

  • If you’re struggling with your assignments like me, check out ⇒ www.HelpWriting.net ⇐. My friend sent me a link to to tis site. This awesome company. After I was continuously complaining to my family and friends about the ordeals of student life. They wrote my entire research paper for me, and it turned out brilliantly. I highly recommend this service to anyone in my shoes. ⇒ www.HelpWriting.net ⇐.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating direct: ❶❶❶ http://bit.ly/2Y8gKsI ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Sex in your area is here: ♥♥♥ http://bit.ly/2Y8gKsI ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • good n thank you
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • I recommend everyone to take this book for what it is, and educate yourselves with this one tool in the fight against candida. It could improve your life tremendously. I am now doing SO much better and have already recommended this book to couple of my friends. ★★★ http://scamcb.com/index7/pdf
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Bab 4 pembiakan

  1. 1. Pembiakan ialah proses induk menghasilkan individu baru atau zuriat Pembiakan Seks (Sexual reproduction) Pembiakan Aseks (Asexual reproduction) Kepentingan – memastikan kemandirian dan kesinambungan sesuatu spesies
  2. 2. Pembiakan yang melibatkan proses persenyawaan, iaitu proses percantuman dua sel pembiakan yang setiap satunya berasal daripada satu induk jantan dan satu induk betina Organ lelaki Organ perempuan Sperma Ovum Anak Zigot menghasilkan menghasilkan persenyawaan Embrio Fetus
  3. 3. Proses percantuman antara gamet jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot Persenyawaan dalam (Internal fertilisation) Persenyawaan luar (External fertilisation)
  4. 4.  Persenyawaan berlaku di dalam sistem pembiakan betina  Mamalia, reptilia, buru ng dan serangga melakukan persenyawaan dalam Persenyawaan dalam (Internal fertilisation) Persenyawaan luar (IExternal fertilisation)  Persenyawaan berlaku di luar sistem pembiakan betina  Ovum dan sperma dihasilkan pada masa yang sama di dalam air untuk proses persenyawaan berlaku  Persenyawaan luar berlaku pada ikan, katak dan kodok  Keburukan :  Sel pembiakan perlu dihasilkan dengan banyak  Sel pembiakan akan mati sebelum disenyawakan  Ovum dan sperma banyak membazir  Zigot atau embrio yang terhasil mungkin akan dimakan oleh haiwan lain
  5. 5.  Pembentukan individu-individu baharu daripada 1 individu atau induk tanpa melibatkan sel-sel pembiakan jantan atau betina  5 jenis:  Belahan dedua (binary fission)  Pertunasan (budding)  Pembentukan spora (spore formation)  Pembiakan vegetatif (vegetatif reproduction)  Penjanaan semula (rejuvenation/regeneration)
  6. 6. Kebaikan:  Organisma boleh menghasilkan individu baru yang banyak tanpa bantuan daripada individu yang lain. (sel induk) Keburukan:  Organisma baru yang dihasilkan adalah serupa (ciri-ciri) dengan sel induk
  7. 7. Belahan dedua (Binary fission) •Satu induk yang matang membahagi dan berpisah menjadi dua sel yang baharu. • contoh : ameba , paramesium, buran dan bacteria
  8. 8. Pertunasan(Budding) Hidra Yis Cara pembiakan aseks di mana individu baharu atau zuriat terbentuk dan terpisah daripada individu dewasa
  9. 9. Pembentukan spora o Berlaku pada tumbuhan tak berbunga seperti kulat, lumut dan paku pakis o Dihasilkan di sporangium o Setiap spora akan membentuk individu yang baru
  10. 10. Pembiakan vegetatif Vegetative reproduction Tumbuhan baharu membesar daripada bahagian vegetatif seperti akar, batang atau daun tumbuhan induk Contoh : rumput, halia, ubi kentang
  11. 11. Penjanaan semula (Cacing pipih - Planarian) Fragmentasi individu dewasa kepada beberapa bahagian badan dan pertumbuhan semula bahagian-bahagian tersebut menjadi individu baharu yang lengkap Contoh : tapak sulaiman, cacing pipih
  12. 12. Organisma yang dihasilkan melalui penjanaan semula (Tapak Sulaiman- Starfish)
  13. 13. Perbandingan antara pembiakan seks dan pembiakan aseks Persamaan Menghasilkan individu baru untuk mengekalkan spesis Pembiakan seks Pembiakan aseks Bilangan individu yang terlibat Perbezaan Penglibatan sel pembiakan (gamet) Ciri-ciri individu baru Dua Ya Berbeza dengan sel induk Satu Tidak Sama dengan sel induk
  14. 14. Pandangan hadapan Pandangan sisi
  15. 15. Fungsi organ pembiakan lelaki Organ pembiakan Fungsi Testis Menghasilkan sperma dan hormon testosteron (hormon lelaki) Duktus sperma (sperm duct) Menyalurkan sperma dari testis ke vesikel simen Kelenjar prostat (Prostate gland) Menghasilkan bendalir keputihan yang melindungi sperma Vesikel simen (Seminal vesicle) Menyimpan sperma dan menghasilkan cecair semen untuk memudahkan pergerakan sperma Uretra (Urethra) Membebaskan sperma dan air kencing dari badan Skrotum (Scrotum) Melindungi testis Penis Menghantar sperma dari lelaki ke vagina perempuan
  16. 16. Sperma ekor kepala leher Bahagian tengah Membran plasma nukleus
  17. 17.  Pertumbuhan janggut dan jambang  Pembesaran tulang dan otot  Pertumbuhan bulu di bahagian kemaluan dan ketiak  Suara kasar dan garau  Testis mula menghasilkan sperma  Mula membebaskan semen  Mula tertarik kepada perempuan Perubahan lelaki apabila mencapai akil baligh
  18. 18. Pandangan hadapan Pandangan sisi
  19. 19. Fungsi organ pembiakan perempuan Organ pembiakan Fungsi Ovari Menghasilkan ovum dan hormon estrogen dan progesteron (hormon perempuan) Tiub Fallopio (Fallopian Tube) • Menolak ovum yang matang dari ovari ke uterus • Tempat persenyawaan berlaku Uterus • Membenarkan fetus berkembang jika persenyawaan ovum berlaku • Melindungi fetus Serviks (Cervix) • Menghasilkan cecair untuk pergerakan sperma • Menghubungkan uterus dengan vagina Vagina • Menerima sperma dari penis • Menghasilkan cecair untuk pelincir
  20. 20. Ovum Lapisan jeli Sitoplasma Membran sel Nukleus
  21. 21.  Pembesaran payudara dan pelvis  Pengumpulan lemak dibawah kulit  Pertumbuhan bulu di bahagian kemaluan dan ketiak  Mula menghasilkan ovum  Mula datang haid  Mula tertarik kepada lelaki Perubahan perempuan apabila mencapai akil baligh
  22. 22. Perbandingan antara sperma dan ovum Persamaan Gamet/Sel pembiakan manusiaSperma Ovum Jantina yang menghasilkan Perbezaan Jenis gamet Organ yang menghasilkan Saiz Kuantiti untuk dihasilkan tujuan persenyawaan Kebolehan bergerak Fungsi PerempuanLelaki Gamet jantan Gamet betina Testis Ovari Sel terkecil dalam badan lelaki Sel terbesar dalam badan perempuan SatuBerjuta-juta Boleh Tidak boleh Bercantum dengan sperma untuk membentuk zigot Bercantum dengan ovum untuk membentuk zigot
  23. 23. Pergeluaran Haid (Mestruation) Pendarahan atau darah keluar melalui servik dan vagina perempuan. Kitar Haid (Menstrual Cycle) Edaran perkembangan dan kemerosotan dinding uterus yang berkait dengan perkembangan ovum. Satu kitar haid yang lengkap biasanya mengambil masa 28 hari
  24. 24. Fasa Kitar haid
  25. 25. Fasa Kitar haid
  26. 26.  Semasa persenyawaan, sperma yang dihasilkan dalam testis akan bergerak untuk bertemu dengan ovum yang dihasilkan dalam ovari di Tiub Fallopio. Testis Duktus sperma Kelenjar prostat Uretra Zakar FarajServiksUterus Tiub Fallopio
  27. 27. Zigot terbentuk daripada percantuman antara nukleus sperma dan ovum Zigot membahagi membentuk dua sel Zigot membahagi lagi membentuk empat sel. Zigot membahagi banyak kali menghasilkan satu gumpalan sel yang disebut embrio.
