Dokumen ini membahas tentang kesejahteraan sosial dalam Islam dan amalan-amalan terbaik untuk mencapainya, termasuk keadilan. Kesejahteraan sosial bertujuan untuk meningkatkan kualitas hidup masyarakat dengan membantu mereka yang membutuhkan. Keadilan adalah penting dalam Islam, yang berarti memperlakukan semua orang dan makhluk secara adil sesuai hak mereka. Contoh keadilan adalah hukuman
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Lmcp1552 amalan terbaik dalam kesejahteraan sosial
1. LMCP1552
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
TUGASAN : AMALAN TERBAIK
DALAM KESEJAHTERAAN SOSIAL
NAMA : FITRAH KAMALEEA BINTI MOHD ZAM
NO. MATRIKS : A177261
2. definisi kesejahteraan sosial
W.A Fridlander menyatakan kesejahteraan sosial adalah
sistem yang diorganisasikan dari usaha-usaha sosial
yang ditujukan untuk membantu individu atau kelompok
dalam mencapai standard hidup dan kesihatan yang
memuaskan serta mencapai tahap keselesaan seseorang
yang dapat mengembangkan kesejahteraan mereka
selaras dengan keperluan keluarga dan masyarakat.
Kesejahteraan sosial adalah untuk meningkatkan kualiti
sosial masyarakat.
3. PENGENALAN
Terdapat banyak amalan yang harus diamalkan dalam
pembangunan dan kesejahteraan sosial. Antara amalan
tersebut termasuklah bersedekah, membantu orang
miskin dan anak yatim, menunaikan hajat dan lain-lain.
Dalam pembangunan kesejahteraan sosial juga kita perlu
mengamalkan sikap adil dan saksama kerana adanya
sifat adil akan membentuk masyarakat yang sejahtera
dan negara yang aman damai tanpa tindasan.
4. Adil menurut bahasa Arab disebut dengan
kata 'adilun, yang bererti sama atau seimbang.
Adil dalam Islam adalah menempatkan segala sesuatu
pada tempat yang semestinya dengan tidak memihak
atau berat sebelah.
Menurut Ibnu Miskawaih, keadilan adalah memberikan
sesuatu yang semestinya kepada orang yang berhak
terhadap sesuatu itu.
Oleh itu, kata adil itu lawannya zalim yang bermaksud
menempatkan sesuatu yang bukan pada tempatnya.
Adil
6. BAHAGIAN Adil
Pertama : Berlaku adil kepada Allah SWT, iaitu
menjadikan Allah SWT sebagai satu-satunya Tuhan
yang memiliki kesempurnaan
Kedua : Berlaku adil kepada diri sendiri iaitu menempatkan diri
pada tempat yang baik dan benar.
Ketiga : Berlaku adil kepada orang lain iaitu
menempatkan orang lain pada tempat yang sesuai,
memberikan hak orang lain dengan jujur dan benar
serta tidak menyakiti dan merugikan orang lain.
Keempat : Berlaku adil kepada makhluk lain iaitu dapat
memperlakukan makhluk Allah SWT yang lain dengan
layak sesuai syariat dan menjaga kelestariannya dengan
merawat serta tidak merosaknya.
7. nilai positif
dari sifat adil
membawa ketenteraman menimbulkan kepercayaan
meningkatkan prestasi
belajar
menciptakan kemakmuran
mengeratkan tali persaudaraan
menimbulkan kebaikan dan
mencegah kejahatan
8. contoh adil
Dua orang pencuri ditangkap oleh masyarakat ketika sedang
melakukan pencurian. Mereka diserahkan kepada pihak yang berkuasa
dan keduanya dibawa ke muka pengadilan sidang. Salah seorang
pencuri itu adalah anak kepada menteri kerajaan. Hakim telah
menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara untuk kedua pencuri
tersebut.Tidak ada perbezaan yang mereka terima. Kedua pencuri
tersebut masing-masing dihukum penjara selama 5 tahun sesuai
dengan undang-undang yang berlaku.Tentunya contoh kes ini
mencerminkan sebuah keadilan. Yakni mereka di hukum sesuai dengan
kesalahan yang dilakukan danmasing-masing pencuri menerima
hukuman yang sama walaupun salah seorang dari pencuri itu adalah
anak seorang menteri kerajaan.