SlideShare a Scribd company logo
1 of 76
Download to read offline
Nama :
Tingkatan :
Edisi Pertama 2016
Disediakan oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin
Modul Alam Sekitar Fizikal
Geografi STPM PENGGAL 1
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 2
TEMA 1 : SISTEM BUMI
1.1 KONSEP SISTEM
Sistem alam sekitar fizikal boleh ditakrifkan sebagai satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling bertindak antara
satu sama lain sebagai satu organisasi yang agak kompleks. Selain mempunyai unsur-unsur yang saling bertindak,
sesebuah sistem itu juga mempunyai tenaga dan bahan yang dapat masuk dan keluar dari sistem tersebut. Tenaga matahari
ialah agen utama penggerak keseluruhan operasi sistem untuk mencapai tahap keseimbangan. Sistem bumi juga mempunyai
sempadan sendiri di samping memiliki sifat pemulihan kendiri.
CIRI-CIRI DALAM SESUATU SISTEM
Kesemua sistem mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Antaranya ialah :
1. Mempunyai satu bentuk struktur atau organisasi tertentu.
2. Mempunyai sifat-sifat umum, abstrak atau unggul berhubung keadaan sebenar di bumi.
3. Semua jenis sistem adalah berfungsi.
4. Setiap sistem terdapat satu bentuk pertalian dari segi fungsi antara setiap angkubah dalam organisasinya.
5. Fungsi setiap sistem membenarkan aliran atau perpindahan bahan.
6. Perpindahan bahan dalam sesuatu sistem wujud dengan adanya sumber tenaga yang bertindak sebagai agen
penggerak.
7. Semua jenis sistem mempamerkan sifat-sifat gabungan atau integrasi antara angkubah-angkubah yang berbentuk
sistem.
8. Contohnya sistem geomorfologi, objek-objek yang biasanya ialah bentuk muka bumi manakala angkubah yang
lainnya ialah ciri-ciri topografi, tanih, geologi(batuan) dan lain-lain.
9. Perhubungan antara angkubah-angkubah ini melibatkan penukaran tenaga bahan-bahan, air dan akan berlaku
cantuman saling bertindakbalas antara angkubah.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 3
10. Mempunyai sempadan yang bersifat jelas atau arbitari. Oleh itu, sistem boleh terbahagi kepada yang berskala besar
dan berskala kecil.
11. Sesuatu sistem boleh dilihat pada ciri-ciri angkubahnya seperti unsur, sifat dan pertalian.
12. Sesuatu boleh dibezakan antara sistem lain berdasarkan kepada sempadan sesuatu sistem.
JENIS-JENIS SISTEM
Sistem Terpencil (Isolated System)
Dalam sistem terpencil tidak ada sebarang bentuk interaksi antara angkubah-angkubah dengan alam sekitar melepasi
sempadan sistem.
a. Sistem terpencil tidak berupaya bertukar tenaga atau bahan dengan alam sekitarnya atau dengan sistem-sistem yang lain.
b. Dalam sistem ini tiada input tenaga dan bahan dari luar sistem ke sistem ini.
c. Contoh sistem terpencil boleh berlaku dalam keadaan tercipta oleh manusia seperti dalam makmal untuk menjalankan
ujikaji-ujikaji sains sahaja,contohnya gas di dalam ‘test tube’.
Sistem Tertutup (Closed System)
a. Sistem tertutup mempunyai sempadan yang menghalang kemasukan bahan tetapi membenarkan kemasukan tenaga.
b. Sistem akan mengalami degradasi tenaga mengikut masa.
c. Sistem mengikut masa akan luput jika tiada tenaga baru yang dibekalkan.
d. Sistem tertutup daripada kemasukan bahan daripada sistem lain.
e. Sistem ini membenarkan pengaliran tenaga.
Sistem Terbuka (Open System)
a. Terdapat sempadan yang arbitari @ jelas tetapi terbuka kepada kemasukan tenaga dan bahan. Fungsi kemasukan ini
untuk membekal dan memelihara sistem supaya terus wujud dan tidak luput mengikut masa.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 4
b. Kemasukan tenaga dan bahan akan mewujudkan pertalian bentuk “web” di antara “attribute”. Kadar kemasukan tenaga
dan bahan boleh berubah dan sistem akan mencapai sesuatu keseimbangan yang baru.
c. Objek itu menunjukkan ciri yang pelbagai sifatnya. Setiap satunya terikat antara satu sama lain melalui pertalian-
pertalian tertentu.
d. Objek-objek yang diikat oleh aliran tenaga akan menghidupkan sistem itu.
e. Sesuatu aliran terbuka sentiasa berhadapan dengan aliran input tenaga dan Bahan yang tiada berkesudahan ke atas
angkubah-angkubah sistemnya.
f. Setelah berlaku tindak balas atau proses akan dapat pula keluaran dari sesuatu sistem. Contoh sistem sungai boleh
dianggap sebagai sistem terbuka. Ia menerima hujan sebagai kemasukan bahan-bahan dan air keluar ke laut.
Beberapa ahli geografi membahagikan sistem alam sekitar fizikal kepada tiga iaitu sistem berstruktur (morfologi), sistem
berfungsi (lata) dan sistem interaktif (gabungan sistem berstruktur dan sistem berfungsi). Rujuk Jadual 1.1
Jadual 1.1 Contoh sistem berstruktur, sistem berfungsi dan sistem interaktif
Bil Topik Sistem Berstruktur Sistem Berfungsi Sistem Berinteraktif
1 Kaji cuaca/kaji
iklim
 bentuk awan
 ketinggian awan
 ketebalan awan
 sejatan
 pemeluwapan
 kerpasan
 tekanan rendah
 latitud tengah
2 Hidrologi  storan pemintasan
 storan lembapan
 tanih
 storan saluran
 aliran sungai  banjir
3 Tanih  pH tanih
 ketebalan tanih
 tumbuhan
 luluhawa
 kesotan tanih
 penpodzolan
 ekosistem
4 Geomorfologi  gradien cerun  golekan lelasan  lembangan saliran
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 5
fluvial  ketumpatan saliran
 gradien saluran
5 Pantai  cerun pantai
 saiz partikel
 keluasan pantai
 damparan
 unduran
 biasan ombak
 tanjung teluk
Sistem berstruktur (morfologi) terdiri daripada ciri-ciri fizikal yang formal yang bergabung untuk membentuk suatu
bahagian fizikal yang beroperasi. Bagi setiap unit sistem ini terdapat unsur-unsur atau parameter yang saling berinteraksi.
Misalnya morfologi bagi unit sistem pantai terdiri daripada cerun pantai, taburan bijian pasir, keteguhan pantai, kekuatan
ombak, arus, pasang surut dan sebagainya membentuk unit morfologi pantai tersebut. Proses yang penting dalam sistem
morfologi ini ialah jika sekiranya berlaku perubahan terhadap salah satu unsur atau parameternya maka unsur-unsur yang
lain juga akan turut berubah bagi mancapai keseimbangan yang baru.
Sistem berfungsi (sistem lata) pula lebih bersifat sehala. Ia merujuk kepada rantaian subsistem yang mengandungi
input, storan dan output bahan dan tenaga. Output bahan dan tenaga dari satu subsistem akan menjadi input kepada
subsistem yang lain. Misalnya dalam konteks kitar hidrologi, output dari sistem atmosfera dalam bentuk kerpasan akan
menjadi input kepada sistem geomorfologi (apabila air hujan memasuki tanih, tasik, kolam dan sebagainya).
Output dari sistem geomorfologi ini (dalam bentuk wap air yang disejatkan) akan menjadi input kepada sistem atmosfera
untuk diproses menjadi output kepada sistem geomorfologi kembali. Semasa proses pertukaran input dan output ini akan
melibatkan storan (simpanan) dalam sistem lata tersebut. Oleh sebab itu bagi sistem lata wujud satu jujukan input-output
yang berterusan.
Sistem berinteraktif merupakan jalinan atau kombinasi antara sistem morfologi dengan sistem lata. Kaitan antara kedua-
duanya adalah dibentuk oleh komponen sistem morfologi dan komponen sistem lata yang sama atau berkait rapat antara
sama lain. Contohnya kemampuan serapan tanih (susupan air ke dalam tanih) adalah merupakan parameter penting dalam
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 6
unit morfologi cerun dan pada masa yang sama ia juga merupakan input dalam sistem lain apabila air yang diserap oleh
tanih tersimpan di dalam akuifer.
Air yang tersimpan di dalam akuifer ini akan mengalir menjadi input kepada saliran khususnya sungai yang menjadi
komponen penting kepada sistem morfologi. Justeru itu wujud kombinasi yang tidak boleh dipisahkan antara sistem
morfologi dengan sistem lata.
Pembahagian Sistem Alam Sekitar Fizikal
Sistem bumi ini dibahagikan kepada empat iaitu Sistem Goemorfologi, Sistem Atmosfera, Sistem Hidrologi dan Sistem
Ekologi.
Sistem geomorfologi adalah mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada
yang makro atau yang mikro. Misalnya proses luluhawa, hakisan, pengangkutan dan gerakan jisim. Kombinasi pelbagai
faktor fizikal akan menghasilkan pelbagai bentuk bumi sama ada di lembangan saliran, di pinggir pantai, dikawasan gurun,
kawasan glasier, pra glasier dan sebagainya.
Sistem atmosfera pula mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara,
kelembapan udara, tiupan angin dan sebagainya yang berlaku di ruang atmosfera. Unsur-unsur iklim dan cuaca ini dikaji
mengikut ruang dan masa.
Sistem hidrologi adalah kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai jenis
kerpasan, air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah. Tumpuan kepada bagaimana air itu berkitar,
perubahan yang dialami oleh air pada setiap peringkat kitaran, proses-prosesnya serta saling kaitan antara unsur-unsur yang
ada dalam kitaran hidrologi.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 7
Sistem ekologi pula satu sistem yang mengkaji habitat fauna dan flora yang dipecah-bahagikan kepada ekosistem-
ekosistem yang berantaian antara satu sama lain seperti ekosistem muara ,ekosistem akuatik seperti laut, tasik, kolam,
ekosistem hutan dan sebagainya. Tumpuan kajian adalah kepada aliran tenaga dan siratan makanan serta keseimbangan
dalam ekosistem-ekosistem tersebut.
Interaksi antara Sistem Alam Sekitar Fizikal
Keempat-empat sistem alam sekitar fizikal di atas tidak berasingan, ia saling berinteraksi antara satu sama lain dalam
hubungan yang kompleks. Sebarang perubahan atau gangguan yang dialami oleh sesebuah sistem akan turut mempengaruhi
sistem-sistem yang lain.
Berdasarkan skima di atas, kita boleh bermula dimana-mana sistem kerana apa yang berlaku pada satu sistem tidak hanya
terhenti setakat sistem itu sahaja, malah turut dialami oleh sistem-sistem yang lain. Misalnya bermula dengan kitaran
hidrologi, proses sejatan berlaku di permukaan air seperti laut, ini diikuti pula oleh pemeluwapan dan kerpasan yang berlaku
dalam sistem atmosfera.
Seterusnya proses pintasan @ cegatan silara dari tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem ekologi. Seterusnya air
larian permukaan dan aliran sub-permukaan berlaku dalam sistem geomorfologi. Akhirnya proses rembesan, aliran air
bawah tanah, akuifer yang membekalkan air kepada sungai, tasik, paya, kolam dan lain-lain berlaku dalam sistem hidrologi.
Dalam konteks ini, sistem hidrologi sendiri bertindak sebagai proses dan penyedia air manakala sistem-sistem yang lain
sebagai medium @ bahantaranya kerana peringkat-peringkat dalam kitaran tersebut akan melibatkan keempat-empat sistem
di atas.
1.2 SISTEM SURIA
Dalam alam semesta ini terdapat beberapa galaksi dan salah satunya ialah ‘Bima Sakti’. Galaksi Bima Sakti mengandungi
100 000 bintang. Matahari merupakan salah satu daripada bintang-bintang tersebut. Ia dikenali sebagai sistem suria. Sistem
suria terdiri daripada matahari, sembilan planet, satelit semula jadi dan pelbagai jasad lain seperti asteriod, komet, meteorit
dan awan habuk planet. Matahari dapat mengawal kedudukan kesemua jasad ini melalui tarikan gravitinya yang
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 8
menghasilkan medan graviti. Kesemua jasad dan planet beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk
bujur atau elips. Planet yang paling hampir dengan matahari ialah Utarid (57.9 juta km) diikuti oleh Zuhrah, Bumi (149.6
juta km) Marikh, Musytari (778.8 juta km), Zuhal, Uranus (2870 juta km), Neptune dan Pluto (5900 juta km).
Matahari merupakan pusat bagi semua planet dalam sistem suria. Daya tarikan graviti matahari menyebabkan semua planet
beredar mengelilinginya. Matahari mempunyai diameter 1 392 980 km. Matahari terdiri daripada beberapa unsur dan yang
paling utama ialah hidrogen serta helium. Kedua-dua ini membentuk hampir 99% daripada isipadu matahari. Suhu
permukaan matahari dianggarkan kira-kira 5 500^ C dan suhu teras 15 juta^C. Suhu yang tinggi ini membolehkan matahari
mengeluarkan cahaya. Matahari menjadikan sumber tenaga utama dalam sistem suria tersebut.
Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari pada jarak kira-kira 57.9 juta km. Utarid mempunyai diameter
487.8 km. Permukaannya seakan sama dengan permukaan bulan kerana terdapatnya kawah-kawah, tanah tinggi dan
lembah. Meteorit besar yang jatuh ke permukaan Utarid telah mewujudkan kawah dan permukaan yang berlembah. Suhu
Utarid pada siang dianggarkan kira-kira 400^C manakala pada waktu malam kira-kira 200^C. Julat suhu yang besar ini
berlaku kerana tidak wujud lapisan atmosfera yang boleh memerangkap tenaga matahari di Utarid. Planet ini tidak
mempunyai satelit.
Zuhrah adalah planet kedua hampir dengan matahari. Jarak Zuhrah dari matahari adalah kira-kira 108.2 juta km. Saiz dan
jisimnya lebih kurang sama dengan Bumi. Diameter Zuhrah ialah 12 104 km. Atmosfera Zuhrah terdiri daripada gas karbon
dioksida dan fungsi gas ini ialah untuk menebat haba dari matahari. Suhu permukaan Zuhrah kira-kira 457^C. Zuhrah
sentiasa dilitupi awan tebal yang mengandungi asid sulfurik. Planet Zuhrah juga tidak mempunyai satelit.
Bumi adalah planet yang ketiga dalam sistem suria. Jarak Bumi dari matahari ialah kira-kira 149.6 juta km. Diameter Bumi
ialah 12 753 km. Bumi adalah satu-satunya planet dalam sistem suria yang dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan.
Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Bumi berputar dari atas paksinya dari arah barat ke timur selama 24
jam. Bumi mempunyai satelitnya sendiri iaitu Bulan.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 9
Marikh adalah planet yang paling kecil dalam sistem suria. Jarak Marikh dari matahari adalah kira-kira 227.9 juta km.
Planet Marikh berdiameter kira-kira 6 785 km. Planet ini kelihatan merah kerana diselaputi oleh debu merah. Satu putaran
Marikh mengelilingi matahari ialah 1.88 tahun. Tarikan graviti di Marikh adalah lebih lemah dan ini menyebabkan lapisan
atmosferanya memiliki karbon dioksida sangat nipis berbanding atmosfera Bumi. Planet Marikh mempunyai dua buah
satelit iaitu Phobes dan Diemos.
Musytari adalah planet terbesar dalam sistem suria. Planet ini mempunyai diameter kira-kira 142 800 km. Jaraknya dari
matahari ialah 778.3 juta km. Planet ini mengelilingi matahari sekali dalam masa 12 tahun. Ia berputar di atas paksinya
selama 9.8 jam bagi setiap putaran. Planet ini terdiri daripada 84% gas hidrogen, 15% gas helium dan bakinya ialah gas
ammonia, metana, wap air dan lain-lain. Musytari mempunyai jaluran asteroid yang gelap dan juga lingkaran cahaya. Planet
ini mempunyai 60 buah satelit.
Zuhal ialah planet yang kedua besar dalam sistem suria. Jarak Zuhal dan matahari adalah kira-kira 1 427 juta km. Diameter
Zuhal ialah 119 871 km. Zuhal beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya dan mengambil masa 29.5 tahun untuk
melengkapkan satu peredaran. Suhu lapisan atmosferanya ialah -170^C dan terdiri daripada gas hidrogen dan gas metana.
Planet Zuhal juga berputar di atas paksinya dan mengambil masa kira-kira 10.67 jam. Zuhal memiliki banyak cincin dan 31
buah satelit.
Uranus ialah planet yang ketiga besar dalam sistem suria. Jarak Uranus dari matahari ialah kira-kira 2 871 juta km. Diameter
Uranus adalah 51 488 km dan mengambil masa 84 tahun bumi untuk melengkapkan peredarannya mengelilingi matahari.
Atmosfera berwarna kehijauan kerana kesan kehadiran gas metana. Satu putaran planet Uranus mengambil masa 17.24 jam.
Suhu di permukaan Uranus adalah terlalu sejuk kerana jaraknya yang jauh dari matahari. Planet ini mempunyai 18 buah
satelit.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 10
Neptun adalah planet yang kelapan dalam sistem suria. Jarak Neptun dari matahari adalah kira-kira 4 497 km. Ia
berdiameter 49 493 km. Suhunya adalah 210^C iaitu terlalu rendah kerana jaraknya yang jauh dari matahari. Suhu di
Neptun bersamaan dengan 165 tahun di bumi. Satu putaran planet Neptun mengambil masa kira-kira 16 jam. Planet ini
mempunyai lapan buah satelit yang mengelilinginya.
1.3 KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA
Cahaya matahari melintasi sistem suria dalam masa 11.5 jam, bergerak dari matahari ke Bumi dalam masa 8 minit dan dari
Bulan dalam masa 1.25 saat. Bumi terletak 149.6 juta km dari matahari. Bumi juga mempunyai satelit iaitu Bulan sejauh
384, 629 km dari Bumi.
Bumi sebagai Satu Sfera
Bumi adalah berbentuk sfera tetapi rata pada kedua-dua kutubnya. Ia mempunyai suatu jejari di Khatulistiwa sepanjang 638
km dan di kutubnya sepanjang 6357 km. Bumi terdiri daripada beberapa lapisan iaitu kerak bumi, mantel dan teras bumi
Kerak bumi merupakan lapisan luar bumi dan dikenali sebagai litosfera. Ketebalannya kira-kira 5 km bagi bawah dasar
lautan dan hingga 40 km bagi puncak tanah tinggi di daratan. Sebahagian besarnya terbentuk daripada batuan igneus iaitu
hasil daripada penyejukan dan pembekuan batuan cair dari dalam kerak bumi. Kerak bumi terdiri daripada dua bahagian
iaitu sial dan sima. Sial ialah daratan yang membentuk benua dan pulau manakala sima ialah bahagian yang
membentuk dasar laut dan lautan. Sempadan yang dikenali sebagai Ketakselanjaran Mohorovicic memisahkan lapisan
kerak bumi daripada lapisan mantel. Lapisan ini mengimbangkan kerak bumi semasa pembentukan gunung-ganang.
Ciri-ciri dan Perbezaan antara Sial dan Sima
Aspek Sial Sima
Jenis batuan Granit Basalt
Jenis mineral Silika dan aluminium Silika,besi,magnesium
Ketumpatan 2.65-2.7 g /cm padu 2.8-3.1 g /cm padu
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 11
Ketebalan 30-40 km 5-10km
Ciri-ciri lain Membentuk benua & pulau Membentuk dasar laut & lautan
Isipadu Lebih ringan Lebih berat
Warna Kecerahan sehingga 65 hingga
75% kandungan silika.
Gelap iaitu 50% kandungan
silika.
Lapisan Terputus-putus Bersambung
Mantel berada antara lapisan kerak bumi dan teras bumi. Ketebalan lapisan ini kira-kira 2900 km dan membentuk 82%
daripada isipadu bumi. Ia terdiri daripada batuan yang padat seperti basalt yang kaya dengan olivin. Ketakselanjaran
Gutenberg menjadi pemisah antara lapisan teras bumi. Suhu bagi lapisan ini dianggarkan tinggi iaitu mencapai 800 hingga
1600^C. Ketumpatan ini dianggarkan kira-kira 3.3 hingga 5.8 g/cm padu.
Mantel terdiri daripada dua bahagian iaitu mantel atas dan mantel bawah. Mantel atas membentuk sebahagian daripada
litosfera, bersifat lembut, nipis dan ketebalannya 30-40 km. Mantel bawah pula dikenali sebagai astenosfera, dalam
keadaan separa cair, suhunya dianggarkan 1400^C dan membolehkan lapisan litosfera terapung di atasnya. Terdapat arus
perolakan di lapisan ini yang boleh menyebabkan berlakunya pergerakan dalam bumi iaitu kuasa endogenik.
Teras bumi merupakan lapisan yang terakhir yang berada jauh di dalam bumi. Ia dikenali sebagai barisfera. Suhunya
adalah amat tinggi iaitu dalam lingkungan 3700 hingga 5000^C . Teras bumi terdiri daripada dua bahagian iaitu teras luar
dan teras dalam.
Teras luar terbentang di antara ketebalan 2900 hingga 5600 km daripada lapisan permukaan bumi. Sifatnya
berkeadaan cair dengan ketumpatannya 10.0 hingga 12.3 g/cm padu. Suhunya pula tinggi iaitu 3700^C dan
banyak mengandungi besi dan nikel atau nife.
Teras dalam pula terbentang di antara ketebalan 5600 hingga 6380 km dari permukaan bumi. Ianya berkeadaan
pejal dengan ketumpatan ialah 13.3 hingga 13.6 g/cm padu. Suhunya amat tinggi mencapai 5000^C.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 12
Bukti bumi berbentuk sfera
Bukti bumi berbentuk sfera iaitu bulat dapat dinyatakan berdasarkan bukti-bukti kajian oleh ahli-ahli geografi dan sains
serta kejadian yang berlaku dalam sistem bumi.
Apabila pelayaran dilakukan dengan mengelilingi dunia oleh seorang ahli pelayaran iaitu Ferdinand Magellan dan anak-
anak kapalnya pada tahun 1519 dan tahun 1552 di mana pelayaran ini telah menjelaskan bumi adalah berbentuk sfera. Tidak
ada orang yang mengelilingi dunia baik melalui daratan dan lautan, yang bertemu dengan pinggir bumi yang boleh
menyebabkan mereka tergelincir. Jalan-jalan udara dan lautan yang dilalui dalam zaman moden ini berdasarkan kebenaran
bahawa bumi berbentuk sfera.
Bukti seterusnya ialah kaki langit akan nampak melengkung dilihat daripada dek kapal di tengah-tengah lautan dan daratan.
Ini bermakna jika kita berjalan jauh kita seolah-olah akan sampai ke bahagian kaki langit. Sebaliknya keadaan sebenar tidak
sedemikan kerana semakin jauh kita pergi ke arah kaki langit ianya masih kelihatan semakin jauh untuk dicapai.
Begitu juga jika kita melihat pergerakan kapal dari tengah lautan yang luas, kita akan nampak asap, kemudiannya tiang
kapalnya terlebih dahulu dan sedikit demi sedikit akan kelihatan kapal keseluruhannya apabila kapal tersebut semakin
menghampiri kita.
Bukti daripada naik turunnya matahari iaitu ketika matahari terbit pada sebelah timur akan kelihatan sedikit demi sedikit di
kaki langit dan kemudian menjadi tegak di atas kepala dan akhirnya akan terbenam di sebelah barat sedikit demi sedikit.
Apabila berlakunya gerhana bulan, kelihatan bayang-bayang bumi di permukaan bulan yang bersifat bulat @ melengkung.
Bukti lain ialah planet-planet lain dalam sistem suria semuanya adalah berbentuk sfera @ bulat seperti yang bermula dari
planet Utarid hinggalah kepada planet Pluto. Begitu juga gambar-gambar yang telah diambil dari kapal angkasa dan setelit
telah menunjukkan bumi sebenarnya berbentuk bulat.
KECONDONGAN PAKSI
Bumi condong sedikit dalam hubungannya dengan matahari. Bumi berputar pada paksinya yang condong pada sudut 23 ½^
daripada satah menegak yang bersudut tepat dengan satah orbit. Kadang-kadang Kutub Utara condong ke arah matahari dan
kadang-kadang condong menjauh dari matahari.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 13
PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA
Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara iaitu putaran bumi di atas paksinya dan peredaran bumi
mengelilingi matahari. Kedua-dua fenomena ini menghasilkan fenomena atau kesan yang berbeza.
Putaran bumi
Bumi berputar pada paksinya yang condong pada sudut 23 ½^ pada satah tegak. Arah putaran Bumi ialah dari barat ke
timur. Satu putaran 360 darjah dan mengambil masa 24 jam. Putaran bumi menyebabkan berlakunya kejadian siang dan
malam. Semasa berputar, permukaan bumi yang mengadap matahari mengalami siang manakala permukaan bumi bumi
yang terlindung akan mengalami malam.
Selain itu, putaran bumi juga akan menyebabkan fenomena pasang dan surut air laut. Pasang dan surut merujuk kepada
kejadian aras air tinggi dan aras air rendah di laut. Fenomena ini disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari.
Berdasarkan rajah 1.5 di atas, tarikan graviti bulan akan menarik air laut di permukaan bumi yang mengadap bulan
menyebabkan kawasan A dan C mengalami pertambahan air laut atau air pasang pada masa yang sama bahagian B dan D
mengalami penurunan air laut atau air surut. Kedudukan air pasang dan surut ini akan berubah apabila kedudukan bulan
berada di D atau B. Pada masa itu, bahagian A dan C pula akan mengalami air surut manakala bahagian B dan D mengalami
air pasang.
Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila graviti bulan dan matahari bertindak bersama dan mengakibatkan air pasang
meningkat ke paras tertinggi. Air pasang maksimum ini dinamakan sebagai air pasang perbani. Dalam keadaan bulan, bumi
dan matahari berada dalam keadaan sudut tepat, air pasang yang terjadi adalah sangat rendah dan air pasang minimum ini
dinamakan air pasang anak.
Peredaran bumi
Bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbitnya. Peredaran mengelilingi matahari mengambil masa 365 ¼ hari atau satu
tahun. Peredaran berlaku mengikut arah lawan jam. Jarak yang paling dekat (147 juta km) dengan matahari ialah pada 3
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 14
Januari dan dikenali sebagai perihelion. Manakala jarak yang paling jauh (152 km) dengan matahari pada 4 Julai dikenali
sebagai afelion. (Rajah 1.6)
Peredaran bumi akan menyebabkan dua fenomena penting iaitu kejadian empat musim dan kejadian gerhana. Kejadian
empat musim disemua kawasan permukaan bumi kecuali di kawasan Tropika akibat pergerakan bumi mengelilingi
matahari dalam paksi bumi yang condong. Kejadian musim lebih ketara dan nyata ke arah Kutub Utara dan Kutub Selatan
iaitu semakin jauh dari garisan Khatulistiwa. Kawasan Tropika tidak mengalami empat musim kerana kawasan ini
menerima pancaran cahaya matahari sepanjang tahun dan hampir sama jangka masa siang dan malam iaitu 12 jam. Pada
kawasan-kawasan tertentu, disebabkan kecondongan paksi bumi dan kedudukan bumi waktu-waktu berlainan ketika
mengelilingi matahari akan menyebabkan fenomena musim yang berlainan di sesuatu tempat.
Empat musim yang dialami ialah musim sejuk, musim panas, musim bunga dan musim luruh. Jenis musim yang dialami
bergantung kepada jumlah tenaga matahari yang diterima.
Pada Soltis musim panas, matahari berada tegak atas kepala di Garisan Sartan. Ketika ini, Hemisfera Utara mengalami
musim panas. Jangka masa siangnya lebih panjang berbanding dengan jangka masa malam. Kawasan Artik pula akan
mengalami 24 jam siang kerana matahari bersinar sepanjang hari iaitu 24 jam. Di Hemisfera Selatan pula pada masa yang
sama akan mengalami waktu malam yang lebih panjang berbanding dengan waktu siang. Di Antartik pula akan mengalami
24 jam malam kerana terlindung daripada pancaran matahari.
Pada masa Soltis musim sejuk, matahari tengah hari berada tegak di atas kepala di Garisan Jadi. Pada ketika ini, Hemisfera
Selatan pula akan mengalami musim panas dengan waktu siangnya yang lebih panjang. Kawasan Antartik mengalami siang
selama 24 jam kerana menerima pancaran matahari sepanjang hari. Manakala di Hemisfera Utara pada masa ini
mengalami musim sejuk pula dengan kawasan Artik tidak mendapat pancaran matahari selama 24 jam atau sepanjang hari.
Ekuinoks pula berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 21 Mac dan 23 September. Pada masa ini, matahari berada tegak di
atas garisan Khatulistiwa dan seluruh dunia kecuali kawasan Kutub Utara dan Kutub Selatan mengalami 12 jam siang dan
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 15
12 jam malam. Kawasan di Hemisfera Utara mengalami musim bunga pada ekuinoks bulan 21 Mac dan musim luruh
pada ekuinoks 22 September. Kawasan di Hemisfera Selatan mengalami musim luruh pada ekuinoks bulan Mac dan
musim bunga pada ekuinoks bulan September.
Fenomena gerhana berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan matahari berada pada satah mendatar yang sama. Jika
bumi berada di antara matahari dan bulan, maka cahaya matahari telah dihalang oleh bumi dan bayangan bumi akan jatuh
pada bulan dan menyebabkan berlakunya gerhana bulan. Jika bulan pula berada di antara matahari dengan bumi, maka
bayangan bulan akan jatuh pada permukaan dan menyebabkan fenomena gerhana matahari.
KOMPONEN SISTEM BUMI
Bumi kita terdiri daripada empat bahagian sfera iaitu Atmosfera, Litosfera, Hidrosfera, dan Biosfera. Setiap bahagian sfera
mempunyai ciri-ciri dan berinteraksi atau salingkaitan antara satu dengan yang lain berasaskan pengaliran sumber tenaga
atau bahangan daripada matahari. Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi sejumlah
tenaga ini sudah cukup untuk menghidupkan sistem bumi.
1.Atmosfera
Atmosfera merupakan lapisan udara yang meliputi bumi degan ketebalan lebih kurang 1000 km. Lapisan atmosfera
mempunyai ketumpatan 0 dan mengandungi gas, wap air, debu dan habuk. Gas-gas yang terdapat dalam atmosfera seperti
nitrogen 78%, oksigen 21%, argon 0.93%, karbon dioksida 0.03% dan lain-lain gas seperti neon, helium, metana, hidrogen,
nitrusoksida dan ozon. Nitrogen, oksigen karbon dioksida merupakan gas-gas yang utama dan hampir dengan permukaan
bumi. Lapisan udara semakin padat berhampiran dengan permukaan bumi dan semakin nipis di lapisan atas daripada
permukaan bumi. Atmosfera merupakan lapisan udara yang amat penting kepada kehidupan samada manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Kepentingannya dapat dijelaskan sebagai berikut:
1. Gas oksigen amat penting kepada pernafasan semua kehidupan.
2. Gas karbon dioksida pula penting untuk proses fotosentesis bagi tumbuh-tumbuhan.
3. Fenomena cuaca akan berlaku pada ruang atmosfera seperti proses penyejatan, pembentukan awan dan kejadian
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 16
kerpasan yang amat penting kepada seluruh kehidupan di bumi kerana dapat membekalkan sumber air.
4. Lapisan atmosfera merupakan ruang pergerakan ruang pergerakan gelombang yang boleh memajukan perkembangan
telekomunikasi.
5. Pada ruang atmosfera yang terdapat lapisan ozon pula amat penting sebagai lapisan penyerap jenis cahaya matahari iaitu
cahaya ultrungu.
6. Oleh kerana terdapat pelbagai bahan dalam ruang atmosfera,maka ia turut berfungsi sebagai penebat haba kerana dapat
menyerap sebahagian haba yang dipancarkan dari matahari dan haba yang dibalikkan semula oleh bumi.
7. Atmosfera juga menjadi ruang yang mampu membolehkan pembakaran dan penghancuran meteorit, yang boleh
mengelak dari jatuh terus ke permukaan bumi.
1.Atmosfera
a. Troposfera
Troposfera merupakan lapisan yang paling hampir dengan permukaan bumi dan tarikan gravitinya yang kuat. Ketebalan
lapisan ini dianggarkan kira-kira 8km hingga 18km. Ia merupakan lapisan yang tidak stabil kerana sekitar lapisan inilah
sering berlakunya keadaan cuaca seperti perubahan suhu, pergerakan angin, pembentukan awan dan hujan dari wap-wap air
yang tersejat. Turut terdapat pada ruang troposfera ialah gas oksigen, karbon dioksida dan wap air yang membolehkan
manusia,haiwan dan tumbuhan hidup di lapisan permukaan bumi. Selain itu, lapisan ini berfungsi sebagai penebat kepada
haba iaitu dapat meresap sebahagian haba daripada matahari dan bumi. Keadaan tekanan udara pada lapisan ini adalah
tinggi kerana terdapat tarikan graviti yang lebih kuat. Lazimnya pada ruang atmosfera perubahan suhu akan menurun
sebanyak 1^C bagi setiap kenaikan 165 m dan sebaliknya. Lapisan yang memisahkan troposfera dengan stratosfera ialah
Tropopaus.
b. Staratosfera
Statosfera merupakan lapisan yang lebih tebal daripada troposfera iaitu dianggarkan lebih dari dua kali ganda. Ianya
bermula dari troposfera kira-kira pada ketinggian 18 km hingga ke lapisan ke 80 km. Lapisan ini tidak berawan, kering dan
nipis. Oleh itu ia lebih stabil dan sesuai bagi penerbangan kapal terbang. Pada lapisan ini suhunya akan meningkat iaitu dari
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 17
50^C pada lapisan tropopaus tetapi meningkat kepada 0^C di kawasan atasnya. Lapisan yang memisahkan stratosfera
dengan mesosfera ialah Sratopaus.Oleh kerana pada lapisan ini terdapat lapisan ozon maka ianya amat berfungsi menyerap
cahaya/ pancaran ultraungu boleh menyebabkan penyakit ketarak mata, kanser kulit dan boleh melemahkan sistem pelalian
badan manusia.
c. Mesosfera
Lapisan ini terletak pada aras 50 km iaitu dari stratosfera hingga ke 80 km. Keadaan suhu pada lapisan ini dikatakan
semakin rendah bila semakin menghampiri kawasan angkasa lepas. Min suhunya berubah-ubah dari kira-kira 0^C hingga
80^C . Ruang inilah merupakan kawasan yang boleh menghasilkan pembakaran dan penghancuran meteorit sebelum ianya
jatuh ke permukaan bumi. Lapisan yang memisahkan mesosfera dengan termosfera ialah Mesopaus.
d. Termosfera
Termosfera merupakan satu lapisan yang luas yang terbentang dari ketinggian 80 km hingga ke 600 km dari permukaan
bumi. Lapisan ini juga dikenali sebagai lapisan Lonosfera, terutama yang terletak pada aras ketinggian 100 km hingga ke
600 km. suhu di ruang ini menjadi semakin meningkat mengikut ketinggian kerana ia merupakan lapisan yang banyak
menyerap sinaran cahaya ultraungu. Dianggarkan suhunya kira-kira 1650^C. Pada ruang atmosfera ini terdapat zarah-zarah
yang terdiri daripada gas-gas yang bercas (ION) yang dapat memantulkan gelombang radio ke permukaan bumi dan inilah
yang boleh memajukan perkembangan telekomunikasi manusia. Turut terdapat pada lapisan ini ialah jalur-jalur yang
berwarna –warni hasil daripada tindakan di antara zarah-zarah bercas dengan magnet bumi dan gas-gas atmosfera yang
dikenali sebagai “aurora”.
e. Eksosfera
Eksosfera adalah lapisan yang paling jauh ke atas dari permukaan bumi dan mengandungi gas-gas ringan seperti helium,
hidrogen dan argon. Udara pada lapisan ini amat nipis sehingga ia digelar sebagai lapisan Vakum. Kedudukannya ialah
pada aras ketinggian hingga 700km hingga ke 1000km .
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 18
2.Litosfera
Litosfera merupakan bahagian luar bumi yang bersifat pejal dan terdiri daripada batuan dan mineral. Lapisan ini adalah
bahagian kerak bumi dan terletak di atas lapisan mantel. Ketebalan kerak bumi / litosfera adalah antara 30 km yang
membentuk daratan dan kira-kira 10 km yang menjadi dasar lautan dan lapisan mantel. Oleh itu bahagian membentuk
daratan sebagai sial dan dasar lautan sebagai sima. Litosfera merupakan lapisan yang dinamik dan menghasilkan pelbagai
bentuk muka bumi seperti gunung, lurah, dataran tinggi, dataran, dan dasar laut.
Kepentingan lapisan litosfera kepada kehidupan di bumi
1. Merupakan habitat kepada organisma hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
2. Lapisannya amat kaya dengan oleh pelbagai mineral dan batuan untuk menjana kemajuan dalam kegiatan ekonomi
seperti perlombongan dan pembinaan.
3. Batuan yang lama terdedah pada luluhawa akan menghasilkan tanah tanih yang amat penting kepada kegiatan pertanian.
4. Tanih yang mengandungi nutrien yang banyak amat berguna kepada pertumbuhan dan pembesaran tumbuh-tumbuhan
3. Hidrosfera
Ianya merupakan bahagian yang terdiri daripada air iaitu dianggarkan kira-kira 71% atau 2/3 daripada permukaan bumi.
Bahagian yang terdiri daripada air ini termasuk laut dan lautan kira-kira 97.2% (air masin) manakala air sungai, air tasik, air
bawah tanah, wap air dan litupan salji serta dan glasier kira-kira 2.8%. Kawasan lautan yang utama di dunia terdiri dari
Lautan Pasifik (yang terbesar), Lautan Artik, Lautan Hindi dan Lautan Antartik. Suhu air laut adalah berbeza-beza dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya di Kawasan Khatulistiwa suhunya panas kira-kira 21^C , manakala di kawasan
garis lintang sederhana iaitu 45^C turun kepada 13^C dan di kawasan dengan hampir dengan Kutub pula suhu air lautnya
hingga 0^C iaitu di bawah takat beku.
Kitaran hidrologi / kitaran air, menjamin kuantiti air di lapisan hidrosfera tidak banyak berubah kerana kehilangan air dari
proses sejatan dari laut digantikan semula oleh hujan dan aliran terus sebahagiannya ke laut semula. Manusia, haiwan dan
segala kehidupan amat bergantung kepaada hidrosfera.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 19
Kepentingan hidrosfera
1. Merupakan habitat kepada pelbagai organisma dan tumbuh-tumbuhan air.
2. Sungai, laut, lautan manjadi jalan perhubungan dan pengangkutan semulajadi yang penting.
3. Membekalkan sumber makanan seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.
4. Punca pendapatan penduduk yang tiggal berhampiran dengan laut, sungai dan tasik.
5. Dapat membangunkan industri menjana kuasa hidroelektrik.
6. Membekalkan sumber air kepada penggunaan domestik penduduk seperti membasuh, minum, mandi dan memasak.
7. Manjadi bahan penting dalam industri yang berkaitan dengan bekalan air seperti besi keluli, membuat batik, dan industri
minuman.
8. Membekalkan air kepada sistem pengairan di kawasan pertanian.
9. Kawasan yang bertakung air dapat ditanam dengan tanaman seperti jut, padi, bakau dan nipah.
4.Biosfera
Biosfera merupakan bahagian yang terdiri daripada segala hidupan termasuklah manusia, haiwan tumbuh-tumbuhan dan
organisma seni. Hidupan ini saling berkaitan dengan sistem yang lain dalam sistem bumi untuk terus hidup.
 Kepentingan biosfera
1. Manusia dan haiwan membekalkan karbon dioksida ke atmosfera dan berguna kepada tumbuhan hijau untuk proses
fotosintesis iaitu proses di mana pokok membuat makanannya.
2. Tumbuhan pula membebaskan oksigen ke lapisan udara dan berguna untuk pernafasan manusia dan haiwan. Turut
penting tumbuhan membekalkan makanan kepada manusia, haiwan dan menjadi bahan mentah dalam perindustrian.
3. Bakteria dan kulat pula menjadi agen untuk mengurai dan mereputkan haiwan dan tumbuhan yang mati untuk
membekalkan nutrien dan kesuburan tanah.Ini menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 20
Pada umumya kesemua sistem dalam sistem bumi yang terdiri daripada Atmosfera, Litosfera, Hidrosfera dan Biosfera
sebenarnya saling berinteraksi dan bergantungan antara satu dengan yang lain untuk mewujudkan keseimbangan dan
hidupan dalam ekosistem. Walaubagaimanapun, matahari turut menjadi punca atau tenaga utama dalam interaksi sistem-
sistem bumi. Batuan direputkan untuk membentuk tanah –tanih bagi membolehkan tumbuhan tumbuh, matahari
mempengaruhi proses penyejatan, membentuk awan dan kejadian hujan untuk pokok tumbuh subur. Tumbuhan
membekalkan oksigen kepada pernafasan haiwan dan manusia dan seterusnya membekalkan makanan. Manusia
membebaskan karbon dioksida ke udara dan digunakan oleh tumbuhan untuk membuat makanannya. Hidrosfera menjadi
habitat hidupan air dan menjadi bekalan makanan manusia. Air laut membekalkan hujan ke bumi melalui sejatan dan
kerpasan serta banyak lagi contoh saling kaitan dan interaksi di antara sistem-sistem bumi.
1.4 TENAGA
Konsep tenaga
Tenaga ditakrifkan sebagai keupayaan melakukan sesuatu kerja. Terdapat pelbagai bentuk tenaga seperti tenaga keupayaan,
tenaga kinetik, tenaga cahaya, tenaga haba, tenaga kimia dan tenaga elektrik. Tenaga amat penting untuk semua kehidupan.
Sistem bumi mempunyai dua sumber tenaga yang utama iaitu tenaga endogenik dan tenaga eksogenik.
Jenis dan punca tenaga
Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan dalam sesuatu jasad seperti tenaga yang terdapat dalam air empangan.
Tenaga kinetik merupakan tenaga yang dihasilkan oleh pergerakan sesuatu jasad seperti tenaga yang terdapat dalam aliran
sungai. Semakin laju pergerakan sesuatu jasad, semakin tinggi tenaga kinetik yang dihasilkan. Tenaga cahaya merupakan
tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu objek seperti tenaga cahaya matahari. Tenaga haba pula merupakan tenaga yang
terdapat dalam sesuatu objek yang mempunyai suhu yang lebih tinggi dari persekitarannya. Tenaga haba dapat dipindahkan
bersama-sama tenaga cahaya. Tenaga kimia merupakan tenaga yang tersimpan dalam sesuatu bahan yang terdiri daripada
sebatian kimia seperti tenaga yang tersimpan dalam makanan. Tenaga elektrik merupakan tenaga yang dihasilkan oleh
sesuatu arus elektrik. Semua tenaga boleh dipindahkan bentuknya melalui proses-proses tertentu. Contohnya apabila sesuatu
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 21
makanan dimakan oleh haiwan atau manusia, tenaga yang terlibat adalah tenaga kimia (dalam makanan) telah dipindahkan
kepada bentuk tenaga haba (badan menjadi panas) dan tenaga kinetik (dihasilkan semasa pergerakan).
Dalam sistem bumi, tedapat dua punca atau sumber tenaga iaitu dari dalam bumi (endogenik) dan dari luar sistem bumi
(eksogenik).
Tenaga endogenik ialah tenaga dari dalam bumi seperti tenaga radiogenik (hasil dari arus perolakan di bawah plat bumi)
dan terikan graviti. Tenaga ini menghasilkan kuasa mampatan dan kuasa kerenggangan.
Tenaga eksogenik pula berpunca dari luar kerak bumi terutamanya dari matahari. Ia menghasilkan proses geomorfologi
(pembentukan bentuk muka bumi yang mengubah permukaan bumi).
Perbezaan tenaga eksogenik dengan tenaga endogenik ialah tenaga eksogenik berpunca dari luar sistem bumi iaitu dari
matahari dan sampai dalam bentuk tenaga haba dan cahaya. Tenaga endogenik berpunca dari dalam bumi dan terkumpul
dalam bentuk radiogenik. Tenaga eksogenik menyebabkan kejadian agen-agen geomorfologi manakala tenaga endogenik
menyebabkan berlakunya pergerakan tektonik.
Perbezaan penerimaan tenaga suria dan kaitannya dengan kejadian siang dan malam dan kejadian empat
musim.
Pergerakan bumi melibatkan putaran bumi pada paksi yang condong dan edaran bumi mengelilingi matahari. Putaran bumi
menyebabkan fenomena siang dan malam. Bumi berputar dari arah barat ke timur. Kawasan permukaan bumi yang
menerima pancaran matahari akan mengalami waktu siang dan menerima tenaga suria yang banyak. Kawasan yang
terlindung dari pancaran matahari pula akan mengalami waktu malam dan menerima tenaga suria yang sedikit. Ini dapat
dilihat melalui rajah 1.8 di bawah.
Putaran bumi pada paksi yang condong pula akan menyebabkan kejadian waktu siang dan malam yang tidak sama
panjang. Pada 22 Disember, matahari tegak di atas garisan Jadi di hemisfera Selatan. Pada ketika ini, hemisfera Selatan
tercondong ke arah matahari, manakala hemisfera Utara tercondong jauh dari pancaran matahari. Pada masa ini
keseluruhan hemisfera Selatan mengalami waktu siang yang lama. Contohnya pada Garisan Jadi waktu siang adalah 16 jam
dan kawasan kutub Selatan pula mengalami 24 jam waktu siang. Umumnya hemisfera selatan menerima tenaga suria yang
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 22
banyak. Pada waktu yang sama hemisfera utara mengalami waktu siang yang pendek dan waktu malam yang panjang. Jadi
keseluruhannya hemisfera utara menerima tenaga suria yang kurang.
Peredaran bumi mengelilingi matahari mengambil masa 365 ¼ hari (setahun) untuk satu orbit yang lengkap. Pergerakan
ini menghasilkan fenomena musim di kawasan –kawasan garis lintang sederhana dan tinggi. Pada kedudukan 21 Jun, bumi
mengalami Soltis musim panas. Pada ketika ini matahari berada tegak di Garisan Sartan. Kawasan garis lintang sederhana
dan tinggi di hemisfera Utara mengalami musim panas manakala kawasan garis lintang sederhana dan tinggi di hemisfera
Selatan mengalami musim sejuk. Kawasan yang mengalami musim panas akan menerima taburan tenaga suria yang banyak
manakala kawasan yang mengalami musim sejuk akan menerima taburan tenaga suria yang kurang.
Kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap aktiviti manusia
Kejadian empat musim mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelbagai aktiviti manusia. Taburan tenaga suria yang
tidak seimbang di permukaan bumi telah mempengaruhi kehidupan manusia. Dalam bidang pertanian, taburan tenaga suria
yang banyak pada sepanjang tahun di kawasan tropika lembap membolehkan pelbagai aktiviti pertanian seperti membajak,
menanam, membaja dan meracun dijalankan sepanjang tahun. Proses fotosintesis juga berlaku sepanjang tahun kerana
proses fotosintesis memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Selain itu, pelbagai jenis tanamn tropika dapat ditanam
disini seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, teh dan sebagainya. Sebaliknya di kawasan garis lintang sederhana dan tinggi,
aktiviti pertanian hanya dapat dilakukan pada musim bunga dan musim panas sahaja. Ini kerana penerimaan tenaga suria
tidak berlaku pada sepanjang tahun.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 23
Taburan tenaga suria mempengaruhi aktiviti manusia
1. Perikanan
Kawasan tropika yang menerima tenaga suria menggalakkan pertumbuhan plankton sepanjang tahun. Bekalan plankton
menggalakkan hidupan ekosistem laut yang kaya dengan pelbagai jenis ikan. Kegiatan perikanan dapat dilakukan sepanjang
tahun. Sebaliknya di kawasan bermusim, pembiakan plankton tidak berlaku sepanjang tahun kerana di kawasan tersebut
bekalan tenaga suria sangat terhad. Lagipun, pada musim sejuk air laut menjadi sejuk serta membeku. Fenomena ini tidak
menggalakkan aktiviti perikanan dijalankan.
2. Penternakan
Kawasan tropika yang bersuhu panas dan menerima hujan yang lebat sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan padang
rumput. Hal ini membolehkan kegiatan penternakan kambing dan lembu secara terbuka dapat dijalankan pada sepanjang
tahun. Sebaliknya di kawasan bermusim kegiatan penternakan terbuka hanya boleh dilakukan pada musim bunga dan panas.
Apabila tiba musim sejuk, binatang ternakan dikurung di dalam kandang dan makanan perlu disediakan.
3. Pelancongan
Kawasan tropika lembap yang berkeadaan panas sepanjang tahun menjadi destinasi para pelancong terutama dari Negara-
negara yang mengalami musim sejuk. Mereka gemar mandi di laut dan berjemur di pinggir pantai yang berpasir. Di Negara
yang bermusim, aktiviti di pantai tidak dapat dilakukan terutama pada musim sejuk. Ini kerana suhu yang rendah bukan
sahaja menghalang aktiviti bahkan membahayakan nyawa.
4. Aktiviti sosial
Di kawasan tropika, aktiviti sosial seperti sukan boleh dijalankan pada sepanjang tahun, manakala di kawasan bermusim
aktiviti berkenaan terhad pada musim panas. Dari segi pakaian pula penduduk di kawasan tropika perlu menggunakan
pakaian nipis daripada kain kapas atau nylon pada sepanjang tahun manakala penduduk di kawasan bermusim memilih
pakaian mengikut musim iaitu pakaian tebal pada musim sejuk dan pakaian nipis pada musim panas.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 24
TEMA 2 : SISTEM GEOMORFOLOGI
2.1 PENGENALAN PROSES GEOMORFOLOGI
Satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik.
Jenis Proses Geomorfologi
i) Proses Endogenik
Proses yang berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi seperti pergerakan tektonik,
lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan.
ii) Proses Eksogenik
Proses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan
serta gerakan jisim.
Proses-Proses Endogenik
1)Pengangkutan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami pemulihan isostasi.
2)Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang menghasilkan banjaran gunung lipat.
3)Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang reahan di kerak bumi, lurah gelinciran serta gunung bongkah yang
berpunca daripada daya mampatan dan tegangan yang dialami oleh kerak bumi.
4)Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila berlakunya perlanggaran atau pencapahan plat-plat
tektonik.
5)Aktiviti gunung berapi.
6)Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur, struktur dan kandungan kimia sesuatu jenis batuan yang
berada di dalam bumi apabila ia menerima haba dan tekanan yang tinggi dan mengalami penjelmaan.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 25
Proses-Proses Eksogenik
1)Luluhawa
Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara insitu.
Terbahagi kepada tiga jenis
a)Luluhawa kimia
b)Luluhawa fizikal
c)Luluhawa biologi
2)Proses hakisan
Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang bergerak seperti air mengalir, angin
dan ombak.
Hakisan terbahagi kepada dua jenis
a)Hakisan geologi.
 Proses hakisan berlaku secara semulajadi dikawasan yang belum diganggu oleh manusia. Proses hakisan goelogi
berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama serta proses hakisan ini melibatkan keseluruhan
permukaan bumi.
b) Hakisan tanih
 Proses hakisan yang berpunca daripada manusia apabila manusia mengganggu keadaan semulajadi alam sekitar
akibat aktiviti-aktiviti manusia.
3)Proses pengangkutan dan pemendapan
Pengangkutan adalah satu proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa dan terhakis akan diangkut oleh agen-agen yang
bergerak seperti air yang mengalir, cairan glasier, angin dan ombak. Proses pengangkutan bergantung kepada tenaga potensi
dan tenaga kinetik agen bergerak. Apabila halaju agen bergerak semakin perlahan, maka bahan-bahan yang diangkut akan
mengalami proses pemendapan.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 26
4)Proses gerakan jisim
Gerakan jisim melibatkan pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti. Proses
endogenik membentuk muka bumi atau landskap fizikal manakala eksogenik lebih banyak mengubah atau
memperkembangkan bentuk-bentuk bumi tersebut.
2.2 KONFIGURASI BENTUK BUMI
Pelbagai jenis atau keanekaan muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro.
Struktur Bumi terdiri daripada 3 lapisan utama :
a) Lapisan kerak bumi
Kerak bumi ialah lapisan bumi paling luar.Lapisan paling nipis.Ia terdiri daripada lapisan SIAL (benua) dan SIMA (lautan).
Kerak bumi banyak mengandungi batuan jenis granit dan basalt. Ketumpatan batuan 2.7 – 3mg3.
b) Lapisan mantel
Lapisan pertengahan yang tidak stabil.Lapisan dalam bentuk pepejal dan cecair.Zon astenosfera berbentuk separa
cair.Lapisan bawah berbentuk batuan pejal. Batuan jenis granit dan basalt. Ketumpatan 5.5.Suhu antara 800^C hingga
1600^C.
c) Lapisan teras bumi
Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg. Dikenali sebagai lapisan
barisfera.Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras dalam (pepejal).Ketumpatan batuan 13. Batuan jenis nikel
dan bes.
KAWASAN KELUASAN (KM PERSEGI)
Asia,Eropah dan pulau-pulau berdekatan 54 200 000
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 27
Afrika 29 800 000
Amerika Utara 24 200 000
Amerika Selatan 18 000 000
Antartika 13 100 000
Australia 7 700 000
Borneo dan Sumatera 1 217 000
JENIS-JENIS BATUAN
1) BATUAN IGNEUS
Terbentuk daripada penyejukan dan pemejalan magma di dalam lapisan kerak bumi atau di luar permukaan kerak
bumi.Terdapat dua jenis batuan igneus iaitu igneus rejahan dan igneus terobosan.
Igneus rejahan terbentuk apabila terdapat pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi. Batuan igneus rejahan seperti
granit mempunyai warna yang cerah, tekstur kasar dan kandungan mineral utama ialah feldspar, kuartza dan mika.
Manakala batuan gabro pula berwarna lebih gelap, tekstur kasar dan kandungan mineral utama ialah feldspar, piroksin dan
olivine. Batuan granit menghasilkan bentuk muka bumi seperti kubah, kelupasan, tanah tinggi dan banjaran gunung.
Contohnya Banjaran Titiwangsa.
Igneus terobosan merupakan penyejukan magma di permukaan bumi.Basalt dan obsidian ialah antara contoh batuan igneus
terobosan.Kedua-duanya mempunyai warna yang gelap dan kandungan mineral utama ialah feldspar.Basalt mempunyai
tekstur halus manakala obsidian bertekstur berkaca.
2) BATUAN ENAPAN @ MENDAP
Ia terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin. Bahan enapan berbentuk berlapis-
lapis. Pembentukan batuan enapan dapat dilihat melalui dua proses iaitu proses pemadatan bahan-bahan mendapan (sedimen
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 28
dan fosil) dan proses penyimenan. Fosil ialah bahan-bahan enapan yang terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit
kerang, sisa tumbuhan dan haiwan yang telah mati.
Proses pemadatan berlaku apabila bahan-bahan enapan berkumpul secara lapisan, selapis demi selapis. Apabila bahan
enapan menjadi semakin tebal, lapisan bawah akan mengalami tekanan daripada lapisan atasnya. Lama-kelamaan bahan-
bahan enapan akan mampat dan melekat di antara satu sama lain.
Penyimenan adalah proses pelekatan mineral-mineral dengan adanya bahan perikat. Bahan enapan yang kasar tidak
melekat di antara satu sama lain dan hanya akan terlekat apabila adanya bahan terikat. Bahan-bahan perikat ini terdiri
daripada lempung, kalsit, silika yang bertindak memasuki ruang-ruang yang wujud di antara mineral-mineral kasar. Tekanan
daripada lapisan atas menyebabkan ia terkeluar dan bahan- bahan perikat akan terhablur dan mengikat mineral-mineral
kasar.
Jenis-jenis batuan enapan
Batuan klastik
Contoh batuan klastik seperti konglomerat, batu pasir dan syal.Konglomerat mempunyai komposisi kerakal, kerikil dan batu
tongkol serta membentuk bentuk muka bumi seperti permatang dan gunung.Komposisi batu pasir ialah pasir dan
membentuk muka bumi seperti tebing tinggi dan daratan tinggi.Komposisi utama syal ialah lempung dan bentuk muka bumi
yang terhasil ialah cerun landai, lembah dan tanah pamah.
Batuan kimia
Batuan terdiri daripada batu garam dan batu gipsum.Batu garam membentuk tasik-tasik cetek di Laut Mati.
Batuan organik
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 29
Batuan ini terdiri daripada batu kapur dan batu arang. Batu kapur mempunyai komposisi kalsit dari sisa haiwan dan ia
membentuk pelbagai landskap karst seperti di lembah kinta dan sekitar Ipoh,Perak. Arang batu mengandungi fosil tumbuhan
dan ia bolah membentuk muka bumi seperti tanah pamah dan pinggir laut.
3) BATUAN METAMORFOSIS
Batuan metamorfosis ialah batuan jelmaan, ia terbentuk apabila batuan igneus dan batuan enapan mengalami tekanan dan
suhu yang tinggi semasa gerakan tektonik di dalam kerak bumi. Hasilnya menyebabkan batuan berkenaan berubah bentuk,
warna dan komposisi mineralnya. Proses ini akan membentuk batuan baru. Batuan baru ini lebih stabil, amat keras, bersinar-
sinar, cantik dan menarik.Terdapat dua jenis batuan metamorfosis iaitu batuan berjalur yang mempunyai susunan mineral
berlapis-lapis secara selari.Batuan tidak berjalur pula tidak mempunyai lapisan.
Batuan syis berasal dari batuan basalt dan granit danmempunyai tekstur sederhana kasar. Gneis mempunyai tekstur kasar
dan berasal daripada batuan granit. Batu kapur yang mempunyai tekstur kasar berasal dari batu kapur.Kuarzit yang berasal
dari batu pasir adalah sederhana kasar.
KEPENTINGAN BATUAN KEPADA AKTIVITI MANUSIA
Aktiviti Manusia Kepentingan
Pertanian Batuan basalt (igneus terobosan) mudah terluluhawa membentuk tanah yang subur untuk tujuan
pertanian- Pulau Jawa
Riolit (igneus rejahan) terluluhawa hasil laterit sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
Perlombongan Batu permata (metamorfosis) digunakan sebagai batu pengisar, pemotong dan gerudi dalam
perlombongan petroleum kerana sifatnya yang paling keras.
Perindustrian Arang batu (enapan organik) bahan bakar utama dalam perusahaan besi dan keluli.
Arang batu melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih kurang 200, 000 hasil
sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga dan bahan letupan.
Lempung (enapan klastik) jenis kaolin penting dalam perusahaan tembikar
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 30
Fostat (enapan) buat baja
Pembinaan Batuan marmar (metamorfosis) digunakan sebagai lantai, dinding bangunan dan perhiasan.
Granit (igneus) bina jalanraya, rumah, bangunan, pelabuhan dsbg.
Perhiasan Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan untuk membuat
barang kemas. Antaranya ialah intan, garnet, delima,nilam dan zirkon.
PROSES ENDOGENETIK
Tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi iaitu lapisan mantel bumi yang menghasilkan berbagai fenomena di lapisan
kerak bumiseperti gampa bumi, letusan gunung berapi, lipatan gelinciran,gerakan tektonik termasuk juga proses
metamorfosisme batuan.
i. Tenaga graviti daripada mampatan jisim dan perambahan momentum sudut semasa pembentukan planet.
ii. Tenaga radiogenikatau atom daripada pencerakinan nucleus atom yang wujud dalam mineral radiogenik seperti
uranium, plutonium dan thorium.
iii. Tenaga haba ini wujud dalam lapisan atas mantel iaitu di astenosfera.
iv. Arus-arus perolakan yang panas dari astenosfera boleh menggerakkan lapisan kerak bumi.
iv. Pelanggaran antara kerak bumi boleh menghasilkan gelombang seismik menyebabkan kejadian gempa bumi.
LIPATAN
Berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa pertembungan antara plat-plat tektonik
yang menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.Iajuga dipengaruhi oleh tarikan graviti berhampiran dengan
permukaan bumi.
Proses-proses Lipatan
a) Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan batuan yang berada dalam bumi adalah cair
lalu mudah lentur.
b) Proses mampatan secara mendatar. Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi
maka lapisan kerak bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan melengkung keatas atau kebawah.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 31
JENIS-JENIS BENTUK MUKA BUMI LIPATAN
i. Antiklin atau lintap mungkum – lipatan yang melengkung ke atas.
ii. Sinklin atau lintap lendut – bahagian yang menggeleding (melendut ke bawah)
iii. Lipatan simetri – kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama atau hampir sama.
iv. Lipatan tak simetri – satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding cerun lipatan di
sebelahnya.
v. Lipatan lampau – keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan.
vi. Antiklin rebah – lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan.
vii. Nappe – antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan seterusnya pematahan lintap mangkum
dan adanya garis gelinciran antara lintap mungkum dan lintap lendut.
GELINCIRAN
Konsep gelinciran
Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi atau blok batuan secara mendatar atau menegak.
Jenis-jenis gelinciran
i. Gelinciran biasa
Gelinciran biasa berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yang menarik kerak bumi atau daya-daya menolak bumi dari
bawah.Mempunyai satah rekahan curam atau hampir tegak.Ia menghasilkan sesar curam dan lurus dan ketinggian berbeza-
beza mengikut ketinggian anjakan blok.
ii. Gelinciran songsang
Gelinciran songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang
bertentangan menghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut. Salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat
atau terjulang ke atas. Dikenali juga sebagai sesar julang.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 32
iii. Gelinciran rabak
Gelinciran rabak apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan kerak bumi menyebabkan terjadinya pergerakan secara
melintang blok-blok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang bertentangan.Pergerakan secara mendatar.
GUNUNG BERAPI
Igneus Jalar Dalam (REJAHAN)
Bentuk muka bumi daripada proses pemejalan magma dalam kerak bumi.
JENIS BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR DALAM DAN PROSES PEMBENTUKAN
i)Daik
Apabila magma yang panas daripada lapisan mantel mengalir ke luar dan menembusi lapisan batuan seterusnya membeku
secara menegak sama ada dalam lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi. Ketebalannya antara 2 - 6m.
ii)Sil
Magma membeku secara mendatar diantara lapisan batuan terutama bagi kumpulan batuan mendak dan ia tipis dan selari
dengan lapisan batuan.
iii)Lakolit
Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi secara kubah.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 33
iv)Lopolit
Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi mengikut lengkung kerak bumi dan kelihatan seperti piring.Bahagian
tengahnya lebih tebal berbanding kedua-dua bahagian hujungnya.
v)Pakolit
Magma membeku di bahagian puncak lintap mangkum atau bahagian dasar lintap lendut.Ia berbentuk seperti kanta.
vi)Batolit
Terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara besar-besaran di dalam kerak bumi.Membentuk teras
sesebuah gunung.
IGNEUS JALAR LUAR (TEROBOSAN)
Bentuk muka bumi yang terbentuk daripada magma yang membeku di permukaan bumi.Ia dicirikan oleh aktiviti gunung
berapi yang meletus dan memuntahkan lavanya.
Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Luar dan Proses Pembentukannya
i.Kon lava asid
Kon lava asid bercerun curam kerana lava asid yang likat dan cepat membeku lalu tudak mampu mengalir jauh.
ii.Kon lava bes
Kon lava bes bercerun landai kerana lava bes adalah cair dan mampu mengalir jauh sebelum membeku. Kaya dengan
mineral ferum atau besi.Juga dikenali sebagai gunung berapi perisai.
iii.Kon abu
Kon abu cerunnya berbentuk cekung dan curam.Terdiri daripada debu, abu dan serpihan batu atau batu tongkol yang keluar
semasa letusan gunung berapi yang dikenali sebagai aliran piroklastik dan bom gunung berapi.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 34
iv.Kon komposit
Terdiri daripada pelbagai jenis kon lava dan abu yang keluar dari pelbagai lohong di sekeliling gunung berapi.Kon-kon kecil
terbentuk menerusi rekahan-rekahan batuan di sekeliling gunung tersebut. Sebahagian kon mengeluarkan lava asid atau bes
dan sesetengahnya mengeluarkan debu, abu dan bahan piroklastik.
v.Krater
Krater ialah kawah besar yang terbentuk di puncak gunung berapi akibat letusan gunung berapi.Apabila magma membeku
kawah tersebut menakung air dan membentuk tasik kawah.
vi.Kaldera
Kaldera terbentuk akibat cantuman beberapa krater gunung berapi yang terletak berhampiran antara satu sama lain.
Membentuk tasik kawah yang sangat besar.
LAVA GUNUNG BERAPI
i.Lava asid
Lava asid sangat likat dan mengalir perlahan.Lava jenis asid cepat membeku.Ia kaya dengan silika. Takat lebur lava asid
tinggi iaitu suhu di antara 800^C – 1000^C. Letusan gunung berapi lava asid adalah kuat.
ii.Lava bes
Lava bes adalah cair dan mengalir laju. Ia lambat membeku dan kaya dengan besi dan magnesium. Takat lebur lava bes
adalah rendah dan sangat panas. Suhu takat lebur ialah 1100^C – 1200^C.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 35
JENIS DAN TABURAN GUNUNG BERAPI
i)Gunung berapi hidup
-Selalu meletus dan sangat aktif.
ii) Gunung berapi mati
-Tidak aktif, tidak akan meletus lagi
iii)Gunung berapi pendam
-Pernah meletus dan akan meletus lagi pada masa hadapan.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Rupa dan Bentuk Gunung Berapi
i) Jenis bahan yang diletuskan
ii) Sifat lohong gunung berapi
iii) Sifat dan jenis letusan
iv) Kuantiti bahan dan bahan piroklas yang dikeluarkan
v) Proses gondolan yang dialami
HANYUTAN BENUA
Teori Hanyutan Benua
-Dikemukakan oleh Alfred Weneger, 1910. Menurut Weneger, 200 juta tahun dahulu semua benua bercantum dan
membentuk satu daratan besar yang dikenali sebagai Pengea. Lautan disekelilingnya dipanggil Panthalassa.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 36
-180 juta tahun dahulu, Pangea telah berpecah kepada Laurasia di utara dan Gonwanaland di selatan serta menghasilkan
Laut Tethys. Laurasia mengandngi benua-benua seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia sementara Gonwanaland meliputi
benua Amerika Selatan, Afrika,Semenanjung Arab, Indiadan Australia.
-Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa-
kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan
magma yang panas. Hipotesis Weneger amat berkait dengan daya mampatan dan daya tegangan yang wujud dalam bumi
yang boleh menggerakkan lapisan bumi. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas. Batuan di
dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada dalam keadaan separa cair, arus perolakan wujud
di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan terapung di atas lapisan astenosfera.
Toeri Peluasan Dasar Laut
Menurut teori ini, apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak bumi (dasar laut), mengisi
ruang rekahan yang dihasilkan oleh sempadan pencapahan di dasar laut. Magma ini akan membeku dan seterusnya
membentuk permatang dasar lautan. Proses yang berterusan, rekahan menjadi semakin besar, magma berterusan keluar dan
membeku. Kesannya, dasar lautan yang lama akan tertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk.
Dasar laut dikatakan telah mengalami proses rebakan.
Teori ini dibuktikan dengan kajian terhadap batuan di dasar lautan.Batuan yang terletak berhampiran dengan permatang
lautan didapati lebih muda berbanding dengan batuan yang terletak lebih jauh daripada permatang lautan.
Toeri Tektonik Plat
Mengikut Teori Plat Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan yang dikenali sebagai plat.
Terdapat plat benua dan plat lautan. 7 plat benua yang besar seperti Plat Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat Amerika Selatan,
Plat Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-Australia dan Plat Antartika. Manakala plat benua yang kecil seperti Plat Nazca, Plat
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 37
Cacos, Plat Filipina, Plat Karibia, Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain. Plat lautan adalah seperti Plat Pasifik dan Plat
Antartika.
Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma panas di lapisan astenosfera. Pergerakan plat
berlaku sangat perlahan dan plat bergerak pada arah yang berbeza-beza antara satu sama lain. Plat-plat ini boleh bergerak
dengan 3 cara iaitu secara pertembungan, pencapahan atau pemisahan dan secara perselisihan.
a)Pertembungan plat
 Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain. Pertembungan ini melibatkan plat benua dengan plat
benua, plat lautan dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.