  28. 28.  Apabila sampai di uterus, zigot telah berkembang menjadi embrio. Embrio kemudian akan terbenam di dalam dinding uterus.  Proses pelekatan embrio pada dinding uterus disebut penempelan.  Plasenta menempelkan embrio pada dinding uterus.  Tali pusat menghubungkan embrio kepada plasenta.  Plasenta mengandungi banyak kapilari darah. Embrio mendapat bekalan makanan dan oksigen daripada plasenta ibunya melalui tali pusat.
  29. 29.  Bahan-bahan buangan seperti karbon dioksida dan urea embrio disingkirkan ke dalam darah ibu melalui tali pusat.  Embrio mempunyai sistem peredaran darah yang tersendiri dan tidak bercampur dengan darah ibu.  Embrio dilindungi oleh dua lapisan membran yang disebut membran embrio.  Cecair dalam membran embrio (bendalir amnion) melindungi embrio daripada sebarang gegaran atau renjatan.
  30. 30. Bahan yang meresap melalui tali pusat antara ibu dan embrio
  31. 31. Zigot Embrio Fetus Bayi Tempoh Masa Sebaik sahaja nukleus sperma bercantum dengan nukleus ovum 0 – 2 bulan 2 – 9 bulan Fetus yang telah dilahirkan Ciri khas Terdiri daripada satu atau beberapa sel Terdiri daripada satu gumpalan sel Menyerupai manusia dengan anggota badanya dapat dikenal pasti Semua bahagian badan telah berkembang dengan lengkap
  32. 32.  Ibu yang mengandung perlu mengambil makanan yang bernutrisi untuk menjamin kesihatan diri sendiri dan fetus yang sihat.  Fetus mendapatkan zat makanan daripada plasenta ibunya melalui tali pusat.  Gizi ibu mengandung harus mengandungi makanan seperti ikan, telur, susu, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  33. 33. Nutrisi / Zat makanan Fungsi / Kepentingan Protein • Diperlukan untuk membina tisu fetus Kalsium dan fosforus • Diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi fetus • Diperlukan untuk mengelakkan kerosakan gigi pada ibu Besi • Diperlukan untuk membina sel darah merah untuk mengangkut oksigen pada fetus • Diperlukan untuk mengelakkan ibu daripada menghidapi penyakit anemia (kekurangan sel darah merah) Asid folik dan vitamin • Diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan (sistem pengimunan) terhadap jangkitan penyakit pada fetus dan ibu
  34. 34.  Protein juga diperlukan untuk membina antibodi dalam badan ibu. Antibodi ialah bahan kimia yang membantu badan memusnahkan mikroorganisma yang memasuki badan.  Ibu mengandung harus mengurangkan pengambilan makanan karbohidrat dan lemak.  Ibu perlu mengelakkan daripada pengambilan alkohol, dadah, ubat dan merokok yang menbahayakan atau mengakibatkan kecacatan embrio atau fetus.
  35. 35. Risiko ibu mengandung yang merokok Anak mati dalam kandungan ibu Keguguran anak Bayi yang dilahirkan bersaiz lebih kecil berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak merokok Melahirkan bayi dengan kecacatan pada otaknya Melahirkan anak yang tidak cukup bulan
  36. 36. Kemandulan (Sterility)  Lelaki atau perempuan yang tidak boleh mempunyai anak Kemandulan lelaki mungkin disebabkan:  tiada atau sedikit sperma dihasilkan  sperma mati terlalu awal  sperma tidak matang  penis tidak dapat berfungsi dengan baik  penyakit kelamin – gonorea atau sifilis  kerosakan pada testis atau duktus sperma Kemandulan perempuan mungkin disebabkan:  Ovulasi tidak berlaku spt ovari tidak menghasilkan ovum  ovum mati terlalu awal  ovum tidak matang  kitar haid yang tidak teratur  kecacatan organ pembiakan spt tiub fallopio tersekat  embrio gagal untuk menempel sendiri di dinding uterus  ketidakseimbangan hormon pembiakan
  37. 37. Kemandulan dan ketidaksuburan boleh diatasi melalui:  Pengambilan makanan yang berkhasiat dan nutrisi yang baik  Rawatan hormon - mengambil pil kesuburan yang mengandungi hormon yang boleh merangsang ovari untuk menghasilkan ovum  Pembedahan  Persenyawaan dalam tabung uji (in-vitro fertilisation)– sperma dan ovum diletakkan bersama di dalam piring petri yang mengandungi larutan kultur. Persenyawaan berlaku. Zigot diletakkan didalam uterus perempuan. Bayi yang dilahirkan dipanggil bayi tabung uji.
  38. 38. Pengawalan kelahiran (birth control) Biasanya berlaku apabila:  Pasangan tidak bersedia untuk memiliki anak  Sudah mempunyai anak yang ramai  Ingin jarak kelahiran antara anak Prinsip yang digunakan dalam kawalan kelahiran:  menghalang ovum dari disenyawakan oleh sperma  menghalang embrio terbentuk dari penempelan ke dinding uterus Kaedah yang digunakan: Lelaki:  Menggunakan kondom  Vasektomi Perempuan:  Kaedah semulajadi i. Rhythm method ii. Temperature method iii. Mucus method  Pil perancang  Alat intrauterus (IUD)  Menggunakan spermicide  Menggunakan diafragma  Ligasi (Ligation)
  39. 39. Kondom Vasektomi
  40. 40. IUD Diafragm Ligation
  41. 41. Bahagian bunga Fungsi Sepal • Melindungi bunga semasa peringkat kudup Petal • Menarik perhatian serangga bertujuan pendebungaan • Melindungi stamen dan pistil Penyangga (Stalk) • Menyokong bunga Stamen • Organ pembiakan jantan Filamen • Memegang anter Anter • Menghasilkan butir debunga Butir debunga (Pollen grain) • Mengandungi sel gamet jantan Pistil • Organ pembiakan betina Stigma • Menerima butir debunga semasa pendebungaan Stil (Style) • Penyokong stigma dan menerima butir debunga Nektar (Nectary) • Menghasilkan cecair manis (nektar) untuk menarik serangga atau burung Ovari • Menghasilkan ovul Ovul • Mengandungi sel gamet betina
  42. 42.  Sel pembiakan jantan tumbuhan berbunga adalah di dalam butir debunga  Sel pembiakan betina tumbuhan berbunga adalah di dalam ovul  Butir debunga dan ovul dari bunga yang berbeza dari segi saiz, bentuk, susunan dan bilangan. Sel pembiakan tumbuhan berbunga Butir debunga
  43. 43. Pendebungaan (Pollination) • Proses pemindahan butir debunga dari anter ke stigma bunga Agen Pendebungaan (Pollination agen) • Agen atau organisma yang membawa/memindahkan butir debunga dari anter ke stigma bunga Tiga jenis agen pendebungaan:  haiwan  angin  air
  44. 44. Perbandingan ciri-ciri debunga dibawa oleh serangga dan angin Persamaan Pendebungaan oleh serangga Pemindahan butir debunga ke stigma Pendebungaan oleh angin Perbezaan dalam ciri-ciri bunga Kuantiti yang kecil dan melekit Kuantiti dan ciri-ciri butir debunga Kuantiti yang besar dan ringan Berbau Bau Tiada bau Terang Warna Biasanya warna putih Pendek Filamen Panjang dan terjuntai Melekit Stigma Berbulu Pendek Stil Panjang Kecil Anter Besar
  45. 45. Pendebungaan oleh serangga Perbezaan dalam ciri-ciri bunga Pendebungaan oleh angin Pendek Tangkai Panjang Ada Nektar Tiada Besar Saiz bunga Kecil Bunga matahari, rambutan Contoh bunga Lalang, Bunga jagung
  46. 46. JENIS PENDEBUNGAAN PENDEBUNGAAN SENDIRI (SELF-POLLINATION) PENDEBUNGAAN KACUK (CROSS-POLLINATION)
  47. 47. Berlaku apabila butir debunga dari anter sekuntum bunga berpindah ke atas: a) Stigma pada bunga yang sama, atau b) Stigma pada bunga yang lain pada pokok yang sama •Lebih mudah berlaku selagi anter dan stigma matang pada masa yang sama. • Kelemahan: • anak pokok yang terhasil mempunyai sifat yang sama • daya tahan terhadap penyakit lebih rendah
  48. 48. Berlaku apabila butir debunga dari anter sekuntum bunga dipindahkan ke stigma bunga pada pokok yang berlainan. Kelebihan:  Mempunyai sifat kedua- dua tumbuhan induk  Lebih sihat  Menghasilkan buah yang banyak dan bermutu  Menghasilkan bijih benih yang bermutu tinggi
  49. 49. Perbandingan antara pendebungaan sendiri dengan pendebungaan kacuk PERSAMAAN Proses pemindahan butir debunga ke stigma PERDEBUNGAAN SENDIRI PERDEBUNGAAN KACUK PERBEZAAN Tempat berlaku Biji benih yang terhasil Rintangan terhadap jangkitan penyakit pada anak pokok yang terhasil Bunga atau pokok yang sama Kurang bermutu Rendah Pokok yang berlainan Lebih bermutu Lebih tinggi
  50. 50. Pokok Pokok induk Pokok kacukan Sifat pokok kacukan Padi • Jenis siam-29 dengan jenis Pebifun • Jenis Taichung 65 dengan Mayang Ebos 80 • Malinja • Mahsuri Buah lebih banyak dan masak dengan lebih cepat Kelapa sawit Pisifera dengan Dura Tenera Buah lebih banyak dengan tempurung yang nipis dan isi yang lebih banyak Betik Subang 6 dengan Sunrise Solo (Hawaii) Eksotika Buah lebih manis dan berisi Jagung Jagung manis dari Taiwan dengan dari Mexico Jagung Masmadu Buah lebih manis, lebih besar, lebih tahan terhadap penyakit dan kemarau Aplikasi pendebungaan kacuk dalam pertanian
  51. 51. Persenyawaan dalam tumbuhan
  52. 52. Pembiakan seks bagi tumbuhan berbunga dan perkembangan ovul dan ovari Pokok berbunga Debunga Ovul Persenyawaan Zigot EmbrioAnak benihAnak pokok
  53. 53.  Bijih benih terdiri daripada tiga bahagian iaitu testa, kotiledon dan embrio.  Testa – kulit luar biji benih yang melindungi biji benih  Hilum – tempat perlekatan biji benih pada testa  Mikropil – liang seni yang terdapat pada testa  Kotiledon – bahagian biji yang menyimpan makanan  Embrio – terletak antara dua kotiledon dalam biji kacang – (plumul,radikel dan kotiledon)  Plumul – membesar menjadi pucuk  Radikel – membesar menjadi akar
  54. 54. Struktur biji benih (Biji benih dikotiledon) Struktur luar biji kacang panjang Keratan memanjang biji kacang panjang
  55. 55. Struktur biji benih (Biji benih monokotiledon) Struktur luar biji jagung Keratan memanjang biji jagung
  56. 56. Bahagian biji benih Fungsi Testa Melindungi biji benih Mikropil Membenarkan udara dan air masuk ke dalam biji semasa percambahan Hilum Melekatkan biji benih pada dinding ovari (buah) Kotiledon Membekalkan makanan untuk percambahan Fungsi bahagian-bahagian biji benih
  57. 57. Percambahan – proses pertumbuhan embrio dalam biji benih menjadi anak benih Terdapat dua percambahan biji benih: i. Percambahan epigeal (Kotiledon turut dibawa keluar di atas tanah apabila pucuk bertumbuh) ii. Percambahan hipogeal (kotiledon kekal dalam tanah)
  58. 58. Percambahan epigeal
  59. 59. Percambahan hipogeal
  60. 60. Peringkat-peringkat percambahan biji benih Bijih benih menyerap air Testa merekah Radikel tumbuh ke bawah Plumul tumbuh ke atas Kotiledon mengecut dan gugur
  61. 61.  Biji benih akan bercambah jika berada dalam keadaan yang sesuai.  Syarat-syarat yang diperlukan untuk percambahan ialah dengan adanya: a) Air b) Udara c) Suhu (haba) yang sesuai Syarat-syarat percambahan biji benih
  62. 62. Pengertian: Sejenis pembiakan aseks yang menghasilkan tumbuhan baru dari bahagian tertentu pada tumbuhan induk tanpa melibatkan biji benih. Berlaku apabila bahagian tertentu pada tumbuhan seperti batang, akar, atau daun, yang ada mata tunas bertumbuh menjadi pokok baru. Berlaku melalui bahagian tertentu tumbuhan seperti rizom, batang, batang rayap dan bebawang.
