1. KERTAS CADANGAN
BENGKEL PENULISAN ARTIKEL
PUSAT PENDIDIKAN KENEGARAAN 2019
1. PENGENALAN
Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang ciri-ciri artikel
yang baik serta kaedah menulis artikel secara efektif. Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap
aspek pelaporan serta analisis data yang bersesuaian. Pendekatan bengkel ini lebih bersifat
perbincangan dua hala di mana para peserta turut diberi peluang untuk memberi komentar terhadap
contoh-contoh penulisan artikel yang telah diterbitkan di samping memberi pandangan untuk
penambahbaikan.
Pensyarah sedia maklum bahawa, perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam penulisan artikel,
adalah tujuan menyiapkan sesuatu artikel. Artikel harus mempunyai objektif yang jelasagar tidak tersasar
dari perkara yang ingin dibincangkan. Melalui penulisan artikel, fokus objektif yang ingin ditulis mesti
jelas, nyata dan boleh dihuraikan.
2. MANFAAT BENGKEL PENULISAN
1. Membina kredibiliti.
2. Membina tahap professional.
3. Membina tahap kepakaran.
4. Mendapatkan traffik ke laman jualan atau blog.
5. Mendapat keuntungan melalui maklumat yang dikongsi.
6. Meraih pendapatan jika penulisan dijadikan bidang pilihan.
7. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna internet.
8. Dan banyak lagi yang dapat diperoleh hanya dengan menulis.
2. JAWATAN KUASA BENGKEL
Pengurus : Dr. Mohd. Asran bin Hj. Amisah
Pengurus Bersama : Pn. Thilagam a/p Gurusamy
Urusetia : Cik Juliana binti Mohd. Suod
Tempat : Bilik S302
Tarikh: 12 -13 Februari 2019
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Jadual Bengkel:
Tarikh 9.00 – 10.30 pagi 11.00 – 12.30 tengahari 2.30 – 4.30 petang
12. 2. 19
Selasa
Taklimat Urusetia
Pengenalan Artikel
Kaedah Penulisan Artikel Latihan menulis artikel
13. 2. 19
Rabu
Bengkel Pembentangan hasil bengkel Penghantaran hasil bengkel
Keperluan bahan dan peralatan : 1. Laptop 2. Bahan Rujukan (News paper/Majalah/Surat siaran)