 Apabila dua plat lautan yang bertembung,plat yang tumpat akan terjunam ke bawah. Di zon ini terbentuk jurang lautan
yang sangat dalam seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan Plat Pasifik dan Plat Filipina.
Plat yang terbenam ke bawah ini akan membentuk magma setelah mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan
tekanan yang tinggi di lapisan mantel.

 Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan kerak bumi di dasar lautan membentuk barisan-
barisangunung berapi di dasar laut. Melalui proses ataman bumi, gunung berapi ini akan muncul di permukaan laut
membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti di Kepulauan Jawa (Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan
Jepun.

 Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua,plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah. Di zon
benam, plat lautan akan mencair dan membentuk magma. Jurang lautan terbentuk di sepanjang sempadan pertembungan
antara plat lautan dengan plat benua. Manakala di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses mampatan ini
akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut. Jika terdapat rekahan di gunung lipat, magma
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 38
akan keluar sebagai fenomena gunung berapi. Pertambunagn antara Plat Nazca dengan Plat Amerika Selatan menghasilkan
Jurang Peru-Chile dan banjaran Andes sebagai gunung lipat.

 Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir kedua-dua benua tersebut akan termampat dan terlipat
lalu membentuk banjaran gunung lipat. Tidak ada plat yang terjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai
ketumpatan yangsama. Pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia telah menghasilkan Sistem Pergunungan
Himalaya.
b)Pencapahan plat
Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada
lapisan kerak bumi, kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah. Ini menyebabkan wujud satu garisan
kelemahan pada kerak bumi, magma yang panas akan mengalir keluar. Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini,
maka magma akan mengalir keluar, menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak bumi yang baru dan
dikenali sebagai permatang tengah lautan. Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada di tengah-tengah
lautan Atlantik.
c)Perselisihan plat
Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis gelinciran. Ia juga dikenali sebagai garis neutral.
Fenomena yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan gempa bumi.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 39
TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA
1. Bukti keselanjaran benua
Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan
dipisahkan oleh lautan pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dengan pinggir laut timur Amerika Selatan
Pinggir Laut Eropah Barat boleh dicantumkan dengan pinggir laut Amerika Utara.
2. Bukti geoglogi
Geologi enapan awal yang berada didasar laut yang terletak disekitar Lautan Antlantik adalah sama dengan yang ditemui di
benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya. Ini menguatkan bukti kemungkinan benua tersebut telah
berpecah dari satu jisim benua yang sama sebelumnya.
3. Bukti bahan fosil
Fosil dinosaur dari zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan dan China. Fosil ini adalah sama dari
segi jenis dan usia.
4. Bukti paleomagnet
Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan kutub magnet utara telah
berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara kesebelah utara Asia dan ke kawasan Artik. Fenomena ini
berlaku pada masa pra kanbrian hingga ke Zaman Pertengahan Tersier
5. Bukti oseanik
Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan Pasifik dan Lautan
Antlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 40
2.3 PEMBENTUKAN LANSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP
LULUHAWA
Konsep Luluhawa
Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan kepada saiz yang lebih kecil. Ia berlaku
secara insitu (setempat).
Luluhawa Fizikal / Mekanikal
Konsep luluhawa Fizikal/Mekanikal
Proses penyepaian dan pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil akibat tindak balas unsur-unsur iklam seperti suhu.
Ia tidak terlibat perubahan kandungan kimia batuan dan berlaku secara in-situ.
Proses- proses Luluhawa Fizikal
1. Perubahan Suhu
 Proses luluhawa ini berkesan di kawasan iklim panas seperti gurun yang mempunyai julat suhu harian yang
tinggi. Suhu yang mencapai 35^C hingga 40^C pada waktu siang menyebabkan lapisan luar batuan lebih
cepat panas dan mengalami pengembangan berbanding bahagian dalam batuan.
 Suhu waktu malam yang jatuh sehingga 5^C hingga 0^C , menyebabkan bahagian luar lapisan batuan
mengalami kehilangan haba dengan lebih cepat dan mengalami proses penguncupan.
 Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya tegangan sehingga lapisan luar batuan retak dan pecah
serta tertanggal daripada lapisan sebelah dalamnya. Bentuk pemecahan dan penyepaian batuan bergantung
kepada sifat fizikal batuan tersebut. Terdapat tiga bentuk pemecahan batuan iaitu:
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 41
a) Pengelupasan
Proses pengelupasan berlaku pada batuan yang mempunyai struktur berlapis dan lapisan luarnya
mempunyai rekahan. Pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar.
Keadaan ini berlaku kesan proses pengembangan dan penguncupan yang berulang pada batuan dan akan
menghasilkan serpihan batuan.
b) Penyepaian Berbiji / Granul
Proses ini berlaku sekiranya batuan pecah atau relai secara berbiji-biji. Batuan induk mempunyai
kandungan mineral yang berbagai dan setiap mineral mempunyai kadar pengembangan dan penguncupan
yang berbeza. Contohnya seperti batuan granit yang mengandungi mineral feldspar, kuartza dan mika.
Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih awal tersingkir dari batuan induk. Butir-
butir halus akan terhasil kesan pemecahan ini.
c) Pemecahan Bongkah
Proses ini berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai rekahan bersegi empat. Proses pengembangan dan
pengecutan berlaku di sepanjang rekahan tersebut dan penyepaian terjadi mengikut rekahan sehingga
menjadi bongkah-bongkah segi empat.
2. Tindakan Ibun
 Tindakan ibun merupakan proses luluhawa fizizkal yang berkesan di kawasan sederhana dunia terutamanya
di bahagian puncak gunung atau tanah tinggi yang sering mengalami keadaan beku cair.
 Kerpasan seperti fros atau salji yang bertakung dalam rekahan batuan akan membeku pada musim sejuk dan
juga di kawasan pergunungan apabila suhu berada di bawah takat beku. Ais akan cair apabila tibanya musim
panas.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 42
 Isipadu air yang beku ini akan bertambah sebanyak 10% dan kesannya menghasilkan tekanan yang kuat di
sekitar dinding rekahan. Proses yang berulang ini akan menghasilkan rekahan yang semakin membesar dan
akhirnya boleh memecahkan batuan. Serpihan batuan yang bersegi-segi ini jatuh di kaki gunung dan dikenali
sebagai talus atau skri.
3. Penghabluran Garam
Proses penghabluran garam ini giat berlaku di kawasan panas dan kering seperti di kawasan savana dan monson tropika. Ia
merupakan proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan rongga-rongga permukaan
batuan. Akibat cuaca panas yang melampau atau ketika musim panas, air akan ditarik ke permukaan bumi oleh daya
rerambut / daya tarikan kapilari. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam yang halus akan tertinggal dalam rekahan. Proses
yang berterusan akan menyebabkan hablur garam semakin banyak dan berkembang semakin besar. Pembesaran dan
pertambahan kuantiti hablur garam akan mewujudkan tekanan dan ketegasan yang ke atas dinding-dinding rekahan
sehingga rekahan menjadi semakin luas, dalam dan seterusnya pecah.
4. Pembasahan dan Pengeringan
 Proses ini beraku di kawasan tropika lembap. Pembasahan apabila batuan ditimpa hujan lebat sehingga
membolehkan batuan menyerap air dan berada dalam keadaan tepu. Pada masa ini, lapisan batuan yang
lembap akan mengalami pengembangan. Manakala pancaran matahari yang terik pula akan mengeringkan
batuan dan lapisan batuan akan mengalami pengecutan. Proses pengembangan dan pengecutan yang berulang
menyebabkan lapisan batuan tersepai dari batuan asalnya.
 Pembasahan dan pengeringan juga berlaku di kawasan pantai yang menerima pengaruh air pasang-surut.
Semasa air pasang, batuan akan tenggelam dan mineral-mineral dalam batuan menjadi lembap dan
mengembang. Semasa air surut pula, batuan yang timbul akan dikeringkan oleh pancaran matahari. Batuan
menjadi kering dan mengecut dengan cepat. Proses yang berulang ini turut memecahkan batuan.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 43
5. Pelepasan Tekanan
Proses ini berlaku terhadap batuan yang terletak jauh ke dalam kerak bumi. Batuan ini berada dalam keadaan menguncup
kerana tertekan oleh batuan yang lain yang terletak di atasnya. Apabila batuan di atasnya mengalami hakisan, diangkut dan
direndahkan batuan yang terletak jauh di dalam kerak bumi akan terdedah ke permukaan ini. Pengurangan beban atau
pelepasan tekanan ini akan menyebabkan lapisan atas batuan berkenaan mengalami proses pengembangan sehingga
menyebabkannya merekah dan pecah.
Luluhawa Kimia
Konsep Luluhawa Kimia
Semua proses pereputan dan penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas dengan air, asid, ion dan
larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer ke peringkat sekunder. Tindakan ini boleh mengubah kandungan
kimia batuan.
Proses Luluhawa Kimia
1. Pengoksidaan
Proses ini berlaku apabila mineral dalam batuan bertindakbalas dengan oksigen dalam udara. Pengoksidaan berlaku
terhadap batuan yang banyak mengandungi mineral besi (ferum). Sebatian besi akan teroksida apabila terdedah kepada
kepada udara (oksigen) dan air. Ia akan bertukar kepada warna perang kemerahan atau berkarat. Sebatian ferum yang
teroksida ini boleh melemahkan struktur batuan.
2. Pengkarbonan
Ia merupakan tindakbalas antara kalsium karbonat dengan asid karbonik. Asid karbonik lemah terbentuk apabila air hujan
bercampur dengan karbon dioksida dalam udara. Air hujan yang mengandungi asid karbonik lemah ini mudah
bertindakbalas dengan batu kapur dan menghasilkan kalsium bikarbonat. Proses pengkarbonan ini boleh menghasilkan
pelbagai pandang darat karst di kawasan batu kapur seperti klint, gua batu kapur, stalaktit, stalagmite dan lain-lain.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 44
3. Penghidratan
Penghidratan berlaku apabila mineral batuan menyerap air. Ketegasan dan pengembangan terhasil dalam batuan dan
akhirnya boleh melemahkan struktur batuan dan menghancurkannya. Contohnya pembentukan limonit.Terdapat juga
keadaan di mana mineral bergabung dengan air dan membentuk mineral lemah. Proses ini boleh melemahkan dan mengurai
batuan induk.
4. Larutan
Air hujan atau air larian bertindak sebagai pelarut.Air berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti
gipsum, natrim klorida dan kalsium karbonat. Kalsium, natrium dan magnesium mempunyai kadar kelarutan yang tinggi
berbanding dengan silika. Dengan itu ia mudah dilarutkan dan disingkirkan daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan.
5. Hidrolisis
Ia merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan oleh tindakan air. Tindakbalas ion hidrogen dengan ion mineral
batuan akan menghasilkan sebatian baru dengan mineral yang berlainan dari batuan asal. Kesannya batuan asal akan
berubah kepada jenis lain. Contohnya feldspar dalam batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah liat berwarna putih) yang
lembut apabila air hujan bertindak ke atasnya.
Luluhawa Biologi
Konsep Luluhawa Biologi
Ia melibatkan tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia. Proses ini berlaku secara fizikal atau
kimia dan melibatkan proses pemecahan dan penguraian batuan.
Proses Luluhawa Biologi
1. Tumbuhan
Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan batuan akan semakin membesar dan akhirnya meretakkan batuan.
Akar tumbuhan juga boleh bertindak mereputkan batuan melalui asid humik yang dikeluarkan.Contohnya akar lumut dan
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 45
kulampair.Penguraian olek bakteria terhadap daun, ranting, dahan yang gugur juga boleh menghasilkan asid humik yang
boleh bertindakbalas dengan mineral batuan.
2. Haiwan
Haiwan seperti arnab, tikus, ular akan memecahkan batuan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Struktur tanah yang
longgar dan polos ini memudahkan ini memudahkan kadar resapan ke dalam tanah.
3. Manusia
Tindakan manusia seperti meletupkan batuan di kuari dan lombong telah mendedahkan batuan kepada proses luluhawa
seterusnya.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Luluhawa
a) Iklim
Suhu dan hujan merupakan dua unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa.Proses-proses luluhawa kimia seperti larutan,
pengkarbonan dan hidrolisis amat bergantung kepada kehadiran air. Menurut Prinsip Lee Chatlier, ‘tindakbalas luluhawa
kimia akan berganda apabila kuantiti air bertambah’. Kawasan Tropika Lembap mendapat bekalan hujan tahunan yang
banyak maka luluhawa kimia adalah berkesan di kawasan ini. Purata suhu tahunan yang tinggi (27^C hingga 32^C) di
Tropika Lembap juga merupakan penyumbang utama kepada proses luluhawa kimia. Suhu yang tinggi sepanjang tahun
dengan beza antara suhu harian yang kecil membolehkan operasi kimia berlaku dengan berkesan.
b) Jenis batuan
Batuan yang lembut seperti batu kapur, dolomite dan gipsum merupakan jenis batuan yang tidak stabil dan mudah
mengalami luluhawa berbanding dengan batuan keras seperti granit.
c) Rekahan
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 46
Rekahan juga merupakan faktor penentu keberkesanan luluhawa.Rekahan merupakan garisan lemah batuan. Batuan yang
mempunyai kepadatan rekahan yang tinggi dan rekahan berada dalam keadaan menegak, mempunyai kadar luluhawa yang
tinggi. Ini kerana air, asid dan laritan boleh bertakung dan menembusi batuan ini.Luluhawa kimia boleh bertindakbalas di
sepanjang dinding rekahan.
d) Relief
Relief ialah keadaan cerun sesuatu kawasan.Luluhawa kimia pesat berlaku di kawasan cerun landau dan tanah pamah.
Kawasan ini menggalakkan kadar simpanan air berbanding kawasan cerun curam. Luluhawa akan lebih berkesan di
kawasan cerun yang menghadap pancaran matahari berbanding dengan cerun yang membelakangkan matahari. Pancaran
matahari (suhu) diperlukan untuk tindakan luluhawa kimia.
Kesan Luluhawa Terhadap Pembentukan Landskap Aktiviti Manusia
a. Di kawasan batu kapur, luluhawa mewujudkan pandang darat karst yang menarik seperti gua, sungai bawah tanah,
stalaktit, staglamite dan lain-lain. Gua-gua batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak sering menjadi
tarikan pelancong.
b. Pembentukan tanah liat. Pembentukan tanah liat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldspar.
Tanah liat ini sangat penting dalam industri tembikar.
c. Tanah laterit terbentuk hasil proses pengoksidaan. Tanah laterit yang berwarna keperangan ini sesuai untuk
tanaman getah dankelapa sawit.
d. Proses luluhawa di kawasan gurun menghasilkan gurun batu dan gurun pasir.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 47
PERGERAKAN JISIM
Konsep Pergerakan Jisim
Pergerakan regolit tanah dari atas cerun ke bawah cerun akibat daya tarikan graviti dengan dibantu oleh air sebagai pelincir.
Jenis-jenis pergerakan jisim
a. Aliran Lambat
Pergerakan regolit dan tanih secara perlahan-perlahan menuruni cerun. Proses pergerakan ini tidak dapat dilihat dengan
mata kasar. Cuma dapat dilihat seperti tiang elektrik.Tiang telefon yang condong daripada kedudukan asalnya yang
tegak.Ia berlaku dikawasan yang mempunyai permukaan cerun yang tidak terlalu landau dan tidak dilitupi oleh
tumbuhan yang tebal.
Proses-proses Aliran Lambat
 Kesotan tanah-tanih
 Kesotan Talus
 Kesotan Batuan
 Kesotan batu glaseir
 Gelangsaran tanah
b. Aliran cepat
Aliran lambat melibatkan pergerakan regolit, tanah dan lumpur pada kadar yang lebih cepat dan di atas cerun yang
lebih curam berbanding aliran lambat.
Proses-proses aliran cepat:
 Aliran tanah
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 48
 Aliran lumpu
 Puin salji runtuh
c. Geluncuran
Geluncuran melibatkan pergerakan tanih, regolit dan bongkah batuan secara besaran di cerun yang curam dan hampir
tegak.Ia berlaku lebih cepat dan tiba-tiba berbanding dengan proses dalam aliran cepat.
Poses-proses Geluncuran
 Robohan
 Geluncuran puin
 Geluncuran batuan
d. Runtuhan
Pergerakan regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya
runtuhan ialah kadar turunan hujan yang lebat dan perubahan cerun yang semakin curam.
Proses-proses runtuhan:
 Runtuhan tanah
 Runtuhan batuan
Faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim
a. Kecerunan
Kecerunan sesuatu permukaan bumi mempengaruhi proses pergerakan jisim. Di kawasan yang bercerun curam pergerakan
jisim berlaku dengan giat akibat daya tariakan graviti ke bawah adalah tinggi.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 49
b. Jenis batuan
Jenis batuan yang berlainan mempengaruhi proses pergerakan jisim. Proses pergerakan jisim berlaku dengan giat di cerun
yang terdiri daripada batuan yang lembut berbanding dengan kawasan yang dilitupi batuan keras.
c. Hujan
Kawasan yang menerima hujan yang lebat mengalami proses pergerakan jisim yang giat. Ini kerana air bertindak sebagai
pelincir yang mempercepatkan lagi proses pergerakan jisim. Akibat curahan hujan yang lebat berat jisim sesuatu cerun akan
bertambah hasil daripada proses susupan dan larut resap dan akhirnya cerun akan runtuh secara besar-besaran.
d. Litupan tumbuh-tumbuhan
Tumbuhan menjadi pelindung semulajadi yang paling berkesan untuk menstabilkan sesuatu cerun. Selain daripada proses
cegatan silar terhadap titisan air hujan, akar memainkan peranan dalam menentukan kadar kejeleketan ketara tanah. Sistem
akar yang komplek akan mencengkam tanah dan menghalang kejadian gerakan jisim.
e. Gegaran
Kawasan yang berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik merupakan kawasan yang tidak stabil dan mudah berlaku gempa
dan gegaran. Kejadian gempa bumi dan gegaran sesuatu kawasan mendorong kepada berlakunya pergerakan jisim terutama
jisim secara cepat.Gegeran yang kuat membawa kepada terjadinya tanah runtuh dan runtuhan batuan.
f. Tindakan manusia
Tindakan manusia banyak mempengaruhi kejadian pergerakan jisim.Tindakan manusia seperti pembalakan, pembinaan
jalan raya di lereng-lereng bukit, pembinaan pusat peranginan di kawasan tanah tinggi, pembinaan petempatan,
perlombongan kauri dan sebagainya menyebabkan banyak kawasan bukit digondol, ditarah dan dipotong untuk pelbagai
tujuan. Keadaan ini menyebabkan kawasan cerun bukit kehilangan kestabilan dan terdedah kepada agen-agen hakisan yang
akhirnya akan memudahkan berlakunya pergerakan jisim seperti tanah runtuh,runtuhan batuan dan juga banjir lumpur.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 50
Langkah-langkah untuk mengawal proses pergerakan jisim
a. Langkah perundangan
Mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat pemaju sesebuah projek yang melanggar peraturan
EIA ( Environment Impact Assessment ). Tindakan mahkamah seperti denda, penjara, menarik balik lesen, arahan
pembayaran pampasan dan ganti rugi dan lain-lain.
b. Langkah penstrukturan
 Menanam pokok-pokok pelindung yang kekal di atas permukaan cerun bukit supaya kestabilan cerun secara
semulajadi terpelihara.
 Membina benteng serta tembok penahan hakisan di kaki cerun yang tidak stabil dan berisiko untuk runtuh.
Benteng yang dibina boleh mengukuhkan kaki cerun untuk mengelaknya runtuh secara besaran. Benteng
yang dibina dalam bentuk konkrit, sangkar dawai yang diisi dngan batu konkrit dan lain-lain lagi.
 Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun yang tidak stabil. Ini bertujuan untuk mengelakkan
air hujan daripada terus terkena pada permukaan cerun terutama permukaan cerun yang telah tergondol.
 Memperbaiki sistem saliran dan laluan air di permukaan cerun atau kawasan tanah tinggi. Menyediakan
sistem perparitan longkang di permukaan cerun. Ia boleh dibuat secara berteres di bahagian cerun atas hingga
cerun bawah. Dengan cara ini, limpahan air permukaan dan ketepuan tanih dapat dielakkan dan seterusnya
pergerakan jisim tidak berlaku.
c. Langkah bukan perundangan
Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua lapisan masyarakat khususnya pemaju
perumahan, pekebun sayur dan pengusaha hotel.Kempen boleh dilakukan melalui pelbagai media cetak dan elektronik,
menganjurkan kursus-kursus serta seminar dan lain-lain.Di samping itu, pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah,
rendah, menengah hingga ke universiti diperkukuh dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar secara
khusus.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 51
LEMBANGAN SALIRAN
Konsep Lembangan Saliran
Lembangan saliran ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-cawangannya. Contohnya, Lembangan
Sungai Kelantan.
Hakisan Permukaan
a. Hakisan Percikan
Hakisan percikan berlaku di kawasan yang terhad litupan bumi apabila titisan air hujan akan terus ke tanah. Hentaman
titisan air hujan berupaya menghempaskan butiran dan jatuh semula ke permukaan.
b. Hakisan Kepingan
Hakisan kepingan berlaku akibat dari air larian permukaan menghakis lapisan tanah di permukaan.
c. Hakisan Galir
Hakisan permukaan cerun yang lebih meluas, terdiri daripada alur-alur air yang kecil. Terbentuk oleh hujan lebat dan
kewujudannya sering berubah-ubah.
d. Hakisan Galur
Hakisan galur merujuk kepada alur-alur air yang kekal dan berisi air semasa hujan lebat.Alur lebih besar dari galur dan
biasanya kekal dalam jangka masa lama.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 52
Hakisan Sungai
Jenis hakisan
a. Hakisan mendalam/ hakisan menegak
Hakisan mendalam berlakuapabila sungai menghakis pada dasarnya menjadikannya semakin dalam mewujudkan lurah
yang sempit berbentuk V.
b. Hakisan melebar
Hakisan melebar berlaku pada bahagian sungai yang mempunyai dasar sungai tidak begitu curam tetapi isi padu air yang
banyak.Hakisan berlaku ke arah tebing secara melebar dan mewujudkan profil rentas berbentuk U.
c. Hakisan kebelakang/ unduran
Hakisan ini menyebabkan cerun dasar sungai berundur kearah hulu, banyak berlaku di kawasan hulu sungai dan bahagian-
bahagian yang tidak mempunyai ketidakrataan dasar.
Cara-cara Hakisan
a. Tindakan hidraul - Tindakan hidraul melibatkan kuasa air sungai itu wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran air
sungai ke atas struktur rekahan batuan yang lemah seperti struktur rekahan dan ke atas batuan lembut.
b. Lelesan @ geseran - Melibatkan geselan antara muatan sungai (batu kelikir) dengan air sungai terhadap tebing dan dasar
sungai.
c. Lagaan - Merujuk kepada pergeseran batuan itu sendiri apabila berlaga sesame sendiri semasa pengalirannya.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 53
d. Larutan – air sungai bertindakbalas secara kimia terhadap batuan. Proses ini sangat berkesan di kawasan batuan kapur
yang mudah larut.
Faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan
a. Isipadu dan Halaju Air
Amat berkesan untuk proses larutan dan proses hidraul.Semakin tinggi isipadu air sungai, semakin tinggi tenaga potensinya
dan juga kelarutan air sungai tersebut.Semakin tinggi halaju air di dalam alur sungai, semakin tinggi tenaga sungai itu untuk
menjalankan kerja-kerja hakisan.
b. Kecerunan
Dasar alur yang curam mempengaruhi halaju arus. Kecuraman cerun membolehkan air sungai mengalir deras dan ini
meninggikan kadar hakisan, terutama hakisan cara lelasan dan lagan.
c. Bentuk alur
Bentuk alur yang lurus pasti mengalami kadar hakisan yang hebat kerana taburan tenaga bagi keseluruhan geometri alur
adalah sama dan seimbang. Jadi keseluruhan tebing alur sama ada di kiri atau kanan akan mengalami hakisan pada kadar
yang sama. Bagi alur yang berliku, taburan tenaga tidak sama menyebabkan kadar hakisan tidak seimbang bagi keseluruhan
tebing alur sungai.
d. Jenis batuan
Sekiranya tebing dan dasar sungai terdiri daripada batuan lembut maka kadar hakisan sungai adalah tinggi berbanding
dengan batuan keras.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 54
e. Bahan muatan
Kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh air sungai pula dilihat secara relatif dengan keras-lembut batuan tebing dan
dasar alur sungai. Faktor ini amat mempengaruhi keberkesanan proses lagaan dan geselan. Sekiranya bahan-bahan yang
dibawa oleh air sungai itu adalah banyak maka kebarangkalian untuk berlaku pergeselan dan lagaan adalah tinggi.
Bentuk Muka Bumi Hakisan Sungai
a. Air terjun
Air terjun merupakan aliran air terjun setingkat yang terjun dari poin yang tinggi dipengaruhi oleh proses hakisan. Air terjun
biasanya terbentuk di kawasan batuan yang berstruktur mendatar antara batuan keras dan lembut.Lapisan atas terdiri
daripada lapisan batuan keras, sukar dihakis dan aliran sungai mengalir di atasnya.Manakala lapisan batuan lembut yang
berada di bawah sangat mudah dihakis khususnya oleh hempasan air dari tingkat terjun.
b. Jeram
Jeram ialah air terjun bertingkat atau bersiri mengikut tingkat terjun yang berbeza.
c. Lubuk
Satu lekukan atau lubang di dasar sungai yang berbatu yang dikorek oleh pusaran arus sungai.Aliran sungai yang deras dan
berpusar bertindak mengorek rekahan-rekahan di dasar sungai yang tidak rata, pemperdalam rekahan tersebut menjadi
lubang dinamakan sebagai lubang periuk.
d. Gaung
Gaung mempunyai tebing yang sangat curam dan dalam. Hakisan menegak bertindak dengan berkesan di dasar alur sungai
menyebabkan dasar alur dikorek dan diperdalamkan.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 55
e. Lurah
Air sungai yang mengalir laju berupaya menghakis ke dasar sungai melalui hakisan jenis mendalam.Oleh itu, lurah sungai
semakin mendalam, sempit dan curam membentuk lurah V.
PENGANGKUTAN SUNGAI
Konsep Pengangkutan Sungai
Pengangkutan adalah proses pemindahan muatan sungai seperti batu tongkol, kerikil, pasir, tanah, bahan-bahan ampaian
dari peringat hulu ke peringkat hilir serentak dengan aliran air tersebut.
Cara Pengangkutan Sungai
a. Larutan – melibatkan pemindahan zat-zat galian yang terlarut dalam aliran dari batuan. Cara larutan ini lebih giat jika
sistem aliran terdapat di permukaan batuan yang lembut seperti batu kapur.
b. Ampaian – berlaku terhadap puin-puin yang halus dengan adanya arus dasar yang kuat. Biasanya mautan ampaian
menentukan warna air, contohnya tanah liat.
c. Loncatan – melibatkan pergerakan muatan sungai yang berbentuk bujur seperti batu kelikir di dasar sungai, ia giat
berlaku selepas hujan lebat.
d. Seretan – melibatkan pergerakan bongkah batu yang besar, dianggap muatan dasar kerana pergerakannya hanya berlaku
di dasar-dasar sungai. Ia sangat giat berlaku apabila isipadu air yang banyak atau halaju air yang tinggi terutama ketika
banjir.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 56
e. Golekan – melibatkan pergerakan batuan yang sederhana besar dan dianggap muatan dasar.
f. Apungan – melibatkan beban sungai yang ringan dan halus, pergerakannya di atas permukaan air.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangkutan Sungai
a. Tenaga
Semakin laju pergerakan arus sungai maka sungai semakin bertenaga dan dapat menjalankan proses pengangkutan
dengan lebih berkesan. Beban sungai yang besar dan berat dapat diangkut ke hilir sungai dengan lancar.
b. Cerun
Kawasan yang bercerun curam menyebabkan sungai mengalir dengan deras berbanding dengan sungai yang beraliran
perlahan.Sungai yang terletak di cerun yang curam mempunyai tenaga yang tinggi untuk kerja-kerja pengangkutan
berlaku.
c. Halangan
Di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan memperlahankan aliran air.
d. Kekasaran alur
Alur sungai yang kasar menyebabkan aliran sungai perlahan. Ini mengurangkan keupayaan sungai tersebut untuk
menjalankan proses pengangkutan. Sungai ini juga akan menyebabkan pengangkutan sungai turut perlahan.
e. Bentuk alur
Alur yang lurus aliran sungai adalah laju. Proses pengangkutan giat kerana sungai bertenaga. Alur yang berliku-liku
menyebabkan aliran sungai adalah perlahan maka sungai tidak bertenaga untuk menjalankan kerja-kerja pengangkutan.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 57
f. Saiz bahan
Saiz bahan merujuk kepada jisim dan ketumpatan beban sungai.Saiz beban yang kecil dan ringan, pengangkutan sungai
adalah giat.Manakala saiz beban yang besar dan berat, pengangkutan sungai adalah perlahan.
g. Bentuk beban
Bentuk beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk diangkut. Bentuk beban merujuk kepada
ciri-ciri beban tersebut apabila di dalam air, sama ada ia larut, terapung atau tertinggal sebagai pepejal. Contohnya
beban larut adalah sejenis beban yang menyebabkan kandungan mineral larut dalam air misalnya kalsium karbonat dan
bahan-bahan toksid. Beban ini akan diangkut secara larutan.
PEMENDAPAN SUNGAI
Konsep Pemendapan Sungai
Penimbunan atau longgokan bahan seperti pasir dan kelikir yang diangkut oleh sungai dari bahagian atas sungai ke
peringkat rendah dan mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai semakin perlahan khasnya di kawasan yang bercerun
landai.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemendapan
a. Isipadu air
Isipadu air yang tinggi akan menyebabkan aliran sungai menjadi perlahan,beban sungai akan dimendapkan. Contohnya di
kawasan hilir sungai, isipadu air tinggi kerana sungai menerima luahan dari cawangan-cawangan sungai menyebabkan
aliran perlahan dan memendapkan beban yang dibawanya.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 58
b. Halaju air
Halaju air yang perlahan akan menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk kerja-kerja pengangkutan maka sungai tersebut
akan memendapkan semua beban yang dibawanya.
c. Kecerunan
Kawasan yang mempunyai kecerunan yang landai, aliran adalah perlahan dan tidak bertenaga maka proses pemendapan
akan berlaku.
d. Bentuk alur
Alur yang berliku-liku menyebabkan aliran sungai adalah perlahan menyebabkan kerja-kerja pemendapan berlaku dengan
berkesan.
e. Jenis batuan
Batuan yang keras dan membentuk alur biasanya kerja-kerja hakisan berlaku berbanding dengan batuan yang lembut yang
menyebabkan proses pemendapan berlaku.
f. Bahan muatan
Bahan muatan yang besar dan berat akan dimendapkan lebih dulu seperti di kawasan hulu sungai. Contohnya, batu-batu
besar yang terdapat di kawasan air terjun adalah hasil pemendapan aliran sungai yang tidak mampu untuk mengangkut ke
kawasan hilir. Bagi bahan muatan yang kecil dan halus seperti pasir akan diangkut dan dimendapkan di kawasan hilir
sungai.
g. Halangan
Halangan di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan menyebabkan aliran sungai terhenti maka beban sungai yang
diangkut akan dimendapkan.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 59
Bentuk muka bumi pemendapan sungai
a. Dataran banjir
Bermaksud kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian hilir sungai yang melimpah air banjir.Ia amat luas, landai dan
rata.
b. Tetambak
Ialah jaluran permatang yang wujud di sepanjang tebing sungai dan memisahkan antara sungai dengan dataran banjir.
c. Tasik ladam
Kejadian tasik ladam dapat dijelaskan melalui tiga peringkat :
Peringkat 1 – hakisan sisi berlaku di tebing-tebing cekung dan akan menghasilkan alur yang baru.
Peringkat 2 – pembentukan alur yang baru ini dipercepatkan lagi dengan pemendapan bahan-bahan yang terhakis. Proses
pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan sungai akan terpisah daripada alur sungai yang terbentuk tadi. Likuan ini
dinamakan sebagai likuan terpenggal.
Peringkat 3 – proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan terpenggal terpisah langsung daripada alur-alur
sungai. Air dalamlikuan terpenggal ini akan terperangkap menjadi sebuah tasik yang dinamakan tasik ladam.
d. Delta
Terbentuk apabila timbunan bahan mendap berlaku secara meluas di muara sungai.Di kawasan muara ini, halaju arus sungai
amat perlahan kerana sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu memendapkan bahannya dengan giat dan
membentuk delta.
GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 60
PINGGIR PANTAI
Konsep Pinggir Pantai dan Pantai Seimbang
Secara umumnya, pantai adalah zon yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak.Secara khususnya,
pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendap yang peroi seperti pasir, kulit
kerang dan siput, lumpur dam kelodak uyang berasal dari laut dan sungai.Pelbagai agen geomorfologi yang bertindak di zon
pinggir pantai.Antara agen-agen tersebut termasuklah ombak, arus lautan, arus pasang surut dan tindakan angin.
*Pantai seimbang iaitu pantai yang mengalami kadar hakisan dan kadar pemendapan yang hampir sama. (skima
peperiksaan)
Tindakan ombak
Ombak ialah permukaan air laut yang beralun akibat daripada tiupan angin.Terdapat dua jenis ombak iaitu ombak pembina
dan ombak pembinasa.Ombak Pembina ialah ombak yang mampu membawa bahan-bahan pasir dan kelodak dan
mendamparkan ke daratan untuk membina pantai. Ombak ini kurang berkemampuan menyeret bahan tersebut semula ke
laut semasa berlaku proses basuhan balik.
Ombak pemusnah ialah ombak yang mampu mengangkut banyak bahan pasir dan kelodak ke laut semasa basuhan balik.
Walaubagaimanapun, ombak ini kurang berupaya untuk membawa dan mendamparkan bahan-bahan tersebutke pantai
semasa proses damparan berlaku.
Tindakan ombak menyebabkan berlakunya proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan.
HAKISAN OMBAK
Tindakan ombak menghakis melalui tindakan hidraul, lagaan, kikisan, lelasan dan larutan.
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)
Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)

More Related Content

What's hot

Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir PantaiGeografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir PantaiPricilla Tan
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisimharalhaj
 
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiGeografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiAsmawi Abdullah
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Asmawi Abdullah
 
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungaiBentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungaiEllyDanish
 
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMIKuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMIAsmawi Abdullah
 
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)Asmawi Abdullah
 
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danPeranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danharalhaj
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukAsmawi Abdullah
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanNaznur Farahani Md Yusof
 
TABURAN PENDUDUK
TABURAN PENDUDUKTABURAN PENDUDUK
TABURAN PENDUDUKNur Liyana
 
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiakejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiamieyaz
 
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMIKuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMIAsmawi Abdullah
 
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Asmawi Abdullah
 
Ciri ciri bandar raya global
Ciri ciri bandar raya globalCiri ciri bandar raya global
Ciri ciri bandar raya globalmichelle karim
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukkyoryo
 
6.2 Teori hanyutan benua (stpm)
6.2 Teori hanyutan benua (stpm)6.2 Teori hanyutan benua (stpm)
6.2 Teori hanyutan benua (stpm)jyejye
 

What's hot (20)

Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir PantaiGeografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiGeografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
 
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungaiBentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
Bentuk muka bumi hasil hakisan dan pemendapan sungai
 
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMIKuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
 
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
 
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danPeranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
 
TABURAN PENDUDUK
TABURAN PENDUDUKTABURAN PENDUDUK
TABURAN PENDUDUK
 
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiakejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
 
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMIKuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
 
AIR TANIH
AIR TANIHAIR TANIH
AIR TANIH
 
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
 
Ciri ciri bandar raya global
Ciri ciri bandar raya globalCiri ciri bandar raya global
Ciri ciri bandar raya global
 
Pengangkutan sungai
Pengangkutan sungaiPengangkutan sungai
Pengangkutan sungai
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 
Modul penuh penduduk
Modul penuh pendudukModul penuh penduduk
Modul penuh penduduk
 
6.2 Teori hanyutan benua (stpm)
6.2 Teori hanyutan benua (stpm)6.2 Teori hanyutan benua (stpm)
6.2 Teori hanyutan benua (stpm)
 

Viewers also liked

Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUKBahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUKAsmawi Abdullah
 
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI Asmawi Abdullah
 
Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk
Bahagian B Kuliah 2 - Taburan PendudukBahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk
Bahagian B Kuliah 2 - Taburan PendudukAsmawi Abdullah
 
Pergerakan bumi di dalam sistem suria
Pergerakan bumi di dalam sistem suriaPergerakan bumi di dalam sistem suria
Pergerakan bumi di dalam sistem suria082803658
 
Soalan Peperiksaan Percubaan Geografi P1 Kedah STPM 2018
Soalan Peperiksaan Percubaan Geografi P1 Kedah STPM 2018Soalan Peperiksaan Percubaan Geografi P1 Kedah STPM 2018
Soalan Peperiksaan Percubaan Geografi P1 Kedah STPM 2018Asmawi Abdullah
 

Viewers also liked (6)

Modul penuh globalisasi
Modul penuh   globalisasiModul penuh   globalisasi
Modul penuh globalisasi
 
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUKBahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
 
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
 
Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk
Bahagian B Kuliah 2 - Taburan PendudukBahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk
Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk
 
Pergerakan bumi di dalam sistem suria
Pergerakan bumi di dalam sistem suriaPergerakan bumi di dalam sistem suria
Pergerakan bumi di dalam sistem suria
 
Soalan Peperiksaan Percubaan Geografi P1 Kedah STPM 2018
Soalan Peperiksaan Percubaan Geografi P1 Kedah STPM 2018Soalan Peperiksaan Percubaan Geografi P1 Kedah STPM 2018
Soalan Peperiksaan Percubaan Geografi P1 Kedah STPM 2018
 

Similar to Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)

Ekologi tumbuhan
Ekologi tumbuhanEkologi tumbuhan
Ekologi tumbuhanBerlian Nur
 
pptpraktikumipamodul2mahklukhidupdanlingkungannya-220302042246 (1).pptx
pptpraktikumipamodul2mahklukhidupdanlingkungannya-220302042246 (1).pptxpptpraktikumipamodul2mahklukhidupdanlingkungannya-220302042246 (1).pptx
pptpraktikumipamodul2mahklukhidupdanlingkungannya-220302042246 (1).pptxsaefidistanhorbun
 
Ppt praktikum ipa modul 2 mahkluk hidup dan lingkungannya
Ppt praktikum ipa modul 2 mahkluk hidup dan lingkungannyaPpt praktikum ipa modul 2 mahkluk hidup dan lingkungannya
Ppt praktikum ipa modul 2 mahkluk hidup dan lingkungannyaUNIQ4
 
Teori Ekologi MRL.pptx
Teori Ekologi MRL.pptxTeori Ekologi MRL.pptx
Teori Ekologi MRL.pptxKudaLaut4
 
01 mahluk-hidup-dan-lingkungannya
01 mahluk-hidup-dan-lingkungannya01 mahluk-hidup-dan-lingkungannya
01 mahluk-hidup-dan-lingkungannyaAnto Chapoeraca
 
Absorpsi dan Translokasi.pdf
Absorpsi dan Translokasi.pdfAbsorpsi dan Translokasi.pdf
Absorpsi dan Translokasi.pdfWan Na
 
LAPORAN PRAKTIKUM FISIOLOGI TUMBUHAN ABSORBSI DAN TRANSPIRASI
LAPORAN PRAKTIKUM FISIOLOGI TUMBUHAN ABSORBSI DAN TRANSPIRASI  LAPORAN PRAKTIKUM FISIOLOGI TUMBUHAN ABSORBSI DAN TRANSPIRASI
LAPORAN PRAKTIKUM FISIOLOGI TUMBUHAN ABSORBSI DAN TRANSPIRASI RiaAnggun
 
Makalah Ekosistem Laut
Makalah Ekosistem LautMakalah Ekosistem Laut
Makalah Ekosistem LautGoogle
 
Laporan praktikum ekologi perairan
Laporan praktikum ekologi perairanLaporan praktikum ekologi perairan
Laporan praktikum ekologi perairanPT. SASA
 
makalah tumbuhan
 makalah tumbuhan makalah tumbuhan
makalah tumbuhanenglaciel
 
Power point plh kel 3 ekologi
Power point plh kel 3 ekologiPower point plh kel 3 ekologi
Power point plh kel 3 ekologiHerni Rahmawati
 
Ekologi perairan 2007 2008 - 2 ekosistem
Ekologi perairan 2007 2008 - 2 ekosistemEkologi perairan 2007 2008 - 2 ekosistem
Ekologi perairan 2007 2008 - 2 ekosistemUNHAS
 
Sistem kerja alam tempat tinggal kita
Sistem kerja alam tempat tinggal kitaSistem kerja alam tempat tinggal kita
Sistem kerja alam tempat tinggal kitaAhmad Fauzi
 

Similar to Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a) (20)

Ekologi tumbuhan
Ekologi tumbuhanEkologi tumbuhan
Ekologi tumbuhan
 
Pendekatan geograf1
Pendekatan geograf1Pendekatan geograf1
Pendekatan geograf1
 
pptpraktikumipamodul2mahklukhidupdanlingkungannya-220302042246 (1).pptx
pptpraktikumipamodul2mahklukhidupdanlingkungannya-220302042246 (1).pptxpptpraktikumipamodul2mahklukhidupdanlingkungannya-220302042246 (1).pptx
pptpraktikumipamodul2mahklukhidupdanlingkungannya-220302042246 (1).pptx
 
Ppt praktikum ipa modul 2 mahkluk hidup dan lingkungannya
Ppt praktikum ipa modul 2 mahkluk hidup dan lingkungannyaPpt praktikum ipa modul 2 mahkluk hidup dan lingkungannya
Ppt praktikum ipa modul 2 mahkluk hidup dan lingkungannya
 
Teori Ekologi MRL.pptx
Teori Ekologi MRL.pptxTeori Ekologi MRL.pptx
Teori Ekologi MRL.pptx
 
01 mahluk-hidup-dan-lingkungannya
01 mahluk-hidup-dan-lingkungannya01 mahluk-hidup-dan-lingkungannya
01 mahluk-hidup-dan-lingkungannya
 
Absorpsi dan Translokasi.pdf
Absorpsi dan Translokasi.pdfAbsorpsi dan Translokasi.pdf
Absorpsi dan Translokasi.pdf
 
Ekol 2 konsep-ekosistem
Ekol 2 konsep-ekosistemEkol 2 konsep-ekosistem
Ekol 2 konsep-ekosistem
 
LAPORAN PRAKTIKUM FISIOLOGI TUMBUHAN ABSORBSI DAN TRANSPIRASI
LAPORAN PRAKTIKUM FISIOLOGI TUMBUHAN ABSORBSI DAN TRANSPIRASI  LAPORAN PRAKTIKUM FISIOLOGI TUMBUHAN ABSORBSI DAN TRANSPIRASI
LAPORAN PRAKTIKUM FISIOLOGI TUMBUHAN ABSORBSI DAN TRANSPIRASI
 
Makalah Ekosistem Laut
Makalah Ekosistem LautMakalah Ekosistem Laut
Makalah Ekosistem Laut
 
Laporan praktikum ekologi perairan
Laporan praktikum ekologi perairanLaporan praktikum ekologi perairan
Laporan praktikum ekologi perairan
 
PPT EKTUM SUCI
PPT EKTUM SUCIPPT EKTUM SUCI
PPT EKTUM SUCI
 
EKOSISTEM-ruth.pptx
EKOSISTEM-ruth.pptxEKOSISTEM-ruth.pptx
EKOSISTEM-ruth.pptx
 
Ekosistem
EkosistemEkosistem
Ekosistem
 
makalah tumbuhan
 makalah tumbuhan makalah tumbuhan
makalah tumbuhan
 
Bab iii
Bab iiiBab iii
Bab iii
 
Power point plh kel 3 ekologi
Power point plh kel 3 ekologiPower point plh kel 3 ekologi
Power point plh kel 3 ekologi
 
Ekologi perairan 2007 2008 - 2 ekosistem
Ekologi perairan 2007 2008 - 2 ekosistemEkologi perairan 2007 2008 - 2 ekosistem
Ekologi perairan 2007 2008 - 2 ekosistem
 
Sistem kerja alam tempat tinggal kita
Sistem kerja alam tempat tinggal kitaSistem kerja alam tempat tinggal kita
Sistem kerja alam tempat tinggal kita
 
Mua
MuaMua
Mua
 

Recently uploaded

MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 

Recently uploaded (20)

MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 

Nota geo s1 Mohd Nazren Saparudin ( bahagian a)

  • 1. Nama : Tingkatan : Edisi Pertama 2016 Disediakan oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Modul Alam Sekitar Fizikal Geografi STPM PENGGAL 1
  • 2. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 2 TEMA 1 : SISTEM BUMI 1.1 KONSEP SISTEM Sistem alam sekitar fizikal boleh ditakrifkan sebagai satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling bertindak antara satu sama lain sebagai satu organisasi yang agak kompleks. Selain mempunyai unsur-unsur yang saling bertindak, sesebuah sistem itu juga mempunyai tenaga dan bahan yang dapat masuk dan keluar dari sistem tersebut. Tenaga matahari ialah agen utama penggerak keseluruhan operasi sistem untuk mencapai tahap keseimbangan. Sistem bumi juga mempunyai sempadan sendiri di samping memiliki sifat pemulihan kendiri. CIRI-CIRI DALAM SESUATU SISTEM Kesemua sistem mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Antaranya ialah : 1. Mempunyai satu bentuk struktur atau organisasi tertentu. 2. Mempunyai sifat-sifat umum, abstrak atau unggul berhubung keadaan sebenar di bumi. 3. Semua jenis sistem adalah berfungsi. 4. Setiap sistem terdapat satu bentuk pertalian dari segi fungsi antara setiap angkubah dalam organisasinya. 5. Fungsi setiap sistem membenarkan aliran atau perpindahan bahan. 6. Perpindahan bahan dalam sesuatu sistem wujud dengan adanya sumber tenaga yang bertindak sebagai agen penggerak. 7. Semua jenis sistem mempamerkan sifat-sifat gabungan atau integrasi antara angkubah-angkubah yang berbentuk sistem. 8. Contohnya sistem geomorfologi, objek-objek yang biasanya ialah bentuk muka bumi manakala angkubah yang lainnya ialah ciri-ciri topografi, tanih, geologi(batuan) dan lain-lain. 9. Perhubungan antara angkubah-angkubah ini melibatkan penukaran tenaga bahan-bahan, air dan akan berlaku cantuman saling bertindakbalas antara angkubah.
  • 3. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 3 10. Mempunyai sempadan yang bersifat jelas atau arbitari. Oleh itu, sistem boleh terbahagi kepada yang berskala besar dan berskala kecil. 11. Sesuatu sistem boleh dilihat pada ciri-ciri angkubahnya seperti unsur, sifat dan pertalian. 12. Sesuatu boleh dibezakan antara sistem lain berdasarkan kepada sempadan sesuatu sistem. JENIS-JENIS SISTEM Sistem Terpencil (Isolated System) Dalam sistem terpencil tidak ada sebarang bentuk interaksi antara angkubah-angkubah dengan alam sekitar melepasi sempadan sistem. a. Sistem terpencil tidak berupaya bertukar tenaga atau bahan dengan alam sekitarnya atau dengan sistem-sistem yang lain. b. Dalam sistem ini tiada input tenaga dan bahan dari luar sistem ke sistem ini. c. Contoh sistem terpencil boleh berlaku dalam keadaan tercipta oleh manusia seperti dalam makmal untuk menjalankan ujikaji-ujikaji sains sahaja,contohnya gas di dalam ‘test tube’. Sistem Tertutup (Closed System) a. Sistem tertutup mempunyai sempadan yang menghalang kemasukan bahan tetapi membenarkan kemasukan tenaga. b. Sistem akan mengalami degradasi tenaga mengikut masa. c. Sistem mengikut masa akan luput jika tiada tenaga baru yang dibekalkan. d. Sistem tertutup daripada kemasukan bahan daripada sistem lain. e. Sistem ini membenarkan pengaliran tenaga. Sistem Terbuka (Open System) a. Terdapat sempadan yang arbitari @ jelas tetapi terbuka kepada kemasukan tenaga dan bahan. Fungsi kemasukan ini untuk membekal dan memelihara sistem supaya terus wujud dan tidak luput mengikut masa.
  • 4. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 4 b. Kemasukan tenaga dan bahan akan mewujudkan pertalian bentuk “web” di antara “attribute”. Kadar kemasukan tenaga dan bahan boleh berubah dan sistem akan mencapai sesuatu keseimbangan yang baru. c. Objek itu menunjukkan ciri yang pelbagai sifatnya. Setiap satunya terikat antara satu sama lain melalui pertalian- pertalian tertentu. d. Objek-objek yang diikat oleh aliran tenaga akan menghidupkan sistem itu. e. Sesuatu aliran terbuka sentiasa berhadapan dengan aliran input tenaga dan Bahan yang tiada berkesudahan ke atas angkubah-angkubah sistemnya. f. Setelah berlaku tindak balas atau proses akan dapat pula keluaran dari sesuatu sistem. Contoh sistem sungai boleh dianggap sebagai sistem terbuka. Ia menerima hujan sebagai kemasukan bahan-bahan dan air keluar ke laut. Beberapa ahli geografi membahagikan sistem alam sekitar fizikal kepada tiga iaitu sistem berstruktur (morfologi), sistem berfungsi (lata) dan sistem interaktif (gabungan sistem berstruktur dan sistem berfungsi). Rujuk Jadual 1.1 Jadual 1.1 Contoh sistem berstruktur, sistem berfungsi dan sistem interaktif Bil Topik Sistem Berstruktur Sistem Berfungsi Sistem Berinteraktif 1 Kaji cuaca/kaji iklim  bentuk awan  ketinggian awan  ketebalan awan  sejatan  pemeluwapan  kerpasan  tekanan rendah  latitud tengah 2 Hidrologi  storan pemintasan  storan lembapan  tanih  storan saluran  aliran sungai  banjir 3 Tanih  pH tanih  ketebalan tanih  tumbuhan  luluhawa  kesotan tanih  penpodzolan  ekosistem 4 Geomorfologi  gradien cerun  golekan lelasan  lembangan saliran
  • 5. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 5 fluvial  ketumpatan saliran  gradien saluran 5 Pantai  cerun pantai  saiz partikel  keluasan pantai  damparan  unduran  biasan ombak  tanjung teluk Sistem berstruktur (morfologi) terdiri daripada ciri-ciri fizikal yang formal yang bergabung untuk membentuk suatu bahagian fizikal yang beroperasi. Bagi setiap unit sistem ini terdapat unsur-unsur atau parameter yang saling berinteraksi. Misalnya morfologi bagi unit sistem pantai terdiri daripada cerun pantai, taburan bijian pasir, keteguhan pantai, kekuatan ombak, arus, pasang surut dan sebagainya membentuk unit morfologi pantai tersebut. Proses yang penting dalam sistem morfologi ini ialah jika sekiranya berlaku perubahan terhadap salah satu unsur atau parameternya maka unsur-unsur yang lain juga akan turut berubah bagi mancapai keseimbangan yang baru. Sistem berfungsi (sistem lata) pula lebih bersifat sehala. Ia merujuk kepada rantaian subsistem yang mengandungi input, storan dan output bahan dan tenaga. Output bahan dan tenaga dari satu subsistem akan menjadi input kepada subsistem yang lain. Misalnya dalam konteks kitar hidrologi, output dari sistem atmosfera dalam bentuk kerpasan akan menjadi input kepada sistem geomorfologi (apabila air hujan memasuki tanih, tasik, kolam dan sebagainya). Output dari sistem geomorfologi ini (dalam bentuk wap air yang disejatkan) akan menjadi input kepada sistem atmosfera untuk diproses menjadi output kepada sistem geomorfologi kembali. Semasa proses pertukaran input dan output ini akan melibatkan storan (simpanan) dalam sistem lata tersebut. Oleh sebab itu bagi sistem lata wujud satu jujukan input-output yang berterusan. Sistem berinteraktif merupakan jalinan atau kombinasi antara sistem morfologi dengan sistem lata. Kaitan antara kedua- duanya adalah dibentuk oleh komponen sistem morfologi dan komponen sistem lata yang sama atau berkait rapat antara sama lain. Contohnya kemampuan serapan tanih (susupan air ke dalam tanih) adalah merupakan parameter penting dalam
  • 6. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 6 unit morfologi cerun dan pada masa yang sama ia juga merupakan input dalam sistem lain apabila air yang diserap oleh tanih tersimpan di dalam akuifer. Air yang tersimpan di dalam akuifer ini akan mengalir menjadi input kepada saliran khususnya sungai yang menjadi komponen penting kepada sistem morfologi. Justeru itu wujud kombinasi yang tidak boleh dipisahkan antara sistem morfologi dengan sistem lata. Pembahagian Sistem Alam Sekitar Fizikal Sistem bumi ini dibahagikan kepada empat iaitu Sistem Goemorfologi, Sistem Atmosfera, Sistem Hidrologi dan Sistem Ekologi. Sistem geomorfologi adalah mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yang makro atau yang mikro. Misalnya proses luluhawa, hakisan, pengangkutan dan gerakan jisim. Kombinasi pelbagai faktor fizikal akan menghasilkan pelbagai bentuk bumi sama ada di lembangan saliran, di pinggir pantai, dikawasan gurun, kawasan glasier, pra glasier dan sebagainya. Sistem atmosfera pula mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara, kelembapan udara, tiupan angin dan sebagainya yang berlaku di ruang atmosfera. Unsur-unsur iklim dan cuaca ini dikaji mengikut ruang dan masa. Sistem hidrologi adalah kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai jenis kerpasan, air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah. Tumpuan kepada bagaimana air itu berkitar, perubahan yang dialami oleh air pada setiap peringkat kitaran, proses-prosesnya serta saling kaitan antara unsur-unsur yang ada dalam kitaran hidrologi.
  • 7. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 7 Sistem ekologi pula satu sistem yang mengkaji habitat fauna dan flora yang dipecah-bahagikan kepada ekosistem- ekosistem yang berantaian antara satu sama lain seperti ekosistem muara ,ekosistem akuatik seperti laut, tasik, kolam, ekosistem hutan dan sebagainya. Tumpuan kajian adalah kepada aliran tenaga dan siratan makanan serta keseimbangan dalam ekosistem-ekosistem tersebut. Interaksi antara Sistem Alam Sekitar Fizikal Keempat-empat sistem alam sekitar fizikal di atas tidak berasingan, ia saling berinteraksi antara satu sama lain dalam hubungan yang kompleks. Sebarang perubahan atau gangguan yang dialami oleh sesebuah sistem akan turut mempengaruhi sistem-sistem yang lain. Berdasarkan skima di atas, kita boleh bermula dimana-mana sistem kerana apa yang berlaku pada satu sistem tidak hanya terhenti setakat sistem itu sahaja, malah turut dialami oleh sistem-sistem yang lain. Misalnya bermula dengan kitaran hidrologi, proses sejatan berlaku di permukaan air seperti laut, ini diikuti pula oleh pemeluwapan dan kerpasan yang berlaku dalam sistem atmosfera. Seterusnya proses pintasan @ cegatan silara dari tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem ekologi. Seterusnya air larian permukaan dan aliran sub-permukaan berlaku dalam sistem geomorfologi. Akhirnya proses rembesan, aliran air bawah tanah, akuifer yang membekalkan air kepada sungai, tasik, paya, kolam dan lain-lain berlaku dalam sistem hidrologi. Dalam konteks ini, sistem hidrologi sendiri bertindak sebagai proses dan penyedia air manakala sistem-sistem yang lain sebagai medium @ bahantaranya kerana peringkat-peringkat dalam kitaran tersebut akan melibatkan keempat-empat sistem di atas. 1.2 SISTEM SURIA Dalam alam semesta ini terdapat beberapa galaksi dan salah satunya ialah ‘Bima Sakti’. Galaksi Bima Sakti mengandungi 100 000 bintang. Matahari merupakan salah satu daripada bintang-bintang tersebut. Ia dikenali sebagai sistem suria. Sistem suria terdiri daripada matahari, sembilan planet, satelit semula jadi dan pelbagai jasad lain seperti asteriod, komet, meteorit dan awan habuk planet. Matahari dapat mengawal kedudukan kesemua jasad ini melalui tarikan gravitinya yang
  • 8. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 8 menghasilkan medan graviti. Kesemua jasad dan planet beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk bujur atau elips. Planet yang paling hampir dengan matahari ialah Utarid (57.9 juta km) diikuti oleh Zuhrah, Bumi (149.6 juta km) Marikh, Musytari (778.8 juta km), Zuhal, Uranus (2870 juta km), Neptune dan Pluto (5900 juta km). Matahari merupakan pusat bagi semua planet dalam sistem suria. Daya tarikan graviti matahari menyebabkan semua planet beredar mengelilinginya. Matahari mempunyai diameter 1 392 980 km. Matahari terdiri daripada beberapa unsur dan yang paling utama ialah hidrogen serta helium. Kedua-dua ini membentuk hampir 99% daripada isipadu matahari. Suhu permukaan matahari dianggarkan kira-kira 5 500^ C dan suhu teras 15 juta^C. Suhu yang tinggi ini membolehkan matahari mengeluarkan cahaya. Matahari menjadikan sumber tenaga utama dalam sistem suria tersebut. Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari pada jarak kira-kira 57.9 juta km. Utarid mempunyai diameter 487.8 km. Permukaannya seakan sama dengan permukaan bulan kerana terdapatnya kawah-kawah, tanah tinggi dan lembah. Meteorit besar yang jatuh ke permukaan Utarid telah mewujudkan kawah dan permukaan yang berlembah. Suhu Utarid pada siang dianggarkan kira-kira 400^C manakala pada waktu malam kira-kira 200^C. Julat suhu yang besar ini berlaku kerana tidak wujud lapisan atmosfera yang boleh memerangkap tenaga matahari di Utarid. Planet ini tidak mempunyai satelit. Zuhrah adalah planet kedua hampir dengan matahari. Jarak Zuhrah dari matahari adalah kira-kira 108.2 juta km. Saiz dan jisimnya lebih kurang sama dengan Bumi. Diameter Zuhrah ialah 12 104 km. Atmosfera Zuhrah terdiri daripada gas karbon dioksida dan fungsi gas ini ialah untuk menebat haba dari matahari. Suhu permukaan Zuhrah kira-kira 457^C. Zuhrah sentiasa dilitupi awan tebal yang mengandungi asid sulfurik. Planet Zuhrah juga tidak mempunyai satelit. Bumi adalah planet yang ketiga dalam sistem suria. Jarak Bumi dari matahari ialah kira-kira 149.6 juta km. Diameter Bumi ialah 12 753 km. Bumi adalah satu-satunya planet dalam sistem suria yang dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan. Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Bumi berputar dari atas paksinya dari arah barat ke timur selama 24 jam. Bumi mempunyai satelitnya sendiri iaitu Bulan.
  • 9. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 9 Marikh adalah planet yang paling kecil dalam sistem suria. Jarak Marikh dari matahari adalah kira-kira 227.9 juta km. Planet Marikh berdiameter kira-kira 6 785 km. Planet ini kelihatan merah kerana diselaputi oleh debu merah. Satu putaran Marikh mengelilingi matahari ialah 1.88 tahun. Tarikan graviti di Marikh adalah lebih lemah dan ini menyebabkan lapisan atmosferanya memiliki karbon dioksida sangat nipis berbanding atmosfera Bumi. Planet Marikh mempunyai dua buah satelit iaitu Phobes dan Diemos. Musytari adalah planet terbesar dalam sistem suria. Planet ini mempunyai diameter kira-kira 142 800 km. Jaraknya dari matahari ialah 778.3 juta km. Planet ini mengelilingi matahari sekali dalam masa 12 tahun. Ia berputar di atas paksinya selama 9.8 jam bagi setiap putaran. Planet ini terdiri daripada 84% gas hidrogen, 15% gas helium dan bakinya ialah gas ammonia, metana, wap air dan lain-lain. Musytari mempunyai jaluran asteroid yang gelap dan juga lingkaran cahaya. Planet ini mempunyai 60 buah satelit. Zuhal ialah planet yang kedua besar dalam sistem suria. Jarak Zuhal dan matahari adalah kira-kira 1 427 juta km. Diameter Zuhal ialah 119 871 km. Zuhal beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya dan mengambil masa 29.5 tahun untuk melengkapkan satu peredaran. Suhu lapisan atmosferanya ialah -170^C dan terdiri daripada gas hidrogen dan gas metana. Planet Zuhal juga berputar di atas paksinya dan mengambil masa kira-kira 10.67 jam. Zuhal memiliki banyak cincin dan 31 buah satelit. Uranus ialah planet yang ketiga besar dalam sistem suria. Jarak Uranus dari matahari ialah kira-kira 2 871 juta km. Diameter Uranus adalah 51 488 km dan mengambil masa 84 tahun bumi untuk melengkapkan peredarannya mengelilingi matahari. Atmosfera berwarna kehijauan kerana kesan kehadiran gas metana. Satu putaran planet Uranus mengambil masa 17.24 jam. Suhu di permukaan Uranus adalah terlalu sejuk kerana jaraknya yang jauh dari matahari. Planet ini mempunyai 18 buah satelit.
  • 10. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 10 Neptun adalah planet yang kelapan dalam sistem suria. Jarak Neptun dari matahari adalah kira-kira 4 497 km. Ia berdiameter 49 493 km. Suhunya adalah 210^C iaitu terlalu rendah kerana jaraknya yang jauh dari matahari. Suhu di Neptun bersamaan dengan 165 tahun di bumi. Satu putaran planet Neptun mengambil masa kira-kira 16 jam. Planet ini mempunyai lapan buah satelit yang mengelilinginya. 1.3 KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA Cahaya matahari melintasi sistem suria dalam masa 11.5 jam, bergerak dari matahari ke Bumi dalam masa 8 minit dan dari Bulan dalam masa 1.25 saat. Bumi terletak 149.6 juta km dari matahari. Bumi juga mempunyai satelit iaitu Bulan sejauh 384, 629 km dari Bumi. Bumi sebagai Satu Sfera Bumi adalah berbentuk sfera tetapi rata pada kedua-dua kutubnya. Ia mempunyai suatu jejari di Khatulistiwa sepanjang 638 km dan di kutubnya sepanjang 6357 km. Bumi terdiri daripada beberapa lapisan iaitu kerak bumi, mantel dan teras bumi Kerak bumi merupakan lapisan luar bumi dan dikenali sebagai litosfera. Ketebalannya kira-kira 5 km bagi bawah dasar lautan dan hingga 40 km bagi puncak tanah tinggi di daratan. Sebahagian besarnya terbentuk daripada batuan igneus iaitu hasil daripada penyejukan dan pembekuan batuan cair dari dalam kerak bumi. Kerak bumi terdiri daripada dua bahagian iaitu sial dan sima. Sial ialah daratan yang membentuk benua dan pulau manakala sima ialah bahagian yang membentuk dasar laut dan lautan. Sempadan yang dikenali sebagai Ketakselanjaran Mohorovicic memisahkan lapisan kerak bumi daripada lapisan mantel. Lapisan ini mengimbangkan kerak bumi semasa pembentukan gunung-ganang. Ciri-ciri dan Perbezaan antara Sial dan Sima Aspek Sial Sima Jenis batuan Granit Basalt Jenis mineral Silika dan aluminium Silika,besi,magnesium Ketumpatan 2.65-2.7 g /cm padu 2.8-3.1 g /cm padu
  • 11. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 11 Ketebalan 30-40 km 5-10km Ciri-ciri lain Membentuk benua & pulau Membentuk dasar laut & lautan Isipadu Lebih ringan Lebih berat Warna Kecerahan sehingga 65 hingga 75% kandungan silika. Gelap iaitu 50% kandungan silika. Lapisan Terputus-putus Bersambung Mantel berada antara lapisan kerak bumi dan teras bumi. Ketebalan lapisan ini kira-kira 2900 km dan membentuk 82% daripada isipadu bumi. Ia terdiri daripada batuan yang padat seperti basalt yang kaya dengan olivin. Ketakselanjaran Gutenberg menjadi pemisah antara lapisan teras bumi. Suhu bagi lapisan ini dianggarkan tinggi iaitu mencapai 800 hingga 1600^C. Ketumpatan ini dianggarkan kira-kira 3.3 hingga 5.8 g/cm padu. Mantel terdiri daripada dua bahagian iaitu mantel atas dan mantel bawah. Mantel atas membentuk sebahagian daripada litosfera, bersifat lembut, nipis dan ketebalannya 30-40 km. Mantel bawah pula dikenali sebagai astenosfera, dalam keadaan separa cair, suhunya dianggarkan 1400^C dan membolehkan lapisan litosfera terapung di atasnya. Terdapat arus perolakan di lapisan ini yang boleh menyebabkan berlakunya pergerakan dalam bumi iaitu kuasa endogenik. Teras bumi merupakan lapisan yang terakhir yang berada jauh di dalam bumi. Ia dikenali sebagai barisfera. Suhunya adalah amat tinggi iaitu dalam lingkungan 3700 hingga 5000^C . Teras bumi terdiri daripada dua bahagian iaitu teras luar dan teras dalam. Teras luar terbentang di antara ketebalan 2900 hingga 5600 km daripada lapisan permukaan bumi. Sifatnya berkeadaan cair dengan ketumpatannya 10.0 hingga 12.3 g/cm padu. Suhunya pula tinggi iaitu 3700^C dan banyak mengandungi besi dan nikel atau nife. Teras dalam pula terbentang di antara ketebalan 5600 hingga 6380 km dari permukaan bumi. Ianya berkeadaan pejal dengan ketumpatan ialah 13.3 hingga 13.6 g/cm padu. Suhunya amat tinggi mencapai 5000^C.
  • 12. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 12 Bukti bumi berbentuk sfera Bukti bumi berbentuk sfera iaitu bulat dapat dinyatakan berdasarkan bukti-bukti kajian oleh ahli-ahli geografi dan sains serta kejadian yang berlaku dalam sistem bumi. Apabila pelayaran dilakukan dengan mengelilingi dunia oleh seorang ahli pelayaran iaitu Ferdinand Magellan dan anak- anak kapalnya pada tahun 1519 dan tahun 1552 di mana pelayaran ini telah menjelaskan bumi adalah berbentuk sfera. Tidak ada orang yang mengelilingi dunia baik melalui daratan dan lautan, yang bertemu dengan pinggir bumi yang boleh menyebabkan mereka tergelincir. Jalan-jalan udara dan lautan yang dilalui dalam zaman moden ini berdasarkan kebenaran bahawa bumi berbentuk sfera. Bukti seterusnya ialah kaki langit akan nampak melengkung dilihat daripada dek kapal di tengah-tengah lautan dan daratan. Ini bermakna jika kita berjalan jauh kita seolah-olah akan sampai ke bahagian kaki langit. Sebaliknya keadaan sebenar tidak sedemikan kerana semakin jauh kita pergi ke arah kaki langit ianya masih kelihatan semakin jauh untuk dicapai. Begitu juga jika kita melihat pergerakan kapal dari tengah lautan yang luas, kita akan nampak asap, kemudiannya tiang kapalnya terlebih dahulu dan sedikit demi sedikit akan kelihatan kapal keseluruhannya apabila kapal tersebut semakin menghampiri kita. Bukti daripada naik turunnya matahari iaitu ketika matahari terbit pada sebelah timur akan kelihatan sedikit demi sedikit di kaki langit dan kemudian menjadi tegak di atas kepala dan akhirnya akan terbenam di sebelah barat sedikit demi sedikit. Apabila berlakunya gerhana bulan, kelihatan bayang-bayang bumi di permukaan bulan yang bersifat bulat @ melengkung. Bukti lain ialah planet-planet lain dalam sistem suria semuanya adalah berbentuk sfera @ bulat seperti yang bermula dari planet Utarid hinggalah kepada planet Pluto. Begitu juga gambar-gambar yang telah diambil dari kapal angkasa dan setelit telah menunjukkan bumi sebenarnya berbentuk bulat. KECONDONGAN PAKSI Bumi condong sedikit dalam hubungannya dengan matahari. Bumi berputar pada paksinya yang condong pada sudut 23 ½^ daripada satah menegak yang bersudut tepat dengan satah orbit. Kadang-kadang Kutub Utara condong ke arah matahari dan kadang-kadang condong menjauh dari matahari.
  • 13. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 13 PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara iaitu putaran bumi di atas paksinya dan peredaran bumi mengelilingi matahari. Kedua-dua fenomena ini menghasilkan fenomena atau kesan yang berbeza. Putaran bumi Bumi berputar pada paksinya yang condong pada sudut 23 ½^ pada satah tegak. Arah putaran Bumi ialah dari barat ke timur. Satu putaran 360 darjah dan mengambil masa 24 jam. Putaran bumi menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam. Semasa berputar, permukaan bumi yang mengadap matahari mengalami siang manakala permukaan bumi bumi yang terlindung akan mengalami malam. Selain itu, putaran bumi juga akan menyebabkan fenomena pasang dan surut air laut. Pasang dan surut merujuk kepada kejadian aras air tinggi dan aras air rendah di laut. Fenomena ini disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari. Berdasarkan rajah 1.5 di atas, tarikan graviti bulan akan menarik air laut di permukaan bumi yang mengadap bulan menyebabkan kawasan A dan C mengalami pertambahan air laut atau air pasang pada masa yang sama bahagian B dan D mengalami penurunan air laut atau air surut. Kedudukan air pasang dan surut ini akan berubah apabila kedudukan bulan berada di D atau B. Pada masa itu, bahagian A dan C pula akan mengalami air surut manakala bahagian B dan D mengalami air pasang. Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila graviti bulan dan matahari bertindak bersama dan mengakibatkan air pasang meningkat ke paras tertinggi. Air pasang maksimum ini dinamakan sebagai air pasang perbani. Dalam keadaan bulan, bumi dan matahari berada dalam keadaan sudut tepat, air pasang yang terjadi adalah sangat rendah dan air pasang minimum ini dinamakan air pasang anak. Peredaran bumi Bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbitnya. Peredaran mengelilingi matahari mengambil masa 365 ¼ hari atau satu tahun. Peredaran berlaku mengikut arah lawan jam. Jarak yang paling dekat (147 juta km) dengan matahari ialah pada 3
  • 14. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 14 Januari dan dikenali sebagai perihelion. Manakala jarak yang paling jauh (152 km) dengan matahari pada 4 Julai dikenali sebagai afelion. (Rajah 1.6) Peredaran bumi akan menyebabkan dua fenomena penting iaitu kejadian empat musim dan kejadian gerhana. Kejadian empat musim disemua kawasan permukaan bumi kecuali di kawasan Tropika akibat pergerakan bumi mengelilingi matahari dalam paksi bumi yang condong. Kejadian musim lebih ketara dan nyata ke arah Kutub Utara dan Kutub Selatan iaitu semakin jauh dari garisan Khatulistiwa. Kawasan Tropika tidak mengalami empat musim kerana kawasan ini menerima pancaran cahaya matahari sepanjang tahun dan hampir sama jangka masa siang dan malam iaitu 12 jam. Pada kawasan-kawasan tertentu, disebabkan kecondongan paksi bumi dan kedudukan bumi waktu-waktu berlainan ketika mengelilingi matahari akan menyebabkan fenomena musim yang berlainan di sesuatu tempat. Empat musim yang dialami ialah musim sejuk, musim panas, musim bunga dan musim luruh. Jenis musim yang dialami bergantung kepada jumlah tenaga matahari yang diterima. Pada Soltis musim panas, matahari berada tegak atas kepala di Garisan Sartan. Ketika ini, Hemisfera Utara mengalami musim panas. Jangka masa siangnya lebih panjang berbanding dengan jangka masa malam. Kawasan Artik pula akan mengalami 24 jam siang kerana matahari bersinar sepanjang hari iaitu 24 jam. Di Hemisfera Selatan pula pada masa yang sama akan mengalami waktu malam yang lebih panjang berbanding dengan waktu siang. Di Antartik pula akan mengalami 24 jam malam kerana terlindung daripada pancaran matahari. Pada masa Soltis musim sejuk, matahari tengah hari berada tegak di atas kepala di Garisan Jadi. Pada ketika ini, Hemisfera Selatan pula akan mengalami musim panas dengan waktu siangnya yang lebih panjang. Kawasan Antartik mengalami siang selama 24 jam kerana menerima pancaran matahari sepanjang hari. Manakala di Hemisfera Utara pada masa ini mengalami musim sejuk pula dengan kawasan Artik tidak mendapat pancaran matahari selama 24 jam atau sepanjang hari. Ekuinoks pula berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 21 Mac dan 23 September. Pada masa ini, matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa dan seluruh dunia kecuali kawasan Kutub Utara dan Kutub Selatan mengalami 12 jam siang dan
  • 15. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 15 12 jam malam. Kawasan di Hemisfera Utara mengalami musim bunga pada ekuinoks bulan 21 Mac dan musim luruh pada ekuinoks 22 September. Kawasan di Hemisfera Selatan mengalami musim luruh pada ekuinoks bulan Mac dan musim bunga pada ekuinoks bulan September. Fenomena gerhana berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan matahari berada pada satah mendatar yang sama. Jika bumi berada di antara matahari dan bulan, maka cahaya matahari telah dihalang oleh bumi dan bayangan bumi akan jatuh pada bulan dan menyebabkan berlakunya gerhana bulan. Jika bulan pula berada di antara matahari dengan bumi, maka bayangan bulan akan jatuh pada permukaan dan menyebabkan fenomena gerhana matahari. KOMPONEN SISTEM BUMI Bumi kita terdiri daripada empat bahagian sfera iaitu Atmosfera, Litosfera, Hidrosfera, dan Biosfera. Setiap bahagian sfera mempunyai ciri-ciri dan berinteraksi atau salingkaitan antara satu dengan yang lain berasaskan pengaliran sumber tenaga atau bahangan daripada matahari. Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi sejumlah tenaga ini sudah cukup untuk menghidupkan sistem bumi. 1.Atmosfera Atmosfera merupakan lapisan udara yang meliputi bumi degan ketebalan lebih kurang 1000 km. Lapisan atmosfera mempunyai ketumpatan 0 dan mengandungi gas, wap air, debu dan habuk. Gas-gas yang terdapat dalam atmosfera seperti nitrogen 78%, oksigen 21%, argon 0.93%, karbon dioksida 0.03% dan lain-lain gas seperti neon, helium, metana, hidrogen, nitrusoksida dan ozon. Nitrogen, oksigen karbon dioksida merupakan gas-gas yang utama dan hampir dengan permukaan bumi. Lapisan udara semakin padat berhampiran dengan permukaan bumi dan semakin nipis di lapisan atas daripada permukaan bumi. Atmosfera merupakan lapisan udara yang amat penting kepada kehidupan samada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kepentingannya dapat dijelaskan sebagai berikut: 1. Gas oksigen amat penting kepada pernafasan semua kehidupan. 2. Gas karbon dioksida pula penting untuk proses fotosentesis bagi tumbuh-tumbuhan. 3. Fenomena cuaca akan berlaku pada ruang atmosfera seperti proses penyejatan, pembentukan awan dan kejadian
  • 16. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 16 kerpasan yang amat penting kepada seluruh kehidupan di bumi kerana dapat membekalkan sumber air. 4. Lapisan atmosfera merupakan ruang pergerakan ruang pergerakan gelombang yang boleh memajukan perkembangan telekomunikasi. 5. Pada ruang atmosfera yang terdapat lapisan ozon pula amat penting sebagai lapisan penyerap jenis cahaya matahari iaitu cahaya ultrungu. 6. Oleh kerana terdapat pelbagai bahan dalam ruang atmosfera,maka ia turut berfungsi sebagai penebat haba kerana dapat menyerap sebahagian haba yang dipancarkan dari matahari dan haba yang dibalikkan semula oleh bumi. 7. Atmosfera juga menjadi ruang yang mampu membolehkan pembakaran dan penghancuran meteorit, yang boleh mengelak dari jatuh terus ke permukaan bumi. 1.Atmosfera a. Troposfera Troposfera merupakan lapisan yang paling hampir dengan permukaan bumi dan tarikan gravitinya yang kuat. Ketebalan lapisan ini dianggarkan kira-kira 8km hingga 18km. Ia merupakan lapisan yang tidak stabil kerana sekitar lapisan inilah sering berlakunya keadaan cuaca seperti perubahan suhu, pergerakan angin, pembentukan awan dan hujan dari wap-wap air yang tersejat. Turut terdapat pada ruang troposfera ialah gas oksigen, karbon dioksida dan wap air yang membolehkan manusia,haiwan dan tumbuhan hidup di lapisan permukaan bumi. Selain itu, lapisan ini berfungsi sebagai penebat kepada haba iaitu dapat meresap sebahagian haba daripada matahari dan bumi. Keadaan tekanan udara pada lapisan ini adalah tinggi kerana terdapat tarikan graviti yang lebih kuat. Lazimnya pada ruang atmosfera perubahan suhu akan menurun sebanyak 1^C bagi setiap kenaikan 165 m dan sebaliknya. Lapisan yang memisahkan troposfera dengan stratosfera ialah Tropopaus. b. Staratosfera Statosfera merupakan lapisan yang lebih tebal daripada troposfera iaitu dianggarkan lebih dari dua kali ganda. Ianya bermula dari troposfera kira-kira pada ketinggian 18 km hingga ke lapisan ke 80 km. Lapisan ini tidak berawan, kering dan nipis. Oleh itu ia lebih stabil dan sesuai bagi penerbangan kapal terbang. Pada lapisan ini suhunya akan meningkat iaitu dari
  • 17. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 17 50^C pada lapisan tropopaus tetapi meningkat kepada 0^C di kawasan atasnya. Lapisan yang memisahkan stratosfera dengan mesosfera ialah Sratopaus.Oleh kerana pada lapisan ini terdapat lapisan ozon maka ianya amat berfungsi menyerap cahaya/ pancaran ultraungu boleh menyebabkan penyakit ketarak mata, kanser kulit dan boleh melemahkan sistem pelalian badan manusia. c. Mesosfera Lapisan ini terletak pada aras 50 km iaitu dari stratosfera hingga ke 80 km. Keadaan suhu pada lapisan ini dikatakan semakin rendah bila semakin menghampiri kawasan angkasa lepas. Min suhunya berubah-ubah dari kira-kira 0^C hingga 80^C . Ruang inilah merupakan kawasan yang boleh menghasilkan pembakaran dan penghancuran meteorit sebelum ianya jatuh ke permukaan bumi. Lapisan yang memisahkan mesosfera dengan termosfera ialah Mesopaus. d. Termosfera Termosfera merupakan satu lapisan yang luas yang terbentang dari ketinggian 80 km hingga ke 600 km dari permukaan bumi. Lapisan ini juga dikenali sebagai lapisan Lonosfera, terutama yang terletak pada aras ketinggian 100 km hingga ke 600 km. suhu di ruang ini menjadi semakin meningkat mengikut ketinggian kerana ia merupakan lapisan yang banyak menyerap sinaran cahaya ultraungu. Dianggarkan suhunya kira-kira 1650^C. Pada ruang atmosfera ini terdapat zarah-zarah yang terdiri daripada gas-gas yang bercas (ION) yang dapat memantulkan gelombang radio ke permukaan bumi dan inilah yang boleh memajukan perkembangan telekomunikasi manusia. Turut terdapat pada lapisan ini ialah jalur-jalur yang berwarna –warni hasil daripada tindakan di antara zarah-zarah bercas dengan magnet bumi dan gas-gas atmosfera yang dikenali sebagai “aurora”. e. Eksosfera Eksosfera adalah lapisan yang paling jauh ke atas dari permukaan bumi dan mengandungi gas-gas ringan seperti helium, hidrogen dan argon. Udara pada lapisan ini amat nipis sehingga ia digelar sebagai lapisan Vakum. Kedudukannya ialah pada aras ketinggian hingga 700km hingga ke 1000km .
  • 18. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 18 2.Litosfera Litosfera merupakan bahagian luar bumi yang bersifat pejal dan terdiri daripada batuan dan mineral. Lapisan ini adalah bahagian kerak bumi dan terletak di atas lapisan mantel. Ketebalan kerak bumi / litosfera adalah antara 30 km yang membentuk daratan dan kira-kira 10 km yang menjadi dasar lautan dan lapisan mantel. Oleh itu bahagian membentuk daratan sebagai sial dan dasar lautan sebagai sima. Litosfera merupakan lapisan yang dinamik dan menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi seperti gunung, lurah, dataran tinggi, dataran, dan dasar laut. Kepentingan lapisan litosfera kepada kehidupan di bumi 1. Merupakan habitat kepada organisma hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 2. Lapisannya amat kaya dengan oleh pelbagai mineral dan batuan untuk menjana kemajuan dalam kegiatan ekonomi seperti perlombongan dan pembinaan. 3. Batuan yang lama terdedah pada luluhawa akan menghasilkan tanah tanih yang amat penting kepada kegiatan pertanian. 4. Tanih yang mengandungi nutrien yang banyak amat berguna kepada pertumbuhan dan pembesaran tumbuh-tumbuhan 3. Hidrosfera Ianya merupakan bahagian yang terdiri daripada air iaitu dianggarkan kira-kira 71% atau 2/3 daripada permukaan bumi. Bahagian yang terdiri daripada air ini termasuk laut dan lautan kira-kira 97.2% (air masin) manakala air sungai, air tasik, air bawah tanah, wap air dan litupan salji serta dan glasier kira-kira 2.8%. Kawasan lautan yang utama di dunia terdiri dari Lautan Pasifik (yang terbesar), Lautan Artik, Lautan Hindi dan Lautan Antartik. Suhu air laut adalah berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya di Kawasan Khatulistiwa suhunya panas kira-kira 21^C , manakala di kawasan garis lintang sederhana iaitu 45^C turun kepada 13^C dan di kawasan dengan hampir dengan Kutub pula suhu air lautnya hingga 0^C iaitu di bawah takat beku. Kitaran hidrologi / kitaran air, menjamin kuantiti air di lapisan hidrosfera tidak banyak berubah kerana kehilangan air dari proses sejatan dari laut digantikan semula oleh hujan dan aliran terus sebahagiannya ke laut semula. Manusia, haiwan dan segala kehidupan amat bergantung kepaada hidrosfera.
  • 19. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 19 Kepentingan hidrosfera 1. Merupakan habitat kepada pelbagai organisma dan tumbuh-tumbuhan air. 2. Sungai, laut, lautan manjadi jalan perhubungan dan pengangkutan semulajadi yang penting. 3. Membekalkan sumber makanan seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. 4. Punca pendapatan penduduk yang tiggal berhampiran dengan laut, sungai dan tasik. 5. Dapat membangunkan industri menjana kuasa hidroelektrik. 6. Membekalkan sumber air kepada penggunaan domestik penduduk seperti membasuh, minum, mandi dan memasak. 7. Manjadi bahan penting dalam industri yang berkaitan dengan bekalan air seperti besi keluli, membuat batik, dan industri minuman. 8. Membekalkan air kepada sistem pengairan di kawasan pertanian. 9. Kawasan yang bertakung air dapat ditanam dengan tanaman seperti jut, padi, bakau dan nipah. 4.Biosfera Biosfera merupakan bahagian yang terdiri daripada segala hidupan termasuklah manusia, haiwan tumbuh-tumbuhan dan organisma seni. Hidupan ini saling berkaitan dengan sistem yang lain dalam sistem bumi untuk terus hidup.  Kepentingan biosfera 1. Manusia dan haiwan membekalkan karbon dioksida ke atmosfera dan berguna kepada tumbuhan hijau untuk proses fotosintesis iaitu proses di mana pokok membuat makanannya. 2. Tumbuhan pula membebaskan oksigen ke lapisan udara dan berguna untuk pernafasan manusia dan haiwan. Turut penting tumbuhan membekalkan makanan kepada manusia, haiwan dan menjadi bahan mentah dalam perindustrian. 3. Bakteria dan kulat pula menjadi agen untuk mengurai dan mereputkan haiwan dan tumbuhan yang mati untuk membekalkan nutrien dan kesuburan tanah.Ini menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.
  • 20. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 20 Pada umumya kesemua sistem dalam sistem bumi yang terdiri daripada Atmosfera, Litosfera, Hidrosfera dan Biosfera sebenarnya saling berinteraksi dan bergantungan antara satu dengan yang lain untuk mewujudkan keseimbangan dan hidupan dalam ekosistem. Walaubagaimanapun, matahari turut menjadi punca atau tenaga utama dalam interaksi sistem- sistem bumi. Batuan direputkan untuk membentuk tanah –tanih bagi membolehkan tumbuhan tumbuh, matahari mempengaruhi proses penyejatan, membentuk awan dan kejadian hujan untuk pokok tumbuh subur. Tumbuhan membekalkan oksigen kepada pernafasan haiwan dan manusia dan seterusnya membekalkan makanan. Manusia membebaskan karbon dioksida ke udara dan digunakan oleh tumbuhan untuk membuat makanannya. Hidrosfera menjadi habitat hidupan air dan menjadi bekalan makanan manusia. Air laut membekalkan hujan ke bumi melalui sejatan dan kerpasan serta banyak lagi contoh saling kaitan dan interaksi di antara sistem-sistem bumi. 1.4 TENAGA Konsep tenaga Tenaga ditakrifkan sebagai keupayaan melakukan sesuatu kerja. Terdapat pelbagai bentuk tenaga seperti tenaga keupayaan, tenaga kinetik, tenaga cahaya, tenaga haba, tenaga kimia dan tenaga elektrik. Tenaga amat penting untuk semua kehidupan. Sistem bumi mempunyai dua sumber tenaga yang utama iaitu tenaga endogenik dan tenaga eksogenik. Jenis dan punca tenaga Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan dalam sesuatu jasad seperti tenaga yang terdapat dalam air empangan. Tenaga kinetik merupakan tenaga yang dihasilkan oleh pergerakan sesuatu jasad seperti tenaga yang terdapat dalam aliran sungai. Semakin laju pergerakan sesuatu jasad, semakin tinggi tenaga kinetik yang dihasilkan. Tenaga cahaya merupakan tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu objek seperti tenaga cahaya matahari. Tenaga haba pula merupakan tenaga yang terdapat dalam sesuatu objek yang mempunyai suhu yang lebih tinggi dari persekitarannya. Tenaga haba dapat dipindahkan bersama-sama tenaga cahaya. Tenaga kimia merupakan tenaga yang tersimpan dalam sesuatu bahan yang terdiri daripada sebatian kimia seperti tenaga yang tersimpan dalam makanan. Tenaga elektrik merupakan tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu arus elektrik. Semua tenaga boleh dipindahkan bentuknya melalui proses-proses tertentu. Contohnya apabila sesuatu
  • 21. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 21 makanan dimakan oleh haiwan atau manusia, tenaga yang terlibat adalah tenaga kimia (dalam makanan) telah dipindahkan kepada bentuk tenaga haba (badan menjadi panas) dan tenaga kinetik (dihasilkan semasa pergerakan). Dalam sistem bumi, tedapat dua punca atau sumber tenaga iaitu dari dalam bumi (endogenik) dan dari luar sistem bumi (eksogenik). Tenaga endogenik ialah tenaga dari dalam bumi seperti tenaga radiogenik (hasil dari arus perolakan di bawah plat bumi) dan terikan graviti. Tenaga ini menghasilkan kuasa mampatan dan kuasa kerenggangan. Tenaga eksogenik pula berpunca dari luar kerak bumi terutamanya dari matahari. Ia menghasilkan proses geomorfologi (pembentukan bentuk muka bumi yang mengubah permukaan bumi). Perbezaan tenaga eksogenik dengan tenaga endogenik ialah tenaga eksogenik berpunca dari luar sistem bumi iaitu dari matahari dan sampai dalam bentuk tenaga haba dan cahaya. Tenaga endogenik berpunca dari dalam bumi dan terkumpul dalam bentuk radiogenik. Tenaga eksogenik menyebabkan kejadian agen-agen geomorfologi manakala tenaga endogenik menyebabkan berlakunya pergerakan tektonik. Perbezaan penerimaan tenaga suria dan kaitannya dengan kejadian siang dan malam dan kejadian empat musim. Pergerakan bumi melibatkan putaran bumi pada paksi yang condong dan edaran bumi mengelilingi matahari. Putaran bumi menyebabkan fenomena siang dan malam. Bumi berputar dari arah barat ke timur. Kawasan permukaan bumi yang menerima pancaran matahari akan mengalami waktu siang dan menerima tenaga suria yang banyak. Kawasan yang terlindung dari pancaran matahari pula akan mengalami waktu malam dan menerima tenaga suria yang sedikit. Ini dapat dilihat melalui rajah 1.8 di bawah. Putaran bumi pada paksi yang condong pula akan menyebabkan kejadian waktu siang dan malam yang tidak sama panjang. Pada 22 Disember, matahari tegak di atas garisan Jadi di hemisfera Selatan. Pada ketika ini, hemisfera Selatan tercondong ke arah matahari, manakala hemisfera Utara tercondong jauh dari pancaran matahari. Pada masa ini keseluruhan hemisfera Selatan mengalami waktu siang yang lama. Contohnya pada Garisan Jadi waktu siang adalah 16 jam dan kawasan kutub Selatan pula mengalami 24 jam waktu siang. Umumnya hemisfera selatan menerima tenaga suria yang
  • 22. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 22 banyak. Pada waktu yang sama hemisfera utara mengalami waktu siang yang pendek dan waktu malam yang panjang. Jadi keseluruhannya hemisfera utara menerima tenaga suria yang kurang. Peredaran bumi mengelilingi matahari mengambil masa 365 ¼ hari (setahun) untuk satu orbit yang lengkap. Pergerakan ini menghasilkan fenomena musim di kawasan –kawasan garis lintang sederhana dan tinggi. Pada kedudukan 21 Jun, bumi mengalami Soltis musim panas. Pada ketika ini matahari berada tegak di Garisan Sartan. Kawasan garis lintang sederhana dan tinggi di hemisfera Utara mengalami musim panas manakala kawasan garis lintang sederhana dan tinggi di hemisfera Selatan mengalami musim sejuk. Kawasan yang mengalami musim panas akan menerima taburan tenaga suria yang banyak manakala kawasan yang mengalami musim sejuk akan menerima taburan tenaga suria yang kurang. Kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap aktiviti manusia Kejadian empat musim mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelbagai aktiviti manusia. Taburan tenaga suria yang tidak seimbang di permukaan bumi telah mempengaruhi kehidupan manusia. Dalam bidang pertanian, taburan tenaga suria yang banyak pada sepanjang tahun di kawasan tropika lembap membolehkan pelbagai aktiviti pertanian seperti membajak, menanam, membaja dan meracun dijalankan sepanjang tahun. Proses fotosintesis juga berlaku sepanjang tahun kerana proses fotosintesis memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Selain itu, pelbagai jenis tanamn tropika dapat ditanam disini seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, teh dan sebagainya. Sebaliknya di kawasan garis lintang sederhana dan tinggi, aktiviti pertanian hanya dapat dilakukan pada musim bunga dan musim panas sahaja. Ini kerana penerimaan tenaga suria tidak berlaku pada sepanjang tahun.
  • 23. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 23 Taburan tenaga suria mempengaruhi aktiviti manusia 1. Perikanan Kawasan tropika yang menerima tenaga suria menggalakkan pertumbuhan plankton sepanjang tahun. Bekalan plankton menggalakkan hidupan ekosistem laut yang kaya dengan pelbagai jenis ikan. Kegiatan perikanan dapat dilakukan sepanjang tahun. Sebaliknya di kawasan bermusim, pembiakan plankton tidak berlaku sepanjang tahun kerana di kawasan tersebut bekalan tenaga suria sangat terhad. Lagipun, pada musim sejuk air laut menjadi sejuk serta membeku. Fenomena ini tidak menggalakkan aktiviti perikanan dijalankan. 2. Penternakan Kawasan tropika yang bersuhu panas dan menerima hujan yang lebat sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan padang rumput. Hal ini membolehkan kegiatan penternakan kambing dan lembu secara terbuka dapat dijalankan pada sepanjang tahun. Sebaliknya di kawasan bermusim kegiatan penternakan terbuka hanya boleh dilakukan pada musim bunga dan panas. Apabila tiba musim sejuk, binatang ternakan dikurung di dalam kandang dan makanan perlu disediakan. 3. Pelancongan Kawasan tropika lembap yang berkeadaan panas sepanjang tahun menjadi destinasi para pelancong terutama dari Negara- negara yang mengalami musim sejuk. Mereka gemar mandi di laut dan berjemur di pinggir pantai yang berpasir. Di Negara yang bermusim, aktiviti di pantai tidak dapat dilakukan terutama pada musim sejuk. Ini kerana suhu yang rendah bukan sahaja menghalang aktiviti bahkan membahayakan nyawa. 4. Aktiviti sosial Di kawasan tropika, aktiviti sosial seperti sukan boleh dijalankan pada sepanjang tahun, manakala di kawasan bermusim aktiviti berkenaan terhad pada musim panas. Dari segi pakaian pula penduduk di kawasan tropika perlu menggunakan pakaian nipis daripada kain kapas atau nylon pada sepanjang tahun manakala penduduk di kawasan bermusim memilih pakaian mengikut musim iaitu pakaian tebal pada musim sejuk dan pakaian nipis pada musim panas.
  • 24. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 24 TEMA 2 : SISTEM GEOMORFOLOGI 2.1 PENGENALAN PROSES GEOMORFOLOGI Satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Jenis Proses Geomorfologi i) Proses Endogenik Proses yang berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan. ii) Proses Eksogenik Proses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan serta gerakan jisim. Proses-Proses Endogenik 1)Pengangkutan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami pemulihan isostasi. 2)Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang menghasilkan banjaran gunung lipat. 3)Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang reahan di kerak bumi, lurah gelinciran serta gunung bongkah yang berpunca daripada daya mampatan dan tegangan yang dialami oleh kerak bumi. 4)Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila berlakunya perlanggaran atau pencapahan plat-plat tektonik. 5)Aktiviti gunung berapi. 6)Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur, struktur dan kandungan kimia sesuatu jenis batuan yang berada di dalam bumi apabila ia menerima haba dan tekanan yang tinggi dan mengalami penjelmaan.
  • 25. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 25 Proses-Proses Eksogenik 1)Luluhawa Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara insitu. Terbahagi kepada tiga jenis a)Luluhawa kimia b)Luluhawa fizikal c)Luluhawa biologi 2)Proses hakisan Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak. Hakisan terbahagi kepada dua jenis a)Hakisan geologi.  Proses hakisan berlaku secara semulajadi dikawasan yang belum diganggu oleh manusia. Proses hakisan goelogi berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama serta proses hakisan ini melibatkan keseluruhan permukaan bumi. b) Hakisan tanih  Proses hakisan yang berpunca daripada manusia apabila manusia mengganggu keadaan semulajadi alam sekitar akibat aktiviti-aktiviti manusia. 3)Proses pengangkutan dan pemendapan Pengangkutan adalah satu proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa dan terhakis akan diangkut oleh agen-agen yang bergerak seperti air yang mengalir, cairan glasier, angin dan ombak. Proses pengangkutan bergantung kepada tenaga potensi dan tenaga kinetik agen bergerak. Apabila halaju agen bergerak semakin perlahan, maka bahan-bahan yang diangkut akan mengalami proses pemendapan.
  • 26. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 26 4)Proses gerakan jisim Gerakan jisim melibatkan pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti. Proses endogenik membentuk muka bumi atau landskap fizikal manakala eksogenik lebih banyak mengubah atau memperkembangkan bentuk-bentuk bumi tersebut. 2.2 KONFIGURASI BENTUK BUMI Pelbagai jenis atau keanekaan muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro. Struktur Bumi terdiri daripada 3 lapisan utama : a) Lapisan kerak bumi Kerak bumi ialah lapisan bumi paling luar.Lapisan paling nipis.Ia terdiri daripada lapisan SIAL (benua) dan SIMA (lautan). Kerak bumi banyak mengandungi batuan jenis granit dan basalt. Ketumpatan batuan 2.7 – 3mg3. b) Lapisan mantel Lapisan pertengahan yang tidak stabil.Lapisan dalam bentuk pepejal dan cecair.Zon astenosfera berbentuk separa cair.Lapisan bawah berbentuk batuan pejal. Batuan jenis granit dan basalt. Ketumpatan 5.5.Suhu antara 800^C hingga 1600^C. c) Lapisan teras bumi Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg. Dikenali sebagai lapisan barisfera.Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras dalam (pepejal).Ketumpatan batuan 13. Batuan jenis nikel dan bes. KAWASAN KELUASAN (KM PERSEGI) Asia,Eropah dan pulau-pulau berdekatan 54 200 000
  • 27. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 27 Afrika 29 800 000 Amerika Utara 24 200 000 Amerika Selatan 18 000 000 Antartika 13 100 000 Australia 7 700 000 Borneo dan Sumatera 1 217 000 JENIS-JENIS BATUAN 1) BATUAN IGNEUS Terbentuk daripada penyejukan dan pemejalan magma di dalam lapisan kerak bumi atau di luar permukaan kerak bumi.Terdapat dua jenis batuan igneus iaitu igneus rejahan dan igneus terobosan. Igneus rejahan terbentuk apabila terdapat pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi. Batuan igneus rejahan seperti granit mempunyai warna yang cerah, tekstur kasar dan kandungan mineral utama ialah feldspar, kuartza dan mika. Manakala batuan gabro pula berwarna lebih gelap, tekstur kasar dan kandungan mineral utama ialah feldspar, piroksin dan olivine. Batuan granit menghasilkan bentuk muka bumi seperti kubah, kelupasan, tanah tinggi dan banjaran gunung. Contohnya Banjaran Titiwangsa. Igneus terobosan merupakan penyejukan magma di permukaan bumi.Basalt dan obsidian ialah antara contoh batuan igneus terobosan.Kedua-duanya mempunyai warna yang gelap dan kandungan mineral utama ialah feldspar.Basalt mempunyai tekstur halus manakala obsidian bertekstur berkaca. 2) BATUAN ENAPAN @ MENDAP Ia terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin. Bahan enapan berbentuk berlapis- lapis. Pembentukan batuan enapan dapat dilihat melalui dua proses iaitu proses pemadatan bahan-bahan mendapan (sedimen
  • 28. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 28 dan fosil) dan proses penyimenan. Fosil ialah bahan-bahan enapan yang terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang, sisa tumbuhan dan haiwan yang telah mati. Proses pemadatan berlaku apabila bahan-bahan enapan berkumpul secara lapisan, selapis demi selapis. Apabila bahan enapan menjadi semakin tebal, lapisan bawah akan mengalami tekanan daripada lapisan atasnya. Lama-kelamaan bahan- bahan enapan akan mampat dan melekat di antara satu sama lain. Penyimenan adalah proses pelekatan mineral-mineral dengan adanya bahan perikat. Bahan enapan yang kasar tidak melekat di antara satu sama lain dan hanya akan terlekat apabila adanya bahan terikat. Bahan-bahan perikat ini terdiri daripada lempung, kalsit, silika yang bertindak memasuki ruang-ruang yang wujud di antara mineral-mineral kasar. Tekanan daripada lapisan atas menyebabkan ia terkeluar dan bahan- bahan perikat akan terhablur dan mengikat mineral-mineral kasar. Jenis-jenis batuan enapan Batuan klastik Contoh batuan klastik seperti konglomerat, batu pasir dan syal.Konglomerat mempunyai komposisi kerakal, kerikil dan batu tongkol serta membentuk bentuk muka bumi seperti permatang dan gunung.Komposisi batu pasir ialah pasir dan membentuk muka bumi seperti tebing tinggi dan daratan tinggi.Komposisi utama syal ialah lempung dan bentuk muka bumi yang terhasil ialah cerun landai, lembah dan tanah pamah. Batuan kimia Batuan terdiri daripada batu garam dan batu gipsum.Batu garam membentuk tasik-tasik cetek di Laut Mati. Batuan organik
  • 29. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 29 Batuan ini terdiri daripada batu kapur dan batu arang. Batu kapur mempunyai komposisi kalsit dari sisa haiwan dan ia membentuk pelbagai landskap karst seperti di lembah kinta dan sekitar Ipoh,Perak. Arang batu mengandungi fosil tumbuhan dan ia bolah membentuk muka bumi seperti tanah pamah dan pinggir laut. 3) BATUAN METAMORFOSIS Batuan metamorfosis ialah batuan jelmaan, ia terbentuk apabila batuan igneus dan batuan enapan mengalami tekanan dan suhu yang tinggi semasa gerakan tektonik di dalam kerak bumi. Hasilnya menyebabkan batuan berkenaan berubah bentuk, warna dan komposisi mineralnya. Proses ini akan membentuk batuan baru. Batuan baru ini lebih stabil, amat keras, bersinar- sinar, cantik dan menarik.Terdapat dua jenis batuan metamorfosis iaitu batuan berjalur yang mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari.Batuan tidak berjalur pula tidak mempunyai lapisan. Batuan syis berasal dari batuan basalt dan granit danmempunyai tekstur sederhana kasar. Gneis mempunyai tekstur kasar dan berasal daripada batuan granit. Batu kapur yang mempunyai tekstur kasar berasal dari batu kapur.Kuarzit yang berasal dari batu pasir adalah sederhana kasar. KEPENTINGAN BATUAN KEPADA AKTIVITI MANUSIA Aktiviti Manusia Kepentingan Pertanian Batuan basalt (igneus terobosan) mudah terluluhawa membentuk tanah yang subur untuk tujuan pertanian- Pulau Jawa Riolit (igneus rejahan) terluluhawa hasil laterit sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Perlombongan Batu permata (metamorfosis) digunakan sebagai batu pengisar, pemotong dan gerudi dalam perlombongan petroleum kerana sifatnya yang paling keras. Perindustrian Arang batu (enapan organik) bahan bakar utama dalam perusahaan besi dan keluli. Arang batu melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih kurang 200, 000 hasil sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga dan bahan letupan. Lempung (enapan klastik) jenis kaolin penting dalam perusahaan tembikar
  • 30. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 30 Fostat (enapan) buat baja Pembinaan Batuan marmar (metamorfosis) digunakan sebagai lantai, dinding bangunan dan perhiasan. Granit (igneus) bina jalanraya, rumah, bangunan, pelabuhan dsbg. Perhiasan Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan untuk membuat barang kemas. Antaranya ialah intan, garnet, delima,nilam dan zirkon. PROSES ENDOGENETIK Tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi iaitu lapisan mantel bumi yang menghasilkan berbagai fenomena di lapisan kerak bumiseperti gampa bumi, letusan gunung berapi, lipatan gelinciran,gerakan tektonik termasuk juga proses metamorfosisme batuan. i. Tenaga graviti daripada mampatan jisim dan perambahan momentum sudut semasa pembentukan planet. ii. Tenaga radiogenikatau atom daripada pencerakinan nucleus atom yang wujud dalam mineral radiogenik seperti uranium, plutonium dan thorium. iii. Tenaga haba ini wujud dalam lapisan atas mantel iaitu di astenosfera. iv. Arus-arus perolakan yang panas dari astenosfera boleh menggerakkan lapisan kerak bumi. iv. Pelanggaran antara kerak bumi boleh menghasilkan gelombang seismik menyebabkan kejadian gempa bumi. LIPATAN Berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa pertembungan antara plat-plat tektonik yang menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.Iajuga dipengaruhi oleh tarikan graviti berhampiran dengan permukaan bumi. Proses-proses Lipatan a) Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan batuan yang berada dalam bumi adalah cair lalu mudah lentur. b) Proses mampatan secara mendatar. Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi maka lapisan kerak bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan melengkung keatas atau kebawah.
  • 31. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 31 JENIS-JENIS BENTUK MUKA BUMI LIPATAN i. Antiklin atau lintap mungkum – lipatan yang melengkung ke atas. ii. Sinklin atau lintap lendut – bahagian yang menggeleding (melendut ke bawah) iii. Lipatan simetri – kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama atau hampir sama. iv. Lipatan tak simetri – satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding cerun lipatan di sebelahnya. v. Lipatan lampau – keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan. vi. Antiklin rebah – lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan. vii. Nappe – antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan seterusnya pematahan lintap mangkum dan adanya garis gelinciran antara lintap mungkum dan lintap lendut. GELINCIRAN Konsep gelinciran Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi atau blok batuan secara mendatar atau menegak. Jenis-jenis gelinciran i. Gelinciran biasa Gelinciran biasa berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yang menarik kerak bumi atau daya-daya menolak bumi dari bawah.Mempunyai satah rekahan curam atau hampir tegak.Ia menghasilkan sesar curam dan lurus dan ketinggian berbeza- beza mengikut ketinggian anjakan blok. ii. Gelinciran songsang Gelinciran songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan menghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut. Salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat atau terjulang ke atas. Dikenali juga sebagai sesar julang.
  • 32. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 32 iii. Gelinciran rabak Gelinciran rabak apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan kerak bumi menyebabkan terjadinya pergerakan secara melintang blok-blok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang bertentangan.Pergerakan secara mendatar. GUNUNG BERAPI Igneus Jalar Dalam (REJAHAN) Bentuk muka bumi daripada proses pemejalan magma dalam kerak bumi. JENIS BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR DALAM DAN PROSES PEMBENTUKAN i)Daik Apabila magma yang panas daripada lapisan mantel mengalir ke luar dan menembusi lapisan batuan seterusnya membeku secara menegak sama ada dalam lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi. Ketebalannya antara 2 - 6m. ii)Sil Magma membeku secara mendatar diantara lapisan batuan terutama bagi kumpulan batuan mendak dan ia tipis dan selari dengan lapisan batuan. iii)Lakolit Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi secara kubah.
  • 33. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 33 iv)Lopolit Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi mengikut lengkung kerak bumi dan kelihatan seperti piring.Bahagian tengahnya lebih tebal berbanding kedua-dua bahagian hujungnya. v)Pakolit Magma membeku di bahagian puncak lintap mangkum atau bahagian dasar lintap lendut.Ia berbentuk seperti kanta. vi)Batolit Terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara besar-besaran di dalam kerak bumi.Membentuk teras sesebuah gunung. IGNEUS JALAR LUAR (TEROBOSAN) Bentuk muka bumi yang terbentuk daripada magma yang membeku di permukaan bumi.Ia dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus dan memuntahkan lavanya. Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Luar dan Proses Pembentukannya i.Kon lava asid Kon lava asid bercerun curam kerana lava asid yang likat dan cepat membeku lalu tudak mampu mengalir jauh. ii.Kon lava bes Kon lava bes bercerun landai kerana lava bes adalah cair dan mampu mengalir jauh sebelum membeku. Kaya dengan mineral ferum atau besi.Juga dikenali sebagai gunung berapi perisai. iii.Kon abu Kon abu cerunnya berbentuk cekung dan curam.Terdiri daripada debu, abu dan serpihan batu atau batu tongkol yang keluar semasa letusan gunung berapi yang dikenali sebagai aliran piroklastik dan bom gunung berapi.
  • 34. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 34 iv.Kon komposit Terdiri daripada pelbagai jenis kon lava dan abu yang keluar dari pelbagai lohong di sekeliling gunung berapi.Kon-kon kecil terbentuk menerusi rekahan-rekahan batuan di sekeliling gunung tersebut. Sebahagian kon mengeluarkan lava asid atau bes dan sesetengahnya mengeluarkan debu, abu dan bahan piroklastik. v.Krater Krater ialah kawah besar yang terbentuk di puncak gunung berapi akibat letusan gunung berapi.Apabila magma membeku kawah tersebut menakung air dan membentuk tasik kawah. vi.Kaldera Kaldera terbentuk akibat cantuman beberapa krater gunung berapi yang terletak berhampiran antara satu sama lain. Membentuk tasik kawah yang sangat besar. LAVA GUNUNG BERAPI i.Lava asid Lava asid sangat likat dan mengalir perlahan.Lava jenis asid cepat membeku.Ia kaya dengan silika. Takat lebur lava asid tinggi iaitu suhu di antara 800^C – 1000^C. Letusan gunung berapi lava asid adalah kuat. ii.Lava bes Lava bes adalah cair dan mengalir laju. Ia lambat membeku dan kaya dengan besi dan magnesium. Takat lebur lava bes adalah rendah dan sangat panas. Suhu takat lebur ialah 1100^C – 1200^C.
  • 35. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 35 JENIS DAN TABURAN GUNUNG BERAPI i)Gunung berapi hidup -Selalu meletus dan sangat aktif. ii) Gunung berapi mati -Tidak aktif, tidak akan meletus lagi iii)Gunung berapi pendam -Pernah meletus dan akan meletus lagi pada masa hadapan. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Rupa dan Bentuk Gunung Berapi i) Jenis bahan yang diletuskan ii) Sifat lohong gunung berapi iii) Sifat dan jenis letusan iv) Kuantiti bahan dan bahan piroklas yang dikeluarkan v) Proses gondolan yang dialami HANYUTAN BENUA Teori Hanyutan Benua -Dikemukakan oleh Alfred Weneger, 1910. Menurut Weneger, 200 juta tahun dahulu semua benua bercantum dan membentuk satu daratan besar yang dikenali sebagai Pengea. Lautan disekelilingnya dipanggil Panthalassa.
  • 36. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 36 -180 juta tahun dahulu, Pangea telah berpecah kepada Laurasia di utara dan Gonwanaland di selatan serta menghasilkan Laut Tethys. Laurasia mengandngi benua-benua seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia sementara Gonwanaland meliputi benua Amerika Selatan, Afrika,Semenanjung Arab, Indiadan Australia. -Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa- kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas. Hipotesis Weneger amat berkait dengan daya mampatan dan daya tegangan yang wujud dalam bumi yang boleh menggerakkan lapisan bumi. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas. Batuan di dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada dalam keadaan separa cair, arus perolakan wujud di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan terapung di atas lapisan astenosfera. Toeri Peluasan Dasar Laut Menurut teori ini, apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak bumi (dasar laut), mengisi ruang rekahan yang dihasilkan oleh sempadan pencapahan di dasar laut. Magma ini akan membeku dan seterusnya membentuk permatang dasar lautan. Proses yang berterusan, rekahan menjadi semakin besar, magma berterusan keluar dan membeku. Kesannya, dasar lautan yang lama akan tertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk. Dasar laut dikatakan telah mengalami proses rebakan. Teori ini dibuktikan dengan kajian terhadap batuan di dasar lautan.Batuan yang terletak berhampiran dengan permatang lautan didapati lebih muda berbanding dengan batuan yang terletak lebih jauh daripada permatang lautan. Toeri Tektonik Plat Mengikut Teori Plat Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan yang dikenali sebagai plat. Terdapat plat benua dan plat lautan. 7 plat benua yang besar seperti Plat Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat Amerika Selatan, Plat Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-Australia dan Plat Antartika. Manakala plat benua yang kecil seperti Plat Nazca, Plat
  • 37. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 37 Cacos, Plat Filipina, Plat Karibia, Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain. Plat lautan adalah seperti Plat Pasifik dan Plat Antartika. Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma panas di lapisan astenosfera. Pergerakan plat berlaku sangat perlahan dan plat bergerak pada arah yang berbeza-beza antara satu sama lain. Plat-plat ini boleh bergerak dengan 3 cara iaitu secara pertembungan, pencapahan atau pemisahan dan secara perselisihan. a)Pertembungan plat  Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain. Pertembungan ini melibatkan plat benua dengan plat benua, plat lautan dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.   Apabila dua plat lautan yang bertembung,plat yang tumpat akan terjunam ke bawah. Di zon ini terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan Plat Pasifik dan Plat Filipina. Plat yang terbenam ke bawah ini akan membentuk magma setelah mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang tinggi di lapisan mantel.   Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan kerak bumi di dasar lautan membentuk barisan- barisangunung berapi di dasar laut. Melalui proses ataman bumi, gunung berapi ini akan muncul di permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti di Kepulauan Jawa (Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun.   Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua,plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah. Di zon benam, plat lautan akan mencair dan membentuk magma. Jurang lautan terbentuk di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua. Manakala di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses mampatan ini akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut. Jika terdapat rekahan di gunung lipat, magma
  • 38. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 38 akan keluar sebagai fenomena gunung berapi. Pertambunagn antara Plat Nazca dengan Plat Amerika Selatan menghasilkan Jurang Peru-Chile dan banjaran Andes sebagai gunung lipat.   Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir kedua-dua benua tersebut akan termampat dan terlipat lalu membentuk banjaran gunung lipat. Tidak ada plat yang terjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yangsama. Pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia telah menghasilkan Sistem Pergunungan Himalaya. b)Pencapahan plat Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi, kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah. Ini menyebabkan wujud satu garisan kelemahan pada kerak bumi, magma yang panas akan mengalir keluar. Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini, maka magma akan mengalir keluar, menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak bumi yang baru dan dikenali sebagai permatang tengah lautan. Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada di tengah-tengah lautan Atlantik. c)Perselisihan plat Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis gelinciran. Ia juga dikenali sebagai garis neutral. Fenomena yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan gempa bumi.
  • 39. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 39 TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA 1. Bukti keselanjaran benua Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dengan pinggir laut timur Amerika Selatan Pinggir Laut Eropah Barat boleh dicantumkan dengan pinggir laut Amerika Utara. 2. Bukti geoglogi Geologi enapan awal yang berada didasar laut yang terletak disekitar Lautan Antlantik adalah sama dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya. Ini menguatkan bukti kemungkinan benua tersebut telah berpecah dari satu jisim benua yang sama sebelumnya. 3. Bukti bahan fosil Fosil dinosaur dari zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan dan China. Fosil ini adalah sama dari segi jenis dan usia. 4. Bukti paleomagnet Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara kesebelah utara Asia dan ke kawasan Artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra kanbrian hingga ke Zaman Pertengahan Tersier 5. Bukti oseanik Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan Pasifik dan Lautan Antlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.
  • 40. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 40 2.3 PEMBENTUKAN LANSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP LULUHAWA Konsep Luluhawa Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan kepada saiz yang lebih kecil. Ia berlaku secara insitu (setempat). Luluhawa Fizikal / Mekanikal Konsep luluhawa Fizikal/Mekanikal Proses penyepaian dan pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil akibat tindak balas unsur-unsur iklam seperti suhu. Ia tidak terlibat perubahan kandungan kimia batuan dan berlaku secara in-situ. Proses- proses Luluhawa Fizikal 1. Perubahan Suhu  Proses luluhawa ini berkesan di kawasan iklim panas seperti gurun yang mempunyai julat suhu harian yang tinggi. Suhu yang mencapai 35^C hingga 40^C pada waktu siang menyebabkan lapisan luar batuan lebih cepat panas dan mengalami pengembangan berbanding bahagian dalam batuan.  Suhu waktu malam yang jatuh sehingga 5^C hingga 0^C , menyebabkan bahagian luar lapisan batuan mengalami kehilangan haba dengan lebih cepat dan mengalami proses penguncupan.  Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya tegangan sehingga lapisan luar batuan retak dan pecah serta tertanggal daripada lapisan sebelah dalamnya. Bentuk pemecahan dan penyepaian batuan bergantung kepada sifat fizikal batuan tersebut. Terdapat tiga bentuk pemecahan batuan iaitu:
  • 41. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 41 a) Pengelupasan Proses pengelupasan berlaku pada batuan yang mempunyai struktur berlapis dan lapisan luarnya mempunyai rekahan. Pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar. Keadaan ini berlaku kesan proses pengembangan dan penguncupan yang berulang pada batuan dan akan menghasilkan serpihan batuan. b) Penyepaian Berbiji / Granul Proses ini berlaku sekiranya batuan pecah atau relai secara berbiji-biji. Batuan induk mempunyai kandungan mineral yang berbagai dan setiap mineral mempunyai kadar pengembangan dan penguncupan yang berbeza. Contohnya seperti batuan granit yang mengandungi mineral feldspar, kuartza dan mika. Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih awal tersingkir dari batuan induk. Butir- butir halus akan terhasil kesan pemecahan ini. c) Pemecahan Bongkah Proses ini berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai rekahan bersegi empat. Proses pengembangan dan pengecutan berlaku di sepanjang rekahan tersebut dan penyepaian terjadi mengikut rekahan sehingga menjadi bongkah-bongkah segi empat. 2. Tindakan Ibun  Tindakan ibun merupakan proses luluhawa fizizkal yang berkesan di kawasan sederhana dunia terutamanya di bahagian puncak gunung atau tanah tinggi yang sering mengalami keadaan beku cair.  Kerpasan seperti fros atau salji yang bertakung dalam rekahan batuan akan membeku pada musim sejuk dan juga di kawasan pergunungan apabila suhu berada di bawah takat beku. Ais akan cair apabila tibanya musim panas.
  • 42. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 42  Isipadu air yang beku ini akan bertambah sebanyak 10% dan kesannya menghasilkan tekanan yang kuat di sekitar dinding rekahan. Proses yang berulang ini akan menghasilkan rekahan yang semakin membesar dan akhirnya boleh memecahkan batuan. Serpihan batuan yang bersegi-segi ini jatuh di kaki gunung dan dikenali sebagai talus atau skri. 3. Penghabluran Garam Proses penghabluran garam ini giat berlaku di kawasan panas dan kering seperti di kawasan savana dan monson tropika. Ia merupakan proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan. Akibat cuaca panas yang melampau atau ketika musim panas, air akan ditarik ke permukaan bumi oleh daya rerambut / daya tarikan kapilari. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam yang halus akan tertinggal dalam rekahan. Proses yang berterusan akan menyebabkan hablur garam semakin banyak dan berkembang semakin besar. Pembesaran dan pertambahan kuantiti hablur garam akan mewujudkan tekanan dan ketegasan yang ke atas dinding-dinding rekahan sehingga rekahan menjadi semakin luas, dalam dan seterusnya pecah. 4. Pembasahan dan Pengeringan  Proses ini beraku di kawasan tropika lembap. Pembasahan apabila batuan ditimpa hujan lebat sehingga membolehkan batuan menyerap air dan berada dalam keadaan tepu. Pada masa ini, lapisan batuan yang lembap akan mengalami pengembangan. Manakala pancaran matahari yang terik pula akan mengeringkan batuan dan lapisan batuan akan mengalami pengecutan. Proses pengembangan dan pengecutan yang berulang menyebabkan lapisan batuan tersepai dari batuan asalnya.  Pembasahan dan pengeringan juga berlaku di kawasan pantai yang menerima pengaruh air pasang-surut. Semasa air pasang, batuan akan tenggelam dan mineral-mineral dalam batuan menjadi lembap dan mengembang. Semasa air surut pula, batuan yang timbul akan dikeringkan oleh pancaran matahari. Batuan menjadi kering dan mengecut dengan cepat. Proses yang berulang ini turut memecahkan batuan.
  • 43. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 43 5. Pelepasan Tekanan Proses ini berlaku terhadap batuan yang terletak jauh ke dalam kerak bumi. Batuan ini berada dalam keadaan menguncup kerana tertekan oleh batuan yang lain yang terletak di atasnya. Apabila batuan di atasnya mengalami hakisan, diangkut dan direndahkan batuan yang terletak jauh di dalam kerak bumi akan terdedah ke permukaan ini. Pengurangan beban atau pelepasan tekanan ini akan menyebabkan lapisan atas batuan berkenaan mengalami proses pengembangan sehingga menyebabkannya merekah dan pecah. Luluhawa Kimia Konsep Luluhawa Kimia Semua proses pereputan dan penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer ke peringkat sekunder. Tindakan ini boleh mengubah kandungan kimia batuan. Proses Luluhawa Kimia 1. Pengoksidaan Proses ini berlaku apabila mineral dalam batuan bertindakbalas dengan oksigen dalam udara. Pengoksidaan berlaku terhadap batuan yang banyak mengandungi mineral besi (ferum). Sebatian besi akan teroksida apabila terdedah kepada kepada udara (oksigen) dan air. Ia akan bertukar kepada warna perang kemerahan atau berkarat. Sebatian ferum yang teroksida ini boleh melemahkan struktur batuan. 2. Pengkarbonan Ia merupakan tindakbalas antara kalsium karbonat dengan asid karbonik. Asid karbonik lemah terbentuk apabila air hujan bercampur dengan karbon dioksida dalam udara. Air hujan yang mengandungi asid karbonik lemah ini mudah bertindakbalas dengan batu kapur dan menghasilkan kalsium bikarbonat. Proses pengkarbonan ini boleh menghasilkan pelbagai pandang darat karst di kawasan batu kapur seperti klint, gua batu kapur, stalaktit, stalagmite dan lain-lain.
  • 44. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 44 3. Penghidratan Penghidratan berlaku apabila mineral batuan menyerap air. Ketegasan dan pengembangan terhasil dalam batuan dan akhirnya boleh melemahkan struktur batuan dan menghancurkannya. Contohnya pembentukan limonit.Terdapat juga keadaan di mana mineral bergabung dengan air dan membentuk mineral lemah. Proses ini boleh melemahkan dan mengurai batuan induk. 4. Larutan Air hujan atau air larian bertindak sebagai pelarut.Air berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum, natrim klorida dan kalsium karbonat. Kalsium, natrium dan magnesium mempunyai kadar kelarutan yang tinggi berbanding dengan silika. Dengan itu ia mudah dilarutkan dan disingkirkan daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan. 5. Hidrolisis Ia merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan oleh tindakan air. Tindakbalas ion hidrogen dengan ion mineral batuan akan menghasilkan sebatian baru dengan mineral yang berlainan dari batuan asal. Kesannya batuan asal akan berubah kepada jenis lain. Contohnya feldspar dalam batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah liat berwarna putih) yang lembut apabila air hujan bertindak ke atasnya. Luluhawa Biologi Konsep Luluhawa Biologi Ia melibatkan tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia. Proses ini berlaku secara fizikal atau kimia dan melibatkan proses pemecahan dan penguraian batuan. Proses Luluhawa Biologi 1. Tumbuhan Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan batuan akan semakin membesar dan akhirnya meretakkan batuan. Akar tumbuhan juga boleh bertindak mereputkan batuan melalui asid humik yang dikeluarkan.Contohnya akar lumut dan
  • 45. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 45 kulampair.Penguraian olek bakteria terhadap daun, ranting, dahan yang gugur juga boleh menghasilkan asid humik yang boleh bertindakbalas dengan mineral batuan. 2. Haiwan Haiwan seperti arnab, tikus, ular akan memecahkan batuan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Struktur tanah yang longgar dan polos ini memudahkan ini memudahkan kadar resapan ke dalam tanah. 3. Manusia Tindakan manusia seperti meletupkan batuan di kuari dan lombong telah mendedahkan batuan kepada proses luluhawa seterusnya. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Luluhawa a) Iklim Suhu dan hujan merupakan dua unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa.Proses-proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan dan hidrolisis amat bergantung kepada kehadiran air. Menurut Prinsip Lee Chatlier, ‘tindakbalas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air bertambah’. Kawasan Tropika Lembap mendapat bekalan hujan tahunan yang banyak maka luluhawa kimia adalah berkesan di kawasan ini. Purata suhu tahunan yang tinggi (27^C hingga 32^C) di Tropika Lembap juga merupakan penyumbang utama kepada proses luluhawa kimia. Suhu yang tinggi sepanjang tahun dengan beza antara suhu harian yang kecil membolehkan operasi kimia berlaku dengan berkesan. b) Jenis batuan Batuan yang lembut seperti batu kapur, dolomite dan gipsum merupakan jenis batuan yang tidak stabil dan mudah mengalami luluhawa berbanding dengan batuan keras seperti granit. c) Rekahan
  • 46. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 46 Rekahan juga merupakan faktor penentu keberkesanan luluhawa.Rekahan merupakan garisan lemah batuan. Batuan yang mempunyai kepadatan rekahan yang tinggi dan rekahan berada dalam keadaan menegak, mempunyai kadar luluhawa yang tinggi. Ini kerana air, asid dan laritan boleh bertakung dan menembusi batuan ini.Luluhawa kimia boleh bertindakbalas di sepanjang dinding rekahan. d) Relief Relief ialah keadaan cerun sesuatu kawasan.Luluhawa kimia pesat berlaku di kawasan cerun landau dan tanah pamah. Kawasan ini menggalakkan kadar simpanan air berbanding kawasan cerun curam. Luluhawa akan lebih berkesan di kawasan cerun yang menghadap pancaran matahari berbanding dengan cerun yang membelakangkan matahari. Pancaran matahari (suhu) diperlukan untuk tindakan luluhawa kimia. Kesan Luluhawa Terhadap Pembentukan Landskap Aktiviti Manusia a. Di kawasan batu kapur, luluhawa mewujudkan pandang darat karst yang menarik seperti gua, sungai bawah tanah, stalaktit, staglamite dan lain-lain. Gua-gua batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak sering menjadi tarikan pelancong. b. Pembentukan tanah liat. Pembentukan tanah liat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldspar. Tanah liat ini sangat penting dalam industri tembikar. c. Tanah laterit terbentuk hasil proses pengoksidaan. Tanah laterit yang berwarna keperangan ini sesuai untuk tanaman getah dankelapa sawit. d. Proses luluhawa di kawasan gurun menghasilkan gurun batu dan gurun pasir.
  • 47. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 47 PERGERAKAN JISIM Konsep Pergerakan Jisim Pergerakan regolit tanah dari atas cerun ke bawah cerun akibat daya tarikan graviti dengan dibantu oleh air sebagai pelincir. Jenis-jenis pergerakan jisim a. Aliran Lambat Pergerakan regolit dan tanih secara perlahan-perlahan menuruni cerun. Proses pergerakan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Cuma dapat dilihat seperti tiang elektrik.Tiang telefon yang condong daripada kedudukan asalnya yang tegak.Ia berlaku dikawasan yang mempunyai permukaan cerun yang tidak terlalu landau dan tidak dilitupi oleh tumbuhan yang tebal. Proses-proses Aliran Lambat  Kesotan tanah-tanih  Kesotan Talus  Kesotan Batuan  Kesotan batu glaseir  Gelangsaran tanah b. Aliran cepat Aliran lambat melibatkan pergerakan regolit, tanah dan lumpur pada kadar yang lebih cepat dan di atas cerun yang lebih curam berbanding aliran lambat. Proses-proses aliran cepat:  Aliran tanah
  • 48. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 48  Aliran lumpu  Puin salji runtuh c. Geluncuran Geluncuran melibatkan pergerakan tanih, regolit dan bongkah batuan secara besaran di cerun yang curam dan hampir tegak.Ia berlaku lebih cepat dan tiba-tiba berbanding dengan proses dalam aliran cepat. Poses-proses Geluncuran  Robohan  Geluncuran puin  Geluncuran batuan d. Runtuhan Pergerakan regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya runtuhan ialah kadar turunan hujan yang lebat dan perubahan cerun yang semakin curam. Proses-proses runtuhan:  Runtuhan tanah  Runtuhan batuan Faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim a. Kecerunan Kecerunan sesuatu permukaan bumi mempengaruhi proses pergerakan jisim. Di kawasan yang bercerun curam pergerakan jisim berlaku dengan giat akibat daya tariakan graviti ke bawah adalah tinggi.
  • 49. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 49 b. Jenis batuan Jenis batuan yang berlainan mempengaruhi proses pergerakan jisim. Proses pergerakan jisim berlaku dengan giat di cerun yang terdiri daripada batuan yang lembut berbanding dengan kawasan yang dilitupi batuan keras. c. Hujan Kawasan yang menerima hujan yang lebat mengalami proses pergerakan jisim yang giat. Ini kerana air bertindak sebagai pelincir yang mempercepatkan lagi proses pergerakan jisim. Akibat curahan hujan yang lebat berat jisim sesuatu cerun akan bertambah hasil daripada proses susupan dan larut resap dan akhirnya cerun akan runtuh secara besar-besaran. d. Litupan tumbuh-tumbuhan Tumbuhan menjadi pelindung semulajadi yang paling berkesan untuk menstabilkan sesuatu cerun. Selain daripada proses cegatan silar terhadap titisan air hujan, akar memainkan peranan dalam menentukan kadar kejeleketan ketara tanah. Sistem akar yang komplek akan mencengkam tanah dan menghalang kejadian gerakan jisim. e. Gegaran Kawasan yang berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik merupakan kawasan yang tidak stabil dan mudah berlaku gempa dan gegaran. Kejadian gempa bumi dan gegaran sesuatu kawasan mendorong kepada berlakunya pergerakan jisim terutama jisim secara cepat.Gegeran yang kuat membawa kepada terjadinya tanah runtuh dan runtuhan batuan. f. Tindakan manusia Tindakan manusia banyak mempengaruhi kejadian pergerakan jisim.Tindakan manusia seperti pembalakan, pembinaan jalan raya di lereng-lereng bukit, pembinaan pusat peranginan di kawasan tanah tinggi, pembinaan petempatan, perlombongan kauri dan sebagainya menyebabkan banyak kawasan bukit digondol, ditarah dan dipotong untuk pelbagai tujuan. Keadaan ini menyebabkan kawasan cerun bukit kehilangan kestabilan dan terdedah kepada agen-agen hakisan yang akhirnya akan memudahkan berlakunya pergerakan jisim seperti tanah runtuh,runtuhan batuan dan juga banjir lumpur.
  • 50. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 50 Langkah-langkah untuk mengawal proses pergerakan jisim a. Langkah perundangan Mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat pemaju sesebuah projek yang melanggar peraturan EIA ( Environment Impact Assessment ). Tindakan mahkamah seperti denda, penjara, menarik balik lesen, arahan pembayaran pampasan dan ganti rugi dan lain-lain. b. Langkah penstrukturan  Menanam pokok-pokok pelindung yang kekal di atas permukaan cerun bukit supaya kestabilan cerun secara semulajadi terpelihara.  Membina benteng serta tembok penahan hakisan di kaki cerun yang tidak stabil dan berisiko untuk runtuh. Benteng yang dibina boleh mengukuhkan kaki cerun untuk mengelaknya runtuh secara besaran. Benteng yang dibina dalam bentuk konkrit, sangkar dawai yang diisi dngan batu konkrit dan lain-lain lagi.  Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun yang tidak stabil. Ini bertujuan untuk mengelakkan air hujan daripada terus terkena pada permukaan cerun terutama permukaan cerun yang telah tergondol.  Memperbaiki sistem saliran dan laluan air di permukaan cerun atau kawasan tanah tinggi. Menyediakan sistem perparitan longkang di permukaan cerun. Ia boleh dibuat secara berteres di bahagian cerun atas hingga cerun bawah. Dengan cara ini, limpahan air permukaan dan ketepuan tanih dapat dielakkan dan seterusnya pergerakan jisim tidak berlaku. c. Langkah bukan perundangan Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua lapisan masyarakat khususnya pemaju perumahan, pekebun sayur dan pengusaha hotel.Kempen boleh dilakukan melalui pelbagai media cetak dan elektronik, menganjurkan kursus-kursus serta seminar dan lain-lain.Di samping itu, pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah, rendah, menengah hingga ke universiti diperkukuh dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar secara khusus.
  • 51. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 51 LEMBANGAN SALIRAN Konsep Lembangan Saliran Lembangan saliran ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-cawangannya. Contohnya, Lembangan Sungai Kelantan. Hakisan Permukaan a. Hakisan Percikan Hakisan percikan berlaku di kawasan yang terhad litupan bumi apabila titisan air hujan akan terus ke tanah. Hentaman titisan air hujan berupaya menghempaskan butiran dan jatuh semula ke permukaan. b. Hakisan Kepingan Hakisan kepingan berlaku akibat dari air larian permukaan menghakis lapisan tanah di permukaan. c. Hakisan Galir Hakisan permukaan cerun yang lebih meluas, terdiri daripada alur-alur air yang kecil. Terbentuk oleh hujan lebat dan kewujudannya sering berubah-ubah. d. Hakisan Galur Hakisan galur merujuk kepada alur-alur air yang kekal dan berisi air semasa hujan lebat.Alur lebih besar dari galur dan biasanya kekal dalam jangka masa lama.
  • 52. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 52 Hakisan Sungai Jenis hakisan a. Hakisan mendalam/ hakisan menegak Hakisan mendalam berlakuapabila sungai menghakis pada dasarnya menjadikannya semakin dalam mewujudkan lurah yang sempit berbentuk V. b. Hakisan melebar Hakisan melebar berlaku pada bahagian sungai yang mempunyai dasar sungai tidak begitu curam tetapi isi padu air yang banyak.Hakisan berlaku ke arah tebing secara melebar dan mewujudkan profil rentas berbentuk U. c. Hakisan kebelakang/ unduran Hakisan ini menyebabkan cerun dasar sungai berundur kearah hulu, banyak berlaku di kawasan hulu sungai dan bahagian- bahagian yang tidak mempunyai ketidakrataan dasar. Cara-cara Hakisan a. Tindakan hidraul - Tindakan hidraul melibatkan kuasa air sungai itu wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran air sungai ke atas struktur rekahan batuan yang lemah seperti struktur rekahan dan ke atas batuan lembut. b. Lelesan @ geseran - Melibatkan geselan antara muatan sungai (batu kelikir) dengan air sungai terhadap tebing dan dasar sungai. c. Lagaan - Merujuk kepada pergeseran batuan itu sendiri apabila berlaga sesame sendiri semasa pengalirannya.
  • 53. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 53 d. Larutan – air sungai bertindakbalas secara kimia terhadap batuan. Proses ini sangat berkesan di kawasan batuan kapur yang mudah larut. Faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan a. Isipadu dan Halaju Air Amat berkesan untuk proses larutan dan proses hidraul.Semakin tinggi isipadu air sungai, semakin tinggi tenaga potensinya dan juga kelarutan air sungai tersebut.Semakin tinggi halaju air di dalam alur sungai, semakin tinggi tenaga sungai itu untuk menjalankan kerja-kerja hakisan. b. Kecerunan Dasar alur yang curam mempengaruhi halaju arus. Kecuraman cerun membolehkan air sungai mengalir deras dan ini meninggikan kadar hakisan, terutama hakisan cara lelasan dan lagan. c. Bentuk alur Bentuk alur yang lurus pasti mengalami kadar hakisan yang hebat kerana taburan tenaga bagi keseluruhan geometri alur adalah sama dan seimbang. Jadi keseluruhan tebing alur sama ada di kiri atau kanan akan mengalami hakisan pada kadar yang sama. Bagi alur yang berliku, taburan tenaga tidak sama menyebabkan kadar hakisan tidak seimbang bagi keseluruhan tebing alur sungai. d. Jenis batuan Sekiranya tebing dan dasar sungai terdiri daripada batuan lembut maka kadar hakisan sungai adalah tinggi berbanding dengan batuan keras.
  • 54. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 54 e. Bahan muatan Kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh air sungai pula dilihat secara relatif dengan keras-lembut batuan tebing dan dasar alur sungai. Faktor ini amat mempengaruhi keberkesanan proses lagaan dan geselan. Sekiranya bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai itu adalah banyak maka kebarangkalian untuk berlaku pergeselan dan lagaan adalah tinggi. Bentuk Muka Bumi Hakisan Sungai a. Air terjun Air terjun merupakan aliran air terjun setingkat yang terjun dari poin yang tinggi dipengaruhi oleh proses hakisan. Air terjun biasanya terbentuk di kawasan batuan yang berstruktur mendatar antara batuan keras dan lembut.Lapisan atas terdiri daripada lapisan batuan keras, sukar dihakis dan aliran sungai mengalir di atasnya.Manakala lapisan batuan lembut yang berada di bawah sangat mudah dihakis khususnya oleh hempasan air dari tingkat terjun. b. Jeram Jeram ialah air terjun bertingkat atau bersiri mengikut tingkat terjun yang berbeza. c. Lubuk Satu lekukan atau lubang di dasar sungai yang berbatu yang dikorek oleh pusaran arus sungai.Aliran sungai yang deras dan berpusar bertindak mengorek rekahan-rekahan di dasar sungai yang tidak rata, pemperdalam rekahan tersebut menjadi lubang dinamakan sebagai lubang periuk. d. Gaung Gaung mempunyai tebing yang sangat curam dan dalam. Hakisan menegak bertindak dengan berkesan di dasar alur sungai menyebabkan dasar alur dikorek dan diperdalamkan.
  • 55. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 55 e. Lurah Air sungai yang mengalir laju berupaya menghakis ke dasar sungai melalui hakisan jenis mendalam.Oleh itu, lurah sungai semakin mendalam, sempit dan curam membentuk lurah V. PENGANGKUTAN SUNGAI Konsep Pengangkutan Sungai Pengangkutan adalah proses pemindahan muatan sungai seperti batu tongkol, kerikil, pasir, tanah, bahan-bahan ampaian dari peringat hulu ke peringkat hilir serentak dengan aliran air tersebut. Cara Pengangkutan Sungai a. Larutan – melibatkan pemindahan zat-zat galian yang terlarut dalam aliran dari batuan. Cara larutan ini lebih giat jika sistem aliran terdapat di permukaan batuan yang lembut seperti batu kapur. b. Ampaian – berlaku terhadap puin-puin yang halus dengan adanya arus dasar yang kuat. Biasanya mautan ampaian menentukan warna air, contohnya tanah liat. c. Loncatan – melibatkan pergerakan muatan sungai yang berbentuk bujur seperti batu kelikir di dasar sungai, ia giat berlaku selepas hujan lebat. d. Seretan – melibatkan pergerakan bongkah batu yang besar, dianggap muatan dasar kerana pergerakannya hanya berlaku di dasar-dasar sungai. Ia sangat giat berlaku apabila isipadu air yang banyak atau halaju air yang tinggi terutama ketika banjir.
  • 56. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 56 e. Golekan – melibatkan pergerakan batuan yang sederhana besar dan dianggap muatan dasar. f. Apungan – melibatkan beban sungai yang ringan dan halus, pergerakannya di atas permukaan air. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangkutan Sungai a. Tenaga Semakin laju pergerakan arus sungai maka sungai semakin bertenaga dan dapat menjalankan proses pengangkutan dengan lebih berkesan. Beban sungai yang besar dan berat dapat diangkut ke hilir sungai dengan lancar. b. Cerun Kawasan yang bercerun curam menyebabkan sungai mengalir dengan deras berbanding dengan sungai yang beraliran perlahan.Sungai yang terletak di cerun yang curam mempunyai tenaga yang tinggi untuk kerja-kerja pengangkutan berlaku. c. Halangan Di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan memperlahankan aliran air. d. Kekasaran alur Alur sungai yang kasar menyebabkan aliran sungai perlahan. Ini mengurangkan keupayaan sungai tersebut untuk menjalankan proses pengangkutan. Sungai ini juga akan menyebabkan pengangkutan sungai turut perlahan. e. Bentuk alur Alur yang lurus aliran sungai adalah laju. Proses pengangkutan giat kerana sungai bertenaga. Alur yang berliku-liku menyebabkan aliran sungai adalah perlahan maka sungai tidak bertenaga untuk menjalankan kerja-kerja pengangkutan.
  • 57. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 57 f. Saiz bahan Saiz bahan merujuk kepada jisim dan ketumpatan beban sungai.Saiz beban yang kecil dan ringan, pengangkutan sungai adalah giat.Manakala saiz beban yang besar dan berat, pengangkutan sungai adalah perlahan. g. Bentuk beban Bentuk beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk diangkut. Bentuk beban merujuk kepada ciri-ciri beban tersebut apabila di dalam air, sama ada ia larut, terapung atau tertinggal sebagai pepejal. Contohnya beban larut adalah sejenis beban yang menyebabkan kandungan mineral larut dalam air misalnya kalsium karbonat dan bahan-bahan toksid. Beban ini akan diangkut secara larutan. PEMENDAPAN SUNGAI Konsep Pemendapan Sungai Penimbunan atau longgokan bahan seperti pasir dan kelikir yang diangkut oleh sungai dari bahagian atas sungai ke peringkat rendah dan mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai semakin perlahan khasnya di kawasan yang bercerun landai. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemendapan a. Isipadu air Isipadu air yang tinggi akan menyebabkan aliran sungai menjadi perlahan,beban sungai akan dimendapkan. Contohnya di kawasan hilir sungai, isipadu air tinggi kerana sungai menerima luahan dari cawangan-cawangan sungai menyebabkan aliran perlahan dan memendapkan beban yang dibawanya.
  • 58. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 58 b. Halaju air Halaju air yang perlahan akan menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk kerja-kerja pengangkutan maka sungai tersebut akan memendapkan semua beban yang dibawanya. c. Kecerunan Kawasan yang mempunyai kecerunan yang landai, aliran adalah perlahan dan tidak bertenaga maka proses pemendapan akan berlaku. d. Bentuk alur Alur yang berliku-liku menyebabkan aliran sungai adalah perlahan menyebabkan kerja-kerja pemendapan berlaku dengan berkesan. e. Jenis batuan Batuan yang keras dan membentuk alur biasanya kerja-kerja hakisan berlaku berbanding dengan batuan yang lembut yang menyebabkan proses pemendapan berlaku. f. Bahan muatan Bahan muatan yang besar dan berat akan dimendapkan lebih dulu seperti di kawasan hulu sungai. Contohnya, batu-batu besar yang terdapat di kawasan air terjun adalah hasil pemendapan aliran sungai yang tidak mampu untuk mengangkut ke kawasan hilir. Bagi bahan muatan yang kecil dan halus seperti pasir akan diangkut dan dimendapkan di kawasan hilir sungai. g. Halangan Halangan di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan menyebabkan aliran sungai terhenti maka beban sungai yang diangkut akan dimendapkan.
  • 59. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 59 Bentuk muka bumi pemendapan sungai a. Dataran banjir Bermaksud kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian hilir sungai yang melimpah air banjir.Ia amat luas, landai dan rata. b. Tetambak Ialah jaluran permatang yang wujud di sepanjang tebing sungai dan memisahkan antara sungai dengan dataran banjir. c. Tasik ladam Kejadian tasik ladam dapat dijelaskan melalui tiga peringkat : Peringkat 1 – hakisan sisi berlaku di tebing-tebing cekung dan akan menghasilkan alur yang baru. Peringkat 2 – pembentukan alur yang baru ini dipercepatkan lagi dengan pemendapan bahan-bahan yang terhakis. Proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan sungai akan terpisah daripada alur sungai yang terbentuk tadi. Likuan ini dinamakan sebagai likuan terpenggal. Peringkat 3 – proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan terpenggal terpisah langsung daripada alur-alur sungai. Air dalamlikuan terpenggal ini akan terperangkap menjadi sebuah tasik yang dinamakan tasik ladam. d. Delta Terbentuk apabila timbunan bahan mendap berlaku secara meluas di muara sungai.Di kawasan muara ini, halaju arus sungai amat perlahan kerana sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu memendapkan bahannya dengan giat dan membentuk delta.
  • 60. GEOGRAFI SEMESTER 1 BAHAGIAN A Disediakan Oleh: Mohd Nazren Bin Saparudin Page 60 PINGGIR PANTAI Konsep Pinggir Pantai dan Pantai Seimbang Secara umumnya, pantai adalah zon yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak.Secara khususnya, pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendap yang peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dam kelodak uyang berasal dari laut dan sungai.Pelbagai agen geomorfologi yang bertindak di zon pinggir pantai.Antara agen-agen tersebut termasuklah ombak, arus lautan, arus pasang surut dan tindakan angin. *Pantai seimbang iaitu pantai yang mengalami kadar hakisan dan kadar pemendapan yang hampir sama. (skima peperiksaan) Tindakan ombak Ombak ialah permukaan air laut yang beralun akibat daripada tiupan angin.Terdapat dua jenis ombak iaitu ombak pembina dan ombak pembinasa.Ombak Pembina ialah ombak yang mampu membawa bahan-bahan pasir dan kelodak dan mendamparkan ke daratan untuk membina pantai. Ombak ini kurang berkemampuan menyeret bahan tersebut semula ke laut semasa berlaku proses basuhan balik. Ombak pemusnah ialah ombak yang mampu mengangkut banyak bahan pasir dan kelodak ke laut semasa basuhan balik. Walaubagaimanapun, ombak ini kurang berupaya untuk membawa dan mendamparkan bahan-bahan tersebutke pantai semasa proses damparan berlaku. Tindakan ombak menyebabkan berlakunya proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan. HAKISAN OMBAK Tindakan ombak menghakis melalui tindakan hidraul, lagaan, kikisan, lelasan dan larutan.