  63. 63. Rizom ialah batang yang tumbuh di bawah tanah  Rizom mengandungi makanan simpanan.  Lalang, kunyit, halia, serai Mata tunas yang kecil dihasil pada dapat berkembang menjadi tumbuhan  Lidah buaya, Bryohyllum
  64. 64. Tuber ialah batang bawah tanah dengan hujung yang bengkak Tuber mengandungi makanan simpanan  Tuber mengandungi beberapa mata tunas yang dapat tumbuh menjadi pokok baru.  Ubi kentang Sesetengah tumbuhan membiak melalui batang yang mempunyai beberapa mata tunas.  Ubi kayu, tebu, pokok bunga raya, pokok bunga mawar
  65. 65.  Batang rayap ialah batang yang berjalar di permukaan tanah.  Nodus pada batang akan mengeluarkan mata tunas  Batang rayap tidak menyimpan makanan.  Pegaga, rumput, ubi keledek, kangkung  Bebawang terdiri daripada berlapis-lapis daun berlendir yang bengkak. Mata tunas bertumbuh menjadi tumbuhan baru.  Bebawang mengandungi makanan simpanan.  Bawang merah, pokok bunga lili
  66. 66.  Umbisi ialah batang bengkak dengan mata tunas yang tumbuh menegak di bawah tanah.  Umbisi menyimpan makanan.  Keladi  Anak pokok tumbuh daripada batang pendek dalam tanah.  Pokok pisang, pokok buluh
  67. 67. KEBAIKAN KEBURUKAN 1. Anak tumbuhan tumbuh lebih cepat daripada melalui biji benih. 1. Anak tumbuhan tidak mempunyai sifat-sifat baru yang dapat menyesuaikan diri jika persekitaran berubah. 2. Tidak memerlukan bantuan agen pendebungaan 2. Anak tumbuhan tumbuh di kawasan yang sama dengan induk. Hal ini menimbulkan masalah kesesakan. 3. Anak tumbuhan mempunyai sifat yang sama dengan tumbuhan induk. 3. Sifat yang tidak diingini diturunkan daripada induk kepada anak tumbuhan 4. Anak tumbuhan dapat memperoleh makanan daripada induk sebelum bemandiri.
  68. 68. Teknologi pembiakan vegetatif Keratan (Cuttings) Tut lentur (Layering) Kultur tisu (Tissue culture) Tut (Marcot)
  69. 69.  Keratan batang atau dahan dikerat daripada tumbuhan induk dan ditanam ke dalam tanah  Keratan batang yang digunakan perlu mengandungi ruas berdekatan dengan pangkalnya.  Tumbuhan seperti ubi kayu, bunga mawar, bunga raya, tebu, dan kangkung dapat dibiak dengan cara ini
  70. 70.  Kulit suatu dahan yang sihat yang mempunyai ruas serta tunas digelang (dibuang kulit).  Bahagian dahan itu ditutupi dengan tanah lembap dan dibalut dengan bahan plastik kain, atau sabut kelapa.  Apabila akar-akar kelihatan tumbuh keluar daripada bahagian dahan itu, dahan itu dipotong dan ditanam di dalam tanah.  Kaedah ini biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan seperti durian, ciku, limau, rambutan dan jambu batu.
  71. 71.  Suatu dahan yang rendah digelangi kulit luarnya dan dibenam dalam tanah lembap.  Apabila akar-akar kelihatan muncul, bahagian dahan itu dipotong daripada tumbuhan induk dan ditanam.  Keadaan ini digunakan untuk membiak tumbuhan seperti bunga kertas, bunga mawar, bunga melur dan limau.
  72. 72. Mata tunas suatu pokok disisipkan pada kulit luar suatu pokok lain yang dihiris dalam bentuk T Batang satu pokok dipotong dan dilekatkan pada satu batang pokok yang lain
  73. 73. Created by fariha subri

×