1. Tajuk 1:Teknologi Pengajaran
Tajuk ini mengingatkan saya bahawa teknologi yang digunakan dalam
pendidikan bukan sekadar alat dan mesin sahaja.Sebaliknya, proses
daan idealah yang menentukan kekuatan teknologi yang kita
gunakan.Ini sangat penting bagi guru yang mengajar di sekolah bandar
kecil seperti saya,di mana kemudahan teknologi di sekolah tidak begitu
canggih.Dalam perancangan pengajaran harian, kita jangan dihadkan
oleh kecanggihan dan kemudahan teknologi yang sedia ada,tetapi
memanfaatkan penggunaan idea samada dalam bentuk
teori,pendekatan,kaedah dan sebagainya untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.