2. Perkara yang
Pengenalan Syarat-syarat
membatalkan
wuduk
wuduk
Sunat-sunat
Rukun-rukun Doa ketika wuduk
wuduk
wuduk
3.
4. Untuk menunaikan sembahyang, kita diwajibkan
berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat
hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk
adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin
melakukan:-
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi
dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang
jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi
ayat Al-Quran.
5. Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan
yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang
dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku
seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna
kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan
sunat.
6. Enam perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti
kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang
duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan
sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan
atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak
berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini
antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara
sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.
7. Rukun wuduk itu ada enam perkara:-
1. Niat
"Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah
Ta’ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah
hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan
membaca "Bismillahirrahmannirrahim" dan niat.
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4. Menyapu air di kepala
5. Membasuh kedua kaki
6. Tertib
8. Sunat-sunat wuduk
Bersugi/memberus gigi yang merupakan amalan biasa
yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Sepertimana sabda
Rasulullah:
Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya akan
aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali
solat. (Muttafaq ‘alaih)
Membaca basmalah setiap kali permulaan wuduk.
Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
…. tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut
nama Allah (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-
Baihaqi)
9.
10.
11.
12. 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah
dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka
ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
13. 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
Arasy Mu"
Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal
di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat,
memfitnah, lagu2 berunsur maksiat .
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya
Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya
Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan
bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah