Guru penolong kanan 1 mencadangkan beberapa pendekatan untuk meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan guru sekolah, termasuk mengadakan latihan berdepan, menyediakan khidmat guru pakar teknologi, menyediakan lebih ruang penggunaan teknologi, menganjurkan kempen kesedaran dan pertandingan penggunaan teknologi. Cadangan ini diharapkan dapat memotivasi guru untuk lebih aktif mengg
Meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan guru sekolah
1. LUQMAN BIN ZAA’BA
L20191011329
KPT 4043
Anda seorang guru penolong kanan 1. Anda mendapati guru-guru kurang menggunakan
teknologi untuk proses pengajaran dan pembelakran dalam bilik darjah. Cadangkan
bagaimana untuk menggalakkan mereka menggunakan teknologi selain kursus dalam
LADAP atau penerangan tentang teknologi seperti yang anda selalu lakukan.Sila cadangkan
apa sahaja pendekatan atau program atau apa sahaja yang boleh meningkatkan penggunaan
teknologi di sekolah.
Sebagai seorang guru penolong kanan 1 di sekolah, saya mendapati masih ramai guru
yang tidak dapat menggunakan teknologi dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka
di dalam bilik darjah.Ini adalah disebabkan atas beberapa faktor seperti kurang mahir dalam
penggunaan bahan teknologi, tidak kreatif , kurang keyakinan dan sebagainya. Di dalam hal
ini, saya ingin mengutarakan beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap penggunaan
teknologi di kalangan guru sekolah adalah dengan mengadakan sesi latihan secara berdepan
di dalam satu seminar di sekolah. Mungkin dengan cara begini, dapat membuatkan guru-guru
diantara sesama mereka di sekolah rasa suka dan selesa serta mudah untuk mengaplikasikan
teknologi di dalam kelas. Seterusnya, saya juga ingin menyediakan khidmat guru yang pakar
dalam bidang teknologi untuk para guru di sekolah bagi memudahkan mereka memahami
cara dan bentuk yang sesuai untuk di ajarkan di dalam kelas.
Selain itu, erkhidamtansaya juga ingin mencadangkan bahawa pihak atasan seperti
pengetua menyenangkan bagi pihak guru dengan menyediakan ruang bilik penggunaan
teknologi kepada lebih banyak lagi sekiranya sudah ada satu atau dua bilik tersebut di
sekolah. Ini kerana, sesetengah guru tidak dapat mempraktikkan ilmu teori mereka atas sebab
kesempitan waktu, ruang dan tempat bagi melaksanakan proses p&p. Bukan itu sahaja, saya
juga mencadangkan dengan memberi kesedaran kepentingan penggunaan teknologi di dalam
pendidikan ini melalui kempen di sekolah. Mungkin melalui kempen di sekolah seperti ini
mampu meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk terus bersemangat dalam perkara ini.
Pertandingan penggunaan teknologi yang menunjukkan siapa yang paling terbaik dalam
menggunakan teknologi melalui kekreatifan dan inovasi masing-masing juga boleh menarik
2. minat para guru. Ia dilakukan untuk mewujudkan persaingan yang sihat tentan penggunaan
teknologi di dalam proses pembelajaran diantra guru-guru.
Justeru itu, setiap cadangan yang saya usulkan ini mampu memberikan impak untuk
guru-guru di sekolah walaupun mengambil sedikit waktu dalam melaksanakan penggunaan
teknologi di dalam bilik darjah.