1. PENSYARAH: PROF.DR. AMIR HASAN DAWI
LUQMAN BIN ZAA’BA
L20191011329
Guru sebagai profesion
Kepimpinan guru
Guru dan komuniti
2. Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar
dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik
bermaksud orang yang memelihara dan melatih.
Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain,
manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara,
menjaga dan mendidik.
Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan
dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu
seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan
sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
GURU SEBAGAI PROFESION
3. Ciri-ciri guru yang dianggap profesional adalah:
1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.
2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.
3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi
semasa menjalankan tugas.
4. Mendapat latihan khusus.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion
tersebut.
8. Bertanggungjawab dengan semua keputusan yang dibuatnya.
4. KEPIMPINAN GURU
Menggembleng tenaga manusia ke arah penampilan produk
yang berkesan
Suatu proses di mana guru memainkan peranannya
untuk mempengaruhi pelajarpelajarnya ke arah
pencapaian matlamat organisasi
Merujuk kepada kepimpinan kurikulum, kepimpinan terhadap staf,
kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan fizikal,
kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am.
penekanan pengajaran dan pembelajaran lebih menyerupai
dimensi tingkah laku yang berorientasi perhubungan manusi
5. GURU DAN KOMUNITI
Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya
bergantung kepada kekuatan sumber manusia dan
sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah
sahaja bahkan juga melibatkan komuniti setempat.
Sewajibnya pengurusan sekolah dan komuniti
setempat boleh saling bekerjasama untuk kebaikan
kedua-dua belah pihak.
6. Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan
pendapat Poston et al. (1992) iaitu, "You cannot build a great school
alone. The school needs the community and the community needs
the school
Menurut Solomon, Battishich, Watson, Schaps, dan Lewis (2000)
murid-murid yang mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih
berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara
beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi